CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: xpdckelate

~Gomo KELATE Gomo #PremierLeague2022~

[Copy link]
 Author| Post time 20-9-2012 10:02 AM | Show all posts
Jadual Suku Akhir Piala Malaysia 2012

Jadual Suku Akhir Piala Malaysia 2012 - Dengan berakhirnya pusingan peringkat kumpulan Piala Malaysia 2012 dengan perlawanan terakhir berlangsung pada 14 September 2012 , maka bermulalah pusingan kalah mati suku akhir. Lapan pasukan terbaik dengan dua pasukan dari setiap kumpulan bakal berentap dalam saingan suku akhir ini mencari empat yang terbaik untuk saingan separuh akhir.

Lapan pasukan yang layak ke peringkat suku akhir adalah Pahang , Lions XII , Felda United , Kelantan , ATM , Negeri Sembilan , Johor FC dan Selangor. Pusingan suku akhir akan diadakan pada 28 September 2012 dan 5 Oktober 2012. Berikut adalah jadual perlawanan bagi peringkat suku akhir Piala Malaysia 2012.

Jadual Suku Akhir 1 - Jumaat,28.09.2012
Pahang vs LionsXII
Felda United vs Kelantan
ATM vs Negeri Sembilan
Johor FC vs Selangor

Jadual Suku Akhir 2 - Jumaat,05.10.2012
LionsXII vs Pahang
Kelantan vs Felda United
Negeri Sembilan vs ATM
Selangor vs Johor FC
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2012 11:08 AM | Show all posts
Piala AFC: Langkah Kelantan berakhir
                        



2012/09/26 -  03:21:00 AM



Kota Bharu : Kelantan mengakhiri kempen Piala AFC selepas sekadar seri 1-1 dalam pertemuan suku akhir kedua menentang juara Iraq, Al Arbil di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi.

Keputusan itu menyaksikan The Red Warriors tewas 2-6 secara agregat selepas dibelasah 1-5 dalam perlawanan pertama di laman lawan minggu lalu.
Harapan peminat setia Kelantan menyaksikan pasukan kesayangan mereka bangkit tidak kesampaian apabila Al Arbil tetap masih bernafsu besar mencari gol menerusi rembatan Ajmed Radhi seawal minit pertama tetapi sedikit tersasar.

Gol pelawat hadir pada minit ke-37 menerusi Sula Matovu yang bijak melepasi perangkap ofsaid sebelum melepaskan rembatan kencang menewaskan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.

Kelantan yang beraksi tanpa beberapa pemain tonggak pada pertemuan pertama melancarkan serangan bertali arus dan meraih peluang terbaik pada minit ke-22 apabila hantaran lintang Norshahrul Idlan Talaha berjaya ditampan kemas Mohd Afiq Azmi namun ia berakhir di dakapan penjaga gol Al Arbil, Jalal Hassan Hachim sekali gus mengecewakan lebih 5,000 peminat The Red Warriors.

Kemasukan penyerang import, Mohd Ghaddar pada babak kedua sedikit menajamkan serangan tuan rumah. Pemain dari Lubnan itu menebus kekecewaan dengan menyumbat gol penyamaan pada minit akhir untuk menyelamatkan Kelantan daripada tewas di laman sendiri.



- Berita Harian -




Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2012 11:11 AM | Show all posts
Perjuangan Kelantan berakhir




KOTA BHARU - Perjuangan Kelantan dalam Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berakhir setelah seri 1-1 dengan juara Iraq, Arbil FC pada suku akhir kedua di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, malam tadi.

Keputusan itu bermakna Red Warriors kalah dengan agregat 2-6 selepas tunduk 1-5 pada suku akhir pertama di padang lawan sebelum ini.

Pada aksi semalam, meskipun palang gol tuan rumah bergegar seawal minit pertama, anak buah Bojan Hodak menunjukkan aksi memberangsangkan dengan menguasai keseluruhan permainan babak pertama.

Kelantan hampir menjaringkan gol pada minit ke 23 namun kecekapan penjaga gol pelawat, Jalal Hassan Hachim berjaya menyelamatkan gawangnya daripada dibolosi.

Peluang gol Kelantan muncul lagi pada minit ke 27 melalui Mohd. Nor Farhan namun rembatan jarak jauh pemain sayap itu hanya sekadar singgah di palang gol.

Arbil akhirnya mendahului pada minit ke-37 melalui sensasi import mereka, Sula Matuvo dalam satu serangan balas pantas.

Red Warriors meningkatkan tempoh permainan untuk memburu gol namun beberapa peluang keemasan yang diperolehi gagal diterjemah kepada jaringan.

Indra Putra Mahyuddin sepatutnya boleh melakukan lebih baik ketika gawang gol ternganga di depannya ,namun tandukannya pada minit ke 54 tepat ke dakapan penjaga gol.

Kemasukan penyerang import Kelantan, Mohd. Ghaddar menyelamatkan maruah tuan rumah daripada kalah pertama kali di padang sendiri musim ini, apabila berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit terakhir permainan.




