CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kirawang

USAHAWAN UNIT TRUST PUBLIC MUTUAL

[Copy link]
 Author| Post time 7-11-2010 09:00 PM | Show all posts
cukup dulu..dah penat....nanti saya tempek semua kat facebook..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2010 01:05 AM | Show all posts
Reply 598# kirawang


    sbb kwn ni mmg suke observe harga..so, die suruh masuk PIOF...tpi nanti agent provoke suh masuk ni la tu la..trus aku xnak masuk...tgh mencari agent kt area semenyih...ada sepupu kt kawasan kampung tpi mcm jauh malas nak sign bagai
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2010 07:21 AM | Show all posts
article menarik utk dishare..
......................................................................................

Kuasa beli kita merosot

Oleh AINUL ASNIERA AHSAN
[email protected]

KUALA LUMPUR 7 Nov. - Kerajaan diminta melihat secara serius kemerosotan kuasa membeli di kalangan rakyat Malaysia yang semakin membimbangkan di tengah-tengah kejatuhan dolar Amerika Syarikat (AS) , sedangkan penyusutan mata wang paling berpengaruh di dunia itu sepatutnya memberi faedah kepada nilai ringgit.

Pengurus Kanan Kumpulan TA Investment Bhd., Alsetdek Al Haj Ali berkata, ini kerana penurunan kuasa beli itu menjadi petunjuk kepada ketidak seimbangan ekonomi, kemajuan dan kemakmuran dalam sesebuah negara.

Beliau berkata, Malaysia menggunakan indeks inflasi yang terdiri daripada barangan kawalan dalam menentukan kestabilan ekonomi negara sedangkan kuasa beli adalah petunjuk sebenar.

Menurut beliau, secara rasionalnya apabila nilai ringgit meningkat, sepatutnya keupayaan untuk berbelanja di kalangan rakyat Malaysia lebih besar.

Bagaimanapun, katanya, keadaan itu tidak berlaku, sebaliknya kemerosotan kuasa beli semakin terjejas sejak kebelakangan ini.

''Persoalannya mengapa rakyat kita tidak dapat menikmati kelebihan kenaikan nilai ringgit berbanding dolar AS dalam kuasa beli?.

''Jadi, mengapa kita perlu gembira apabila kejatuhan nilai mata wang, walhal nilai ringgit semakin tidak dirasai,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Beliau berkata, tahap kuasa beli di Malaysia terlalu berbeza berbanding di Amerika Syarikat kerana sekurang-kurangnya rakyat negara itu masih berpeluang membeli lebih banyak barang di pasar raya walaupun nilai mata wangnya menyusut.

''Sepatutnya kuasa membeli di kalangan rakyat AS lebih sukar kerana mata wang mereka tidak memberi apa-apa makna, tambahan pula negara itu adalah negara pengimport tetapi mengapa mereka terus menikmati kuasa membeli?

''Jawapannya adalah model ekonomi negara itu jauh berbeza dengan Malaysia walaupun kita dalam proses ke arah itu.

''Di negara maju, lebih banyak rakyat berbelanja bagi barang tertentu, lebih murah harganya tetapi di Malaysia lebih banyak barangan tertentu dibeli, harganya boleh meningkat. Itu bezanya dan ia perlu diberi perhatian oleh kerajaan,'' katanya.

Sebab itu, katanya. rakyat Singapura masih boleh menikmati harga teh tarik S$0.80 secawan pada nilai mata wang mereka tetapi di Malaysia harga bagi minuman itu terus meningkat daripada RM1.00 kepada RM1.50 hingga RM1.80.

Singapura masih mampu mengekalkan nilai mata wangnya kerana strategi monetari negara itu yang meningkatkan dolar Singapura.

''Sebab itu, walaupun berlaku kenaikan dalam dolar Singapura, kuasa membeli di kalangan rakyatnya tidak terjejas, seperti di AS, tambahnya.

Berikutan itu, katanya, kerajaan perlu mengatasi masalah ini dengan segera kerana sekiranya dibiarkan ia boleh mengundang kepada ketidakstabilan ekonomi isi rumah tempatan.

Tegas beliau, kerajaan sepatutnya turut melakukan pemantauan barangan bukan kawalan yang sebenarnya menjadi barangan asas keperluan dapur, selain barangan kawalan.

Jelasnya, ia penting kerana barangan asas yang diperlukan untuk menjalani kehidupan seharian telah menunjukkan peningkatan melebihi 100 peratus.

''Kalau dibandingkan dengan tepung, berapa banyaklah yang digunakan oleh isi rumah berbanding keperluan seperti sabun mandi dan sabun basuh,'' ujarnya.

''Tiada ada gunanya kita bersorak kerana nilai ringgit lebih tinggi berbanding dolar AS, jika nilai ringgit tidak membawa apa-apa makna kepada rakyat.

Katanya, dengan pendapatan sebanyak RM3,000 dan tinggal di Kuala Lumpur, jumlah gaji itu sudah tidak memberi sebarang makna kepada pekerja.

Sebaliknya, dengan gaji tersebut, pekerja yang tinggal di Kuala Lumpur boleh dikategorikan sebagai penduduk miskin kerana kos hidup yang tinggi dan penyusutan kuasa membeli.

