CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: fly_in_d_sky

[Buku & Kesusasteraan] Saya sedang baca buku (Bah. 3)

[Copy link]
 Author| Post time 27-2-2025 09:52 AM | Show all posts
dah tamat baca Hikayat Panglima Hitam 1
macam biasa tergantung sebab bukan penghabisan
huhuhu
so tak sure sempat ke tidak habiskan Hikayat Panglima Hitam 2
sebab bulan puasa memang tak baca buku sangat

Terbongkarnya muslihat Sikanda apabila Chandra berpaling tadah, membuatkan Wilayah Buana Selatan diselubungi bahaya yang berganda. Ditambah dengan ancaman dari Kaum Jin Api, membuatkan Ahmad dan Muhammad berusaha sehabis baik untuk memastikan kemenangan di pihak mereka. Jika tidak, kekuasaan tiga wilayah jin yang bersahabat, akan turut sama dilanda kemusnahan.

Disebalik kisah perjuangan menentang dua raja jin yang amat berkuasa ini, turut memekarkan rasa cinta antara Muhammad dan Chandra. Tetapi, adakah mereka dapat disatukan sementelah Chandra pernah memasang muslihat yang hampir memberi ancaman besar ke atas Wilayah Buana Selatan? Adakah dia akan diterima menjadi sebahagian dari kerabat Siguntang?

Firdaus pula yang sedang asyik mendengar cerita, tiba-tiba didatangi perkara yang tidak disangka. Tujuan asal untuk datang melawat ke Wilayah Buana Selatan atas jemputan Ahmad, kini berubah. Dia dituntut untuk menyelesaikan satu tugas yang perlu disambung setelah pulang ke dunia manusia. Apakah tugas itu? Dapatkan segera jawapannya di dalam bahagian terakhir Hikayat Panglima Hitam ini.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-4-2025 09:10 AM | Show all posts
Historia: Naratif Kuasa, Revolusi, Inovasi, dan Konflik Sepanjang Zaman adalah kunci untuk memahami bagaimana kuasa, dalam pelbagai bentuk dan manifestasinya, telah membentuk sejarah manusia. Dengan mengumpulkan 18 topik perbincangan yang menarik merangkumi politik, teknologi dan konflik dalam sejarah ketamadunan manusia, buku ini menawarkan pengetahuan yang berharga untuk mereka yang meminati topik-topik berilmiah dengan gaya penulisan yang mudah difahami dan dihadam.

Buku ini bukan sahaja memberikan pengetahuan, tetapi juga memacu pemikiran kritis dan membantu pembaca memahami bagaimana kuasa, revolusi, inovasi, dan konflik telah membentuk dunia kita. Dengan demikian, buku ini adalah alat yang berharga untuk siapa saja yang ingin memperluas cakrawala pemikiran mereka dan memahami bagaimana sejarah dan masa depan kita saling berinteraksi dan mempengaruhi satu sama lain.

Dengan kata lain, Historia: Naratif Kuasa, Revolusi, Inovasi, dan Konflik Sepanjang Zaman adalah kunci bagi memahami bagaimana kita dapat menggunakan pengetahuan sejarah untuk menjelajahi dunia yang tampaknya kompleks, dan bagaimana kita boleh menggunakan pemahaman itu untuk membentuk masa depan kita. Buku ini adalah jendela ke masa lalu yang membantu kita memahami masa kini dan merancang masa depan yang lebih baik.


so ramadan dah selesai ... muncul hari raya
Panglima Awang Hitam 2 sudah tamat
so Historia permulaan untuk Syawal
menarik buku Historia ... dah baca sampai page 70


untuk Panglima Awang Hitam 2
penamatan geng geng gila kuasa .. iaitu Jin Hitam
ingat nak jadikan Chandra sebagai umpan .. tapi tak menjadi
Muhammad aka Panglima Awang Hitam memang hebat
Ahmad .. Raja Siguntang Alam pun hebat
percaya lah beli ler buku ni ...


