|
Himpunan Tarbiah dari Abuya (merged shah05)
[Copy link]
|
shah This user has been deleted
|
klu ikut logik...begitu pelik macamana rufaqa' corp yg bermula dr zero '0' berjaya membuktikan kepada dunia..sedangkan masa pengharaman, segala aset Arqam lebih kurang bernilai berjuta x tau mn perginya..
tp sekali lg abuya membuktikan dgn, menagih semata2 pertolongan hanya dr Tuhan..bantuan dr Tuhan, dlm masa yg singkat, sudah ada model..dlm Biro Kebudayaan Islam.. Produk makanan Islam...rangkaian butik dan jahitan, pembinaaan dan pertukangan, pengiklanan dan percetakan, Projek2 pertanian...dan pelbagai ekonomi yg lain..
utk pengetahuan, di bhg utara..rufaqa' dlm usaha menumpukan dlm bidang pertanian..perikanan.. salah satu tempatnya di tanjung malim, perak..
malim.. |
|
|
|
|
|
|
PakMalay This user has been deleted
|
Originally posted by shah at 16-8-2005 12:41 AM
klu ikut logik...begitu pelik macamana rufaqa' corp yg bermula dr zero '0' berjaya membuktikan kepada dunia..sedangkan masa pengharaman, segala aset Arqam lebih kurang bernilai berjuta x tau mn per ...
Tak tidoq lagi ker?
Ni taip dengan wife sekali ker atau wife pinjam nama enta jer?
:cak: |
|
|
|
|
|
|
shah This user has been deleted
|
bukan senang nk membina semula jemaah yg bermula dari zero..tp dgn bantuan Tuhan, subhanallah..semuanya terjadi...
utk pengetahuan, abuya cuba menjadikan perniagaan sbg wadah utk Membesarkan Tuhan didalam jemaah rufaqa'..dgn pengenalan Rufaqa' corp. utk tetamu yg dtg smlm, sedikit sbyk telah membuktikan apa yg diperjuangkan abuya bersama
rufaqa.. |
|
|
|
|
|
|
shah This user has been deleted
|
tayangan projektor smlm..jg memaparkan sebahagian aktiviti..program2 rufaqa'..
selepas persembahan multimedia diteruskan dgn sesi dialog bersama 3 org ahli panel..Dr Ing Abdurrahman...saudara Ann
wan seng..dan sorg lg ahli panel..tp sy lupa namanya, maaf..sape yg ingat bgtau la ye..
antara yg bertanyakan soalan beberapa org ikhwah dan seorg akhwat dr Uia...salah seorg ikhwah yg bertanya soalan..abg fahmi,biasa nampak dia kt shah alam...dan 2 org student.. |
|
|
|
|
|
|
shah This user has been deleted
|
hm...stp persoalan tetamu dpt dijawab dgn jayanya..cthnya Dr Abdurrahman...beliau menceritakan bagaimana abuya
meletakkan Tuhan sbg keutamaan dlm sbrg urusan..beliau jg pernah membentangkan kertas keja berbekalkan minda
Abuya di seminar diperancis dan tmpt lain.. wpun dr Abdurrahman dikalangan ahli intelektual,.tp beliau mengagumi
Minda Abuya...bukan saja abuya mampu menghuraikan bab ibadah dlm Islam..tp bab ekonomi...kebudayaan..teknologi, sains dlm Islam pn mampu dihuraikan..
[ Last edited by shah at 16-8-2005 01:22 AM ] |
|
|
|
|
|
|
shah This user has been deleted
|
insyaalah sambung dilain masa...klu ada posting sy yg silap dan salah, tetamu jamuan hi- tea yg hadir smlm sila la betulkan ye..
ampun maaf.
[ Last edited by shah at 16-8-2005 01:25 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by shah at 16-8-2005 01:17 AM
hm...stp persoalan tetamu dpt dijawab dgn jayanya..cthnya Dr Abdurrahman...beliau menceritakan bagaimana abuya
meletakkan Tuhan sbg keutamaan dlm sbrg urusan..beliau jg pernah membentangkan ker ...
first of all, terimakasih pada Shah kerana sudi berkongsi info...