''Apa yang anda boleh beli dengan RM100 di pasar raya sekarang kerana harga ikan pun sudah berbelas ringgit untuk setiap kilo, begitu juga dengan sayur, hampir semua barang naik,'' katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2010 07:26 AM | Show all posts
Reply 622# kalkeat


    Biasanya consultant recommend baisanya kerana ada reason tersendiri. contohnya PIOF ni mmg fund yang consistent, dan antara fund islamic  yang bagi keuntungan yang tinggi. (tp PIOF sekarang dah ditutup)

Dan kalau u nakkan fulltime consultant area semenyih yang comitted saya boleh rekomenkan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2010 07:28 AM | Show all posts
Bursa Mingguan: Dorongan transformasi ekonomi
Oleh Kaladher Govindan

2010/11/08
Keyakinan pelabur terhadap ETP bakal saksikan lonjakan Bursa Malaysia

BURSA saham tempatan mengekalkan keuntungannya untuk enam minggu berturut-turut minggu lalu, sekali gus melonjakkan indeks penanda aras, Indeks Komposit Kuala Lumpur, FTSE Bursa Malaysia semakin menghampiri paras tertinggi. Pelabur terus membeli saham mewah manakala saham murah daripada sektor perladangan dan hartanah menarik minat pelabur runcit yang mula membuat kemunculan semula. Minggu lalu, KLCI naik 6.08 mata, atau 0.4 peratus untuk ditutup pada 1,511.74 mata, dengan Genting Bhd naik 24 sen, Sime Darby (+10 sen), Public Bank (+6 sen) dan BAT (+ RM1.48).

Purata dagangan harian kekal kukuh pada 1.27 bilion saham bernilai RM1.54 bilion, berbanding 1.25 bilion saham bernilai RM1.79 bilion pada minggu terdahulu.

Kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam dua pilihan raya kecil minggu lalu, khususnya di Galas dengan mengambil alih kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu daripada PAS, menunjukkan usaha Kerajaan Persekutuan menawan hati akar umbi kini berjalan lancar.

Kembalinya pengundi Cina dalam pilihan raya itu memperlihatkan sokongan ke atas Program Transformasi Ekonomi (ETP) kerajaan yang disifatkan sebagai menyeluruh untuk semua kaum, meskipun adanya beberapa isu yang masih lagi belum diselesaikan di kawasan itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada Mesyuarat Agung UMNO lalu, memberi bayangan kepada jentera pilihan raya parti Melayu terbesar Malaysia itu untuk sentiasa berada dalam keadaan bersedia.

Tanpa mengira apa pun keputusan daripadanya, implikasi terhadap pasaran adalah positif.

Pilihan raya berkenaan akan menjadi penggerak penting bagi menjana semua projek yang tertangguh sebelum ini untuk BN menawan semula hati penduduk luar bandar, sekali gus menambah peluang yang lebih baik bagi mendapatkan semula majoriti dua pertiga kerusi di Parlimen, serta menawan semula negeri yang dikuasai pembangkang.

Ketegasan menggerakkan agenda ekonomi, meskipun masih difokuskan terhadap projek mega di sekitar Lembah Klang dan langkah transformasi menjadi negara membangun menjelang 2020, meraih perhatian pelabur asing dan tempatan.

Jangkaan positif mengenai prospek pertumbuhan ekonomi dan unjuran positif nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), dijangka menyumbang ke arah peningkatan pergerakan masuk mata wang asing ke negara ini, dan ini disifatkan penggerak penting untuk FBM KLCI melepasi paras halangan 1,600 mata tahun depan.

Pengukuhan mata wang utama dunia yang lain termasuk ringgit, memperlihatkan ia tidak terhalang dengan langkah Rizab Persekutuan AS pada minggu lalu yang menyuntik sejumlah AS$600 bilion ke dalam sistem kewangannya untuk menghidupkan semula ekonominya.

Lebihan kecairan itu seharusnya akan bergerak ke dalam aset yang boleh menjana keuntungan di seluruh dunia dari segi nilai dagangan, termasuk pasaran Malaysia yang mana pembabitan ekuiti asing masih lagi rendah, iaitu 21 peratus.

Menerusi daya penarik laporan dalam dan luar negara berkenaan, jangkaan indeks penanda aras tempatan melepasi halangan paras tertingginya, iaitu 1,525 mata minggu ini amat cerah.

Dana berkaitan kerajaan dijangka menyediakan sokongan belian, jika berlakunya sebarang tekanan jualan, menjelang penyenaraian Petronas Chemicals bulan ini yang mana penetapan harga tawaran awam permulaan (IPO) akan diputuskan Khamis ini.

Harga saham sektor perladangan, pembinaan dan perumahan dijangka akan terus menarik perhatian pelabur berikutan peningkatan harga saham minyak sawit mentah serta jangkaan pemberian kontrak kerja dari pelbagai projek mega yang digariskan dalam ETP.

Selain itu, saham dalam sektor minyak dan gas akan terus menarik perhatian susulan peningkatan pergerakan harga minyak mentah yang akan mencecah paras AS$90 setong.

Kesimpulannya, aliran petunjuk yang memberangsangkan akan mengimbangi situasi lebihan belian di KLCI yang berkemungkinan wujud buat sementara waktu, khususnya dalam persekitaran luar yang kukuh berikutan saham pasaran global dan komoditi yang kini semakin pulih dengan optimis berlakunya sesi kedua pengurangan kuantitatif dari AS yang akan mengurangkan nilai dolar untuk menjana pertumbuhan.

