|
[Edisi...PANASSS] Bade Tidak Muncul Sebutan Cerai, Erma Fatima Beri Notis Amaran
[Copy link]
|
|
Kan. Memang aku tak boleh hadam ummah yang salahkan tuhan. Akai ada..pakai la. Berenti jadi manusia kalau taknak gune otak.
|
|
|
|
|
|
|
|
jantan klau bab kwen lain or curang trus claim ni semue ketentuan n takdir gituhhh...
bab lain xnk lak claim gituh... |
|
|
|
|
|
|
|
tapi skarang tengok pos2 aide ni macam diri die pulak teraniaya..tapi memang x suke cara aide ni..maybe die rase die dh menang coz dapat bagi anak kat bada
off topic : sebenarnya tak suka kalau dok asyik update pasai anak jer..lagi2 kalo anak sulung n baby, setiap masa nak update pasai anak. anak tgah makan,anak tgah mandi, anak baru bangun tido, anak menangis huhuhu..bkn awak sorang je ade anak... |
|
|
|
|
|
|
|
MatDeghem replied at 3-8-2015 11:33 AM
Tuhan juga yg di salahkan bukan rancangan saya.
tuhan yg rancang saya ikut aje.
sebagai ...
Pong setuju dgn komen ko |
|
|
|
|
|
|
|
Bade Diberi Notis Amaran Gagal Hadir Kes Cerai Dibuat Erma
Diterbitkan: Isnin, 10 Ogos 2015 4:11 PM
Oleh: MOHD AL QAYUM AZIZI
[email protected]
AMPANG: Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini pada Isnin terpaksa mengeluarkan notis amaran terakhir terhadap Bade Azmi selepas pengarah filem itu pada Isnin gagal hadir dalam kes permohonan cerai yang dibuat isterinya, Erma Fatima.
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin selepas peguam syarie yang mewakili Erma iaitu Jamal Lokman Mohd Sulaiman memohon agar pihak mahkamah tidak mengeluarkan waran tangkap dan mahkamah bersetuju hanya notis amaran dikeluarkan terhadap Bade.
"Plaintif meminta agar tidak dikeluarkan waran tangkap terhadap defendan dan ingin memberinya peluang untuk hadir pada sebutan seterusnya," ujar Jamal Lokman.
Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad turut tidak hadir pada sebutan kes tersebut.
Shaiful Azli menetapkan kes berkenaan disambung pada 27 Ogos depan.
Bade atau nama sebenarnya Badaruddin Azmi, 51, pada sebutan pertama kes berkenaan pada 11 Jun lalu turut gagal menghadirkan diri atas alasan tidak mengetahui permohonan dibuat Erma.
Erma Fatima (kanan) dan Bade
Sementara itu, Jamal Lokman ketika ditemui pemberita memberitahu dia tidak mengetahui secara jelas punca sebenar kegagalan defendan menghadirkan diri.
"Saya cuma dimaklumkan defendan berada di luar kawasan.
"Harap beliau dapat hadir pada sidang akan datang untuk memberitahu mahkamah sama ada bersetuju atau tidak dengan tuntutan dibuat plaintif," jelasnya.
Pasangan itu bernikah pada 30 November 1990. Mereka memiliki lima anak angkat iaitu Syamil Ikhwan, 22, Ahmad Arir, 20, Ahmad Aifin, 18, Citra, 13 dan Nurain berusia sembilan tahun.
Bagaimanapun pada awal 2014, Bade telah berkahwin dengan wanita bernama Aida berasal dari Pahang.
Hasil perkahwinan itu mereka mendapat anak lelaki hujung tahun lalu yang bernama Jihad, berusia enam bulan.
Terdahulu dalam satu temubual sebelum ini Erma dan Bade menafikan akan bercerai. Bade sebaliknya berkata dia masih sayangkan Erma.
Erma pula berkata dia boleh menerima hakikat hidup bermadu. |
|
|
|
|
|
|
|
Erma Fatima Tetap Mahu Cerai, Bade Enggan
Diterbitkan: Khamis, 27 Ogos 2015 4:19 PM
Oleh: MOHD AL QAYUM AZIZI
[email protected]
KUALA LUMPUR: Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini pada Khamis memerintahkan pengarah filem, Bade Azmi dan isterinya, Erma Fatima melantik jawatankuasa pendamai apabila kes perceraian mereka gagal diselesaikan.
Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin yang mengendalikan kes berkenaan membuat keputusan itu selepas Bade selaku defendan tidak bersetuju untuk menceraikan isterinya itu.
Erma selaku plaintif kes tersebut bagaimanapun tetap ingin meneruskan perceraian berkenaan.
Kes berkenaan yang difailkan Erma pada awal Mei lalu dibuat mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.
Shaiful Azli menetapkan 7 Oktober depan untuk kedua-dua pihak membawa wakil lelaki dari kalangan keluarga atau pun kenalan terdekat bagi proses berkenaan.
Jelasnya lagi, peranan wakil tersebut adalah untuk cuba mencari jalan penyelesaian dan menyiasat sekiranya wujud shiqa' (perbalahan berpanjangan) dalam rumah tangga mereka.
Bade berkahwin dengan isterinya baharunya, Aida pada awal 2014.
Jawatankuasa pendamai, dipengerusikan oleh seorang pegawai jabatan agama Islam bersama wakil-wakil yang dilantik oleh kedua-dua pihak, dibuat bagi membantu kedua-dua pihak dalam membuat keputusan dengan persetujuan bersama.
Terdahulu, pasangan berkenaan tiba bersama-sama ke mahkamah kira-kira pukul 2.30 petang.
Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad, 47, diwakili peguam Jamal Lokman Mohd Sulaiman manakala Bade tidak diwakili peguam.
Bagaimanapun usaha pihak media untuk mendapat komen pasangan berkenaan berhubung kes itu gagal selepas mereka bergegas pulang sejurus prosiding selesai.
Bade atau nama sebenarnya Badaruddin Azmi, 51, dan Erma bernikah pada 30 November 1990.
Mereka memiliki lima anak angkat iaitu Syamil Ikhwan, 22, Ahmad Arir, 20, Ahmad Aifin, 18, Citra, 13 dan Nurain berusia sembilan tahun.
Bagaimanapun pada awal 2014, Bade telah berkahwin dengan wanita bernama Aida berasal dari Pahang.
Hasil perkahwinan itu mereka mendapat anak lelaki hujung tahun lalu yang bernama Jihad, berusia enam bulan.
Terdahulu dalam satu temubual sebelum ini Erma dan Bade menafikan akan bercerai dan Bade menegaskan dia masih sayangkan Erma.
Erma pula berkata dia boleh menerima hakikat hidup bermadu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|