CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: yipun78

BERITA AKHBAR MENGENAI ATM & PDRM

[Copy link]
Post time 29-10-2007 08:44 PM | Show all posts
sabut kelape ni protection dia bleh sampai level 4 ker???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2007 08:09 AM | Show all posts
Originally posted by ferryman2393 at 29-10-2007 05:03 PM
tak salah wa, ianya sabut kelapa.  bukan sabut kelapa sawit.  wallahualam.


Tak kira laaa................mana jenis sabut KELAPA yg deme akan gunakan.
Akan bertambah KAYA laaaaaaa sesiapa yg empunya ladang kelapa!!!

Tapi yang teman heran skit...............Pak Lah kater, "Gomen memberikan peruntukkan RM150juta kerana amat prihatin akan masaalah yg di hadapi olih PDRM!!!" (selepas 2 tahun meminta n bbrp anggota polis telah terbunuh)
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2007 09:40 AM | Show all posts

Reply #622 niceghost2005's post

elok le tu pakcik, memperkayakan industri hiliran, kira kerajaan tak makan sorang ler...

ladang kelapa pakcik jugak yg bertambah luas nanti.......
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2007 07:38 PM | Show all posts
Malaysia : Coconut fibre bullet-proof vest, much superior
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2007 08:48 PM | Show all posts

Balai Polis Kelas A Akan Dilengkapi Simulator Menembak

KUALA TERENGGANU, 30 Okt (Bernama) -- Alat simulator menembak akan ditempatkan di semua balai polis kelas A di seluruh negara mulai tahun depan bagi melatih anggota polis supaya mahir menggunakan senjata api terutama dalam operasi membanteras jenayah.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Najib Abdul Aziz berkata alat itu juga akan ditempatkan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Kuala Lumpur dan bagi tujuan berkenaan sebanyak 41 unit alat itu akan dibeli.

Katanya balai kelas A merupakan balai yang menempatkan semua unit termasuk pegawai penyiasat, unit narkotik, trafik, jenayah perdagangan dan sebagainya.

"Peruntukan RM150 juta seperti yang diumumkan kerajaan baru-baru ini bukan sahaja untuk membeli baju kalis peluru tetapi bagi membeli peralatan lain seperti senjata api, gari dan alat simulasi menembak.

"Simulasi memnembak ini bagi melatih anggota kita dengan kemahiran menggunakan senjata api sebelum mereka keluar menjalankan tugas," katanya kepada pemberita pada majlis perpisahan sempena persaraan beliau pada 13 November ini di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini hari ini.

Mohd Najib turut diiringi isterinya Puan Sri Fatimah Hamid. Turut hadir ialah Ketua Polis Terengganu Datuk Ayub Yaacob dan Timbalannya, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.

Mohd Najib juga berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) bercadang mengambil kira-kira 60,000 anggota baru bagi memantapkan lagi pasukan itu dan bagi tujuan itu PDRM perlu menaik taraf pusat-pusat latihan yang kini hanya mampu melatih kira-kira 3,000 dan 4,000 anggota setahun.

"Kita juga perlu lengkapkan prasarana seperti menambah kelas latihan, tempat penginapan, dewan makan dan sebagainya yang akan mengambil sedikit masa," katanya.

Sementara itu, beliau berkata mulai tahun depan, mereka yang mempunyai ijazah dan memohon untuk menyertai pasukan keselamatan itu akan diserapkan sebagai Inspektor dan bukannya sebagai Asisten Supritendan (ASP), seperti yang dilakukan sekarang.

Katanya PDRM juga sedang menunggu kelulusan kerajaan untuk mengambil anggota baru yang berkelulusan diploma untuk diserapkan sebagai Sarjan dan dilatih sebagai penolong pegawai penyiasat.

"Kita mahu mempunyai penolong pegawai penyiasat yang muda-muda, yang mempunyai kelulusan serta kemahiran yang baik. Berbanding sekarang, anggota konstabel untuk naik pangkat sehingga sarjan mengambil masa antara 15 hingga 20 tahun dan umur mereka sudah mencecah antara 40 hingga 45 tahun...sudah tidak aktif (menjalankan tugas)," katanya.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2007 08:49 PM | Show all posts

Kekurangan Doktor Tempatan Dalam ATM Ditangani Menjelang 2009

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Masalah kekurangan doktor tempatan dalam perkhidmatan perubatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka akan dapat ditangani menjelang tahun 2009, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Zainal Abidin Zin berkata masalah itu akan dapat diatasi apabila 89 pemegang biasiswa ATM yang melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan menamatkan pengajian mereka dan berkhidmat dengan ATM dalam tempoh itu.

