CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: blastoff

khurafat - guna garam untuk halau hantu dalam bangunan .

  [Copy link]
 Author| Post time 30-9-2010 11:22 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 30-9-2010 23:23
Bila masa aku cakap aku terima dia, aku tanya hang dgn hujah hang saja....
baghal Post at 30-9-2010 23:19


habis tu kau ingat terjemahan hadis sahih dan terjemahan Al Quran di buat oleh siapa kalau bukan ulamak muktabar ? Dan apabila manusia menerima nya maka tidak kah itu bermakna mereka menerima ilmu Quran yang diusahakan penyebarannya oleh ulamak muktabar sendiri ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2010 11:24 PM | Show all posts
Reply 535# salikin

yer. tentu tidak sama.

TETAPI, point utama sy ialah, bahaya meneroka alam ghaib, tak kira lah laduni ka, aura ka, kasyaf ka, apa2 saja.

sebab nak teroka alam ghaib nie, caranya adalah sama bg mana2 saja org tak kira kafir atau muslim, iaitu jalan rohani. menutup pintu2 nafsu.

selepas menutup pintu2 nafsu, semua org tak kira apa2 agama pun akan nampak ilmu ini. saudara ingat sami buddha tu niat jahat ka?

mmg depa kafir, tetapi jika kita berlaku jujur, kita akan dapati mereka jugak berniat baik, mungkin lebih baik dari kita dr segi akhlak.

tahukah anda pengasas agama bahai adalah seorang dari aliran sufism. berapa ramai org2 sufi, selepas mereka meneroka alam ghaib. mereka banyak berahsia.

ayah pin, antara ideologi beliau ialah, pluralism, dia banyak berkata ulamak2 islam menyembunyikan sesuatu...apa dia?

sy tidak mahu bercakap banyak tentang benda nie. yg pasti, menyibukkan dgn dgn kaedah2 meneroka alam ghaib bukanlah sesuatu yg elok, malahan berbahaya.

dan tindakanutk tidak menyibukkan diri kepada alam ghaib, walaupun dengan niat baik disokong oleh sunnah nabi sendiri.
nabi tidak pernah sibuk2 teroka alam ghaib, dan baginda hanya hidup secara manusiawi sahaja.

dan apabila berlindung kepada Allah dari kejahatan jin, zikir2 nya mudah dan tidak kompleks seperti yg kita nampak pada pengubatan tradisional.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2010 11:25 PM | Show all posts
Bila masa aku cakap aku terima dia, aku tanya hang dgn hujah hang saja....
baghal Post at 30-9-2010 23:19
Ni ada pembetulan dah di buat, baca semula wokeh

Itu lah yang pelik tu, harun din buat amalan langsung tak bersandarkan Quran Sunnah tapi kau tak persoal pulak amalannya tu walau sanad nya ke laut ke longkang ke tangki septik kan
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2010 11:28 PM | Show all posts
habis tu kau ingat terjemahan hadis sahih dan terjemahan Al Quran di buat oleh siapa kalau bukan ...
blastoff Post at 30-9-2010 23:22

Syiah pon ada ulama, wahabi ada ulama, tapi ulama muktabar hang tu ada sanad ka? bak mai aku nak tengok...mcmana kita nak beza ulama thaqut dan ulama muhakikin kalu takdak sanad sahih?
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2010 11:32 PM | Show all posts
Ni ada pembetulan dah di buat, baca semula wokeh  

Itu lah yang pelik tu, harun din buat ama ...
blastoff Post at 30-9-2010 23:25


Harun Din pon mungkin dah tido, bior la dia..masalahnya aku tanya ulama hang nih...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2010 11:32 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 30-9-2010 23:35
Syiah pon ada ulama, wahabi ada ulama, tapi ulama muktabar hang tu ada sanad ka? bak mai aku nak  ...
baghal Post at 30-9-2010 23:28
Tu dia! Alasan dia nak tolak kandungan Quran dan hadis sahih dengan mempertikaikan penterjemah pulak !

Bukannya dia nak tengok kandungan hadis dan ayat Quran yang di bawa tu tapi dia pertikai kan siapa penterjemahnya pulak dah !  Buktikan dulu yang saya ambil terjemahan syiah !

