CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mirza5

Berita di pahang hari ni..

[Copy link]
Post time 2-10-2008 02:49 PM | Show all posts
Info Harga Ikan Sungai Jelai 01.10.2008

1.Patin Muncung RM280.00 sekilo
2.Jelawat RM240.00 sekilo
3.Kelah RM200.00 sekilo

Sumber: Pasar Lepih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2008 05:00 PM | Show all posts
4 daerah diramal banjir besar
KUANTAN 9 Okt. - Banjir besar yang hampir menyamai bencana tahun lalu dijangka berlaku di empat daerah di Pahang bermula minggu kedua Disember tahun ini hingga akhir Januari tahun depan.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Muhammad Safian Ismail berkata, empat daerah terbabit ialah Maran, Bera, Pekan dan sebahagian Rompin.

Berikutan itu, kata beliau, pihaknya mengarahkan semua jawatankuasa di peringkat daerah, jabatan dan agensi kerajaan mencari kaedah yang perlu dilakukan untuk mengelakkan sebarang kemungkinan yang timbul akibat bencana tersebut.

''Langkah-langkah awal perlu dilakukan bagi mengelakkan kejadian yang sama seperti tahun lalu berulang kembali pada banjir kali ini.

''Mereka perlu melaporkan kepada saya hasil mesyuarat yang akan dipersembahkan kepada Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah selepas 20 Oktober ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Negeri 2008 di Wisma Seri Pahang di sini hari ini.

Sebagai langkah awal, Muhammad Safian memberitahu, pihaknya akan mengkaji semula pusat-pusat pemindahan banjir sedia ada bagi memastikan lokasi berkenaan tidak dinaiki air atau terputus hubungan dengan pihak luar ketika bencana tersebut.

''Pusat perpindahan yang pernah dinaiki air ketika musim banjir tahun lalu kemungkinan tidak akan dibuka semula.

''Berikutan itu, kerajaan berusaha mengenal pasti beberapa lokasi lain yang selamat sebagai penempatan baru mangsa banjir," katanya.

Langkah-langkah lain yang turut dilakukan, menurut beliau, termasuk latihan intensif selama tiga hari pada bulan depan yang disertai pegawai yang bertugas di pusat kawalan operasi banjir.

''Berdasarkan pengurusan banjir tahun lalu, ada kalangan pegawai operasi yang tidak mempunyai pengetahuan menangani banjir dan gagal berkomunikasi dengan baik dengan mangsa.

''Oleh itu, kita akan menempatkan beberapa pegawai kanan yang berpengalaman untuk mengendalikan pusat perpindahan dan mengelak berlakunya salah faham dan tidak puas hati di kalangan mangsa banjir," jelasnya.

Safian turut mengingatkan orang ramai mematuhi arahan berpindah lebih awal sebagai jaminan keselamatan selain pengagihan bekalan makanan dapat disalurkan dengan cukup.

''Ada mangsa enggan berpindah kerana sayangkan harta benda tetapi keadaan sebaliknya berlaku dan menyalahkan pihak berkuasa enggan membantu mereka berpindah selepas rumah dinaiki air.

''Saya memohon kerjasama orang ramai supaya akur dengan arahan berpindah dan tidak bersikap degil apabila disuruh meninggalkan kediaman masing-masing,'' katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2008 03:35 PM | Show all posts
Bahan buangan punca anak paus mati

KUANTAN 15 Okt. - Kematian seekor anak paus yang bangkainya ditemui terdampar di pantai Kuala Nenasi, Pekan semalam, dipercayai berpunca daripada bahan buangan yang ditemui di dalam perut mamalia itu.

Pegawai Penyelidik Unit Mamalia Marin, Pusat Penyu dan Ekosistem Marin (Tumec), Mohd. Lazim Mohd. Saif berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan bahan buangan seperti plastik, botol minuman dan tali yang ditemui di dalam usus merupakan punca kematian anak paus seberat tiga tan itu.

''Setelah menjalankan pembedahan, kami menemui beberapa bahan buangan yang dibuang ke laut dan ditelan oleh anak paus itu seperti plastik, botol minuman dan tali.

