|
Suasana sunyi mencengkam pasangan itu. Saling menyimpan rindu. Namun rindu Shah bersama rasa bersalah yang meggunung., manakala rindu Lisa penuh dengan kekecewaan dan luka. Lisa kaku kan dirinya. Menjauhi diri dari Shah adalah yang terbaik, dia tidak mahu kalah dengan pujukan Shah lagi.
“sayang..” lembut pipi Lisa di belai, terasa lembap pipi mulus itu. hatinya semakin tidak keruan.
“sayang..” lembut menyapa telinga Lisa, namun dia hanya membekukan diri. Hati sebal dengan sikap Shah.
Kata2 Shah berikutnya umpama lagu yang mendodoi Lisa. Shah mengeluh melihat Lisa lena memeluk Kira. Entah dengar entah tidak butir bicaranya tadi. Puas dah bersayang2 tadi. Akhirnya dia pun terlena.
Pagi menjelma, mentari indah menyapa seluruh penduduk bumi. Awan berarak lembut, indah bergerak sekata. Udara pagi di hirup dalam hingga mencapai dasar paru2 nya. Shah tahu, hati si isteri masih tidak mampu di pujuk. Dia faham, kesalahan nya besar dengan itu dia tetap cuba untuk pertahankan rumah tangga nya.
Sejak pagi, mereka tidak pernah ada masa bersama, jika dia di depan isterinya di belakang. Dia di luar rumah isterinya di dalam. Begitulah dunia mereka.
Lisa melarikan diri seboleh mungkin, hanya satu tempat yang dia tidak boleh lari, masa makan. Suka atau tidak dia masih perlu melayan En Hubby. Tapi, layanan itu seperti robot. Benar2 robot, pelayan tanpa suara. Itu baik aku nak layan, getus hati Lisa.
“tak habis lagi ke urusan korang ni?” ibu bersuara. Aku yang sedang mengupas mempelam muda nyaris terhiris jari terkejut dek soalan ibu tiba2.
“sapa?” aku buat2 tak reti, dengan muka tak bersalah bertanya pada ibu pula.
“korang berdua lah? Sape lagi…Lisa dan Shah” Kira yang baru keluar terkebil2 macam faham jer perbualan kami.
“selesai lah baik2, ko dah lah tengah macam tu. Tak elok fikir masalah berat” ibu menasihati bila aku masih senyap bungkam.
“masam…erk…” Kira berwajah kelat menahan masam mempelam muda. Aku dan ibu tergelak.
“Kira makan yang ni je sayang..manis, yang putih ni memang masam” aku hulur kan mempelam masak yang ku kupas awal tadi.
“macam mana mama boleh makan, masam…erkk..” Kira mengulang muka tadi. Kami terhambur lagi tawa kami.
“rancaknya..” entah bila En Hubby ni berada di belakang aku, buat terkejut aje.
“nak rasa..?” sengaja aku bertanya, berlakon depan ibu.
“boleh juga..” wah beria En Hubby ni, aku hiris kan sedikit mempelam di tangan ku, ku hulurkan terus padanya. |
|
|
|
|
|
|
|
“masam yer…macam mana Lisa tahan?” berkerut muka Shah menahan masam nak menghabiskan sehiris kecil dalam mulutnya. Mujur Lisa cuma bagi sikit jer.
Ibu memandang Lisa dengan satu pandangan. Ada signal yang terhantar, Lisa buat2 tak mengerti. Biarlah rahsia..
Walaupun hari ini lebih baik dari semalam tapi ia tidak sama dengan dulu. Shah cuba untuk memulihkan semua nya seperti dahulu. Setelah beberapa hari kisah itu berlalu. Hubungan mereka masih dingin, Shah masih mengharap kasih mereka bersatu kembali.
Jujur pada diri, Lisa akui, aku sayang suami ku. sayang ini tidak perlu dibalas dengan intan berlian, cukup la kesetiaan dan kepercayaan yang tidak berbelah bagi. Itu sahaja.
Setiap hari ada jambangan bunga ros merah yang tiba di butik nya. Lisa mula pelik, siapa gerangan penghantar.
Special to my sunshine..with all my heart..
From,
MS
Sebelum kahwin, dia menerima dari penghantar yang sama. Siapa? MS? Nasib baik ‘dia’ menghantar bunga hidup, tidak lah Lisa pening nak hias di mana bila hari2 ada saja yang datang. Apabila sudah layu maka staff nya akan buang terus. Semua staffnya akan ingat pukul berapa budak penghantar kedai bunga itu akan datang.