- Utusan Malaysia -





Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2012 03:39 PM | Show all posts
tak apa cuba lagi tahun depan jangan ada boikot dah la
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2012 11:58 AM | Show all posts
Felda tidak gentar hadapi Red Warriors




NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH

19 September 2012







KEDUDUKAN Kelantan sebagai juara Piala FA dan Liga Super langsung tidak membuatkan barisan anak buah E Elavarasan gentar pada pertemuan pertama suku akhir Piala Malaysia 2012 di Stadium Hang Jebat, Melaka minggu depan.

Pengurus pasukan Felda United, Faisal Zakaria ketika dihubungi berkata, Piala Malaysia adalah satu pertandingan yang berbeza berbanding Liga Super dan mana-mana pasukan mampu membuat kejutan.

Jelasnya, prestasi semasa tidak boleh dijadikan penentu kemenangan dalam setiap perlawanan akan datang kerana dalam permainan bola sepak apa boleh berlaku dan kemenangan hanya ditentukan di atas padang dalam tempoh 90 minit.

" Kenapa kami harus takut hadapi Kelantan. Kelantan bukannya pasukan yang tidak boleh dikalahkan.

" Ya, mereka memang berpengalaman berbanding kami. Mereka juga memiliki barisan pemain yang mantap.

" Tapi kita tidak boleh mengukur hanya berdasarkan prestasi semasa sahaja. Lagipun rekod pertemuan antara kami pun seimbang.

" Jadi, bagi saya pertemuan dengan Kelantan satu perlawanan sengit," kata Faisal.

Dia menambah : " Lagipun dengan jadual padat Kelantan yang terpaksa hadapi perlawanan Piala AFC memberi kelebihan kepada kami. "

" Mungkin mereka akan kepenatan dan juga barisan pemain ada yang tercedera.

" Jadi, itu peluang yang perlu kami ambil untuk tundukkan mereka, " tegas Faisal lagi.

Pada masa sama, Faisal turut menegaskan mereka ada strategi dan resipi tersendiri untuk menyekat kemaraan Kelantan.

" Kami mempunyai ramai pemain muda dan kebanyakkan mereka mengamalkan disiplin yang tinggi.

" Jadi, tidak mustahil kami mampu mencipta kejutan.

" Apa-apa pun, kami akan berusaha meraih mata di halaman sendiri sebagai bekalan sebelum lawan timbal balik yang dijadualkan 5 Oktober ini di tempat lawan, " kata Faisal yang mengakui para pemain kini telah bersedia dan mempunyai motivasi yang tinggi untuk berhadapan skuad Kelantan.



- Sinar Harian -



Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2012 12:10 PM | Show all posts
Annuar : Saya tak mahu bola sepak Kelantan mati



Wartawan Sinar Harian

27 September 2012


MESKIPUN sedang menjalani penggantungan selama 30 bulan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sejak April lalu, namun Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa tidak pernah berhenti bekerja demi untuk memajukan industri bola sepak negeri ini ke satu tahap pencapaian yang boleh dibanggakan.

Bermula dengan usaha keras Annuar untuk memastikan sebuah stadium bola sepak dibina di negeri ini, terbaharu beliau juga menzahirkan hasrat mahu mewujudkan mini stadium dan perkampungan bola sepak The Red Warriors (TRW) di Kok Lanas, Ketereh Kota Bharu dalam masa terdekat.

Pada masa yang sama, supremo bola sepak Kelantan itu juga turut menjelaskan kekeliruan mengenai status terkini mengenai jawatan yang disandangnya ketika ini.

Selain itu, beliau juga mahu berkongsi pandangan menjadikan Kafa, sebuah persatuan bola sepak negeri yang berdaya maju bagi membentuk TRW menjadi lebih mantap menghadapi saingan Liga Malaysia 2013.

Ikuti wawancara eksklusif Ketua Wartawan Sinar Harian Kelantan, Mohd Zailani Abdul Rahman bersama wartawan sukan, Mazram Idzam Ridzal Mahmud dan jurufoto, Khiru Shaleh Abdullah bersama beliau di pejabat Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) baru-baru ini.

Sejauh mana perkembangan terkini status stadium bola sepak The Red Warriors sejak ia dilancarkan secara rasmi pada 25 Februari lalu.

Kita tahu stadium merupakan satu keperluan yang mendesak ketika ini.  Perkara ini kita sudah bentangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan beliau memang menyokong sepenuhnya idea ini.

Malah, beliau mahu menjadikan pembinaan stadium ini sebagai projek nombor satu sekiranya rakyat Kelantan memberi mandat kepada Barisan Nasional kembali memerintah negeri ini.

Stadium ini untuk rakyat dan mereka harus memberikan kepercayaan agar ia bertukar menjadi satu realiti. Tetapi, bagi Kafa, apa jua situasi daripada sudut politik sekali pun, stadium ini harus menjadi satu kemestian.

Sebab itu kita ambil langkah proaktif dengan mereka bentuk lakaran stadium, menilai kos pembinaan selain melakukan kajian teknikal. Kita masih ingin buat rayuan kepada kerajaan supaya stadium ini menjadi satu projek yang tetap dilaksanakan.

Sekarang ini, rayuan sudah disampaikan secara lisan dan bertulis kepada Kerajaan Pusat. Kita percaya ia akan mendapat reaksi positif.  Sementara menunggu kelulusan muktamad, kita sendiri kena ambil inisiatif tertentu...dapatkan perkenan Tuanku Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V untuk menggunakan tanah baginda.

