CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: fly_in_d_sky

[Buku & Kesusasteraan] Saya sedang baca buku (Bah. 3)

[Copy link]
Post time 27-6-2025 05:47 AM | Show all posts
fly_in_d_sky replied at 26-6-2025 03:36 PM
saya tak boleh baca online sangat since kena vertigo
jadi haywire ... so kena cari buku physical b ...

Mana2 helok...janji baca...mind stimulation
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-6-2025 10:26 AM | Show all posts
seribulan replied at 27-6-2025 05:47 AM
Mana2 helok...janji baca...mind stimulation

bila tak baca terasa macam kosong
macam tin kosong .. rasa macam alahai tak productive ..
bila dapat baca tu rasa cepat sikit masa jalan ...

Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2025 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
fly_in_d_sky replied at 28-6-2025 09:26 AM
bila tak baca terasa macam kosong
macam tin kosong .. rasa macam alahai tak productive ..
bila d ...

Tepat sekali
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2025 10:41 AM | Show all posts
tamat siri Hikayat Satria-Satria Sejati buku #4 & #5

Bustanati, negara nusantara yang gagah berdiri sebagai benteng terakhir amukan Mukan’Aja, menjadi tempat perlindungan seterusnya buat Ariki dan rakan-rakan. Bersama kepimpinan Bustanati, mereka cuba mencari jalan ke arah kemenangan.
Tuah Awaras cuba untuk menjalin hubungan semula dengan Ariki, namun Ariki sukar menerimanya akibat kebenaran yang telah terzahir. Namun terpaksa bersama dengannya, akibat ilmu Seni Tempur Maharaja yang perlu dimahiri.
Merasai kehilangan, Ashwadi menyimpan dendam mendalam terhadap Lutello, yang dianggapnya menjadi punca kepada kematian insan tersayang.
Mikail pula menyusun strategi tuntas untuk bergabung Tanah Suci dan Bustanati bergabung tenaga bagi menumbangkan Mukan’Aja.
Sementara itu, Lutello tenggelam di dalam kesunyian diri dan kegelisahan jiwa.
Pada masa yang sama, Lakshamana tidak sabar untuk mempamerkan kekuatan dan menyempurnakan misi asal maharajanya!
Penamat siri Hikayat Satria-Satria Sejati, apakah perjuangan akan berakhir di sini?

memang tak sangka ada musuh dalam selimut dalam siri terakhir
dan perubahan yang berlaku terhadap Lutello ...
dan dalam setiap peperangan akan ada kematian ...
dan dalam setiap peperangan akan ada kegembiraan

siri ni memang best cuma author kena cari orang untuk semak semula perenggan dan ejaan perkataan
macam menganggu sikit .. sabar jer lah
dan membaca ni buat kita terfikir ...
"Dunia ini hanya sementara, kekalahan hanya sementara, kemenangan hanya sementara, selepas itu apa?"




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2025 10:46 AM | Show all posts
“Do you really think you can run from us, Sofea?”


Sofea, seorang pekerja yang berdedikasi dan bijak, bercita-cita ingin berjaya di syarikat RICE dengan hasil usaha sendiri. Dia menyangka kehidupannya akan menjadi normal sepertimana orang lain.

Namun, pertemuan dengan Danny - seorang atlet tinju tersohor - mengingatkan Sofea kepada sesuatu yang sudah lama dilupakan. Sebuah organisasi misteri yang telah membantunya berjaya — tetapi dengan harga yang mahal.

Semenjak itu, perjalanan hidup Sofea mula teruji apabila seorang lelaki daripada organisasi misteri tersebut tiba-tiba muncul dan menuntut janji lama Sofea.

“You’ve sold your useless soul. We bought it. Now, it’s time for us to claim what’s ours.”

Sofea mula dihantui mimpi ngeri. Jika dia tidak menurut apa yang diminta, nyawa diri dan orang kesayangannya akan berada dalam bahaya.

“Tugas anda sangat mudah, Sofea. Patuh!”

