|
(Merged) Meng'kasi'kan Kucing [Neutering,spaying]
[Copy link]
|
|
kat tempat yus ni, ada sekor kucing betina bawak balik anak2 dia. pandai plak dia carik tempat tinggal dekat ngan org suka kucing gak. senang la nak bagi makan minum.
anak2 tu ada akak guard ni nak ...
yushairi Post at 7/9/2009 09:40
bagus idea mu tu, yus :pompom: ! |
|
|
|
|
|
|
|
601# boocik04
yess boocik. kalo tak zast, nanti beranak lagik. kompom la kena campak lagi pasnih. sebelum nasib jadi cenggitu, baiklah di zast dulu |
|
|
|
|
|
|
|
598# ati1402
ni dah hari 3rd day....kurang pulak dia jilat berbanding hari pertama tu...
harap2 ok la..
tapi dia tak bising cam dulu la si chubby ni...dulu kemain ngiow2...pastu suka kencin atas rug...pelapik kaki...now tak nampak lagi dia kencin...tapi tengok dia ada tinjau2 gak kt pelapik kaki pintu depan tu..adeii...harap jgn la buat perangai mcm dulu |
|
|
|
|
|
|
|
baru je lepas balik daripada vet amik Max. Semalam dia kena neuter. Ptg semalam lepas 2 hours dia neuter dia still terhoyong hayang lagi kesan ubat bius. Tgh tadi lari jap gi vet dia tgh makan kibble. Nampak je me n my daughter bising dia. a sebab masa vet potong bulu kat area bird dia tu, vet terpotong sikit kulit dia sebab bulu dia pintal2... isyyy geram betul. Tapi tgk ok je Max. Dah bleh lompat2 cuma masa bawak balik tadi dia tak tahan kot, dia pee dlm carrier... tak nak bagi dia keluar sampailah seminggu. |
|
|
|
|
|
|
|
setahu akulah kalau kite kasikan kucing or haiwan seangkatan dengannya kita kena bayar zakat untuk dia. aku tak berapa ingat berapa kena tu kena tanya org yg lebih arif. akak ipar aku ada kasi kucing di amemanglah gemuk, dan dia kata kena bayar zakat tuk kucing tu sebab kita dah buang dia punya nafsu. kalau nak lebih lanjut kenalah tanya org yg lebih arif. kalau betul kan dibuatnya kucing tu hilang cam ne tu nak bayar zakat kita tak tahu sama ada dia masih hidup atau sudah mati |
|
|
|
|
|
|
|
menyampuk jap..
pakcik aku plak kate, kalo nak kasikan kucing betina, kena bagi die beranak skali baru leh kasi.. kena bagi die ade zuriat dulu.. kalo x, jatuh hukum haram.. adehh.. betul ke? sib baik kucing aku ngah bunting.. pas beranak la baru kasikan die.. kalo kucing jantan, xpe..
ade 3 ekor lagi kucing jantan nak disunatkan.. tgk kat youtube, terus hesitate nak kasikan kucing2 aku tu.. cam sakittt jek. abes keluar 2 2 telor die. isk.. |
|
|
|
|
|
|
|
hoh.. baru baca page depan2.. ada fatwa dari jakim kata xde istilah haram utk kembirikan kucing ni.. so x was2 dah.. siap la tuceng2 ku.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by boocik04 at 28-9-2009 07:36
setahu akulah kalau kite kasikan kucing or haiwan seangkatan dengannya kita kena bayar zakat untuk dia. aku tak berapa ingat berapa kena tu kena tanya org yg lebih arif. akak ipar aku ada kasi kucing ...
Labeaute Post at 15/9/2009 15:34
beberapa jenis zakat:
1. zakat fitrah
2. zakat emas dan perak
3. zakat simpanan
4. zakat perniagaan
5. zakat KWSP
6. zakat Pendapatan.
7. zakat haiwan ternakan
lapan golongan (asnaf) yang layak untuk menerima wang zakat.
1. fakir - adalah orang yang tiada harta pendapatan yang mencukupi untuk dan keperluannya. tidak mempunyai keluarga untuk mencukupkan nafkahnya seperti makanan,pakaian dan tempat tinggal. Contohnya ia memerlukan RM10.00 sehari tetapi hanya mampu RM3.00 sahaja.
