|
Originally posted by hereana at 6-3-2009 12:35
Isu di sini bukan hukum menjatuhkan berkenaan kapir yahudi ..etc..
aku hanya nak sham buktikan segala research dan fakta dia adalah benar..
salah satu bench mark ialah ..sila publish secara besar-besaran..
tunjukkan & buktikan siapa Anwar..kalau dah cukup bukti,kenapa nak berlegar-legar kat sini ajer..
sampaikan kpd seluruh umat islam malaysia yg lain..biar semua org tahu..
sbb kalau diikutkan,semua findings sham comprehensive..so, why he s not publish it? in a formal way & with e effective medium?? kenapa hanya di sini...
gunakanlah media, akhbar segala..sekali wat report akidah ( agen yahudi)...
ITU SAHAJA YANG AKU MAHU,YANG AKU MAHU SHAM BUKTIKAN !!!! PUBLISH IT..!!! SPREAD ALL OVER !!!!
sila publish secara besar-besaran..- aku dah cakap dah, masa aku terhad, waktu aku singkat...aku buat ikut kemampuan aku jerk la...kalo rasa ada rezeki lebih, aku buat lebih la...dan aku bukan keseorangan...
kalau dah cukup bukti,kenapa nak berlegar-legar kat sini ajer..- bukan setakat kat sini...banyak kat luar sana...cuma nampak tak nampak jerk, kalo mahu pasti ada...tapi kalo dah tertutup pintu hati lebih baik bertaubat dengan Allah swt...dan aku bukan keseorangan...
gunakanlah media, akhbar segala - ini pun media jugak...ingat aku orang kaya ka mahu buat iklan...ingat aku mahu kaya dengan menjual cerita??? lebih baik aku tuntut dengan Allah swt kerana Allah swt tidak memungkiri janji-Nya...
ITU SAHAJA YANG AKU MAHU,YANG AKU MAHU SHAM BUKTIKAN !!!! PUBLISH IT..!!! SPREAD ALL OVER - dah publish...
herana cakap dah macam pok nik dah...
|
|
|
|
|
|
|
|
Biasanya jumud-jumud PKR/PAS yang dah mati otaknya dirosakkan oleh orang-orangnya sendiri tidak sanggup menerima kebenaran walaupun berlandaskan fakta. Minda mereka hanya tertumpu kepada bagaimana nak menghina dan mencaci pemimpin BN/UMNO agar ketidakpuasan hati mereka dapat disuarakan dan didengar. Cuba faham maksud "HOMEWORK" seperti yang disebutkan oleh Shamsadis, bukan bermaksud merekacipta isu atau cerita seperti kebanyakan penganut-penganut PAS/PKR buat disini, tetapi cuba mendapatkan fakta dan bukti yang berkaitan untuk menguatkan dakwaan. Pakai otak, fikir betul-betul berlandaskan fakta, bukan emosi. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #664 hereana\ catat
semua dengan izin Allah swt |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Nadim at 6-3-2009 03:23 PM
Biasanya jumud-jumud PKR/PAS yang dah mati otaknya dirosakkan oleh orang-orangnya sendiri tidak sanggup menerima kebenaran walaupun berlandaskan fakta. Minda mereka hanya tertumpu kepada bagaiman ...
betul tu.............sangat tepat......
mmg pemikiranan mereka dah diajar utk menghina org lain...........sampaikan fakta yg terang pon dorang takkan percaya......
kesian.......kesian.... |
|
|
|
|
|
|
|
ARKIB : 22/09/1999
Anwar tidak keracunan arsenik -- Siasatan awal tiada tanda-tanda jelas - Pengarah HUKM
KUALA LUMPUR 21 Sept. - Siasatan awal Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) mendapati tidak terdapat tanda-tanda jelas yang menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalami keracunan arsenik.