Dalam keterdesakan, Sofea hanya ada dua pilihan – turuti permintaan mereka agar orang sekelilingnya selamat, atau ingkar lalu menerima padah. Mampukah dia membuat pilihan yang tepat?


start baca buku ni malam tadi
mmmm agak laju juga pembacaannya ...
masih diperingkat awal so susah nak kata best ke tidak
sambungan Bayang Sofea pun sudah ada ...
hmmm

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2025 05:11 PM | Show all posts
Edited by masterudeng82 at 9-9-2025 09:27 AM

Sedang baca Sang Penggempur : Kapten Zubair Huwalid ~ Lily Haslina Nasir


Seorang tentera. Seorang waris. Seorang anak bangsa yang sedang menjejak akar sumpah dan bayang khianat.
Kapten Zubair tidak pernah mendambakan pangkat. Dia tidak pernah meminta namanya diingati. Yang dia tahu — setiap kali tanah ini dipijak orang yang tidak berhak, ada darah yang perlu bersedia tumpah.

Namun perjuangan sebenar tidak bermula di medan terbuka. Ia bermula di dalam gelap , di celah bisik pengkhianat, dalam senyap fail rahsia, dan dalam sejarah yang cuba dipadam. Sumpah yang diwarisi sejak zaman Kesultanan Melaka menyebut bumi ini kaya emas yang bukan sekadar harta, tetapi lambang daulat dan harga diri bangsa.

Zubair menjejak rahsia itu sambil berperang bukan hanya dengan musuh dari luar, tetapi juga dengan mereka yang berdarah sama namun berpaling arah. Hinggalah takdir membawanya ke sebuah lokasi yang tidak tercatat dalam peta iaitu ladang buah naga di pedalaman Raub, yang menyimpan lebih dari akar dan tanah. Di bawahnya, bersemadi rahsia Naga Emas — sisa sumpahan lama yang dihimpit sihir, dijaga roh dan diburu rakus oleh kuasa luar sejak ratusan tahun.

Di sisi perjuangannya, hadir seorang wanita yang memegang seluruh jiwa pasukan. Leftenan Syifa, setiap sentuhannya mampu memberi penawar. Dalam diam, dia memikul cinta yang tidak pernah dilafaz.

Zubair Huwalid — Dia sang penggempur yang tidak gentar pada sihir, tidak tunduk pada harta, dan tidak berpaling dari sumpah.

Kapten Zubair – Sang Penggempur adalah kisah tentang negara yang dibina atas keringat dan pengorbanan, bukan sekadar slogan dan laungan. Ini kisah tentang lelaki yang memilih untuk tidak berpaling walau kebenaran itu sunyi. Ini kisah tentang tanah yang terlalu mahal untuk dijual, dan terlalu suci untuk dikhianati.

Dan ini kisah tentang seekor naga yang tidak pernah tidur kerana emas yang dijaganya masih terbenam.


Semua ada 650 mukasurat. Baru sampai mukasurat 230. Menarik ceritanya.

** rate untuk novel ni 8/10



Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-7-2025 05:14 PM | Show all posts
"Sofea, ingat tak dulu saya pernah cakap, kalau ada peluru menuju ke arah awak, I'll make myself as your shield?"

"Tapi awak ingat tak apa yang saya cakap lepas tu? Saya pun sanggup buat benda yang sama."


**
Danish Coelho Ilyas memiliki segalanya. Atlet tinju tersohor, kaya, popular. Tapi untuk mencapai setiap kejayaannya tidak mudah.

Dalam diam, dia terlibat dengan organisasi misteri yang menuntut kesetiaannya. Kerana merekalah, nama Danny terkenal ke persada dunia. Walau berisiko, Danny tidak gentar, bahkan langkahnya semakin yakin. Kesetiaan Danny tidak pernah dipersoal.

Namun apabila Danny bertemu semula Sofea, cinta lamanya, dia dituntut untuk melakukan pengorbanan yang dahsyat, demi kejayaan yang lebih besar. Jika dia perlu mempertaruhkan segalanya, jalan manakah yang akan dipilih?

