CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

HANI..... OH HANI ..!

 Close [Copy link]
Post time 13-10-2009 08:22 AM | Show all posts
Smiley.... kalau boleh bagi le cerita ni panjang skit... ada konflik sbb Hani cemburu... Nazrin tu cool je pujuk Hani...
Lepas tu zaman perkahwinan mereka saat dilanda badai tapi still ada batasan itu akan mengukuhkan lagi kasih sayang Hani n Nazrin... wat cerita ini bermesej  tentang CINTA PERTAMA tidak semestinya kecundang walau dilanda badai.  Cinta Nazrin mungkin yg kedua... tapi Cinta Hani pastinya yg pertama dan dpt dipertahankan - menunjukkan wanita itu setia pada yg satu.... tak mungkin ada yg kedua or ketiga... walau sehensem Brat Pit yg datang pasti tidak mengugat cinta hani pada Nazrin... itu pendapat Jaza je... sbb dlm pala otak ni ada byk cabang2 hidup yg boleh direka cerita kat sini... sbb ini hanyalah idea masing2 tuk menentukan corak hidup watak ini lebih menarik dari realiti kita. Itu juga untuk menceriakan lagi suasana di board ini yg semakin sepi dari N3.  Good Luck Smiley.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2009 09:37 AM | Show all posts
:pompom::pompom:we want more!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2009 09:37 AM | Show all posts
:pompom::pompom:we want more!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2009 10:58 AM | Show all posts
661# Jaza2008

always...jaza tak pnh mhampakan klu nak tokok tambah jln citer kann


so smiley ...we want hani & nazrin bsama jua akhirnya tau wlwpun konflik yg diorg hadapi spanjang gerabak ketapi tu hah
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2009 11:16 AM | Show all posts
yeah yeah :pompom::pompom::pompom: we want moreeeeeeee......
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2009 11:44 AM | Show all posts
nak sambungan lg...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-10-2009 12:53 PM | Show all posts
661# Jaza2008

smiley ..tu dia asst. director dah beri direction...sbg tukang kipas..aku setujuuuu..nanti aku kipas laju laju lagi yea..hehehe
Jaza..idea menarik tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2009 02:42 PM | Show all posts
tenkiu for your feedback

smiley akan cuba memuaskan semua pihak.... tp kalau ada part yg boring atau tak masuk akal , jgn marah ekkk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2009 02:50 PM | Show all posts
Setuju ngan Jaza...

Sambung lagi yer Smiley....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2009 02:51 PM | Show all posts
Post Last Edit by sang_arjuna at 13-10-2009 15:36

ok... kita sambung
.................................................................................................

“ Apa kata Hani , Mama? “ tanya Nazrin penuh saspen. Jawapan yang di tunggu tidak juga tiba, langsung dia mengambil keputusan untuk menelefon ibunya.

Puan Nuraishah terdiam. Macam mana aku nak cerita kat Nazrin? Harapan anak aku bukan main tinggi lagi. Hani pula sudah memberi kata putus yang tidak memihak padanya. Tapi Hani macam ada menyembunyikan sesuatu. Aku betul betul dalam dilemma.

“ Kenapa Mama ? Hani tak setuju?” Nazrin mula tak senang duduk. Air Horlicks kegemarannya yang di teguk tiba tiba rasa payau.

“ Lebih kurang begitulah. Dia terkejut, agaknya. Ya lah, sebulan lagi nak kena kahwin. Dia kenal Nazrin pun bukan nya lama sangat. Lagipun dia risau pasal pelajaran dia.” Puan Nuraishah berdalih.

Nazrin melepaskan keluhan. Silap aku juga. Kenapa aku tak tanya dia sendiri? Ingatkan lebih elok kalau Mama jumpa Along tapi tak sangka pula jadi begini. Hani memang  kalut.