penambahan info :
kesemua panel yg terlibat di dalam sesi dialog adalah Dr Ir Abd Rahman Effendi (wakil rufaqa Indonesia), Dr Ahmad Fauzi Abd Hamid (USM) dan En Ann Wan Seng Abdullah. Ketiga-tiga mereka adalah ahli akademik di bidang masing-masing iaitu Bapak Abd Rahman di bidang aeronautikal, Dr Fauzi di bidang Sains Politik dan En Ann Wan Seng ermm...tatiei kurang pasti pulak..tetapi bidang umumnya ialah humanities lah...Ibu Mursyidah Mustaffa pula adalah bekas pelajar Laws UIA...
tertarik pada kata-kata bapak Abd Rahman mengenai kekaguman beliau terhadap minda Abuya yang telah memberikan definisi aeronautikal yang lebih hebat dari Prof di Universitinya di Perancis yg telah berkecimpung dalam bidang itu selama 30 tahun...kerana itulah beliau memahami itulah yang dinamakan HIKMAH yg hanya boleh diperoleh dari hati manusia yg berTAKWA....
sekian....dulu....mungkin yg lain lagik boleh menambah....
[ Last edited by serihartatie at 16-8-2005 07:13 AM ] |
|
|
|
|
|
|
shah This user has been deleted
|
hm..utk info tambahan..saudara ann wan seng merupakan bekas Pensyarah Jabatan Sosiologi,
Fakulti Sains Kemasyarakatan& Kemanusiaan, um..saudara ann wan seng jg kaum cina pertama yg membuat research
berkenaan Arqam.. baru2 jg saudara ann wan seng telah menerbitkan buku rahsia berkenaan Arqam selain buku 'Arqam
disebalik tabir'..utk yg berminat sila dapatkan di koperasi um.
[ Last edited by shah at 16-8-2005 11:53 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
asaari sendiri datang tak? |
|
|
|
|
|
|
|
hehehe, jawab la..
asaari sendiri datang tak ? |
|
|
|
|
|
|
PakMalay This user has been deleted
|
Originally posted by snipersnake at 16-8-2005 05:21 PM
hehehe, jawab la..
asaari sendiri datang tak ?
Tak faham bahasa ko orang nie?Bahasa Jerman ker?
Masa ambik SPM dulu, bahasa melayu ko orang dapat gred berapa?
:cak: |
|
|
|
|
|
|
|
jawab je. berani tak. aku tanya..ASSari datang tak ?
jawab la |
|
|
|
|
|
|
|
soalan mudah pon takut ka...larik nyuruk belakang bini ka :lol ulama mana yg penakut nih |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by shah at 16-8-2005 01:05 AM
antara yg bertanyakan soalan beberapa org ikhwah dan seorg akhwat dr Uia...salah seorg ikhwah yg bertanya soalan..abg fahmi,biasa nampak dia kt shah alam...dan 2 org student..
lelaki= beberapa = akhawat
perempuan=seorang= ukh. |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
SUBURKAN BENIH MAHMUDAH
SEPANJANG UMUR KITA, KITA merasa telah banyak berbuat kebaikan. Sedikit sekali di antara kita yang merasa dirinya tidak baik, apalagi hendak mengaku jahat. Namun, walaupun banyak kebaikan yang dapat dilakukan dalam hidup seperti beramal ibadah, menolong orang yang kesusahan, membangunkan Islam dalam diri, keluar-ga dan masyarakat dan sebagainya, segala yang dilakukan itu belum tentu mendapat nilaian di sisi Allah SWT. Mengapa? Kerana walaupun kebaikan itu banyak dan kelihatan cantik, ia tetap tertolak jika tidak dilakukan dengan hati. Yakni bila kebaikan itu bukan lahir dari rasa kehambaan dan ketaatan kepada Allah. Mungkin amal yang dirasakan banyak itu lebih berbentuk kepentingan diri seperti hendak mendapat sanjungan atau kerana terpaksa.
Kita juga tidak tahu apakah kebaikan yang telah dilakukan itu mengatasi kejahatan diri, kerana kejahatan itu bukan semata-mata kejahatan lahir yang boleh dilihat oleh mata, ia termasuk kejahatan batin yang tidak nampak dan lebih berbentuk maknawi. iaitu penyakit-penyakit hati yang sangat merbahaya seperti sombong, bangga diri, hasad dengki, bakhil, pemarah, pendendam, cinta dunia dan sebagainya. Mengekalkannya bersarang di dalam diri juga dikira sebagai kejahatan. Malah kejahatan hati ini lebih bahaya kerana seseorang mungkin tidak sedar akan kesalahannya dan tidak bertaubat.