''Bahan-bahan tersebut mungkin menyebabkan usus mamalia tersebut tersumbat dan mengalami kesakitan hingga tidak berdaya untuk berenang ke habitat asalnya,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kelmarin, penduduk Kampung Kuala Nenasi gempar apabila seekor anak paus yang masih hidup seberat kira-kira tiga tan terdampar di pantai Kuala Sungai Nenasi.

Anak paus berukuran 10 meter panjang itu dipercayai jenis Fin berdasarkan sirip belakang yang pendek, bukaan mulut yang panjang serta bergaris lurus selari dengan matanya.

Mamalia itu yang berjaya dilepaskan semula ke laut malam kelmarin bagaimanapun ditemui mati kira-kira pukul 2 petang semalam oleh penduduk di pantai berhampiran kawasan ia ditemui terdampar.

Mohd. Lazim memberitahu, kecederaan yang dialami pada bahagian muncung anak paus itu pula dipercayai akibat terlanggar batu karang menyebabkan tubuh mamalia itu menjadi lemah hingga terpisah daripada kumpulannya.

Ekoran itu, jelasnya, anak paus itu dipercayai jatuh sakit dan tidak berdaya melawan arus air laut mengakibatkan ia ditolak kembali berhampiran lokasi ia dijumpai kelmarin.

Sementara itu, Pengarah Perikanan Pahang, Mohamad Mat Saman ketika dihubungi memberitahu, bangkai anak paus yang ditanam sedalam kira-kira 3 meter itu akan digali dalam tempoh dua bulan lagi bagi mendapatkan tulangnya untuk tujuan penyelidikan dan pameran.

Difahamkan, ratusan orang ramai hadir melihat haiwan tersebut ketika bedah siasat dilakukan kira-kira pukul 6.30 petang semalam sebelum ditanam di hujung Tanjung Nenasi kira-kira pukul 12 tengah malam hari yang sama.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2008 03:37 PM | Show all posts
Jangan salah guna masjid tabur fitnah - Sultan Pahang

Sultan Ahmad Shah menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan orang kurang upaya selepas merasmikan Masjid Sultan Abu Bakar di Raub, semalam.
- Gambar ALI MAHMOOD

RAUB 15 Okt. - Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah mengingatkan umat Islam dan pengurusan masjid di negeri ini tidak menyalahgunakan institusi itu sebagai tempat menaburkan fitnah sehingga meyebabkan berlaku perbalahan dan perpecahan.

Baginda menegaskan, masjid sepatutnya berfungsi sebagai lambang penyatuan umat dan pusat ilmu.

Sehubungan itu, baginda menasihati pengurusan masjid dan masyarakat memanfaatkan masjid dengan aktiviti yang boleh meningkatkan pengetahuan serta mengangkat martabat umat Islam.

''Kita jangan mengabaikan fungsi sebenar masjid sehingga membiarkan ia menjadi tempat menabur fitnah dan pentas ceramah politik yang boleh menimbulkan sengketa, salah faham dan perbalahan yang menyebabkan masyarakat berpecah belah," titah baginda.

Sultan Ahmad Shah bertitah demikian ketika merasmikan Masjid Sultan Abu Bakar di sini hari ini.

Masjid Sultan Abu Bakar yang bernilai RM8 juta yang mula dibina pada 2001, siap sepenuhnya pada 2003 di kawasan seluas dua hektar di sini.

Masjid yang mampu menampung 1,600 jemaah pada satu-satu masa itu dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk dewan serbaguna, kelas tahfiz dan fardu ain serta dua kuarters imam.

Sultan Ahmad Shah bertitah, bagi mengelakkan masjid disalahgunakan, setiap aktiviti yang dijalankan perlu mengikut garis panduan yang ditetapkan Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Pahang (MUIP).

Titah baginda, fungsi masjid bukan sekadar untuk beribadat semata-mata, tetapi perlu ditingkatkan dengan pelbagai aktiviti termasuk sukan, ceramah, seminar dan forum.

