![](https://bu.cari.com.my/data/avatar/001/02/30/88_avatar_small.jpg)
Author: jj
|
Projek Bandung, Indon : ~ Di Alam Fantasi ~
[Copy link]
|
Shane_anna This user has been deleted
|
kalau dok lawan tulis surat rasmi ni pakai lambat lagi la nak dapat kelulusan.......
:gantuk: |
|
|
|
|
|
|
|
Kepada:
Dato' Seri JJ,
Pengarah Urusan Syarikat Arnab yang Sombong Bhd.
PER: Hari Keluarga board KP
Merujuk perkara di atas, saya selaku peserta lawatan ingin menarik hati dan perasaan Tuan Pengarah Dato' Seri JJ berhubung surat yang dihantar menggunakan nama saya.
Selaku salah seorang guru-guru Malaysia, dengan rasa dukacita ingin memberitahu pihak tuan bahawasanya saya tidak memahami isi kandungan surat tuan yang bertarikh 22hb Mei 2007. Perkataan "pau" yang digunakan dalam surat tuan amat menggelirukan saya. "Pau" mengikut Kamus Dewang Bahasa dan Pustaka edisi ke-7, cetakan ke-22 mukasurat 236 perenggan ke-40 baris ke 10, membawa maksud 'sejenis kuih berinti yang dimakan bersama ayaq kopi'
Disebabkan kesilapan pihak tuan menggunakan istilah tersebut menyebabkan pihak saya tidak memahami isi kandungan surat tersebut. Segala kesulitan amatlah dikesali.
Sekian.
(Ini adalah cetakan berkomputer. Tandatangan tidak diperlukan)
Datin Seri Ayugirl23,
Setiausaha Agung Syarikat Arnab yang Sombong Bhd.
s.k
Tuan HangMan selaku Pengerusi Persatuan Restoran Ketam Rebus Se-Malaysia
Miss Lea selaku Miss World tahun 2003, 2004, 2005, 2006, 2007, 2008, 2009 dan 2010
Miss Ebok selaku Ketua Pusat Pengundian kawasan Shahab
Miss Cin selaku Pegawai Perlancongan Malaysia
Kerani-kerani sekolah seluruh Malaysia
Mak cik Timah, pemilik gerai ayaq tebu, Kola Kedah
Pak Awang Seman, wakil persatuan teksi kola kedah.
[ Last edited by ayugirl23 at 23-5-2007 06:04 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #622 ayugirl23's post
|
|
|
|
|
|
|
nak gelak gak la.
hahah ![](static/image/smiley/default/biggrin.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
mkay, kak lito, gelak puaih2 ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Datin Seri Ayugirl23,
Setiausaha Agung Syarikat Arnab yang Sombong Bhd.
PER : Penjelasan Mengenai Isu Pau
Surat Datin yang mempertikaikan tentang isu pau adalah dirujuk.
Datin, kekeliruan ini timbul kerana pihak Datin tidak meneliti secara teliti kandungan surat pihak kami. Dalam surat tersebut, ada dinyatakan tentang Pelan Tindakan untuk mem'pau'. Izinkan saya menarik perhatian Datin disini tentang tanda bacaan yang saya gunakan disini iaitu 'pau' ( mengandungi tanda bacaan ' )
Merujuk kepada surat Datin, Datin telah membuat penyelidikan menggunakan kamus untuk perkataan "pau" ( mengandungi tanda bacaan " )
Untuk makluman pihak Datin, " dan ' membawa maksud yang berbeza. Untuk menzahirkan pencapaian falsafah pendidikan negara, Datin perlu mencari sendiri maksud perkataan "pau" dan 'pau'.
Sekian,
jj
Pengarah Urusan Syarikat Arnab yang Sombong Bhd.