Apa yang paling menghairankan, si pengirim itu seakan tahu gerak geri nya. Jika hari yang Lisa tidak dapat datang ke butik, bunga itu juga tidak akan sampai. Namun keesokan nya Lisa ada, ‘bunga’ pun ada. Lisa risau, andai Shah mengetahui tentang ini apa yang akan berlaku.
‘Shah.. di mana kita sekarang? Kita sehaluan tapi tidak bersama . apa penghujungnya nanti.. aku rindukan mu..’ Lisa merintih. Gambar aksi Shah curi2 mencium pipi nya di tatap. Sesal kini ego yang melangit, ikutkan hati yang terluka Lisa harus terima segalanya.
Sejak dari kampong Lisa, mereka hanya bercakap bila perlu. Lisa sendiri yang lari dari bercakap dengan Shah. Sepuluh kata yang diutarakan kebanyakan nya hanya sepi yang menjawab. Paling baik, ok sahaja. Shah semakin kusut. Bukan berkali2 dia cuba membunuh sepi antara mereka cuma ia kaku bila tidak ada respon yang dia dapat.
“Lisa tak sihat ke? Pucat sangat ni?” Shah resah melihat keadaan Lisa, terbaring lemah. Jemari comelnya asyik memicit2 kepala.
“ermmm…” itu sahaja jawapan nya. tanpa sikitpun di toleh En Hubby yang menepek di tepi sofa.
Shah meletakan jemari di dahi Lisa, niat nya untuk merasa suhu badan Lisa. Pantas Lisa menolak kasar tangan nya. hatinya tersentuh.
“kenapa?”
“don’t ever touch me…” |
|
|
|
|
|
|
|
sah lisa da pregnant..tu emosi lebih sensitif..hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
wahhh...merajuk ada isi... |
|
|
|
|
|
|
|
shah kena berusaha pujuk lisa...mungkin lisa tertekan lebih2
lagi tengah pregnant |
|
|
|
|
|
|
|
ini untuk hari ini....
*********************************************************************
“I nak pergi bercuti” mendatar Lisa berbicara, wajah Shah juga tidak di tengok.
“ok, nanti I set time bila I free”
“no, alone” tegas Lisa. Wajah Shah yang bersahaja tadi bertukar keruh.
“why?” tangan Lisa di capai. Di bawa terus ke bibirnya. Sayu hati Lisa, sungguh hebat lelaki ini buat Lisa. Namun Lisa harus kuat dengan pendirian nya.
“I nak tenangkan fikiran dan fikirkan soal kita” walau ada getaran di bait kata2 itu, Lisa tetap ingin menghindari En hubby. Lisa tidak mahu En Hubby mencairkan nya dengan sengaja.
“soal kita? Maksud u sayang?” Shah mula resah.
“masa depan kita. I akan fikirkan nanti, sama ada kita harus berpisah atau teruskan” berat untuk Lisa tutur kan.
“jangan lah sampai berpisah” Shah semakin terhimpit.
“please sayang..”
“u izinkan I pergi dulu, biar I tenang, nanti I akan balik semula untuk bincangkan ini” Lisa masih tidak luak dengan keputusannya.
“baik lah, tapi di mana?”
“I nak pergi langkawi”
“bila?”
“next Monday”
“ok dengan syarat, I akan atur kan segalanya urusan perjalanan dari sini dan penginapan serta pengangkutan u di sana. Deal?” usulan itu di sambut baik oleh Lisa. Tak perlu lagi Lisa nak pening kepala mencari hotel atau kenderaan di sana, semua tersedia. Badan pun tak penat.
Hari yang dinanti telah tiba, perjalanan ku dari Kuantan menggunakan kapal terbang AirAsia. Shah menghantar ku ke lapangan terbang dengan wajah yang sengaja di ceriakan. Aku tahu dia tidak mampu sebenar untuk berjauhan di saat begini. Entah kenapa aku sengaja ingin menduganya, sengaja mendera hatinya.
Seperti yang di rancang, aku berlepas dengan sarat pesanan dan ingatan. Dari soal agama, adap dan keselamatan. Shah tidak pernah berubah dalam bab ini. Tiba di Langkawi, aku hanya meneliti papan tanda nama ku. Mudah dan cepat, tidak perlu membazir banyak masa.
