CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Kelipkertas

Gila p*rn – Kisah jin huru-harakan hidup aku (Angkut la saka tu...)

  [Copy link]
 Author| Post time 9-2-2016 02:39 PM | Show all posts
yayan_froggy90 replied at 8-2-2016 01:05 AM
Tt kenapa aku terbalik ya.. Bila hari biasa aku maaaalaaaasss sgt nk solat.. Bila lampu merah, tim ...

Bab tu sama la kita yayan. KK pun tah nape kat umah mak sume malas nak buat. Kalau kat umah sewa rajin je nak bangun malam ke apa. Kat umah mak ni rasa cam jadi orang lain pun ada. Dari sekolah lagi rasa camtu. Tapi memang elok la yayan lawan perasaan2 tu. Kalau nak mikirkan rumah ada 'benda' ke apa, memang tak jadi keje dibuatnya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-2-2016 04:23 PM | Show all posts
Alhamdulillah tadi berpeluang jumpa Tuan Guru Harun Din. Ambik kesempatan cuti raya cina... kalau tak 2 hari nak kena cuti. Sebab nak ambik nombor giliran je dah satu hari. Jumpa Tuan Guru makan satu hari lagi...

Sekarang ni Tuan Guru dah tak berapa sihat. Jumlah pesakit yang boleh jumpa beliau pun dikurangkan. Kalau baca dalam blog2 dorg tulis 200 orang. Harini 90 orang je yang dibenarkan. Seterusnya xtau la akan bertambah balik atau terus berkurang. So kalau ada yang berhajat nak jumpa Tuan Guru kena datang awal que hari Isnin K... Pukul 9 pagi tu orang dah start beratur. KK pun terlambat semalam. Berlengah2 pakai baju ape sumer sekali dapat dah nombor 80 lebih. Sipi je nak terlepas.

Dapat je nombor giliran semalam, dalam kepala KK dah merepek2 fikir nak tendang Tuan Guru. Apakah... Jadi takut sangat nak jumpa harini sebab takut tercederakan beliau. Tapi takkan nak tunduk ngan dia kan. KK la kene kawal minda.

Citer sket la prosedur menunggu tu kot2 ada yang berhajat nak jumpa beliau. Semalam KK pun terpinga2 xtau apa nak buat.

1) Sampai2 tu kita beli air, letak dalam barisan sebagai 'pengganti diri'. Tulis nombor siap2 pastu pegi la nak makan ke apa...
2) Pukul 1 petang (atau lebih awal) kena standby kat botol tu. Dekat nak bukak kaunter nanti, orang yang kene que dan bukan botolnya. Kalau tuan botol tu tak datang pada waktu ambik nombor, selamat la giliran korang akan dilangkah. Nak solat mintak kawan jaga jap, jangan sampai botol tak bertunggu.
3) Kaunter bukak sekitar pukul 2.30 lepas zohor. Kengkadang awal. Yang penting kene ready ade situ. Nanti kita dibagi nombor dalam barisan.
4) Nombor tu, kene tukar pulak dengan slip giliran. Slip ni gunanya untuk ambil borang pendaftaran pada esok pagi. Jangan takut, ikut je flow.
5) Dah dapat slip tu boleh la balik. Simpan slip bebaik keh...
6) Esoknya pagi Selasa, datang lapor diri seblum pukul 10. Pergi kaunter, tukar slip tu dengan borang kuning. Ada dua borang sini... Kuning untuk jumpa Tuan Guru. Pink untuk jumpa anak murid beliau. Yang ada slip je bleh ambik borang kuning ni. Nombor giliran yang baru akan tertera pada borang kuning tu. Kalau lambat korang datang lapor diri, lambat la dapat buat rawatan. Cam KK ngan member pagi tadi datang gelap buta lepas subuh pun giliran dah 50 lebih.
7) Bila dah dapat nombor giliran tu bleh la rilek jap makan2 ke apa. Ada jual sarapan ringan kat situ. Air panas pun ade.
8) Bila dah dipanggil, bukan terus masuk jumpa Tuan Guru. Duduk tunggu plak kat bilik sebelah. Masa tu kalau pesakit pempuan pakai baju pendek ke apa, akan dipakaikan jubah seblum jumpa Tuan Guru.
9) Pastu bila kene panggil kali kedua baru la masuk jumpa Tuan Guru.