Selain itu, baginda turut menasihati umat Islam sentiasa memelihara kebersihan bagi memastikan bangunan dan persekitaran masjid sentiasa ceria.

''Kebersihan adalah antara elemen penting bagi membentuk keperibadian mulia dan unggul yang turut merangkumi zahir dan batin," titah baginda.

Dalam pada itu, Sultan Ahmad Shah meminta pengurusan masjid bijak menguruskan wang derma bagi menjalankan aktiviti yang boleh memberikan manfaat kepada jemaah dan kariah.

Baginda tidak mahu wang tersebut dibiar atau dibekukan tanpa sebarang aktiviti yang boleh meningkatkan syiar Islam.

''Wang itu perlu digunakan untuk membantu golongan yang memerlukan bantuan seperti orang miskin, warga emas dan mereka yang baru memeluk Islam," titah baginda.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2008 05:59 PM | Show all posts
Suami ugut bunuh isteri tak lamar bakal madu
28/10/2008 3:41pm

KUANTAN 28 Okt. – Tidak dapat berkahwin lagi, isteri jadi mangsa. Inilah yang berlaku apabila seorang pengawal keselamatan mengugut untuk membunuh isterinya itu kerana dia tidak melamar wanita yang ingin dinikahinya suaminya.

Kejadian dilaporkan berlaku di Pancing dekat sini semalam.

Lebih malang kepada lelaki tersebut, wanita yang hendak dilamar itu telah pun bersuami.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Pahang, Supritendan Mohd. Haris Daud berkata lelaki tersebut yang juga anggota Rela yang berumur 57 dipercayai marah apabila isterinya yang berumur 60 tahun yang pergi ke rumah nenek wanita berkenaan petang semalam untuk merisik, tidak menyampaikan hasrat suaminya itu.

Ketika pulang ke rumah, suaminya yang mengesyaki dia tidak memaklumkan hasratnya kepada pihak wanita berkenaan, bertindak mengacukan parang ke leher isterinya sambil mengugut untuk menyembelih mangsa dan mahu menembak isterinya dengan senapang patah.

“Mangsa yang ketakutan nekad melarikan diri ke rumah anaknya yang terletak berhampiran sebelum ke Balai Polis untuk membuat laporan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Berikutan itu, polis menahan suami wanita berkenaan atas kesalahan melakukan ugutan jenayah, kata Mohd. Haris. – BERNAMA.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2008 10:14 PM | Show all posts
Originally posted by cintan66 at 28-10-2008 05:59 PM
Suami ugut bunuh isteri tak lamar bakal madu
28/10/2008 3:41pm

KUANTAN 28 Okt. – Tidak dapat berkahwin lagi, isteri jadi mangsa. Inilah yang berlaku apabila seorang pengawal keselamatan meng ...

tak guna punya laki..................:@ :@ :@
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-12-2008 01:07 PM | Show all posts
Anjing laut di perairan Pahang?

KUANTAN 2 Dis. - Beberapa nelayan di Cherating dekat sini mendakwa melihat kehadiran sekumpulan anjing laut di perairan Pahang sejak Rabu lalu.

Kumpulan anjing laut yang dikatakan sebanyak 20 ekor itu didakwa dikesan oleh nelayan yang menangkap ikan kira-kira 1.5 kilometer dari Pantai Cherating.

Seorang nelayan, Mohd. Saiful Amri Mohd. Fauzi, 24, mendakwa, kumpulan anjing laut tersebut dikesan berenang di perairan negeri ini sejak tiga hari lalu dan dia berusaha menangkapnya tetapi gagal.

''Saya melihat sendiri anjing laut itu ketika menaiki bot bersama seorang rakan semasa hendak menangkap ikan kira-kira pukul 8 pagi, 26 November lalu.

''Mulanya saya sangka ia sekumpulan ikan besar dan mahu pergi menangkapnya tetapi apabila menghampiri haiwan tersebut, ia adalah sekumpulan anjing laut," katanya ketika ditemui di Pusat Komuniti Pengurusan Sumber Perikanan Cherating, baru-baru ini.

