CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sayawifenikmie

Jutawan Sosilawati Hilang!

   Close [Copy link]
Post time 7-9-2010 07:36 AM | Show all posts
apa lah gimik Sosila ni? kita nantikan..
tupaiterbang Post at 7-9-2010 07:06


gimik ? aku tak pikir ini gimik . ini kemungkinan besar kes rompakan & pembunuhan sebab melibatkan 4 jota . kalau indon niger dapat
4 jota nih memang terus hidup senang di negara masing2 .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2010 07:37 AM | Show all posts
Polis panggil suami, anak sulung beri keterangan


2010/09/07

KUALA LUMPUR: Polis semalam memanggil suami serta anak sulung Datuk Sosilawati Lawiya, 47, bagi memberi keterangan berhubung kehilangan pengasas produk kecantikan Nouvelles Visages itu bersama tiga lagi individu yang dilaporkan gagal dikesan sejak 30 Ogos lalu.

Difahamkan, suami Sosilawati yang juga ahli perniagaan warga Indonesia berusia lingkungan 40-an itu dipanggil memberi keterangan di Ibu pejabat Polis Kontingen (IPK) Kuala Lumpur kira-kira jam 3 petang bagi membantu siasatan kehilangan jutawan kosmetik itu.

Anak sulungnya, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 25, memberi keterangan lebih awal bagi membantu siasatan berhubung kehilangan misteri Sosilawati dan tiga yang lain itu.etang bagi membantu siasatan kehilangan jutawan kosmetik itu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman, yang mengesahkan perkara itu berkata, suami pakar kecantikan itu dipercayai mempunyai maklumat diperlukan dalam usaha menjejaki isterinya, termasuk SMS terakhir yang dikirimkan mangsa sebelum dilaporkan hilang.

Beliau dan anaknya hanya dipanggil untuk diambil keterangan. Ini memang prosedur biasa dalam siasatan sesuatu kes jenayah. Kita berharap keterangannya dapat memberi petunjuk baru dalam merungkai misteri kehilangan ini, katanya.

Beliau turut meminta semua pihak, termasuk anggota keluarga semua mangsa bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes itu hingga mengganggu proses siasatan.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2010 07:38 AM | Show all posts
motif pegawai bank ikut sama ?
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2010 07:39 AM | Show all posts
Post Last Edit by nuriz001 at 7-9-2010 07:42

Kereta Sosilawati Dijumpai, Saksi Nampak Lelaki Mencurigakan...
http://nurizspace.blogspot.com
Kereta Sosilawati dijumpai

Siasatan kes hilang jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya menunjukkan perkembangan baru apabila kereta milik beliau dan peguamnya ditemui di dua lokasi berbeza malam ini.


Kereta BMW X5 dgn no plat WLT 11 milik Sosilawati, 47, dijumpai di Pangsapuri Angsana USJ1 di sini diikuti kereta milik peguamnya di sebuah kawasan perumahan berhadapan Dorsett Hotel Subang Jaya.


Manakala kereta jenis BMW 525i warna biru bernombor pendaftaran AAJ 5 milik peguam sivil Sosilawati, Ahmad Kamil Abd Karim .  Difahamkan, kereta Ahmad Kamil ditemui dalam keadaan baik tetapi terdapat kesan lumpur.


Peniaga itu menonton berita mengenai kehilangan jutawan itu yang turut mendedahkan nombor plat kereta yang dinaikinya dan apabila dia turun ke bahagian bawah pangsapuri berkenaan selepas itu, dia nampak kereta dengan nombor plat sama ada di tempat letak kereta di bahagian hadapan pangsapuri tersebut lalu melaporkannya kepada polis.

Selepas menemui kereta Sosilawati, difahamkan polis mendapat maklumat mengenai kereta BMW milik peguam itu di sebuah kawasan perumahan berhadapan hotel tersebut lalu bergegas ke lokasi berkenaan.

Peniaga yang menemui kereta mewah milik Sosilawati, berkata beliau mengesyaki sesuatu selepas kenderaan mewah berkenaan diletakkan di situ sejak seminggu lalu.
Di kawasan ini memang banyak kereta mewah disimpan. Jadi, kehadirannya menarik perhatian ramai, lebih-lebih lagi agak lama ia diletakkan di situ tanpa diambil sesiapa.


Bila TV3 menyiarkan nombor pendaftarannya dalam Buletin Utama malam tadi, saya terus teringatkan kereta itu lalu memberitahu Jawatankuasa Penduduk Apartmen Angsana yang kemudian menghubungi polis, katanya kepada pemberita di sini, malam tadi.

Bagaimanapun, dia tidak dapat mengenalpasti mana-mana individu meletak kereta itu di tempat letak kereta berkenaan.

Kereta itu memang ditemui dalam keadaan sudah diletakkan di situ. Siapa yang memandunya memang saya tidak perasan tapi memang sudah lama ia di sini," katanya.

Seorang lagi saksi, Roslan Abd Rahman, 46, berkata beliau nampak seorang lelaki Melayu dalam lingkungan 30-an meletakkan kereta itu di situ.