Pengarahnya, Profesor Datuk Dr. Khalid Abdul Kadir berkata, Anwar masih berada di HUKM bagi meneruskan kajian terhadap masalah kesihatannya yang mungkin tidak ada kaitan dengan keracunan arsenik.
Beliau memberitahu, pihaknya masih menunggu hasil ujian sampel-sampel yang dihantar ke makmal di Australia, England dan Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia (MINT), Isnin lalu.
Dalam pertemuan dengan Utusan di sini hari ini, Dr. Khalid berkata: ''Kita telah buat ujian sepenuhnya. Setakat ini belum ada tanda-tanda (Anwar) sakit tenat dan perlu dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).
''Beliau juga tidak menunjukkan tanda-tanda yang dapat menentukan adakah benar dia ada keracunan (arsenik).''
Beliau menarik perhatian, ketiadaan tanda-tanda yang jelas dalam siasatan awal tidak bermakna Anwar tidak mengalami keracunan sama sekali.
Menjelaskan lebih lanjut, Dr. Khalid berkata, ekoran siasatan awal itu, Anwar tidak memerlukan rawatan khas.
Beliau menyangkal khabar angin kononnya bekas Timbalan Perdana Menteri itu sedang tenat akibat dakwaan beliau mengalami keracunan arsenik.
''Keadaan Anwar sekarang sihat dan tidak merunsingkan,'' katanya.
Pada 10 September lalu, Anwar dimasukkan ke HUKM selepas membuat laporan polis bahawa beliau mengalami keracunan arsenik yang tinggi.
Kes itu ditimbulkan oleh peguam bela beliau, Karpal Singh, yang memberitahu mahkamah mengenai keputusan ujian sampel air kencing yang dihantar ke Makmal Patologi Gribbles di Melbourne, Australia.
Laporan patologi yang memakai nama Subramaniam itu menunjukkan kandungan arsenik dalam sampel air kencing yang diuji ialah 230 mikrogram (ug/g) iaitu jauh lebih tinggi berbanding 3 ug/g pada tahap normal.
Semalam mahkamah membenarkan perbicaraan kes liwat Anwar ditangguhkan seminggu berdasarkan surat yang dihantar melalui faksimili oleh Dr. Khalid kepada Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Rozilah Salleh, bertarikh 17 September lalu.
Menurut kandungan surat itu, Anwar masih tidak sihat untuk hadir di mahkamah dan kajian terperinci berkenaan aduan keracunan arsenik juga belum selesai.
Sekiranya Anwar hadir di mahkamah, ia akan merumitkan kajian-kajian yang hendak dijalankan oleh pakar-pakar di HUKM.
Ditanya kenapa Anwar masih lagi ditahan di hospital dan tidak hadir di mahkamah, Dr. Khalid berkata:
''Pada hari Sabtu dan Ahad (lalu) kita buat program penyeliaan, kemaskan data dan sebagainya untuk menentukan beliau sihat dan tidak ada masalah apa-apa.
''Kajian dibuat dari segi kesihatan yang berkaitan dengan tuduhan keracunan, penyakit yang mungkin ada kesan daripada tuduhan itu atau masalah lain daripada keracunan yang menyebabkan orang syak dia keracunan,'' katanya.
Menurut Dr. Khalid, pihaknya mendapat kerjasama yang baik daripada Anwar dalam kajian-kajian yang dijalankan.
Dalam hal ini, beliau merasa amat kecewa dengan tuduhan yang dilemparkan kononnya HUKM melengah-lengahkan siasatan terhadap kes tersebut.
Menurut beliau, bagi pihaknya pemeriksaan untuk dakwaan keracunan arsenik itu telah pun selesai dan kini proses pengumpulan sampel-sampel sedang dijalankan mengikut peraturan polis.
''Polis tidak mahu terima sampel-sampel yang telah kita kutip. Jadi kita tak boleh tunggu sampel-sampel itu dikutip cara polis, sebaliknya kita buat apa yang dianggap mustahak.