Tunjukkan mana dia yang syiah nya tu dalam terjemahan yang saya bawakan . Macam -macam cara mereka nak tolak penerangan saya . Very lame !
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-9-2010 11:36 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 30-9-2010 23:37
Harun Din pon mungkin dah tido, bior la dia..masalahnya aku tanya ulama hang nih...
baghal Post at 30-9-2010 23:32

Elok kau pi dodoi dia laa , tak payah nak attack kandungan Quran dan Hadis sahih pulak , buat cari dosa saja .
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2010 11:37 PM | Show all posts
Tu dia! Alasan dia nak tolak kandungan Quran dan hadis sahih dengan mempertikaikan penterjemah pul ...
blastoff Post at 30-9-2010 23:32

Confirm la hang cuma kucin jalanan (alleycat) saja...kiasan aku hang buat hujah...Al-Quran memang la sahih, tp jgn sebut saja, rujuk la ayat Allah yg tanya kpd sesiapa yg diberi kitab dan siapa yg menyampaikan..kalu penyampai tak sahih, mcmana huraiannya nak sahih!  

Jgn makan ikan goren, byk kolestrrol..otak tersumbat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-9-2010 11:40 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 30-9-2010 23:43
Confirm la hang cuma kucin jalanan (alleycat) saja...kiasan aku hang buat hujah...Al-Quran memang  ...
baghal Post at 30-9-2010 23:37


kau mampu berhujah dengan kiasan aje ? Alahai tak pelah saya maafkan kau , jelas sekali tak cukup hujah lah tu so kau merapu kok lain lah  .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2010 12:05 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 3-10-2010 08:36

Ada usaha nampak nya untuk menimbulkan kesangsian umat Islam pada kesahihan ilmu yang diperolehi dari membaca terjemahan ayat Quran dan hadis sahih dan saya nampak reason kenapa mereka berbuat gitu .

Selama ini banyak masyarakat Islam di M'sia bergantung sepenuhnya pada tok-tok guru untuk mendapat ilmu mengenai Quran dan Hadis dan mereka menerima bulat-bulat apa yang tok-tok guru ni ajarkan , sebab tu kita nampak dalam thread ni pun muncul banyak forumers yang seperti tak pernah pegang langsung terjemahan Al Quran dan Hadis Sahih !

Mereka termangu-mangu nak faham terjemahan ayat-ayat Quran dan Hadis Sahih yang saya bawakan seolah-olah macam susah sangat bahasanya padahal semuanya boleh di fahami secara literal , mudah dan terang maknanya lagi .

Cara brainwash sebilangan tok-tok guru di M'sia ni nampaknya berkesan mewujudkan golongan yang taksub pada tok-tok guru yang mengharapkan fatwa tok guru untuk kenal hukum Tuhan yang merasakan hanya ilmu tok-tok guru saja yang sahih .

Sebab itu apabila terdapat usaha untuk menyuruh masyarakat islam membaca sendiri terjemahan Quran dan Hadis-Hadis Sahih maka usaha itu cuba di cemari dengan mempertikaikan kesahihan ilmu yang didapati dari hasil membaca terjemahan tersebut .  

Kerana once masyarakat mendekati sendiri terjemahan Al Quran dan Hadis Sahih maka dengan pertolongan Allah akan nampak jelaslah ajaran karut-marut tok - tok guru seperti harun din tu semua ,  lalu usaha untuk mem brainwash masyarakat menjadi pak sanggup dan pak turut tok -tok guru akan pastinya ter jejas dan itu yang mereka hendak elakkan seboleh-bolehnya !

Allah yang memelihara Al Quran dan Sunnah maka Allah lah yang memelihara mesej yang terkandung dalam Al Quran dan Hadis-Hadis Sahih , oleh itu terjemahan Al Quran dan Hadis - Hadis Sahih mengandungi mesej Islam yang menjadi alat bantuan bagi mereka yang bukan berbangsa arab yang tidak mampu berbahasa arab , bagi membolehkan mereka access dengan mudah ilmu Islam yang terkandung dalam terjemahan Al Quran dan Hadis-Hadis Sahih itu,  agar mereka juga mampu mendalami Islam seperti bangsa Arab yang mahir berbahasa Arab kerana Islam adalah untuk semua bangsa berbagai bahasa dari seluruh dunia !  

So terjemahan Al Quran dan Hadis-Hadis Sahih adalah sumber ilmu yang tak ternilai yang perlu di baca dan di fahami isi kandungannya sendiri , dan jangan sesekali hanya bergantung pada penerangan berpilih mengenai Quran dan Hadis yang tok tok guru sampaikan .