Barangkali semuanya telah dirancang sejak awal. Dan yang akan menang ialah yang paling hebat merancang.



baru baca 2 hari lepas so far mmmm no komen
baru lagi ...
tunggu ler masuk babak 2








Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2025 09:58 AM | Show all posts
semalam dah habis baca Rahsia Danny
memang best
tak rasa boring pun ...
sebab kita tak mengharapkan yang tinggi
just baca and sementara tu kita fikir sikit-sikit
memang korang takkan sangka
plot twist bila dah masuk babak 2 ...

so malam tadi dah pegang and baca sikit Sumpah Legenda - Hilal Asyraf
tapi macam mmmm pagi tadi ubah fikiran
kita grab buku Tok Alang - Mohd Faizullizam ...
dah lama peram ...
and haishhh part seram tu tak menarik
terpaksa kita skip skip rupa hodoh hantu bagai


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-7-2025 12:51 PM | Show all posts
Dunia kebatinan, bukanlah dunia yang telus di penglihatan manusia. Hanya mereka yang terpilih sahaja dapat melihat kewujudannya di depan mata. Di antara mereka yang terpilih itu, wujudnya Tok Alang, si tua yang berpengalaman luas dalam hal kebatinan. Dibantu oleh dua sahabatnya, Pak Usop dan Tok Deris, mereka terus membantu mana-mana hamba Allah yang sedang dalam kesulitan, tanpa mengharapkan sebarang imbuhan dunia.

Datang pula Firdaus yang membawa satu amanah untuk memburu pembunuh yang mengamalkan ilmu sesat, Walibumi. Namun, siapakah Walibumi ini? Mengapa dia menggunakan manusia sebagai korban bagi memuaskan keinginannya? Apakah yang dia akan lakukan selepas kegiatannya terbongkar di alam jin? Adakah Tok Alang mampu membantu Firdaus bagi menyelesaikan masalah berkaitan Walibumi?

Turut terhidang, kisah-kisah pendek yang turut menghiasi warna-warni jilid kedua Tok Alang ini. Setiap cerita, pasti akan memberikan pengajaran agar manusia sentiasa sedar, dunia ghaib ini adakalanya baik dan adakalanya amat menyesatkan. Hanya iman dan takwa sahaja yang boleh memberi panduan agar manusia tidak sesat dan hanyut di dalam kesesatan, tak kiralah dalam sedar, mahupun di luar sedar.

Jadi, dapatkan jawapannya di dalam jilid ini. Kalian bukan sahaja akan menelusuri dunia kebatinan yang luas. Malah, akan turut dibawa menelusuri liku-liku kehidupan sebagai manusia bernama Tok Alang.


buku Tok Alang 1 dah habis marathon
hmm boleh tahan lah buatkan saya tak tidur malam
siapa suruh imagine muka huduh
kan seram jadi nya
buku Tok Alang 2 ... pun best
korang baca part Tok Deris ...
lawak tak sudah ... sengal betul
coming soon akan keluar Tok Alang 3


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2025 09:46 AM | Show all posts
Enam bulan selepas Hikayat Rajakhata Suran dibawa pulang, Prof. Umed hilang tanpa jejak, Indra terkena penyakit ganjil, Ben Petra berubah sikap, Trisya hampir gila seperti ibunya. Kematian ibu Trisya, memaksa Rania keluar daripada persembunyian. Perkembangan kawan-kawan yang membimbangkan, membuatkan Rania mula mencari seorang demi seorang untuk menggali apa sebenarnya yang terjadi kepada mereka berempat.
Tan Sri Iskandar meminta bantuan Rania untuk menyelesaikan masalah mereka. Ben yang sebelum ini tergila-gilakan Rania, kini berubah hati. Prof. Umed perlu dicari. Indra perlu disembuhkan. Ben perlu disedarkan semula dan Trisya masih berada dalam posisi berjaga-jaga. Rania meminta bantuan daripada gurunya, Tok Uban.
Rania, Tok Uban dan Tan Sri Iskandar mula menemui satu demi satu petanda dalam masalah mereka. Kemunculan figura misteri seorang gadis bernama Luna, memerangkap mereka dalam sejarah keturunan. Ternyata, kisah sumpahan terhadap kelima-lima penjaga kitab kuno, bukan sekadar datang dari sumpah diraja. Ada cerita yang lebih rumit di sebalik peristiwa pada tahun 1821 yang menjadi punca sumpahan dan sengketa.
Demi kebenaran, Trisya pergi mengembara ke utara negara Sayyam demi menggeledah sejarah yang tertimbus. Rania pula mula dihantui mimpi-mimpi aneh. Ketika konflik berada di puncak, satu figura perlu dicari demi meleraikan segala masalah yang ada;
“Carilah raja di gunung, raja di laut, raja di langit…” - Figura yang melambangkan kuasa, keseimbangan alam dan pembebasan jiwa.
Dengan bantuan Tok Uban, Rania berkelana mencari sang raja sakti demi meleraikan sumpahan keturunan yang menghantui mereka berlima sekali gus meraih semula cinta Ben Petra yang hilang.




