CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: elia201

Novel : Kisah kau dan aku - ended on 20102015- already there

[Copy link]
Post time 3-2-2015 05:13 PM | Show all posts
Betul ke jie dh mati ni..sbb rasanya none of the sentence yg sebut secara terang dan jelas yg jie dh mati..cuma cakap, bala yg menimpa jie..takdir etc..tp x de sebut dh mati pun kan?? Ke aku yg terlepas memane sentence
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2015 05:26 PM | Show all posts
pooh83 replied at 3-2-2015 09:13 AM
Betul ke jie dh mati ni..sbb rasanya none of the sentence yg sebut secara terang dan jelas yg jie dh ...

Jie da matilaa..kn ada scene tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2015 06:23 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 3-2-2015 11:11 PM

Khalid risaukan keadaan Viana yang tak henti henti menangis dari tadi. Dia sendiri pusing untuk memujuk. Hatinya jua tidak tenteram. Rasa bersalah dan terkilan silih berganti. Kalau saja Khalid tahu begini penyudahnya, Khalid bersumpah takkan menghalau mahupun  mengasari Jie sewaktu gadis itu datang melawat Rayyan. Sesal kemudian tiada berguna. Masa yang berlalu takkan berulang.

Pandangan mata jatuh pada Maznah yang hanya diam terpaku. Ibu mertuanya tidak menghiraukan keadaan sekeliling. Malah wanita itu tidak menjamah sebarang makanan atau minuman dari tadi. Puas Dato' Hanafi memujuk namun tidak dihiraukan Maznah.

Khalid rasa sesak dan inginkan sedikit ketenangan. Pantas langkah dihala ke ke luar hospital. Minda menerawang jauh memikir segala kesalahan yang pernah dilakukan pada adik iparnya. Maafkan I, Jie ! Tak sedar airmatanya mengalir tanpa dapat ditahan lagi.  
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2015 06:38 PM | Show all posts
elia201 replied at 3-2-2015 10:23 AM
Khalid risaukan keadaan Viana yang tak henti henti menangis dari tadi. Dia sendiri pusing untuk memu ...


jie hidup? wat de? Bkn scene tu..jie ditembak? wat de?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2015 06:42 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 9-5-2015 02:39 PM

BAB 42


Pandangan dihala ke arah tasik.   Kedamaian terbit dalam hati. Ralit menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan.  Angin yang bertiup sepoi sepoi bahasa nyaman menerpa wajah. Rambut berayun terbang mengikut tiupan angin. Diri hanyut dalam lamunan.

Sesekali gelagat anak kecil bermain menghibur hatinya. Sempat pipi montel kanak kanak yang menghampirinya dicubit. Geram ! Kepingin benar hati untuk menjadi seperti mereka. Riang ria tak kira masa. Tiada masalah yang membelenggu.

"Mommy !!"  Anak kecil itu berlari mendapatkan Mommy. Malangnya Mummy seperti tidak mendengar teriakannya.

" Daddy..!" Pantas tangan Daddy ditarik. Menunjuk ke arah Mommy yang leka termenung tanpa mengendahkannya. Anak kecil itu merajuk dengan gelagat Mommy.

Daddy seolah mengerti isi hati si kecil. Lantas anak comel itu didukung mendekati Mommy yang masih hanyut dalam khayalan. Merenung tasik dari tadi. Spontan tubuh dihadapannya disentuh.

"You.. Kenapa you tak jawab anak panggil? Kesian dia merajuk dah." Zack menunjuk ke arah gadis cilik yang sedang muncung panjang sedepa.

Masih lagi tiada jawapan. " You fikir apa?" Wajah cantik dihadapannya disentuh. Cuba untuk mengerti segala yang terbuku dihati.





Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2015 07:37 PM | Show all posts

jie hidup?  wat de...aku rsa scene mati tu perangkap kot? wat de? wat de? wat de #!,@?#257906;/(@@#;.-+!
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-2-2015 10:28 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 3-2-2015 10:35 PM

"You ingat tak I pernah janji dengan you dekat sini.. Tempat yang sama.. Yang I akan jadi pelindung you seumur hidup I? Lindungi you dari semua kesedihan,  kesakitan dan pastikan you selamat selalu?"Zack masih lagi tak putus asa menagih perhatian gadis dihadapannya. Tubuh langsing itu diraih ke dalam pelukannya. Mata mereka bertentangan. Gadis itu dilihat hanya mengangguk.

" And till now I tetap akan jadi pelindung you. Tak ada apa yang akan berubah !" Zack sangat pasti dengan kenyataan itu. Cukuplah sekali Zack terleka sehingga nyawa gadis itu berada dihujung tanduk.

Walaupun hampir 3 tahun peristiwa itu berlalu namun rasa seperti baru semalam ianya terjadi. Kejadian tembak menembak itu masih segar diingatan. Adakalanya terbawa sehingga ke dalam mimpi.

Mujur , peluru yang tertembak pada dada kiri Jie pada waktu itu tidak mengenai bahagian jantung. Jie cuma pengsan kerana lemah kehilangan banyak darah. Hanya Zack yang menyangka Jie sudah mati ! Mungkin kerana terlalu takut kehilangan gadis yang dicintai maka Zack jadi paranoid ketika itu.