Keadaannya mencurigakan... tengok keadaan sekeliling kalau gerak-gerinya diperhatikan. Saya tidak tahu kereta itu milik Datuk Sosilawati sehinggalah keluar dalam berita


Anak - anak Sosilawati Sedih
Erni Erinawati Sofea, 21 tahun, adik-beradiknya yang lain juga dilihat berada dalam keadaan bersedih atas kehilangan ibu mereka apatah lagi mengenangkan 1 Syawal yang akan menjelang hanya beberapa hari lagi.

Anak -anak Sosilawati yg lain ialah Erni Dekritawati Yuliana, 25; Erwan Suwari Ridzuan, 24; Md Erwan Nasri, 23, Erni Reenilawati, 20, dan Siti Nur Fatimah, 13 tahun.[img][/img]

Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2010 07:40 AM | Show all posts
byknye speku.....

btw ~ Laki die biz men indon.... so btoL la yekk die bukan kawen dGn orG mesia....
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2010 07:40 AM | Show all posts
betullah suami makcik neh indon ........
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-9-2010 07:47 AM | Show all posts
Reply 646# suyfea

sireh pulang ka gangang kaedahnya...

jawa ngan jawa gak lebih sherashi!
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2010 07:48 AM | Show all posts
Post Last Edit by mancismana? at 7-9-2010 07:50

google2 dapat foto rumah jutawan ni





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2010 07:49 AM | Show all posts
hermm mcm ada unsur2 jenayah.... semoga beliau dan org2nya selamat! :re:
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2010 07:53 AM | Show all posts
sms sukar difahami?
cctv tol (timestamp, boleh check touchngo/smarttag)?
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2010 07:55 AM | Show all posts
rasa aku dah habis niiiiiiiii......
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2010 08:04 AM | Show all posts
Post Last Edit by pr3ttytw33ty at 7-9-2010 08:14

Ler, laki bini jrg ketemu kekdahnyeww. Iols rase msti de kait ngan drebar
baru nye itueww. Baru kje kan.msti ade pape ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2010 08:15 AM | Show all posts
kalau mereka diculik tentu penculiknya telah merancang dgn teliti penculikan mereka. bukan mudah nak culik 4 org sekali gus, pastu kereta yg dinaiki berasingan. doa2 la moga polis dpt selesaikan kes nih secepat mungkin. bkn je kesian kat gamily sosila, tp kpd yg lain2 tuh jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2010 08:18 AM | Show all posts
kalau mereka diculik tentu penculiknya telah merancang dgn teliti penculikan mereka. bukan mudah nak ...
balqishku Post at 7-9-2010 08:15


rasa aku kalau mmg kes culik, mngkin salah sorang dr yg hilang tu, x trmasuk sosila la, mastermindnya...

tu teori aku lah
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2010 08:26 AM | Show all posts
urusan kat banting tu wujud ke tak sebenarnye..jgn la jd apa2 yg bukan2
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2010 08:26 AM | Show all posts
ape pun kita doakan diorang semua slmt..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2010 08:27 AM | Show all posts
dgr berita pagi tadi kat sinar..polis dah jumpa kedua - dua kereta di 2 lokasi berasingan di subang jaya...cuba dgr ulangan news nanti....
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2010 08:28 AM | Show all posts
urusan kat banting tu wujud ke tak sebenarnye..jgn la jd apa2 yg bukan2
emiryn_darling Post at 7-9-2010 08:26


memang ada ke Banting...
buktinya Kete Sosila banyak kerepek pisang ketika ditemui!
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2010 08:29 AM | Show all posts
mcm2 bermain di fikiran aku....
1. kenapa pegawai bank ada bersama dia?
2. driver baru bekerja..mmm...maybe slalu tgk si sosila nih bwk byk duit...putih mata agaknya...
3. kenapa kete lawyer dia ada cat biru?
4. kalu keje org luar...misti pakai pistol sbb nak tawan 4 org bukan senang.....
5. kenapa suami dia taknak bgtau apa isi kandungan sms tuh? haa...waktu nih la celcom nak baca sms org..tak kene saman pn....
6. kalu culik nak wang tebusan pn, kat sosila dah ada 4 juta...cash lagik....
7. mungkin ah long terlibat? mana tau si lawyer tuh yg ada utang dgn along, so dia berpakat dgn ah long....culik sosila....clue sbb kereta lawyer dia kene cat...tgk kat pic tuh, aku rasa dah lama kete tuh kene tinggal kat situ....mau lebih dari 2 minggu...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2010 08:30 AM | Show all posts
mcm2 bermain di fikiran aku....
1. kenapa pegawai bank ada bersama dia?
2. driver baru bekerja..mmm...maybe slalu tgk si sosila nih bwk byk duit...putih mata agaknya...
3. kenapa kete lawyer dia ada cat biru?
4. kalu keje org luar...misti pakai pistol sbb nak tawan 4 org bukan senang.....
5. kenapa suami dia taknak bgtau apa isi kandungan sms tuh? haa...waktu nih la celcom nak baca sms org..tak kene saman pn....
6. kalu culik nak wang tebusan pn, kat sosila dah ada 4 juta...cash lagik....
7. mungkin ah long terlibat? mana tau si lawyer tuh yg ada utang dgn along, so dia berpakat dgn ah long....culik sosila....clue sbb kereta lawyer dia kene cat...tgk kat pic tuh, aku rasa dah lama kete tuh kene tinggal kat situ....mau lebih dari 2 minggu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-10-2024 02:39 AM GMT+8 , Processed in 0.051914 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list