|
cepat sambung tau milan...kalo tak aku :@ |
|
|
|
|
|
|
|
Bab 44
Dua minggu sudah berlalu. Bermakna dia sudah melalui dua minggu yang begitu menyeksakan. Dua minggu yang umpama neraka. Sepanjang dua minggu itu, Amirul begitu dingin. Tiada lagi gurauan mesranya. Tiada lagi usikan nakalnya. Tiada lagi senyuman menggodanya. Tiada lagi sikap mengada2nya. Rumah ini juga sudah hilang serinya. Sunyi dan sepi. Kesunyian yang memekakkan telinga, yang menghancurkan jiwanya. Dan dia masih ada dua lagi minggu yang mungkin sama parahnya.
Seringkali dia merungut dalam hati. Terasa Amirul langsung tidak mahu memulihkan hubungan mereka. Lelaki itu tidak mengendahkannya. Oh, Amirul masih lagi menghantar dan menjemputnya pulang dari pejabat. Malah mereka masih lagi makan malam bersama. Cuma suasana sudah menjadi begitu 'awkward'. Amirul jarang sekali membuka mulut. Malah bilik sebelah sudah dijadikan bilik tidur tetapnya. Tak pernah sekalipun dalam dua minggu ini Amirul mendekatinya. Mila jadi rindu. Rindu pada belaian suaminya, pada gurauannya yang kadangkala menyakitkan hati namun tetap menghiburkan dan rindu pada siungnya yg menghilang bersama senyumnya.
Peliknya, jika Mila memerlukan bantuan, dengan segera pula lelaki itu akan mengerjakannya. Sebutlah apa saja, akan segera ditunaikan. Nak beli barang dapur? Amirul akan menghantarnya, setia menemaninya dari lorong ke lorong Carrefour tanpa rasa jemu, malah akan menolong memunggah segala barang yang dibeli. Nak ke kedai buku? Amirul akan turut serta, malah sedia menemaninya selama berjam2 di sana. Nak makan buah durian? Suaminya akan tolong kopekkan hingga berpuluh2 biji. Lampu bilik air rosak? Akan segera dibaiki. Pendek kata, apa saja. Rasanya kalau disuruh beli ****x pun dia akan terus buat tanpa banyak soal.
Namun semuanya dilakukan tanpa kemesraan, tanpa suara. Kadang kala, Mila sengaja meminta tolong itu dan ini. Sengaja mencari peluang untuk mendengar suara Amirul. Dia semakin tertekan dengan keadaan sebegini. Pun begitu, setiap kali dia cuba untuk memberitahu Amirul untuk melupakan semua ini, lidahnya menjadi kelu. Tertutup oleh egonya.
Mila mengerling ke arah Amirul, yang masih lagi membenamkan dirinya ke dalam akhbar.
"Awak" panggil Mila. Dia menanti Amirul mengangkat mukanya dari dada akhbar. Entah apalah yang menarik sangat pasal berita hari itu. Rasanya sudah berulang kali dia membaca benda yang sama.
"Mmm" langsung tidak berpaling. Selepas satu, satu dibeleknya helaian akhbar tersebut. Mila menarik muka. Hampeh betul! Dah jemu tengok muka aku agaknya.
Bukankah Amirul yang patut memujuknya untuk kembali? Bukankah dia yang patutnya dalam mode membatukan diri? Kenapa pulak terbalik ni? Asyik2 dia yang kena sembah lelaki tu. Asyik2 dia yang berusaha memujuk Amirul. Asyik2 dia yang mengalah. Memang hampeh! Huhuhu... Dia rindu!
"Awak nak makan tak? Saya dah siapkan semua atas meja tu. Kita makan sekali ye?" sekali lagi Mila cuba menarik perhatian Amirul. Mila tersenyum lebar bila Amirul meletakkan akhbar tersebut ke atas coffee table.
"Takpe, Mila makanlah dulu. Abang ada lunch date kat Shah Alam" ujar Amirul dan terus berlalu ke biliknya.
'Lunch date'? 'Date'? Dengan siapa? Perempuan? Lelaki? Kawan lama? Kekasih lama? Kekasih baru? Otaknya sudah berputar ligat dengan pelbagai kemungkinan dan persoalan.
