CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: satusembilan

~ LIVERPOOL FC : You'LL NeVeR WaLK aLoNe ~

   Close [Copy link]
Post time 17-11-2010 07:14 PM | Show all posts
Reply 632# zaujahzauji


    sape nat patner torres? ngog? pacheco? kah kah kah brapa ramai back up yg lvpool ade ... tu yg hodgson opt ntuk men single striker ... maybe lpas joe cole dah okey balik bley laaaa kuyt men ss ...

jap jap .. joe cole?

ini laa mamat yg gerrard ckp sehebat messi tuh eh kah kah kah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2010 12:56 PM | Show all posts
Capello, Liverpool berbalah selepas Gerrard cedera


2010/11/18

LONDON: Pengurus England, Fabio Capello, terpaksa berbalah selepas Steven Gerrard terhincut-hincut keluar padang ketika pasukannya tewas 2-1 kepada Perancis pagi tadi.

Pasukan pengurusan Capello dilabelkan sebagai "amatur", "tidak cekap" dan "memalukan" oleh pegawai Liverpool selepas kecederaan Gerrard menutup persembahan hambar England di Wembley. Pegawai Liverpool berkata, kecederaan Gerrard - yang dialami ketika beliau cuba membetes lawan pada minit ke-84 - tidak sepatutnya berlaku kerana sudah ada perjanjian sebelum perlawanan itu bahawa pemain tengah berkenaan hanya akan bermain selama 60 minit. Ketua unit kecergasan dan pemulihan pemain Liverpool, Darren Burgess, melancarkan serangan dalam laman Twitter terhadap cara Capello dan Persatuan Bola Sepak England mengendalikan Gerrard.

“Langsung tak pegang kepada janji dan sejarah lampau. Mereka bersikap amatur dan kini kami yang menanggung akibat ketidakcekapan mereka. Amat memalukan," katanya.

Kenyataan Burgess yang kemudiannya dipadamkan daripada Twitter itu menyebabkan Capello terpaksa mempertahankan diri dengan menyatakan beliau terpaksa mengekalkan Gerrard di padang selepas Gareth Barry tercedera.

“Kami berbincang dengan Steve dan beliau berkata akan bermain selama sejam tetapi selepas kecederaan Barry, kami menghadapi masalah. Itulah sebabnya beliau terus berada di padang," katanya.

Capello turut menegaskan England berhak menggunakan Gerrard bila perlu dan berkata Liverpool tidak berhak ke atas pemain itu apabila beliau bermain untuk pasukan negara.

"Saya faham mereka kecewa dan saya juga kecewa. Masalahnya apabila anda bermain perlawanan ini selepas banyak perlawanan Liga Perdana, Liga Europa atau Liga Juara-Juara, akan ada kemungkinan berlaku kecederaan," katanya. - AFP
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2010 01:32 PM | Show all posts
Capello, Liverpool berbalah selepas Gerrard cedera


2010/11/18

LONDON: Pengurus England, Fabi ...
along3746 Post at 18-11-2010 12:56


wat ape nak susah hati...poulson kan ade...
pandai la uncle roy wat keje nanti...
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2010 01:42 PM | Show all posts
wat ape nak susah hati...poulson kan ade...
pandai la uncle roy wat keje nanti...{:1_15 ...
adbrutals Post at 18-11-2010 01:32 PM



    bubuh je poulsen, ngan babel main... sure perform punya la..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2010 02:10 PM | Show all posts
baik mainkan spearing tue...
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2010 05:10 PM | Show all posts
taktik pak roy yang karut..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-11-2010 10:12 PM | Show all posts
rilek arh ... jonjo shelvey kan adaaa ... bley men pass2 blakang lagik kah kah kah
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2010 11:37 AM | Show all posts
setarap kampung!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2010 04:34 PM | Show all posts
tiap2 tahun harapan pelesu jah...
koben19 Post at 14-11-2010 13:32


ngehngehhh

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2010 12:02 PM | Show all posts
Poulsen teraju utama The Reds


2010/11/20

LIVERPOOL: The Reds mungkin tanpa kelibat Steven Gerrard minggu ini tetapi mereka pasti berasa lega kerana akan berdepan lawan lemah West Ham dalam ketiadaan kaptennya.

