CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: braun

- Lecturer- Update - Ph.D Lecturer Naik Ke Grade 51

[Copy link]
Post time 5-5-2008 09:26 PM | Show all posts
wadat...

ko apply bidang apa kat upnm?aku nak jugak apply tp bidang aku chemical engineering...member aku abis master dlm bidang yg sama dpt je jd lecturer kat sana....kalau aku nak apply mesti kena apply fakulti asasi tu tp yg tu kena ada diploma pendidikan...aku pun tak pasti camana member aku tu leh jd lecturer kat situ...ko ada apa2 maklumat pasal UPNM?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2008 12:31 AM | Show all posts
masuk bulan mei baru 3 hari jer ambek cuti untuk 2008.....hesh lama betoi tak balik kg sampai ketua jabatan pun dah sound cam malim kundang......sampai akher mei udah penuh dengan aktiviti meeting (hesh tension)
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2008 02:47 PM | Show all posts
salam semua..

is it ok kalau nk buat iklan jawatan kosong pensyarah di sini?

ada kekosongan pensyarah di ipts saya ni. engineering in electrical and electronics. further info plese PM me k? thanks.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2008 02:53 PM | Show all posts
lepas exam n meeting2 MQA malas betoi nak datang opis sbb tak ada keje2 yg urgent....paling awal sampai jam 10.00am n balik 430ptg...paper research bawak balik umah jer sbb sunyi jer opis...

  oleh sbb lakonan kepurak2an kerajenan masa MQA, ketua jabatan kasik jadik pemangku ketua jabatan dari 15-30/06......aiyak udah takleh datang lewat....jam 830 udah ado keje....hesh
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2008 07:40 AM | Show all posts
Pensyarah Ph.D dinaikkan ke gred 51

PUTRAJAYA 25 Julai - Kerajaan bersetuju supaya semua pensyarah di institut pengajian tinggi awam (IPTA) yang mempunyai kelayakan ijazah doktor falsafah (Ph.D) dinaikkan ke gred 51.


Mengikut Skim Perkhidmatan Pensyarah Universiti, mereka sepatutnya hanya dilantik ke gred 45.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, calon-calon yang mempunyai Ph.D dianggap mempunyai kecemerlangan yang tinggi dalam memperkasakan kualiti pengajaran dan pembelajaran di IPTA.

Pada masa sama, kata beliau, bagi calon-calon dari industri yang mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam bidang tertentu juga boleh dilantik terus ke gred 51 untuk berkhidmat sebagai pensyarah.

"Ini supaya mereka dapat bersama-sama membantu meningkatkan kecemerlangan di IPTA.

"Kesemua keputusan ini terkandung dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) yang akan dikemukakan kepada Kabinet minggu depan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Akademik Negara 2007 yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di sini hari ini.

Mohamed Khaled berkata, semua IPTA wajar memastikan kenaikan gred untuk pensyarah berkelulusan Ph.D itu dilaksanakan dengan segera.

"Ini supaya matlamat Pelan Strategi Pendidikan Tinggi Negara dalam memperkasakan IPTA dapat direalisasikan melalui pengambilan tenaga akademik yang berkualiti, berpengetahuan dan berpengalaman luas," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2008 06:38 PM | Show all posts
kalau ada kes student tertangkap meniru

jangan get involved kalau dah ada laporan formal

silap2 kene kat pensyarah balik ...

ask him/her to follow the procedure...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2008 06:42 PM | Show all posts
kalau agak2 pointer kurang 3.0 go straight to do PhD ..kalau dah ada PhD diaorang takkan tengok undergrad nyer results.... pastuh gaji kalau dah ada PhD kalau tak silap terus dapat DS51 lebih kurang 4500 basic ... plus elau sume dekat 5500
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2008 06:43 PM | Show all posts

Reply #646 singajantan's post

shusah gak kekadang rasa kesian kat student yg membuat rasa rasa bersalah bersalah bila failkan diorg....sem lepas 5 org burjaya direpeatkan (tanda kegagalan aku lak dlm mengajar diorg)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2008 06:46 PM | Show all posts