Seorang lagi nelayan, Mustapa Embong, 47, mendakwa, dia turut melihat sekumpulan anjing laut berenang di satu kawasan di perairan Cherating sebanyak dua kali pada Khamis lalu.

Menurutnya, kali pertama dia menyaksikan kumpulan anjing laut yang kelihatan seperti dugong atau memerang itu ialah pada sebelah pagi dan menemuinya sekali lagi beberapa jam kemudian.

''Saya sendiri kurang yakin ketika dimaklumkan mengenai perkara itu tetapi selepas melihat sendiri dari jarak dekat ia memang anjing laut kerana saya pernah melihatnya di televisyen,'' katanya.

Sementara itu, Pengarah Perikanan Pahang, Mohamad Mat Saman ketika dihubungi berkata, sepasukan pegawai dan anggotanya telah pergi ke laut untuk melakukan siasatan sejak kelmarin tetapi sehingga kini gagal menemui anjing laut seperti yang didakwa nelayan terbabit.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya masih terus cuba mengesan anjing laut tersebut dan sekiranya benar, kajian perlu dilakukan bagi mengetahui bagaimana dan mengapa haiwan tersebut berada di perairan negara.

''Siasatan masih dilakukan kerana kita tidak boleh menolak sebarang kemungkinan kehadiran anjing laut itu," katanya.

Dalam pada itu, tinjauan Utusan Malaysia ke Pantai Cherating gagal mengesan kehadiran haiwan terbabit.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2008 12:57 AM | Show all posts

Balas #647 cintan66\ catat

pelik nih...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2008 12:58 AM | Show all posts
RM6.5j baiki 14 tanah runtuh



http://www.hmetro.com.my/Wednesd ... 81203092106/mainpix
TANAH RUNTUH...keruntuhan tebing jalan utama, Jalan
Pekeliling, Kuala Lipis antara yang paling kritikal.

KUALA LIPIS: Majlis Daerah Lipis (MDL) merayu Majlis Keselamatan Negara (MKN) meluluskan segera peruntukan RM6.5 juta bagi membaik pulih kawasan tanah runtuh yang semakin kritikal di beberapa kawasan sekitar bandar Kuala Lipis.

Setiausahanya, Wan Norizan Wan Badaruzzaman, berkata 14 kawasan runtuhan dikenal pasti berlaku dalam tempoh empat bulan sejak kejadian pertama dilaporkan berlaku pada 27 Julai sehingga kejadian terbaru pada minggu ketiga November lalu.

Menurutnya, antara lokasi paling kritikal ialah Perumahan Awam Sungai Kerpan 3, Perumahan Taman Pertama, Rumah Rehat Tanjung Lipis, Taman Desa Aman, Jalan Lipis-Benta berhampiran Jabatan Bomba dan Penyelamat Lipis dan jalan menuju kawasan perumahan kakitangan kerajaan daerah Lipis.

揓umlah peruntukan awal RM6.5 juta hanya membabitkan 14 kawasan runtuhan awal dan meningkat kepada RM8.3 juta selepas anggaran semula dilakukan apabila berlaku lebih banyak runtuhan yang lebih serius di kawasan berkenaan,
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2008 10:30 AM | Show all posts
KUANTAN: 揝aya tidak menyangka perilaku ayah bersama dua adik kembar dan seorang anak saudara yang kelihatan ceria serta berpakaian kemas ketika mahu ke masjid mendengar ceramah agama rupa-rupanya petanda mereka akan pergi buat selama-lamanya,
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2008 03:46 PM | Show all posts
Fitnah atau fakta?...tetapi ia memuatkan berita panas yang berlaku di negeri Pahang dari kacamata bukan pemerintah.......fikirlah sendiri...boleh baca lanjut kat http://pahangdaily.blogspot.com/
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2008 05:23 PM | Show all posts
Peniaga tamak jual nasi kosong sepinggan RM1.60

KUANTAN 16 Dis. - Meskipun harga runcit minyak diturunkan kepada RM1.80 seliter berkuat kuasa hari ini, masih ada peniaga kedai makanan dan restoran di sini yang tamak sehingga sanggup mengenakan bayaran sebanyak RM1.60 bagi sepinggan nasi putih kosong.