Liverpool berang pemain tengahnya, Gerrard berada di atas padang lebih daripada sejam ketika kekalahan England 2-1 dalam perlawanan persahabatan pada pertengahan minggu kepada Perancis di Wembley. Mereka menegaskan bahawa mereka mempunyai persetujuan dengan pengurus England Fabio Capello bahawa Gerrard — yang keluar pada pada minit ke-84 dengan kecederaan hamstring - akan dikeluarkan oleh jurulatih berbangsa Itali itu sebaik sejam perlawanan berlangsung. Ketiadaan Gerrard memberikan Christian Poulsen peluang untuk meyakinkan penyokong Liverpool mengenai nilainya, terutama sekali memandangkan Lucas digantung selepas dilayangkan kad merah di Stoke minggu lalu yang menamatkan rentetan enam perlawanan tanpa kalah. - AFP
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2010 12:04 PM | Show all posts
Reds beraksi tanpa Gerrard

Pemain tengah Liverpool, Steven Gerrard terpaksa direhatkan selama empat minggu selepas mengalami kecederaan dalam aksi persahabatan antara England dengan Perancis di Wembley, London, kelmarin. – AFP



LIVERPOOL – Liverpool beraksi tanpa Steven Gerrard, minggu ini, tetapi mereka tidak mungkin mengharapkan lawan yang lebih baik berbanding West Ham ekoran ketiadaan kapten itu yang selama ini menjadi tonggak pasukan.

Reds ternyata berang selepas pemain tengah itu berada di atas padang selama lebih sejam sewaktu England kalah 1-2 kepada Perancis dalam perlawanan persabahatan pertengahan minggu di Wembley.

Kelab itu menegaskan yang mereka telah membuat perjanjian dengan pengurus England, Fabio Capello bahawa Gerrard yang di bawa keluar ekoran kecederaan hamstring pada minit ke-84, sepatutnya ditukarkan dalam tempoh sejam permainan.
‘‘Sukar untuk percaya SG (Steven Gerrard) cedera,’’ kata Ketua Kecergasan Liverpool, Darren Burgess yang dipetik melalui laman sosial Twitter.

‘‘Ia sangat tidak profesional dan sekarang kami terpaksa membayar harga atas sikap tidak bertanggungjawab itu. Ia sesuatu yang amat memalukan,’’ tambahnya dalam satu mesej yang kemudiannya telah dipadam daripada laman tersebut.
Liverpool menjangkakan Gerrard mungkin tidak dapat beraksi antara tiga hingga empat minggu, dan, dia akan terlepas perlawanan menentang kelab tercorot Liga Perdana, West Ham di Anfield, hari ini.

Ketiadaan Gerrard bakal membuka laluan kepada Christian Poulsen bagi menyakinkan Liverpool yang penyertaannya ke dalam kelab itu berbaloi, terutamanya, ketika Lucas yang digantung selepas menerima kad merah ketika tumpas 0-2 kepada Stoke, minggu lalu, yang sekali gus menamatkan rekod enam perlawanan tanpa kalah Reds.

Poulsen, 30, pemain yang dibeli dari Juventus pada awal musim, tidak disenaraikan dalam kesebelasan utama selepas Liverpool tewas 1-2 kepada Blackpool pada 3 Oktober lepas.

Pemain Denmark itu telah diejek oleh penyokong Liverpool sewaktu dia di bawa masuk sebagai pemain gantian ketika Liverpool seri 1-1 dengan Wigan awal bulan ini.

Namun Poulsen, yang pernah bermain di bawah kendalian pengurus Liverpool, Roy Hodgson di Copenhagen, menegaskan yang dia yakin untuk memenangi hati penyokong dengan membantu kelab itu berada di kedudukan teratas liga.

‘‘Saya tahu yang saya berada di dalam sebuah kelab yang besar dan persaingan untuk merebut tempat dalam pasukan utama amat sukar,’’ kata Poulsen.

‘‘Saya berada dalam situasi yang amat tertekan kerana tidak bermain baik pada permulaan musim. Tetapi saya gembira berada di sini.

‘‘Saya tidak fikir penyokong Liverpool telah menyaksikan aksi sebenar saya. Kami mempunyai jurulatih baru, kakitangan di belakang tabir yang baru dan pemain serta pemilik kelab yang baru. Ia mengambil masa untuk kami mencari persefahaman.
‘‘Saya harap kami dapat memperbaiki kedudukan dalam carta liga. Saya benar-benar ingin memainkan peranan besar untuk membantu pasukan.’’

Hodgson turut meragui kecergasan penyerang, Fernando Torres dan Dirk Kuyt. Torres yang terlepas aksi persahabatan yang menyaksikan Sepanyol tewas 0-4 kepada Portugal mengalami kecederaan buku lali di Stoke, sementara, Kuyt juga berhadapan masalah sama dan diketepikan daripada tugas antarabangsa mewakili Belanda.