Tok Alang 2 dah habis baca
memang best .. tak boring pun
akhirnya persoalan terjawap
siapa Firdaus .. siapa Walibumi ...
Tok Alang 3 akan keluar tak lama lagi

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2025 12:11 PM | Show all posts
Ayu Candramaya tidak sesekali menyangka bahawa dia, seorang gadis comot yang hanya menjadi hamba di rumah sendiri itu mempunyai kelebihan yang tidak ada pada semua orang. Sejenis kesaktian, yang diwarisi daripada ibu kandung. Yang sebenarnya menjadi satu rahsia juga nanar dalam lipatan sejarah keluarganya.

Pertemuan yang tidak disangka-sangka dengan seorang pendeta tua bernama Gentala turut membongkar satu demi satu rahsia yang selama ini disimpan rapi oleh sang bapa. Kecewa bercampur rasa ingin tahu yang membuak-buak membuatkan Ayu Candramaya nekad mahu keluar dari Syandana. Menuju Arga bersama-sama Gentala untuk belajar di sebuah sekolah sakti yang bernama Mustika. Biarpun mendapat tentangan daripada bapanya.

Mustika menyimpan seribu misteri. Walau dikelilingi teman juga lawan, kehidupan di sana tidak pernah sunyi. Ada tawa, ada tangis, ada suka dan ada duka. Namun dalam diam, ada yang mengintai peluang. Menggenggam kesumat dan dendam membara. Menunggu masa untuk merampas kesaktian yang ada pada Ayu Candramaya bagi melunaskan agenda hitam yang dirancang lama.


Penjejak Raja Sakti dah habis baca
cuma ... macam kurang action
walaupun persoalan terjawab akhirnya
kurang action sebab Rania baru discover kekuatan dia kelebihan dia

so yang buku baru ni ... masih peringkat awal
tak boleh kata apa sangat ...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2025 10:15 AM | Show all posts
Meski sudah membuktikan kebolehannya di dalam pertandingan seni tari dan silat beberapa bulan yang dulu di Cayapata, Ayu Candramaya masih juga disisihkan oleh teman-teman sekolah Mustika. Bermacam-macam fitnah dan kata-kata nista yang dilemparkan kepada Ayu Candramaya, namun gadis itu tetap berdiri tinggi dan menghadapinya dengan cekal.

Kedatangan Ratu Temaga dari Meligai Gadong ke Mustika telah membawa Ayu Candramaya serta sahabat-sahabat Mustikanya ke satu lagi petualangan yang seru. Serangan daripada musuh yang sentiasa mengincar peluang untuk merampas Sukma Canderawasih datang dari segenap penjuru. Malah, kali ini dengan seteru purba yang lebih ganas dan menakutkan.

Dugaan yang menujah-nujah membuatkan Ayu Candramaya dalam dilema, di antara mahu menyelamatkan sebuah nusa yang di ambang peperangan, atau pulang ke Arga menjaga nama baik Mustika.

Selamat kembali ke Benua Suwarga dan semoga kembara kalian kali ini menghiburkan.


dah selamat baca Hikayat Suwarga #1
memang best and entah ler .. setiap kali Ayu Candramaya menari .. bulu ku meremang
bukan sekali tapi beberapa kali
menarik .. dan heavy ...
nak kata macam Harry Potter pun boleh kot
sebab anak terpinggir diabaikan .. takde kasih sayang ..
dan kat sekolah kena tindas lagi ..


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2025 09:52 AM | Show all posts
Dijodohkan tanpa persetujuan, membuatkan Seri memberontak dalam diam. Perancangan demi perancangan diatur demi membalas dendam. Bermula dengan pemilihan konsep perkahwinan, dia mengharapkan agar ibunya tertekan. Pertukaran jawatan dalam kesatuan sukan dijadikan imbalan. Senarai rancangannya makin panjang apabila berjaya mengaburi mata keluarga dengan satu anjuran sukan tinju.

“What are you up to?”- Syed Akram.

“Rebel.” – Seri.

Namun, kemunculan seorang lelaki misteri membuatkan hidup Seri kucar-kacir. Rancangannya tergugat. Lelaki itu muncul penuh pesona, kemudian hilang tanpa berita saat hatinya telah dicuri.

