CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: babyface76

IASLA[DIET&ANGELIKA LATEST STORIES-(PAGE 197)]-~(PRE:TDDUP)

 Close [Copy link]
 Author| Post time 24-8-2005 03:59 PM | Show all posts
itulah hari isnin aku demam...naik je keja dah melambak keja...heheh..
takdelah aktif sangat kat samsoon cuma bila aku nunggu kau masukkan citer aku merayaoplah...hehee

oh gitu ye anne...barulah aku faham...hehe
nanti kau kasi gambar second hero ye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2005 08:07 AM | Show all posts

Episode 72 - Summary

Ivan dan Nea terkejut melihat Karri yang tiba-tiba muncul dihadapan mereka. Ivan melepaskan Nea dan pergi mendapatkan Karri. Ivan tidak percaya yang Karri balik lebih awal kerana dia berkata dia akan sampai pada bulan hadapan. Jawab Karri dia hanya hendak surprise kan Ivan (what a surprise indeed!) Ivan memperkenalkan Karri kepada Nea dan berkata Nea adalah kawanya dan juga kakak kepada Jasmin yang dulu dipikat oleh Oliver. Mereka bertiga agak civil juga memandangkan ketiga-tiga mereka berada dalam keadaan yang serba salah.

Jasmin telah menunjukkan presentation yang baik dalam mengemukakan proposal kepada client mereka (ok his name is steven) CEO company tersebut begitu tertarik sekali dengan cara Jasmin dan tidak mengalihkan pandangan nya kepada Jasmin. Oliver perasan akan hal itu dan dia seakan tidak menyenangi Jasmin diberi perhatian oleh Steven. Mungkin cemburu.

Steven asyik memuji proposal dari Jasmin dan mereka kelihatan begitu senang sekali dengan kehadiran masing-masing. Mereka akan bertemu lagi pada hari yang berikutnya. Wajah cemburu Oliver semakin ketara bila dia menyarankan agar Daphne saja yang datang untuk berbincang dengan Steven tetapi Daphne menolak kerana padanya Jasmin lebih mampu membuatnya. Akhirnya tiada apa yang Oliver dapat lakukan.

Di dalam restaurant, Ivan dan Nea cuba sedaya upaya untuk menerangkan kepada Karri tentang apa yang dilihat oleh Karri...walaupun Karri berusaha mengerti keadaan mereka..memang terasa begitu tention sekali. Karri mengucapkan selamat tinggal kepada Nea dan menyuruh Ivan menghantar dia pulang kerumah. Setelah kedua-dua nya pergi, barulah Nea dapat menarik nafas panjang dan tersandar pada dinding kerana kejadian tadi.

Daphne dan Jasmin sungguh gembira sekali kerana presentation mereka berjaya tetapi kegembiraan mereka hanya seketika bila Oliver buat perangai semula.

Nea mahu meneruskan membersih restaurant dan tiba-tiba terhenti bila dia ternampak karaoke. Dia duduk dan membuka lagu yang sedang berkumandang semasa Ivan dan dia menari dan bergembira sebelum Karri muncul.

Ketika Ivan dan Karri berada dirumah, Karri bertanyakan semula tentang relationship mereka semula. Ivan reassured her dan berkata dia masih menyintai Karri dan mencium dahi Karri. Karri rasa lega sementara dan memeluk Ivan dengan erat. Tetapi Ivan pula seolah-olahnya berkata yang sebaliknya kerana muka nya bersedih ketika Karri memeluknya.

Nea dan Jasmin berbual mengenai ketibaan Karri di restaurant. Jasmin rasa senang bila nama Karri disebut kerana Karri sungguh baik padanya semasa waktu dia masih bersama oliver. Nea telah menjemput Oliver untuk menghadiri opening restaurant nya. Bila dia ternampak Jasmin dia telah memesan kepasa Jasmin supaya datang sama dengan Oliver. Jasmin tidak mahu membuatnya tetapi Nea tetap menyuruh dia datang bersama Oliver kerana Oliver tidak tahu dimana restaurant baru itu berada. Jasmin tidak berkata apa-apa.