Camni la step dia nak jumpa Tuan Guru... kalau ada yang berhajat. Jangan lupa datang awal K. Kuatkan azam dan buat solat hajat mohon Allah mudahkan. Sebab cemacam dengar citer orang tak jumpa jalan nak datang DS. Mende tu la punya hal...
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2016 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
fuuhhh....habis gak merempit....best citer kk n forumer2 yg lain..
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2016 08:05 AM | Show all posts
Kelipkertas replied at 9-2-2016 04:23 PM
Alhamdulillah tadi berpeluang jumpa Tuan Guru Harun Din. Ambik kesempatan cuti raya cina... kalau ta ...

citer la apa yg jadi masa jumpa Tuan Guru.. nak tau gak masih ada lagi ke benda tu...

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2016 10:45 AM | Show all posts
tt ko gi lah jumpa ustaz wan kat melaka.. ramai claim sakit hantu tp sbnrnya sakit jiwa..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2016 01:26 PM | Show all posts
suatumasa replied at 9-2-2016 09:41 PM
fuuhhh....habis gak merempit....best citer kk n forumer2 yg lain..

@suatumasa thanks sudi singgah. moga bermanfaat
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-2-2016 01:28 PM | Show all posts
mamacute1 replied at 11-2-2016 10:45 AM
tt ko gi lah jumpa ustaz wan kat melaka.. ramai claim sakit hantu tp sbnrnya sakit jiwa..

Tima kasih @mamacute1 4 ur suggestion menarik jugak cadangan tu. Selalunya perawat kata yang sakit jiwa tu kena gangguan makhluk halus. Ni gangguan makhluk halus jadi sakit jiwa. Memang 2-2 saling berkait pun, sama ada salah satu jadi sebab kepada yang lain...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2016 01:31 PM | Show all posts
menachi replied at 11-2-2016 08:05 AM
citer la apa yg jadi masa jumpa Tuan Guru.. nak tau gak masih ada lagi ke benda tu...

Welcome @menachi

Pertemuan tu spoiled bila KK tetiba bertukar jadi benda lain. beratur penat2 dari Isnin sudahnya tak dapat baca doa pun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2016 02:14 PM | Show all posts
Kelipkertas replied at 11-2-2016 01:28 PM
Tima kasih @mamacute1 4 ur suggestion  menarik jugak cadangan tu. Selalunya perawat ka ...

tt nanti ko add ustaz tu kat fb Wan Asrul Al-Kalantani
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2016 02:15 PM | Show all posts
salah 1 perkongsian dari ustaz wan tu