Kegiatan mengaut keuntungan secara berlebihan itu dikesan di beberapa restoran dan kedai makan yang beroperasi di sekitar Tanjung Lumpur, Tanjung Api, Padang Lalang dan Cherating di sini.

Perkara itu didedahkan oleh Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM) yang menerima banyak aduan daripada orang ramai yang kesal dengan tindakan peniaga terbabit yang mengenakan harga yang mahal terhadap makanan yang dijual.

Presidennya, Mohd. Firdaus Ibrahim memberitahu, fenomena tersebut tidak seharusnya berlaku kerana harga minyak kini telah diturunkan lebih rendah berbanding sebelum kenaikannya pada Jun lalu.

Berikutan itu, beliau mengajak pengguna memboikot kedai makan dan restoran yang menjual harga makanan dengan terlalu mahal sehingga tidak masuk akal.

''Bayangkan ada kedai makan di sini menjual nasi putih kosong pada harga RM1.60 sepinggan sedangkan di Kuala Lumpur hanya pada sekitar RM1 hingga RM1.20 sepinggan. Itu belum termasuk harga lauk atau minuman.

''Selain minyak, kerajaan juga telah berusaha menurunkan harga beras dan menetapkan harga makanan itu pada kadar RM1.80 sekilogram bagi beras hancur 15 peratus," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, kerajaan mengumumkan penurunan harga runcit minyak petrol dan diesel sebanyak 10 sen seliter berkuat kuasa hari ini. Harga petrol RON97 diturunkan daripada RM1.90 kepada RM1.80 seliter manakala petrol RON92 dan diesel masing-masing daripada RM1.80 kepada RM1.70.

Mohd. Firdaus berkata, peniaga kedai makan dan restoran sepatutnya tidak mengenakan harga yang mahal terhadap nasi putih kosong kerana mereka telah mendapat untung daripada lauk yang dijual.

Malah ujarnya, nasi putih kosong sepatutnya kini telah dijual pada harga 50 sen atau 60 sen sepinggan kerana kos yang semakin menurun berikutan penurunan harga minyak yang ketara.

Sehubungan itu, beliau meminta pengguna menggunakan kuasa mereka dengan tidak lagi berkunjung di kedai makan di kawasan tersebut sebagai pengajaran kepada peniaga terbabit.

''Kita memahami bahawa pihak berkuasa tidak boleh mengambil tindakan terhadap peniaga terbabit kerana harga makanan yang telah dimasak bukan barangan kawalan.

''Satu caranya ialah memboikot premis terbabit dan untuk lebih berjimat ialah dengan memasak sendiri di rumah," katanya.

Mohd. Firdaus menambah, pihaknya bimbang tindakan peniaga yang gemar 'menyembelih' pelanggan itu juga akan menyebabkan sektor pelancongan di bandar ini terjejas dalam jangka masa panjang.

''Kita sering mendengar rungutan pelancong luar termasuk dari Kuala Lumpur yang mengatakan harga makanan di Kuantan terlalu mahal berbanding tempat asal mereka. Inilah buktinya," tambahnya.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2008 05:24 PM | Show all posts
Ceroboh tanah Orang Asli: Pengusaha sayur diberi notis

KUANTAN 16 Dis. - Pengusaha ladang sayur yang didakwa menceroboh tanah yang dirizabkan kepada Orang Asli di Kampung Dusun, Chini, Pekan diberi notis supaya meninggalkan kawasan itu dalam tempoh sebulan berkuat kuasa hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chini, Datuk Abu Bakar Harun berkata, notis itu dikeluarkan Pejabat Tanah dan Daerah Pekan bagi membolehkan sekumpulan peladang sayur yang menjalankan aktiviti di kawasan seluas 16 hektar itu menghentikan operasi mereka.

