CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mirage_46

[Tempatan] Harga kangkung turun- Najib

[Copy link]
Post time 14-1-2014 11:22 PM | Show all posts
rashiman posted on 14-1-2014 10:37 PM
jangan jadi terlampau bengap sangat, PM hanya bagi contoh aje....
sebab itu sekarang, manusia kat ...

Ko paham ke apa bende yang ko tepekkan tu?
Cer ko baca betul-betul dan fahamkan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2014 12:11 AM | Show all posts


Miss Universe Malaysia 2012
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2014 12:24 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2014 12:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Membayangkan harus je aku terkentut non-stop kalau asyik makan kangkung.berangin bebeno
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2014 12:45 AM | Show all posts
macai2 felda pprt masih bersyukurrrrr harga kangkung TURUN!!!
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2014 12:50 AM | Show all posts
curious betul ... lepas kangkong ni apa pulak yg akan trending
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2014 12:54 AM | Show all posts
Penyanyi Nasyid, Hafiz Hamidun, Kecewa Kangkung Lebih Popular Dari Maulidur Rasul.

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2014 01:05 AM | Show all posts
Oleh Zul Rawi

Penyanyi nasyid tersohor tanah air, Hafiz Hamidun hari ini menyelar para pengguna media sosial yang begitu ghairah menggunakan isu #kangkung ketika memuatnaik status di laman media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram mereka.

Beliau yang juga merupakan bekas anggota kumpulan nasyid UNIC, itu melahirkan rasa kesal di atas sikap segelintir masyarakat yang sengaja menggunakan isu remeh itu, berbanding cerita mengenai kelahiran junjungan besar umat Islam Nabi Muhammad SAW.

“Nampaknya kita lebih gemar ‘share’ cerita kangkung dari cerita Maulidur Rasul. Salam Maulidur Rasul” luahnya di laman Twitter miliknya semalam.

Paling menarik, status tersebut turut dikongsikan hampir 400 orang peminatnya sebagai tanda bersetuju dengan kenyataan tersebut dan seramai 139 orang telah menjadikan status tersebut sebagai ‘favourite’. Apabila beliau menggunakan status yang sama di laman facebook miliknya, seramai 18,386 orang telah menekan butang ‘like’ dan dikongsi oleh 1,082 orang.

Isu #kangkung mula menjadi hangat apabila segelintir penyokong pembangkang cuba memutar-belitkan dan menggunakan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir di Kemaman, semalam.

Tidak ketinggalan media dan portal pembangkang juga turut menggunakan isu ini, bagi menghangatkan suasana dengan pelbagai andaian, kononnya kerajaan Barisan Nasional begitu berbangga dapat menurunkan harga #kangkung.

Sedangkan secara realitinya #kangkung hanya digunakan sebagai contoh untuk membuktikan bahasa pembangkang hanya pandai menyalahkan kerajaan dalam isu kenaikan harga barang. Dalam erti kata mudah, perkataan kangkung hanyalah sebagai analogi mudah untuk menerangkan kepada rakyat, bahawa kerajaan hanya mengawal sebilangan barangan keperluan asas seperti beras, gula, minyak dan sebagainya.

Selebihnya yang tidak termasuk dalam harga kawalan, ia ditetapkan oleh pengilang, pengedar, pemborong, penjual dan sebagainya. Oleh itu sebagai pengguna, rakyat seharusnya turut memainkan peranan apabila ada di kalangan mereka yang sengaja mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barangan keperluan.

Malah ada sesetengah pendapat yang mengatakan kenaikan harga barang di pasaran ini berkemungkinan sengaja dilakukan oleh mereka-mereka yang ingin memastikan rakyat terbeban, sekali gus menyalahkan kerajaan.

Berbalik kepada isu yang dibincangkan, walaupun pembangkang cuba menjadikan #kangkung sebagai pendekatan mewujudkan persepsi negatif masyarakat terhadap kerajaan. Masih ada di kalangan mereka yang merasakan ia hanyalah strategi pembangkang untuk mengalihkan tumpuan masyarakat terhadap isu yang lebih besar.

Selain mengalihkan perhatian masyarakat Islam terhadap hari kelahiran Nabi Muhammad SAW, ada di kalangan pengguna media sosial merasakan banyak lagi isu besar yang cuba ditutup oleh pembangkang.

Contoh polemik penggunaan kalimah Allah, perebutan kuasa di Selangor antara Azmin Ali dan Khalid Ibrahim, penutupan pusat Giat Mara dan sebagainya. Berikut adalah antara komen pengguna media sosial berhubung isu #kangkung :

Mega Sutera isu kangkung lebih menarik perhatian dari isu penutupan giat mara…adakah ini kejayaan kacang merah?

Saikopen Saiko Kaum cina rileks aje… yang bising…kenapa kita SPIN isu nie… cari maksudnya bukan ayatnya…

Saikopen Saiko cuba lihat sekeliling… bising bab KANGKUNG … Kita diam dalam bab TUTUPNYA PUSAT LATIHAN GIAT MARA…bila tutupnya pusat itu.. bermakna TUTUPNYA SALAH SATU PENDIDIKAN ISLAM…. lihat betapa cerdiknya Orang Kristian PERBODOHKAN ORANG ISLAM…. TUMBANGNYA INSTITUSI ISLAM… GELAK GELAK GELAK.. AKHIRNYA KITA JUGA BERSAMA DENGAN GOLONGAN TERSEBUT… WALLAHUALAM..

