|
[quote]Originally posted by Hang at 4-11-2008 05:13 PM
anak ikan dipanggang sahaja
hendak dipindang tidak berkunyit
anak orang dipandang sahaja
hendak dipinang tiada berduit
.
.
.
.
hendak pergi bertemu besan,
baca doa sepanjang jalan,
duit jgn dijadikan alasan,
usaha dan doa, itulah bekalan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Hang at 4-11-2008 05:22 PM
Pergi mendaki si gunung ledang
Hajat berjumpa puteri rupawan
Hamba hanya pipit di ladang
Manakan sepadan cenderawasih di awan
kalau lulus ujian lisan,
bolehlah kita beraya sakan,
tiada beza sesama insan,
takwa dan iman, itu yang membezakan |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by cokchibor at 4-11-2008 04:54 PM
tak dak duit nak beli kereta,
keluar aloq staq naik bas mara,
kontra sungguh hampa berdua,
sorang mengutuk, sorang memuja..
beli kete cap perodua
6 bulan tunggu x nampak bayang
elok benor la tuh depa berdua
satgi kutuks tukar jd sayang |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by cokchibor at 4-11-2008 05:04 PM
anak dara sangat la ayu,
hendak disunting sebagai teman,
insyaallah hang tak begitu,
cuma nasihat sebagai pedoman..
masak ikan sebagai sajian
masak ikan ala2 medan
aku rasa dah le puji-pujian
satgi terpasan lak empunya badan |
|
|
|
|
|
|
|
pergi memancing diatas jeti,
ajak sekali anak cik siti,
apa nak cakap aku pun tak reti,
saja menulis mengikut hati, |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Hang at 5-11-2008 12:08 PM
Di sini hamba mengaku kalah
Tidak berdaya laku dan ulah
Hendak dikait tiada bergalah
Hendak berdayung tiada berbilah...
hari nak hujan sediakan payung,
waktu maghrib, keluar la jin,
takdak orang pun yang suruh hang dayung,
semua bot dah pakai enjin. |
|
|
|
|
|
|
|
Di Tanjung Katung airnya biru
Disitulah tempat mencuci mata
Duduk seporum lagikan rindu
Inikan pula di alam maya |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|