Pemulihan pasaran global akan mencetuskan pendorong buat pasaran tempatan berada atas paras tertinggi 1,524 yang dicatatkan 14 Januari 2008, dan ia dijangka awal minggu ini.

Justeru, jika berjaya melepasi paras itu, paras halangan baru KLCI adalah pada 1,550 atau 1,560 mata
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2010 07:41 AM | Show all posts
Motivation story..

Up close with HELP founder Paul Chan
By ELAINE ANG
[email protected]


DATUK Dr Paul Chan never imagined the vision he shared with his wife Datin Low Kam Yoke to help people to better their lives through education would result in such a successful and profitable venture.

HELP International Corp Bhd, the brainchild of Chan and Low, is now one of the most well-known educational institutions in the country.

“I cannot believe what is happening to HELP now. My wife and I plunged into a venture that we knew nothing about – we never knew what HELP would become, whether it would survive even.

“We just did what we believed in. We never pursued profit or thought about how much money to make. It all happened from honest hard work,” says HELP president and co-founder Chan.

“If we had thought about the money then we may not have been so successful – the driving force would have been different. The sacrifices would have been different.”

Things were very tough for the husband and wife team when they first started HELP back in 1986 with just RM25,000 capital.

Chan also left a very successful teaching career in Universiti Malaya.

HELP started business in a small shoplot with only two classrooms in Kampung Attap, Kuala Lumpur teaching the BSc Economics external programme from the University of London.


A closer look at the proposed new campus.

“We did not have salaries – the few of us were paid little and for some months could not be paid immediately,” Chan reminisces.

To Chan, the name HELP is very apt as it signifies the helplessness in the world.

It is also the acronym for higher education learning programme and now higher education learning philosophy.

Chan, himself, has a thirst for knowledge since childhood.

“I love to study. During the school holidays, I would feel sad as I missed school and my friends. Being so poor, I used to sleep in the kitchen and my bed was made of books.

“I went to a school for drop outs for my primary education and after that to private school, Methodist afternoon school for my secondary education.

“However, I wanted to go to a better school – Methodist Boys School (MBS) – and I persevered and managed to get into MBS in Form 6,” he says.

He, then, pursued his higher education in various prestigious universities such as Universiti Malaya, Mc Master University in Canada and the Australian National University.

Chan had a difficult childhood.

He came from a large family of nine and lived in the slums of Pudu which had no electricity, water and toilets.

He was born in Kuala Lumpur and the second youngest in the family.

His father was a petition writer and operated on a five foot way on Jalan Mountbattern (now Jalan Tun Perak) with a typewriter and a bench where he typed letters for people.

“I lived with my aunt until I was about 10 years old.

“My mother became ill after she had me and according to Chinese belief it could be because I did not bring good luck so my father’s sister looked after me instead to change the luck,” Chan says.

He helped his aunt to man a small counter in Pudu selling loose cigarettes and sweets.

“My aunt was a very strict, austere and proud person. That was where I got my values – discipline, being independent, frugal and hard working – from,” he says.

When Chan was 11 years old, he would look after his father’s typewriter every afternoon.

“We were so poor that every other month he had to pawn his typewriter. I lived in the slums of Kuala Lumpur until I was 18 or 19 years old,” Chan says.

His life experience has taught him to be a self driven and independent person and to always make do with what he has.

“My biggest assets are that I have very strong self discipline and I don’t miss many things in life because I have very little attachments due to my upbringing,” he explains.

Being so self driven has its disadvantages as Chan admits.

“I expect a lot from people. I can be impatient with people who cannot perform. I critique things and am always dissatisfied with the status quo,” he says.

To Chan, success comes from having a great partnership with his wife who is HELP’s chief executive officer and co- founder.

“She is my mentor. My wife influences my life. She builds my moral character and tells me to count my blessings. I always consult her in everything I do.

“She provides the guiding principles. She is a strong complement to me as I am more of a conceptual visionary while she is a detailed financial person. This enables us to specialise in what we do best,” he says.

Chan remembers how scared and devastated the family was when they found out that Low had an aneurysm on both sides of her brain in 2001.

“She had only an 18% chance to live. The first operation took over eights hours. We went to Bangkok for the second operation. It was a miracle everything turned out fine.

“My life and my children’s have never been the same again. To us life is to be enjoyed and above all to be appreciated and grateful about,” he says.

Chan and Low have two children – Juliet and Adam. Both are also involved in the business.

“I have four grandchildren aged four years to three months. I always enjoy my time with them and look forward to seeing them.

“I missed seeing my children growing up as we were struggling to make a living. Now it is a second experience,” he says.

He also enjoys music, movies and reading in his free time.

After having achieved so much, what else is in store for HELP?

“We hope to build a robust succession plan – to have people who can take over from us and continue the mission to help people succeed in life and live a life of significance through education.

“If that mission is violated then the real purpose of HELP is gone,” Chan says.

On the standard of education in the country, Chan feels it is only mediocre.

“There is a lot of scope to improve especially in the teaching aspect. All my teachers did not have degrees but they loved education and what they did.

“They did not choose to teach because they could not get other jobs. Despite having high qualification and access to so much knowledge now, there is a lack of curiosity, commitment to self improvement and caring attitude,” Chan says.

“If young people are not given quality education then how can they compete with a few 100 millions in Asia who have good education.

“Only good education and training can help a country to progress.