Jika begitu kedudukannya, bagai-manakah kita hendak berhadapan dengan Allah SWT kelak? Dia, Raja dari segala raja. Hendak mengadap raja di dunia pun kita perlu bersihkan diri, berpakaian can-tik, kemas dan sesuai. Cara berjalan, duduk dan berdiri pun mesti mengikut adab-adabnya. Jika tidak murkalah raja. Lantas, dengan Allah lebih-lebih lagilah, mesti bersih lahir dan batin.
Tidak ada seorang raja yang gembira menerima rakyatnya yang datang menghadap dengan berpakaian compang-camping, berbau busuk, hanyir dan kotor pula. Begitulah tamsilannya, seorang hamba yang kembali kepada Allah dengan membawa hati yang kotor dipenuhi mazmumah untuk dipersembahkan kepada-Nya, sudikah Dia menerimanya? Allah! Alangkah malunya diri untuk menghadap-Mu wahai Allah.
Ilmu tentang hati
Kita perlu tahu ilmu tentang hati. Ilmu ini bukan untuk mental-exercise tetapi untuk difahami, dihayati dan diamalkan. Barulah ia akan memberi kesan ke atas diri dalam mengenal dan mencintai Allah yang sangat berjasa itu.
Hati adalah raja di dalam kerajaan diri. la bukan hati yang dapat dilihat oleh mata. Tetapi ia adalah roh atau dipanggil "qalbun". Akal dan nafsu pula merupakan dua unsur yang Allah bekalkan dalam setiap diri manusia, yang bertindak sebagai penasihat kepada raja tadi.
Sekiranya akal memainkan peranannya sebagai penasihat, raja itu akan menjadi raja yang baik. Tetapi jika nafsu sebagai penasihat, maka rosak dan jahatlah raja. Anggota lahir seperti mata, telinga, tangan dan lain-lain itu pula umpama rakyat yang fungsinya mĕnurut saja perintah daripada raja. Raja ini luar biasa kerana dia mempunyai kuasa penuh dan tiada siapa yang boleh mengatasinya. Oleh itu untuk selesaikan diri dalam apa saja hal, mestilah selesaikan raja atau hati ini terlebih dahulu.
Hati juga adalah wadah iaitu bekas yang menjadi rebutan antara malaikat dan syaitan. Jika malaikat terlebih dahulu mengisi wadah itu, maka akan baiklah hati. Tetapi jika syaitan yang dahulu mengisinya, sebaliknya pula akan berlaku. Malaikat mengisi wadah itu dengan hidayah, ilmu, ilham dan bisikan-bisikan yang baik. Hakikatnya ia daripada Allah. Kerana itulah majlis ilmu itu dikatakan majlis para malaikat. Manakala syaitan pula mengisi wadah itu dengan kekufuran, was-was dan keraguan yang merupakan warisan utama turun temurun daripada ketua segala syaitan iaitu iblis.
Hati sangat peka kepada perkara-perkara yang negatif dan positif iaitu stimulus atau rangsangan dari luar. Tanpa rangsangan-rangsangan ini, diri sentiasa merasa baik sahaja. Tetapi bila rangsangan ini berlaku, terpamerlah apa yang selama ini tersimpan di dalam hati. Contohnya bila difitnah, kita marah. Waktu itu baru-lah kita tahu betapa pemarah, tidak sabar dan tidak berlapang dadanya kita. Itu adalah stimulus yang negatif. Begitu jugalah dengan yang positif seperti melihat orang yang ditindas dan dizalimi. Hati menjadi tidak tenteram, terasa hendak beri bantuan malah merasa geram dan ingin membalas kepada orang yang berbuat zalim itu.
Akhirnya fungsi hati itu ialah merasa. Dengan rasa inilah kita boleh kenal bagai-mana hati kita. Contohnya apabila kita mendapat kejayaan, adakah hati kita merasa megah, hebat, bangga diri atau kita rasa syukur di atas kejayaan itu. Rasa-rasa ini sangat jujur dan ia tidak menipu. Cuma kita saja yang sering tidak dapat menerimanya terutama apabila rasa itu tidak bertepatan dengan nafsu kita.
