|
IASLA[DIET&ANGELIKA LATEST STORIES-(PAGE 197)]-~(PRE:TDDUP)
[Copy link]
|
|
Episode 69 - Summary
Secara tidak sengaja Hazel telah berlanggar dengan seorang anak muda (which we all areadly knew that chocnut) Lelaki itu meminta maaf tetapi Hazel dengan sombongnya berkata.."jalan punya besar, naper boleh sengaja berlanggar?!" lalu meninggalkan t empat itu.
Diantara Ivan dan Nea, Ivan perasan yang dia telah naik radang tanpa disedari lalu meminta maaf kepada Nea. Fikiran agak bercelaru kerana tekanan kerja dan juga bila Nea asyik menelefonnya tadi. Nea faham maksud Ivan dan dia juga meminta maaf kerana menyusahkan Ivan sebab dia amat nervous sekali untuk melihat business mereka akan berjaya.
Yolanda pula menelefon Roden dan berkata mereka perlu berbincang. Roden terdiam bila terdengar Yolanda berkata yang dia tidak mahu sebarang relationship dengan Roden dan terus meletakkan telefon. Tetapi dari Yolanda bersedih dengan perbuatan Roden terhadap anak-anaknya, Yolanda lebih gembira kerana dia tahu cara mempergunakan Roden dan dia tahu cara pemikiran Roden dan dia tahu Roden pasti akan berjumpa dengannya semula.
Daphne meminta pertolongan dari Jasmine untuk membbuat proposal untuk diberikan kepada inverstors mereka. Oliver muncul dan terdengar akan perbualan mereka berdua. Oliver mengingatkan Jasmin tentang kerja dia melayan kanak-kanak tetapi Daphne memerlukan Jasmin untuk membantunya membuat proposal. Akhirnya Oliver membenarkan Jasmin bekerja dengan Daphne tetapi dia masih tidak senang hati akan tugas baru Jasmin itu.
Sementara Ivan meneliti segala perbelanjaan untuk menyediakan restaurant, Nea pula menelefon Hazel. Hazel baru saja hendak keluar bekerja di tempat menyanyinya bila mendapat panggilan itu. Bila ditanya oleh kakak Nea dimana dia berada sekarang, Hazel berbohong yang dia baru hendak pulang ke rumah. Nea meminta Hazel singgah sebentar ke restaurant. Hazel terpaksa mengikut kamahuan kakaknya dan bila dia keluar dari situ, si chocnut pula muncul dengan membawa hadiah.
Zsa zsa pula dengan sikap cemburu dan bongkak memarahi Jasmin kerana membantu Daphne membuat proposal. Dia mengecil-ngecilkan kebolehan Jasmin yang sebenarnya jauh lebih baik dari diri zsa zsa sendiri.
Jasmine: Mam, kalau saya tak tahu kerja saya, jadi saya tak pakai uniform ini.
Zsazsa: Uniform tu tak sesuai dengan kau...kau tahu apa yang sesuai dengan kau?...jadi orang gaji (pengasuh) saja...
dan Zsa zsa membelakangkan Jasmin dan dia bertembung pula dengan Daphne yang sudah mendengar kenyataan nya tadi.
Nea dapat merasakan yang masalah Ivan bukan kerana kerja sahaja. Dia cuba bertanya kepada Ivan. Ivan menceritakan yang sejak kecil lagi dia diberikan tekanan oleh ayahnya kerana ayahnya mempunyai high expectations terhadap anak yang sulung itu. Bergenang air mata Ivan semasa dia menceritakan masa silamnya dengan Nea. Nea cuba memikirkan supaya Ivan dapat melupakan masalah nya buat semenetara waktu.
Nea: Ivan apa satu perkara yang kau nak buat masa kecil tetapi tidak dapat buat sepanjang hidup kau?
Ivan tertanya-tanya akan soalan Nea itu lalu terus mengalir air matanya.