“We must have a culture of performance and meritocracy. If a country is not driven by meritocracy and competitiveness – and this can only come from education – then the future is not very bright.”
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-11-2010 07:09 AM | Show all posts
Indeks berpotensi uji halangan 1,600 mata tahun ini

PASARAN saham Malaysia merekodkan paras penutup tertinggi dalam sejarah didorong aliran cergas dana asing ke pasaran tempatan berikutan jangkaan prospek pertumbuhan ekonomi yang lebih cerah, pulangan lebih tinggi berbanding pasaran negara maju serta peningkatan berterusan nilai ringgit. Pada penutup semalam, Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) meningkat 8.1 mata atau 0.54 peratus kepada 1,519.84, mengatasi paras penutup tertinggi sebelum ini iaitu pada 1,516.22 mata yang dicatat pada 11 Januari 2008. Susulan itu juga, pasaran tempatan hari ini dijangka berpotensi menguji paras pergerakan tertinggi harian yang dicatat pada 14 Januari lalu iaitu 1,524.68 mata.

Penganalisis turut menjangkakan arah aliran positif itu akan berterusan sehingga suku pertama tahun depan sejajar dengan keyakinan pelabur terhadap program pembaharuan ekonomi yang sedang dilaksanakan kerajaan.

Mereka berkata, sentimen pasaran yang lebih positif itu turut disumbangkan daripada peningkatan harga saham perladangan di tengah-tengah kerancakan kenaikan harga minyak sawit mentah.

Harga niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh dua tahun semalam di tengah-tengah kekurangan bekalan akibat banjir dan peningkatan harga minyak soya di China.
Kontrak MSM bagi Januari 2011 naik RM83 kepada RM3,273 setan semalam, paras yang tidak pernah dicapai sejak 18 Julai 2008.

Ketua Penyelidikan di TA Securities, Kaladher Govindan, berkata aliran dana asing yang ketara itu juga akan menjadi pemangkin penting untuk FBM KLCI mengatasi paras rintangan 1,600 tahun ini.

Beliau berkata, langkah kerajaan Amerika Syarikat (AS) menyuntik dana bernilai AS$600 bilion bertujuan merangsang ekonomi negara itu dijangka mencetuskan gelombang kedua aliran dana ke pasaran ekuiti global.

“Lebihan kecairan ini memaksa dana asing itu mencari aset berkualiti di seluruh dunia untuk dilaburkan. Dalam aspek ini pasaran tempatan yang mana penyertaan pelabur asing dalam pasaran ekuiti masih rendah iaitu pada 21 peratus, tidak terkecuali,” katanya.

Katanya, jangkaan aliran berita positif dari dalam dan luar negara juga dijangka mendorong peningkatan harga saham minggu ini.

MIDF Research dalam nota penyelidikan berkata, pasaran ekuiti Asia menerima aliran dana tertingginya dalam tempoh dua bulan pada minggu lalu.

“Dianggarkan sejumlah AS$4.7 bilion dana asing membeli ekuiti di pasaran Asia minggu lalu, meningkat daripada AS$3.5 bilion minggu sebelumnya,” katanya.

Firma penyelidikan itu berkata, keadaan pasaran juga menampakkan petanda positif untuk terus mempamerkan prestasi yang baik minggu ini sejajar dengan sentimen positif pasaran ekuiti seluruh dunia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2010 07:56 AM | Show all posts
Lonjakan bersejarah bursa

Oleh NORLAILI ABDUL RAHMAN
[email protected]

KUALA LUMPUR 9 Nov. - Pasaran saham tempatan hari ini terus cemerlang apabila indeks penanda arasnya mencatatkan paras tertinggi baharu dalam sejarahnya, didorong oleh prospek pertumbuhan tinggi dan aliran cergas dana asing memasuki Bursa Malaysia.

Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) menokok 6.69 mata kepada 1,526.53 berbanding 1,519.84, semalam.

Selepas meningkat selama enam minggu berturut-turut, FBM KLCI, semalam ditutup mengatasi paras tertinggi yang dicatatkan pada Januari 2008 apabila mencecah paras 1,516 mata.

Pengarah Eksekutif Urusniaga Jupiter Securities Sdn. Bhd., Nazzary Rosli berkata, pasaran modal tempatan kini berada dalam dimensi baharu yang memungkinkan terciptanya satu penanda aras baharu.

"Paras hari ini menjadi persoalan kepada semua kerana ia merupakan satu persimpangan.

"Apakah ia akan terhenti di sekitar angka itu atau terus meningkat sekali gus mencipta satu penanda aras yang baharu kepada Bursa Malaysia?" katanya.

Beliau berpendapat, untuk tempoh terdekat, FBM KLCI masih mempunyai ruang meningkat lebih tinggi sekiranya semua faktor positif itu kekal berterusan.

Nazzary bagaimanapun berkata, sukar untuk diramalkan aliran berkenaan kerana persekitaran ekonomi global amat terdedah kepada sebarang kemungkinan.

"Saya menjangkakan ia mungkin mampu meningkat 50 mata lagi dalam tempoh terdekat, tetapi harus diingat iklim ekonomi Amerika Syarikat (AS) masih tidak menentu dan segala kemungkinan perlu diambil kira," katanya.

Beliau juga menambah, pengukuhan indeks utama juga tidak menyeluruh tetapi hanya bergantung kepada beberapa sektor terutama saham-saham mewah yang kukuh asasnya.