Karri dan Ivan rasa senang dapat berbual mesra dengan Roden dan Susanna. Roden gembira Karri berada ditanahair kerana dia boleh sentiasa menjaga boyfriend nya itu. Ivan terkejut dengan kata-kata ayahnya dan Karri pula rasa pelik. Roden berkata dia cuma bergurau dan dia telah meyakinkan Karri bahawa Ivan amat setia pada Karri. Mereka cuma tersenyum mendengar kata-kata Roden.

Zsazsa tiba di kedai buku dengan aksi seakan-akan tiada apa-apa yang berlaku semalam. Oliver dan zsazsa terlibat dalam satu discussion dan Oliver menegaskan yang perbuatan zsazsa semalam hampir meruntuhkan prospect untuk mendapatkan investors. Dalam perbualan tersebut nama Jasmin diungkit dan tiba-tiba Jasmin muncul didalam office itu tanpa sengaja. Zsazsa menengking Jasmin lalu keluar dari bilik itu. Jasmin cuma ada kertas yang perlu ditandatangani oleh Oliver. Oliver hanya memandang mukanya dan terus keluar untuk mengejar zsazsa.

Nea kini berada dalam restaurant semula dan dia telah memasang satu electrical outlet dan tiba-tiba dia terdengar bunyi meletup. Nea begitu panik sekali dan menjerit...api!!!!

Karri sedang membetulkan necktie Ivan bila Ivan mendengar bunyi cellphone nya dan dia menjawabnya. Nea berada ditalian. Ivan menyuruh Nea bertenang dan jangan panik dan dia akan kesitu secepat mungkin. Ivan terus meninggalkan Karri dan berkata ada emergency tapi tidak memberitahu Karri apa dia. Karri tercengang kenapa Ivan harus pergi dengan segera.

Nea sedang menanti diluar sehingga Ivan datang. Bila Ivan tiba Nea menyuruhnya masuk dengan segera untuk melihat apa yang terjadi. Ivan tidak tahu pula Karri mengekorinya dan melihat Ivan dan Nea, berdua sekali lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2005 08:10 AM | Show all posts

Episode 73 - Screencaps

Sorry lah guys image nye kurenggggggggggg sikit

Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2005 08:11 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2005 08:11 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2005 10:05 AM | Show all posts
hai semua....
morning....
michily bz sgt lately so thats why lama x jenguk ke sini...
maraming salamat 4 ate anne sbb rajin gak masukkan caps...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-8-2005 10:24 AM | Show all posts
hahaha tugas harian mic.....akaka
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2005 10:25 AM | Show all posts

Episode 73 - Summary

Sambungan...My old Oliver is back!!!!!!

Ivan dan Nea berjalan keluar dari restaurant dan masih berbual. Ivan ingat apa emergency yang berlaku kerana suara Nea amat panic dan sedang menangis tadi. Dari jauh Karri memerhatikan mereka dari dalam kereta. Nea meminta maaf kerana dia tidak mahu peritiwa terbakar berulang lagi dan sekarang mereka baru saja bangun. Ivan menasihati Nea jika Nea merasa takut...apatah dia lagi dan mengingatkan kembali peristiwa mengecat restaurant itu dulu...dan juga semasa mereka terpaksa berkemas mencuci pinggan mangkuk...dan mereka terus tertawa. Karri hanya memerhatikan mereka yang sedang riang ria tertawa.

Jasmin sedang menaip sesuatu di computer dan Oliver pula terhendap-hendap dan dia tidak tahan lagi lalu menghampiri Jasmin. Dia bertanya tentang document yang perlu dia tandatangani dan Jasmin menyerahkan document tersebut dan meneruskan kerjanya di computer. Oliver menasihati Jasmin supaya buat tidak endah saja pada kata-kata zsazsa kerana dia cuma berang saja.