SAKA RIMAU VS SAKA SINGA
Dihubungi oleh seorang wanita yang menggelarkan dirinya sebagai Pn H. Memohon bantuan akan masalah suaminya yang telah diganggu dengan saka rimau.
Temujanji dibuat dan pada hari yang dijanjikan mereka hadir.
Berikut antara dialog yang berlaku :
Sang faqir : Ok, boleh saya tahu masalah sebenar?
Pn H : Suami saya ada saka rimau, ustaz. Nak minta ustaz tolong buang. Dah pergi ramai ustaz tapi saka tu degil, hilang sekejap datang balik. Macam-macam dah cuba, tapi masih tak menjadi.
Sang faqir : (Mengalihkan pada pandangan Encik Y) Apa yang jadi En Y?
Encik Y : Entahlah ustaz, saya sendiri pun tak tahu apa yang jadi. Tiba-tiba saja semua nie jadi. (Encik Y menjawab ringkas)
Sang faqir : Ooo, jadinya sebelum nie, tiada apa-apalah ye? Sebenarnya apa yang buatkan Encik Y dikatakan ada saka rimau ya?
Pn H : Sebelum ini tidak jadi apa-apa ustaz. Dalam 4-5 bulan nie, tiba-tiba menjadi dan semakin menjadi-jadi sekarang. Asal malam sahaja, mesti bunyi mendengus macam harimau, then dia buat tangan macam harimau, sekarang nie, siap dengan gaya-gaya harimau keluar. Kalau kejutkan dia, dia sedar semula, tapi tak lama, selang 2-3 jam jadi balik.
Sang faqir : Ohh, berat tu… Encik Y bertugas sebagai apa ya?
Encik Y : Saya guru, ustaz. Di sekolah kebangsaan ********.
Sang faqir : Ok, Pn H bekerja juga?
Pn H : Bekerja juga, ustaz. Saya Managing Director di syarikat ******.
Sang faqir : Oh begitu... Macam nielah Encik Y, Pn H. Masalah nie mudah saja nak selesai.
Pn H : Macam mana tu ustaz? (Pn H bersungguh-sungguh, namun
Encik Y seakan-akan tiada perasaan) Saya sekarang dah takut nak tidur bersama dengan suami saya. Kadang-kadang kalau berdua-duaan dengan dia pun, timbul seram sejuk.
Sang faqir : Mudah saja Pn. Begini, Encik Y teruskan saja niatnya hendak bernikah seorang lagi dan Pn H kena redha, insyaALLAH saka rimau akan hilang dari badannya, Encik Y akan kembali normal macam biasa.
Pn H : Apa maksud ustaz? Saya tak faham.
Sang faqir : Begini Pn H, Encik Y ada minta hendak bernikah lain tak dengan Pn H? Samada selepas balik dari majlis reunion sekolah, ataupun selepas Encik Y pulang dari kursus panjang.
Pn H : (Termenung seketika) Memang dia minta hendak nikah lain ustaz, dalam lebih kurang 7-8 bulan lepas. Memang kami ada gaduh besar, lepas tu dia dah tak minta, lepas daripada itu, yang jadi masalah saka nie, saya syak perempuan yang dia nak nikahkan tu yang hantar saka, tak bagi kami bahagia.
Sang faqir : Tak elok tuduh orang Pn H. Encik Y, rasanya sudah cukup lakonan Encik Y, letih berlakon tengah-tengah malam nie, esoknya nak kerja mengajar orang lagi.
Pn H : Apa semua nie ustaz? Saya masih tak faham. Berlakon? (Wajah Encik Y kemerah-merahan dan keresahan).
Sang faqir : Ya Pn H, Encik Y berlakon, pasal hendak bagi Pn H rasa takut, dan selepas itu Pn H redha Encik Y nikah seorang lagi.
Pn H : (Mengalihkan pandangannya pada Encik Y) Betul ke nie Awak? Betul ke awak berlakon? Awak tahu tak saya macam orang gila takut dengan awak.
Encik Y : Sabar sayang, abang buat macam tu memang nak bagi sayang takut, bukan semata-mata nak menikah lain saja.
Sang faqir : Ermm, Encik dan Pn perlukan privasi ke? Saya tinggalkan sebentar ya.
Pn H : Takpe ustaz, tak perlu, kita selesaikan sekarang juga. Jiwa saya terseksa dengan sikap dia.
Sang faqir : Sabar Pn H, sebenarnya yang paling terseksa di sini adalah Encik Y. Pn H terseksa sikit saja, terseksa pasal takut dengan saka rimau dia. Tapi Encik Y terseksa dengan saka singa.
Pn H : Saka singa apa pula ustaz? Jangan main-main ustaz, nie benda serius.
Sang faqir : Saya tak main-main, saya serius.
Pn H : Maksud ustaz?
Sang faqir : Begini Pn H, boleh saya tahu Pn H balik ke rumah dari pejabat, jam berapa selalu?
Pn H : Kalau hari biasa, selalunya pukul 8 atau 9 malam saya balik.
Sang faqir : Pergi kerja pukul berapa?
Pn H : Macam biasa ustaz, sebelum subuh kena siap dah. Lepas subuh keluar, nak elak jem.
Sang faqir : Ok, itu hari biasa. Kalau hari luar biasa? Maksud saya, kalau outstation atau sebarang tugasan luar, macam mana?
Pn H : Oo, kalau saya ada meeting atau conference di luar kawasan, selalunya seminggu jugalah. Tapi apa kena mengena hal kerja saya dengan semua nie?
Sang faqir : Sabar, belum habis. Saya yakin Pn H dah lebih dari 15 tahun bekerja dengan cara begitu kan?