Reply #647 singajantan's post

pointer degree dah jadik penting skrang..(rasa2 duet kerajaan maken kureng) ada kes student phd ditarik balik sponsorship dr JPA setelah di check masa degree tak lepas 3.00. student tu dah masuk sem ke 2 phdnya..
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2008 06:48 PM | Show all posts
oh ye kerr ... aku x update laaa mende nie ..n tak pernah dengar lagi berita tuh setakat nie ... anyway sekarang rasanya x banyak sangat yg dah lebih 3.0
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2008 06:51 PM | Show all posts

Reply #650 singajantan's post

degree zaman bergumbira.......tapi bukan semua yg masa degree 3.5 dapat siapkan phd on time........
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2008 06:51 PM | Show all posts
well pasal repeat tuh i'm pretty sure bukan sebab kita sengajakan ...tapi sebab x mencapai minimum level yg sepatutnya ..unless of course diaorang ada very good reason ... kalau semua A maybe soalan senang sangat sampai tak bleh bezakan tahap student..kalau ramai sangat fail ..maybe soalan susah sangat atau student x berapa faham ... i'm sure u know about taksonomi bloom as well as the importance to differentiate between A  and C students
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2008 06:55 PM | Show all posts
agreed ...but then again not all below 3 student can finish their PhD on time as well

PhD is like playing russian roullete ... i think ... becos its depends on supervisors as well as external examiners ... my own experience throughout my PhD years its like walking on fire but viva ..mm smooth sailing with flying colours ..at the end of the day its up to our creater which we must not forget and pray for success ..and also to our deeds ..the kindness and goodness that we have showed throughout life ..though we don't expect anything in return
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2008 11:56 PM | Show all posts
Originally posted by abesutian at 28-7-2008 06:46 PM
pointer degree dah jadik penting skrang..(rasa2 duet kerajaan maken kureng) ada kes student phd ditarik balik sponsorship dr JPA setelah di check masa degree tak lepas 3.00. student tu dah masuk  ...


Dengarnya sesiapa yg diambil jadi tutor IPTA with pointer below than 3.00 kena buat PhD duit sendiri dan tidak dibenarkan ambil PhD ke luar negara walaupun ada master. Then dengarnya juga even ada master disebabkan pointer sarjanamuda rendah tidak dibenarkan mengajar students.

Siapa boleh sahihkan pendengaranku ini?
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2008 09:31 AM | Show all posts

Reply #654 nuha's post

rasanya kalau below 3.00 tak boleh jadi tutor IPTA dah skang....
sbb syarat JPA, kalau nak mohon biasiswa KPT kena pointer degree above 3.00
tak kisah laaa kalau master dapat 4 flat pon

even interview pon tak lepas saringan kot kalau below 3.00
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2008 08:39 PM | Show all posts
Originally posted by nuha at 29-7-2008 11:56 PM


Dengarnya sesiapa yg diambil jadi tutor IPTA with pointer below than 3.00 kena buat PhD duit sendiri dan tidak dibenarkan ambil PhD ke luar negara walaupun ada master. Then dengarnya juga eve ...

pendengaran mu itu terlalu jauh......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2008 03:43 AM | Show all posts
'Berilah peluang menjadi pensyarah di universiti awam'

SAYA rasa terpanggil untuk mempertahankan diri dan mereka yang senasib dengan saya. Saya adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana di salah sebuah universiti awam tempatan dan juga telah diterima sebagai calon PhD di salah sebuah universiti awam di negara ini.

Oleh kerana saya amat berminat dalam bidang Penyelidikan dan Pengajaran, saya telah memohon untuk menjawat jawatan pensyarah di beberapa buah universiti awam yang baru ditubuhkan, tetapi ia mendukacitakan kerana permohonan saya tidak dapat dipertimbangkan atas alasan 'Peraturan: Pemohon mesti mendapat CGPA 3.0 ke atas atau Kelas Kedua Tinggi di peringkat Ijazah Sarjana Muda'.

Memandangkan CGPA Ijazah Sarjana Muda saya di bawah 3.0, permohonan saya terus ditolak dan tidak boleh dipertimbangkan.