Sementara Jasmin sibuk membetulkan kertas, Oliver memilih untuk melihat apa yang ditaip oleh Jasmin didalam computer. Kata Jasmin kerjanya itu melibatkan kena marah juga...tapi Oliver masih tidak mahu beralih sehingga Jasmin terpaksa berkata, ok dah sir. Jadi Oliver pun mula pergi disitu dan Jasmin sempat bertanya agar dia dibenarkan pergi kerana dia ada meeting dengan Mr Cheng. Segan nanti kalau dia terlambat. Oliver membenar dengan syarat Jasmin perlu pulang semula ke kedai buku untuk clock out dan dia tidak mahu Jasmin berjalan-jalan dalam waktu bekerja. Jasmin cuma menjawab baiklah dan mengucapkan thank you dan semasa dia sibuk mengaturkan barang-barang stephen pun muncul. Zsazsa dan Oliver tidak berkenan pada client mereka itu dan lebih-lebih lagi dengan Oliver yang begitu masam sekali mukanya.

Karri telah masuk kedalam Ivan dan melihat gambar. Pembantu rumah datang dan menghidangkan juice. Karri menyuruhnya mengalihkan kertas-kertas yang ada diatas meja takut basah nanti dan dia terpandangkan Phone bills Ivan...dia bersedih dan dia tertanya-tanya.

Oliver tidak senang hati langsung, dia berjalan mundar mandir sambil melihat jamnya. Dia menyuruh Daphne menelefon Jasmin dan bertanya dimana dia berada. Jawab Daphne mungkin mereka masih didalam meeting. Dia bertanya lagi, kenapa mereka harus meeting diluar, mereka boleh berbincang dikedai buku itu. Jawab Daphne.."it's part of the game" Oliver mencari alasan yang dia memerlukan update samada mr Cheng sudah sign atau belum dana entah apa-apa lagi Oliver membebel. Daphne cuma tersenyum. Oliver meneruskan lagi...lebih baik mereka menelefon Jasmin semula dan Daphne mengikut kehendak Oliver untuk menelefon Jasmin sekali lagi.

Ivan baru keluar dari library dan mendapati Karri berada dalam biliknya dan Ivan bertanya apa dia buat dengan barang-barangnya itu. Karri pula yang bertanya apa itu...siapa punya nombor kenapa dia menelefon hingga larut malam dan hampir setiap jam berbual. Ivan menjawab "it's nea's number...." dan Karri terhenti...

Daphne tidak dapat menghubungi Jasmin dan Oliver mula naik darah..apa agaknya yang mereka perbualkan .. dan bila line Jasmin berbunyi, Daphne menyerahkan phone kepada Oliver.... dia bertanya dengan segera dimana mereka berada, kenapa mereka mengambil masa yang lama, dan kalau hijau bermakna go dan terus meletakkan telefon. Dia menyuruh Daphne dail semula nombor Jasmin kerana dia ada sesuatu yang hendak ditanya. Bila dia dapat bercakap semula dengan Jasmin, Jasmin sendiri tidak faham kenapa Oliver berkata...sekiranya dia dah makan ke belum, apa yang dia order, dan jangan lupa ambil resit kerana dia perlu liquidate.

Battery telefon Jasmin semakin low...Oliver cuma dapat berkata hello. Kemudian telefon Mr. Cheng pula berdering dan dia menyerahkan phonenya itu kepada Jasmin. Oliver menengking kenapa Jasmin meletakkan telefon. Jasmin menerangkan yang telefon sudah kehabisan battery. Dia juga berkata segan pada Mr Cheng dan bertanya kenapa Oliver asyik menelefonnya. Oliver cuba menutup dan berkata..."tak da..tak da" dan membalas balik kenapa Jasmin complaint bila di telefon dan dia juga mengingatkan Jasmin untuk balik ke kedai untuk clock out. Akhirnya Stephen berkata semua boss macam tu? Jawab Jasmin "no...he's special...." sambil tersenyum.

Yolanda berada didalam sebuah park, sedang touch up mukanya didalam cermin dan dia ternampak Roden dari dalam cermin...lalu menyembur sedikit wangian dan menoleh kebelakang dan tersenyum manis pada Roden. Roden pun datangn menghampirinya.