Seketika kemudian, Amirul keluar dari biliknya dan bersiap untuk pergi. T-shirt putih tadi sudah ditukarkan kepada kemeja hitam berlengan panjang. Seluar pendeknya juga sudah hilang diganti dengan seluar slack hitam. Rambutnya sudah disisir rapi. Semerbak harum perfume Dunhillnya. Perfume yang paling digemarinya.
"Err.. awak ada date?" Mila menyoal. Tangannya bermain2 dengan hujung baju t-shirtnya. Matanya memerhatikan tingkah Amirul yang sedang tunduk menyarungkan kasutnya.
"Ha'a" Amirul mengiyakan. Mila mengertap bibir.
"Siapa?" ketus Mila bertanya. Sakitnya hati bila suami sendiri mengaku sedang menjalinkan hubungan dengan perempuan lain. Tapi, bukan akukah yang mahu berpisah? Kenapa pula aku nak peduli tentangnya. Suka hati dialah nak ada makwe baru ke, nak ada bini baru ke...
Amirul diam. Kemudian dia menarik segaris senyum.
"Nanti abang kenalkan pada Mila"
Huh, kenalkan pada aku? Kenapa pula dia expect aku nak jumpa kekasih baru dia? Nak suruh aku jealous la tu. Huh, jangan harap! Kenapa hati aku ni sakit semacam jer ni?
Awak, awak dah tak nak kat saya ke? Takkanlah baru kena sikit awak dah siap lari pecut 100m? Awak cakap awak nak mulakan hidup baru dengan saya, tapi kenapa bila saya uji je sikit awak dah carik perempuan lain? Mila menghantar pemergian Amirul dengan pandangan berkaca.
[ Last edited by milanhawkin at 25-4-2007 04:42 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #643 milanhawkin's post
milan... pegi mana ? semua org cari ....
terima kasih kerna sambong ... tp knapa cikit sangat ..... |

server problem daa... ni ada lagi ni... jap arr... |
|
|
|
|
|
|
|
server problem daa... ni ada lagi ni... jap arr... |
|
|
|
|
|
|
|
waiting 4 ur post is killing me, MILANNNNNNNNNNNNNNNN
haiyaaaaaaaaa....uuuwaaaaaaaaaaaa..... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by eez_5605 at 25-4-2007 04:44 PM
cikit sgt la milan....
:setuju: heheehee... |
|
|
|
|
|
|
|
Milan..milan...milan..baru terasa lapar kalau dak rasa macam makan tak kenyang..mandi tak basah tak dapat baca sambungan cerita milan |
|
|
|
|
|
|
|
Bab 45
Mila menekan2 remote control di tangannya. Namun semua rancangan yang ditayangkan tidak mampu menghiburkannya, apalagi untuk menarik perhatiannya. Jam sudah menunjukkan pukul 11.30 malam. Bayang Amirul masih tidak kelihatan. Mila mengertap bibirnya.
'Bukan main lagi dia pergi dating, tengah malam macam ni pun tak nak balik2 lagi' gerutu Mila, panas dibakar api cemburu. Hatinya bertambah sakit mengingatkan betapa gembiranya Amirul siang tadi menerima panggilan dari kekasihnya. Rasa mahu dicekik2nya leher suaminya itu. Cakap pun main berbisik2. Macamlah orang nak sangat dengar dia berasmaradana dengan perempuan lain.
Mila mengeluh panjang. Dia sendiri tidak tahu apa yang patut dilakukannya. Dia sedar dia tak patut mencampuri urusan Amirul lagi. Sungguh, dia tak berhak lagi sejak dia sendiri yang mengakui dia tak mahukan apa2 dari lelaki itu. Namun jauh di sudut hatinya, dia menyesal yang amat sangat. Segala2nya sudah terlambat.
Tepat jam 12.15, Mila terdengar pintu utama dikuak perlahan. Dari ekor matanya dia melihat tubuh Amirul memasuki ruang tamu. Dia berpura2 tekun menonton.
"Mila tak tidur lagi? Esok tak kerja ke?" Amirul menyapa.
"Kerja" sepatah Mila menjawab. Dia tak mahu berpaling, tak sanggup mahu menatap wajah ceria Amirul sedangkan dia sendiri sedang berperang dengan perasaannya sendiri. Cemburu dan benci silih berganti menyemarakkan jiwanya.