Selagi tidak ada tapak, nak berunding dengan kerajaan pun tak boleh malah nak buat apa-apa pun tak boleh. Sekarang dengan perkenan baginda, kita ambil langkah awal seperti yang saya sebutkan tadi. Kita tidak mahu membuang masa, dan boleh katakan kajian yang kita lakukan hampir siap sekarang.

Bunyinya seperti stadium ini akan mengambil masa yang lama untuk dibina. Apakah Kafa mempunyai alternatif tertentu bagi merealisasikan impian ini.

Pada masa sama, kita ambil langkah dengan berusaha mewujudkan sebuah mini stadium. Kafa akan beli sebidang tanah di Kok Lanas, Ketereh untuk bina akademi sendiri di tanah tersebut.

Kita bina mini stadium dengan kapasiti sekitar 10,000 hingga 15,000 tempat duduk penonton sesuai dengan perlawanan yang tidak berskala besar. Saya fikir selepas proses membentuk pasukan yang mantap sudah berjaya, sekarang kita kena fikir jangka masa panjang pula.

Sudah pasti mini stadium itu bukan milik persatuan...ia akan dibina oleh kerajaan. Kita kena akui Kafa memang tak mampu untuk bina stadium sendiri pada masa sekarang. Tetapi, pada masa sama kita fikir mesti ada padang latihan sendiri.

Saya sedang memikirkan kaedah termasuk mendapatkan sokongan daripada pihak swasta. Misalnya di England, Nike boleh bina stadium sendiri, begitu juga Emirates dengan stadiumnya.

Syarikat saya, Al-Hambra akan mengetuai usaha membina mini stadium ini. Kalau 100 peratus diserahkan kepada Kafa pun tak mampu juga, nak bagi 100 peratus ke swasta pun tak boleh juga. Tapi, memang kita hendak buat serta-merta dan sekarang kita sedang berunding dengan tuan tanah.


Apa yang istimewanya mengenai pembinaan mini stadium ini. Mungkin Tan Sri boleh berikan gambaran awal mengenai pelaksanaan projek terbaru ini.

Kita hendak bina sebuah perkampungan bola sepak berkonsepkan The Red Warriors Villa.  Ia meliputi keluasan tanah keseluruhan 26 hektar dengan 1.6 hektar daripadanya dibina padang-padang latihan.

Tidak semestinya mahal tapi berteraskan pembangunan bola sepak dengan harapan seluruh komuniti akan tertumpu di situ. Mungkin kita fikir akan letak nama-nama jalan (di kawasan tersebut) seperti Jalan Piala Malaysia, Liga Super, Piala FA atau Piala Presiden.

Kita cuba jual idea ini kepada tuan tanah dan pada masa sama kita sendiri ambil bahagian memajukan akademi ini. Saya seorang townplanner (perancang bandar), jadi saya suka fikir perkara-perkara seperti itu. Mungkin beberapa bangunan di situ kita guna nama bintang-bintang bola sepak yang tersohor suatu ketika dahulu. Saya fikir ia satu projek yang menarik.

Saya juga mencadangkan kepada kerajaan supaya sebahagian fasiliti di Kolej Matrikulasi Kok Lanas (KMKL) dengan Akademi Al-Hambra boleh diguna sama antara satu sama lain.

Antaranya kita minta supaya padang utama di kolej tersebut dibina jenis astroturf supaya boleh digunakan untuk perlawanan antarabangsa.

Jadi, kita boleh guna kemudahan di KMKL secara bersama. Kalau kita tak guna, mereka boleh guna padang tersebut. Mungkin jika hostel mereka kosong, kalau pemain kita hendak menjalani latihan pusat boleh tinggal di situ.

Idea ini kita cuba ketengahkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) supaya tak semua fasiliti perlu ada dalam sebuah akademi. Ia lebih berkonsep sharing fasility. Kita jangka sekurang-kurangnya enam pasukan meliputi skuad senior, Piala Presiden dan skuad elit bawah 14 dan 16 tahun boleh jalani latihan serentak di situ.


Tan Sri mempunyai visi dan misi yang cukup jelas memajukan bola sepak Kelantan. Tetapi pada masa sama, Tan Sri masih berdepan hukuman penggantungan 30 bulan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Adakah hukuman ini memberi impak terhadap kerja keras memajukan bola sepak di negeri ini.

Sebenarnya ramai yang salah tafsir mengenai penggantungan saya. Saya hanya digantung daripada menjalankan aktiviti bola sepak anjuran FAM sahaja. Itu daripada segi undang-undang mereka.

Kalau saya buat kerja akademi, nak pergi tengok bola, anjur bola atau main bola sekali pun...mereka tak boleh gantung saya. Jadi penggantungan saya hanya merujuk kepada aktiviti FAM sahaja. Kalau bukan aktiviti berkaitan FAM, mereka tak ada kuasa nak melarang saya.

Sebab hukuman ke atas saya, jawatan saya pun tak terjejas...FAM hukum saya berdasarkan jadual penggantungan. FAM tak gantung saya pada jawatan (Timbalan Presiden). Jawatankuasa Disiplin tidak ada kuasa untuk menggantungkan saya daripada jawatan. Sebab dalam perlembagaan FAM, yang ada kuasa untuk gantung saya hanyalah kongres.