“ Tak apalah Ma. Silap Ajin juga tak bincang dulu dengan dia.  Ajin call dia  nanti”

“ Ajin, Mama nak tanya satu benda. Ajin turun KL semalam buat apa?” Suara ibunya membuat Nazrin rasa ada yang tak kena. Selalunya Mama tak pernah memantau gerak geri aku. Tak pernah banyak soal pun sejak hero dia ni dah besar panjang.

“ Ajin pergi UM jumpa Professor Syed Ali. Dia ketua kumpulan kami ke US nanti. Kena isi borang dan macam macam lagi lah. Lepas tu Ajin singgah makan kat Midvalley dengan Shauki, Azlin dengan Fifi. Habis makan saja kena balik ke sini sebab Ajin kena bagi tutorial. Kenapa Mama tanya?” Takkan Mama kecil hati sebab aku tak singgah ke rumah. Tapi selalunya Mama tak kisah. Mak aku ni  bukan jenis nak sentap tak tentu pasal. Lagipun dia tahu aku tengah kejar masa.

Puan Nuraishah menipiskan bibir. Nama Fifi menyirapkan darahnya.
“ Sejak bila Ajin baik balik dengan Fifi?” Nadanya bersahaja tapi menggerunkan Nazrin. Kalau masa kecil dulu, nada Mama yang sebegitu menandakan adalah ribut taufan yang akan melanda. Kecut kami adik beradik!

“Bila masa Ajin baik balik dengan Fifi? Mama jangan risau lah. Shauki dengan Azlin ajak Ajin lunch. Entah macam mana bila Ajin tengah tunggu derang, Fifi lalu. Terus dia join. Takkanlah Ajin nak halau.”  Taktik Fifi memang menakutkan. Macam stalker. Bukan pertama kali aku terserempak dengan dia. Minggu lepas masa isi minyak di stesen Petronas pun dia ada. Dia pasang spy kah? Atau dia ada radar yang boleh jejak aku? Nasib baiklah aku di Tanjung Malim, kalau tidak tak senang hidup aku di buatnya.

“Ajin tahu kan ? Mama , Papa dan semua keluarga kita cukup tak berkenan dengan  Fifi. Bukan saja sebab dia putus tunang dengan Ajin tapi macam macam Mama dengar pasal dia. Orang kampong di Sungai Petani pun tahu cerita dia dengan anak Tan Sri tu. Duduk se rumah macam laki bini tapi tak nikah. Sekarang dah kena halau dengan Puan Sri, dia nak baik balik dengan Ajin. Ajin jaga jaga sikit dengan Fifi tu.” Puan Nuraishah memberi amaran. Dia tak sangka Fifi akan kembali mengacau hidup Nazrin. Satu masa dulu, dia merestui hubungan Fifi dengan Nazrin.  Tapi Fifi sudah banyak berubah. Ibarat kacang lupakan kulit. Bila dapat orang kaya, kaum keluarga sendiri pun di sisihkan. Ibunya di kampung menangis tak berlagu bila Fifi tak menjenguknya. Malu nak mengaku dia berasal dari kampong konon. Apa punya anak! Tak ubah macam Si Tanggang versi perempuan. Sekarang padan dengan muka, sekelip mata saja Allah bayar tunai.

“ Ajin langsung tak ada niat nak balik pada dia lah Mama. Mama jangan risau. Ajin serius nak kahwin dengan Hani. Dan Nazrin kahwin pun sebab Nazrin dah jumpa wanita yang melengkapkan hidup Nazrin dan Nazrin dah cukup bersedia menjadi seorang suami, bukan sebab nak menunjuk kat Fifi. Fifi tu dah tak ada tempat dalam hidup Ajin. Cuma sekali sekala kami terserempak sebab kawan Ajin kawan dia juga.” Kata kata Nazrin mententeramkan perasaan ibunya.  Tak perlu lah dia tahu, Fifi masih merayu dan tak putus asa mencuba nasib. Mendadak naik darah tinggi Mama nanti. Memang perempuan itu tak ada harga diri. Nasib baiklah iman aku kuat. Lagipun tak kanlah aku nak kutip sisa orang kalau aku boleh dapat yang suci dan tak tercela macam Hani.   