Beliau berkata pemegang biasiswa itu akan dibenarkan mengikuti kursus-kursus lanjutan dalam bidang perubatan, bagi memastikan ATM tidak lagi menggunakan khidmat doktor asing dalam perkhidmatan perubatan kelak.

"Perkhidmatan doktor asing ini hanya bersifat sementara dan kita perlu asuh anak tempatan untuk berkhidmat dalam bidang perubatan yang ditauliahkan oleh ATM, dan penubuhan farmasi serta unit-unit baru ATM dapat membantu menambah jumlah perjawatan pegawai-pegawai perubatan," katanya ketika menjawab soalan Datuk Dr Rahman Ismail (BN-Gombak).

Dr Rahman terdahulu meminta penjelasan daripada Kementerian Pertahanan yang masih menggunakan khidmat doktor asing dalam perkhidmatan perubatannya, dan insentif yang diberikan pasukan itu untuk menarik doktor tempatan berkhidmat dengannya.

Zainal Abidin berkata pada masa ini ATM mempunyai 233 orang doktor dan ia berhasrat untuk menempatkan seorang pegawai perubatan bagi setiap batalion, di samping menambah sebuah hospital di Wangsa Maju.

Menurutnya pada masa yang sama, ATM juga memberi peluang kepada pegawai-pegawai mereka untuk melanjutkan pendidikan dalam bidang kepakaran masing-masing.

"Ini tidak bermakna bahawa kita membekukan peluang ini, dan kalau terdapat pegawai-pegawai bahagian kedoktoran yang berhenti, saya percaya ada pihak swasta dan orang-orang yang berminat dalam bidang ini (akan) memohon untuk menyertai dalam bahagian "core medical" ataupun bahagian perubatan dalam ATM ini," katanya.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-10-2007 08:20 AM | Show all posts

Pegawai PDRM dgn RM27juga nya

Assalamualaikum semuer,

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=1031&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm

Satu lagi berita yg TIDAK MENYEBELAHI Pihak PDRM.
Macam2 dugaan berlaku terhadap oghang yg cuba menegakkan kebenaran dan menjalankan tugas dgn betul lagi benar nie.

Ini lah gara2 oghang dengki n khianat dari dalam dan juga luar. (BPR)

Nampak gayanya, Pegawai BPR banyak membuat ONAK ......

Wsalam
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2007 10:38 AM | Show all posts

Utusan 31 Okt 2007

TLDM anjur bengkel MEKO

TENTERA Laut Diraja Malaysia (TLDM) menjadi tuan rumah kepada Bengkel Pengguna Gabungan Pelbagai Guna (Meko) ke-10 di ibu negara baru baru ini.

Bengkel tahunan yang turut mendapat kerjasama syarikat pembinaan kapal kelas Meko dari Jerman, ThyssenKrupp Marine Systems itu berlangsung selama empat hari.

Ia dirasmikan oleh Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Abdul Aziz Jaafar.

Seramai 78 peserta dari sembilan negara mewakili angkatan laut, pengguna dan syarikat pembuat kapal menyertai bengkel berkenaan yang pertama kali diadakan di rantau Asia Pasifik.

Objektif penganjuran bengkel adalah untuk berbincang, bertukar pendapat dan maklumat serta bekerjasama dalam bidang operasi, kejuruteraan dan logistik bagi kapal kelas Meko.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2007 10:39 AM | Show all posts

Utusan 31 )kt 2007

Paskau buktikan keupayaan di Batu Hampar

Oleh ZABRY MOHAMAD MADZLAN
PARA penuntut kursus asas komando TUDM yang berjaya menamatkan latihan lasak selama tiga bulan.



KOMANDO sering dikaitkan dengan misi sulit merbahaya yang memerlukan kepakaran khusus dan kemahiran luar biasa. Tidak hairanlah latihan asas selama tiga bulan yang perlu dilalui setiap pelatih sebelum bergelar seorang komando amat mencabar bukan sahaja fizikal malahan mental.