''Cara yang kita buat itu yang kita anggap betul mengikut peraturan perubatan,'' katanya.
Dr. Khalid tidak menolak kemungkinan keputusan yang diperoleh hasil siasatan pihaknya tidak diterima oleh mahkamah dan polis.
Bagaimanapun, katanya, itulah keputusan yang diterima oleh pihaknya dan boleh digunakan untuk memberikan rawatan yang seterusnya.
Beliau menegaskan, tanggungjawab pengamal perubatan adalah untuk merawat pesakit tanpa mengira latar belakangnya.
''Kalau pesakit datang hospital, kami mesti memberikan rawatan terbaik untuk menentukan pesakit itu tidak lebih sakit dan mengenal pasti penyakitnya,'' ujar beliau.
Oleh: MARHAINI KAMARUDDIN
sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=0922&pub=utusan_malaysia&sec=muka_hadapan&pg=fp_01.htm&arc=hive&arc=hive |
|
|
|
|
|
|
|
Kes perhimpunan 'Arsenik Anwar', dibicarakan hampir sembilan tahun
|
Azamin Amin
Fri | Jan 18, 08 | 9:42:17 am MYT | KUALA LUMPUR, 18 Jan (Hrkh) - Barangkali ramai yang tidak menyangka dan sudah terlupa satu kes yang penting malah pernah mewarnai landskap politik negara dan masih dibicarakan walaupun sudah memakan masa hampir sembilan tahun. Kes tersebut telah dibicarakan pada 15 Januari sehingga semalam di Mahkamah Majistret Seseyen 3 Kuala Lumpur yang turut dihadiri oleh kira-kira 26 Orang Kena Tuduh (OKT) dan mereka semua dituduh di bawah Seksyen 25 Akta Polis kerana menyertai satu perhimpunan di Masjid Negara pada 19 September 1999. Antara yang dituduh dan hadir di mahkamah semalam ialah Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli; Ketua Perangan KeADILan, Tian Chua; Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali Pengerusi Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak), Mohamad Ezam Mohd Noor; Penulis dan aktivis, Hishamuddin Rais dan beberapa aktivitis lain. Mereka didakwa menyertai perhimpunan tersebut bagi menghantar memo dan menuntut satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat penganiayaan keracunan Arsenik oleh pihak berkuasa terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato'Seri Anwar Ibrahim sewaktu dalam tahanan polis. Dilaporkan sebelum ini dalam isu terbabit ahli makmal di Melbourne, Australia telah menguji sampel air kencing Anwar mengesahkan mengandungi racun arsenik pada tahap 77 kali ganda lebih dari paras selamat. Isu keracunan arsenik tersebut dilaporkan mempunyai asas yang kukuh dan menyebabkan kesihatan Anwar terjejas dengan berat badan turun dengan banyaknya dan muka cengkung, rambut gugur, kepala sakit dan kulit kekeringan dan hasil ujian air kencing oleh makmal di Melbourne, Australia telah membuktikannya. Prosiding yang bermula jam 3.30 petang itu, menyaksikan seorang anggota Polis Simpanan Persekutuan (FRU) dipanggil untuk memberi keterangan dan menjawab soalan balas pihak pendakwa serta peguambela yang antaranya terdiri daripada Amer Hamzah dan Latheefa Koya. Perbicaraan menjadi sedikit 'gamat' seketika apabila Majistret Asniza Mohd Ali menegur FRU terbabit yang tidak tahu membezakan antara kain lilit kepala dengan kain rentang. Dalam keterangannya FRU tersebut menyatakan menangkap OKT yang dakwanya sedang berada dalam keadaan basah akibat terkena semburan air asid dan sedang memakai kain rentang 'Reformasi.' Ditanya beberapa kali oleh Timbalan Pendakwa Raya dan peguambela, saksi menyatakan bahawa OKT memakai kain rentang tetapi setelah ditunjukkan gambar OKT yang dirakam FRU ternyata OKT tersebut sedang memakai kain lilit kepala. Mahkamah menangguhkan perbicaraan ini pada 18 sehingga 22 Februari depan. Dilaporkan di Mahkamah yang sama semalam turut berlangsungnya prosiding perbicaraan Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi isu Pita Video perbualan Dato' VK Lingam yang menyaksikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hadir sebagai saksi dan perbicaraan pemimpin Bersih dan PAS yang didakwa atas kes larangan berhimpun di Parlimen pada 11 Disember. - mks. _
sumber : http://hdaily01.myfikir.com/index.php?option=com_content&task=view&id=11823&Itemid=50
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Balas #669 shamsadis\ catat
huhuhuhuhu.......jahat siot!!!!!!!!!!!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by hereana at 6-3-2009 15:29
Inilah MISTERINYA...pelik bin ajaib..