Usai perbualan dengan ibunya, Nazrin mencapai mug berisi  Horlicks yang sudah sejuk. Walaupun penat, kantuknya hilang. Macam ada sesuatu yang tak kena dari cara ibunya bercerita. Kenapa tiba tiba tanya apa yang di buatnya semalam? Hani nampak aku dengan Fifi kah? Darahnya berderau. Janganlah Hani berubah hati. Berbuih lah mulut nak terangkan pada Hani. Jarinya belum sempat menekan speed dial Hani bila Dr Mirzan meluru keluar dari bilik. Kerisauan terbayang di wajahnya.

“ Kenapa kau ni Mir? “

“ Huda baru call. Dia di hospital. Bleeding katanya. Lagipun dia due anytime” Dr Mirzan termengah mengah. Dia meraup wajahnya.

Kalau benda tak serius masakkan Huda telefon Mirzan, rumus Nazrin dalam hatinya. Huda jenis isteri yang pandai berdikari, tak pernah mengacau suaminya dengan hal remeh temeh.

“ Lebih baik kau balik sekarang, Mir. Mesti Huda risaukan anak anak kau yang tinggal kat rumah.” Kata Nazrin penuh simpati. Dr Mirzan melepaskan keluhan.

“ Besok aku sepatutnya buat progress monitoring untuk interns dibawah penyeliaan aku. Kau boleh cover tak? Aku rasa guilty sebab aku tahu kau banyak kerja. Nak settle summer course kau kat US lagi”

Ah –ha! Hani salah seorang intern yang Dr Mirzan kena jumpa besok. La la la la… hati Nazrin berlagu riang. Mukanya maintain serius “ Kawan punya pasal, aku tak kisah. Tapi lain kali kalau aku minta tolong, kau jangan banyak songeh”

“ Thanks Jin. Appointment aku dengan interns semua ada dalam laptop aku.  By the way, tak usahlah nak pura pura. Aku boleh baca hati kau. Aku tahu kau tengah happy sebab kena jumpa Hani.”  Dr Mirzan tersengih sambil mencapai kunci kereta di meja konsol. “ Aku pergi dulu.”

Nazrin tersenyum sumbing. Transparent sangat aku ni…. Tak boleh nak coverline langsung kalau bab yang ada kena mengena dengan Hani.
“ Drive carefully. Aku doakan Huda dan anak kau selamat”

Niat untuk menelefon Hani di batalkan. Aku nak buat kezutan. Sambil menyelam boleh  minum air. Aku kena karang ayat ayat power bagi Hani cair dan setuju kahwin cepat. Ya Allah, makbulkan lah niat suci aku ni.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2009 03:30 PM | Show all posts
best 3x... tq arjuna
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2009 03:30 PM | Show all posts
best..best...tq n3 smiley..... tapi nak lagi ......
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2009 03:58 PM | Show all posts
smiley..sambung lg yer...ehehhehe
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2009 03:58 PM | Show all posts
smiley..sambung lg yer...ehehhehe
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2009 04:24 PM | Show all posts
macam best jerk character fifi neh..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2009 05:24 PM | Show all posts
Ajin nak buat kejutan ye...takut nanti Ajin pulak yg terkejut...itu konflik sudah mari dah..

kalau free, post n3 lg yer smiley...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2009 10:02 PM | Show all posts
Post Last Edit by mijot at 13-10-2009 22:04

mesti hani tekazut tgk nazrin bknnyer dr mirzan....
nazrin gunakn peluang ni tuk pujuk hani yer :pompom: :pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2009 10:10 PM | Show all posts
best2...hehe
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2009 12:37 AM | Show all posts
best.... nak n3 lagi.. tak sbr nk tgk reaksi hani nti...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2009 09:44 AM | Show all posts
Wah...wah...wah....sambung agi yea
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 11:53 AM GMT+8 , Processed in 0.092855 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list