Edited by Exoskeleton at 5-7-2021 11:43 AM
Kelong Durjana Bahagian 2
Selepas cerita karut Paksu tadi kami kembali senyap, masing2 memeriksa umpan yang dipasang pada joran kalau2 habis dimakan anak ikan. Nampaknya seperti tak ada rezeki kami pada malam itu.
Aku terbaring melihat bintang2 di langit, sekali sekala aku teringat akan waktu2 aku berseorangan sewaktu PKP tahun lepas. Terbaring di laman rumah Opah dan kemudiannya termenung melihat langit.
Paksu dan Ah Chan juga sedang asyik melayan perasaan sambil menghembuskan asap rokok masing2. Petikan gitar bersama nyanyian lagu Yesterday dari kumpulan The Beatles seperti amat2 sesuai dengan suasana tersebut.
Yesterday... All my troubles seemed so far away Now it looks as though they're here to stay Oh, I believe in yesterday
Suddenly... I'm not half the man I used to be There's a shadow hangin' over me Oh, yesterday came suddenly
Why she had to go, I don't know, she wouldn't say I said something wrong, now I long for yesterday...
Suasana kelong kembali menjadi sunyi. Ah Chan memecah kesunyian dengan berkata, “wahh...banyak sedap itu lagu...XPDC kan? Kasi main satu lagi lagu la...banyak layan”.
“Itu lah...kemain sedap lagi suara kamu. Cer main satu lagi lagu”, ujar Paksu pula.
Ketika ini aku macam hairan, kenapa pula dua orang tua ni expect aku buat konsert unplugged kat atas kelong ni?
Aku bingkas bangun, dalam posisi duduk itu aku bertanya kepada Paksu dan Ah Chan, “tadi tu bukan korang pasang lagu kat fon ke?”.
“Eh? Kamu ni...mana ada line tenet nak bukak youtube. Ngapenye?”, jawap Paksu.
“Sikijap...mana lu punya gitar?”, tanya Ah Chan.
“Mana ada siapa2 bawak gitar...bawak barang2 pancing dengan beg pun dah penuh tangan”, jawapku.
Muka kami mula dibasahi peluh...malam yang tenang itu bertukar menjadi mimpi ngeri. Tak bolehlah aku nak ada apa2 aktiviti dengan aman bahagia. Mesti ada je peristiwa2 angker macam ni.
Kami bertiga terdiam seribu bahasa, masing2 seperti memikirkan bagaimana nak lari dari situasi angker itu.
Belum pun reda kegusaran kami, tiba2 bunyi gitar itu berkumandang kembali. Bukan main sedap lagi petikan gitarnya.
Kemudian lantunan suara misteri pula menyanyikan bait2 lagu.
Di sini...kau dan aku Terrrbiasa bersama Menjalani kasih sayang Bahagia...ku denganmu
“Aiseymen...dia melayan lagu jiwang pulak”, bisik hatiku.
Suara tersebut terhenti di situ, petikan gitar berulang2 ibarat menunggu orang masuk berduet dengannya.
“Ape ke gaye kite ni? Patut ke kita sambung nyanyi?”, tanya Paksu sambil tangannya yang terketar2 itu memegang lenganku.
“Kejadahnya?Awok bukannya reti lagu jiwang2 ni”, jawapku.
Tiba2 saja AhChan dengan muka cuak serta suaranya yang terketar2 itu menyanyikan part perempuan dalam lagu tersebut.
Pernahkah kau menguntai Hari paling indah? Ku ukir nama kita berdua Di sini surga kita...
Seterusnya Ah Chan meneruskan duetnya dengan suara puaka tersebut sehingga ke akhir lagu. Sehingga ke hari ini aku macam tak faham kenapa Ah Chan berduet dengan suara tu dan kenapa pula dia boleh tahu lagu tu.
Selesai saja duet di antara Ah Chan dan suara itu, suasana kelong kembali sunyi. Paksu dengan handalnya menyuluh ke arah bilik kecil di atas kelong itu. Ibarat saja2 je nak nyuluhkan ke muka hantu.
Tapi mujur tak nampak pemilik suara yang memetik gitar dan menyanyi tadi, hanya ada sebuah gitar yang ditegakkan pada dinding papan bilik tersebut.