2. miskin- mempunyai kemampuan usaha untuk mendapatkan keperluan hidupnya akan tetapi tidak mencukupi sepenuhnya seperti ia memerlukan RM10.00 tetapi hanya memperoleh RM8.00.
3. amil - orang yang dilantik untuk memungut dan mengagih wang zakat.
4. muallaf - seseorang yang baru memeluk agama Islam.
5. riqab - seseorang yang terbelenggu dan tiada kebebasan diri.
6. gharimin - penghutang muslim yang tidak mempunyai sumber untuk menjelaskan hutang yang diharuskan oleh syarak pada perkara asasi untuk diri dan tanggungjawab yang wajib ke atasnya.
7. fisabillillah - orang yang berjuang, berusaha dan melakukan aktiviti untuk menegakkan dan meninggikan agama Allah.
8. ibnus sabil - musafir yang kehabisan bekalan dalam perjalanan atau semasa memulakan perjalanan dari negaranya yang mendatangkan pulangan yang baik kepada Islam dan umatnya atau orang Islam yang tiada perbekalan di jalanan.
oleh itu, zakat hanya untuk manusia sahaja, bukannya haiwan. zakat untuk haiwan pula hanya ada pada binatang ternakan. kucing & lain2 tidak wajib dikenakan zakat kerana kita tak ternak dia... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by boocik04 at 20-10-2009 18:06
menyampuk jap..
pakcik aku plak kate, kalo nak kasikan kucing betina, kena bagi die beranak skali baru leh kasi.. kena bagi die ade zuriat dulu.. kalo x, jatuh hukum haram.. adehh.. betul ke? sib b ...
cha22 Post at 22/9/2009 19:00
actually kalau u bagi kucing u beranak dulu baru nak neuter, kebarangkalian dia akan mendapat mammary cancer atau reproductive cancer lagi besar. so it's better u neuter before diorang melahirkan untuk mengelakkan penyakit2 berkenaan....
also, kucing2 yang nak dineuterkan tu semuanya dibiuskan. dorang tak sedar masa buat tu.
jadi, tak rasa sakit pada kucing tu...
kucing2 boocik semuanya melompat2 macam katak lepas habis bius diorang tu. |
|
|
|
|
|
|
|
owh ok..
cite pasal bius kan.. sbnrnye diorg bius bagi pengsan ke bius bagi kebas? sbbnye aritu cha antar my cats pegi neuter, mmg dlm 5 min cmtu diorg dah pengsan pas kena bius.. pastu mase ngah dlm proses tu (cha antar vet jb, die pakai laser bukan manual yg pakai pisau tu), sekor kucing cha (kucing kampung) mmg pengsan abes, tp yg lagi 2 ekor (persian) siap terbangun2 kepala diorg mase telor kena buang, cam cube nak bangun.. maknanya diorg sakit ke hape? sian sungguh tgk.. kaki terkuis2 nak bangun.. mmg nampak cam sedar gak la time tu dok pandang cha.. aiyo.. sedey sgt.. assisstant vet tu kate mmg biase kucing tersedar time kena kasi tu.. siap ade berlari lagi mase ngah operate.. (yg tukang buat tu assisstant vet jek tp otai la) so kesimpulannye diorg bius bagi pengsan semata atau bius pengsan n kebas?
cha antar vet gomen kat jb.. rm40 sekor.. pakai laser.. die bagi iodin kaler kuning tu sapu kat luka.. tp meraung diorg kena sapu iodin kat luka (ni pas diorg sedar la).. so last2 sapu aloe vera.. now luka tu dah kering.. dah meroyan satu umah, masing2 dah lupe telo diorg dah ilang |
|
|
|
|
|
|
|
610# cha22
bius ada 2 jenis - satu local (LA), satu lagi general anaesthetic (GA).
kalau LA, memang kucing tu sedar tapi tak rasa apa2 pun masa kena operate. kalau GA, kucing pengsan terus and also tak rasa apa2
selalunya, vet akan pakai GA supaya kucing tu tak gerak & senang nak neuter... |
|
|
|
|
|
|
|
korang
kucing aku baru lepas neutered (betina)
camne eh..wound dia tuh kena sentiasa cover ke?
doktor ada bagi collar, tapi bila tgk..mcm dia still bleh jilat tempat jahit tuh
takut gak kalau dia gi tetaskan benang tu nanti |
|
|
|
|
|
|
|
612# lady_nF
kalau dia jilat je wound dia takpe, jangan sampai dia gigit.