Kerana tok tok guru yang ada kepentingan duniawi seperti harun din tu pastinya akan menyembunyikan ayat-ayat Quran dan Hadis-Hadis Sahih yang bakal mendedahkan ajaran karut marutnya ,dan dia tentunya hanya akan memfokus pada apa yang tidak akan membuka tembelangnya saja , sebab itu kita lihat penyokongnya banyak yang blur tak mampu memahami langsung isi kandungan ayat Quran dan Hadis Sahih yang saya bawakan di thread nih yang memperjelaskan kepincangan amalan harun din .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2010 12:41 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 1-10-2010 01:01

Allah sebaik-baik penolong dan Allah sebaik-baik pelindung, buka terjemahan Quran dan Hadis Sahih lalu mohon , harap serta yakin pada pertolongan Allah yang memiliki segala Ilmu agar Allah bukakan pemahaman yang jitu pada kita untuk kita memahami Islam dengan pemahaman yang sebenar-benarnya.

Bergantung pada Allah sepenuh-penuhnya , baca segala kitab karangan ulamak muktabar Islam termasuk terjemahan Al Quran dan Hadis Sahih , dan jangan mempersekutukan Allah dengan tok -tok guru dengan menyangka hanya tok-tok guru yang mampu memberi ilmu dan pemahaman itu ini .

Dan manusia yang faham bahasa Arab pulak termasuk tok-tok guru tu semua , jangan menyangka hanya dengan memahami bahasa Arab maka sudah melayakkan anda untuk menterjemah sendiri-sendiri Quran dan Hadis Sahih.... elok rujuk lah sama terjemahan ulamak muktabar noo walau dah faham bahasa Arab sekali pun , walau rasa diri tu mahir bahasa Arab sekalipun kerana anda tak semestinya mahir segala ilmu Islam dan mahir BM atau BI untuk menterjemah sendiri-sendiri pulak kan dari bahasa Arab ke BM atau BI !
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2010 01:27 AM | Show all posts
Reply 622# ussopp

selepas menutup pintu2 nafsu, semua org tak kira apa2 agama pun akan nampak ilmu ini. saudara ingat sami buddha tu niat jahat ka?

mmg depa kafir, tetapi jika kita berlaku jujur, kita akan dapati mereka jugak berniat baik, mungkin lebih baik dari kita dr segi akhlak.

Pertama sekali kita lihat dan hayati Dalil Al Quran Surah Surah: Al-Kaafiruun

1. Katakanlah: "Hai orang-orang kafir,

2. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.

3. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah.

4. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah,

5. dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah.

6. Untukmu agamamu, dan untukkulah, agamaku".




Walopon sami buddha itu baik di pandangan tuan, tetapi bagi Allah SWT baik dak? Sbb kapir disini bermakna ingkar dengan perintah Allah SWT mrk tidak mahu memperhambakan diri mrk kpd Allah SWT. Walo apa pon niat mrk saudara ingat mrk ini baikkah?



Niat bermaksud kehendak disertakan dgn kelakuan. Yaitu keadaan dan sifat hati, yang diliputi oleh dua hal, Ilmu dan amal. Ilmu itu mendahului amal. Dan amal itu mengikuti ilmu. Jadi sedara pikior ler....apa yang dikatakan niat...




   
tahukah anda pengasas agama bahai adalah seorang dari aliran sufism. berapa ramai org2 sufi, selepas mereka meneroka alam ghaib. mereka banyak berahsia.

Yake nih sedara ada bukti? kalo tade fitnah namanya...

Ini apa yang saya belajor Ilmu yang membetulkan Ibadah- fekah (Imam Malik, Imam Hanafi, Imam Syafi'e, Imam Hambali), Ilmu yang membetulkan Iktiqad- usuluddin ( Imam Abu Mansur Al Maturidi dan Abu Hassan As Syaari) dan Ilmu yang membetulkan akhlaq- tasauf (Imam Ghazali, Imam Junaid Al Baghdadi).  


ayah pin, antara ideologi beliau ialah, pluralism, dia banyak berkata ulamak2 islam menyembunyikan sesuatu...apa dia?

Maap belum penah jumpa dia jadi tak tau apa yang dibawak....


dan apabila berlindung kepada Allah dari kejahatan jin, zikir2 nya mudah dan tidak kompleks seperti yg kita nampak pada pengubatan tradisional.

setuju sangat....

Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2010 01:31 AM | Show all posts
Mana tuan mode kita, sunyi jer...nak tau gak pendapat tuan, bleh ke guna garam nih...garam pon byk j ...
baghal Post at 30-9-2010 23:16


Ya tak ya lama dia tak tegor kita nih dah tamo kawan ngan kita ka?....udah2la kan dah mintak maap jgn macam tuh...

Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2010 01:43 AM | Show all posts
Reply 631# blastoff

Sape yang mengajor miker membaca, mengira dan menulih..miker dpt ilham ka? atau ada yang mengajor? kalo yang mengajor miker tu apa gelaran dia? tok bohmau ke atau maharagu?
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2010 08:33 AM | Show all posts
Bila laaa.. nak habis isu nih.. Bagi orang yg berilmu masing2 boleh buat penilaian... cuma takut pada mereka jahil jer... tak pasal2 habis semua ustaz dikafirkannya...
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2010 09:55 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 1-10-2010 09:59
Pd saya, personally, saya bersetuju ngan pendapat Blastoff... samada betul atau tidak, saya bertawakal jer.

happydot Post at 30-9-2010 18:40


Dari kenyataan anda, kalau anda bersetuju anda kena mensyirikkan, menyesatkan atau meng-khurafatkan perbuatan tersebut.

Pada pandangan saya yg jahil agama ni, saya rasa perbuatan menabur garam tu adalah perbuatan yg syubhah, jadi lebih baik ditinggalkan dr dilakukan. Selebihnya, saya berserah jer la.... coz Dia je yg lebih tahu.
Maaf jika ada yg tersinggung... tapi dlm hal agama, lebih baik kita menyinggung perasaan orang dari kita yg tersilap membuat penilaian.


Pandangan anda ini pula menunjukkan anda berada di pihak yang berhati-hati (rasa-rasa shubhat). Saya nampak anda macam tak setuju tapi anda kata setuju. Ada beza yang ketara antara perkara shubhah dan perkara haram/sesat/khurafat.

Pada saya, saya tidak beramal dengan perkara yang saya tak tahu. Jadi saya tak guna garam untuk rawatan gangguan Jin. Oleh kerana saya tak pasti kemujaraban garam dalam rawatan berkaitan Jin, maka saya TAK juga putuskan hukum guna garam tersebut sebagai sesat/khurafat.

Saya tidak tahu apakah i'tiqad penggunaan garam itu dari perawat-perawat, jika mereka sekadar melakukannya sebagai ikhtiar menyampaikan kesan dari ayat Al-Quran, setahu saya perbuatan seumpama itu telah dilakukan oleh orang-orang yang solih, seperti bacaan pada air dan direnjiskan. Ia tidak semestinya garam atau air sahaja, selagi bahan tersebut bukan bahan terlarang.

Kenapa garam? Mungkin secara logik susah nak fikirkan. Mungkin juga boleh lihat perbuatan Nabi Ibrahim AS lontar/rejam/lempar ke arah Syaitan untuk hindarkan gangguan, maka Syaitan beredar dari tempat yang ada  gangguan tersebut. Kenapa garam? Tak semestinya garam kan? Batu pun boleh. Kalau pi lempaq batu kat bangunan tu takut pecah/rosak la pulak banguanan tu. Kenapa garam? Kalau guna buah tak boleh ka? Kalau guna buah nanti busuk la pulak tempat tu. Kenapa pulak bijian boleh? Banyak soalan daaa.... kenapa.. kenapa.. kenapa... biji tu bijian yang tak membusuk la kot! Susah pula nak bersihkan nanti....

Kenapa tak guna itu tak guna ini....? guna lah apa yang nak selagi i'tiqad tu betul, kalau tak guna pun tak salah. Jangan jadi orang yang tak berguna sudah lahh

Betul ke mesti garam? Cuba tanya perawat tu? Kalau depa kata mesti, baru kita boleh teliti lagi dalil apa yang depa pakai!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2010 10:02 AM | Show all posts
Tak ada di sebut langsung sudu dan garpu dalam memana hadis sahih so tak ada lah sudu dan garpu ! Jadi ia dianggap benda baru lah , kau nak was was lantak kau lah ! Was-was adalah kerja syaitan .  

Quran 7:201 Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa bila mereka ditimpa was-was dari setan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya.  