Nea sedang menyediakan barang-barang di dalam restaurant. Ivan dan Karri muncul dan bila Nea bertanya kenapa mereka balik semula ke situ, Ivan terus berkata kerana "baby" nya cemburu. Nea hanya memerhatikan mereka....dan kemudian menjawab "Aku yang kau jealous kan...kenapa?" Karri cuma dapat menyatakan mungkin Ivan dan buat misinterpretation. Ivan menambah lagi.."Actually I just want to surprise you, I'm part owner of this restaurant....Nea is my Managing Partner...." dan Nea menyambung..."Ms. Karri betul tu..besar pertolongan nya dalam restaurant ini." "Jadi memang banyak buat phone calls, tak kira pukul berapa pada waktu malam, finally aku dapat mulakan sesuatu yang baru, kan itu yang kau mahukan untuk aku " Karri mengatakan sorry pada Nea, lalu memeluk Ivan dan mengatakan sorry juga. Nea merasa tidak selesa dan hanya memandang sahaja. (erghhhh!! tak larat dengan orang yang terlalu cemburu....Karri needs to get a life!!...huhuhu..emotional sikit)

Yolanda dan Roden sedang berbual...Menurut Yolanda walaupun dia tidak muncul untuk pertemuan mereka dia masih menunggu. Dia hanya mahu mengetahui sekiranya Roden sudah memaafkan nya. Roden pula berkata walaupun sekian lama masa berlalu, Yolanda masih tetap jelita...(makcik terperasan sekejap)

Karri dan Ivan sedang duduk dan sedang berbual dan Ivan mengusik Karri bila melihat wajah cemburunya. Mereka bermesra dan hanya dapat memerhatikan mereka sambil membacuh kopi.

Sambungan dengan Yolanda dan Roden, Yolanda memberitahu Roden yang dia bersam Larry semasa accident kerana ketika itu mereka bergaduh disebabkan Larry mahu meninggalkan Yolanda. Roden bertanya sekiranya Yolanda menyesal berkahwin dengan Larry. Jawab Yolanda sekiranya dia memilih Roden dulu sudah tentu perkara itu tidak akan terjadi.

Jasmin dalam tergesa-gesa pulang ke kedai buku setelah tamat meetingnya dengan Mr Cheng. Oliver masih lagi di office dan dia menegur Jasmin. Kenapa sampai 7.30 meeting tanya Oliver dan sekiranya Mr Cheng sudah sign. Jawab Jasmin Mr Cheng masih belum menandatangani contract kerana dia mahu memikirkan dulu dan esok mereka ada meeting lagi dan satu lagi Mr Cheng tidak akan melepaskan jika Jasmin tidak keluar dinner dengan nya. Jasmin segan untuk menolak kerana Stephen Cheng amat gentleman sekali.

Oliver menjawab lagi, dia tak kira jika Mr Cheng seorang yang gentleman atau tidak yang penting dah dapat close deal dan tiba-tiba telefon berdering. Jasmin tidak mahu mengaku kalah dan bertanya kenapa begitu sekali reaksi Oliver terhadapnya...adakah kerana Stephen tidak sign lagi atau kerana dia cemburu.....Oliver tidak dapat menjawabnya.... (mereka merenung antara satu sama lain tanpa berkelip dan bunyi phone masih berterusan)

Oliver menyuruh Jasmin menjawab telefon dan Jasmin menjawab sambil memusing kebelakang...Stephen berada ditalian dan Jasmin menjawab dengan baik dan manja sekali. Sementara itu Oliver hanya memandang dan tiba-tiba berkata...."YA AKU CEMBURU" ....(in slow motion....) Jasmin meletakkan phone dan merenung pada Oliver (sambil background music was playing...."at ang isinisigaw ikaw ang lahat sa akin......" dan ia melaungkan kaulah segalanya pada ku"!!! huhuhu!!)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2005 11:33 AM | Show all posts
yes! oliver jeles bila ada org nk tekel jasmine...
hihihi... bestnye....
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2005 02:20 PM | Show all posts

ialsa episode 74 screencaps

Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2005 02:21 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2005 02:23 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2005 02:26 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2005 02:28 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2005 02:30 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2005 02:31 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-8-2005 02:34 PM | Show all posts
hai michily...anne...nasib baik ada korang berdua...dapat gak aku tahu sambungan citer nie...kalau tidak tergantunglah jawabnya...

wah best betul..padan muka oliver...nak jeleskan jasmin...dia yg jeles...heheh

ala..kenapa ivan baik semula ngan karri...aku tak sukalah...
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2005 02:34 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2005 02:36 PM | Show all posts

ialsa episode 74 sinopsis

Oliver: YA .. aku cemburu..