kalau dia gigit takut nanti ada infection lak...
better pakaikan collar besar tu untuk elakkan dari dia gigit kat tempat tu. |
|
|
|
|
|
|
|
....Yana baru gi kasikan si Cinta ngn Mini-Me hari isnin lepas....
ptg tu lepas kerja, singgah vet nak ambik, vet assistant kata yg Mini-Me ada luka extra kat perut sebab masa vet tgh operate, Mini-Me tak tidur - so jahitan dia terbuka, so vet kena potong lain nak jahit balik....Yana tergamam terus tak tanya byk2.....tapi dlm kereta terpikir, sakit ke Mini-Me masa dia terjaga tu.....kenapa vet tak buka dari luka yg original kat perut and jahit semula? kenapa kena buat incision lain kat tepi perut?
tapi sekrg Mini-Me nampak ok je....tapi dia macam merajuk ngn Yana...... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by boocik04 at 9-10-2009 15:18
....Yana baru gi kasikan si Cinta ngn Mini-Me hari isnin lepas....
ptg tu lepas kerja, singgah vet nak ambik, vet assistant kata yg Mini-Me ada luka extra kat perut sebab masa vet tgh operate, Mini ...
DocYana Post at 9/10/2009 15:10
salam, yana.... lama tak nampak dalam CLL ni... busy, ye?
mini-me merajuk sebab teringat yana bawak dia pegi tempat bagi dia sakit kut ;)
takpe, beberapa minggu nanti tu lupa la tu...
boocik ada baca kat mana tah yang ingatan kucing ni tak lama |
|
|
|
|
|
|
|
Hi kak Boocik...
mmg sibuk sikit.....kalau masuk Cari pun setkt baca je - tak sempat nak tinggal komen....
Nanti kena update citer anak2 baru.....hehe....Tung-guuuuuu..... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by shasafiera at 16-10-2009 10:14
salam sume...
Ni info yg saya perolehi dari web site JAKIM
Soalan
Apakah hukum saya mengkasi/ memandulkan kucing saya dengan tujuan untuk mengelakkan populasi kucing liar yang kelaparan meningkat dan juga kerana saya tidak mampu membela terlampau banyak kucing?
Jawapan dari pihak JAKIM
Hukum mengembiri / kasi adalah harus kepada binatang ternakan untuk tujuan mendapat keuntungan dari segi daging dengan syarat dikasi semasa kecil. Selain daripada binatang ternakan, tidak boleh dikasi termasuk kucing. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by boocik04 at 19-10-2009 09:31
Post Last Edit by shasafiera at 16-10-2009 10:14
salam sume...
Ni info yg saya perolehi dari web site JAKIM
Soalan
Apakah hukum saya mengkasi/ memandulkan kucing saya dengan tujuan untuk men ...
shasafiera Post at 16/10/2009 10:13
mungkin yang sha tengok tu sebelum bulan julai 2002.
statement dari JAKIM yang diberi kepada SPCA tu adalah pada bulan julai 2002.
"Bahawa mengembiri binatang kesayangan seperti kucing atau anjing hukumnya adalah diharuskan dengan sebab-sebab tertentu iaitu bagi menjaga muslahat ummah."
JAKIM (Julai 2002)
kalau sha tanya saya, saya akan cakap kasi dan mandulkan kucing kesayangan anda, ianya adalah lebih bagus kerana ia akan membuat kucing anda lebih sihat.
lagipun, pasal-pasal agama ni memang org takut nak buat sesuka hati, pada saya, saya yakin dengan kenyataan yg terdapat di klinik kembiri tu. tetapi jika anda tidak yakin, maka jgn la anda membuatnya.
dan jika anda dah memberi peluang kucing2 anda untuk mengawan, pastikan anda menjaga anak2 kucing yang anda dapat tu. kalau diberi org sekalipun kenalah pastikan org itu menjaga dgn baik dan jika kucing itu pun di kemudian hari melahirkan anak2 kucing, pastikan mereka pun terjaga, kalau tak sedikit sedikit tempias menganiaya binatang terkena kepada anda juga. berdosa jugak kan?