Paksu: Cer kamu tengokkan gitar tu...kot2 ade penjelasan saintifik kejadian malam ni. Aku: Eh? Kenapa awok pulak yang kena pergi check? Paksu: Kamu ni...itu pun nak berkira. Paksu ni dah tua...bagi la can masa2 yang tinggal berbaki ni. Kamu tu lain la...ada 9 nyawa. Aku: Eh? Kejadah?
Disebabkan aku malas nak bertekak dengan Paksu, aku menurutkan saja. Perlahan2 kakiku melangkah menuju ke arah bilik itu. Hatiku berdebar2, fikiranku pula mengharapkan kami sedang di‘prank’ oleh pemilik kelong tersebut.
Gedebuk!!
Bunyi botol air Ah Chan terjatuh ke lantai kelong tersebut. Nyaris nak tercabut nyawa aku dan Paksu. Ah Chan hanya mampu menyusun sepuluh jarinya membuat isyarat 'sorry'.
Tekaknya haus setelah berduet dengan suara tadi.
Paksu kembali menghalakan lampu suluhnya ke dalam bilik tadi, manakala muncung mulutnya pula menyuruh aku menyambung kembali operasi memeriksa gitar itu.
Haaaahhhh...aku menghembuskan nafas sehabis2nya sebelum melangkah masuk ke bilik tersebut.
Dengan pantas tangan aku menyambar bahagian leher gitar tersebut dan menolakkannya ke badan Paksu.
“Eh? Kenapa pulak bagi kat Paksu?”, tanya Paksu terkejut.
“Kata nak check tadi? Awak dah tolong amik tu dah OK la tu”, jawapku.
Dadaku masih berdebar2...rasanya inilah benda paling mengarut yang aku pernah buat. Nak lari balik pun tak dapat.
Paksu mula memeriksa gitar tersebut kalau2 ada penjelasan saintifik yang boleh menjelaskan apa yang terjadi kepada kami malam itu.
“Paksu tengok macam OK je? Tak ada apa2 yang suspicious. Takde pulak pasang apa2 speaker kat gitar ni. Mungkin ke gitar ni berbunyi sebab terkena hembusan angin?”, Paksu tertanya2 sambil memaling2kan gitar yang dipegangnya.
“Tang mana angin bunyi cord siap plucking tali gitar? Heck! Tali gitar pun tak mandang nak bunyi kejadahnye?”, terangku sambil menunjukkan jariku ke arah gitar tersebut.
Kedekangg!!
Paksu terus melepaskan gitar tersebut dari pegangannya, kemudiannya berundur beberapa langkah.
“Hallo? Boss...kasi angkat kitaolang sekarang...kenapa? Lu punya kelong banyak puaka la boss...”, dengan pantas Ah Chan menelefon brader yang bawa bot tadi.
“Aiyaaa...dia terus letak saja”, sambung Ah Chan sambil menepuk dahinya.
Paksu pula memandang tepat ke arah mukaku.
Lantas aku berkata, “takde...takde...tadi awok dah tolong amikkan gitar ni. Takde keje aih nak gi letak balik”.
Melihatkan aku dan Paksu tidak berani buat apa2 pada gitar itu, Ah Chan pula dengan selambanya melemparkan gitar tersebut ke dalam air.
Lalu berkata, “problem suda setel”.
Kedekukk!!
Gitar tersebut mengenai tepat pada belakang kepala Ah Chan.
“Aiyaaa...banyak suwey la ini gitar”, kata Ah Chan sambil tangannya memegang belakang kepalanya yang terkena gitar tadi.
“Kita buat tak nampak je la gitar ni”, cadang Paksu.
“Kita pindah ke pangkin sebelah sana pulak”, sambungnya lagi.
Aku dan Ah Chan bersetuju dengan cadangan Paksu itu, lalu mengangkat barang2 kami dan memindahkannya ke sana.
Jauh di sudut hatiku yang paling dalam, ada suatu benda yang lebih merisaukan aku dari gitar puaka tersebut. Aku mengharapkan yang aku hanya tersalah lihat saja.
Bersambung...
|