Jasmin terkejut bila dia terdengar sesuatu dan dia menyuruh Stephen menunggu sebentar di talian.

Jasmin: awak ada kata sesuatu?

Oliver hanya merenung Jasmin dan menjawab soalannya ....

Oliver: TAK DA!!

Jasmin rasa geram kerana Oliver tidak mahu akui yang dia ada berkata sesuatu..

Jasmin: Ada apa-apa nak cakap?

Lama baru Oliver dapat menjawab ..

Oliver: Jangan bercakap terlalu lama, ini telefon office..

dan dia meninggalkam Jasmin semula untuk bercakap dengan Stephen semula.

Di restaurant, Karri meminta maaf kepada Nea. Nea menerimanya. Oleh kerana Nea sudah berkawan dengan Ivan dan Oliver, jadi Karri juga mahu menganggap Nea sebagai kawannya. Karri cuba masuk campur dalam pengurusan restaurant dan macam-macam soalan ditanya kepada Nea. Sehingga untuk mengambil seorang ccok juga telah di recommend oleh Karri. Bukan Nea tidak mahu tetapi dia takut budget tidak mencukupi dan mereka akan mengalami kerugian. Tetapi Nea tidak dapat berkata apa-apa kerana Ivan sendiri telah bersetuju dengan kata-kata kekasihnya.

Hazel tiba di bar dan band members nya telah memberikan jadual baru untuk persembahan mereka. Hazel tidak gembira kerana persmbahan mereka terpaksa ditambah sehari lagi.

Di rumah pula, Nea bertanya kepada adiknya tentang kononnya Hazel mempunyai project di sekolah.
Nea: apa yang kau cuba sorokkan?
Hazel: Nantilah kakak leterkan saya...sekarang saya harus siapkan project ini.
Nea memahami Hazel dan dia cuma mahu memberitahu Hazel untuk makan kerana tak elok kalau berlapar.

Karri dan Ivan tiba dirumah Nea dan membuat kejutan kepada Yolanda. Mereka cuma mahu berjumpa dengan Jasmin tetapi Jasmin sedang bekerja. Ivan memperkenalkan Karri kepada Yolanda yang hanya memerhatikan mereka berdua.
Yolanda: Tak silap kamu memilih girlfriend..you look so pretty and (dan melihat kelibat Nea) soooo SMART.

Bila Yolanda memuji Karri, Nea menjadi conscious tentang dirinya sendiri.

Karri: Kata Nea kamu akan pergi membeli barang-barang today? I'd be happy to shop with you guys if it's ok with you?

Nea terkejut dengan kata-kata Karri..

Nea: Ha? ...ya boleh..

Tapi air muka Nea berubah kerana dia tidak selesa Karri bersama Ivan (mungkin cemburu)

Oliver asyik menghendap dari jendela seperti dia tidak selesa. Dia tidak perasan yang Jasmin berada di belakannya. Bila Jasmin memanggil Oliver dengan pantas sekali dia menoleh. Jasmin hanya mahu tandatangan Oliver untuk membawa kertas-kertas untuk dibawanya nanti. Oliver terkejut melihat pakaian Jasmin dan memandanga dari bawah hingga ke atas.
Oliver: kenapa tak pakai uniform?

Jasmin: saya ada OB ..

Oliver: Official Business.. kenapa tak pakai business attire?

Jasmin: kata Daphne ok kalau saya tak pakai uniform ..

Oliver senyap dan terus mengambil document yang perlu ditandatangani dari Jasmin.

Oliver: Tak sesuai baju yang kamu pakai....SEPERTI BUNGKUSAN SUMAN SAJA (suman ni sejenis pulut manis dibungkus dengan daun pisang)

Jasmin mengangkat sebelah kening dan merampas documents yang perlu dibawanya dari Oliver.