Pn H : Saya bekerja dah hampir 17 tahun di situ.
Sang faqir : Encik Y, boleh saya tahu berapa usia pernikahan
Encik Y dan Pn H?
Encik Y : Kami dah bernikah hampir 9 tahun.
Sang faqir : Maaf tanya, bagaimana dengan zuriat?
Encik Y : Tiada ustaz.
Sang faqir : Encik dan Puan tidak mencuba ke?
Encik Y : Hmm entahlah ustaz. Ustaz tanyalah isteri saya, dia lebih tahu.
Pn H : Kita pula yang dia alih. Kami bukan tidak mencuba ustaz, tapi masalahnya saya sibuk dengan urusan kerja, macam-macam perlu diuruskan.
Sang faqir : Ooo, jadinya hubungan di rumah sekadar Hai, hello, macam tu saja? Betul tak? Encik Y?
Encik Y : Lebih kurang begitulah, ustaz. (Menunduk wajahnya terpandang air jernih terbit di penjuru matanya)
Sang faqir : Sebenarnya Pn H, saka rimau Encik Y tu muncul dah lama, cuma saka tu sekarang tidak bertahan, itu yang jadi tidak terkawal. Pn H, pernikahan adalah suatu ikatan rohani dan ikatan akal, bukan semata-mata ikatan jasmani. Saya faham tugas Pn H sebagai Managing Director, banyak hal perlu fikir. Tapi apabila bergelar isteri, Pn juga managing director kepada jiwa suami Pn, kepada akal suami Pn, kepada jasmani suami Pn, yang mana Pn perlu uruskan semua hal tersebut. Itu tugas seorang isteri yang memang sudah tiada takwilan lagi, mudah ceritanya, MELAYANI SUAMI. Kesunyian seorang lelaki adalah sama bahaya dengan kesunyian seorang wanita. Encik Y ada terasa dengan Pn H tak?
Encik Y : Terasa tu memang ada. Tapi setiap hari saya maafkan dia, ustaz. Pasal saya tahu yang dia tidak tahu. Setiap malam waktu dia tidur, saya pandang wajah keletihan dia, saya hendak usap, urut dan belai tubuhnya yang letih, tapi setiap kali itulah niat saya disalah ertikan, umpama saya hendak minta seks dari dia. Saya ditolak dan tidak dibenarkan sentuh dia waktu tidur. Saya tiada teman hendak bercerita, sampailah saya bertemu dengan seorang rakan sejawatan juga, yang selalu buat saya lega, untuk saya bercerita hal-hal yang saya suka. Sebab itu saya hendak bernikah dengan kawan tu, tapi dalam masa yang sama, saya sangat sayang isteri saya nie ustaz. Saya pun dah buntu, sebab itu saya terpaksa berlakon.
Sang faqir : Encik Y pernah ceritakan tak atau luahkan semua ini pada isteri tak?
Encik Y : Usahkan hendak cerita ustaz, kalau dia balik ke rumah, perkara pertama dia buat adalah mandi, selepas mandi, dia akan bersiap-siap hendak tidur, dan itulah waktu yang paling pantang untuk sesiapa usik dia. Saya hormat, saya akur, pasal saya sayangkan dia.
Sang faqir : Pn H dah dengar kan? Jadi, tidak perlu saya hurai lebih-lebih. Cuma, saya hendak tambah sedikit sahaja, wanita amat mudah masuk syurga dan senang juga masuk neraka. Mudah masuk syurga dengan buat 3 perkara, Taat pada perintah ALLAH, ikut pada ajaran Rasul dan setia serta taat pada Suami sebaik-baiknya, selagi ianya tidak melanggar perintah ALLAH dan ajaran RasulULLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam. Namun, yang juga jadi senang masuk neraka, apabila wanita itu Taat pada perintah ALLAH, ikut ajaran Rasul, namun tidak mendapat keredhaan dari suami. Kena hati-hati Pn. Sekurang-kurangnya sebelum tidur, jika terlampau letih sekalipun, latih diri, cium tangan suami, mohon keredhaan dari suami, keredhaan dari suami adalah suatu keberkatan dalam pekerjaan seorang isteri, juga kelapangan dalam kehidupan di akhirat kelak.
Pn H : Saya faham ustaz. InsyaALLAH, saya cuba ubah. (Sambil tangannya memegang erat tangan Encik Y)
Sesi tersebut tamat beberapa ketika selepas itu. Mereka pulang dengan riak wajah yang begitu ceria sekali kedua-duanya, sambil bergelak ketawa.
2 bulan selepas itu, Encik Y menghubungi sang faqir, memaklumkan isterinya Pn H sudah hamil 2 minggu, dan mengucapkan terima kasih kerana menguraikan masalah mereka.
Kepada suami isteri di luar sana. Berhati-hatilah dalam mencari ahkam (orang tengah) dalam permasalahan rumah tangga kalian. Langkah pertama yang silap akan membawa kepada kesilapan pada langkah seterusnya jika ianya hanya dengan ikut tanpa faham.
Suatu perkongsian untuk perhatian bersama.
Wassalam.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2016 02:49 PM | Show all posts
mamacute1 replied at 11-2-2016 02:14 PM
tt nanti ko add ustaz tu kat fb Wan Asrul Al-Kalantani