Mereka perlu melalui empat fasa iaitu peringkat kem, hutan, paya dan laut di mana setiap satu mempunyai cabaran tersendiri.

Hanya mereka yang cekal mampu mengatasi cabaran-cabaran tersebut dan kebiasaannya, tidak ramai yang mampu melepasi kesemuanya.

Ini dibuktikan semasa majlis penutup Kursus Asas Komando Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Siri 13/2007 di Batu Hampar, Banting, Selangor baru-baru ini.

Daripada jumlah asal 59 calon, hanya 20 orang berjaya mendapat gelaran anggota Pasukan Khas Udara (Paskau).

Pada hari bersejarah itu, mereka dianugerahkan beret biru yang menjadi kebanggaan Paskau daripada Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin.

Sebelum itu, mereka mempamerkan pelbagai kemahiran yang mereka perolehi daripada latihan lasak yang dilalui selama ini.

Mereka memperlihatkan ketangkasan dalam demonstrasi memusnahkan stesen radar musuh.

Demonstrasi dimulakan dengan empat anggota terjun ke dalam sungai dari helikopter Nuri lalu berenang merapati kawasan musuh.

Ia diikuti empat anggota turun dari helikopter secara `abseiling’.

Empat anggota lagi mendarat dengan bot tempur dari arah laut.

Kesemua mereka membentuk dua kumpulan, iaitu pasukan sabotaj bagi mengkucar-kacirkan musuh dan pasukan penanda sasaran permukaan laser (GLTD) untuk membolehkan pesawat melepaskan tembakan tepat ke arah aset penting musuh.

Tindakan-tindakan anggota-anggota berkenaan diiringi tembakan bertalu-talu dan letupan-letupan kuat membuatkan kawasan berkenaan tidak ubah seperti medan perang.

Selesai serangan itu, mereka memperlihatkan teknik-teknik menyusup keluar dari kawasan musuh menggunakan teknik-teknik `rapelling’ kaedah Australia (menuruni bukit dengan tali secara berlari) dan `spie-rig’ (badan diikat pada tali yang ditarik dengan helikopter) yang juga dikenali sebagai `teknik buah rambai’.

Turut dipertontonkan adalah kecekapan lima penerjun TUDM dari ketinggian kira-kira 1,000 meter yang juga membawa beret kehormat Paskau.

Beret tersebut kemudian dianugerahkan kepada Azizan oleh Pegawai Memerintah Rejimen TUDM, Kolonel Zaharin Ahmad.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2007 10:40 AM | Show all posts

Utusan 31 Okt 2007

Azizul jalan kaki 3 hari 2 malam
Azizul.



TIADA kata yang dapat menggambarkan perasaan Laskar Udara Azizul Azman Buyong apabila dianugerahkan beret biru pada hari bersejarah itu. Penganugerahan tersebut menandakan Azizul, 22, disahkan sebagai anggota pasukan elit Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), iaitu Pasukan Khas Udara (Paskau).

Lebih membanggakan, beliau terpilih sebagai penuntut terbaik Kursus Asas Komando TUDM Siri 13/2007.

Beliau menerima pisau komando yang diukir khas atas kejayaannya itu. Ternyata penat-lelah yang dilaluinya selama tiga bulan latihan amat berbaloi.

Azizul sendiri mengakui terkejut ketika namanya diumumkan sebagai penuntut terbaik kerana beliau tidak dimaklumkan terlebih dahulu.

“Saya tidak sangka terpilih kerana ada dua, tiga lagi anggota yang dicalonkan.

“Hari ini baru tahu, terkejut apabila pengacara majlis membacakan biodata saya tadi,’’ katanya ketika ditemui selepas majlis penutup kursus berkenaan di Banting, Selangor baru-baru ini.

Turut hadir berkongsi kegembiraan ialah ibu bapanya, Roslina Md. Sharip dan Buyong Zainal Abidin yang merupakan bekas tentera; nenek, Kalimah Busu serta dua adiknya.

Namun, kegembiraan tersebut tidak datang begitu mudah, banyak rintangan yang terpaksa beliau tempuhi sebelumnya.

Bagi anak kelahiran Port Dickson, Negeri Sembilan ini, ujian lasak sejauh 160 kilometer (km) merupakan kenangan paling pahit sepanjang kursus.