Tok Alang 1 belum baca .. kita pekasam dulu
sebab nak tunggu Tok Alang 2
hehehe

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2025 12:16 PM | Show all posts
Dalam sejarah tamadun dunia, Palestin menjadi saksi pergolakan, kemakmuran, dan kezaliman yang berlangsung beribu tahun. Buku "Palestin: Dari Sungai ke Segara" karya Ayman Rashdan Wong mengupas dengan mendalam tentang bumi barakah ini — dari sejarah Bani Isra'il, pemerintahan pelbagai empayar, hingga era kegemilangan Islam di bawah Khulafa' ar-Rashidin.

Setiap bab membawa pembaca menyelami isu-isu geopolitik, konflik Zionisme, dan perjuangan rakyat Palestin. Bermula dari asal usul tanah Palestin, kemunculan Zionisme, sehingga perjuangan semasa untuk membebaskan Palestin dari penindasan yang tiada penghujung. Penulis juga membongkar mitos-mitos yang sering dipropagandakan dan menyeru kepada pemahaman yang lebih adil dan menyeluruh terhadap sejarah Palestin.

Buku ini bukan sekadar naskhah sejarah, tetapi juga seruan solidariti terhadap perjuangan Palestin, menjadikan ia bacaan wajib bagi mereka yang ingin memahami akar konflik dan harapan untuk masa depan Palestin yang bebas.


habis baca in one sitting
so siapa nak tahu lebih lanjut mengenai kaum Bani Israeil dan bangsa Yahudi
boleh cari Kitab Tamadun Yahudi

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2025 12:17 PM | Show all posts
Kota Mirbok yang aman tenteram diserang oleh Komang dan bala tenteranya. Peristiwa berdarah ini berlaku betul-betul ketika pemerintah Kota Mirbok, Raja Panji Sakti mengadakan acara keramaian bersempena kelahiran puteranya.

Komang dan bala tenteranya telah menghancurkan kota dan membunuh Raja Panji Sakti dengan penuh kekejaman. Namun sebelum menutup mata, Panji Sakti telah mengarahkan orang-orang kepercayaannya membawa permaisuri dan puteranya yang diberi nama Megat Andika ke tempat yang selamat.

Malangnya, permaisuri telah mangkat di pertengahan jalan dan Putera Megat Andika telah dibawa lari oleh pendekar mereka untuk diselamatkan.

Apakah akan terjadi seterusnya kepada Megat Andika?


kita start dengan buku baru

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2025 03:15 PM | Show all posts
dah habis baca Megat Andika
so kita baca buku Sumpah Saleha


Sebuah projek pembinaan jambatan yang sudah berpuluh tahun terbengkalai, membawa Edri dan kawan baiknya, Adam ke sebuah kampung di tepi Sungai Pahang.

“Encik Edri pernah melihat hantu?” tanya Encik Amin sekali lagi.

Edri tergamam. Sudah dua kali juga soalan itu ditanyakan kepada dia. Dia semakin keliru. “Apa kena mengena kerja saya dengan hantu, Encik Amin? Saya bukan Ghostbusters.” Dalam ketawa yang dibuat-buat, dia cuba berseloroh.

“Jawab soalan saya dulu.” Kali ini suara Encik Amin semakin garau dan dalam walau tidak sampai membentak.

Di dalam perjalanan menuju ke tempat yang dituju, kereta yang dinaiki telah rosak. Edri dan kawan serumahnya, Adam telah dibantu oleh dua orang gadis kampung yang bernama Saleha dan Murni. Di kampung itu mereka berdua dijaga dan dilayan dengan baik sehinggakan Edri dan Saleha jatuh cinta. Namun Hasan, pemuda kampung yang sudah lama mencintai Saleha menjadi penghalang.

“Kalau saya tak penggal kepala dia, saya bukan Hasanlah, nek,” jerit Hasan sebelum beredar.

Mampukah Edri menyelesaikan misteri pembinaan jambatan itu? Siapakah Saleha yang sebenarnya? Apakah cinta mereka ada kesudahannya?