Selain itu, kata Nazzary, pengukuhan ringgit juga menjadi antara faktor peningkatan aliran dana ke Bursa Malaysia apabila pelabur asing menukar dolar AS kepada ringgit sebelum membeli saham terutama di kaunter-kaunter mewah.

"Mereka membuat keuntungan berganda apabila menukar dolar AS kepada ringgit yang semakin mengukuh dan kemudiannya melabur di dalam kaunter-kaunter mewah yang sekali gus meningkatkan harga saham tersebut," tambahnya.

Manakala aliran cergas penglibatan pelabur asing pula, dilihat hasil daripada langkah Rizab Persekutuan AS menyuntik dana bernilai AS$600 bilion bagi merangsang ekonomi Amerika Syarikat sekali gus meningkatkan kecairan di dalam pasaran.

"Lebihan kecairan mendorong pelabur mencari aset berkualiti terutama di pasaran yang sedang berkembang seperti Malaysia dan negara-negara serantau," kata Ketua Pakar Ekonomi RAM Holdings Bhd., Dr. Yeah Kim Leng.

Beliau juga berpendapat, prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia yang positif adalah hasil Program Transformasi Ekonomi yang dilaksanakan.

''Ia menjadi menjadi faktor penyumbang ke arah peningkatan dana ke dalam Bursa Malaysia,'' kata Kim Leng lagi..

Sementara itu, Ketua Ekonomi Sime Darby Bhd., Azrul Azwa berkata, kadar faedah di negara ini yang lebih tinggi berbanding Eropah dan Amerika mendorong pelabur untuk memilih Malaysia selain prospek pertumbuhan yang menggalakkan.

"Kadar faedah yang tinggi di Malaysia membolehkan pelabur-pelabur ini mengaut keuntungan berbanding jika mereka melabur di Amerika dan Eropah," katanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-11-2010 08:16 AM | Show all posts
Malaysia’s equities market is on the verge of a bull-run similar to the one seen in the early 1990s and the indications are that it is sustainable, the chief investment officer of HwangDBS Investment Management said.

“Conditions for 2011 are ripe and any pull-back now is an opportunity for investors,” said David Ng, who manages about RM8.9 billion for the fund house.

Malaysia, he said, is “unexpectedly exciting” so long as the government can execute the projects announced in its US$444 billion economic transformation programme last month.

However, Ng cautioned that it would not be a repeat of 2009-2010 where over 90 per cent of stocks rose following the crisis.




“2011 will be about stock-picking,” he said.

The benchmark FBM KLCI has risen by almost 20 percent since the start of the year, setting a 34-month record on yesterday.

The FBM KLCI has risen more than its Singaporean counterpart
, but has not matched the meteoric rises in Indonesia, Thailand and the Philippines, which have surged over 40 per cent each.


Analysts say part of the reason for the KLCI’s climb is the pre-election enthusiasm, but Ng said there were fundamentals supporting the rise. Malaysia is expected to hold general elections next year although they aren’t due until 2013.
Present conditions were similar to those in the 1992-1994 bull run, Ng said, and the low interest rate environment in developed economies could further fuel the growth spurt here.

Analysts expect further massive inflows of capital into Asia, driven by the second round of U.S. quantitative easing and warn that this may spark inflationary pressures and asset bubbles.

“Areas where we are positioned are the oil and gas sector and banking in Malaysia,” Ng said. “Regionally, we like technology and tourism in Singapore.”

The performance of these sectors will continue to be fueled by demand from big emerging economies such as China, India and Indonesia, and are insulated from a slowdown in developed markets, Ng said.

He said he preferred high-yielding dividend stocks as those companies tended to have better fundamentals.

The inflow of funds has been well-documented by international observers, and has led the World Bank to issue a warning over the possibility of asset bubbles. Ng said bubbles posed a real risk but there have yet to form.

HwangDBS Investment Management has averaged a 15 per cent return per annum on its assets under management

Read more: 'Malaysia equities poised for bull run' http://www.btimes.com.my/Current ... _html#ixzz14plUcB5Q
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2010 08:20 AM | Show all posts
Can the M'sian market surge be sustained?
By FINTAN NG and YVONNE TAN
[email protected]


Heavy liquidity inflow gives positive near-term outlook


PETALING JAYA: The local bourse’s benchmark FTSE Bursa Malaysia KL Composite Index (FBM KLCI) continued to chart highs that were last seen on the eve of the global financial crisis in early 2008 when it closed 0.44% higher at 1,526.53 yesterday, surpassing the 1,524.69 achieved on Jan 14, 2008.

Among the companies that helped boost the index were Malayan Banking Bhd, CIMB Group Bhd and telecommunications stocks such as Maxis Communications Bhd and DiGi.Com Bhd.

But can the market’s strong surge be sustained?

Analysts said that since the pace of economic growth had slowed in G3 economies – the United States, the European Union and Japan – with the outlook for the forseeable future continuing to look unexciting, investors were now looking to other markets and asset classes to place their money.


Tuesday's close

Year-to-date, several Asian markets including Indonesia and the Philippines have broken passed their record levels while the FBM KLCI has risen more than 20% since the beginning of the year.

Besides emerging-market equities, commodities have also seen their prices go up.

Spot gold surged to an all-time intra-day high of US$1,414.85 an ounce in London trade while crude oil has risen to near US$87 per barrel.

HwangDBS Investment Management Bhd chief investment officer David Ng said at a briefing yesterday that the local market could very well experience the bullrun of the early nineties when stocks were traded up to 30 times price-to-earnings ratio largely as a result of all the cheap money.


