CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: myvios

[Tempatan] 'Saya Hendak Menyentuh Anjing'

[Copy link]
Post time 20-10-2014 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
mssuci posted on 20-10-2014 10:22 PM
Sesapa yg kata org melayu jumud and takutkan anjing..ko tu lg la telah2 jumud duk dlm hutan...aku xd ...

Samalah family aku x pernah didik tuk membenci anjing plus ayah aku bg mkn anjing terbiar kdg2 lalu blkg umah.pernah sekali ade anjing ni ekor dia putus duduk depan uma aku ayah aku amik ubat gamat dia siram n anjing tu tde wat pape pun Sbb dia taw org nak selamat kan dia ..hari2 ayah aku bg makan ..tiap malam dia jaga depan pagar uma kami.ayah aku ckp dia makhluk allah nak idup juga cam lain2 ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2014 10:32 PM | Show all posts
hbms posted on 20-10-2014 10:11 PM
Kucing pn mempunyai tabiat yang sama...

Jadi hang sukala bekas bontot anjing dan kucing ?
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 10:37 PM | Show all posts
KEDUDUKAN ANJING DALAM ISLAM SERTA HUKUM BERKAITAN

Daripada Aisyah r.a beliau berkata: “Telah berjanji Jibril dengan Rasulullah akan datang dalam suatu waktu, pada ketika janji itu telah tiba waktunya, Jibril tidak datang. Di tangan Nabi ada sebatang tongkat, maka baginda buang tongkat itu sambil berkata: “Tuhan dan RasulNya tidak akan menyalahi janji”.

Kemudian Nabi melihat ke sebelahnya, maka baginda melihat ada anak anjing di bawah tempat tidurnya. Maka baginda bertanya: “Bila masuknya anjing ini?” Siti Aisyah menjawab: “Saya tidak tahu”. Lalu disuruh usir keluar anjing itu.

Setelah anjing itu keluar datanglah Jibril dan Nabi terus bertanya: “Engkau berjanji denganku akan datang dan aku menunggu tetapi engkau tidak datang”. Jawab Jibril: “anjing yang berada di rumahmu yg menghalangi aku, kerana Kami (Malaikat) tidak masuk ke dalam rumah yang ada di dalamnya anjing dan gambar (patung)”.

Islam adalah agama yang membawa konsep kasih sayang dan mengajar umatnya untuk berlaku baik kepada setiap makhluk Allah SWT termasuklah anjing. Haiwan ini tidak dimusuhi Islam dan tidak patut dikasari, dicederakan, dibaling dan sebagainya.

Namun di dalam pengamalan Islam di dalam negara ini yang berlandaskan mazhab Syafie, telah digariskan beberapa peraturan demi menjaga kemaslahatan dan kesejahteraan umatnya. Umat islam hendaklah menghindarkan diri dari melakukan sesuatu yang menganggu sensetiviti masyarakat setempat dengan mengambil kira adat dan budaya tempatan.

HUKUM MENYENTUH ANJING TANPA SEBAB

Menyentuh anjing tanpa sebarang sebab yang memerlukan adalah haram. Perbuatan ini dinamakan “al-Tadhammukh bi al-Najasah” dan dinyatakan sebagai suatu yang dilarang (iaitu haram) jika dilakukan tanpa keperluan seperti antara lain menyelamatkan anjing pemburu atau sebarang jenis anjing yang tersepit, dalam kebakaran, kemalangan atau apa jua keadaan yang memudaratkan anjing tersebut.

Imam al-Ramli menyatakan yang bermaksud “Meletakkan (atau menyentuh) najis pada anggota badan adalah ianya haram”.

Mazhab al-Syafie menghukumkan bulu anjing adalah najis. Bagaimanapun, jika bulu anjing itu kering tidak perlu seseorang itu menyamak pakaiannya atau tangannya apabila terkena.

HUKUM MEMELIHARA ANJING

Hukum memelihara anjing tanpa sebab-sebab muktabar adalah haram, justeru seorang muslim tidak boleh menjadikan anjing sebagai haiwan peliharaan. Namun Islam telah memberi beberapa pengecualian daripada hukum asal ini dan membenarkan anjing dipelihara untuk tujuan memburu dan menjaga haiwan ternakan seperti kambing ataupun menjaga ladang dan kebun.