Amirul memandang Mila yang seakan khusyuk menonton rancangan bola di tv. Dia tersengih. Sejak bila pulak Mila ni minat tengok bola? Tengah marahlah tu. Tu la, sapa suruh buat abang marah dulu? Kan dah kena.
"OK. Abang tidur dulu la. Penat keluar shopping tadi" ujar Amirul dan terus mengorak langkah ke biliknya. Mila kembali mengertap bibirnya. Shopping? Tak nampak barang shopping pun! Ini mesti shopping dengan perempuan tu! Ya Allah, sakitnya hati aku!
*****
Paginya itu Mila terlewat bangun. Jam sudah menunjukkan pukul 7.30 pagi. Nasib baiklah dia 'cuti' hari ni. Kalau tak, memang dah terlepas la sembahyang Subuh. Secepat mungkin dia mandi dan bersiap. Teringat amaran Mr Teoh hari itu. Dia tak mahu terlewat lagi. Amirul pun sampai hati tak kejutkan aku. Takkan dia dah pergi kerja dulu? Takkan dia tinggalkan aku sebab aku lewat bangun!
Selesai memakai tudung, Mila keluar dari biliknya dan menuju ke ruang tamu. Kosong. Dapur, kosong. Dia tinggalkan aku? Mila melangkah ke pintu utama. Kasut Amirul masih ada di situ. Maknanya dia masih ada di sini? Dahinya mula berkerut. Takkan tak bangun lagi?
Mila berdiri di luar pintu bilik Amirul. Tangannya mengetuk perlahan. Sekali. Tiada jawapan. Dua kali. Masih sunyi. Mak aii, tido mati ke? Ataupun dia memang dah keluar?
"Aqim! Aqim!" Hatinya mula dilanda bimbang. Tangannya cuba memulas tombol pintu. Tak berkunci. Dikuak perlahan pintu tersebut. Kepalanya menjengah ke dalam.
Amirul masih berbaring di katilnya. Selimutnya juga sudah tersingkap dari tubuhnya, sebahagiannya sudah menyentuh lantai. Ganas betul dia ni tidur. Dulu takde pulak macam ni, Mila tersenyum sendiri.
"Aqim, bangunlah. Dah lambat ni. Awak tak nak pergi kerja ke?" sela Mila sekali lagi dengan nada yang semakin meninggi. Amirul masih tak bergerak. Mila naik geram. Memang tidur mati ni. Kalau pencuri masuk pun tak sedar!
Tangannya menolak tubuh Amirul perlahan sambil terus memanggil nama lelaki itu. Bagaikan terkena renjatan elektrik, Mila kembali menarik tangannya. Kerut di dahinya bertambah. Tak berpuas hati, tangan Mila singgah ke dahi Amirul, menekan perlahan.
"Ya Allah, panasnya!"
Amirul mengerang. Kelopak matanya terbuka perlahan2. Mila sedang merenungnya dengan kerut di dahi. Ada riak risau di situ. Dia cuba mahu bangun, rasa segan pula bila ditenung sebegitu oleh Mila. Terasa badannya begitu lemah, tak bertenaga.
"Awak, bangun. Kita ke klinik ye. Awak demam ni" dengan lembut Mila bersuara. Amirul menggelengkan kepalanya. Sekali lagi dia menggagahkan badannya untuk bangun. Berjaya, walaupun badannya terasa ngilu di beberapa tempat.
"Mila nak pergi kerja? Abang hantarkan. Tunggu kejap" lemah sekali Amirul bersuara. Mila cuba menahan bila Amirul mahu berdiri tetapi Amirul memberi isyarat supaya Mila tidak berganjak dari tempatnya.
"Takpe, abang ok lagi ni. Abang hantarkan Mila dulu, lepas tu abang ke klinik" langkahnya dibuka. Terasa tubuhnya terlalu lemah tak bermaya. Hampir saja dia terjatuh bila dengan terhuyung-hayang dia melangkah ke bilik air. Mila yang cuba mengampu tubuh Amirul turut sama terjatuh ke lantai. Berat sangat!