Monday's close

He said that Asian emerging markets’ fundamentals such as positive demographics, young population, urbanisation and rising middle class would continue to drive domestic demand.

Ng said the “sweetest place” to park money was in this region as the liquidity created by accommodative monetary policies in developed economies chased higher returns in this part of the world.

However, Morgan Stanley Research analyst Gerard Minack said in a Nov 5 report that there seemed to be a disconnect between the markets and the macroeconomic outlook.

He said what was not clear was whether the US Federal Reserve’s US$600bil plan to purchase government bonds over the next eight months to boost economic growth would work fast enough to significantly reduce recession risk.

Minack asked how long could markets run on the Fed’s latest stimulus without confirmation from macro data that things were improving.

“I’d characterise the macro data as mixed over the past month or so. More telling was the upside-down reaction to incoming news.

“For example, equity markets rallied after the weak September US non-farm payroll report because bad data meant more stimulus,” he said.

Minack pointed out that the S&P 500 finished lower after the stronger-than-expected Institute for Supply Management’s manufacturing index was revealed.

“It’ll be important when markets return to a good-news-is-good or bad-is-bad behaviour,” he said.

ECM Libra Investment Bank Bhd research head Bernard Ching told StarBiz that the Fed’s quantitative easing would merely stabilise developed economies and prevent them from spiralling into a double dip or deflation.

“The stimulus will not be able to change the outlook on US growth seeing as the jobs lost to-date will take six or seven years to replace,” he said.

As a consequence, Ching did not see demand picking up in the G3 economies as debt levels were high and consumption was “tepid”.

Meanwhile, UOB KayHian (M) Holdings Sdn Bhd research head Vincent Khoo said emerging markets, including Malaysia, would continue to have a positive near-term market outlook until inflationary pressure brought on by the rise of commodity prices reversed the low-interest rate regime.

“The near-term market outlook will be positive, at least through the next few months, but if the threat of inflation is higher, central banks may be less accommodating,” he said.

Khoo cautioned that crude oil price reaching US$100 a barrel would cause some worries.

“Commodity prices just need to be carefully monitored to gauge for inflation,” he added.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2010 01:30 PM | Show all posts
Reply  sri_lanang


    saya memmang tak suka dealing dengan kawan kawan, sri

kadang2 mereka  ...
kirawang Post at 24-10-2010 21:19



    Kalau saya, saya hanya akan target kawan2 yg sebulu dengan saya ( yg dulu memang rapat ke hulu ke hilir bersama ), ataupun kawan2 yg diketehui baik orangnya dan bukan jenis laser dan menjatuhkan orang lain. Yang lain memang saya tak target utk deal dgn mereka...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2010 07:50 AM | Show all posts
article ni, menarik..
......................


Tambat semula ringgit

Oleh NORLAILI ABDUL RAHMAN
[email protected]

LABUAN 11 Nov. - Mata wang tempatan ringgit mungkin perlu ditambat semula bagi membolehkan negara mendapat faedah daripada pengukuhan nilainya, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, kuasa beli rakyat masih rendah biarpun nilai mata wang negara semakin meningkat, sekali gus mendorong kepada penurunan nilai import .

"Kita tidak perlu menghentikan tambatan ringgit kerana kebanyakan negara di dunia sekarang menentukan nilai mata wang mereka mengikut undang-undang.

"Kuasa beli rakyat sepatutnya meningkat apabila mata wang semakin mengukuh kerana mereka sudah mampu membeli barangan dengan harga lebih murah berbanding ketika ringgit berada dalam keadaan lemah nilainya.

"Oleh kerana kita tiada kuasa untuk menentukan nilai ringgit dan memilih untuk memberhentikan tambatan ringgit, kita kena terimalah bahawa kita tidak merasai apa-apa manfaat daripada pengukuhannya," katanya

Dr. Mahathir berkata demikian di dalam sidang akhbar selepas menyampaikan syarahan di Siri Ceramah Islam Antarabangsa Labuan di sini hari ini.

Beliau menambah, Malaysia sebenarnya mengambil langkah kebelakang apabila membenarkan nilai ringgit ditentukan oleh pasaran terbuka.

"Di dalam perang mata wang hari ini, kita hentikan (menambat ringgit) sedangkan orang lain melaksanakan tindakan yang kita pernah buat dahulu," ujarnya.

Dr. Mahathir, pada September tahun 1998, telah melaksanakan sistem tambatan ringgit, sebagai salah satu reaksi untuk menangani kemelut mata wang Asia Timur 1997-1998 yang melanda Malaysia dan negara-negara rantau ini.

Bagaimanapun, pada 21 Julai 2005, kerajaan memutuskan memansuhkan tambatan ringgit dan nilainya kemudian ditentukan dengan mengapungkannya secara terurus berbanding sekumpulan mata wang asing terpilih.

Ditanya mengenai prestasi cemerlang Bursa Malaysia kebelakangan ini, Dr. Mahathir berkata, beliau sebenarnya bimbang dengan aliran berkenaan kerana pengukuhan Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) adalah disebabkan oleh peningkatan aliran dana oleh pelabur asing.

Jelas beliau, terdapat kemungkinan bahawa para pelabur asing tersebut melabur di Malaysia bagi mengaut keuntungan sementara.

"Tidak perlu ghairah dengan situasi ini kerana mereka (pelabur asing) hanya datang dengan satu tujuan iaitu menaikkan harga saham dan jual balik pada harga yang tinggi."