Jamin sedang mengemaskan buku-buku yang di serakkan oleh kanak-kanak tadi bila Daphne muncul. Daphne menyuruhnya berhenti dari berkemas kerana dia sudah menyuruh perempuan lain untuk membuatnya. Dia juga mengingatkan Jasmin yang tugasnya juga adalah marketing assistnat dan dia memerlukan Jasmin untuk membantunya membuat proposal. Jasmin menjadi serba salah kerana Oliver dan Zsa zsa tidak menyukainya. Daphne tidak mahu mendengar alasan Jasmin dan dia akan cuba uruskan hal itu dengan Oliver dan zsa zsa dan dia akan cuba sedaya upaya supaya mereka tidak tahu akan hal itu.
Nea menarik tangan Ivan keluar dari restaurant dan ketika itu juga mereka bertembung dengan Hazel. Nea meminta Hazel menjaga restaurant kerana dia dan Ivan perlu pergi ke satu tempat dulu. Hazel tidak gembira dengan arahan Nea kerana terpaksa meninggalkan kerjanya di bar. Ivan bertanya kemana tujuan mereka tetapi Nea berkata ikut saja dan terus menarik Ivan keluar.
Sejurus Oliver sampai ke office, dia segera bertanya kepada zsa zsa dimana Jasmin berada kerana ternyata sekali dia tidak ada ditempatnya. Zsa zsa pula dengan mudahnya merasa cemburu bila mendengar Oliver mencari musuhnya. Oliver pula seboleh-bolehnya cuba jadi defensive sehingga dia mula naik radang. Tetapi sekarang zsa zsa cuba memujuk dan mengajaknya makan diluar dan pelawaan zsa zsa diterima oleh Oliver.
Nea membawa Ivan ke park dan dia membiarkan Ivan merasai hari yang sungguh bahagia yang tidak pernah dirasainya semasa membesar dengan ayahnya. Mereka makan fishball, mereka menaikki kereta kuda dan berbagai lagi. Mereka juga membeli belon dan berbaring diatas padang rumput dan satu persatu mereka lepaskan belon dan memandang kearah langit sambil melihat belon mereka terbang ditiup angin. Ivan mengucapkan terima kasih kepada Nea tetapi pada Nea, Ivan lebih banyak membantunya.
Jasmin telah datang ke restaurant bersama Daphne. Hazel berkata yang kakk Nea tidak ada disitu dan meminta Jasmin melakukan sesuatu untuk nya. Jasmin faham akan permintaan Hazel.
Akhirnya Ivan dan Nea singgah sebentar ke kedai buku untuk menikmati kopi disana. Mereka terserempak dengan Oliver dan Zsa zsa. Oliver terkejut melihat mereka disitu dan merasa janggal kerana Jasmin dan Nea adalah adik beradik dan tidak tahu bagaimana hendak berlagak dihadapan Nea. Oliver memperkenalkan zsa zsa kepada Ivan dan Nea dan dengan segera meninggalkan tempat itu. Nea bertanya kepada Ivan jika itu teman wanita Oliver. Ivan tidak tahu apa hubungan sebenar zsa zsa dalam hidup Oliver dan terus mengajak Nea masuk ke dalam untuk minum kopi.
Si chocnut sudah merasa bosan menunggu Hazel menyanyi dan fikir untuk pergi saja. Bila dia bangun dia terlanggar semula dengan Hazel yang hendak cepat-cepat ke stage. Kerana terlalu gembira melihat Hazel semula dia hampir terjatuh dari tempat duduknya.
Yolanda ada terfikir juga mungkin Roden akan mendengar kata-katanya supaya mereka tidak bertemu lagi. Yolanda hampir keluar untuk ketempat yang dijanjikan dan terpandang yang Roden sudah berada dalam kereta sambil memerhati kearahnya. Yolanda tahu akan permainan yang akan dikenakan kepada Roden. Yolanda mengajak nurse nya pulang saja walaupun dia tahu Roden sudah menanti. Kemudian Yolanda ketawa dengan kuat kerana dia sudah buktikan bahawa Roden masih menyintainya walaupun sudah bertahun berlalu.
Nea dan Ivan berbual didalam kereta..
Nea: Kau percaya tak tentang takdir walau macamana kau cuba elakkan, yang itu juga yang datang pada kau.
Ivan tertanya-tanya akan maksud soalan nea..
Ivan: seperti apa?