Pemandu membawa aku ke, Hotel 4 Season. Hotel mewah yang tidak pernah aku bayangkan. Masuk sahaja selangkah aku sudah terpesona dengan hiasan dalaman nya. Bauan yang semerbak harum mengingatkan aku pada kamar hangat aku dan Shah. Sebaik aku selesai menelek kamar itu, aku menelefon Shah. Sebagai isteri aku tidak harus culas, dia tetap suami ku.
“dah sampai sayang?”
“dah, ini dalam bilik dah. Thanks for the room.” Aku hanya bersahaja.
“suka ?” Shah masih cuba mencipta semangat untuk berbicara dengan ku. Jika dia memang tidak tahan lagi dengan akal ku ini bagaimana?
“suka sangat” dalam berani takut aku membalas.
“I pun harap macam tu. I nak u puas hati dan gembira kat sana ok” penuh harapan dan tanggungjawab.
“ok” ringkas sahaja jawapan ku buatnya. Hati yang sebak ku tahan. Adohai..aku semakin cengeng.
Baru beberapa jam terpisah aku sudah merasa rindu itu. Cepat nya virus ini menular. Menurut Shah, aku boleh bercuti dalam tempoh seminggu. Cukuplah untuk aku jelajahi semua tempat di sini. Hari pertama, cukup lah untuk aku menikmati keindahan segala kemudahan di dalam bilik ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tinggalkan ingatan pada En Hubby, aku mula operasi hari pertama. Berendam dalam bath tub, bersama buih2 dan kelopak ros segar. Wangi. Sungguh wangi. Haruman itu menusuk segala deria ku. tidak perlu seminggu, walau 10 minit baru berendam aku tenang sepenuhnya. Aku tersenyum sendirian.
Malam nya, aku menikmati beef steak. Hotel mahal, tentu lah sedap gila masakan nya.
Esoknya , aku memilih untuk melawat tempat2 yang mempunyai nilai2 sejarah. Oleh kerana atas arahan En Hubby, masa berjalan ku hanya 8 pagi hingga ke 6 petang. Alasan nya, faktor keselamatan kerana aku sorang di sini. Betul juga. Tidak berparut pun kalau aku ikut jika ia untuk kebaikan. Dengan masa yang terhad sudah tentu banyak juga tempat2 yang masih aku KIV.
Aku mula berfikir2 untuk mengayat En Hubby untuk berlama2 di sini. Aku tersenyum sendirian. Entah kenapa aku masih ingin menjauhi dia, aku ingin mendera hatinya. Yang paling utama dia harus rasa apa yang dia lakukan padaku sebelum ini.
Saat di buai mimpi yang lena, aku di kejut dengan pencerobohan dalam bilik ku. Oleh kerana jarak katil dan pintu agak jauh, aku hanya mampu melihat bayangannya. Bayang itu masuk melalui pintu, pelik!. Guna master key ker? Peluh jantan mula menitik, bukan kerana panas kerana suhu bilik telah ku set 17˚C sebelum tidor tadi. ini lah saat menakutkan.
Ritma jantung ku bergerak pantas. Bayangan itu membuka almari pakaian tapi aku tak pasti apa yang berlaku. Penglihatan ku terhad dengan bergantung pada sinar rembulan tika ini. tubuh ku masih kaku. Aku hanya sempat berdoa dan membaca beberapa surah yang aku tahu.
Bila takut menjelma, semua kesalahan juga menjelma. Andai berlaku apa2 aku tak sempat mohon maaf dengan En Hubby. Banyak dosa dengan dia ni.
Pelik tapi benar. Dalam ketakutan yang melampau aku berusaha untuk tidor semula. Aku tidak mahu bayang itu tahu aku sedar kehadiran nya. biarlah apa sahaja yang hendak di ambil penting untuk aku tidak di apa2 kan. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku terjaga di saat kesiangan. Kantoi pula subuh ku hari ini, gara2 si bayang malam tadi. Ingat kisah si bayang, aku cepat bersandar di kepala katil. Tiba2 rasa takut kembali. Puas aku memantau sekitar, perlahan2 aku turun dari katil . syukur tiada sesiapa.
Tubuh ku hanya di saluti jubah mandi, selesai mandi aku masih bermalasan di meja solek hotel ini. Minda berputar ligat dengan plan hari ini pula. Untuk kali pertama di sini, mandi pagi nya pukul 10 pagi, semua gara2 si bayang. Bengang betol aku dengan si bayang.
Kelewatan bangun bermakna aku harus merancang semula untuk plan jelajah hari ini. Hari ketiga di sini.
