CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: yipun78

BERITA AKHBAR MENGENAI ATM & PDRM

[Copy link]
Post time 1-11-2007 04:54 PM | Show all posts
Originally posted by SangSaka at 1-11-2007 02:34 PM
Well tuan, saya masih simpan komen saya pada BPR ini. Tapi....ntahlah....

Cakap jer laaa..............................

Yang BPR nie pung mcm komer gak.
2 x 5

Ikut telunjuk Oghang Politik akhir nya.
Kalau idak di suruh, idak ler di siasat..............sapu bawah carpet.

Kui kui kui
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 1-11-2007 08:11 PM | Show all posts
Asalamualaikum semuer,

Haaaaaaa...................satu lagi Kes Anggota Polis di tangkap kerana RASUAH.
Kali nie kat Peghok.

Biler Pihak BPR nak tangkap, dier acu senjata nya ke arah Pegawai BPR.
Jumlah rasuah yg di ambil semasa tersebut ialah Rm1k sahaja.

Pasal tanah tanah yg dapat pada Pegawai Gomen nie.....banyak perlu di siasat.

KEBIASAAN nya, tanah2 sebegini akan 'di beri' olih Pejabat Tanah melalui D.O. ataupun A.D.O. dan kuncu kuncu nya. (S.O.)
Kat mana deme posting, selalu nya kalau lama duduk.................dapat ler sekeping dua.

Jadi tak heran laa kalau Pegawai Polis yg 3 Bintang nie dapat 400 ekar tanah.

Wsalam
p/s BPR sepatut nya siasat juga D.O. n A.D.O. yg ada berpuluh2 ekar tanah di sana sini
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2007 08:57 PM | Show all posts

Reply #636 standupper's post

You're welcome bro!

wah... patut dia berpengetahuan dalam artikle ni

[ Last edited by  kiuros at 1-11-2007 09:02 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2007 09:32 PM | Show all posts
Originally posted by niceghost2005 at 1-11-2007 08:11 PM
Asalamualaikum semuer,

Haaaaaaa...................satu lagi Kes Anggota Polis di tangkap kerana RASUAH.
Kali nie kat Peghok.

Biler Pihak BPR nak tangkap, dier acu senjata nya ke arah Pegaw ...

Betul kata niceghost... kat pejabat tanah lagi banyak rasuah... dari pencari fail hingga pegawai

Jangan lupa juga siasat kakitangan mahkamah...dengar mereka juga perlu di "jaga" kalau nak fail kes-kes peguam dicepatkan

Harap BPR ni bukan buat "selective investigation", memenuhi ajenda untuk pihak-pihak tertentu
sehingga kita terus di alih pandangan kepada isu yang lebih penting.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2007 10:06 PM | Show all posts

Reply #638 SangSaka's post

ya ka tuan... kini KP BPR bukan lagi polis, mesti lah nak buktikan "relevance" dan "independence" nya.  
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2007 11:08 AM | Show all posts

Reply #647 kiuros's post

Nantilah saya komen......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-11-2007 01:41 PM | Show all posts
[quote]
Nation
Friday November 2, 2007

PM proud of Angkasawan

Dr Sheikh Muszaphar Shukor meets Prime Minister
View video

PUTRAJAYA: Angkasawan Dr Sheikh Muszaphar Shukor is a national hero who has proven that his trip to the International Space Station (ISS) was no tour but one filled with purpose, said Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Special souvenir: Abdullah putting on the leather jacket with the help of (from left) Dr Faiz, Dr Sheikh Muszaphar and Science, Technology and Innovation Minister Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis yesterday.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2007 02:31 PM | Show all posts

Reply #637 niceghost2005's post

mee too...really fishy here and there....
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 2-11-2007 05:22 PM | Show all posts

Reply #650 razhar's post

benda ko tau chef mail....
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2007 09:54 PM | Show all posts

Lapan Rekrut TLDM Cedera Dalam Kemalangan Jalan Raya

JOHOR BAHARU, 2 Nov (Bernama) -- Lapan anggota rekrut termasuk seorang wanita dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tanjung Pengelih di sini cedera apabila bas yang mereka naiki terjunam ke dalam gaung dan terbalik di Jalan Kota Tinggi-Desaru berhampiran Felda Adela, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi ACP Othman Muhammad Sebot berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 4.30 petang ketika bas yang dinaiki 35 orang termasuk pemandu dan dua jurulatih tentera berkenaan dalam perjalanan ke program "Perajurit Muda" di Telok Sengat.