Nea: Seperti...dua orang bercinta selepas itu berpisah...kau fikir kasih sayang sudah hilang?
Ivan: Kenapa kau tanya tu?
Nea: Mungkin kerana terjadi pada adik-adik kita..
Nea tertawa sendirian kerana dia lebih bercakap tetapi Ivan mengikutnya untuk ketawa bersama. Tetapi dia berhenti tertawa bila ada sebuah kereta berhenti disebelahnya dan pemandunya tidak lain daripada Roden. Roden memandang ke arah mereka dengan penuh kemarahan sekali kerana Ivan berada bersama anak musuh ketatnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Episode 70 - Summary
Ivan perasan yang Roden sudah melihat bahwawa Nea berada didalam kereta anak nya. Tetapi Roden tidak peduli dan terus memandu keretanya pergi. Ivan terpaksa menguasai keadaan. Cuma Nea tertanya-tanya kenapa ayah dan anak tidak bertegur.
Band Hazel sedang bersedia untuk memulakan persembahan bila ada orang menyerahkan cake dari chocnut. Kawan-kawan hazel mengusiknya dan seperti biasa chocnut berada dihadapan stage cuma dia sengaja tidak menunjukkan yang cake itu datang darinya.
Jasmin dan Daphne pula menggunakan ruang restaurant baru Nea untuk menyediakan presentation mereka. Dalam pada itu mereka sempat berbual tentang peristiwa silam. Daphne bertanya semada Jasmine was affected by Oliver. Jawab Jasmin yang Oliver pernah menjadi sebahagian hidupnya di masa lampau....masa lampau yang tak pernah dilupakan, sambung Daphne. Daphne juga dapat merasakan yang Oliver yang dikenali dulu tidak seperti Oliver dimasa kini. Tidak lama selepas itu Ivan dan Nea pun sampai dan Nea mencari Hazel. Tetapi dengan segera Jasmin cuba berselindung yang hazel sudah berada di rumah.
Setelah Hazel tamat menyanyi, mereka memberikan cake itu kepada nya tetapi dia tidak mahu dan diserahkan terus kepada band members. Chocnut terdengar dan merasa kecil hati dan terus meninggalkan tempat duduknya. Sekali lagi dia terlanggar dengan seseorang.
Di rumah keluarga Ynares, Roden naik radang dan memarahi Ivan seolah-olah dia teah menjadi musuh kerana tidak menurut kemahuan ayahnya. Sementara Susana di belakang seperti biasa rasa tertekan. Ivan menerangkan dia berjumpa dengan Nea supaya dia dapat mengembalikan modal yang digunakan untuk membuka restaurant tanpa sebarang masalah dan kecil hati. Tetapi Roden tetap menuduh Ivan berjumpa dengan Nea dibelakangnya dan mula mengikut perangai Oliver. Mungkin kerana itu Roden sanggup membuang anak nya sendiri lalu keluar dari situ. Susana dan Ivan hanya berpandangan sementara Ivan cuba menahan air mata.
Jasmin dan Nea sedang berbual didalam bilik Nea. Serupa juga pertanyaan dari Nea kalau she is affected by Oliver. Jasmine menyangkal soalan itu. Jadi Nea berkata patut la dia tidak meneruskan kehidupannya bermakna dia masih mengingati Oliver. Nea juga menyatakan yang Zsa zsa bukan girlfriend Oliver dan sepatutnya Jasmin dan Oliver perlu berdamai semula.
Daphne membaca proposal yang dibuat oleh Jasmin kepada Oliver dan Daphne. Kedua-duanya impress dengan proposal itu dan Oliver berkata sepatutnya mereka dapat menyampaikannya kepada pelanggan. Lalu Daphne berkata siapa yang membuat proposal itu dia lah yang membuat presentation nanti dan Jasmin pun tiba. Barulah Oliver dan Zsa zsa sedar siapa yang membuat proposal tersebut. Jadi Oliver meminta Jasmin untuk menyampaikannya. Semua orang mendengar presentation tersebut kecuali Zsa zsa. Nampak sekali Oliver sungguh berbangga sekali.