“Membina impian, bermakna kau membina kekecewaan…” – Seri.

Seri, adalah jelmaan kisah Puteri Walinong Sari dalam versi moden.




semalam marathon baca Hikayat Suwarga
memang best
siapa tak baca memang rugi
buku ni macam susah nak cari
limited edition printing rasanya


part 2 ni .. kira pasal Indera Bumi .. Meligai Gadong
meremang bulu bila baca buku ni
entah ler .. tak tahu kenapa
dari buku part 1 sampai part 2 ...
coming soon part 3 .. tak tahu ler


buku kedua ni pasal sakti Indera Bumi ..
siapa yang ada .. tiada siapa tahu
melainkan Ketupong .. budak ni rasa kesian tapi ada masa rasa nak lepuk
hahah .....


malas nak type panjang tapi yang pasti sangat menarik

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2025 09:42 AM | Show all posts
Kau hadir kala aku mula buka mata melihat dunia,
Mengenal cinta, mengenal rindu,
Meski kala itu kita tak sepatutnya membaja renjana.

Kau ambil segala jiwaku,
Kau renggut segala nafasku,
Kau hitamkan masa depanku,
Cinta kita jadi satu petaka,
Bersulam darah dan airmata,
Biar waktu membalut luka, namun tak bererti meluputkan dosa.

Apa yang aku punya saat ini, hanyalah kenangan manis kita,
Buat bekalan menemani hari-hari mendatang yang sebenarnya tak mahu aku pandang,
Berdosakah aku menyimpannya?
Apakah itu juga mahu direntap dariku?

Jika benar itu mahumu, maka sampaikanlah 7 syarat kepadanya;

7 syarat bersulam dendam,
7 syarat berbaur sindiran,
7 syarat cerminan bicara terpendam,
7 syarat bayangan masa silam.
7 syarat berupa kehancuran.
7 syarat tanda hukuman.
7 syarat yang takkan terlupakan…

Sampaikan kepada dia…
Jangan ditinggal satu pun jua….
Puteri #1 menarik walaupun jalan cerita agak pendek
konflik nya kena kahwin paksa .. lepas tu Seri suka bertinju
bawa diri dengan pergi balik kampung Mbak Kartini kat Bali
tujuan cari cari barang beli barang
lepas tu terjatuh cinta dengan Budi ...
lepas tu cinta berputik .. tapi ada halangan
kemudian balas dendam dengan request buat tinju fight lelaki dan perempuan kat final match
so ending nya ... memang tak sangka
siapa Budi sebenarnya ...









This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2025 09:53 AM | Show all posts
Edited by fly_in_d_sky at 23-8-2025 09:55 AM

lupa nak update
kita stop jap baca buku Fizziany

tetiba terpanggil nak baca Serunai Maut 1 dan 2
banyak benda yang saya dapat
dan terfikir ... especially bila ada ujian
dan watak Falah tu .... dah macam Sunan
hehehe ...
cerita mengenai bila waktu petang hingga esok hari
tak boleh pasang lampu
akan muncul serunai maut dan ramai akan mati
mayat mereka akan terbakar dan jadi debu ...
  
nanti kalau nampak wata Nuna mesti korang rasa
haishhhhh .... rasa budak ni banyak bunyi lah
haha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2025 01:02 PM | Show all posts
baca balik Muhammad: Riwayat Hidup Berdasarkan Sumber Terawal oleh Martin Lings
kebetulan next month .. bday Rasullah saw
ok lah tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-9-2025 09:54 AM | Show all posts
dah habis baca kisah Nabi Muhammad saw
so baca Gelang - Fizziany
cuma slow sikit
keadaan diri agak haywire ..


"Hanya perempuan yang memiliki gelang jawa itu, akan menjadi menantu rumah ini.” - Syarifah Aara.

Gelang emas pahat jawa permata delima. Gelang keturunan yang hilang.
Dibuang Yuna, bersama lamaran Adrian. Baginya, Adrian lelaki yang tak ada banyak duit seperti Shahrul. Wang hantaran yang tidak cukup dijadikan alasan perpisahan.

Dikutip oleh Ratna, kerana terpesona dengan nilai estetika purbanya. Bagi seorang wartawan yang dahagakan berita mistik untuk majalahnya yang hampir bankrap, gelang antik seperti itu sangat-sangat bernilai.

