|
RESEPI LAKSA JOHOR
Bahan-bahannya :-
1 paket Spaghetti (direbus)
BAHAN A :-
5 ekor ikan kembong/sardin/parang/tenggiri mengikut citarasa masing-masing(digoreng, dibuang tulang dan ditumbuk atau diblend)
1 paket kecil udang kering (diblend)
Sedikit isi ikan kurau masin (diblend)
Sedikit udang basah (diblend)
BAHAN B (diblend) :-
3 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
1 inci halia
1 inci lengkuas
1/2 inci kunyit basah
2 batang serai
1 paket santan pekat
1 mangkuk kecil air asam jawa
1 paket kerisik
2 paket kecil rempah kari ikan
Garam halus
Gula pasir
Ajinomoto
Bahan Ulaman/hiasan :-
Limau kasturi di belah dan dibuang biji
Timun hiris
Tauge
Bawang besar hiris
Daun kesum hiri
Bunga Kantan hiris
Lobak asin halus
Sambal belacan.
CARA-CARA MEMBUAT KUAH LAKSA :-
1. Panaskan minyak dan masukkan bahan B dan tumis hingga wangi dan naik minyak.
2. Bila rempah dah garing, masukkan cili blend, rempah kari, kerisik dan kacau hingga naik bau dan naik minyak.
3. Masukkan bahan A (ikan, udang basah, udang kering dan isi ikan kurau masin) yang telah diblend.
4. Masukkan santan pekat diikuti dengan 2
mangkuk air.
5. Masukkan air asam jawa.
6. Masukkan garam, gula pasir dan sedikit serbuk ajinomoto.
7. Masak sehingga kuah pekat dengan api perlahan selama lebih kurang 1 jam 1/2. Kuah akan lebih tahan lama (tidak basi) jika dimasak lebih lama.
8. Setelah masak bolehlah dihidangkan bersama ulam2an dan hiasannya.
Selamat mencuba.
Hidup muafakat tanpa membezakan,
Berbilang bgsa agma mahupun umur,
Budaya dan adat perbezaan diraikan,
Bersatu padu hidup aman makmur.
Kredit:Fauziah Ali |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|