Tetapi untuk menjadikan anjing sebagai ‘teman’ yang jinak dan tinggal sebumbung dengan tuannya, Islam tidak membenarkannya dan ia bukanlah suatu situasi keperluan yang dalam hadith yang maksudnya “Barangsiapa yang memelihara anjing, kecuali anjing penjaga ternakan atau anjing pemburuan, maka berkuranglah (pahala) amalannya setiap hari sebesar qirat” (ukuran yang amat besar).

Wallahua’lam
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 10:47 PM | Show all posts
Isnin, 20 Oktober 2014
JAKIM siasat program 'I Want To Touch a Dog'

KUALA TERENGGANU: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menyiasat penganjuran acara 'I Want To Touch A Dog' (Saya Mahu Sentuh Anjing) yang berlangsung di Central Park, One Utama dekat Petaling Jaya, petang semalam.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Othman Mustapha berkata program itu tidak sepatutnya berlaku dan pihaknya kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab penganjur yang tidak prihatin dengan sensitiviti umat Islam di negara ini.

Katanya, Islam di Malaysia yang berpegang teguh kepada Mazhab Syafie sudah jelas memperincikan bahawa anjing dan babi itu tergolong dalam najis mughallazah (berat).

"Acara itu tidak pernah dianjurkan sebelum ini dan kali pertama didedahkan kepada masyarakat, kita orang Islam dan agama sudah menetapkan dengan jelas hukum berkaitan anjing.

"JAKIM akan segera menyiasat perkara ini dan sebarang tindakan akan dirujuk pada peruntukan yang ada," katanya mengulas penganjuran program itu yang mendapat sambutan luar biasa daripada kalangan umat Islam di sekitar ibu kota, semalam.

Othman ditemui media selepas merasmikan Multaqa Pengetua Sekolah Agama peringkat kebangsaan di sini, malam tadi.

Beliau turut menasihatkan umat Islam agar melihat semula dan mendapatkan pandangan ulama mahupun ustaz sama ada apa yang dilakukan mereka dengan menyentuh, memeluk dan mendukung anjing itu betul dari segi agama dan selaras dengan tuntutan Islam.

Penganjuran program 'Saya Mahu Sentuh Anjing' oleh Syed Azmi Alhabshi dikatakan bertujuan membantu orang ramai terutama masyarakat Islam untuk mengatasi rasa takut mereka terhadap anjing.

Program itu selama dua jam bermula 8 pagi hingga 10 pagi dibanjiri ratusan umat Islam bagi memberi peluang kepada mereka untuk menyentuh anjing sambil diperhatikan oleh pemilik haiwan.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai kehadiran seorang ustaz di samping dua individu lain dalam forum mini bagi menjawab pertanyaan dan kemusykilan berkaitan anjing dalam acara itu, Othman berkata pihaknya akan turut menyiasat kelayakan agama lelaki berkenaan.

"Buat masa ini, kita tidak dapat maklumat lengkap sama ada betul atau tidak individu itu ustaz, sekarang ini siapa-siapa yang pakai songkok (penampilan alim) pun sudah boleh jadi ustaz," katanya. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 10:57 PM | Show all posts
cecari posted on 20-10-2014 10:32 PM
Jadi hang sukala bekas bontot anjing dan kucing ?

ikut pi hang la.... org ckp A, dia ingat W , sbb tu duk x paham2

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 11:01 PM | Show all posts
KENYATAAN MEDIA
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
BERKENAAN
PENGANJURAN KEMPEN “I WANT TO TOUCH A DOG”
__________________________
Pertama sekali Jakim ingin membuat teguran kepada pihak penganjur yang telah mengadakan kempen memegang anjing secara sengaja dan terbuka kepada umum termasuk mereka yang beragama Islam tanpa sebarang sebab yang munasabah. Hal ini sekaligus telah menimbulkan keresahan awam khasnya dikalangan umat Islam kerana secara jelas telah menyanggah pegangan mazhab dan ‘uruf/ adat di Malaysia. Menurut Mazhab Syafie, umat Islam adalah dilarang menyentuh anjing secara sengaja kerana menajiskan diri tanpa tujuan yang munasabah adalah haram disisi Islam.
Walaupun Islam meletakkan kaedah sertu apabila terkena najis yang dikategorikan sebagai ‘mughallazah’ namun kaedah tersebut bukanlah alasan untuk membolehkan seseorang itu memegang najis mughallazah secara sengaja. Tindakan tersebut samalah seperti orang yang sengaja melakukan dosa dengan alasan akan bertaubat kemudiannya.