"Apabila pasaran jatuh, orang tempatan yang akan terima padahnya, apa yang tinggal kepada kita hanyalah saham-saham yang tidak bernilai" ujar beliau lagi.

Tambah beliau, situasi ini pernah berlaku semasa krisis kewangan Asia pada 1997/1998 apabila indeks utama yang ketika itu berada di paras 1,300 jatuh menjunam kepada 262 akibat pengaliran keluar pelaburan asing.

Beliau juga mencadangkan badan kawal selia supaya mengawal aliran masuk dana asing di negara ini bagi memastikan pasaran modal kekal stabil dan terkawal.

"Badan kawal selia harus meneliti setiap pelabur sama ada mereka adalah pelabur sejati yang mengharapkan dividen ataupun hanya mahu mengaut keuntungan segera," katanya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2010 08:45 AM | Show all posts
Bursa Malaysia terus rendah
KUALA LUMPUR 12 Nov - Harga saham di Bursa Malaysia menyaksikan penutupan yang lebih rendah pada umumnya hari ini apabila pasaran-pasaran Asia jatuh menjunam ekoran kebimbangan tentang kemungkianan China mengenakan langkah-langkah mengetatkan dasar monetari dan kebimbangan baharu tentang krisis zon euro, kata peniaga.

Pada akhir dagangan, Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) turun 13.89 mata atau 1.5 peratus kepada 1,499.81 setelah dibuka 1.3 mata lebih rendah pada 1,512.4. Ia mencecah paras terendah dalam dagangan seharian ini pada 1,488.06.

Pada penutupan dagangan Indeks Kewangan turun 50.21 mata kepada 13,816.61, Indeks Perladangan susut 85.32 mata kepada 7,771.76 dan Indeks Perusahaan 17.38 mata lebih rendah pada 2,859.58.

Indeks FBM Emas merosot 100.35 mata kepada 10,177.84, Indeks FBM 70 jatuh 82.57 mata kepada 10,400.31 dan Indeks FBM Ace jatuh 62.74 mata kepada 4,654.9.

Jumlah dagangan keseluruhan bertambah kepada 1.724 bilion saham bernilai RM2.393 bilion daripada 1.576 bilion saham bernilai RM2.279 bilion semalam.

Saham turun mengatasi saham naik dengan jumlah 771 berbanding 155 manakala 198 kaunter tidak berubah, 271 tidak diniagakan dan 34 yang lain digantung urus niaga.

Mendahului senarai saham-saham jatuh ialah Genting yang merudum 44 sen kepada RM10.16, Petronas Dagangan yang susur 42 sen kepada RM10.88 dan KL Kepong yang merosot 40 sen kepada RM19.80.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 1.451 bilion saham bernilai RM2.338 bilion daripada 1.375 bilion saham bernilai RM2.232 bilion semalam.

Waran bertambah kepada 137.710 juta unit bernilai RM25.759 juta daripada 96.791 juta unit bernilai RM21.151 juta sebelumnya.

Dalam Pasaran ACE naik kepada 127.372 juta saham bernilai RM26.726 juta daripada 96.152 juta saham bernilai RM23.257 semalam.

Barangan pengguna menyumbang 54.818 juta saham yang diniagakan dalam Pasaran Utama; barangan perusahaan 335.731 juta; pembinaan 105.952 juta; perdagangan dan perkhidmatan 541.222 juta; teknologi 24.046 juta; prasarana 32.46 juta; kewangan 85.503 juta; hotel 5.627 juta; harta 206.446 juta; perladangan 52.258 juta; perlombongan 2.445 juta; REIT 4.457 juta; dan dana tertutup 193,600.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2010 08:50 AM | Show all posts
Ringgit wajar ditambat semula – Pakar ekonomi
KUALA LUMPUR 12 Nov. – Pakar ekonomi bersetuju dengan cadangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad agar ringgit ditambat semula bagi membolehkan negara mendapat lebih banyak faedah.

Penganalisis ekonomi dan pensyarah Pengurusan Strategik Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia, Dr. Haim Hilman Abdullah berkata, perkara itu memang wajar dikaji semula secara menyeluruh dan komprehensif.

“Membenarkan nilai ringgit ditentukan oleh pasaran terbuka telah menyebabkan nilai ringgit menjadi tidak stabil.

“Kestabilan ringgit penting dalam memberi keyakinan kepada pelabur dan pada masa sama akan mengukuhkan ekonomi negara,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai cadangan Dr. Mahathir supaya ringgit ditambat semula bagi membolehkan negara mendapat faedah daripada pengukuhan nilainya.

Dr. Mahathir pada September 1998 telah melaksanakan sistem tambatan ringgit, sebagai salah satu reaksi untuk menangani kemelut mata wang Asia Timur 1997-1998 yang melanda Malaysia dan negara-negara rantau ini.

Bagaimanapun pada 21 Julai 2005, kerajaan memutuskan memansuhkan tambatan ringgit dan nilainya kemudian ditentukan dengan mengapungkannya secara terurus berbanding sekumpulan mata wang asing terpilih.

Jelas beliau, langkah tersebut perlu kerana apabila nilai ringgit dalam keadaan tidak menentu ia akan turut menyebabkan perniagaan tidak dapat diteruskan dengan cara yang boleh memberi keuntungan.