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2025 12:36 PM | Show all posts
Twenty-year-old Violet Sorrengail was supposed to enter the Scribe Quadrant, living a quiet life among books and history. Now, the commanding general—also known as her tough-as-talons mother—has ordered Violet to join the hundreds of candidates striving to become the elite of Navarre: dragon riders.

But when you’re smaller than everyone else and your body is brittle, death is only a heartbeat away...because dragons don’t bond to “fragile” humans. They incinerate them.

With fewer dragons willing to bond than cadets, most would kill Violet to better their own chances of success. The rest would kill her just for being her mother’s daughter—like Xaden Riorson, the most powerful and ruthless wingleader in the Riders Quadrant.

She’ll need every edge her wits can give her just to see the next sunrise.

Yet, with every day that passes, the war outside grows more deadly, the kingdom's protective wards are failing, and the death toll continues to rise. Even worse, Violet begins to suspect leadership is hiding a terrible secret.

Friends, enemies, lovers. Everyone at Basgiath War College has an agenda—because once you enter, there are only two ways out: graduate or die.




malam tadi habiskan Sumpah Saleha
memang best ... tak menakutkan pun
cuma persoalan tu terjawap akhirnya
pokok pangkal niat kena betul
jangan terpesong tu jer




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-5-2025 12:22 PM | Show all posts
A dream, that is too beautiful to be true.

Pertemuan yang tak diduga antara Dyra Darleen Darissa dengan musuh ketatnya sewaktu sekolah menengah menjadi satu titik baharu dalam hidupnya. Siapa sangka jejaka yang dahulunya gengster sekolah, kini berjaya membuka sebuah restoran ternama di persada dunia?

Dia, Zafrael Aisaar. Seorang yang disegani juga digeruni. Dan seorang yang sangat misteri.

“Don’t fall for me. You’ll get nothing but disappointment!” – Zafrael

***

Dyra hanya mengharapkan sebuah perjalanan cerita hidup yang sempurna dan bahagia. Namun realiti itu tak seindah mimpi.

“Keep on dreaming. Because you don’t want to know what lies beneath the dark truth of the reality.” – Zafrael

Lalu, apakah mampu seorang Dyra membongkar segala kebenaran? Dan mampukah dia mengharungi sebuah realiti yang terlalu kejam untuk dipanggil sebuah kehidupan?

A reality, that is too harsh to be true.

***

Effalee menghidangkan naskhah ini dengan secukup rasa manis cintanya dan lemak komedinya. Ditambahkannya pula pahit konfliknya yang digaul rata. Pedas misterinya pula mengecurkan. Jangan baca waktu perut lapar! - Pingu Toha, editor




ok lah

habis dalam sehari
suka part kedua sebab ada misteri sikit
dan tak sangka lah
ada kaitan dengan manusia kanibal
dan takkan sangka siapa Zafrel dan Chef Adri

cuma tak suka betul lah kalau parents suka body shaming anak sendiri
darah daging sendiri nak dicaci dah kenapa
tak rasa mencaci diri sendiri ke ..
bongok ..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2025 12:24 PM | Show all posts
Sinopsis

Perasaan ingin tahu yang berada di kemuncak telah membawa Hairil ke suatu daerah ganjil sehingga sahabatnya, Zahid turut terjebak dalam kancah yang cuba diselesaikan olehnya sendiri.

Tanpa terduga, kejahatan yang wujud semasa zaman kegemilangan bapa kandungnya telah memburu Hairil sebagai ganti pertumpahan darah.

Muncul Umar, yang bergelar Panglima Hitam sebagai pelindung dan penghalang kematian Hairil- atas nama janji- juga rahsia besar yang tidak mungkin diceritakan.

Semarak Kezaliman, nama yang digeruni oleh seluruh pendekar perlahan-lahan membawa kehancuran ke atas bumi tersembunyi ini. Tujuannya satu- memaksa keturunan yang belot kepadanya menjadi pewaris nama yang agung!