* Tiada salinan, lebih kepada hal rumah tangga |
|
|
|
|
|
|
|
Dato Seri JJ
Datin Paduka Ayu
PER : ISU PAU
Adalah dimaklumkan bahawa pihak kami telah menerima satu tawaran dari Persatuan Pembekal Pau Langkawi untuk dibincangkan oleh pihak Dato & Datin. Persatuan Pembekal Pau Langkawi ingin menjadi pembekal pau kepada Hari Keluarga Bod KP. Pihak pembekal pau juga menyarankan agar pau mereka dihidangkan bersama ayaq gamat atau ayaq kopi gamat untuk mencapai tahap ummmph yang maksimum sehingga menjilat jari.
Untuk makluman YBhg Dato & Datin , inti pau yang disediakan adalah seperti berikut :
1. Pau kaya tongkat ali
2. Pau kacang merah gamat
3. Pau nyok kacip patimah
4. Pau ayam ubi jaga
5. Pau bilis gano Lingzi
6. Pau daging jarum mas
Harga tertakluk kepada harga pasaran hadapan index Nikkei dan juga gaji semasa kakitangan awam.
Kami juga berharap akan Jawatankuasa Tindakan 'Mempau' Datin Ayu ditubuhkan dengan segera sebelum, kenaikan gaji tersebut dihabiskan untuk menempah pinggan mangkuk mahupun tupperware dari ejen-ejen kumpulan pinggan mangkuk yang semakin berleluasa sejak pengumuman kenaikan gaji ini.
Sekian harap maklum,
Saya yang melarikan tugas
HangMan
Penaung Kumpulan Kekura Yang Inesen
s.k.
1. Encik Pauzi Kaya - Presiden Pembekal Pau Langkawi
2. Tauke Ah Kuey Pau - Setiausaha Pengedar Pau Seluruh Kedah
3. Datin Shane - Sekretariat Hari Keluarga
4. Cik Cin - Pemegang Malaysian Book of Record pertandingan memakan pau
5. Cik Iyan Hamzah - pemborong sate kajang
6. Kedai Runcit Seri Langkawi - pembekal tepung gandum |
|
|
|
|
|
|
|
:lol ada jugak oghang balaih surat rasmi aku ni ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Dato/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik,
PER : Family Day Kedah/Perlis
Merujuk kepada perkara diatas, saya mengambil kesempatan ini untuk mengumumkan bahawa satu kenyataan rasmi berkenaan projek ini akan diumumkan pada 17hb Jun 2007.
Untuk itu, pihak saya akan menutup pusat operasi ini sehingga tarikh yang tersebut. Ini bertujuan untuk mengurangkan kos pembelian fail yang terpaksa dibeli untuk membuka fail rujukan baru setiap kali surat rasmi diterima.
Harap maklum. Segala pertanyaan boleh diajukan melalui SMS InginTahu dan hantar ke DAPAT
Sekian
jj
Presiden Seumur Hidup Projek Family Day
salinan kepada :-
- Kerani Tropical Breeze Global Adventure S/B
- Semua peserta projek Family Day |
|
|
|
|
|
|
|
Split...
Dato Seri JJ
Datin Paduka Ayu
PER : PENUTUPAN SEMENTARA BENANG HARI KELUARGA 2007
Merujuk perkara di atas , pihak kami ingin penjelasan dari pihak Ybhg Dato & Datin tentang penutupan benang tersebut. Menurut laporan sebuah akhbar tabloid ( bukan keluaran Kumpulan KP Newspaper), bahawa Jawatan Kuasa Hari Keluarga sedang disiasat atas tuduhan menyalahgunakan peruntukan membeli fail surat menyurat untuk membeli pau semasa menyuarat jawatan kuasa.
Mohon penjelasan dari pihak YBhg Dato & Datin sebelum berita ini sampai kepada penulis-penulis surat layang & surat berantai yang berkeliaran di musim cuti sekolah ini.
Sekian harap maklum.
Saya yang melarikan tugas.
HangMan
Penaung Kumpulan Kekura Yang Inesen
s.k.
