teringat balik melayu yg emo tak tentu arah ni mati2 kata pencuri henpon tu kena tipu beli hp klon..kalo curi nape dtg balik dorang kata...gelak guling2 bila mengenangkan ayat dorang
Sunday, July 12, 2015
TERKINI TENTANG PERGADUHAN DI PLAZA LOW YAT !
Di bawah adalah foto terkini di depan Plaza Low Yat, tempat berlakunya pergaduhan yang melarat hingga ke malam ini.
Di bawah ialah 2 video rakaman di kedai Oppo Plaza LOWYAT Kuala Lumpur, Malaysia.
Anda baca laporan ini :
Sekumpulan tujuh lelaki mengamuk di Plaza Low Yat di sini semalam selepas seorang rakan mereka mendakwa ditipu penjual telefon bimbit di situ.
Dalam kejadian yang berlaku jam 7.50 malam itu, beberapa pekerja kedai telefon di plaza berkenaan dibelasah oleh kumpulan tersebut. Selain itu, mereka turut merosakkan peralatan dan barangan di dalam kedai.
Dipercayai lelaki terbabit sebelum itu ditahan oleh pengawal keselamatan plaza terbabit sebelum diserahkan kepada pihak polis.
Tindakan itu bagaimanapun membangkitkan kemarahan rakan-rakannya menyebabkan mereka mengambil tindakan menyerang kedai telefon bimbit terbabit bersama pembantu jualan yang ada.
Tindakan mereka itu juga mendapat perhatian orang ramai dan video aksi mereka telah dimuat naik ke laman sosial dan pantas tersebar - seterusnya
Ketua Polis Negara telah mengeluarkan kenyataan :
Sementara itu, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Muez Abd Aziz berkata pihaknya turut menjalankan siasatan mengenai dakwaan terdapat penjualan barang tiruan di Plaza Lowyat.
"Kami menghantar petugas untuk membuat risikan sama ada wujud penipuan oleh penjual atau sebaliknya, sekiranya ada penipuan, maka KPDNKK akan mengambil tindakan lanjut," katanya - seterusnya
Insiden ini telah viral di dalam media sosial dengan pelbagai versi yang sudah pasti akan menimbulkan ketegangan kepada netizen.
Di antara komentar dalam portal SorosKini MalaysiaKini:
MiM berharap agar segalanya akan dapat diselesaikan dengan baik kerana ianya boleh mencetuskan persepsi dan ketegangan di antara kaum jika tidak diperbetulkan.
TERKINI 13/7/2015
Sekurang-kurangnya tiga orang cedera termasuk seorang wartawan manakala empat individu ditahan susulan kejadian rusuhan berhampiran Plaza Low Yat, Kuala Lumpur.
Polis turut membuka dua kertas siasatan melibatkan Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
Siasatan juga dibuat di bawah seksyen 379 Kanun Keseksaan berkaitan kesalahan merusuh dan mencuri.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa turut memaklumkan, suspek yang ditahan adalah kerana disyaki cuba mencetuskan provokasi.
Insiden yang dicetuskan oleh pergaduhan itu bermula kira-kira 12.05 pagi Isnin berhampiran sebuah hotel apabila kumpulan perusuh bertindak menyerang seorang mangsa dengan menggunakan topi keledar.
Keadaan menjadi tegang selepas tujuh lelaki didakwa mengamuk di Plaza Low Yat apabila seorang rakan mereka didakwa ditipu penjual telefon bimbit di pusat beli belah tersebut.
Bagaimanapun, keadaan menjadi tenang semula selepas polis mengarahkan orang ramai bersurai dari kawasan tersebut kira-kira 12.40 pagi - seterusnya
TERBARU! Anda baca artikel tentang video palsu pergaduhan di Low Yat yang viral dalam media sosial : KLIK SINI
AFDLIN SHAUKI BERBICARA TENTANG ISU LOW YAT!!!
POSTED BY SEMUT HITAM ON 12:00 PTG WITH NO COMMENTS SO FAR
Dengar dan faham apa yang cuba disampaikan oleh Afdlin Shauki ni. Apa yang penting, jangan mudah sangat kita nak terima apa sahaja yang dilaporkan didalam laman media sosial ni.