kenapa tak de pihak berminat nak terbitkan research Shamsadis..
kalau ikut logik akal.. kan, mesti berduyun2 puak umno/bn menangis merayu nak kan ...
personally aku xrase umno perlu nk kuar kn cite ni.sbb pada akhir nyer nnt rakyat akan tau. 2nd nyer jika umno yg kuar kan citer ni, sure fanatik PR ni yang da tertutup hati nyer dek
di beri mkn cite2 kosong pemimpin mereka akan kata "mereka saje mereka2 cite ni".tipical PR.keras kpale.xmau dengar pandangan org. |
|
|
|
|
|
|
|
Tanda Komunis Di Perak
DULU BUAT MONUMEN KOMUNIS DI NILAI , NEGERI SEMBILAN.SEKARANG BUAT MONUMEN BAWAH POKOK.LEPAS NI, BUAT MONUMEN ATAU BATU NISAN UNTUK SENDIRI PUNYA. |
|
|
|
|
|
|
|
Betulkah Anugerah Muslim Moderat, Anwar Ibrahim, kaedah Yahudi meliberalkan Islam ?
Anwar Ibrahim menerima gelaran "Muslim Moderat of The Year Award 2005" daripada CSID, di Amerika Syarikat. Dari kiri Antony Sullivan, (Naib Pengerusi CSID), Radwan Masmoudi (Presiden CSID), Anwar Ibrahim dan yang tidak bertudung ialah Asma Afsaruddin (Pengerusi CSID). Semasa Anwar menerima anugerah ini turut disaksikan oleh Andrew S. Natsios (USAID), Lorne Craner (IRI) dan Carl Gershman (NED). CSID sebuah organisasi berpengakalan di Washington DC yang ditaja oleh agensi Amerika Syarikat yang bermotifkan demokrasi iaitu USAID, NED, IRI dan NDI
Anwar Ibrahim menerima anugerah "Muslim Moderat of The Year 2005", di Washington DC dari pertubuhan Islam dan Demokrasi Amerika yang dinamakan CSID. Apa itu CSID ? Siapa di belakang CSID ?
Kenapa CSID perlu mewujudkan "Muslim Moderat" ? Apa maksud "Muslim Moderat" ? Adakah usaha CSID/Amerika mewujudkan "Muslim Moderat" bertujuan untuk memecahbelahkan 'kesatuan umat Muslim' ?
Kenapa CSID/Amerika hanya mengiktiraf "Muslim Moderat" sebagai Muslim yang sebenarnya ? Siapa termasuk dalam kategori "Muslim Moderat"? Apa ciri-cirinya?
Kenapakah Amerika Syarikat begitu bersungguh-sungguh mewujudkan "Muslim Moderat" sehingga menyediakan dana khas untuk membina 'Rangkaian Muslim Moderat' melalui RAND Corporation ? Apa tujuan akhir Amerika ?