Ramai yang keliru, panggil saya Penasihat Kafa dan anggap saya bukan lagi Timbalan Presiden FAM. Hatta (dalam isu penggantungan ini), Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sendiri pun tidak boleh buat apa-apa.

Saya menjalankan tugas sebagai presiden di mana tempat yang saya tafsir bukan merupakan aktiviti bola sepak. Sekarang pentafsiran pun belum jelas, sebab itu saya pergi ke mahkamah.

Bila pergi ke mahkamah, perkara ini belum ditentukan lagi. Sekarang pentafsiran pun belum jelas, apakah yang dimaksudkan dengan aktiviti bola sepak ? Kalau saya tandatangan cek Kafa boleh atau tidak?

Apakah itu ditafsirkan sebagai aktiviti bola sepak? Rutin seorang presiden persatuan bola sepak negeri. Kalau belum ditentukan, kenapa saya harus berhenti... Saya bekerjalah seperti biasa.

Saya tahu tak akan masuk penjara kerana penggantungan itu. Penggantungan yang dibuat oleh FAM tetap saya hormati. Sebab itu saya tak pergi mesyuarat FAM. Kalau ikutkan pandangan peguam, saya masih boleh cabar. Saya masih boleh hadir mesyuarat agung.

Sebab dalam jadual mengatakan penggantungan hanya untuk pemain dan jurulatih. Tapi, FAM tafsir saya sebagai pegawai. Pandangan pihak peguam, Jawatankuasa Eksekutif pun bukan pegawai. Pegawai hanya dimaksudkan jurulatih sahaja.

Jadi kesamaran (dalam kes itu) masih berlaku, sementara mahkamah putuskan biarlah saya ikut tafsiran saya sendiri. Dulu bila orang kena hukum, kita hulur kepala, seolah-olah akur sahaja hukuman yang dikenakan ke atas kita.

Saya masih hormat penggantungan ini, tetapi saya tidak akan biarkan bola sepak Kelantan yang saya bina bertahun-tahun mati kerana hukuman ini. Saya akan terus bekerja untuk bola sepak negeri ini.


Adakah dalam tempoh penggantungan selama 30 bulan ini, bermakna Tan Sri tidak boleh dicalonkan semula pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Kafa yang dijadualkan berlangsung penghujung tahun depan ?


Kalau digantung memang saya tak bolehlah (dicalonkan). Tapi kita tak tahu bila pemilihan tersebut...belum tahu lagi bila ia akan berlangsung. Sampai masanya kita akan putuskan.

Mungkin peraturan berubah, kepimpinan berubah atau keputusan mahkamah berubah. Jadi perkara itu tak perlu dibincangkan sekarang. Secara prinsipnya selagi saya digantung, memang saya tak boleh bertanding apa-apa jawatan.

Saya pun tahu orang hukum saya sebab itulah (tak benarkan bertanding). Tapi saya tengok masa masih panjang lagi. Mohammad Hamman (Presiden AFC) kena hukum tapi bila beliau pergi ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) di Switzerland, hukuman ke atasnya ditarik balik.

Tapi kita tak pergi ke situ (CAS) lagi, ini baru sedikit. Ini baru peringkat hendak mendapatkan pentafsiran mahkamah atas beberapa perkara yang saya rasa disalah tafsir. Kalau mahkamah putuskan perkara itu, pun tak abis di situ juga. Saya akan pergi ke pelan seterusnya.

Saya cabar sebab dalam proses perbicaraan tempohari, saya tidak diberi hak di bawah keadilan yang saksama. Saya tidak diberi surat tunjuk sebab, tak dibenarkan lantik peguam dan tak diberi peluang untuk merayu.

Maka pentafsiran saya, itu dianggap melanggar prinsip keadilan sejagat. Kalau mahkamah putuskan itu kes tersebut berlandaskan lunas undang-undang yang benar, saya terimalah. Tapi kalau mahkamah putuskan seperti yang saya rasa, mungkin proses tersebut terbatal.

Sesetengah orang ingat saya mahu mencabar badan induk bola sepak kebangsaan. Tidak sebenarnya, saya hanya mahukan kebenaran menerusi penjelasan undang-undang.




Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-9-2012 12:12 PM | Show all posts
Kafa kini dilihat sebuah persatuan bola sepak negeri yang paling berjaya di negara ini. Adakah Tan Sri terfikir mahu menjadikan Kafa ini sebagai sebuah entiti yang berorientasikan perniagaan.


Sebenarnya jauh lagi mencapai sasaran itu, banyak aspek kalau kita bercakap tentang Kafa. Salah satunya, macam mana kita hendak jadikan Kafa sebagai sebuah entiti yang boleh berdikari.

Di situ timbul persoalan macam mana Kafa mesti diurustadbir secara komersial. Ertinya, kita kena tahu duit nak keluar berapa, kena ada usaha duit kena masuk berapa agar kita tidak menjadi sebuah persatuan yang suka meminta-minta.