Dicari oleh Tuan Syed Adham, datuk saudara Adrian yang muncul secara tiba-tiba. Kemunculannya, menjungkir-balikkan kehidupan Adrian. Daripada lelaki yang tak punya apa-apa, kini dia memiliki segala-galanya. Harta. Kuasa. Apatah lagi dia memang sudah mempunyai rupa. Adrian menjadi hartawan muda segera.

Namun, Adrian harus mencari gelang jawa tersebut. Itu permintaan Tuan Syed Adham. Ada sesuatu di dalamnya yang bakal menjanjikan kelestarian harta keturunannya. Adrian kalut. Mana hendak dicari gelang yang sudah dibuang oleh Yuna itu?

Gelang emas jawa permata delima, menemukan Adrian dan Ratna dalam pencarian. Menyatukan hati dalam diam. Mencambahkan benih cinta dalam kembara panjang. Saat mereka sama-sama cuba menyelongkar rahsia gelang itu, satu sejarah masa lalu di antara kedua-dua keluarga mereka terbongkar. Satu sejarah yang tak mungkin dapat diperbetulkan oleh mereka berdua meski nyawa jadi taruhan. Keadaan bertambah rumit apabila Yuna kembali menagih haknya ke atas gelang emas jawa tersebut.

Siapakah pilihan hati Adrian?Mampukah sejarah hitam dipadam atau diperbetulkan?
Mungkinkah gelang itu sendiri yang mencari Ratna?
Apakah Tuan Syed Adham dan keluarga Ratna mampu berdamai?

Yuna takkan sesekali melepaskan Adrian! Dia lebih rela mati daripada terlepas bersuamikan seorang jutawan!

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2025 09:44 AM | Show all posts
Maya Sakta • Ratu Agniasari • Arjuna Barata • Takhta

Alami pengembaraan watak-watak fantasi di sebuah planet bernama Maya Sakta yang penuh dengan cabaran dan menggugat emosi di samping menambah ilmu pengetahuan dan meningkatkan daya fikir yang mapan.






semalam habis baca Gelang
ehhh not bad juga novel Gelang
tak heavy pun .. ayat pun ok .. bukan jenis jiwang .. cliche .. cringe
jalan cerita pun ok ...


so kita baca Epik Cinta 1 ...
expected macam romance bagai
tapi ya ampun ... santai sungguh
ayat pun relaks jer ...
bayangkan berada di dunia lain tapi cara cakap macam kat bumi
ada pantun .. ada ayat selamba ...
ada pula negara Gohekgostan ...
kau rasa ...


Epik Cinta 1 ada sambungan Epik Cinta 2
dah beli and cover biasa ....
tak sabar nak baca
so dalam seminggu lebih kita angkut pergi balik kerja
gila bapak berat .. tapi tak seberat angkut batu lah
hahah tak berapa mana pun ...
kalau boleh angkut buku Nirnama ... apa beza angkut buku Epik Cinta 1
kan kan kan kan ...


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2025 11:16 AM | Show all posts


Blurb:

Apa yang bermula sebagai misi taktikal Serigala Negara (6RRD) di pedalaman Sabah, berubah menjadi pertarungan hidup dan mati apabila Leftenan Khaidean bin Mohd. Noor bertembung dengan ketua Al-Makhtura—militan paling berbahaya. Mereka menuntut warisan lama.

Lalu, dalam hutan yang dikatakan menyimpan emas, Kem Wira Rimba dibina atas nama Operasi Akar Emas. Tugas jelas—kawal kawasan pedalaman Sabah yang dipercayai menyimpan emas. Tapi bagi Kapten Khaidean dan Kompeni Serigala Borneo, misi ini bukan sekadar perlindungan dan pertahanan. Ini untuk masa depan negara.

Khaidean dipanggil ‘Sir’ oleh anak buahnya, bukan kerana pangkat—tetapi kerana naluri serigala yang semua tahu, mampu memburu atau diburu.

Namun, di tengah hutan yang menyimpan lebuh daripada emas dan rahsia peperangan silam, Khaidean berdepan dilema peribadi apabila gadis yang kekal dicintainya dalam memori sejak lapan tahun lalu, Aria Rafeilla—ketua pasukan geologi dan penerokaan emas—muncul kembali sebagai kunci kepada konspirasi yang lebih besar.