Selain Anwar Ibrahim dari Malaysia, Saad Eddin Ibrahim (2004) dan Abdolkarim Soroush (2003) turut menerima anugerah "Muslim Moderat" bagi tahun masing-masing. Apakah kriteria atau prasyarat untuk mencapai anugerah "Muslim Moderat" ?
Apakah kaitan "Projek Muslim Moderat" dengan usaha "mendemokrasikan Timur Tengah". Kenapa Amerika Syarikat bersungguh-sungguh mahu "mendemokrasikan" Timur Tengah.
Apakah selama ini di Timur Tengah seperti Iran, Iraq, Qatar, Kuwait tidak demokrasi ?
Kenapa hanya di negara-negara Islam khususnya di Timur Tengah sahaja Amerika berminat sebarkan demokrasi, kenapa tidak di negara-negara lain yang bukan Islam ?
Apakah badan-badan Amerika Syarikat yang terlibat secara langsung dalam mendemokrasikan Timur Tengah ? Siapakah aktivis-aktivis Islam yang terlibat sama menjadi tali barut Amerika dalam projek demokrasi Timur Tengah itu ?
Betulkah Anwar Ibrahim dari Malaysia terlibat dalam projek demokrasi Timur Tengah tajaan Amerika ? Kenapa Amerika pilih Anwar sedangkan dia bukan warganegara Timur Tengah ?
Semua ini akan terjawab dalam segmen baru AIDC yang dinamakan AIDC Fotopages. Klik di sini untuk melihat foto-foto itu.
AIDC Fotopages |
|
|
|
|
|
|
|
Carl Gershman taja Anwar Ibrahim promosi Demokrasi dalam Dunia Muslim
Dari kiri Dr. Radwan Masmoudi (Presiden CSID), Carl Gershman (Presiden NED, berbangsa Yahudi) dan Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim sedang membentangkan ideanya dalam Siri Syarahan Bulanan CSID di Washington DC pada 2 Mac 2006, bertajuk "Democracy in the Muslim World - Priorities and Strategies". Dalam ucapannya, Anwar mengkritik reaksi umat Islam yang emosional dan keterlaluan dalam memprotes isu Kartun Menghina Nabi Muhamad SAW.
Oleh Carl Gershman dan Anwar Ibrahim
Center for the Study of Islam & Democracy (CSID) atau Pusat Kajian Islam dan Demokrasi telah menganjurkan perbincangan menarik secara berkala mengenai "Demokrasi dalam Dunia Muslim - Keutamaan dan Strategi" dengan pembentangan dua orang penceramah yang terkenal, iaitu Carl Gershman, Presiden National Endowment for Democracy (NED) dan Anwar Ibrahim, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Kedua ahli panel tersebut hadir sempena dengan perasmian pejabat baru CSID, dan serentak dilancarkan semula Siri Syarahan bulanan pusat tersebut.
Presiden CSID, Dr. Radwan Masmoudi, merasmikan perbincangan tersebut dengan memperkenalkan dua orang penceramah dan memberikan latar belakang ringkas sejarah dan pencapaian CSID.
Dia menyatakan bahawa aktiviti-aktivti CSID telah berkembang sejak badan itu diasaskan pada tahun 1999. CSID dikembangkan kepada program penyelidikan dan pendidikan (persidangan, seminar, bengkel di seluruh A.S. & dunia Muslim) yang meluas, melibatkan sarjana terkenal, aktivis, penggubal dasar kerajaan, dan baru-baru ini, telah melancarkan satu strategi baru untuk mendekati Muslim, penduduk Arab secara besar-besaran di rantau yang berbeza.
Untuk melaksanakan strategi seperti itu, CSID telah melancarkan Network of Democrats in the Arab World (NDAW) atau Rangkaian Demokrat Dunia Arab dengan kerjasama 64 ahli pengasas yang mewakili aktivis dan pertubuhan masyarakat awam daripada 14 negara Arab.