Nilai itu mestilah lebih daripada nilai pasukan bola sepak kita. Kalau pasukan kita bagus, kita pun akan mendapat sumber kewangan yang tinggi daripada penaja. Bukan bermaksud bila hendak menghadapi musim depan, berapa (nilai) orang hendak bagi geran kepada kita.

Zaman bergantung kepada geran tahunan sudah lama kita tinggalkan. Itu salah satu aspek terpenting dalam mengurus pentadbiran Kafa ketika ini. Sebab itu kita wujudkan therredwarriors.com, sebuah syarikat yang beroperasi di Kuala Lumpur.

Segala aspek yang berkaitan dengan unsur komersial, misalnya pada tahun depan, soal jersi kita buka tender buat pertama kali. Saya dengar Umbro, Lotto dan Warrior yang taja pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool pun hendak masuk tender.

Itu hanya contoh jersi. Banyak lagi perkara yang kita boleh buat duit. Seperkara lagi, kita kena pastikan prestasi pasukan juga berjalan seiring. Jersi laku, kita akan selalu ke Bukit Jalil.
Kalau prestasi pasukan merudum, perniagaan juga boleh merosot.

Nak jaga bidang komersial senang nak jaga pasukan bola sepak memang susah. Kita juga kena ingat pasukan lain pun ada cara tersendiri tingkatkan prestasi mereka.


Liga Malaysia 2012 bakal melabuhkan tirai tidak lama lagi. Mungkin Tan Sri sudah ada perancangan untuk membentuk pasukan The Red Warriors bagi menghadapi musim yang lebih mencabar pada tahun depan.

Kecuali pemain import, yang lain kita sudah selesai semua urusan pemain tempatan. Cuma untuk pemain tempatan baru belum selesai lagi sebab tak ada pemain kita yang ada sekarang hendak keluar.

Kalau hendak ada pemain tempatan baru masuk, perlu ada pemain lama keluar. Masalahnya, sekarang tak ada pemain pun yang hendak keluar. Mungkin kita terpaksa cadangkan beberapa pemain keluar mencuba nasib dengan pasukan lain.

Namun, perkara itu kita belum kaji lagi setakat ini. Matyo (Norshahrul Idlan Talaha), Apex (Khairul Fahmi Che Mat), Indra Putra (Mahayuddin) kekal bersama dengan Kelantan.

Kita boleh buat dua cara, iaitu pemain mengikat kontrak dengan kita tetapi dipinjamkan kepada pasukan lain atau pun lakukan pemindahan seperti Mohd Nizab (Ayub) yang kita pinjamkan kepada Felda United FC musim ini.

Sasaran saya adalah tetap pemain-pemain kelahiran negeri sendiri. Sebab saat-saat kritikal, pemain Kelantan mempunyai semangat tinggi. Tapi, 100 peratus pun tak boleh juga. Jadi nisbah 80 : 20 boleh kita guna dalam menentukan skuad 25 pemain Kelantan untuk musim depan.


- Sinar Harian -





Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2012 12:24 AM | Show all posts
kesian, ada kehendak nak bina stadium, tp halangan pulak banyak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-10-2012 09:02 AM | Show all posts
Piala Malaysia: ATM, Kelantan, Lions XII dan Selangor mara separuh akhir
NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH & SITI FATIMAH MUHAMMAD ALI
2 Oktober 2012
Selangor - Johor FC
Aksi perlawanan separuh akhir kedua antara Selangor dan Johor FC di Stadium Shah Alam, malam ini. - Foto Sinar Harian oleh Safwan Mansor

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) akan bertemu Lions XII sementara Kelantan menentang Selangor pada perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia yang akan berlangsung Jumaat ini.

Pada perlawanan suku akhir kedua malam ini, ATM menumpaskan Negeri Sembilan 3-1 untuk menang agregat 6-3 sementara Lions XII membenam Pahang 2-0 untuk mencatatkan agregat 3-2.

Kelantan walaupun terikat seri 2-2 dengan Felda United malam ini, tetapi mencatatkan agregat 4-3 untuk mara ke separuh akhir.

Selangor pula layak ke separuh akhir apabila menjinakkan Johor FC dengan agregat 5-2 selepas menang 2-1 dalam aksi suku akhir kedua di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Berikut Keputusan penuh suku akhir kedua Piala Malaysia 2012:

Lions XII (2) (0) Pahang

Selangor (2) (1) Johor FC

Kelantan (2) (2) Felda United

Negeri Sembilan (1) (3) ATM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2012 09:05 AM | Show all posts
   ATM menyengat       Oleh Azlan Muhammad Zain
[email protected]
                       [url=][/url]    [url=][/url]    [url=][/url]       

   
                ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengetuai senarai empat pasukan ke separuh akhir Piala Malaysia apabila menyingkirkan juara bertahan, Negeri Sembilan dengan tiga pasukan pilihan, Kelantan, LionsXII dan Selangor menepati ramalan.
Kemenangan ini membolehkan ATM berdepan kelab Singapura, LionsXII di separuh akhir pertama pada Jumaat manakala juara Liga Super, Kelantan menentang juara terbanyak Piala Malaysia, Selangor, Sabtu ini.