Ivan, Karri dan Nea keluar untuk memilih barang-barang untuk restaurant. Nea tidak menyukai peralatan itu kerana mahal. Nea telah menyarankan agar mereka pergi ke Quiapo untuk murah. Ivan bersetuju dengan cadangan Nea. Karri mahu ikut serta tetapi dia mahu pulang ke rumah dulu untuk menyalin pakaian kerana baginya pakaiannya tidak sesuai untuk pergi ke Quiapo (macam pasar Chow Kit) Dari raut muka Nea ternyata dia tidak menyukai Karri mengikut mereka tetapi dia tidak dapat berbuat apa-apa.

Nea tercengang melihat betapa besarnya rumah Karri. Sementara Karri sedang menyalin pakaian, Ivan telah bercerita sedikit tentang Karri dan Nea melihat gambar Ivan dan Karri diatas meja.

Nea: Jadi dari kecil lagi kamu dah bersama...maybe memang kamu berdua meant for each other.

tetapi Ivan tidak menjawab comment dari Nea.

Oliver nampak Mr. Stephen Cheng sampai dan dia cuba menghampiri lelaki tersebut untuk berjabat tangan tapi Stephen tidak perasan dan terus menuju ke Jasmin. Oliver asyik menjeling kearah Stephen dan Jasmin. Kemudian mereka mengucapkan selamat tinggal kepada Oliver dalam perjalanan keluar dari kedai buku.

Oliver: ok... take care..(dan berbisik) harap-harap kau jatuh..

Baru saja Oliver habis bercakap memang betul kedua-dua Stephen dan Jasmin terjatuh. Oliver ketawa geli hati. Zsazsa muncul dan membantu Stephen dan Oliver masih meneruskan ketawanya sehingga masuk kedalam office nya.

Setelah selesai Karri bersalin pakaian dia menelefon seseorang dari biliknya..

Karri: Hello.. do you know a shop in Quiapo that carries silverwares?

Ivan masih meneruskan cerita Karri kepada Nea..

Ivan: Karri ni memang kuat menangis masa kecil...ada sekali semasa family dinner ada orang berebut cake nya...Karri terus menangis dan tak mahu berhenti kerana dia tak suka orang lain merampas hak nya.
Nea terkedu dengan kata-kata Ivan. Karri muncul dan perbualan mereka terhenti. Mereka cuma bergurau tentang apa yang mereka cakapkan tadi dan Nea mengajak mereka pergi segera kerana nanti traffic jam pula.

Karri: Nea mari kita singgah sebentar di restaurant.. saya ada surprise untuk kamu berdua

Bila mereka tiba di restaurant dan masuk kedalam, mereka terkejut ada banyak kotak-kotak besar didalam. Disitu juga ada seorang lelaki menghantar barang-barang untuk restaurant dan Nea tertanya-tanya kerana setahunya mereka belum beli apa-apa. Karri mengaku yang dia membuat order itu...

Karri: Nea...aku yang order semua ni...kan jadi kita tak perlu pergi ke Quiapo lagi sekarang?

Nea tidak suka sama sekali apa yang dilakukan oleh Karri dan dia menunjukkan ketidakpuasan hatinya kepada Ivan.

Hazel sedang menyanyi di bar dan tiba-tiab dia terbatuk. Secret admirer nya amat risau sekali.

Di dalam sebuah restaurant Stephen menyatakan kepada Jasmin yang dia menerima proposal yang diutarakan oleh Jasmin dan akan terus melabur dalam kedai buku mereka. Jasmin gembira dan berjabat tangan lalu mmebuat satu ucap selamat untuk business venture mereka dan tiba-tiba cellphone Jasmin berdering. Hazel berada ditalian kerana meminta kakak nya itu singgah di Bar dan mereka akan balik bersama kerana badan dia tidak sihat.

Jasmin tiba di bar tempat kerja Hazel bersama Stephen. Tiba-tiba cellphone berbunyi lagi dan oleh kerana kerana keadaan dalam bar terlalu bising, Jasmin terpaksa bercakap dengan kuat kerana dia tidak dengar siapa ditalian.
Oliver: Kau menengking aku?

Jasmine: Aku tak dengar sebab aku dalam bar tapi aku ada berita baik untuk kau...