''Notis telah dikeluarkan tetapi jika mereka masih enggan meninggalkan kawasan itu, kita terpaksa mengambil tindakan lain termasuk menyodok tanah terlibat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas rungutan lebih 1,000 penduduk Orang Asli Kampung Dusun, Chini yang mendakwa kehidupan mereka tergugat sejak 11 tahun lalu, apabila tanah seluas 16 hektar milik mereka diceroboh pihak tertentu untuk tujuan komersiol.

Pencerobohan sejak 1997 itu bukan saja menjejaskan sumber pendapatan yang sepatutnya dimiliki oleh penduduk terbabit, malah ia sekali gus menafikan pembangunan yang sepatutnya dinikmati mereka.

Mengulas lanjut Abu Bakar berkata, pengusaha ladang sayur berkenaan sebenarnya telah diberi sebidang tanah di kawasan berhampiran bagi diusahakan untuk tujuan sama.

Bagaimanapun katanya, pengusaha terbabit masih meneruskan aktiviti di tanah yang sepatutnya dirizabkan kepada Orang Asli kampung itu.

''Saya pun tidak tahu apa puncanya mereka enggan membangunkan tanah yang disediakan untuk projek ladang sayur," katanya.

Tambahnya, pengusaha ladang sayur terbabit tidak akan dikenakan sebarang tindakan sekiranya mereka mematuhi notis yang dikeluarkan Pejabat Tanah dan Daerah tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2008 05:27 PM | Show all posts
Rogol: Pelajar kolej mengaku tidak bersalah

KUANTAN 16 Dis. - Seorang pelajar kolej swasta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan merogol seorang gadis bawah umur berusia 15 tahun 9 bulan, tahun lalu.

Tertuduh, Muhaimi Zulkifli, 20, dari Felda Bukit Sagu 1 didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah kosong berhampiran Loji Air Bukit Goh, Ladang Felda Bukit Sagu, dekat sini antara 9 dan 17 Januari 2007.

Pertuduhan terhadapnya dibacakan di dua buah mahkamah masing-masing di hadapan Hakim Ahmad Zamzaini Mohd. Zain dan Hakim Jagjit Singh Bant Singh manakala pendakwaan dikendalikan oleh Penolong-penolong Pendakwa Raya, Heng Yen Loo dan Mahadi Abdul Jumaat.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol gadis itu kali pertama di lokasi tersebut antara pukul 7.05 hingga 7.45 pagi, 9 Januari tahun lalu manakala bagi pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan seks luar tabii dengan gadis sama di lokasi tersebut sehari selepas itu.

Bagi pertuduhan ketiga, dia sekali lagi didakwa merogol mangsa di lokasi sama antara pukul 7.05 hingga 8 pagi pada 11 Januari tahun lalu.

Dalam dua pertuduhan seterusnya, tertuduh sekali lagi didakwa merogol mangsa di lokasi sama antara pukul 7.05 hingga 7.45 pagi pada 12 Januari tahun lalu serta melakukan seks luar tabii antara pukul 7.05 hingga 7.30 pagi, 17 Januari tahun lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan bagi pertuduhan merogol manakala bagi pertuduhan melakukan seks luar tabii, dia didakwa di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Ahmad Zamzaini membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM21,000 dengan seorang penjamin manakala Jagjit Singh tidak menetapkan sebarang jaminan kerana jumlah jaminan awal yang tinggi.

Mahkamah menetapkan 22 Januari depan untuk sebutan kes bagi memberi peluang tertuduh melantik peguam bela.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2008 05:28 PM | Show all posts
Remaja culik bayi dihantar ke sekolah pemulihan akhlak

KUANTAN 16 Dis. - Mahkamah Majistret di sini hari ini memutuskan untuk menghantar remaja lelaki berusia 14 tahun yang terlibat dalam satu kes penculikan bayi di Galing Besar dekat sini ke Sekolah Tunas Bakti Jerantut selama tiga tahun berkuat kuasa hari ini.

Remaja itu juga perlu menjalani pengawasan pegawai akhlak selama setahun selepas tamat hukuman di sekolah tersebut.

Keputusan itu dibacakan oleh Majistret Nordiana Abd. Aziz setelah mengambil kira pengakuan remaja itu yang mengaku bersalah ketika pertuduhan pertama dibacakan pada 4 November lalu.