Kalau kau guna sudu dan garpu untuk halau jinsyaitan maka itu baru khurafat .
blastoff Post at 30-9-2010 23:05


bukan ke sudu dan garpu tuh benda baru? kenapa nak khurafat?
khurafat tuh kepercayaan karut...yakni kita percaya benda sudu dan garpu tuh mempunyai kuasa menghalau jin syaitan, baru lah jadi kurafat...


pasal garam tuh, mna ko tau diorg percaya garam tuh yang menghalau...xleh ke ko percaya yang garam tuh sebagai tanda tempat or kawasan sahaja dan kemudian meminta/memohon dari Allah supaya tidak diganggu lagi oleh jin/syaitan tuh?...meh aku nasihat sikit, bersangka baik lah sesama umat...kalau dah bersangsi terhadap sesuatu, apa kata pergi mendapatkan penjelasan dahulu sebelum kamu menjatuhkan hukum berdosa dan seterusnya mengkafirkan terus mereka...amalan Islam kah yang kamu lakukan ni? lainlah kalo perkara yang di lakukan itu memang terang2 haram contoh menyembah berhala, main nombor ekor, minum arak..

tak salah kalo ko pegi mendapatkan penjelasan tentang penggunaan garam dan lada hitam dari mereka, kalo mereka kata jin/syaitan nih takot kat garam n lada hitam nih...tnya la balik mana tau..dapat mana info..kalo mereka katakan garam dan lada hitam nih sekadar tanda kawasan yang mana mereka pohon perlindungan dari Allah...hah?! mcm mana tuh? nak tuduh mereka kafir dan buat perkara berdosa?

Kau ingat perlakuan Nabi ikut nasib ke ? Ish, ish awat fahaman kau sampai gitu sekali ? Nabi buat atau tak buat semua perkara di atur oleh Allah kerana Allah utuskan nabi untuk menyebarkan agamaNya so setiap inci perjalanan hidup Nabi semua di atur oleh Allah ! Bukannya bergantung pada nasib !



Maaf kalau ko salah faham...memang itu yang aku maksudkan, Allah dah aturkan dan buat ketentuan setiap perjalanan hidup Rasullallah. jadi ketentuan Allah di sini menemukan suatu amalan yg tidak pernah di amalkan oleh Rasulallah, tetapi tidak haram/berdosa...ianya contoh dan simbolik kepada semua amalan2 di dunia ni, mengatakan amalan yang tidak di lakukan oleh Rasulallah tidak semestinya haram/berdosa...


ya, memang di kawasan tempat nabi ada garam...dan tiada amalan penggunaan garam untuk menghalau jin/syaitan...jika dah tiada amalan tuh, mcm mana nak tinggalkan? kalo nak tinggalkan mestilah mengadakan amalan tuh dulu...lain la kalu dlu wktu zaman jahiliah mereka menggunakan garam untuk menghalau jin/syaitan dan bila tiba zaman Islam, Nabi tidak mengamalkan amalan tuh...itu barulah di sebut tinggalkan...jadi barulah terang dan jelas hukum haramnya...

Makhluk yang memiliki kemahiran secanggih itu kau boleh anggap akan takut kat garam lada ??!! Lagikan orang melayu pun tak pandai takut garam lada walau tak mampu bina bangunan dan mengharapkan orang kafir untuk bina Twin Towers , lagi mau anggap iblis syaitan umpama binatang daya pemikiran mereka kah?


isk2...jangan mengangkat makhluk jin/syaitan itu lebih tinggi dari manusia..makhluk yang mengangkat dirinya lagi tinggi dari Nabi Adam (seorang manusia) adalah iblis itu sndri...tidak mahu tunduk kerana merasakan dirinya lebih tinggi dari Nabi Adam yang hanya seorang manusia yang dijadikan dari tanah. Sedangkan Allah s.w.t pun menyuruh Iblis tunduk kepada Nabi Adam, jangan pula kau mengangkat mereka lebih dari manusia itu sendiri.

Dengan izin Allah ? Berangan tak sudah lah kau ni ye. Allah sendiri menetapkan iblis syaitan bebas bergerak dan bebas menghantar bala tenteranya kemana saja yang dia suka sebanyak mana saja yang dia suka  , so of course Allah takkan izinkan manusia mana pun untuk menghalau iblis dan bala tenteranya kerana itu melanggar ketetapan yang Dia sendiri dah tentukan .

Hanya Allah yang berhak menentukan ketetapan itu ini menurut kehendakNya, kau bukan Tuhan so kau tak berhak nak claim kata itu ini akan berlaku dengan seizinNya !