kalau la saya, ini saya la bukan org lain, saya lebih rela kasi atau mandul. KATAKAN lah saya tak kasi atau mandul kucing saya, kucing saya beranak, dan terlampau ramai untuk saya jaga maka saya terpaksa bagi org. manalah tau, org yg saya beri kucing saya tu membiarkan kucing yg diambil nya it tu beranak pinak dan tidak terjaga, susah jugak saya nanti. kalau setakat diri sendiri boleh la saya percaya, kalau org lain susah sikit nak percaya. takkan nak jadik polis seumur hidup nak pastikan org yg ambil kucing tu kan?
tapi itulah, kalau anda tanya saya, mengkasi dan memandulkan kucing ni ada byk kebaikan dr keburukan. tapi itulah, terpulang lah kepada individu masing-masing, apa2 pun jgn sampai kucing tu atau keturunan dia yg akan dtg merempat di pasar2, restoran2, taman2 perumahan dan sebagainya sudahlah.
ini saya ambil dari cat forum yang tanya tentang pemandulan kucing juga...
"Ok, saya dah dapat confirmation daripada seorang pegawai JAKIM yang bertanggungjawab dengan pengurusan FATWA KEBANGSAAN. Ternyata BELUM ADA FATWA RASMI YANG DIWARTAKAN OLEH JAKIM MENGENAI HAL INI.
Walaubagaimanapun, masih ada berita baik, ianya pernah dibawa ke peringkat PANEL KAJIAN SYARI'AH JAKIM yang juga terdiri dari beberapa orang mufti dan ahli akademik (profesor dalam pengajian Islam) dan panel tersebut telah bersependapat bahawa hukum mengembiri haiwan peliharaan seperti kucing dapat diterima sebagai HARUS berdasarkan pertimbangan maslahah dan situasi semasa. Tetapi harus diingat bahawa ianya tidak pernah diwartakan sebagai FATWA kerana ianya belum pernah dibawa kepada MAJLIS FATWA KEBANGSAAN. Tetapi ianya dapat diterima oleh setiap individu sebagai hukum yang sah sekiranya ianya bersesuaian dengan situasi kehidupan harian kita. Mesyuarat panel tersebut dilaksanakan berikutan dari pertanyaan serta kemusykilan berkenaan persoalan ini yang diutarakan kepada JAKIM.
Mengapa ianya tidak pernah diwartakan sebagai FATWA? Jawapannya adalah, hukum ini hanya dikeluarkan sebagai jawapan kepada kemusykilan yang diketengahkan oleh sesetengah orang dan ianya belum dianggap sebagai permasalahan kebangsaan atau dengan ringkasnya, ianya hanya sebuah panduan yang ditujukan khas kepada individu yang musykil atau ragu - ragu.
Apakah ianya akan diwartakan sebagai FATWA? untuk sementara waktu ini, ianya belum ada dalam perancangan JAKIM. Walaubagaimanapun tidak mustahil ianya akan diwartakan sebagai FATWA sekiranya permasalahan ini difikirkan kian meruncing. Ianya bergantung daripada input - input atau desakan dari umat serta keadaan semasa yang dilihat dari perspektif kebangsaan.
Bagaimana dengan "FATWA" yang tergantung di dinding KLINIK KEMBIRI? apakah ianya relevan? jawapannya adalah YA, ianya relevan untuk dijadikan panduan atau pegangan. Namun harus diingatkan ianya bukanlah suatu hal yang WAJIB tetapi merupakan hal yang sangat baik untuk dilakukan sekiranya keadaan mendesak. Itu terpulang kepada pemikiran waras dan rasional masing dan yang paling penting untuk diketengahkan ialah, pernyataan itu bukanlah suatu FATWA yang telah rasmi diwartakan kerana FATWA mempunyai definisi yang agak berbeza.
Sebarang pertanyaan lanjut, sila ajukan kepada UST ZULFAKAR di no 03-88864289 (JAKIM Putrajaya - Bahagian FATWA)
Harap ianya cukup jelas sekarang. Alhamdulillah hati sayapun sudah tenang. Moga mereka - mereka yang berkeinginan untuk mengembiri haiwan kesayangannya juga akan tenang dalam melaksanakannya. Sekiranya ada yang memikirkan ianya sanagt penting untuk diwartakan sebagai FATWA KEBANGSAAN dan mempunyai fakta - fakta yang sahih dan relevan di negara ini, maka saya sarankan untuk MAJU KE HADAPAN untuk bertindak.... yang lain termasuk saya pasti akan menyokong!!