Tindakan cekap Zarith Sofea kemudiannya memberhentikan pendarahan dan membersihkan luka Jie membantu menyelamatkan keadaan. Rupa rupanya gadis itu cuma berpura pura mati  ditembak Rizal sementara menunggu peluang untuk melarikan diri ! Tak sangka,  Zarith Sofea mempunyai kemahiran dalam merawat luka tembakan. Ilmu yang sangat berguna ketika itu.

Walaupun Zarith Sofea adalah punca kepada tragedi yang menimpa Jie namun kerana Zarith Sofea juga Jie masih lagi bernafas sehingga ke detik ini.

Justeru itu, walaupun ditentang hebat Dato Hanafi dan Maznah, Jie tekad menggugurkan dakwaan terhadap  Zarith Sofea. Bagi Jie, Zarith Sofea patut diberi peluang kedua bukan dihukum !  Malah, Jie juga berhutang nyawa dengan gadis itu.

Kini ,  Zarith Sofea banyak berubah ke arah kebaikan dan hidup berbahagia disamping Ku Iz. Silaturahim antara mereka juga semakin erat.  Segala dendam terlerai sudah.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2015 11:02 PM | Show all posts
elia201 replied at 3-2-2015 02:28 PM
"You ingat tak I pernah janji dengan you dekat sini.. Tempat yang sama.. Yang I akan jadi pelindung  ...

still.aku kecwa shera mati.waaaa..aku expect shera berubah or dpt kpel len.haishhgh..aku tkkn bunuh diri kerna cinta. But aku happy Zack dpt kwen dgn Jie.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-2-2015 11:13 PM | Show all posts
Esmiria replied at 3-2-2015 11:02 PM
still.aku kecwa shera mati.waaaa..aku expect shera berubah or dpt kpel len.haishhgh..aku tkkn bunu ...

more surprises coming in.. don happy too much !!

Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2015 11:25 PM | Show all posts
elia201 replied at 3-2-2015 03:13 PM
more surprises coming in.. don happy too much !!

ok. i wait tt..I hope shera alive.saka masuk jsd dia ke..hehe.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2015 02:12 AM | Show all posts
Edited by elia201 at 4-2-2015 02:24 AM

Tan Sri Isa dan Tengku Safiah hanya memerhatikan gelagat Zack dan Jie dari jauh. Malas mahu menegur lagi. Masing masing sudah bergelar suami dan isteri orang. Pandailah menjaga diri.

Walau sudah banyak kali Tengku Safiah menegur supaya menjaga batas pergaulan namun Zack terutamanya seperti endah tak endah. Mungkin kerana sudah terbiasa dengan gaya hidup bebas bersentuhan sewaktu belajar di US dulu. Tan Sri Isa pula hanya membiarkan dan menganggap perkara biasa. Malas pusing kepala.

Fikiran Tengku Safiah melayang jauh. Selama ini dia menyangka anak ketiga yang dilahirkannya adalah seorang perempuan dan sudah mati sewaktu dilahirkan tetapi  rupa rupanya anak ketiganya adalah seorang lelaki dan masih hidup hingga kini.

Malah, anak itu membesar menjadi seorang yang berjaya dalam hidup.

Tan Sri Hanafi terpaksa mereka cerita mengatakan anak ketiga mereka sudah meninggal kerana tidak mahu dirinya merana apabila mendapat tahu bayi yang baru dilahirkan hilang diculik.

Tengku Safiah cuma ingat yang dirinya terlantar tidak sedarkan diri selama seminggu sejurus selepas melahirkan anak mereka yang ketiga. Apabila sedar, Tengku Safiah  diberitahu bahawa bayi mereka adalah seorang perempuan dan meninggal dunia ketika dilahirkan.

Penculik yang menculik anak mereka menghubungi Tan Sri Isa untuk mendapatkan wang tebusan. Malangnya penculik itu terlibat dalam kemalangan kereta ketika urusan penyerahan wang lalu mati ditempat kejadian manakala bayi mereka pula hilang tanpa dapat dikesan.

Namun, suaminya tidak berputus asa mencuba untuk menjejaki anak mereka walau memakan masa yang lama kerana yakin bayi itu masih hidup.

Telahan Tan Sri Isa benar apabila berjaya menemukan anak lelakinya yang hilang. Ternyata anaknya selamat dari kemalangan dan diserahkan ke rumah anak yatim Ehsan untuk dijaga. Sewaktu ditemui anak lelakinya sudah  berusia 17 tahun.

Malah kali pertama bertemu suaminya yakin itu adalah anak kandungnya meskipun ujian DNA belum dilakukan. Dan Tan Sri Isa tak salah lagi. Sememangnya Zafrey Daniel Hazriq itu adalah anak kandungnya dan Tengku Safiah ! Juga adik bongsu kepada Rayyan dan Khalid. Cuma apabila memikirkan penerimaan Rayyan dan Khalid  serta dirinya sendiri, suaminya hanya mendiamkan diri. Memerhatikan saja Zack dari jauh dan dalam masa yang sama cuba untuk merapatkan diri dengan Zack.