"Hadis Abu Hurairah r.a:
Nabi s.a.w bersabda: Apabila syaitan mendengar azan, dia akan lari bertempiaran sehingga tidak mendengarnya lagi. Setelah azan selesai, dia kembali lagi untuk menghasut. Begitu juga apabila mendengar iqamat. Dia akan lari sehingga tidak mendengarnya lagi dan sebaik sahaja iqamat selesai, dia kembali sekali lagi untuk menghasut.

HADIS : RIWAYAT MUSLIM"

boleh jer kot nak halau. tapi dengan ko katakan begini :
"so of course Allah takkan izinkan manusia mana pun untuk menghalau iblis dan bala tenteranya kerana itu melanggar ketetapan yang Dia sendiri dah tentukan "
tidakkah kamu memfitnah Allah dengan mengatakan Allah takkan mengizinkan manusia mana pon menghalau.

Memanglah aku kata dengan izin Allah...bila dah dapat izin Allah, perkara apa2 pon akan terlaksana...kalo aku xkata dengan izin Allah, dengan izin sapa lagi? adakah ko xpercaya dengan izin Allah baru semua perkara akan terlaksana?


p/s: bagi aku baek ko pegi dapatkan penjelasan dari mereka2 yang mengamal kan nih macam mana pengamalan mereka dan kepercayaan mereka terhadap penggunaan garam dan lada hitam, dari mana pengetahuan tentang perkara nih mereka dapat sebelum membuat suatu pertuduhan dan menjatuhkan hukum kafir dan berdosa.

dan tak salah jugak kalo kamu mahu beri peringatan dekat forum nih, tapi cara kamu beri peringatan dengan menuduh pihak lain itu yang x sesuai...boleh sahaja kamu katakan kamu khuatir dan hanya beri peringatan dan kemudian bentang hujah2 kamu yang mengatakan tiada penggunaan garam or lada hitam pada zaman nabi..kalo kamu cakap mcm nih, aku pon boleh terima...yang aku tak boleh terima, kamu terus menjatuhkan hukum seolah2 kamu tahu amalan mereka 100% dari awal smpai abes...mcm aku ckp td, kalo garam or lada hitam tuh sebagai tanda kawasan sahaja untuk memohon perlindungan Allah. mereka tak percaya garam dan lada hitam tuh yang menghalau, tetapi mereka percaya perlindungan dari Allah. tetapi kamu dah buat tuduhan dan memfitnah mereka di sini...kalau benar perkara ini, mahukah kamu pergi memohon maaf kepada mereka?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2010 10:23 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 1-10-2010 10:31
    Saya bukan ajak kau ikut kefahaman saya. Saya ajak ikut panduan Ulama. Oppsss... kalau berbeza ....maaflah....

mnm77 Post at 30-9-2010 12:08


Harun Din seorang ulama kah pada kau ? .....   

Kau sesekali tak mahu menyesatkan amalan harun din menghalau jinsyaitan yang jelas kesesatannya berdasarkan cukup banyak Ayat Quran dan hadis Sahih , maka kau sebenarnya menganggap harun din itu ulama yang amalannya menjadi pedoman untuk mengenal kesesatan atau kebenaran !

So jelas sekali kau tidak berpandu pada Quran Sunnah sebaliknya kau berpandu pada amalan tok guru a.k.a "ulama" seperti harun din tu walaupun kau nafikan tapi dah jelas kau enggan menyesatkan amalannya tu malah berulang kali kau menghalalkan amalannya tu atas dasar "ikhtiar" .

Ohh yyaaa... anda tak perlu ikut Ulama? Silakan... jika anda tak perlu panduan Ulama maka maksud 'kita' kat situ ialah untuk mereka yang menjadikan Ulama sebagai pewaris Nabi, bukan untuk anda yang baca terus terjemahan Al-Quran dan Hadith lalu terus menghukum....(hehe kau terjun lubang biawak ke lubang ular ke aku pun taknak ikut!)

mnm77 Post at 30-9-2010 12:08


Semua buku-buku Islam dalam bahasa malaysia yang ada di pasaran di seluruh M'sia tak kira di tulis oleh sesiapa pun semuanya mengandungi terjemahan Al Quran dan Hadis Sahih , hattakan kitab Al Umm Fi Al Fiqh terjemahan dari karangan imam syafie pun mengandungi terjemahan Quran dan Hadis Sahih malah terus dinyatakan isi kandungan hadis aje dengan dirujukan hadis sahih bukhari, muslim etc  tanpa di sertakan nama-nama rawi hadis berjela-jela !