1. Wartawan Bebas Bod Gossip
2. Wartawan Bebas Bod Current Issues
3. Wartawan Bebas Bod TNSE
4. CNN
5. Reuters
6. Cik Joyah Mulut Murai - reporter tak bergaji Kg. Stesen Radio |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2495 Hang's post
ENCIK HANG...
surat hg ni tersilap post tang ni ka??![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kubus at 28-5-2007 11:00 AM
ENCIK HANG...
surat hg ni tersilap post tang ni ka??
bod hari kelorga langkawi ditutup sementara
tu yang posmen terhantaq kat sini..
dah dia terbau bihun kat taman tasik permaisuri tu.... ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Hang at 28-5-2007 10:14 AM
Dato Seri JJ
Datin Paduka Ayu
PER : PENUTUPAN SEMENTARA BENANG HARI KELUARGA 2007
Merujuk perkara di atas , pihak kami ingin penjelasan dari pihak Ybhg Dato & Datin tentang penutupa ...
Jen (B) Hangman,
Penaung Kura Yang Inesen
PER : PENJELASAN TERHADAP PENUTUPAN BENANG HARI KELUARGA 2007
Surat pihak tuan dirujuk.
Untuk pengetahuan pihak tuan, pihak kami sedaya upaya untuk tidak mendedahkan masalah ini kepada umum kerana beberapa sebab yang boleh menjejaskan keseluruhan agenda Projek Hari Keluarga Board Kedah/Perlis 2007. Tetapi melihat kepada tekanan yang diberikan oleh pihak tuan yang pihak kami anggap sebagai pasukan sayap kiri dan juga militan berhaluan songsang, maka pihak kami terpaksa mendedahkan perkara ini kepada pihak umum.
Antara sebab2 benang Hari Keluarga ditutup ialah :-
1. Maklumat keselamatan yang diterima daripada Ketua Angkatan Tentera Thailand, Jeneral Sonthi Boonyaratglin tentang kemungkinan Pulau Langkawi dijadikan sasaran pihak puak pemisah Tamil.
2. Maklumat dari pihak perisik Arnab Yang Sombong yang diterima mengatakan Pulau Langkawi juga bakal diserang oleh Rejimen Ke-8, Tentera Bersekutu Amerika Syarikat. Ini kerana Presiden AS, George W. Bush dikatakan melenting kerana pihak-pihak tertentu di Langkawi cuba melobi Aziz Desa sebagai Presiden Bank Dunia dan Pengarah Urusan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF).
Sebenarnya, terdapat 18 lagi maklumat risikan yang diterima oleh pihak kami, tetapi demi keselamatan dan ketenteraman awam, saya tidak akan memberi sebarang ulasan buat masa ini.
Tekanan dari pihak tuan juga telah memaksa pegawai atasan kami iaitu, Laksamana II, Pegawai Pemerintah KD Sotong, Toh Puan Mek Lea ( DK Kedah, AMN, Ahmad Jais Vol II ) telah berangkat mencari ketenangan jiwa di Tanah Suci bermula dari 28hb Mei 2007 - 13hb Jun 2007. Kesempatan ini, saya dan datin serta seluruh tentera board kedah/perlis mengucapkan selamat pergi dan balik serta dapat mengerjakan ibadah ummrah dengan sempurna kepada Toh Puan Mek Lea. Amin
Yang Memerintah,
jj
Ketua Panglima, Pangnam & Pangtujuh
Batalion Ke-9 Askar Melayu Versi Remix
salinan secara kod morse kepada :-
- Datin Paduka Ayu, Pegawai Pemerintah Rejimen Semboyan DiRaja
- MsCinderella, Peniup Semboyan DiRaja |
|
|
|
|
|
|
|
izinkan tuan hampa menumpang lalu kat bod kedah ni.... ![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
.....up sikit....
jadi ke dak ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #636 Hang's post
jadi la weiii... tunggu mek lea balik umrah dulu ni....![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #637 ayugirl23's post
|
|
|
|
|
|
|
Reply #638 kubus's post
aku pun tak tau dia dah balik ka belum ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
ikut jadual mek balik 13hb yang lepas... tapi aku tak try contact lagi.....
btw.... b4 end of next week....keputusan muktamad akan diputuskan...!
harap maklum |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|