Maka Inkrima yang membawa kepada kemusnahan sengaja dicipta agar menjadi sebab perpecahan manusia.

Apakah mungkin Inkrima itu ‘dijinakkan’ oleh Hairil? Atas nama cinta dan dendam, keduanya membawa kepada kemusnahan.
Antara Tuah dan Semarak Kezaliman, tetap yang menderita itu...
dia!

Terkadang perasaan itu perlu untuk dikorbankan....

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2025 09:23 AM | Show all posts


ade 3 cerita dari 3 penulis.
Beli sebab antara penulis Maria Kajiwa.

Baru masuk cerita kedua. sibuk sangat sampai terganggu pembacaan lately
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2025 10:09 AM | Show all posts
Satu kebangkitan, seribu kehancuran

Lima ratus tahun berlalu, tangan-tangan kejahatan berusaha untuk membangkitkan semula Raja Syaitan di muka bumi. Demi menghalang malapetaka yang besar daripada berlaku, Hairil berlayar meredah lautan yang buas untuk memusnahkan semua serpihan jasad Raja Syaitan yang pernah dikumpulkan oleh bapanya. Tanpa dia ketahui, terdapat seorang perempuan misteri yang menjaga serpihan jasad Raja Syaitan daripada disentuh sesiapa.

Rintangan muncul bertimpa-timpa. Takdir menetapkan dua jiwa untuk saling berseteru. Seorang lelaki bertopeng dan berbusana Melayu hijau menuntut dendam atas kematian yang disebabkan oleh Hairil. Ketika amarah dan dendam menguasai jiwa, hanya keimanan yang menjadi penawar kesengsaraan. Ketika darah terus tumpah berhamburan, hanya TUHAN yang mampu memulangkan kedamaian.

Mungkinkah Raja Syaitan merajai semula dunia ini dan meniup bara ketakutan kepada umat manusia?

HAIRIL- Perasaannya sudah terseksa semenjak sekian lama. Namun dugaan hidup menjadikannya seorang yang lebih tabah dan matang. Antara kebahagiaan hidup dan keamanan dunia, dia lebih sanggup menggadai kebahagiaannya sendiri!

KASTURI- Pendekar yang diselubungi dendam angkara hasutan sihir. Selagi darah yang dikehendaki tidak ditumpahkan, selagi itu dia akan terus lincah menghamburkan serangan maut.

NANDRA- Pelenyap yang digeruni. Satu sentuhan mampu memburaikan tubuh mangsanya. Dendam kesumat yang disimpan selama ratusan tahun mengakibatkan kehancuran yang membinasakan tamadun manusia!



Korban best
action pack non stop
persoalan terjawap ... memang tak tersangka lah


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2025 09:56 AM | Show all posts
Grady Hendrix takes on the haunted house in a thrilling new novel that explores the way your past—and your family—can haunt you like nothing else.

When Louise finds out her parents have died, she dreads going home. She doesn’t want to leave her daughter with her ex and fly to Charleston. She doesn’t want to deal with her family home, stuffed to the rafters with the remnants of her father’s academic career and her mother’s lifelong obsession with puppets and dolls. She doesn’t want to learn how to live without the two people who knew and loved her best in the world.

Most of all, she doesn’t want to deal with her brother, Mark, who never left their hometown, gets fired from one job after another, and resents her success. Unfortunately, she’ll need his help to get the house ready for sale because it’ll take more than some new paint on the walls and clearing out a lifetime of memories to get this place on the market.