Tidak mengapa jika kita tidak merasa apa-apa di atas kebaikan yang dilakukan. Bahkan mungkin itu baik. Tetapi adalah lebih baik kalau kita sedar bahawa kita telah berbuat baik, supaya dengan itu kita dapat bersyukur kepada Allah. Kerana dapat berbuat kebaikan itu juga adalah dengan izin Allah jua. Tetapi kalau tidak sedar bahawa kita ini jahat, itu bahaya malah lebih bahaya lagi jika merasa diri baik sedangkan hati jahat.
Dalam setiap diri manusia itu Allah tanamkan dua benih iaitu benih mazmumah dan benih mahmudah. la boleh hidup subur, boleh dikawal, boleh dibantutkan dan boleh juga hidup meliar. Segalanya terpulang kepada kemahuan dan kesungguhan manusia itu sendiri. Benih mahmudah iaitu sifat yang baik perlu disuburkan. Jika tidak ia akan ban-tut, kering dan layu. Manakala benih mazmumah iaitu sifat yang tidak baik, perlu dicantas dan dikawal agar ia tidak tumbuh besar dan meliar.
Ujian-ujian dalam hidup pula merupakan ubat atau injection bagi menyubur-kan mahmudah dan mencantas mazmumah. Contohnya bila Allah uji dengan kesakitan, kematian, kebakaran, kecurian atau lain-lain, adakah kita sabar dan redha menerimanya ataupun kita kecewa dan marah-marah. Dan, kuasa menyuburkan mahmudah dan mencantas serta mengawal mazmumah itu ada pada kita. Ia diberi oleh Allah.
Maka apabila kebaikan mengatasi kejahatan, Allah beri kita Syurga atas rahmatNya bukan kerana banyaknya kebaikan itu. Dan apabila kejahatan mengatasi kebaikan, tempatnya adalah Neraka. Itu adalah keadilan Allah bukan kezalimanNya kerana benih dan kuasa untuk mencorak telah diberi kepada setiap hamba-Nya. Bolehlah ditamsilkan, Allah memberi padi dan popi (sejenis pokok yang menghasilkan dadah), terpulang kepada kita hendak suburkan yang mana. Jika benih tidak baik yang disuburkan, rosaklah kita.
Mereka yang menangguh-nangguhkan usaha mencantas mazmumah dan menyuburkan mahmudah ini adalah orang-orang yang telah berjaya ditipu oleh nafsu dan syaitan. Membersihkan hati dari penyakit-penyakit kotor yang boleh merosakkan ini adalah wajib hukumnya. Kerana apabila raja bersih, maka kerajaan diri pun turut bersih dan ganjarannya adalah nikmat Syurga yang kekal abadi. |
|
|
|
|
|
|
PakMalay This user has been deleted
|
Originally posted by snipersnake at 17-8-2005 09:14 AM
mungkin thread nih dah tenggelam..biar aku rephrase..
asaari sendiri datang tak upacara memuja muji aka hi tea tuh
Heheheheheheheehehe
Samada Tuan Haji Ashaari nak datang atau tidak, rasa2 tak penting bagi ko..
Kalau bagi maklunat pun , bukan ada faedah apa...
Pening gak kenapa ko orang ambik berat bab Ustaz Ashaari pun. Satu dunia dah tahu ko ni memang anti Ustaz Ashaari.
Abuya ku:ting::solute:
[ Last edited by antiQue at 5-9-2005 09:30 PM ] |
|
|
|
|
|
|
PakMalay This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
|
saya bertanya pada mawar, tatie, hafizi, akasyah..
asaari sendiri datang tak hi tea tuh ;)
[ Last edited by antiQue at 5-9-2005 09:32 PM ] |
|
|
|
|
|
|
shah This user has been deleted
|
QUOTE:
Originally posted by shah at 16-8-2005 01:05 AM
antara yg bertanyakan soalan beberapa org ikhwah dan seorg akhwat dr Uia...salah seorg ikhwah yg bertanya soalan..abg fahmi,biasa nampak dia kt shah alam...dan 2 org student..
lelaki= beberapa = akhawat
perempuan=seorang= ukh.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
snipersnake, terima kasih ye sudi betulkan kesilapan sy tu....mungkin mlm tu sy ngantuk sangat, x perasan sy tersilap taip.. |
|
|
|
|
|
|
shah This user has been deleted
|
ustaz akasyah, dah lama tak kirim tarbiyah abuya..moga dgn tarbiyah tu dpt membersihkan hati sy yg penuh dgn
mazmumah ni.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|