Menurutnya, selama tiga hari, beliau dan rakan-rakan sepasukan terpaksa berjalan kaki dari Ulu Beranang, Negeri Sembilan hingga Sungai Pelek, Selangor.

“Kami hampir tidak tidur, makan pun tidak menentu semata-mata mahu sampai dalam tempoh ditetapkan,’’ jelas anak sulung daripada lima beradik ini.

Bagaimanapun, di sebalik segala keperitan itu masih ada manisnya.

Berkongsi bekalan makanan yang sedikit bersama-sama rakan sepasukan menjadi kenangan paling manis buat bekas pelajar Sekolah Menengah Teknik Port Dickson ini.

“Apa yang ada, itulah yang kami masak dan makan beramai-ramai.

“Cara sebegini lebih mengeratkan semangat setiakawan kami,’’ katanya.

Azizul memberitahu, beliau akan meneruskan kerjaya dengan Paskau dalam pasukan penyelamat tempur udara (CAR).
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2007 03:20 PM | Show all posts
Dari Kosmo!... terbitan 31-10-2007






Mukasurat penuh



Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2007 04:26 PM | Show all posts
Originally posted by niceghost2005 at 31-10-2007 08:20 AM
Assalamualaikum semuer,

http://www.utusan.com.my/utusan/ ... an&pg=mh_03.htm

Satu lagi berita yg TIDAK MENYEBELAHI Pihak PDRM.
Macam ...



Berterusan macam ni, kredibiliti BPR pun jadi tanda tanya   
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2007 11:23 PM | Show all posts

Reply #608 riccckyyy's post

dulu dia dok tekan report suruh mod CI tutup thread tu.. sekarang mod sana pun da tak layan dia ... wakakaka...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2007 12:58 AM | Show all posts

Reply #631 kiuros's post

TQ Bro!!! nie penulis peberet wa selain hilmi, syam dan pian!!
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2007 07:43 AM | Show all posts
Originally posted by kiuros at 31-10-2007 04:26 PM



Berterusan macam ni, kredibiliti BPR pun jadi tanda tanya   


Haaaaaaa................................dah kena dakwa si Ramli nie.
KEBARANGKALIAN tu ada NAS nya.

Teta[pi M.O. BPR tak betul......................
Siasatan lum selesai, dah di hebahkan pada rakyat marhain. :@

You are innocent until prove guilty.................mana pigi ini konsep maaaaaaa:@
Macam Kes DSAI dulu dulu laaaa
Lum masuk court..............affidavit dah di keluarkan kat paper perdana!!!

TEman ada bau ikan laaaa..............manyak bucuk punya!!!
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2007 08:50 AM | Show all posts

Reply #634 kiuros's post

:cf: Susah nak citer ni...... tapi BPR ni... hmmmmm :kant:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2007 09:11 AM | Show all posts
kalau dah namanya manusia, tak lepas dari salah dan dosa, busuk hati dan hasad dengki sesama sendiri, fault finding and finger pointing to one another, sana salah sini pun salah, so, siapa yg rasa diri depa tak pernah buat salah dan berdosa tuh, mmg penipu besar ler... this is a general sentence (not 3 star general ahh...), utk semua manusia termasuk ler aku jugak.....siapa yg nak tuduh aku tuduh orang, sila la tuduh diri sendiri dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2007 09:12 AM | Show all posts
kalau dah namanya manusia, tak lepas dari salah dan dosa, busuk hati dan hasad dengki sesama sendiri, fault finding and finger pointing to one another, sana salah sini pun salah, so, siapa yg rasa diri depa tak pernah buat salah dan berdosa tuh, mmg penipu besar ler... this is a general sentence (not 3 star general ahh...), utk semua manusia termasuk ler aku jugak.....siapa yg nak tuduh aku tuduh orang, sila la tuduh diri sendiri dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2007 12:41 PM | Show all posts

Reply #638 SangSaka's post

BPR..........hampeh

cari ikan besar yg tak de kena-mengena ngan UMNO........klu tak nak kena siasat, JOIN LER UMNO...........
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2007 02:34 PM | Show all posts

Reply #641 tangopapa's post

Well tuan, saya masih simpan komen saya pada BPR ini. Tapi....ntahlah....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 07:56 PM GMT+8 , Processed in 1.324169 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list