“Kita perlu menentukan nilai ringgit secara yang tetap supaya peniaga dan individu dapat tahu kedudukan kewangannya dan dengan itu urusan ekonomi akan berjalan dengan baik,” ujarnya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2010 09:58 AM | Show all posts
Post Last Edit by kirawang at 13-11-2010 10:03

,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2010 07:18 AM | Show all posts
Bursa dijangka turun lagi minggu ini
KUALA LUMPUR 14 Nov. - Harga saham di Bursa Malaysia mungkin menyaksikan lebih banyak penyusutan minggu ini berikutan kelemahan berterusan pasaran serantau ekoran kebimbangan tentang kenaikan kadar faedah dan krisis zon euro.

"Pasaran mungkin menyaksikan lebih banyak penyusutan minggu ini kerana China nampaknya sedang dalam perang mata wang dengan Amerika Syarikat (AS) dan mengenakan langkah-langkah bagi mengetatkan dasar monetari," kata Ketua Penyelidikan Runcit Affin Investment Bank, Dr Nazri Khan.

Meskipun bagi pasaran tempatan ini tidak membimbangkan, namun pasaran perlu memerhati prestasi indeks penanda aras 30 saham India, BSE Sensex, katanya.

"Pasaran saham India dianggap lebih kukuh daripada China. Jadi kita perlu perhatikan sama ada ia turun selanjutnya dan membuat penilaian dari situ seterusnya," katanya.

BSE Sensex mengakhiri dagangan minggu lalu 432.2 mata atau 2.3 peratus lebih rendah pada 20,156.89 apabila kebimbangan tentang hutang Ireland mencetuskan jualan habis-habisan aset yang berisiko.

Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, Donald Tsang dipetik sebagai berkata, pelabur-pelabur harus bersedia menghadapi keadaan turun naik secara besar-besaran dalam pasaran berikutan tanda-tanda yang semakin jelas menunjukkan ekonomi dunia masih menghadapi pelbagai risiko.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2010 10:13 AM | Show all posts
Analyst sees super bull run for KL bourse

The potential target level for next year will be at 1,691-1,780, with critical support at 1,440-1,550 level, says a market analyst



A super bull run is on the horizon for the Kuala Lumpur stock market with the 30-stock benchmark index potentially surging up to 1,780 level towards the end of next year, market analyst S.N. Lock said.

After reaching multi-year and historic highs, all key regional indices, including the FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur Composite Index (FBM KLCI)  and European markets, took a dip on Friday amid worries of a possible increase in interest rates and Ireland's debt problem.

Lock, however, said the decline after the vigorous rally and consolidation was much needed for the FBM KLCI to continue with its uptrend after reaching a historic high of 1,528.01.

"The potential target level for next year will be at 1,691-1,780, with critical support at 1,440-1,550 level," he said at the The Edge Personal Money Investment Forum on The Stock Market 2010 in Kuala Lumpur on Saturday.

On a more bullish note, Lock said the FBM KLCI could also surge to 1,869-1,958 level if the market barometer breaches the initial targets for 2011.

Among the key factors for the bullish outlook is the fact that retail participation is still very small despite the market's surge to new highs.  Hence, when they come on board, the market will be boosted further, he said.

The engine of growth for the market,  will be  the construction, property, steel and plantation sectors, Lock added.

Meanwhile, Maybank Investment Bank vice president of research Wong Chew Hann said there was potential for more equity funds to flow into Malaysia.

"We expect the overnight policy rate to be stable at least until the second half of 2011 and equities are an attractive asset class during low interest rate times."

  She, however, gave a lower end-2011 target of 1,660 for the FBM KLCI.

Wong said the risk factors were stronger growth and better employment in the US as well as possible capital control, especially in Asia.

On the outlook for China, Standard & Poor's director for equity research, Alexander Chia, helped ease some possible concerns among participants at the event, saying China may experience a soft landing. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2010 10:19 AM | Show all posts
Profit taking likely but uptrend intact.

The Malaysian stock market's uptrend is still intact but there could be further profit-taking activities this week, analysts said.


The market will largely find direction from the US, with economic data coming out of there this week expected to be better than anticipated.

This may help bring back investors to the US markets after the Dow Jones Industrial Average (DJIA)  tumbled  last Friday.

One of the reasons US stocks fell was over concern that China might raise interest rates to slow its booming economy. Any such move to cool the economy may hurt demand for products. The DJIA had its worst weekly drop in three months.

At home, further corporate results and a material announcement by Time dotCom Bhd is expected to move certain counters.
Time dotCom had requested its shares to be halted mid-morning last Friday pending the announcement.
The shares, which last traded at 77 sen, were the third most active in the market before being suspended.

The FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur Composite Index (FBM KLCI) hit an all-time high of 1,528.01 points last Wednesday, but closed the week lower at 1,499.81, easing 0.8 per cent from the previous week.

The market was due for a correction after its recent stunning rally, said a broker with a local securities firm.

He sees immediate support for the FBM KLCI at 1,495 points.

"Technically, it (FBM KLCI) must hold at above ... the 1,500 psychological level to protect the bullish short-term technical momentum and to avoid triggering more selling signals on the chart," RHB Research said in a note to clients last Friday
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2010 08:24 AM | Show all posts
Reply 637# Madura1


   sumber dari mana ni..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2010 02:36 PM | Show all posts
Reply 639# kirawang

'bernama' dan 'business times' la bosss.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 04:32 PM GMT+8 , Processed in 0.195858 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list