Bagaimanapun, dua lagi tertuduh Mohd. Sabri Mat Amin, 18, dan kakaknya, Shafuan, 30, masih mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan.

Penolong Pendakwa Raya, Noor Svetlana Mohd. Noor Nordin berkata, keputusan mahkamah terhadap remaja itu dibuat mengikut Seksyen 91(1)(f) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sementara itu, tarikh perbicaraan bagi kedua-dua tertuduh yang mengaku tidak bersalah ditetapkan pada 26 Februari depan bagi membolehkan mereka melantik peguam.

Mengikut pertuduhan, semua tertuduh didakwa menculik Mohd. Aidil Abdullah yang berusia sebulan daripada jagaan ibunya, Zaiton Awang Besar di rumahnya di Galing Besar dekat sini pada pukul 10 malam 28 Oktober lalu.

Ketiga-tiga mereka yang berasal dari Kampung Tanjung Cempaka, Pekan, dituduh mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik bayi daripada penjaga yang sah.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun serta denda.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2009 01:09 PM | Show all posts
Ops khalwat malam tahun baru


KUANTAN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2009 12:23 PM | Show all posts

Peneroka maut dirempuh bas ekspres

JENGKA - Seorang peneroka Felda maut apabila motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah bas ekspres dari arah belakang dan diheret sejauh 20 meter dari tempat kejadian di sini, semalam.

Ketua Polis Maran, Deputi Superintendan Ahmad Johari Shahabudin berkata, kejadian jam 8.57 pagi itu berlaku di Kilometer 22.8 Jalan Temerloh- Pekan Awah/Jengka di persimpangan masuk ke Felda Sungai Nerek.

Menurutnya, mangsa, Abdullah Muhamad, 66, yang menunggang motosikal jenis Honda C70 bernombor pendaftaran CG 8651 dari arah Bandar Jengka menuju ke laluan Kampung Awah dirempuh ketika cuba membelok ke kanan secara tiba-tiba untuk memasuki simpang berkenaan.

揃as ekspres yang kenali Metrobus bernombor pendaftaran BJH 8803 dipandu seorang lelaki Melayu berumur 51 tahun dalam perjalanan dari Bandar Tun Abdul Razak Jengka ke Kuala Lumpur tidak sempat mengelak dan menyebabkan motosikal mangsa tersepit di bawah hadapan bas sebelah kiri.

揗angsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum dibawa ke Hospital Jengka untuk bedah siasat,
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2009 12:25 AM | Show all posts
Dua menteri, tiga timbalan menteri dan empat menteri besar dan ketua menteri tewas dalam persaingan merebut kerusi Majlis Tertinggi (MT) Umno.

Dua menteri berkenaan ialah Menteri Pelancongan, Datuk Azalina Othman Said dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad.

Timbalan menteri yang gagal mendapat tempat: Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Noraini Ahmad dan dua timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Johari Baharum dan Datuk Hasan Malek.

Manakala empat menteri besar dan ketua menteri yang turut gagal dalam persaingan itu: Datuk Abdul Ghani Othman (Johor), Datuk Adnan Yaakob (Pahang), Datuk Seri Md Isa Sabu (Perlis) dan Datuk Seri Mohamad Hassan (Negeri Sembilan).

Hanya seorang ketua menteri yang berjaya terpilih kali ini iaitu Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Sementara tujuh menteri yang berjaya dipilih: Datuk Mustapa Mohamad, Datuk Noh Omar, Datuk Ismail Sabri, Datuk Mohamad Zin Mohamed, Datuk Shaziman Abu Mansor, Datuk Zulhasnan Rafique dan Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Manakala lima timbalan menteri yang berjaya dipilih: Datuk Saifudin Abdullah, Datuk SP Lajim Ukin, Datuk Hamzah Zainuddin, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah dan Datuk Idirs Haron.

Turut terpilih, dua bekas menteri besar: Datuk Seri Idris Jusoh (Terengganu) dan Datuk Seri Mahdzir Khalid (Kedah).