But some houses don’t want to be sold, and their home has other plans for both of them…


selepas baca buku Korban & Seteru
segala action pack .. segala jurusan ilmu digunakan
fuhhh rasa otak ni bergaduh haha
tak tahu nak explain macam mana
kira tak bosan cerita ni
ada plot twist ..
dan dalam Seteru kena ingat watak ...
cuma ... tak tahu ada sambungan ke tidak
ada sikit tergantung ...
and of course happy ending ..
habis baca pagi tadi sebelum pergi kerja ...


so next book kita baca .. How to Sell a Haunted House
buku ni nominee kat Goodreads.com

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2025 12:00 PM | Show all posts
Satu tragedi tidak disangka-sangka telah berlaku, menyebabkan Airi lari dari istana, meninggalkan kezaliman ayahandanya. Takdir menemukannya dengan Aifer, puteri kepada Kabeer yang telah bersetuju melindunginya dengan beberapa syarat aneh. Tanpa Ariki tahu, lembaran pengembaraan yang panjang lagi mencabar sedang terbentang di hadapannya. Pertembungan antara kegelapan dan cahaya mula mengambil tempat.




start buku ni
actually ni buku dah baca .. cuma dah lupa and beli new cover
yang buku cover lama malas nak geledah .. hehehe


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2025 11:35 AM | Show all posts
Enam bulan telah berlalu semenjak tragedi di Wagaganda. Ishmakil masih belum pulang menumbuh perasaan risau dalam diri Ariki dan rakan-rakan. Ibu Umeira menghantar mereka ke Timur untuk menjejaki Ishmakil. Destinasi pertama Ariki dan rakan-rakannya ialah Mastazadi, sebuah negara pahlawan yang dipimpin seorang budak.

Tanpa Ariki ketahui, perjalanannya ke Mastazadi itu bakal dipenuhi dengan konflik dan tragedi!

Pada masa yang sama, deklarasi Ariki di Wagaganda telah menginspirasikan pemberontakan. Kini pemberontak berkumpul mempertahankan Masjid Al-Aqsa dari cengkaman Lutello, Maharaja Mukan'Aja. Lutello bergerak ke sana untuk menghapuskan mereka, tanpa menyedari sesuatu yang besar sedang menantinya.

Kisah perjuangan epik penuh dengan mehnah dan tribulasi, bakal menggegarkan para pembaca!




start 5 june 2025 - 8 june 2025
memang best buku no 2
sebab banyak action
and ada diselitkan terjemahan al-quran
so bila baca takde la kosong sangat
dan tak sangka pengakhiran dengan pengkhianatan secara mengejut
siapa pengkhianat?
baca ler ... hehehe

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2025 11:38 AM | Show all posts
Ariki koma selama enam bulan lamanya, dan bangkit secara tiba-tiba dengan satu kejutan yang menggegarkan semua. Pada masa yang sama, Lutello telah hilang kewarasan dan mula membina kerjasama bersama Uluwalu, dengan matlamat mahu mencapai kekuasaan yang lebih besar! Bagi menghalang kerjasama tersebut, Arata menghantar Ariki, Aifer, Yusuf, Gidaya dan Ishmakil ke Uluwalu.

Namun satu rahsia pula tersingkap melibatkan Yusuf! Runihara dan kekandanya, Jilani, akhirnya sampai ke Tanah Suci, dan polemik antara mereka dan Mikail pula tercetus, mengheret mereka ke konflik dalaman di negara utama ummat Islam itu. Pengembaraan Satria-Satria Sejati terus bergolak dan mendebarkan!




baru start baca kenapa bila baca kan
negara Uluwalu, Wagangada dengan negara lain ni macam ada kaitan dengan negara yang wujud dalam dunia realiti
saya nak tahu siapa Yusuf ..
sampai sekarang rahsia belum terbuka lagi ...