namun ada juga persoalan yang perlu difahami sejelas2nya....
jawatankuasa syariah yang memperjelaskan hukum berhubung mengkasi binatang itu dikeluarkan apabila Jabatan Haiwan bertanya perihal hukum tersebut memandangkan kepada keperluan mereka untuk mengkasi anjing dan kucing terbiar (strays)...jadi berdasarkan kepada keperluan maslahat serta mengelakkan mudarat lebih besar, maka adalah harus mengkasi binatang tersebut memandangkan ia dilihat amat perlu untuk dilaksanakan....
dalam hal kita pulak...kenapa kita kasi/mandul binatang ni... jawapannya sebab ramai diantara kita hobi dia mengambil binatang jalanan sebagai gaya hidup mereka dan untuk mengelakkan perkara tersebut menjadi lebih buruk, maka kucing2 tersebut dikasi....maka dalam hal ini jelas bahawa tujuan kasi tersebut adalah untuk menjaga maslaha yang disebut2kan tadi...
dalam bab fekah...perlu diingat bahawa tujuan kasi tersebut bukanlah untuk disengajakan atau untuk tujuan suka2..tanpa alasan yang munasabah...kalau suka2 (kot2 adalah) maka hukumnya makruh..dan sekiranya berpanjangan dibuat perkara2 makruh maka ia boleh jatuh kepada haram jugak seperti mana hadith Rasul SAW yang antara lain meminta supaya umatnya menghindari perkara yang makruh...
so no need to worry...it is harus ...but for breeder..yang dijual = dikasi dan yang disimpan = tidak dikasi...terpaksalah breeder yang jawab dan dapatkan nasihat daripada alim ulama yang sahih...sebab tujuan kasi tersebut mungkin tidak sama dengan tujuan pecinta strays..."
ini pula diambil dari google:
"Preventing your cat from reproducing is preventing a natural process that Allaah has created in it. Undoubtedly the rulings on animals are not as serious as in the case of humans, but this does not mean violating the rights of the creation of Allaah.
If this operation will cause harm, or it will cause complications for the cat, then it is not permissible. The prohibition against causing harm is general and includes harm against both humans and animals. There follow some of the ahaadeeth that indicate this:
It was narrated from Ibn ‘Umar (may Allaah be pleased with him) that the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) said: “A woman entered Hell because of a cat which she tied up and did not feed, nor did she allow it to eat of the vermin of the earth.”
The vermin of the earth means mice, etc.
(Narrated by al-Bukhaari, 3140; Muslim, 2242. There is also a similar report from Abu Hurayrah).
It was narrated from Jaabir ibn ‘Abd-Allaah that a donkey whose face had been branded passed by the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him), and he said, “May Allaah curse the one who branded him.”
(Narrated by Muslim, 2217).
The scholars differed concerning the neutering of non-humans:
The Hanafis (mazhab hanafi) said that there is nothing wrong with neutering animals, because that benefits both the animals and humans.
The Maalikis (mazhab maliki) said that it is permissible to neuter animals whose meat may be eaten, and it is not makrooh, because that makes the meat better.
The Shaafa’is (mazhab shafie) made a distinction between animals whose meat is eaten and others. They said that it is permissible to neuter animals when they are small if they are animals whose meat is eaten, but it is haraam in other cases. They also stipulated the condition that this neutering should not cause the animal’s death.
As for the Hanbalis (mazhab hanbali), it is permissible in their view to neuter sheep because that makes the meat better, but it was said that it is makrooh in the case of horses etc.
There is also a comment on neutering cats: “If neutering cats will bring some benefit or ward off some harm, then there is nothing wrong with it, as it says in al-Kubra.”(al-Fawaakih al-Dawaani, 2/346)
Hence we say that if there is some benefit in neutering the cat and if that will not cause its death, then it is permissible.
Shaykh Ibn ‘Uthaymeen (may Allaah have mercy on him) said:
If there are too many cats and they are a nuisance, and if the operation will not harm them, then there is nothing wrong with it, because this is better than killing them after they have been created. But if the cats are ordinary cats and are not causing a nuisance, perhaps it is better to leave them alone to reproduce.
Fataawa Islamiyyah, 4/448
And Allaah knows best.