"Dipercayai bas berkenaan cuba mengelak sebuah trak tentera yang berhenti di tepi jalan sebelum bertembung dengan sebuah kereta dari arah bertentangan.

"Akibat hilang kawalan, bas itu terus terbabas ke kiri jalan dan terbalik ke dalam gaung," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Othman berkata kesemua yang cedera itu dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk rawatan.

--BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2007 01:09 PM | Show all posts

Reply #642 niceghost2005's post

Pakcik, ade DO yg ade berpuluh ekar tanah tu skang dah jadi menteri.....

Bila dah jadi menteri, automatik triple up.....silap2 berpuluh kali ganda......
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2007 10:02 PM | Show all posts

Pembelian Senjata Tempur Colt M4 Carbine Dilulus

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Pembelian senjata tempur untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Colt M4 Carbine menggantikan Steyr sudah diluluskan oleh Kongres Amerika Syarikat, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau difahamkan perkara itu sudah mendapat kelulusan, termasuk lesen untuk syarikat tempatan menghasilkannya di negara ini.

"Kita akan terima order secara CBU (siap pasang) kelak dan selepas itu akan buat dalam negeri. Kita juga mohon lesen untuk eksport kelak," katanya kepada pemberita selepas menutup Kursus Kepimpinan Kelab Umno Luar Negara bertajuk "Malaysiaku Gemilang: Halatuju Sepanjang 50 Tahun Akan Datang" di sini.

Dalam sesi dialog yang diadakan sebelum itu, seorang anggota Kelab Umno Minessota, Amerika Syarikat, bertanyakan Najib mengapa kerajaan perlu membeli senjata itu dari Amerika dan tidak menghasilkannya sendiri selain apakah pelan pembangunan industri pertahanan negara ini.

Najib yang juga Menteri Pertahanan berkata senjata tempur Steyr perlu digantikan dengan M4 Carbine kerana Steyr mempunyai masalah dari sudut perkembangan kajian dan pembangunan (R&D) yang terhad.

Katanya penggunaan M4 Carbine lebih serasi dan efektif berbanding Steyr dan ia membolehkan anggota tentera negara menjadi askar pada masa hadapan dengan dilengkapi peralatan senjata moden yang termasuk dalam perancangan Kementerian Pertahanan.

Beliau berkata M4 Carbine juga mempunyai kapasiti tambahan untuk dilengkapi dengan peralatan lain.

Najib membangkitkan cadangan pembelian senjata itu pada April tahun lepas, dengan ATM akan menggantikan secara berperingkat 100,000 raifal tempur Steyrnya dengan Colt M4 Carbine 5.56mm.

Surat hasrat itu diserahkan Najib kepada sebuah syarikat tempatan, SME Ordnance Sdn Bhd, bagi pembekalan dan penyerahan 14,000 senjata itu dengan anggaran nilai RM70 juta di Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2006.

Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) kerajaan memperuntukkan RM70 juta untuk membeli 14,000 pucuk Colt M4 Carbine dan pembelian itu akan dibuat secara berperingkat.

-- LAGI
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2007 09:57 AM | Show all posts

Reply #652 standupper's post

baguslah, ada la jugak progress......
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2007 10:06 AM | Show all posts
Originally posted by kuihkoci at 4-11-2007 11:25 PM
pengganas bodoh mau berjihad mau dapat itu bidadari dara telanjang putih melepak untuk ditala di tepi sungai yg mengalirkan arak yg lezat ka razhar.......

Bali blast- 3 sentenced to die

...

sape yg bodoh ni? Ko ke atau pengganas tu? cuba ko baca tajuk tred tu baik2........