Peraturan ini seolah-olah menutup terus peluang saya dan orang yang senasib dengan saya.

Saya percaya ramai lagi yang senasib dengan saya sudahpun berjaya mempunyai kelayakan PhD dan lebih berjaya berbanding segelintir kakitangan akademik di universiti awam di Malaysia. Malah ada kakitangan universiti sendiri tidak mempunyai kelayakan akademik seperti Ijazah Sarjana atau Ijazah Kedoktoran.

Saya yang sememangnya berminat dalam bidang Penyelidikan dan Pengajaran ini sanggup mengharungi pelbagai rintangan untuk memperoleh Ijazah Sarjana dan seterusnya menyambung ke peringkat Ijazah Kedoktoran tetapi tidak boleh langsung dipertimbangkan untuk menjadi ahli akademik universiti atas alasan CGPA Ijazah Sarjana Muda saya di bawah 3.0.

Bagi saya Ijazah Sarjana Muda saya sudah berlalu hampir tiga tahun malah saya telahpun menyempurnakan program Ijazah Sarjana dan akan meneruskan ke peringkat Ijazah Kedoktoran, tetapi kenapa Ijazah Sarjana Muda saya masih dipersoalkan?

Saya amat berharap pihak yang berkenaan dapat meneliti semula peraturan yang telah dibuat agar semua yang berkenaan diberi peluang untuk memberi panduan dan pengajaran kepada generasi muda kita.

AHMAD
Seri Kembangan

--->kesian juga bila baca surat pembaca utusan ni..nak jd pensyarah tapi amsalah pointer degree lak huhuhu..macam2
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2008 09:51 AM | Show all posts
mamat ni kena la belajar bersabar...zaman ni, mereka yang pointer
Bachelor bawah 3.0 tapi Masters 4.0 flat dan SEDANG buat PhD dah
ber lambak-lambak.

tapi mereka yang berjaya DAPAT (bukan setakat daftar je ye) PhD
dengan duit sendiri,insyallah 99% lepas dah dpt PhD tu akan dapat
jadi lecturer. berbaloi la sebab start dah Grade 51. tinggi tu as
your first salary berbanding dengan jawatan kerajaan lain.

zaman gawat ni, universiti banyak pilihan nak ambil Prof-prof yang
pencen umur baru 58. ini dah jadi trend bekas-bekas Kolej Universiti
sebab nak mempercepatkan pembangunan atau mengiktirafkan
ijazah-ijazah baru.kalau ambik budak baru grad Masters, dia tahu apa?
setakat tutor boleh la.

ada fakulti yang lecturer-lecturer baru semuanya Prof, siap ada Datuk
Tan Sri lagi, bekas Dekan, bekas Naib Canselor etc.

ramai yang salah faham ingat senang masuk bekas KU ni sebagai
lecturer, tak tahu dia bersaing dengan siapa.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2008 05:32 PM | Show all posts

Reply #657 chipmunk's post

ntah laaa
aku rasa dia nih self esteem low kot
if he is that good,
he will make his case masa interview
or masa jumpa dekan etc etc
bukannya whining sana sini tanya why? why? why?
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2008 01:10 AM | Show all posts

Reply #657 chipmunk's post

i do agree.pensyarah mesti pointer lebih3.0.
sbb bkn senang la..nk sambung blaja.
aku yg pointer ok..masa 1st degree (more than 3.4)

still terkial2 bila nk start blaja balik..sbb aku tukar course..
dan belajar byk bende baru...bila buat MSc
aku tak bape setuju..kalo amik lecturer pointer bwh 3.0.
tu je..

sbb basic knowledge mesti kukuh.
as half part of the exam question..bkn based on memorized..tp kefahaman individu.
hafal la mcmne pun, tak paham..ko takkan score.
sbb tu..pointer tu, bg aku penting..

sbb bkn senang la..nk score.
tp kalo dh penat keje keras2..tp bila
nk dpt keje..poniter tak pandang pun..bg aku tak masuk akal.
how can you explain dgn baik..kalo basic..1st degree lemah.
apatah lg nk berhujah kelak?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 02:33 AM GMT+8 , Processed in 0.343863 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list