ATM yang mencatatkan kemenangan tipis 3-2 di laman sendiri Jumaat lalu dikejutkan jaringan seawal minit keempat menerusi rembatan dalam kotak penalti oleh Mohd Alif Samsudin untuk menceriakan penyokong Hoben Jang Hoben di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi.
Pelawat bagaimanapun bangkit meledak tiga gol bermula dengan tandukan bekas tonggak pasukan tuan rumah, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak (minit ketujuh) diikuti dua jaringan Marlon Alex James pada minit ke-42 dan 58 untuk meraih kemenangan 3-1 dan melangkah ke separuh akhir dengan agregat 6-3.

Juara Liga Super dan Piala FA, Kelantan memilih jalan berliku dan hampir tersingkir sebelum bangkit meledak dua gol untuk mencatatkan keputusan seri 2-2 menentang Felda United sekali gus menjadi antara empat pasukan terbaik.

Penyerang import dari Lubnan, Mohammed Ghaddar menjadi wira The Red Warriors apabila merembat kencang dalam kotak penalti pada minit kedua masa kecederaan untuk membolehkan Kelantan mara dengan agregat 4-3 selepas pelawat mendahului menerusi jaringan Mickael Antoine-Curier dan gol sendiri Mafry Balang.





Bekas pemain kebangsaan, Norfarhan Muhammad mencetuskan kebangkitan Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV pada minit ke-70 sebelum Ghaddar mempamerkan ketajaman penyudah untuk membolehkan Kelantan mara ke separuh akhir bertemu juara 32 kali Piala Malaysia, Selangor.

Selangor yang kembali menyalakan Misi 33 mara apabila menyingkirkan Johor FC di Stadium Shah Alam dengan menewaskan Johor FC 2-1 menerusi jaringan Fitri Shazwan Raduwan pada minit ke-82.

Hasrat Irfan Bakti Abu Salim untuk membolehkan Selangor meledak jaringkan awal berhasil apabila  S Venood melakukan jaringan  pada minit ke-28 bagi mengukuhkan genggaman Merah Kuning ke separuh akhir dengan agregat 4-1 tamat separuh masa pertama.

Bagaimanapun, Johor FC mempamerkan semangat melawan pada babak kedua apabila menyamakan kedudukan pada minit ke-65 menerusi Fernando Augusto yang menolak masuk gol selepas Norazlan Razali gagal menangkap kemas sebelum Fitri meledak jaringan untuk membolehkan Selangor mara dengan agregat 5-2.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/03
Last edited by xpdckelate on 3-10-2012 09:15 AM

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2012 04:56 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2012 12:36 AM | Show all posts
Berjuang sampai jadi juara...
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2012 01:26 PM | Show all posts
Irfan calls for cool heads in tense clash with Kelantan



Posted on October 6, 2012



By K. RAJAN


PETALING JAYA : Selangor coach Irfan Bakti had told his men to keep their cool when they face arch rivals Kelantan in the Malaysia Cup semi-finals, first-leg tie at the Sultan Mohd IV Stadium in Kota Baru today (8.45pm).

There’s no love lost between the two sides as their clashes have always been fiery affairs. Their last meeting – in a Super League match in Kota Baru in June – was marred by several clashes between the players.

Kelantan’s Mohd Ghaddar Mahmoud and Selangor duo Mohd Amri Yahya and Bunyamin Umar were involved in several skirmishes in that match which Kelantan won 1-0.

The trio were later fined and slapped with bans after being found guilty of violent conduct by the FA of Malaysia’s (FAM) Disciplinary Board in August.




Irfan Bakti (right) and his assistan P. Maniam in discussion. - Filepic THE STAR/AHMAD IZZRAFIQ ALIAS



Irfan, who is aiming for a healthy advantage to take home for the return leg at the Shah Alam Stadium on Oct 12, wants his men to convert their aggression into goals.

“ This match will be a cagey one and we have to keep our composure … to avoid unnecessary incidents, ” he said.

“ But we still need to be aggressive … we need to channel our aggression in a positive way and score goals for the second leg.

“ The crowd will be behind them but the players must focus on their game.

“ The match is contested among 22 players and they need to concentrate on their football. ”

The Red Warriors, who are aiming for the M-League treble after winning the FA Cup and Super League title, will be seeking to extend their 32-match unbeaten home record in all competitions.

Kelantan coach Bojan Hodak has warned his men to be fully focused for the entire 180 minutes of both legs.

Hodak admitted that their narrow 4-3 aggregate win over Felda United in the quarter-finals has served as an eye-opener for his side.

“ My men underestimated Felda and were too relaxed and almost paid the price for it.

“ We are an experienced side so I’m sure the players have learned their lessons. ”

Kelantan will have centreback S. Subramaniam back from injury but talismanic skipper Mohd Badri Mohd Radzi is still doubtful with an eye infection.

The Red Giants too will have defender Bunyamin back to beef up their backline after serving his one-match suspension.



- The Star -




Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2012 01:46 PM | Show all posts
Cari bekalan selesa



Oleh YATIMIN ABDULLAH

[email protected]



KOTA BHARU - Mencari kemenangan selesa menjadi misi utama Kelantan apabila menentang Selangor pada separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, malam ini.

Aksi di lama sendiri menjadi taruhan Red Warriors yang tidak mempunyai banyak pilihan selain mencari bekalan selesa untuk aksi timbal balik di Shah Alam nanti.