"Awak, janganlah paksa diri. Awak tak sihat ni" ujar Mila, cuba menarik tubuh Amirul kembali ke katil. Tak berdaya, Amirul mengikut saja arahan Mila. Dengan berhati2, Mila membaringkan tubuh Amirul kembali ke katil. Selimut yang tadi tergolek di lantai diangkat dan disarungkan kembali ke tubuh Amirul.
"Sorry..." lemah suara Amirul, hampir saja tidak kedengaran. Hati Mila digamit sayu. Kasihan melihat keadaan Amirul.
"Awak rehat dulu. Saya nak call office dengan Papa. Lepas ni saya buatkan bubur ok" Mila berlalu pergi sambil menekan2 telefon bimbitnya. Seketika kemudian, sayup2 kedengaran suara orang sedang berbual. Mata Amirul kembali tertutup. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada lagi sambungannya ker tak nie untuk hari nie |
|
|
|
|
|
|
|
Bab 45
Mila menekan2 remote control di tangannya. Namun semua rancangan yang ditayangkan tidak mampu menghiburkannya, apalagi untuk menarik perhatiannya. Jam sudah menunjukkan pukul 11.30 malam. Bayang Amirul masih tidak kelihatan. Mila mengertap bibirnya.
'Bukan main lagi dia pergi dating, tengah malam macam ni pun tak nak balik2 lagi' gerutu Mila, panas dibakar api cemburu. Hatinya bertambah sakit mengingatkan betapa gembiranya Amirul siang tadi menerima panggilan dari kekasihnya. Rasa mahu dicekik2nya leher suaminya itu. Cakap pun main berbisik2. Macamlah orang nak sangat dengar dia berasmaradana dengan perempuan lain.
Mila mengeluh panjang. Dia sendiri tidak tahu apa yang patut dilakukannya. Dia sedar dia tak patut mencampuri urusan Amirul lagi. Sungguh, dia tak berhak lagi sejak dia sendiri yang mengakui dia tak mahukan apa2 dari lelaki itu. Namun jauh di sudut hatinya, dia menyesal yang amat sangat. Segala2nya sudah terlambat.
Tepat jam 12.15, Mila terdengar pintu utama dikuak perlahan. Dari ekor matanya dia melihat tubuh Amirul memasuki ruang tamu. Dia berpura2 tekun menonton.
"Mila tak tidur lagi? Esok tak kerja ke?" Amirul menyapa.
"Kerja" sepatah Mila menjawab. Dia tak mahu berpaling, tak sanggup mahu menatap wajah ceria Amirul sedangkan dia sendiri sedang berperang dengan perasaannya sendiri. Cemburu dan benci silih berganti menyemarakkan jiwanya.
Amirul memandang Mila yang seakan khusyuk menonton rancangan bola di tv. Dia tersengih. Sejak bila pulak Mila ni minat tengok bola? Tengah marahlah tu. Tu la, sapa suruh buat abang marah dulu? Kan dah kena.
"OK. Abang tidur dulu la. Penat keluar shopping tadi" ujar Amirul dan terus mengorak langkah ke biliknya. Mila kembali mengertap bibirnya. Shopping? Tak nampak barang shopping pun! Ini mesti shopping dengan perempuan tu! Ya Allah, sakitnya hati aku!
*****
Paginya itu Mila terlewat bangun. Jam sudah menunjukkan pukul 7.30 pagi. Nampaknya dia memang terlepas solat Subuh. Secepat mungkin dia mandi dan bersiap. Teringat amaran Mr Teoh hari itu. Dia tak mahu terlewat lagi. Inilah manusia kan, suruhan Allah boleh buat tak endah je kalau tinggal, tapi kalau melibatkan manusia lain, bukan main takut lagi. Amirul pun sampai hati tak kejutkan aku. Takkan dia dah pergi kerja dulu? Takkan dia tinggalkan aku sebab aku lewat bangun!?
Selesai memakai tudung, Mila keluar dari biliknya dan menuju ke ruang tamu. Kosong. Dapur, kosong. Dia tinggalkan aku? Mila melangkah ke pintu utama. Kasut Amirul masih ada di situ. Maknanya dia masih ada di sini? Dahinya mula berkerut. Takkan tak bangun lagi?