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2025 10:30 AM | Show all posts
Mukan’Aja telah berpakat bersama Uluwalu dan Tanah Suci untuk menggempur Mastazadi. Kekuatan mereka telah berkumpul di hadapan benteng Mastazadi, menanti kehadiran Lutello untuk memulakan gempuran.
Menanti momen tersebut, Lakshamana telah memulakan serangan gerila bagi melemahkan pertahanan Mastazadi.
Pada masa yang sama, Ariki telah kembali bersama Aifer, Yusuf dan Ashwadi, dan diberikan misi oleh Arata untuk menguasai Seni Tempur Maharaja. Seni tempur yang dianggap sebagai kunci untuk Ariki memenuhi takdirnya sebagai Raja Yang Sebenar.
Sementara itu, Mikail, Runihara dan Jilani telah disembunyikan oleh Ruh Al-Akbar di Madinah, namun keberadaan mereka di situ telah diketahui oleh Habib Jama’a.
Keadaan semakin genting dan mendebarkan.
Pengorbanan tidak akan dapat dielakkan!




hari apa entah habis baca HSSS #3
so malam tu juga start HSSS #4
cuma malang tak berbau ... copy yang saya beli tu
salah cetakkan .. jalan cerita dah lari
tanya seller yang jual prelove kat kita
seller tu pakcik .. sah-sah dia tak baca ..
tak boleh refund
tanya Hilal ... memang tak dapat apa
melainkan beli direct dengan dia cuma dia akan inform kalau ada buat cetakkan lagi


so kita pun terpaksa layan jalan cerita yang dah lari tu
dalam 40 muka surat juga ler dan bersedia dengan kesedihan
review kata sedih .. sah mesti ada yang mati ..
hmmm


buat masa ni rasa nak tikam laju-laju Habib
benci gila .. manusia bertopengkan syaitan nirrojim


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2025 05:50 AM | Show all posts
fly_in_d_sky replied at 17-6-2025 09:30 AM
Mukan’Aja telah berpakat bersama Uluwalu dan Tanah Suci untuk menggempur Mastazadi. Kekuatan mereka ...

Masih bertahan. Syabas kadet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-6-2025 10:11 AM | Show all posts
seribulan replied at 22-6-2025 05:50 AM
Masih bertahan. Syabas kadet

alhamdullilah .. cuma tak banyak macam dulu
banyak obstacle ...
membeli lagi banyak dari membaca
har har har har har
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2025 12:40 PM | Show all posts
Talentime Productions mencari bakat dan muka baharu untuk projek teater mereka yang akan dipentaskan di Encore Theatre, Melaka. Habsah, pengarah teater terkenal telah mengadakan sesi uji bakat di sebuah universiti untuk tujuan itu. Seorang gadis pemalu bernama Lestari mencuba nasib. Dia bukan gadis biasa. Punya anugerah istimewa. Malah cucu kepada mantan penari istana termasyhur di Johor Bahru suatu ketika dahulu.

“Budak ni memang ada pesona. Ada aura!” - Habsah

Marga Jiwa, penulis skrip teater yang penuh misteri meragui kemampuan Lestari. Tetapi lama-kelamaan hatinya terpaut dan sayangnya tertaut.

“Kiraan saya, dua belas saat kakinya tak jejak bumi sewaktu menari.”– MJ

Pada tahun 1852, pencarian penari-penari muda dari tujuh buah desa untuk membuat persembahan di istana mengundang tanda tanya. Ada yang teruja kerana menyangka akan berlangsungnya temasya. Ada yang syak wasangka lantaran syarat ganjilnya.

“Tarian juga satu bentuk penyembahan dan penyerahan kepada makhluk ghaib.” – Sulong

Apa kaitan Lestari dengan kisah silam istana yang didakwa ghaib dan lenyap dari peta tanahair? Berjayakah teater itu dipentaskan akhirnya atau bakal dilanda malapetaka?




Buku HSSS #5 tangguh dulu
sebab salah cetakan ... sabar jer lah
nasib lah ada stok kat bookcafe
kena tunggu sampai ke rumah





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2025 08:33 PM | Show all posts
fly_in_d_sky replied at 25-6-2025 09:11 AM
alhamdullilah .. cuma tak banyak macam dulu
banyak obstacle ...
membeli lagi banyak dari membaca

Membaca online je ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2025 04:36 PM | Show all posts

saya tak boleh baca online sangat since kena vertigo
jadi haywire ... so kena cari buku physical balik

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2026 01:44 AM GMT+8 , Processed in 1.556480 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list