Isunya bukan mengenai isu perkauman. Isunya mengenai kes diantara Pembeli dan Penjual. Kita pun tak pasti siapa yang salah dan siapa yang betul. Tapi, laporan Polis dah pun dibuat oleh pihak yang berkenaan.
Jadi, biar la pihak Polis menjalankan tugas diorang terlebih dahulu. Jangan la kita yang tak berapa pandai ni memandai - mandai nak tunjuk pandai pulak!!! Jangan jadikan diri kita sama taraf dengan puak - puak Pakatan Haramjadah tu!!!
sudah malu kot. mlm td aku tgk ramai gak yg bising2 kt page siakap keli. tanya mana post yg before2 nih
sudah tau salah sokong kot
page yg aku tgk agak seboleh mungkin nak duk atas pagar, page oh!media.
ah pek baju hitam badan besar tu kira abang kawasan ke? nampak cam dia try nak leraikan gado. sampai geng sendiri pun dia tolak jatuh kan.. camnih la baru ada tokoh leh upgrade ke ayahanda nih..
Tuesday, July 14, 2015
TERKINI ! VIDEO PALSU TENTANG PERGADUHAN DI LOW YAT VIRAL DI MEDIA SOSIAL
Rupa-rupanya ada pihak yang cuba meneguk di air keruh dan sengaja menimbulkan kemarahan netizen dengan menyiarkan video yang tiada kena mengena dengan kejadian pergaduhan di Plaza Low Yat.
Anda baca :
Satu klip video yang didakwa rakaman punca insiden kekecohan di Plaza Low Yat semalam, viral di media sosial hari ini.
Bagaimanapun, ia menimbulkan keraguan apabila tarikh yang tertera pada klip video itu tidak sama dengan tarikh hari kejadian.
Lokasi kejadian juga berbeza dengan apa yang ada dalam video pendek itu.
Lokasi kejadian juga berbeza dengan apa yang ada dalam video pendek itu.
Pada klip pendek berdurasi 29 saat itu, tarikh yang terpapar pada skrin kamera adalah 6 Julai 2015, jam 16.59, sedangkan insiden sebenar didakwa hanya berlaku semalam.
Selain itu, lokasi sebenar insiden di dalam video pendek itu juga diragui. Ini kerana meja jualan telefon bimbit Oppo adalah berbeza dengan apa yang disiarkan dalam video itu.
Tinjauan Ismaweb mendapati sehingga berita ini ditulis, video yang dimuat naik pengguna facebook ‘Steven Hoh’ itu telah ditonton lebih 412,000 pengguna, manakala turut dikongsi lebih 25,000 orang.
Kesahihan video itu bagaimanapun dipertikai beberapa pengguna lain, yang meminta orang ramai tidak mempercayainya - sumber
Apabila MiM rujuk FB 'Steven Hoh', didapati bahawa video itu sudah ditarik balik oleh pemilik FB tersebut.
Yang disiarkan ialah pengakuan Steven Hoh yang mengaku bahawa video itu adalah tidak benar.
Tetapi, kebangangan pemilik FB ini tidak boleh dibiarkan sahaja memandangkan pembohongan beliau telah viral dan dikongsi lebih daripada 25,000 orang dan lebih daripada 412,000 telah menonton video palsu itu.
Yang semestinya akan mengundang pelbagai cercaan, maki hamun dan kritikan berbau perkauman di antara netizen. Yang bodohnya ialah ada pihak yang mengaitkan insiden di Low Yat dengan UMNO, satu tektik murahan pro-pembangkang yang sangat biadap dan tidak bertanggungjawab.
Malah DS Azeez Ibrahim telah datang ke tempat kejadian untuk menenangkan mereka yang hadir supaya tidak membuat kekecohan. MiM salute DS Azeez Ibrahim.
Persoalannya, Apakah Facebooker 'Simon Hoh' ini akan terlepas begitu sahaja?
Harap agar pihak polis dapat menyiasat perkara ini.
Anda baca sebab kejadian pergaduhan di Low Yat : Klik Sini