Semangat memburu sebanyak gol yang mungkin diiringi dengan keazaman skuad Bojan Hodak untuk mempertahankan rekod tanpa kalah gelanggang sendiri.

Pengurus pasukan Azman Ibrahim, berkata kesempatan aksi di laman sendiri perlu dimanfaatkan sebaik mungkin kerana Selangor merupakan pasukan yang terbaik dalam saingan Piala Malaysia kali ini.

" Kedua-dua pasukan mempunyai peluang seimbang dalam perlawanan itu nanti. Jadi kita tidak boleh mengambil mudah pertemuan ini.

" Saya harap pemain dapat memberikan tumpuan sepenuhnya dalam perlawanan ini untuk memastikan kita membawa bekalan selesa dalam perlawanan kedua nanti, " katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.

Azman turut mendedahkan kecederaan ramai pemain utama menjadi faktor Red Warriors gagal menyediakan pasukan yang benar-benar mantap bagi menghadapi saingan Piala Malaysia kali ini.

" Kita hanya ada 20 pemain dan ini merencatkan sedikit perancangan pasukan.

" Sehubungan itu saya menagih sokongan padu dari penyokong untuk memastikan Red Warriors mencatatkan kemenangan dalam perlawanan tersebut, " tegasnya.




- Utusan Malaysia -





Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2012 11:33 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2012 12:29 AM | Show all posts
Gomo Kelantam Gomo!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2012 12:36 AM | Show all posts
Tahiah Red Warriors... atas kemenangan di KB dan di Shah Alam sebentar tadi... Gol kedua tu memang di luar jangka.  TAHNIAH!
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2012 10:50 AM | Show all posts
Red Warriors hebat !




2012/10/13 - 07:08:21 AM


Mohd Fitrie Muhamad | [email protected]



Anak buah Bojan Hodak hanya selangkah lagi untuk catat kejuaraan trebel


Shah Alam : Klimaks Piala Malaysia musim ini menyaksikan pertembungan dua sang juara - juara Liga Super, Kelantan dan juara Liga Perdana, Tentera apabila kedua-dua mara ke final, 20 Oktober ini.

Di Stadium Shah Alam, malam tadi, pertaruhan angka ' 3 ' oleh Kelantan dan Selangor lebih memihak kepada jaguh Pantai Timur itu apabila merekodkan kemenangan 2-0 ke atas Red Giants.
Walaupun perlawanan yang disajikan jelas seimbang tetapi segala usaha keras The Red Warriors berbalas dan kini hanya memerlukan tempoh 90 minit lagi sebagai detik penentu di pentas final untuk merangkul piala paling berprestij itu.

Selepas Piala FA dan Piala Liga Super berada dalam genggaman, kemenangan malam tadi bermakna peluang Pahlawan Merah untuk mendakap kejuaraan kali kedua Piala Malaysia hampir menjadi realiti.

Bagaimanapun, Selangor yang ketinggalan satu gol ketika tewas 0-1 di Kota Bharu, Jumaat lalu langsung tidak dihiraukan apabila terus melakukan asakan ke kubu lawan dan hasilnya seawal minit pertama, kaptennya, Safiq Rahim terlepas peluang menjaringkan gol selepas sepakan percumanya tersasar.

Permainan bertambah menghiburkan apabila penyerang pelawat, Mohammed Ghaddar melakukan percubaan 12 minit kemudian, tetapi sempat dikuis oleh penjaga gol, Norazlan Razali.

Tonggak tengah The Red Warriors, Indra Putra Mahyuddin juga tidak berupaya mengukuhkan agregat apabila sepakan 'chip' yang dilakukannya pada minit ke-38 sekali lagi dikecewakan oleh Norazlan.
Lima minit selepas itu, Selangor melakukan asakan dan rembatan kencang penyerang importnya, Bosko Balaban dari luar kotak penalti diselamatkan oleh penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.

Kelincahan Ghaddar cukup menghadirkan kekacauan di benteng tuan rumah apabila berjaya melepaskan diri untuk merobek gawang, tetapi Selangor sekali lagi bernasib baik kerana Norazlan terus mengecewakan Kelantan daripada menambah jaringan.

Sebaik memasuki minit ke-84, The Red Warriors ternyata lebih layak untuk memegang status ' Red ' yang sebenar apabila gerakan solo Ghaddar sebelum melakukan ‘ chip ’ berjaya melebarkan kedudukan agregat 2-0.

Dia melakukan menjaringkan gol pertama perlawanan hasil gerakan cantik menewaskan tiga pertahanan lawan.

Mohd Badhri Radzi terus menghukum kelekaan lawan apabila sepakan percumanya menerjah gawang sekali gus membawa Kelantan ke final dengan kemenangan agregat 3-0.



- Berita Harian -




Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2012 12:29 PM | Show all posts
Kelantan ke final




PENYERANG import dan pemain tengah Kelantan, Mohamad Ghaddar dan Mohd. Badri Mohd. Radzi memastikan The Red Warriors menempah slot ke perlawanan akhir kempen Piala Malaysia 2012 selepas masing-masing menjaringkan satu gol untuk menewaskan Selangor 2-0 pada separuh akhir kedua di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Dengan kemenangan itu, Kelantan melangkah bergaya ke final dengan kelebihan agregat 3-0 selepas meraih kemenangan 1-0 pada separuh akhir pertama di Kota Bharu minggu lalu.