Oliver: Kau masih bersama dengan Stephen? Kamu ada dalam disco?.. sama ker dalam business meeting?.. untuk bermesra-mesra??

Jasmin sungguh marah sekali dengan kata-kata Oliver dan terus meletakkan telefon. Zsazsa terdengar perbualan Oliver memarahi Jasmin dan dia rasa sungguh geram sekali.

zsazsa: The world is sooo unfair... Kau dan Daphne hampir bergaduh dengan aku sebab aku cuma nak berbaik dengan Stephen...sekarang Jasmin yang buat kau tak marah pulak .. Mungkin sebab Stephen suka pada dia..... well at least aku it was just for a night and was purely business...Dia dengan Jasmin...berapa malam agaknya..

Oliver terasa yang Zsazsa memang cemburu. Tetapi Oliver mula menjadi marah dan mengambil semula telefon didalam tangan nya lalu dibaling kearah Zsazsa dengan kuat. mujur tidak mengena kepada Zsa zsa dan zsa zsa terus keluar dari office itu daripada berdepan dengan kemarahan Oliver....Bila Jasmin masuk semula ke kedai buku dia begitu naik angin sekali kerana kata-kata yang dilemparkan oleh Oliver dalam phone malam tadi. Di dalam office dia memberitahu tentang perkembangan dengan
Mr. Stephen cheng.

Jasmine: In 30 min. Mr Chen akan sampai...he said yes last night. He will sign the contract..

Oliver: Mungkin dia saja yang akan sign contract ...TAPI AKU TIDAK!

Jasmin: Sir..

oliver: kau tak dengar cakap aku?...AKU TAK AKAN SIGN CONTRACT TU!!

dan Oliver meninggalkan Jasmin di dalam office lalu pergi. Jasmin tidak dapat menyangka apa rancangan Oliver kerana dia sudah bersusah payah untuk mendapatkan investment itu. Jasmin mengejar Oliver sehingga diluar kedai.

Jasmine: OLIVER...

Oliver: GET BACK TO YOUR OFFICE...

Jasmine: Apa yang tak akan diteruskan...kita dah terikat..aku dah bersusah payah dengan deal ini.

Oliver: KAU BERSUSAH PAYAH?... APA YANG SUSAH SUPAYA MR CHENG JADI SETUJU ...APA??!!..BETUL-BETUL SUSAH ATAU SEDAP?!!!

Jasmin tidak sangka sama sekali perkataan itu keluar dari bibir Oliver dan dia tidak dapat menahan lagi lalu....PAK !!! Jasmin menampar muka Oliver.

Jasmine: Begitu sekali kau marah aku sampai begitu rendah sekali kau memandang aku? (air mata mula mengalir).

Oliver: Kau telah buktikan pada kami semua yang kau hebat Jasmine....so apa yang kau tunggu lagi?...kan the next step kau nak resign?

Jasmine: Aku ingat dulu... bila kita berjumpa semula, aku akan gembira sebab kau dah berjaya mendapatkan apa yang kau impikan selama ini...tapi kau tahu apa yang aku rasa sekarang? Aku menyesal setiap malam aku berdoa pada tuhan supaya kita dapat bersama kembali... supaya aku dapat melihat kau...sebab setiap hari bila kau memandang aku, kau tidak menyayangi aku...setiap kesalahan kau akan judge aku...sehingga kau matikan hati ku...berulang-ulang kali.

Oliver merasai sakit yang dirasai oleh Jasmin dan mahu meminta maaf..

Jasmin: Mungkin juga aku silap..dan mungkin kesilapan yang terbesar sekali yang aku dah lakukan ....

Lalu Jasmin menanggalkan rantai yang berada dilehernya.

Jasmine: memakai sesuatu dari cinta mu.

Oliver terkejut bila melihat rantai yang sedang dalam genggaman Jasmin. Rantai yang dia sendiri mahu berikan sendiri sekiranya Jasmin diwaktu dan tempat yang ditetapkan. Dia hanya memandang Jasmin dan juga rantai itu dan air mata nya jatuh berlinangan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2005 02:39 PM | Show all posts

ialsa episode 75 screencaps

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 12:00 AM GMT+8 , Processed in 0.304163 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list