Sementara itu, pemain England, Joe Cole juga mungkin tidak beraksi berikutan masalah hamstring, manakala, Martin Skrtel bergelut dengan kecederaan lutut dan buku lali. – AFP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2010 10:58 AM | Show all posts
menang 3-0...
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2010 09:35 PM | Show all posts
abg G buleh blahhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2010 08:35 AM | Show all posts
kalo kalah ngan west ham sure pak rpy tender resign la..

tapi mimpi la pak roy nak resign
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2010 09:09 AM | Show all posts
Post Last Edit by hardeyboyz at 22-11-2010 09:10



Roy: Aku dengar cerita, kau dah nak kena pecat? Kah kah kah
Grant: Celaka, macam la kau save sangat

Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2010 01:45 PM | Show all posts
Liverpool mampu tanpa Gerrard
West Ham terus terdesak apabil gagal mencatatkan kemenangan di Anfield dalam tempoh 47 tahun. - AP



LIVERPOOL - Liverpool membuktikan mereka mampu mencatat keputusan selesa tanpa ketua pasukan yang cedera, Steven Gerrard, apabila membenam pasukan tercorot liga West Ham 3-0 kelmarin, dengan meledak tiga gol pada babak pertama.

Glen Johnson dan Maxi Rodriguez mencatat nama sebagai penjaring, termasuk Dirk Kuyt menerusi sepakan penalti, yang menambahkan tekanan terhadap pengurus West Ham, Avram Grant.

Liverpool mempunyai beberapa peluang untuk menambah jaringan tetapi penjaga gol lawan, Robert Green menyelamatkan dua percubaan merbahaya Fernando Torres dan Christian Poulsen.

Ketika Gerrard tidak dapat beraksi selama sebulan kerana kecederaan urat pelipat lutut semasa bermain dengan pasukan England, Roy Hodgson berpesan kepada pemainnya supaya mengisi kekosongan tersebut.

Penyokong West Ham yang kecewa, meninggalkan stadium sebelum babak kedua bermula.

Sebahagian penyokong yang masih berada di dalam stadium menghalakan kemarahan kepada pengurus, Avram Grant, dengan ejekan 'anda akan dipecat pagi ini'.

Kemenangan tersebut hadir pada masa yang tepat buat Liverpool, selepas dua aksi mengecewakan sebelum ini, iaitu seri 1-1 menentang Wigan dan Sabtu lalu tewas kepada Stoke.

Raul Meireles dilihat selesa dengan posisi di bahagian tengah, mengisi kekosongan yang ditinggalkan Gerarrd, sementara Johnson dan Rodriguez juga bermain baik dan pemain yang dikritik teruk, Christian Poulsen mempamerkan aksi terbaik sejak menyertai Liverpool.

Bagaimanapun, pasukan Hodgson mengurangkan asakan selepas rehat, tidak seperti babak pertama.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2010 01:46 PM | Show all posts
Saya, Johnson tiada masalah: Hodgson


2010/11/22



JOHNSON (kiri) kembali beraksi untuk Liverpool, kelmarin selepas berehat lebih sebulan.


LIVERPOOL: Pengurus Liverpool Roy Hodgson menolak andaian wujud perbalahan dengan Glen Johnson selepas menyaksikan pasukannya melonjak ke tangga pertengahan Liga Perdana Inggeris, kelmarin.

Johnson tidak beraksi akibat dibelenggu masalah pergelangan kaki dalam beberapa minggu kebelakangan ini tetapi Hodgson dilihat sebagai mengkritik pertahanan England itu apabila mendakwa bek kanan itu tidak beraksi baik musim ini.
Ada laporan menyebut bahawa hubungan Johnson dengan pengurus itu dingin dan dia mahu meminta perpindahan Januari ini.

Tetapi pertahanan itu kembali beraksi dalam corak cemerlang dalam kemenangan 3-0 ke atas West Ham, membuka jaringan dan Hodgson menegaskan bahawa hubungannya dengan Johnson adalah baik.

“Glen mendapat kelebihan daripada hakikat bahawa dia perlu melalui rehat akibat daripada kecederaannya,” kata Hodgson.

“Ia mengambil dirinya sedikit masa untuk pulih daripada kecederaan itu tetapi dia cergas sepanjang minggu dan berlatih keras dan banyak berlari.

“Mungkin saya perlu mengarahkan seseorang untuk mula menimbulkan tohmahan, dengan Glen dan pemain lain seandainya saya mendapat persembahan lebih baik daripada mereka.

“Saya tidak suka menimbulkan perbalahan. Glen Johnson adalah pemain bertaraf dunia, kita semua akur mengenainya, dan seronok buat penonton untuk melihat betapa bagusnya dia beraksi.” – AFP
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2010 03:15 PM | Show all posts
masa menang ni mcm2 la statment...nnti dah kalah lg...
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2010 08:12 PM | Show all posts
masa menang ni mcm2 la statment...nnti dah kalah lg...
jAck666 Post at 22-11-2010 15:15


menang ngan tim corot jer pon
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2010 02:02 AM | Show all posts
kalah 2-1...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 05:48 PM GMT+8 , Processed in 0.683209 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list