Bagi Selangor, kekalahan tersebut terus membantutkan ‘Misi 33’ mereka musim ini.

Kelantan akan membuat perhitungan dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada perlawanan akhir yang dijadualkan berlangsung di Stadium Shah Alam pada 20 Oktober ini.

Pada perlawanan semalam, Kelantan memang berhak muncul pemenang kerana mereka dilihat lebih banyak menguasai permainan.

Begitupun, aksi pada babak pertama agak seimbang dan kedua-dua pasukan tampil dengan rentak yang agak berhati-hati.

Selangor pula harus menyalahkan diri sendiri atas kekalahan tersebut kerana barisan penyerang mereka kurang bijak mencuri peluang biarpun memperoleh beberapa peluang keemasan untuk merobek gawang lawan.

Kelantan hampir membuka jaringan pada babak pertama menerusi Ghaddar pada minit ke-12 tetapi tandukannya berjaya ditepis penjaga gol Selangor, Norzalan Razali.

Ghaddar kembali mempamerkan persembahan cemerlang pada minit ke-38 dan hampir membuka jaringan menerusi percubaan dari jarak jauh tetapi sepakannya dinafikan kecekapan Norzalan.

Tersentak dengan asakan pasukan pelawat, Selangor kembali bangkit menyusun serangan namun masih gagal untuk menembusi benteng pertahanan The Red Warriors.

Peluang terbaik Selangor hadir menerusi rembatan padu penyerang import, Bosko Balaban pada minit ke-44 namun berjaya diselamatkan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.

Bersambung babak kedua, Selangor terus menggandakan asakan menerusi gandingan Amri Yahyah, Balaban dan kapten, Safiq Rahim tetapi usaha mereka tetap buntu.

Selangor yang terdesak untuk memburu gol bagi memadam kelebihan jaringan Kelantan, hampir di depan menerusi Balaban namun percubaan itu berjaya di dakap kemas oleh Khairul Fahmi pada minit ke-49.

Ghaddar akhirnya berjaya memecah benteng pertahanan Selangor sebelum mengelecek empat pemain Gergasi Merah sebelum menewaskan Norazlan untuk gol pertama Kelantan.

Badri melengkapkan malam bergaya The Red Warriors menerusi sepakan percuma pada minit ke-85 untuk menjadikan kedudukan 2-0.

Selangor terus dihukum apabila menyaksikan Balaban dilayang kad merah apabila penyerang veteran Gergasi Merah itu menyiku pemain import Kelantan, Obinna Nwaneri pada minit ke- 87.



- Kosmo -





Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2012 12:39 PM | Show all posts
Kelantan stay on course for historic treble



Posted on October 13, 2012



By K. RAJAN



SHAH ALAM : High-riding Kelantan stayed on course for an historic treble when they beat Selangor 2-0 in the Malaysia Cup semi-finals, return-leg tie at the Shah Alam Stadium last night.

Kelantan, who won 3-0 on aggregate, will take on Armed Forces in the final at the same venue on Oct 20.

Last night, Kelantan’s Lebanese striker Mohamed Ghaddar Mahmoud and midfielder Mohd Badri Radzi sealed their berth in the final with goals in the 85th and 90th minutes respectively.

To add insult to injury, Selangor’s ineffective striker Bosko Balaban was red-carded for elbowing Obinna Nwaneri in the 87th minute.

Kelantan’s win extinguished Selangor’s dream of winning their 33rd Malaysia Cup. The loss also extended the Red Giants’ title drought for a second consecutive season.




Kelantan's Mohamed Mahmoud Ghaddar celebrates after scoring a goal against Selangor during the Malaysia Cup semifinal match at the Shah Alam Stadium, October 12, 2012. GLENN GUAN/The Star


Selangor last won a title when they clinched the Super League in 2010.

The east coast giants, who have bagged the FA Cup and the Super League title, were clearly the better and more dangerous side last night.

Ghaddar, who had two glaring misses earlier in the match, got it right at the third time of asking as he kept his composure to chip the ball past Selangor’s goalkeeper Norazlan Razali for the opener.

Second-half substitute Mohd Badri, who came in two minutes before regulation time, struck with a well-taken free-kick past the outstretched Norazlan in the dying minutes of the game.

But Norazlan deserves praise for keeping the Red Giants alive in the game by pulling off several point blanks shots from Ghaddar and Norshahrul Idlan Talaha in the first-half.

Selangor’s best chance came from Balaban’s volley in the 44th minute but it was palmed away by Kelantan custodian Khairul Fahmi Che Mat.

Kelantan will be playing in their third Malaysia Cup final in four years. They lost to Negri Sembilan in 2009 but exacted revenge in 2010.

The Red Warriors will be the favourites when they take on Premier League champions Armed Forces in the final. On Thursday, the soldiers defeated Lions XII 5-4 in sudden-death shootout after both teams were tied 2-2 on aggregate in the other semi-final.



- The Star -




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 02:29 AM GMT+8 , Processed in 0.366009 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list