Mod tolong delete post "yg not relevant" nih......
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2007 03:25 PM | Show all posts
Originally posted by tangopapa at 3-11-2007 01:09 PM
Pakcik, ade DO yg ade berpuluh ekar tanah tu skang dah jadi menteri.....

Bila dah jadi menteri, automatik triple up.....silap2 berpuluh kali ganda......

Itu laaaaa..........................
Kalau komer perhatikan bebetul akan Hadis hadis akan Dajal, baru komer faham.

Rasulullah saw dah beritahu 1500 tahun yg lalu.

Dajal nih..............saper ikut cakap dier, dier akan beri air.
Saper yg tak mengaku yg dier tu 'tuhan', dier akan letak se inci dari matahari.

Now...........saper ikut Partai XXX nih, semuer kesalahan akan di tutup mata.!!
Kalau menentang deme, siap laaa...............habis di korek sampai ke lubang cacing!!!

"Berhati hati lah di jalan ghayer!"
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2007 09:17 AM | Show all posts
Saipul Anuar pengantara media-polis

Oleh: MOHD. SAIFUL MOHD. SAHAK

CIF Inspektor Saipul Anuar Razali (dua dari kiri) bersama kakitangan ketika sesi penerangan di Pusat Media PDRM.

Minat yang mendalam dengan kerjaya beruniform merupakan titik tolak kepada Pegawai Perhubungan Awam Polis Diraja Malaysia (PDRM), Cif Inspektor Saipul Anuar Razali berjaya mencapai cita-cita yang diimpikan selama ini.

Bagi Saipul, minat dalam dunia kepolisan telah tersemat dalam sanubarinya semenjak di bangku sekolah lagi.

Apabila melihat pegawai polis yang berpakaian segak dan kemas, hatinya mula memendam hasrat itu untuk mengikut jejak menjadi seorang pegawai polis suatu hari nanti.

Saipul yang berasal dari Taiping, Perak merupakan anak kelapan daripada sembilan beradik.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan King Edward V11 sebelum menyambung pembelajarannya di Sekolah Menengah King Edward VII Taiping Perak sehingga Tingkatan Lima.

Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam kursus Diploma Sains Sukan.

Di UiTM beliau menyertai Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) dan aktif bermain ragbi.

Selepas menamatkan pengajian, Saipul telah bekerja sebagai jurulatih kecergasan selama setahun di salah sebuah pusat kecergasan di ibu negara.

Kemudian, dengan minat dalam kerjaya beruniform, Saipul telah mengambil keputusan menghadiri temuduga untuk menyertai Polis Diraja Malaysia melalui iklan di surat khabar pada tahun 2001.

Temuduga itu membuah hasil akhirnya apabila beliau ditawarkan untuk menyertai PDRM dengan hasrat untuk mengukuhkan ekonomi keluarga selain mencurahkan bakti kepada masyarakat.

Di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Jalan Semarak, Kuala Lumpur, Saipul telah menjalani latihan sebagi seorang pegawai polis.

Antara latihan yang telah dilalui termasuklah latihan fizikal dan kelas undang-undang. Latihan yang diterima benar-benar menguji ketahanan dirinya.

Namun, itu merupakan latihan asas yang perlu dilalui untuk menjadi seorang pegawai polis yang berdisiplin dan berdedikasi.

Selepas menamatkan latihan di Pulapol, beliau telah ditugaskan ke Cawangan Khas Bukit Aman sebagai Pegawai Cawangan Khas selama tiga tahun.

Beliau kemudiannya ditukar ke PULAPOL Kuala Lumpur untuk bertugas sebagai Pengawai Penjaga Kompeni selama dua tahun.

Sepanjang tempoh beliau berkhidmat di sana, banyak pengalaman dilalui khususnya dalam menjaga pelatih seramai 300 orang.

揅abaran itu telah saya pikul dengan tanggungjawab dan amanah yang diberikan lebih-lebih lagi untuk memahami pelbagai ragam pelatih, namun itu semua merupakan satu proses pembelajaran yang perlu saya hadapi.