Polong Al TMx Bodoh ker khalid nak tutup giat mara yg dah jd darah daging kaum melayu selama nie hakhak melaikan isu untk tutup isu besar yg lain…fikir2 hakhak

Samuel Hashim Sayur sayuran dan kangkong je jadi contoh permulaan projek utk 10,000 perserta he he he..apa pun saya nampak kerajaan mahu menggalakan bumiputera berusaha berniaga dlm semua perniagaan..dan bermaufakat dlm semua perniagaan dari ahli2 dari akaq umbi sampai keatas party umno BN.Pemimpin dan ahli2 akar umbi menghuluran perbagai bantuan hal2 isu yg tahu tentang keperluan hidup bumiputera.Harap2 semua ahli mainkan peranan menjayakan hasrat pasaran perniagaan hal2 keperluan hidup supaya tidak di monopoli satu kaum saja..amin.

Firdaus Azil The level of intelligence around here is worrying. Feeling suffocated reading these unfunny jokes and trolls about kangkung. Are you considering yourself as funny? Its nowhere near funny. It is silly

FarEast Roslan nk buat mcm mana,kt Malaysia ramai sgt taksub bpolitik…x kira la kalau najib sebut apa pun..tetap kena balik kt dia sbb bila hati dah benci kt org..kata la apa pun,tetap org pusing..

Nur Arisyah bodonye……pm kate ttg kangkung sbb ape sblm ni?? npe lA bodo bangang sgt. pastu puak korg slps tu abs sindir gile kangkung, x ke bodo nmenye tu

Aisyah Haziq Haiqal Apa ada pada kangkung…cuma sekadar sayur…nak jd isu sangat watpe…manusia2 yg suka mengaib dan mengajuk org lain…Selebihnya biar Allah yg tentukan.kita bkan sesiapa..nabi bkan..malaikat apalagi…kita cuma manusia biasa..xda sempurnanya.gunakan pendekatan menegur secara sopan..bkan menghina. .muhasabah diri lebih baik..yg baik dtg dari Allah. .dan yg buruk sebenarnya dari kita sendiri.salam maulidur rasul….

Kesimpulannya walaupun, para penyokong pembangkang dan tidak ketinggalan para macai mengatakan isu #kangkung menjadi satu topik perbualan hangat kononnya rakyat marah adalah merupakan sebahagian dari strategik mereka. Sedangkan masih ramai lagi yang bijak dan faham maksud sebenar yang ingin disampaikan.

Salam Maulidur Rasul buat semua.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2014 01:21 AM | Show all posts
pusat giat mara sebagai pusat pendidikan islam?
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2014 01:30 AM | Show all posts
harga kangkung turun so leh la hari2 sarapan kangkung, mkn tengahari kangkung, mlm mkn kangkung, tido pun mimpi kangkung.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2014 01:41 AM | Show all posts
ak rase b4 beliau bg speech itu, beliau beramah-tamah dgn penjual sayur, lalu penjual sayur mem 'back up'  dgn ckp 'kesian encik PM, x adil org ckp harga brg semua naik, sy jual sayur2 hari, ade je yg turun cth kangkung nan hijau ni, smlm sy jual rm2.20, harini rm2 je'..pastu encik PM pun tersenyum2 dgn pujian penjual sayur, lalu terbawa2 dlm speech beliau rajin pulak die wat market research psl harga sayur tempatan
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2014 02:00 AM | Show all posts
sudah ketentuanNya kangkung turun harga, syukur msia masih ada kangkung....
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2014 02:09 AM | Show all posts
Alhamdullilah...ada juga jawapan dari soalan saya...now you tell me..apa yg turun dimalaysia ni?.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2014 02:18 AM | Show all posts
Najib - Bapa pengangkungan Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2014 02:24 AM | Show all posts
Sepatutnya seorang ahli forum di C.I.
kena tukar nama jadi
Anak Kangkung

"ahak"
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2014 02:32 AM | Show all posts
opssss.....berbanding dgn negara2 lain, kangkung di msia adalah yg termurah....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2014 02:41 AM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 15-1-2014 01:05 AM
Oleh Zul Rawi

Penyanyi nasyid tersohor tanah air, Hafiz Hamidun hari ini menyelar para pengguna m ...

Baaaaaaaaaaaa.......mengarut sungguh artikel ini.

Sanggup lagi jadi macai mempertahankan PM yang dunggu tu.

Damage control tak menjadi laaaa.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2014 02:44 AM | Show all posts
Isu yang lebih besar adalah isu kenaikan harga di negara ini, bukannya isu kalimah Allah yang remeh tu.

Jadi siapa yang cuba mengalihkan tumpuan rakyat?

Kangkung betullah umngok dan macai-macainya.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2014 04:04 AM | Show all posts
2014 Tahun Melawat Kangkung....
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2014 05:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku sedih jap. Tadi beli tomato rm4.50 sekilo. Dpt bape bijik je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Pelajar UM kecam peraturan sekat keluar malam.Wajar atau tidak?
YgBenarPelajar UM kecam peraturan sekat keluar
Views : 35712 Replies : 41
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 27799 Replies : 166
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 1381 Replies : 5
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39685 Replies : 201
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 357593 Replies : 3527
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 276839 Replies : 1508
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 25868 Replies : 102
[JTBC/Netflix 2026] WE ARE ALL TRYING HERE - Koo Kyo Hwan, Go Youn Jung, Oh Jung Se ~ Coming Soon
Rahah[JTBC/Netflix 2026] WE ARE ALL TRYING HE
Views : 27766 Replies : 8
penutupan Jalan Kawasan Batu Caves Sempena Thaipusam.Anda bersedia?
YgBenarpenutupan Jalan Kawasan Batu Caves Sempe
Views : 38472 Replies : 5
[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human From Today - Kim Hye Yoon, Lomon (Mulai 16 Jan 2026)
xyla73[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human
Views : 1937 Replies : 148

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2026 10:52 PM GMT+8 , Processed in 0.136961 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list