CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sayawifenikmie

Jutawan Sosilawati Hilang!

   Close [Copy link]
Post time 7-9-2010 12:15 AM | Show all posts
misteri..misteri  kenapa bawa duit juta (kalau betul) , dah tu apa peranan pegawai bank ( aku rasa manager dia pun tak tau bank officer ni ikut) ,  dah lebih menghairankan kenapa perlu 3 hari kalau setakat Banting, misteri misteri..dan kenapa pulak keluarga 3 yang  lain tak buat report polis...apa apa pun aku percaya polis malaysia dapat menyelesaikan misteri ini  secepat mungkin..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2010 12:17 AM | Show all posts
mmg misteri
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2010 12:19 AM | Show all posts
Reply  sayawifenikmie

drebar pun ensem  
sbb tu tak digembar-gemburkan sape laki dia
dia dah ...
santubung Post at 7-9-2010 00:14


masuk akal jugaklah..
tapi....
kot kot bila dah naik pangkat jadi suami...takkan nak digelar drebar lagi......
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2010 12:20 AM | Show all posts
utusan

Kes hilang: Polis teliti panggilan telefon Sosilawati

06/09/2010 7:04pm

KUALA LUMPUR 6 Sept. — Senarai panggilan telefon terakhir pengasas produk kosmetik Nouvelle Visages, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain dipercayai dapat membuka laluan penyiasatan berhubung kehilangan mereka sejak 30 Ogos lepas.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, pihaknya sedang menunggu data tersebut dan yakin butiran lanjut mengenai kejadian itu akan terungkai sebaik sahaja perincian penggunaan telefon oleh keempat-empat mereka diteliti.

"Kita perlu siasat kesemua anggota keluarga yang terlibat. Setakat ini kita belum dapat apa-apa petunjuk lagi.

"Antara yang kita siasat adalah panggilan telefon (panggilan terima dan panggilan keluar) kesemua mangsa untuk siasatan lanjut,” katanya pada sidang media sempena persaraan beliau yang akan berkuat kuasa 12 September ini, di sini hari ini.

Musa berkata, setakat ini, hanya satu laporan saja diterima polis berhubung kehilangan keempat-empat individu tersebut, iaitu pada Khamis lepas daripada keluarga Sosilawati.

Sosilawati, 47, dilaporkan hilang oleh anggota keluarganya setelah dikatakan keluar dari rumahnya di Gombak, sejak seminggu lepas.

Beliau dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas memberitahu salah seorang anak perempuannya mahu ke Banting atas urusan kerja selama tiga hari, namun gagal berbuat demikian sehingga hari ini.

Ahli perniagaan itu dilaporkan hilang bersama pemandu, peguam peribadi dan seorang pegawai bank sejak 30 Ogos lepas dan difahamkan Sosilawati membawa wang jutaan ringgit.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2010 12:36 AM | Show all posts
ada desas-desus kata driver tu laki dia
sbb tu tak der interview ngan laki dia
sbb laki dia pun hi ...
santubung Post at 7-9-2010 00:08


laki dia ke driver tu?
bukan driver tu ke yg boleh di jadikan suspek..
sbb lawyer & officer bank tu mkn gaji jek..

ambik je la 3 jota tu wlu pun mungkin tak cukup.. atau tak seperti yg dijanjikan..
ni pi culik org la pulak.. dari benda kecik dah jadik benda besar..
buat apa pun nak culik sosila.. sbb dia yg kaya, dia jek yg ada access pd semua akaun duit yg ada..
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2010 12:36 AM | Show all posts
Post Last Edit by santubung at 7-9-2010 00:38

Reply 603# sayawifenikmie

kabarnya dorang kawin kat Thai, pada Nov. 2009 .. laki dia duda anak 3
anak2 & family dorang pun tak tahu .... lepas kena tangkap khalwat baru dorang tahu mak dorang kahwin diam2

sampai sekarang status suami dia dirahsiakan
tapi dek sebab kes ni, baru ada yg berani cakap driver tu la laki dia
tapi aku tak tahu sejauh mana % kesahihannya!!!
karang tak tul lak
kita tunggu jer la
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-9-2010 12:38 AM | Show all posts
Reply  sayawifenikmie

kabarnya dorang kawin kat Thai, pada Nov. 2009 .. driver tu duda anak 3
a ...
santubung Post at 7-9-2010 00:36


tungguuuu....................!!
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2010 12:40 AM | Show all posts
saper nama driver tu ekk?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2010 12:43 AM | Show all posts
misteri.

aku suka dengan edisi penyiasatan neh.

segalanya bakal terbongkar

question mark
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2010 01:41 AM | Show all posts
mmg misteri neh... 4 org bwk duit 4 juta tetibe jek ilang tak dpt dikesan.....
arap2 sumer yg terlibat selamat......
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2010 01:57 AM | Show all posts
kena panggil detektif conan datang menyiasat neh..
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2010 02:39 AM | Show all posts
kereta dah jumpa............. orangnya mana???? kena kurung kat mana???
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2010 03:00 AM | Show all posts
Kereta Sosilawati, peguam ditemui

Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED







SUBANG JAYA 6 Sept. - Siasatan kes kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya menunjukkan perkembangan apabila kereta milik beliau dan peguamnya ditemui di dua lokasi berbeza malam ini.

Kereta BMW milik Sosilawati, 47, ditemui di Pangsapuri Angsana USJ1 di sini diikuti kereta milik peguamnya di sebuah kawasan perumahan berhadapan Dorsett Hotel Subang Jaya.