揔ini saya berkhidmat sebagai Inspektor Penerangan Akhbar di Cawangan Perhubungan Awam Bukit Aman. Antara cabaran baru yang terpaksa lalui ialah peranan untuk berhubung dengan orang awam khususnya kepada pihak media dan wartawan.

揂lhamdulillah saya dapat menyesuaikan diri dalam unit ini selepas enam bulan selepas berhijrah ke sini, rakan-rakan dan pegawai banyak membantu,
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

 Author| Post time 13-11-2007 09:18 AM | Show all posts

 Author| Post time 13-11-2007 09:22 AM | Show all posts
Ismail Omar dilantik Timbalan Ketua Polis Negara

KUALA LUMPUR 12 Nov. - Pengarah Jabatan Pengurusan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Ismail Omar dilantik menjadi Timbalan Ketua Polis Negara yang baru berkuatkuasa esok bagi menggantikan Tan Sri Mohd Najib Abdul Aziz yang bersara.

Ketua Setiausaha Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang mengumumkannya dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, pelantikan Ismail diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin atas nasihat Perdana Menteri setelah diperakukan oleh Suruhanjaya Pasukan Polis.

Ismail, 54, yang dilahirkan pada 17 Mei 1953 di Kulim, Kedah, berkelulusan Ijazah Undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia.

Beliau memulakan perkhidmatannya sebagai Inspektor Polis pada 15 Dis 1971 dan antara jawatan yang pernah disandangnya ialah Pegawai Penyiasat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, Negeri Sembilan (1972) dan Pegawai Penyiasat di IPD Ipoh, Perak (1977), selain menjadi Pegawai Pendakwa di Mahkamah Ipoh; Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (1996); Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman; Timbalan Pengarah II, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman (2005); dan Ketua Polis Negeri Selangor (2006).

Pada majlis serah terima tugas Timbalan Ketua Polis Negara antara beliau dan Najib di Bukit Aman hari ini, Ismail meminta semua pegawai dan anggota PDRM menerapkan nilai dan budaya kerja yang ikhlas dan memberi penekanan kepada tugas.

揝eperti pepatah Melayu 抌erat sama kita pikul, ringan sama kita jinjing
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2007 09:12 AM | Show all posts

Nelayan terkejut jaring tersangkut torpedo

LUMUT 14 Nov.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2007 03:54 PM | Show all posts
16 November, 2007 15:21 PM     

Polis Pertimbang Guna Jaket Kalis Peluru Buatan Tempatan

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menimbang tawaran penggunaan jaket kalis peluru buatan tempatan sekiranya ia menepati spesifikasi dan berkualiti tinggi.

Pemangku Pengarah Jabatan Logistik PDRM Datuk Mashuri Zainal berkata tahap perlindungan jaket kalis peluru buatan tempatan mesti setara dengan yang diimport bagi menjamin keselamatan pemakainya.

"PDRM masih mengkaji tawaran syarikat tempatan yang telah mengemukakan spesifikasi jaket kalis peluru buatannya. Jika ia menepati spesifikasi, PDRM akan menimbang untuk membelinya dengan peruntukan kewangan tahun depan," katanya kepada pemberita selepas majlis serah terima tugas Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur di sini hari ini.

Pada majlis itu, Pemangku Komandan Maktab PDRM KL, ACP Abdul Wahab Embong, menyerahkan tugas yang dipangkunya sejak lebih enam bulan lalu kepada SAC I Shabudin Abdul Wahab.

Mashuri berkata PDRM masih menanti pembekalan 2,000 jaket kali peluru yang dibeli tahun ini.

"Sebanyak 2,000 unit lagi akan dibeli tahun depan. PDRM inginkan jaket kalis peluru yang lebih ringan, berkualiti tinggi dan daya tahannya sama dengan yang diguna sebelum ini," katanya.

Mahsuri berkata bahawa disebabkan jumlah jaket kalis peluru adalah terhad, ia hanya dikeluarkan kepada pegawai dan anggota polis yang terlibat dalam operasi mencegah jenayah.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 10:05 PM GMT+8 , Processed in 0.216571 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list