|
Neelofa turut sedih majalah seram, Mastika ditutup selepas 77 tahun [size=0.688em]Diterbitkan: Selasa, 6 November 2018 6:10 AM
 Neelofa turut ucap terima kasih kepada majalah Mastika.
[size=0.813em] (Ubah saiz teks)
MAJALAH tertua di Malaysia iaitu Majalah Mastika akhirnya bakal menghentikan pengeluaran pada edisi terakhir November 2018 selepas 77 tahun beroperasi. Rata-rata netizen meluahkan rasa sedih kerana menganggap majalah terbitan Utusan Karya Sdn Bhd itu mempunyai nilai sentimental tersendiri dalam kehidupan mereka. Malah, pengacara sensasi Neelofa turut mengucapkan terima kasih kepada majalah berkenaan yang memberi banyak kenangan kepadanya ketika menuntut di asrama. "Zaman duduk di asrama boleh dikatakan buku peneman di hujung minggu. Terima kasih untuk segala memori indah Majalah Mastika!," tulisnya di Twitter.

Mastika umum edisi terakhir dapat reaksi Neelofa.
|