Bila Ivan tiba di restaurant, Nea sedang mengecat kerana dia tidak ada kerja yang hendak dibuat. Nea mengajak Ivan mengecat sekali. Ivan mahu membantu tetapi dia memakai suits. Lalu Nea membawa tshirt supaya dia boleh menukar pakaian. Ivan mencari bilik untuk bersalin pakaian tetapi Nea mengusik yang dia boleh menanggalkan pakaian disitu dan dia berjanji tidak akan menghendap Ivan. Ivan pun mula menanggalkan baju dan ternyata sekali tattoo didada nya masih ada. Mujur juga Nea menghadap kebelakang sambil meneruskan cat.
Presentation Jasmin sudah berakhir dan mendapat tepukan dari staffs kedai buku. Selepas itu Oliver memberikan komennya, seperti ada yang kurang tentang presentation tersebut. Zsa zsa berlagak dan berkata presentation Jasmin amat boring sekali dan sepatutnya dia memakai pakaian badut. Jasmin terus menangis dan meninggalkan tempat itu dan ternyata Oliver amat bimbang dengan keadaan Jasmin.
Ivan dan Nea masih meneruskan sessi mengecat dan Nea tercat tangan Ivan. Kononnya Ivan marah lalu Nea berkata sekiranya mereka hendak bergaduh dan memulakan paint war dengan menggunakan roller brush...
Jasmin sedang sibuk dimejanya dan tiba-tiba ada orang menyerahkan sandwich kepadanya....si Oliver... Oliver berkata yang Jasmin kurang bermaya dan dia memerlukan Jasmin untuk membuat presentation kepada client mereka. Dan Oliver juga menyuruh nya makan dengan segera takut pekerja lain akan nampak dan terus pergi dari situ. Jasmin tampak gembira sedikit.
Pintu kereta dibuka...ditunjukkan kaki seorang wanita hinggalah ke kepala... Karri dah balik!!
Ivan pula masih meneruskan cat nya tetapi sekarang dia mengecat ceiling dan dia sedang memanjat tangga. Nea pula mengusiknya dan menolak tangga tersebut. Lalu Ivan menjadi out of balance dan dibiarkan saja oleh Nea untuk Ivan terjatuh. Ivan pun jatuh tetapi diatas Nea dan mereka terjatuh sama diatas lantai...mereka bertentangan mata, mereka akan kiss??...oh tidak! kedua-duanya berkata "adoi!" lalu mereka tertawa dan tertawa.
Karri telah sampai dan bila ditanya oleh kawannya sekiranya Ivan tahu tentang kepulangannya, Karri mahu ia menjadi satu kejutan. Dia tahu Ivan tentu gembira kerana sudah lama mereka tidak berjumpa. Tambah Karri lagi dia beruntung dapat Ivan kerana Ivan tidak pernah berubah walaupun sudah banyak mereka lalui...Ivan sungguh setia....
Setelah selesai mereka mengecat didalam restaurant, Ivan sudah bersedia untuk pulang. Dia dan Nea berjalan keluar dan Nea mengusiknya lagi, lain kali bumbung pulak mereka akan cat. Ivan cuma ketawa. Bila dia masuk kembali kedalam keretanya dia sempat melambai kepada Nea dan Nea juga hanya memerhatikan Ivan yang berlalu pergi. |
|
|
|
|
|
|
|
hai anne...bestnya dapat nengok adegan romantik ant nea ngan ivan...best sesangat...aku kat opis nie...sedang boring dapat baca citer ngan nengok gambar segar mataku |
|
|
|
|
|
|
|
aik sejak bila lak ko keje hari sabtu..bkn ke ko tak keje hari sabtu...ambil overtime ek..
Wahh..sejak akhir2 ni, kemain aktif lagi ko kat thread sam soon tu...akakaka...anne tgk episode 2, 3, 4, 14 dan 16 aje...yg lelain tu kena tgu princess nganto... |
|
|
|
|
|
|
|
anne cukup tension tgk scene si oliver dgn si zsa zsa tue...alahai cepat lah hendaknya next prince charming si jasmine sampai...biar oliver jealous tak tentu arah...baru padan muka |
|
|
|
|
|
|
dymples This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
dymples This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
dymples This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
dymples This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
| |
|