Hanya seorang calon wanita yang terpilih iaitu Datuk Dr Norraesah Mohamad.

Turut menang di senarai terbawah, ketua Biro Putera Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2009 04:59 PM | Show all posts
Najib dengan rasmi PM ke-6
Apr 3, 09 9:36am
Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak hari ini dengan rasminya perdana menteri Malaysia keenam apabila istiadat pengurniaan surat cara pelantikan dan istiadat mengangkat sumpah setia serta menyimpan rahsia sempurna dilangsungkan di Istana Negara, 10.10 pagi.

Pemimpin-pemimpin kanan negara, pegawai kanan kerajaan dan dif-dif kehormat dari dalam dan luar negara diundang untuk menyaksikan peristiwa penting dan bersejarah ini.

Balairong Seri sekali lagi menyaksikan peralihan politik negara ini dalam usianya 52 tahun selepas kemerdekaan.

Stesen RTM akan menyiarkan secara langsung istiadat pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan serta sumpah rahsia Najib sebagai perdana menteri walaupun kesemua 81 ahli parlimen pembangkang membantahnya.

Mereka memohon Yang di-Pertuan Agong menunda majlis tersebut sehingga satu suruhajaya bebas dibentuk untuk membersihkan ahli parlimen Pekan itu daripada sebarang dakwaan salah laku - antara yang popular, berkaitan kematian Altantuya Shaariibuu dan komisyen pembelian kapal selam Scorpene.

Najib menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam pelan peralihan kuasa Umno dan negara susulan ketewasan mengejut dan terburuk dalam sejarah BN pada pilihanraya umum lalu.

Dilahirkan pada 1953 di Kuala Lipis, Pahang, Najib merupakan anak sulung perdana menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein dan Rahah Mohamad Noah.

Beliau mendapat pendidikan awal di St John Institution, Kuala Lumpur sebelum meneruskan pelajaran ke Maven Boy's College, Worchestershire, England.

Najib kemudiannya melanjutkan pelajaran ke University Of Nottingham, England dan mendapt ijazah pertama dengan kepujian dalam bidang ekonomi industri pada 1974.

Beliau mulai menceburkan diri dalam arena politik selepas dipilih bertanding kerusi parlimen Pekan ekoran kematian mendadak bapanya di London Januari 1976.

Najib menang tanpa bertanding dan muncul sebagai anggota Dewan Rakyat termuda pada usia 23 tahun.

Najib dilantik sebagai timbalan menteri tenaga, telekom dan pos pada 1978 ketika usia 25 tahun. Pada 1982 hingga 1986, beliau menjadi menteri besar paling muda dalam sejarah negara, pada 29 tahun.

Sepanjang penglibatannya dalam politik, Najib berkhidmat di pelbagai kementerian, termasuk timbalan menteri tenaga, telekom dan pos, timbalan menteri pendidikan dan timbalan menteri kewangan.

Pada 1982, beliau bertanding dan memenangi kerusi DUN Bandar Pekan dan dilantik sebagai menteri besar Pahang.

Pada 1986, ketika berumur 33 tahun, Najib menerajui kementerian kebudayaan, belia dan sukan dan selepas pilihanraya umum 1990, beliau berpindah ke kementerian pertahanan.

Beliau dilantik menteri pendidikan pada 1995. Selepas pilihanraya umum pada 1999, beliau dilantik menerajui kementerian pertahanan.

Setelah Abdullah mengambil alih jawatan perdana menteri pada Oktober 2003, Najib dilantik sebagai timbalan perdana menteri pada 6 Januari 2004.

Dalam kabinet 2008, beliau dilantik sebagai timbalan perdana menteri dan menteri pertahanan. Manakala 17 September 2008, Najib dilantik sebagai menteri kewangan dan jawatan menteri pertahanan diterajui oleh Abdullah.


p.s. orang pahang ni wei!!
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2011 11:28 AM | Show all posts
Bolehlah smbg tepek BERITA PAHANG disini.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 04:58 PM GMT+8 , Processed in 0.350710 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list