Oooo ust Wan Asrul ke. Femes ust ni... Bagus beliau buat rawatan Islam sekali dengan nasihat psikologi.

Aritu sebelum KK start keje, masa tengah panas sangat berlaga angin dengan ayah, KK pernah ikut Yong datang cawangan pusat rawatan TIAF kat Nanding, Hulu Langat. Masa tu ust turun KL dengan isterinya. Tapi elok sampai giliran kitorang, beliau pun dah rehat. Dapat jumpa kawannya je. Ust apatah nama... KK gtau masa tu KK 'panas' gila sampai rasa nak bunuh ayah... ust punya advice senang jer suh KK kawen. Apakah...

Makin panas pulak rasanya dia bagi solution macam 1+2=3 gitu. Kalau la hidup ni semudah matematik... Somehow rasa macam dia pandang ringan je masalah KK pun ade.

Sejak tu tak jejak sana lagi. Tapi teringin juga nak jumpa Ust Wan sniri. Fb beliau takleh add dah. Over limit...
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2016 02:56 PM | Show all posts
Kelipkertas replied at 11-2-2016 02:49 PM
Oooo ust Wan Asrul ke. Femes ust ni...  Bagus beliau buat rawatan Islam sekali dengan nasihat ps ...

mungkin ustaz tu tau KK suka porn..tu yg dia suruh kawen.. kang dia ckp lebih boleh aibkan KK..tp try la KK jumpa ustaz wan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2016 03:08 PM | Show all posts
mamacute1 replied at 11-2-2016 02:56 PM
mungkin ustaz tu tau KK suka porn..tu yg dia suruh kawen.. kang dia ckp lebih boleh aibkan KK..tp  ...

Haippp... KK tak suka tau.   Kalau suka watpe susah2 berenti. Layan jer selalu sampai mereput...

InsyaAllah. Kalau ada rezeki KK nak cuba jugak. Bagus kalau dapat cari puncanya dari semua sudut kan..
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2016 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
TT, inilah kali pertama saya baca pengakuan yg sgt tulus ttg tabiat dan penyakit TT.

Saya rasa saya juga melalui pengalaman yg sama dulu2, dan alhamdulillah skrg dah sgt terkawal semua perkara, sama ada dr segi tabiat buruk ataupun gangguan. Saya juga barkahwen pd usia yg lewat. Satu amalan yg sgt mudah yg saya amalkan (diminta oleh suami utk amalkan ni), kemudiannya saya dapati melemahkan gangguan2 yg melekat dibadan iaitu amalan mandi sebelum subuh dan sebelum asar, pd mulanya saya anggap remeh, tetapi ternyata berkesan bila diamalkan secara berterusan.

Cubalah TT amalkan ni, mesti sebelum subuh dan sebelum asar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2016 10:39 PM | Show all posts
nurshima replied at 11-2-2016 09:20 PM
TT, inilah kali pertama saya baca pengakuan yg sgt tulus ttg tabiat dan penyakit TT.

Saya rasa sa ...

@nurshima Tima kasih! Menarik betul petua tu. Mandi sebelum subuh memang la selalu kan... tapi mandi sebelum asar??? Hurm... caner ye nak mandi kat opis. huhu.

just mandi je ke? tak payah baca apape?
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2016 11:16 PM | Show all posts
mamacute1 replied at 11-2-2016 02:15 PM
salah 1 perkongsian dari ustaz wan tu

SAKA RIMAU VS SAKA SINGADihubungi oleh seorang wanita yang  ...

Jd kita nampak byk terjadi sbb salah pilih org tengah & juga sikap memasing yg ego xnak muhasabah diri, yg bg pendapat menjahanamkan pun ramai dlm porum ni, tanpa usul periksa & siasat cerita sebenar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2016 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
TT, mandi lepas asar mmg mustahil klu kita kerja office hour kan, tapi cuba buat seselalu yg mungkin during week end. Saya sebenarnya resign dr kerja office hour, dan bekerja sendiri antara sebab utamanya adalah utk amalkan mandi sebelum asar ni, tapi TT tak perlu lah berhenti kerja mcm tu, buat setiap kali ada peluang.

Sebenarnya tak der lah perlu baca apa2, tapi klu diniatkan utk kesihatan badan, emosi dan minta,insyaallah akan dapat tu.