Justeru, tindakan pihak penganjur adalah dikhuatiri mempunyai agenda terselindung dan secara jelas dilihat seolah-olah cuba mencipta budaya baru dan boleh membawa kepada perbuatan menghina Islam.

Suka Jakim tegaskan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang berpegang kepada mazhab Syafie sebagai mazhab rasmi. Justeru, peranan Jakim adalah untuk memastikan umat Islam di negara ini mengamalkan syariat yang tidak menyalahi Mazhab Syafie.
Pada dasarnya Islam tidak memandang keji kepada binatang anjing sebagai salah satu makhluk Allah. Apatah lagi untuk menyeksa, memukul dan membunuh anjing tanpa sebab adalah sama sekali bertentangan dengan ajaran Islam. Malah anjing tetap wajar diberi kasih sayang, belas ehsan dan dijaga kebajikannya.

Walau bagaimanapun, dalam Mazhab Syafie, umat Islam tidak dibenarkan untuk menjadikan haiwan tersebut sebagai binatang peliharaan. Jakim telah mengulas lanjut isu berhubung kedudukan anjing dalam Islam serta hukum berkaitannya melalui portal fatwa Jakim di www.e-fatwa.gov.my.

Kedua, Islam mewajibkan semua umatnya untuk memelihara kesucian diri, pakaian dan tempat agar ia tidak menjejaskan amal ibadah seharian.

Dalam perkara ini, Jakim bercadang untuk memanggil pihak penganjur bagi mendapatkan penjelasan selanjutnya.
Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
Saya Yang Menurut Perintah
DATO’ HAJI OTHMAN MUSTAPHA
20 Oktober 2014


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-10-2014 11:04 PM | Show all posts
hbms posted on 20-10-2014 10:11 PM
Kucing pn mempunyai tabiat yang sama...

Kan! Kiceng jilat buntut lepas merak tu, selamba je si tijah pi cium hidong kuceng tu dan kuceng tu siap jilat kat muke si tijah jongan tu. Ops! Kuceng tak najis.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 11:08 PM | Show all posts
lavaMilo posted on 20-10-2014 09:17 PM
kalau anjing tu golongan al kahfi...

pasal dia nak merajuk mintak sama2 dimasukkan surga ..??

nanti bebila i rujuk balik ye - tang surah Al Kahfi ni tang bab ajing tu with them or came later
yups

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2014 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
mesmerize posted on 19-10-2014 06:43 AM
tak guna layan manusia yg lahir dan dibesarkan dalam longkang macam kau. kesian kau .. aku doakan  ...

tang mn ko tu bahagia..tang mn ko bgs..ustaz kazim da ulas psl ni..ke ko yg bangang abadi...pasni ko pegang n belalah babi n ko post dkt cn..tgk sape yg melahar ko..bodoh ngn ko tiada berpisah kekdahnye....boooooo
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 11:16 PM | Show all posts
rainbowrainz posted on 20-10-2014 11:10 PM
tang mn ko tu bahagia..tang mn ko bgs..ustaz kazim da ulas psl ni..ke ko yg bangang abadi...pasni  ...

ni dah kenapa pulak

tak kuasa aku nak melayan orang2 tak cukup akal ni. aku dah nyatakan pendapat aku pasal event ni dalam page awal2 dan tak kuasa nak ulang2 balik so lantak korang nak bertumbuk ke berbunuhan kat sini pasal isu ni. yang ko rasa terhina kenapa? lava tu multinick ko ke? sumber ko ustaz kazim sorang aje ke? no wonder ... sudahlah iktikad hukum dengan amik pendapat seorang ustaz sajork pastu ada hati panggil orang bodoh n fefeeling diri tu pandai n dah cukup habis buat research la tu.  kesian sangat
Last edited by mesmerize on 20-10-2014 11:24 PM

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 11:27 PM | Show all posts
teringat cerita di suatu petang... anak saudara aku umur 5 tahun mintak dgn atuknya nk bela anjing.
cucu: atuk, nak bela anjing bole x?
atuk: x yah la... kotor
cucu: klau kotor, kita basuh bagi mandi dia cuci2.... pastu bole x?
atuk: Ooooh... basuh lagi dia kotor
(diam skejap si cucu... cuba nak hadam kot camna basuh cuci2 pun kotor jgk)  
cucu: klau pegang tali dia?
atuk: pegang tali x pa la..
cucu: ooo.. klau bela, kna pegang kat tali dia ka?
atuk: haa... (sambil tahan gelak)