Difahamkan, seorang peniaga yang mengecam nombor plat kereta Sosilawati menerusi berita di televisyen melaporkan penemuan itu kepada pihak polis pada pukul 9.30 malam.

Peniaga itu menonton berita mengenai kehilangan jutawan itu yang turut mendedahkan nombor plat kereta yang dinaikinya dan apabila dia turun ke bahagian bawah pangsapuri berkenaan selepas itu, dia nampak kereta dengan nombor plat sama ada di tempat letak kereta di bahagian hadapan pangsapuri tersebut lalu melaporkannya kepada polis.

Selepas menemui kereta Sosilawati, difahamkan polis mendapat maklumat mengenai kereta BMW milik peguam itu di sebuah kawasan perumahan berhadapan hotel tersebut lalu bergegas ke lokasi berkenaan.

Polis menemui beberapa kesan cap jari pada kereta berkenaan dan usaha sedang dilakukan oleh bahagian forensik untuk mengesan pemiliknya.

Kedua-dua kereta berkenaan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur untuk siasatan.

Dalam pada itu Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman tengah hari ini berkata, polis akan meneliti senarai panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) akhir yang diterima atau dibuat oleh kesemua mereka yang hilang itu bagi memperoleh petunjuk mengenai kes tersebut.

'' Pihak polis sedang menunggu data panggilan daripada syarikat telekomunikasi dan yakin butiran lanjut mengenai kejadian itu akan terungkai.

"Yang pasti, mesti Sosilawati ada membuat atau menerima panggilan dan SMS sebelum beliau dilaporkan hilang," katanya.
Musa memberitahu, polis membuat siasatan daripada pelbagai sudut dan sebarang kemungkinan turut diambil kira bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman pula ketika dihubungi mengesahkan pihaknya telah mengambil keterangan suami Sosilawati bagi membantu siasatan kehilangan isterinya.

"Suaminya hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini kira-kira pukul 3 petang tadi," katanya.

Dalam pada itu, tinjauan di rumah Sosilawati di Taman Harmonis, Gombak, hari ini mendapati kediaman tersebut tenang dengan dihadiri ahli keluarga terdekat.

Sosilawati dilaporkan hilang bersama tiga lagi iaitu pemandunya, peguam peribadi serta seorang pegawai bank sejak 30 Ogos lalu.
Pemilik syarikat kosmetik, Nouvelle Beauty Centre Sdn. Bhd. (Nouvelle Beauty) itu tidak pulang ke rumah setelah pergi ke Banting, Selangor untuk menemui peguam atas urusan pembelian tanah di Pulau Pinang dan kes itu diklasifikasikan sebagai kes orang hilang.




obviously  laki dia bukan drebar keta tu  hah!!
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2010 03:01 AM | Show all posts
hehe.. speku yg tak berasas
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2010 03:06 AM | Show all posts
moga2 mereka semua ni selamat....
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2010 03:33 AM | Show all posts
keter dah jumpa...orang nye ke mana lak..aisshhhhh...x kan la kottt...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2010 03:43 AM | Show all posts
Penemuan beri petunjuk
Oleh KU MOHD. RIZDUAN KU ABDUL RAHMAN, ATIKAH MD. DALI, HISHAM IDRIS, NOR SHAFAWATI YUP dan NOR AZIRAN MOHD. YUNOS
[email protected]



ANGGOTA polis membuat pemeriksaan ke atas kereta Sosilawati yang ditemui di Subang Jaya malam tadi.

SUBANG JAYA - Tanda tanya mengenai kehilangan Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga rakan semakin terurai misterinya apabila polis menemui dua buah kereta milik mereka yang menjadi petunjuk baru dalam siasatan pihak berkuasa itu.

Kereta milik Sosilawati jenis BMW X5 menggunakan nombor pendaftaran WTL 11 berwarna hitam ditemui di kawasan letak kereta Flat Angsana USJ1 di sini pukul 9.45 malam tadi oleh orang awam.

Mereka kemudian terus menghubungi polis selepas menonton berita mengenai kehilangan wanita itu di televisyen.

Ketika ditemui, kereta tersebut berada dalam keadaan baik dan tiada sesiapa di dalamnya. Pasukan forensik yang tiba sejam kemudian terus melakukan siasatan bagi mencari bukti-bukti dan cap jari yang terdapat di dalam kereta tersebut.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman memberitahu, sejam selepas itu polis menerima satu lagi maklumat mengatakan kereta jenis BMW M5 milik peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32, ditemui di tempat letak kereta depan Hotel Dorsett di sini.

Katanya, kereta yang menggunakan nombor pendaftaran AAJ 5 itu diletakkan dalam keadaan tergesa-gesa tetapi tiada sesiapa di dalamnya.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2010 05:00 AM | Show all posts
Reply 613# amazed

amazed hang siang malam menepek berita... tak tido ka?

btw kereta sudah jumpa, orangnya tak ada... jeng jeng jeng...
kalo dulu masa adik nurin hilang ramai tok bomoh kat cari ni tolong telek, teringat aku pada sorang forumer tu, dia bagitau nurin ada kat tempat yang gelap dan sejuk, ni acik sosila ilang takde sape2 nak mengoffer diri tolong cari ke? mana tau dpt hadiah jota2...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2010 05:16 AM | Show all posts
konklusi 1:

drebar sosilawari = BUKAN suami sosilawati.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2010 05:21 AM | Show all posts
Ni mesti kes culik, tu la pasal keluarga yg lain2 tu x buat report polis...sebab dah di warning oleh penculik..kalau report..kami selesaikan tebusan....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-10-2024 01:43 AM GMT+8 , Processed in 0.450567 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list