Tanpa ketukan, loceng atau salam, pintu terbuka dengan sendiri. Mata Lisa masih menanti apa yang akan di lihat. Tidak mungkin pekerja Hotel tidak beradap. Sudah lah dia hanya memakai jubah mandi lagi. Pasu hiasan di meja solek itu sudah bersiap sedia di genggeman aku.
Melihat senyuman itu, Lisa melepas lega. Berat perasan tadi.
“assalamualaikum sayang…” ujar Shah, tersenyum manis.
“kenapa pucat macam tu, jawab salam pun tidak ni.. siap dengan pasu bagai” Shah mengusik bila Lisa masih kaku berdiri. Baru sedar, pasu masih di tangan. |
|
|
|
|
|
|
|
“jawab dalam hati la…” Lisa menyalami En Hubby, dahi dan pipi nya di kucup.
“tak suka Shah datang ke?” Shah agak terusik dengan reaksi Lisa.
“bukan macam tu la..dah masuk macam tu aje, ingat sape tadi. Terkejut la..”
“terkejut..” Shah mengulang .
“bila sampai?” tubuh Lisa dalam rangkulan Shah. Mereka saling menikam mata. Dua2 tergoda kini.
“malam tadi” ringkas jawab di ikuti dengan sentuhan bibir yang bersatu. Lama dan dalam. Meleraikan rindu beberapa hari tidak bersua.
“u masuk sini malam tadi kan dear..” Lisa menggorek kisah si bayang.
“yup..tapi u tidor lena, subuh pun terlepas” hidung Lisa di cium. Lega, bermakna si bayang itu adalah Shah.
“penat la…” minta2 dia tak tahu, malu ya amat ni.
“apa yang u tak sempat pergi lagi?” aku memandang pelik, bukan patut Tanya tempat yang dah pergi ke? Pelik nya soalan.
“kenapa tanya yang tak pergi?” alamak, terlepas la pula.
“kalau tempat dah pergi mesti banyakan dalam tempoh 2 hari tanpa I kan? Betul tak sayang?” selamba dia menjawab dengan senyum nakal.
“sindir Lisa?” bukan aku teka, ia jelas.
“no la.. betul kan?” aku sudah berada dalam pelukannya. Rasa malas nak menolak kali ni.. aku gelak nakal sendiri dalam hati. Wajah tentu lah maintain ayu jual mahal..
“apa yang betul?” sengaja aku melarikan mata ku keluar tingkap yang En Hubby buka. Bukan lari sebab tak suka, tapi takut rindu di hati ini yang terkantoi. Bayu laut menyapa sesekali amat mendamaikan.
“mana yang tak pergi lagi?” En Hubby masih merenung wajah ku, mencari mata ku. aku tak akan tertewas. Biar dia rasa lagi. Namun ia tak mampu ku tahan lama bila bibirnya sengaja bermain di seluruh wajah ku. Lemahnya aku. Lama bibir kami bertaut.
“dear..laparnya.. jom turun” Lisa merengek manja mengharap En hubby akan mengikutnya. Sebelum perkara lain terjadi baik aku bertindak, nanti jahanam plan hari ni.
“lapar ke nak mengelat ni..”Shah menggusik. Baru dapat bertemu leher isteri yang di rindui ini. Hatinya berbunga, Lisa seakan kembali sebagai Lisa nya yang dulu. Shah dapat rasakan ia melalui sentuhan2 Lisa. Keikhlasannya dan kejujuran dalam setiap geraknya. Terima Kasih Ya Allah, Syukur.
“lapar la.. dengar perut berbunyi dah. nanti2 sambung la..” Shah mula tersenyum mendengar usul Lisa. Untung juga mereka berjauhan sekejap, .senyum nakal dapat di hidu Lisa.
“lapar sangat2 ke?” Shah masih mengusik.
“Iye..sangat2” sengaja suara dilunakkan lagi. Kedengaran tawa kecil Shah dengan perubahan sikap Lisa yang tidak menentu. Di saat manja, teramat manja tapi bila sensitive juga, teramat sensitive. |
|
|
|
|
|
|
|
“ok jom”
“dear lepas tu kita pergi pekan Kuah yer. Ok?” Lisa mula mengayat. Jika membeli belah dengan Shah, jimat duit nya, senyum nakal telah terpamir pula pada Lisa.
“ok, tapi sekejap jer” Lisa yang sedang bersolek di meja solek terkejut dengan perkataan sekejap itu.
“dear nak pergi mana?”
“balik hotel, nak tagih janji tadi” pinggang Lisa di rangkul dari belakang, Lisa hanya menggeleng. En Hubby selalu begini.