Islam Q&A
Sheikh Muhammed Salih Al-Munajjid (www.islam-qa.com)
I don't think we have to rely on JAKIM only. We can rely on other sources. But I understand for the safety precaution."
bak kata orang yang saya petik dari cat forum ini, kita tak perlu untuk harap dari pihak JAKIM sahaja sebab islam adalah global bukan di malaysia saja, jadi kita boleh buat research sendiri mazhab2 lain dan juga negara2 lain untuk mendapatkan maklumat dan membuat pilihan.
saya harap ini dapat membantu... |
|
|
|
|
|
|
|
618# boocik04
Terima kasih saya ucapkan diatas informasi yg diberikan. |
|
|
|
|
|
|
|
dipetik dari:
http://alamkucing.blogspot.com/2 ... kan-neuterspay.html
antara alasan orang2 yang tidak mahu kembiri/kasi/mandulkan kucing kerana:
Tidak adil kalau kita mandulkan kucing.
Zalim/kejam kalau kita mandulkan kucing.
Kita telah rampas haknya untuk membiak
Kucing tidak akan gembira kalau tak dapat lakukan hubungan seks.
Berdosa jika kita melakukannya.
Episod 1
Pernyataan di atas adalah antara beberapa sebab/alasan di antara kita yang tidak mahu memandulkan kucing. Semasa anda membaca kiriman ini, terdapat beratus ribu atau mungkin juga jutaan anak kucing terbiar yang dibuang di pasar, kedai makan dan kawasan kediaman lain.
Mereka terdedah dengan berbagai penyakit seperti kurap, kudis, FLV dan sebagainya. Mereka mengiau pada orang yang lalu lalang, meminta makanan. Mereka berebut sesama sendiri apabila ada orang mencampakkan lebihan makanan pada tanah.
Kita dapat melihat sebahagian besar kucing di situ berada dalam keadaan yang menyedihkan. Sebelah mata luka dan hampir buta, luka pada badan kerana bergaduh atau ditendang oleh manusia, kaki yang terhencot-hencot kerana dipijak, mulut yang melelehkan air liur kerana menghidap penyakit gusi dan berbagai lagi keadaan.
Kucing-kucing ini berada dalam keadaan sengsara, dan anak kucing yang baru dilahirkan pada saat ini juga akan mengalami nasib yang sama.
Katakanlah kita mempunyai seekor kucing betina. Dia mampu mengalami kitar heat setiap 2 minggu, dan pada masa ini dia akan mencari pasangannya walaupun dikurung di dalam rumah. Jika tidak dimandulkan, kucing betina boleh beranak sehingga 3-5 kali setahun, dan akan melahirkan 4-5 ekor anak setiap kalinya.
Kita akan mempunyai sekurang-kurangnya 24 ekor kucing baru di rumah dalam masa 2 tahun.
Adakah mereka mempunyai tempat di rumah anda?
Mampukah kita menjaganya? Setiap kucing yang ada masih perlu diberi makan, rawatan kesihatan, penjagaan najisnya dan kebersihan diri.
Setiap ekor kucing itu juga akan berak dan kencing setiap hari, bagaimana jika dia melepaskannya di rumah jiran anda?
Kucing jantan mesti, akan dan wajib memancutkan kencingnya untuk menanda kawasan, bagaimana pula jika dia menanda kawasan itu pada tayar kereta jiran, pasu bunga jiran dan kasut yang baru dibelinya?
Akhirnya samada jiran kita marah, atau kita sendiri sudah tidak mampu menjaganya maka kucing itu akan di bawa ke pasar (yang sudah ada beratus ekor kucing terbiar) dan dibuang di situ, supaya beban masalah itu berpindah ke bahu peniaga dan pelanggan di sana. Atau membuangnya pula di kawasan taman perumahan lain. Ini semua adalah sama seperti anda membuang masalah anda ke pintu rumah orang lain!
Masalah ini tidak terhenti begitu sahaja. Kucing yang kita buang di pasar/kedai makan/kawasan perumahan lain itu tetap akan membiak sepertimana ia membiak di rumah kita. Dan masalah ini akan kembali ke tajuk episod 1 di atas.
Bezanya adalah, kini kita telah senaraikan diri kita sebagai penyumbang masalah.
Sekarang tanya pula diri sendiri, siapakah yang zalim / tidak adil / kejam / berdosa di sini? |
|
|
|
|
|
|
| |
|