Benci bertukar kasih apabila Aria melihat cara Khaidean yang alpha.

“Kau bukan batu. Aku tahu kau ... simpan macam-macam dalam diam.”—Aria

“Ada benda yang aku tak simpan dalam dompet. Tapi aku simpan dalam hati. Dan aku bawa sampai habis jalan.”—Khaidean

Semakin dalam mereka masuk ke hutan, semakin dekat mereka dengan rahsia yang mampu mengubah peta negara. Dan seseorang—di luar, atau mungkin di dalam—mahu pastikan rahsia itu tidak pernah keluar.

“Sekarang baru saya sedar, alasan sebenar saya tinggalkan awak sebab saya takut awak lebih cintakan seragam tu daripada saya.”

“Bukan seragam yang aku cinta tapi tanah ini. Selagi aku hidup, aku tak akan biar sesiapa ambil.”

Ketika musuh semakin hampir kepada kebenaran, Kapten Khaidean kini jadi sasaran dalam permainan politik, pengkhianatan, dan konspirasi antarabangsa. Dia perlu memilih: serahkan warisan darahnya, atau pertahankan tanah air dengan nyawa?

Siapa yang benar-benar musuh? Dan apa yang tersembunyi di bawah tanah, sehingga Khaidean sanggup berjuang ke titisan darah terakhir demi sejarah yang disenyapkan?

Ini kisah sang pelindung yang sanggup berjuang demi nyawa pasukan, cinta yang telah lama hilang, dan kedaulatan negara. Ada suka duka kehidupan tentera yang bisa buat pembaca terpaku dan tabik hormat.

AGI IDUP AGI NGELABAN

“Selagi bernyawa, selagi itu aku berjuang!”



**Last two weeks baru habis baca novel ni. Tebal 935 muka surat. Tapi menarik cerita dia. Sangat detail, lepas tu bila baca terbayang macam dalam movie pulak.. Rate 9/10
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2025 11:24 AM | Show all posts


SINOPSIS LEFTENAN EZRAM HAQ

“Jangan mengorat adik aku.” – Kapten Zulu

Bila Kapten Zulu bersuara, siapa saja takkan berani melanggar. Sebab mereka tahu, menentang amaran kapten ibarat menghamparkan nyawa sendiri di hujung pedang. Termasuklah Ram.

Tapi… lain pula halnya dengan si adik. Semakin terang-terangan ditolak, semakin dekat Ain melangkah.

Sekali. Dua kali. Berkali-kali. Ain tetap tak putus asa, hingga Ram sendiri mula rimas.

“Ain suka abang Ram. Ain takkan putus asa.” – Ain Inara

“Kalau abang awak tahu… mampus saya, Ain. So please, jangan kacau saya.” – Ram

Tapi bagi Ain, larangan itu ibarat cabaran. Lagi Ram mengelak, lagi dia mendekat. Malah, semakin menjadi-jadi dia menggoda manja, sengaja buat Zulu naik angin.

“Awak sengaja cakap manja-manis, gedik-gedik macam ni, kan? Nak cari pasal dengan saya, kan? Jangan buat perangai ni depan kapten Zulu. Habis saya nanti!” – Ram

Tapi Ain… tetap Ain.

Mulanya, dia berani panggil “abang” depan Zulu sampai Ram kena headlock.

Kemudian, dia siap hantar bekal, dan Ram terpaksa pusing padang sambil memeluk bekal itu.

Paling teruk, kereta tolak kesayangan Zulu dibom kecil-kecilan gara-gara si abang tak restui. Dan siapa yang tanggung dendanya? Ram juga.

Makin lama, makin pening semua dengan karenah Ain. Tapi Ram… makin lama makin reda. Pasrah. Dia sanggup menanggung denda demi seorang Ain Inara.

Biarlah apa pun berlaku, demi Ain Inara… ku sanggupkan jua.
Kononnya!



**Beli ebook ni, tak pernah baca tulisan penulis Hash Aulia, cara penceritaan menarik, ada lawak2 yang boleh la buat hilang stress cuma cerita tak berkembang. Ulang2 yang sama je, ingatkan lebih kepada apa yang leftenan tu buat, kerja dia, tapi lebih kepada cinta terhalang dan denda. Rate 4/10 jelah. Hehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 01:12 PM GMT+8 , Processed in 1.364749 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list