Sejak November 2005, CSID telah menganjurkan beberapa bengkel latihan menggunakan buku pendidikannya "Islam and Democracy: toward Effective Citizenship" atau "Islam dan Demokrasi : ke arah Kerakyatan Berkesan" di Morocco, Mesir, Algeria dan Jordan.
Fasa pertama latihan melibatkan 400 aktivis, pemimpin politik dan agama, di setiap empat negara Arab dan latihan tambahan akan dianjurkan melalui rakan NGO tempatan di setiap negara.
Bagi memastikan kejayaan dan kesinambungan kedua-dua usaha ini, baru-baru ini, CSID telah membuka dua pejabat cawangan di Morocco dan Jordan.
Carl Gershman memulakan ceramah dengan memuji usaha-usaha aktiviti CSID. Dia menyatakan organisasi seperti ini bekerja seperti duta yang mewakili dan membina jambatan untuk menyokong nilai Amerika/universal.
Gershman berkata, walaupun terdapat cabaran dalam mengkaji "Islam dan Demokrasi" serta perdebatan mengenai kesesuaian antara Islam dan demokrasi, namun ia telah menarik perhatian sarjana dan penggubal dasar kerajaan.
CSID dan dunia Muslim pada hari ini berhadapan dengan tiga cabaran utama yang boleh menyatukan perubahan demokrasi sebenar di negara-negara Muslim. Cabaran pertama adalah bergerak dengan lebih dalam melalui perdebatan yang menjurus ke arah kesesuaian Islam dan kebebasan serta hak kebebasan.
Peristiwa terbaru telah menunjukkan bahawa sesetengah kumpulan Muslim telah mampu untuk bertindak secara demokratik seperti parti-parti yang bertanding dalam pilihan raya. Cabaran dan soalan, masih menjadi tanda tanya, sama ada kumpulan ini mampu mempraktikkan nilai-nilai kebebasan dan perlembagaan demokratik berkaitan dengan kebebasan, persamaan hak, pengasingan kuasa dan kedaulatan undang-undang.
Gershman menyatakan bahawa negara-negara Muslim sangat berbeza dari segi latar belakang, pengalaman dan pemahaman demokrasi dan kebebasan asas mereka.
Cabaran kedua adalah untuk masyarakat dan negara Muslim yang mempunyai hubungan komunikasi antara satu sama lain, bertujuan utntuk memindahkan pengalaman dan pengetahuan di kalangan mereka. Masyarakat seperti Arab Saudi dan Iran boleh belajar daripada pengalaman demokratik Turki dan Indonesia.
Cabaran ketiga, Gershman menyatakan untuk menyelesaikan pertembungan ideologi, bukan pertembungan peradaban seperti yang dikatakan Samuel Huntington, tetapi pertembungan di kalangan Muslim sendiri iaitu di antara Muslim Demokrat dan Muslim Radikal serta Muslim Ekstremis.
Membincangkan dengan lebih lanjut isu ini, Gershman menekankan kepentingan untuk menyokong usaha kumpulan demokratik tempatan dan pada masa yang sama, membuka saluran berdialog dengan kumpulan anti-demokratik dalam usaha untuk mengurangkan kefanatikan mereka. Kerana pada akhirnya, ianya merupakan satu "pergelutan nilai ideologikal" yang hanya boleh diselesaikan melalui dialog dan perbincangan.
Anwar Ibrahim, kemudiannya, menekankan kepentingan menyebarkan demokrasi melalui perbincangan ilmiah seperti buku, jurnal, dan majalah dalam usaha untuk dunia Muslim berbincang cabaran sebenar seperti rasuah, urus tadbir yang lemah, ketidaksamaan hak, dan pendidikan.