Menurut suami saya, waktu subuh dan asar tu waktu mskhluk2 itu kuat tenaganya, dan suka medium yg panas2, so bila mandi sebelum tu, badan kita sejuk, makluk2 tu jadi lemah dan kita aksn dapat more control on ourself.
Klu terlepas sebelum asar pun, make sure sebelum maghrib, dont ever2 after maghrib.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2016 12:06 AM | Show all posts
nurshima replied at 11-2-2016 11:42 PM
TT, mandi lepas asar mmg mustahil klu kita kerja office hour kan, tapi cuba buat seselalu yg mungkin ...

ooo saya time maghrib tu la saya mandi sebab baru balik keje. Huhu. air sejuk plak macam alergi... mesti nak pasang heater kasi air panas sikit dari suhu badan. tah nape tak suka mandi air sejuk.

Sampai berenti keje tu mesti teruk jugak akak sakit kan... kalau rajin sharing2 la kat sini camne akak combat penyakit tu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2016 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
TT, membaca kisah tt mengingatkan kehidupan saya yg lalu, semuanya hampir sama, kecuali saya tidak berapa rajin mengunjungi perawat. Benda ini bukan penyakt, ianya hanyalah cabaran yg perlu kita lalui, mmg ada masa kita akan tertekan sangat tapi, kunci dia hanya satu, kita mesti berupaya utk menguasai jasad dan minda kita, jgn biar dia bermaharajalela mengusai diri kita.

Ianya adalah perjuangan seumur hidup, dan dgn bertambahnya usia, penguasaan dia akan berkurang sekiranya kita mengambil jalan yg betul.

Saya jenis yg tak berapa rajin berzikir panjang dsbnya, tetapi lebih suka membuat perubahan2 dan amalan yg kecil tetapi konsisten, contohnya mcm bab mandi, ianya mudah kan, berbanding tabiat lain. Kadang2 mmg terasa malas utk solat dan sengaja lengah2 kan sampai habis waktu, tetapi saya kemudiannya mengambil pendekatan quality over quantity, maksudnya bila terasa malas tidak boleh fokus yakni kushuk, saya tidak solat pada waktu itu, sebaliknya bila badan terasa ringan dan fikiran rasa lapang sikit, saya akan mandi dan solat dgn fokus dan hadir hati walaupun telah trlpas waktu, yakni qada. Alhamdulillah dgn mengekalkan amalan mandi sebelum subuh dan sebelum asar ni, badan sentiasa jadi ringan dan mudah fokus, dan bila kita dah mula menguasai solat kita, insyaallah kita sudah menguasai diri kita.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2016 11:03 AM | Show all posts
nurshima replied at 12-2-2016 10:56 AM
TT, membaca kisah tt mengingatkan kehidupan saya yg lalu, semuanya hampir sama, kecuali saya tidak b ...

Err... maksudnya akak solat luar waktu ke? masih camtu lagi ke @ dah sembuh?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 305593 Replies : 7535
Busana Konsert Lizah Di Temasek
KurexBusana Konsert Lizah Di Temasek
Views : 14130 Replies : 196
My Sweet Mobster (2024) – JTBC
heythere123My Sweet Mobster (2024) – JTBC
Views : 9743 Replies : 55
Kena lagi :Netizen bengang Atlet Malaysia  dapat tajaan Skechers penyokong kuat Israel
YgBenarKena lagi :Netizen bengang Atlet Malaysi
Views : 4347 Replies : 10
Anaknya Dah Tingkatan 1" - Guru 'Pening' Ibu Mengadu Kasut Anak Hilang Di Sekolah
YgBenarAnaknya Dah Tingkatan 1" - Guru 'Pen
Views : 5910 Replies : 1
Hefny dj sinar nikah
fair_izaHefny dj sinar nikah
Views : 11805 Replies : 93
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 31025 Replies : 170
[tvN/Viu 2024] THE MIDNIGHT ROMANCE IN HAGWON - Wi Ha Joon, Jung Ryeo Won
Rahah[tvN/Viu 2024] THE MIDNIGHT ROMANCE IN H
Views : 11504 Replies : 73
Nora Danish - Nedim Nazri Aziz Sah Bercerai | Lagi Update Berita - post #133
kakasotong2Nora Danish - Nedim Nazri Aziz Sah Berce
Views : 90356 Replies : 815
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 107017 Replies : 2932

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-7-2024 06:47 AM GMT+8 , Processed in 0.112946 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list