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Modngengade posted on 19-10-2014 12:49 PM
Tu la pasal...pprt yg perasan urban....aku ni tak membenci anjing dan tak pernah menzalimi anjing. ...

btol tu..setujuk sgt2..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 11:39 PM | Show all posts
HangPC2 posted on 20-10-2014 11:01 PM
KENYATAAN MEDIA
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

satu lg artikel yg prasan umat islam nk bela anjing. dah terang2 sebut pn boleh buat x nmpak

"Objektifnya adalah untuk mengatasi ketakutan kepada anjing, lebih memahami mereka dan mengamalkan 'sertu'. Ia bukan untuk promosikan peliharaan anjing," kata Syed Azmi, seorang ahli farmasi 30-an, kepada The Malaysian Insider.

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
ikan_kaghing posted on 19-10-2014 02:01 PM
Ya rabbiiii....terserlah sungguh muka kebapokan lorongnya.

Sememangnya ummah bapok lorong peran ...

Itu pun drg xnmpk agendanye..sian tol..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 11:46 PM | Show all posts
org bkn islam rilek je dgn anjing dan kucing, kita org islam alahai.... pegang x nk pegang pn bergaduh. kkdg rase nk tergelak baca komen2 kat cni
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_Presa1200 posted on 20-10-2014 10:14 PM
ni komen org lain yg ko balas kan?



hahaha. lain org tanya. lain ko jwab. pape jela wehh. ye. ko betol. ko mmg betol. ko lah manusia plg betol dlam dunia ini. bak kata omputih. take it. take it.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2014 11:49 PM | Show all posts
Orix posted on 20-10-2014 11:46 PM
hahaha. lain org tanya. lain ko jwab. pape jela wehh. ye. ko betol. ko mmg betol. ko lah manusia p ...

jgn ckp camtu, ko lg hebat. siap leh baca isi hati org.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 11:51 PM | Show all posts
golongan meleis di malaysia ni mostly dari kecik dulu memang dah dimomokkan yg anjing tu bahaya, kotor, jijik, hina, zalim, kejam......padahal yang haram cuma bela buat pet & sentuh suka2 je (berdasarkan mazhab shafie...mazhab lain hukumnya bukan haram) ...kalau bela bersebab selain dari buat pet x haram......dan akibatnya semua jadi paranoid dgn anjing....jumpa anjing je baling batu...sapa yang tolong anjing dicemuh & dihina...

sebab tu la bila event tu dibuat semuanya menggelabah, kecoh, havoc, meroyan, seolah-olah event sentuh anjing ni jauh lebih hina & teruk dari pesta arak, seks dll....padahal semua ni nothing la......serius arr.....

btw aku x halang tapi x sokong event ni...tapi x perlu la hina penganjur & orang yg join benda ni...cakap & tegur baik2 x boleh ke.....

yang paling kelakar sekali ada la golongan ustaz/ustazah fb cakap semua ni agenda liberal, yahudi, illuminati, kapir utk menyesatkan umat islam......takkan sentuh anjing boleh sesat...wtf la....lemah sangat ke iman orang meleis ni......

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 11:56 PM | Show all posts
skystrike posted on 20-10-2014 11:51 PM
golongan meleis di malaysia ni mostly dari kecik dulu memang dah dimomokkan yg anjing tu bahaya, kot ...

samalah, kalo ade melayu yg sokong cina abislah nk kutuk melayu lupa diri lah, 513 lah, cina nk takeover mesia lah bagai. sbb tu aq x heran kalo isu pegang anjing pn boleh kecoh satu dunia.

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
mesmerize posted on 20-10-2014 03:16 PM
ni dah kenapa pulak

tak kuasa aku nak melayan orang2 tak cukup akal ni. aku dah nyatakan  ...

Ko g belajar lg sampai abis pastu ko bleh bg statement berbagai....sian kt ko ni..apeeer???sabun taharah???yg kli blaja bg abis bru sekolahkn org ye..siannnnn ko ni..huhuhuhu..lawak ko niiii...lawaaaakkk sgt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 10:01 AM GMT+8 , Processed in 0.101433 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list