Selain Carl Gershman yang berbangsa Yahudi mendengar 'strategi' Anwar, pemikir-pemikir Amerika lain turut sama mendengarnya. Mereka terdiri daripada individu yang berpengaruh di Amerika yang terlibat dengan projek Demokrasi seperti USAID (United States Agency for International Development), NED (National Endowment for Democracy), NDI ( National Democratic Institute for International Affairs), IRI (International Republican Institute)dan lain-lain. Anwar menekankan strategi paling utama yang perlu Amerika lakukan untuk menyebarkan fahaman demokrasi di dunia Islam adalah melalui penajaan perbincangan ilmiah dan penerbitan bahan bacaan
Anwar menyatakan bahawa nilai Islam asas adalah kesucian hidup dan harta benda yang termasuk dalam intipati nilai kebebasan dan keadilan Amerika/manusia moden untuk semua.
Anwar juga mengkritik reaksi orang ramai di sesetengah negara Muslim, terhadap insiden kartun menghina Nabi Muhamad SAW baru-baru ini. "Walaupun secara umumnya saya menentangnya" kata Anwar, "namun saya boleh memprotesnya dengan aman tanpa memilih kaedah keganasan, mencabuli kesucian nilai Islam serta kesucian hidup dan harta benda".
Semasa sesi soal jawab, Gershman menjawab satu soalan daripada peserta berkaitan dengan kemenangan Hamas di dalam pilihan raya Palestin. Dia menekankan fakta bahawa "Demokrasi tidak membawa masyarakat yang sempurna dengan cepat, untuk terbuka kepada perubahan, ianya merupakan proses yang panjang, dan mungkin berhadapan dengan rintangan, dan memerlukan pengikut sebenar yang bersedia untuk berjuang untuknya."
Gershman menegaskan kepentingan kumpulan Islam, seperti Hamas, supaya lebih terbuka kepada perubahan dan lebih bertimbang rasa dalam menumpukan perhatian terhadap cabaran dalam usaha memenuhi keperluan rakyat. Jika tidak, mereka akan kehilangan kedua-dua hak kekuasaan dan kepercayaan.
Akhir sekali, Dr. Masmoudi membuat ulasan terhadap isu pendemokrasian dunia Muslim dengan membentangkan fakta bahawa secara kasarnya terdapat 1.4 bilion Muslim di dunia yang tinggal di beberapa negara.
Setiap satu di antara mereka akan membangunkan model mereka sendiri dalam memahami demokrasi. Tiada jalan untuk rakyat Amerika dan orang asing,menggerakkan model demokrasi.
Apa yang terbaik yang boleh kita (Amerika) lakukan adalah mempermudahkan perbincangan yang bermakna di antara sarjana Muslim, pemimpin, dan aktivis supaya mereka dapat bekerjasama untuk membina satu persetujuan dalam melaksanakan pemahaman mereka sendiri terhadap demokrasi, walaupun tidak sempurna, tetapi secara konsisten akan bertambah baik dan dikaji semula.
Alternatif untuk menyokong pemimpin dan rejim yang menindas (diragui), akan membawa kepada kemusnahan yang lebih teruk, termasuk ekstrimisme, keganasan dan kehilangan harapan.
AIDC menterjemah artikel The Center for the Study of Islam & Democracy (CSID),2006. Democracy in the Muslim World - Priorities and Strategies. Artikel asal klik di sini |
|
|
|
|
|
|
|
Alim Ulama Tidak Di Belakang Anwar
Oleh Yahaya Ismail
Sejak Anwar dipecat nampaknya tidak banyak alim ulama yang tampil ke depan dan membelanya secara terang-terangan. Apakah gerangan yang menyebabkan alim ulama membisu sejuta bahasa kecuali beberapa orang Adun, bekas wakil rakyat UMNO dan pegawai tinggi Pusat Islam yang cuba menangani isu pemecatan Anwar dan akhlak yang mulia yang tidak diperjuangkannya.