“lisa ingat, tapi tak akan sekejap mana sempat nak belek barang nanti.. tak lari gunung di kejar” Lisa mengusik En Hubby nya. Shah hanya tersenyum melihat dari katil.
“Shah bukan nak kejar gunung, tapi gunung2..” Lisa yang sudah siap terus menjegilkan mata, ada saja usikkan nakal En Hubby ni.
Dalam lif Shah hanya tersenyum nakal melihat sesuatu di leher Lisa. Pasti Lisa tidak perasan tadi, ia semakin jelas bila Lisa mengikat tinggi rambutnya.
“tu la beras terbakar” Lisa menunjuk ke arah binaan yang berkaca. Terdapat sepiring di situ.
“beras ke padi?” Shah sengaja mengusik.
“sama la..” bahu Shah di tepuk manja. Semua pelancong menoleh ke Lisa sewaktu Shah bertanya. Entah apa sebabnya, yang penting Lisa yang malu.
Bahu Lisa di raih, mereka berjalan beriring ke gerai2 yang terdapat di sekitar pintu masuk, padi terbakar. Lisa terhenti di satu gerai, gerai cenderahati. Banyak yang boleh di jadikan buah tangan ni.
“sayang, cantik kan?” Shah menghulurkan sehelai skaf. Tanpa soal aku mengambil dan masuk ke dalam gerai itu. Shah hanya memerhati di luar.
“dear…” aku memanggil En Hubby yang tersengih sumbing di luar. Aku tahu dia sengaja.
“apa ni?” aku bisik perlahan, mata aku jegilkan. Dia hanya tawa. Geram nya aku. Terus skaf itu aku sarung, cantik juga skaf ni. Kebetulan pula. Dengan skaf yang belum berbayar aku keluar, membawa rajuk. Pasti ramai yang dah tengok dari pagi tadi. Malu! Tersangat malu!
“sayang..” pinggang ku di rangkul dari belakang. Satu ciuman singgah di pipi.
“merajuk aje sekarang kenapa?” masih lagi nak mengusik! Pujuk lah En Hubby…
Aku berhenti di gerai buahan. Segarnya buahan itu, meleleh air liur ku melihat peniaga itu memotong.
“nak?” tahu pun En Hubby ni bertanya soalan yang betul. Aku hanya mengangguk sambil menunjuk sahaja buahan yang aku nak. Seronok begini, masih lagi mood rajuk.
Dapat buahan, langkah aku deras meninggalkan nya. tiba2 mata ku kelam. Pening sekejap rasa nak tumbang. Baru badan ku menjunam ada sesuatu mengapung tubuh ku.
“sayang…” suara En Hubby. Nasib baik En Hubby la kot. Aku di bawa duduk di kerusi panjang, ruang rehat pelancong. |
|
|
|
|
|
|
|
shah kena berusaha pujuk lisa...mungkin lisa tertekan lebih2
lagi tengah pregnant
Ju'a Post at 14-12-2010 08:17
Shah ni duk pikir masalh jer...dia tak terpikir la... |
|
|
|
|
|
|
|
wahhh...merajuk ada isi...
bb_75 Post at 13-12-2010 17:45
isi awal lagi ni... nasib baik makan tak ada masalah.. kesian Lisa.. |
|
|
|
|
|
|
|
sah lisa da pregnant..tu emosi lebih sensitif..hehehe
naza81 Post at 13-12-2010 16:30
sah 6 minggu.. hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
slmt pagi sume...
tinggal jejak dulu...
fazss..bila free jgn lupa n3...byk2
cerry_ice Post at 13-12-2010 07:41
banyak dah ni.. selamat merempit.. |
|
|
|
|
|
|
|
naaa.....kan dah merajuk Lisa....pengajaran buat Shah..next time jgn nak ckp ikut sedap mulat sj...
calla Post at 11-12-2010 20:49
mulut dia nak kena jahit silang pangkah.. hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
syah kena pujuk lisa...nanti bila kira dah nyenyak leh bawa kira tido dgn nenek dia dan masa tu mula ...
mijot Post at 13-12-2010 01:23
tak sempat la... |
|
|
|
|
|
|
|
wahhhh kira nak dapat adik lahh..best best |
|
|
|
|
|
|
|
hmmm.... dh habis merempit, masuk R&R pulak...
nti sambung tau... |
|
|
|
|
|
|
|
baru puas baca ....panjang berjela2...
nanti sambung lagi ya??? |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|