Kalau kita dengar ceramah ustaz-ustaz di merata masjid di seluruh M'sia  lagilah depa petik macam tu saja terjemahan Quran dan Hadis Sahih dalam ceramah mereka !

So kalau kau menyatakan apabila membaca terjemahan Quran dan Hadis Sahih tak boleh menghukumkan kafir sesiapa yang Allah sendiri labelkan sebagai kafir , maka kau menyatakan isi kandungan terjemahan Al Quran dan Hadis Sahih tak boleh di jadikan sandaran untuk memahami hukum Allah !

Kalau lagu tu kau kena tolak seluruh buku-buku Islam di pasaranlah dan jugak segala ceramah agama di seluruh M'sia kerana kesemuanya menjadikan terjemahan Quran dan Hadis Sahih sebagai sandaran penulisan dan penerangan mereka !

Tak boleh berhukum dengan nya makna tak boleh guna langsunglah , kalau sekadar baca saja kemudian tak boleh mengikut apa yang di baca maka itu bermakna terdapat penolakan pada apa yang di baca !

Hanya orang kafir saja yang sanggup membaca terjemahan Quran dan Hadis Sahih dalam keadaan buta dan tuli dengan hati yang tak mahu mengikut ! Kau nak ajak saya jadi kafir ??
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2010 10:26 AM | Show all posts
Post Last Edit by tokwan_jantan at 1-10-2010 10:28

isu yg dibawakan ialah... penggunaan garam, air dan lada hitam dlm 'amalan' penghalauan makhluk halus (jin) itu satu khurafat... yg kedua, kaedah ini juga dikatakan mirip amalan yg dilakukan dlm agama Kristian, dan amalan sebegini juga dilakukan oleh pengamal2 magis/sihir... TT membuat kesimpulan... kaedah yg diamalkan oleh Ust. Haron Din dan sekutu2nya menyimpang dari landasan agama... perlu dibasmi, dihentikan demi memelihara akidah masing-masing... begitu!

ada dua pihak dalam isu ini, satu yg menyokong dan yg menentang... kalau dari segi hujah, (ikut dari aspek debat)... hujah mesti ada fakta sebagai sokongan, dan hujah akan dianggap diterima selagi tidak dipatahkan... sepanjang yg saya ikuti, hujah dan fakta yg dibawakan oleh tt tidak dapat dipatahkan oleh pihak yg menentang... pihak yg menentang, dilihat tidak mengemukakan hujah dan sokongan yg bersifat ilmiah... jadi, dari segi perdebatan, tt adalah pemenangnya... namun begitu, dlm hal agama, menang berhujah bukan bermaksud kita di pihak yg benar... kita menang mungkin kerana belum ada orang yg berjumpa dgn hujah dan fakta yg kukuh (begitu saja)...

di pihak yg menentang,... selagi anda tidak berjumpa dgn hujah dan fakta yg kukuh, anda perlu menerima hujah yg dikemukakan oleh tt... maka, anda perlulah menghentikan amalan tersebut sehingga ada hujah + fakta yg merasionalkan amalan tersebut boleh digunakan tanpa bersalahan dgn agama... biarpun amalan itu dianjurkan oleh seorang yg kita anggap tokoh agama yg besar dlm masyarakat... kerana agama itu bukan ketentuan oleh tokoh berkenaan... bukan tokoh yg perlu kita perhatikan tetapi apa yg disampaikan itu yg perlu kita perhalusi/timbang2kan! biarpun dia guru kita, yg betul kita ambil dan amalkan, yg salah jangan kita terima... bukankah kita semua diberikan akal untuk berfikir!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2010 10:53 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 1-10-2010 11:20

http://www.islam.gov.my/e-rujukan/lihat.php?jakim=773

4.4.3 Penerbitan Berkaitan Dengan Perkara Ghaibiyyat dan Mimpi Yang Dilarang
(b) Semua penerbitan yang menggambarkan perkara-perkara ghaibiyyat secara terperinci, sedangkan ianya tidak terdapat dalam al-Quran atau al-Hadith.

Contohnya:
(i) Memaparkan kisah-kisah mimpi seorang yang dapat melihat keadaan seksa di alam kubur, keadaan di Syurga dan Neraka.