Tuan Guru Nik Aziz lebih terbuka sikapnya dan tidak ketara hendak membela Anwar. Dia tidak seperti Ustaz Fadzil Nor yang terang-terangan menyebelahi Anwar tanpa mengambil kira maruah dan imej kepimpinan PAS. Malah alim ulama yang bebas pun tidak banyak bersuara untuk memberi buah fikiran. Barangkali mereka juga sesak nafas dan tidak mendapat fakta-fakta yang jelas tentang perilaku seks sumbang yang dikaitkan dengan pemecatan Anwar tersebut.
Atau boleh jadi juga mereka lebih senang untuk tidak menilai akhlak orang lain memandangkan mereka juga bukan manusia yang maksum. Atau boleh jadsi juga mereka takut hendak meluahkan buah fikiran mereka yang boleh disalah tafsir oleh berbagai pihak hingga menimbulkan kontroversi yang menyulitkan kehidupan mereka.
Walaupun Persatuan Ulama Malaysia turut menyokong Anwar namun rakyat tidak diberi penjelasan dari badan tersebut mengapakah ia bersikap demikian. Apakah kerana Anwar pernah menjadi imam dan banyak menyebut berbagai ayat Al-Quran dan hadith Nabi maka dia sudah boleh digolongkan sebagai pemimpin yang berjiwa Islam dan mesti dipertahankan oleh Persatuan Ulama Malaysia?
Apakah kelebihan Anwar dari segi Islam yang memungkinkan persatuan ini memperjuangkannya? Rakyat ingin tahu pendiriannya yang sebenar dan jelaskan kepada umum dalil-dalil yang munasabah mengapa Persatuan Ulama Malaysia menyokong Anwar.
Malaysia masih lagi sebuah negara yang menghargai demokrasi walaupun tidak sebebas negara-negara Barat tentunya. Siapa saja boleh memberi buah fikiran dan pendapat untuk menyebelahi Anwar atau pun kerajaan. Kalau Persatuan Ulama Malaysia, sebuah badan yang berdaftar, yang tentunya dianggotai oleh mereka yang bergelar ulama maka mereka harus berani mengemukakan pendapat dan hujah dari segi agama mengapa mereka menganggap Anwar seorang pemimpin Islam yang patut disanjung tinggi walau pun seluruh rakyat tahu alasan dia dipecat dari kabinet dan UMNO. Sebagai ulama mereka sepatutnya mempunyai tanggungjawab moral untuk menerangkan sikap mereka mengenai isu Anwar tanpa takut dan gentar menghadapi kenyataan.
Setakat ini, Datuk Prof. Dr. Harun Din dengan penuh tanggungjawab menjelaskan kepada umum bahawa dia bukan mastermind reformasi. Ini bermakna beliau ingin menolak sangkaan buruk setengah pihak yang mengatakan dia penyokong Anwar yang kuat. Juak-juak Anwar, termasuk Anwar sendiri, ingin memperalatkan ketokohan dan kewibawaan Harun Din untuk mempengaruhi orang ramai bahawa ulama terkemuka ini pun menjadi penyokong Anwar yang setia! Rupa-rupanya itu hanya dakyah Anwar. Menurut Dr. Harun Din dalam satu interbiu dalam Mingguan Malaysia dia tidak selalu berjumpa dengan Anwar walaupun sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Kata ulama itu lagi Anwar pernah menelefonnya, selepas dipecat, mengatakan ia hendak berjumpa dengan beliau. Dia menjemput Anwar ke rumahnya. Rupa-rupanya Anwar bukan datang berseorangan. Sebaliknya dia telah membawa beribu-ribu juak-juaknya ke Bangi hingga menimbulkan kebimbangan bagi pihak ulama tersebut. Dia tidak menyangka Anwar akan menggunakan pertemuan antara mereka untuk meniupkan semangat reformasi dengan memperalatkan Harun Din. Memang tak ada permit polis. Memang bukan dirancang oleh Harun Din. Akhirnya mereka beramai-ramai melakukan sembanhyang hayat di Darul Syifa |
|
|
|
|
|
|
| |
|