Malah sewaktu Zack mendapat peluang menyambung pelajaran ke Ohio, Tan Sri Isa turut memberi tajaan kepada Zack melalui Yayasan Isa yang diterajuinya.

Hanya baru baru ini saja suaminya berani memberitahu kebenaran tentang Zack kepada keluarga. Mungkin kerana tidak mahu berlaku pertikaian atau perebutan harta di kemudian hari.

Alhamdulillah ! Rayyan dan Khalid dapat menerima kehadiran Zack walau pada mulanya sukar untuk Khalid terutamanya menyesuaikan diri. Zack juga dilihat kekok untuk memanggil panggilan Papa dan Mama. Mungkin kerana tidak biasa.

Rayyan pula dilihat mesra dengan Zack. Mungkin kerana pernah ada  persamaan antara mereka. Mencintai Jie. Sukar untuk Tengku Safiah percaya bahawa ketiga tiga anak lelakinya pernah menaruh hati pada gadis yang sama. Satu kebetulan yang tak masuk akal ! Pelik jika difikir secara logik.

Walaupun terkejut sewaktu mendengar cerita dari suaminya tentang Zack namun Tengku Safiah bersyukur. Anak bongsunya masih hidup dan ahli keluarga mereka semakin bertambah. Malah kedua dua menantunya kini sedang berbadan dua. Mungkin Villa Safiah akan meriah dengan tangisan bayi. Tengku Safiah rasa tak sabar menanti saat untuk menimang cucu. Pasti seronok !
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2015 06:49 AM | Show all posts
Esmiria replied at 2-2-2015 10:56 PM
Adalah laki tu..dia ingt dia hbt ke.dahlah ’busuk’ macam ku iz. Sekali, mati bomoh dia kena ti ...



i risaukan yu laa... u better seek help while yu can my dear...
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2015 06:53 AM | Show all posts
elia201 replied at 4-2-2015 02:12 AM
Tan Sri Isa dan Tengku Safiah hanya memerhatikan gelagat Zack dan Jie dari jauh. Malas mahu menegur  ...



yes yes yes Zack ... Thanx Elia....
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2015 08:45 AM | Show all posts
Owh..kiranya zack bukan berkahwin dgn jie la ek?
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2015 09:06 AM | Show all posts
elia201 replied at 3-2-2015 06:12 PM
Tan Sri Isa dan Tengku Safiah hanya memerhatikan gelagat Zack dan Jie dari jauh. Malas mahu menegur  ...

lol. So diorang tak nikah? wat de......apa lgi lps ni? jie sebnrnya ank luar nikh? Ini semua mimpi? mainan minda? Arghh..Aikk..stress pulak aku ni.Hahahahahaha.
-_- -_- -_- -_- -_- -_- -_-
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2015 09:06 AM | Show all posts
JIE...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-2-2015 09:15 AM | Show all posts
Esmiria replied at 4-2-2015 09:06 AM
lol. So diorang tak nikah? wat de......apa lgi lps ni? jie sebnrnya ank luar nikh? Ini semua mimpi ...

Speku la lagi.. i  love make people wonder.. haha

Jangan risau Jie anak sah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2015 09:16 AM | Show all posts
pooh83 replied at 4-2-2015 08:45 AM
Owh..kiranya zack bukan berkahwin dgn jie la ek?

kenapa tanya macam tu ek
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2015 09:35 AM | Show all posts

nape ek? whyyyyyyyyyyyyy
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2015 09:39 AM | Show all posts
elia201 replied at 4-2-2015 01:15 AM
Speku la lagi.. i  love make people wonder.. haha

Jangan risau Jie anak sah

ntah2 zack dlng seme ni.aku tgok zack baik smcm. Ntah2 jie saiko.ayoo..

Takleh agak.aku suka.

Hahahaha. ko knakn aku tt. Haha.ada yg blh expect, ada yg tak blh expect.HAHA..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut sebab mulut orang” - Nubhan
Raline“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut se
Views : 26359 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 71810 Replies : 2874
Vivy, suami mengaku tidak salah pertuduhan salah guna dana PNB, Khazanah
RalineVivy, suami mengaku tidak salah pertuduh
Views : 29673 Replies : 40
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 140358 Replies : 4529
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 178286 Replies : 7756
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 134413 Replies : 1422
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 32555 Replies : 515
Bahana godaan kad kredit, gaya hidup mewah
maklukpenggodaBahana godaan kad kredit, gaya hidup mew
Views : 15424 Replies : 49
Farid Kamil Tetap Pendirian Enggan Ceraikan Diana, Lantik Peguam Sebagai JKP - “Saya harapkan doa yang terbaik untuk masa depan"
RalineFarid Kamil Tetap Pendirian Enggan Cerai
Views : 12418 Replies : 25
“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suami…” – Nazim Othman Enggan Berkahwin Lagi
Raline“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suam
Views : 12685 Replies : 42

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 07:28 PM GMT+8 , Processed in 0.326267 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list