(ii) Memapamerkan bentuk makhluk halus.

(c) Semua penerbitan yang memaparkan pengalaman seseorang berkomunikasi atau bertemu dengan makhluk-makhluk ghaib.
Contohnya:
(i) Memaparkan kisah-kisah perkahwinan di antara manusia dengan jin dan orang bunian.






-----------------------------------------------------------------


Bukan kah penerbitan yang terpampang di website harun din (darussyifa) seperti yang saya pastekan kembali dibawah ni yang memperkatakan berkenaan harun din boleh komunikasi dengan jinsyaitan, kemudian harun din boleh pindahkan jinsyaitan guna frekuansi sana sini bertepatan dengan penerbitan yang dilarang JAKIM kat atas ni ???




KISAH USTAZ HARON DIN PINDAHKAN JIN MENGGUNAKAN BAS ADALAH TIDAK BENAR     
http://www.darussyifa.org/modules.php?name=News&file=article&sid=9  

Masih kedengaran di seluruh negara yang memperka takan kehebatan Dato’ Dr Haron Din ‘memindahkan’ jin dari sebuah kawasan ke tempat lain menggunakan beberapa buah bas.

Kata Ustaz Haron yang juga pengamal perubatan alternatif Islam, perkara ini sudah lama timbul dan berlaku agak lama, ia ber kaitan bantuan dan khidmat beliau kepada Universiti Kebangsaan Ma laysia (UKM) pada 1980-an.

Pada hari kejadian kata nya, berlaku histeria ataupun fenomena rasuk di kalangan pelajar dan pekerja di UKM. Puncanya dikaitkan dengan dua pokok besar yang condong ke bangunan Canselori. Kontraktor tidak berani tebang. tetapi akhirnya beliau mengambil kepu tusan menebang sendiri dan seterusnya membakar pokok tersebut.

“Makhluk halus yang mendiami pokok tersebut mengamuk kerana mereka mendakwa bahawa itu adalah tempat  kedia mannya. Saya berjaya mententeramkannya dengan pertolongan Allah dan kea daan menjadi elok selepas itu,” kata Ustaz Haron Din.

Begitu juga katanya, dengan satu kejadian yang ada hubung kait dengan dua pokok besar lagi di UKM yang tidak sanggup ditebang kontraktor wa laupun ditawarkan harga tiga kali ganda. Kedua-dua pokok tersebut jika ditumbangkan akan terkena tiang elektrik dan juga landasan kereta api KTM berhampiran.

‘Pihak UKM memanggil saya untuk menebangnya. Saya bersetuju dengan dua syarat iaitu tidak menerima sebarang upah dan minta pihak UKM menghubungi pihak KTM menangguhkan seketika perjalanan kereta api dan TNB harus pastikan tidak berlaku pintasan elektrik.”

Memandang pokok besar itu berhampiran sebuah kuil Hindu, seorang sami memberi amaran agar beliau tidak menebang pokok tersebut. Jika tidak dakwanya, akan berlaku malapetaka atau menye babkan kematian orang -orang di sekitar.

Ustaz Haron tidak men jawab amaran itu, sekadar berkata: “Saya tetap akan tebang pokok ini dan saya tidak mahu perkara tidak baik berlaku.”

“Saya tebang sendiri dengan seorang pembantu menggunakan ‘jigsaw’ (gergaji berantai). Memang benar ada keganjilan pada pokok itu kerana ia tidak tumbang pada mulanya walaupun nampak hampir putus. Setelah menggu nakan kaedah tertentu, akhirnya ia tumbang juga,” katanya.

Dua kejadian ini katanya disaksikan hampir 200 orang. Ada yang mendak wa membantu beliau memindahkan makhluk halus itu menggunakan kenderaan dan melepas kannya ke Pulau Pinang. Ada juga yang mendakwa, nampak makhluk halus itu dalam has dan menga kibatkan bas tersebut menjadi berat.

Tidak benar sama sekali cerita itu. Saya memindahkan jin menggunakan kaedah tertentu dan saya berjaya berhubung dengan jin tersebut menggunakan kaedah ‘frekuensi’ dan akhirnya jin-jin tersebut bersetuju untuk berpindah,” katanya.

[(Petikan dari Akhbar Harakah Bil. 1333 (16-30 April 2007)]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 06:39 PM GMT+8 , Processed in 0.070092 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list