Mila berdiri di luar pintu bilik Amirul. Tangannya mengetuk perlahan. Sekali. Tiada jawapan. Dua kali. Masih sunyi. Mak aii, tido mati ke? Ataupun dia memang dah keluar?
"Aqim! Aqim!" Hatinya mula dilanda bimbang. Tangannya cuba memulas tombol pintu. Tak berkunci. Dikuak perlahan pintu tersebut. Kepalanya menjengah ke dalam.
Amirul masih berbaring di katilnya. Selimutnya juga sudah tersingkap dari tubuhnya, sebahagiannya sudah menyentuh lantai. Ganas betul dia ni tidur. Dulu takde pulak macam ni, Mila tersenyum sendiri.
"Aqim, bangunlah. Dah lambat ni. Awak tak nak pergi kerja ke?" sela Mila sekali lagi dengan nada yang semakin meninggi. Amirul masih tak bergerak. Mila naik geram. Memang tidur mati ni. Kalau pencuri masuk pun tak sedar!
Tangannya menolak tubuh Amirul perlahan sambil terus memanggil nama lelaki itu. Bagaikan terkena renjatan elektrik, Mila kembali menarik tangannya. Kerut di dahinya bertambah. Tak berpuas hati, tangan Mila singgah ke dahi Amirul, menekan perlahan.
"Ya Allah, panasnya!"
Amirul mengerang. Kelopak matanya terbuka perlahan2. Mila sedang merenungnya dengan kerut di dahi. Ada riak risau di situ. Dia cuba mahu bangun, rasa segan pula bila ditenung sebegitu oleh Mila. Terasa badannya begitu lemah, tak bertenaga.
"Awak, bangun. Kita ke klinik ye. Awak demam ni" dengan lembut Mila bersuara. Amirul menggelengkan kepalanya. Sekali lagi dia menggagahkan badannya untuk bangun. Berjaya, walaupun badannya terasa ngilu di beberapa tempat.
"Mila nak pergi kerja? Abang hantarkan. Tunggu kejap" lemah sekali Amirul bersuara. Mila cuba menahan bila Amirul mahu berdiri tetapi Amirul memberi isyarat supaya Mila tidak berganjak dari tempatnya.
"Takpe, abang ok lagi ni. Abang hantarkan Mila dulu, lepas tu abang ke klinik" langkahnya dibuka. Terasa tubuhnya terlalu lemah tak bermaya. Hampir saja dia terjatuh bila dengan terhuyung-hayang dia melangkah ke bilik air. Mila yang cuba mengampu tubuh Amirul turut sama terjatuh ke lantai. Berat sangat!
"Awak, janganlah paksa diri. Awak tak sihat ni" ujar Mila, cuba menarik tubuh Amirul kembali ke katil. Tak berdaya, Amirul mengikut saja arahan Mila. Dengan berhati2, Mila membaringkan tubuh Amirul kembali ke katil. Selimut yang tadi tergolek di lantai diangkat dan disarungkan kembali ke tubuh Amirul.
"Sorry..." lemah suara Amirul, hampir saja tidak kedengaran. Hati Mila digamit sayu. Kasihan melihat keadaan Amirul.
"Awak rehat dulu. Saya nak call office dengan Papa. Lepas ni saya buatkan bubur ok" Mila berlalu pergi sambil menekan2 telefon bimbitnya. Seketika kemudian, sayup2 kedengaran suara orang sedang berbual. Mata Amirul kembali tertutup.
[ Last edited by milanhawkin at 3-5-2007 10:10 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
milan... being dead or alive....
it wud concern all of us...referring 2 ur signature. ngeh ngeh ngeh
still ur killing me ler milan. neway TQ ler sebab berusaha tuk menghadapi seber yg mmg dah kena godam nie... hihiihihi |
|
|
|
|
|
|
|
ha... kan dah terpost 2 kali.. ini server mengong nyer pasal la ni... camna nak delete post ek? |
|
|
|
|
|
|
|
sambung la lagi milan....tak sabar nak tau apa sudahnya |
|
|
|
|
|
|
|
mila ni aku geram jugak...hari tu beria tak nak dah kononnya..now dah termalu la pulak kan...haaaaa.... |
|
|
|
|
|
|
|
milan dah sambung...ingtkn milan nak sambung sampai abes...pnat la tertunggu-tunggu gini... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|