|
Nicki_Meow posted on 11-11-2014 12:39 AM
“Apa yang kau sebutkan tadi?” Kening Syakilla berkerut seketika. Kata-kata Qusyairi kurang jelas p ...
Tolong. tolong. tolong. tolong. tolong. tolong. tolong. tolong. tolong. tolong. tolong.
Aku tak moh, dua2 gurl ni rebutkan Qi. Aku tak moh. tolong.
gurls ni tak tutup aurat ar. |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_conan posted on 12-11-2014 05:52 PM
motip sangat tau si @Ipo ni tunggu perang2...
die nak campak adam masuk perang kat amariya sekali ...
bukan adam je..geng kampung pinang patah sekali
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 10-11-2014 06:35 AM
Labudak ni pun ada
Matanya Qusyairi tertancap pada Megatron yang kini berada dalam pelukan S ...
Come on ar gurl.kau orang perempuan ada kuasa , memang gatal kn?
gerrrrrrrrr |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_conan posted on 12-11-2014 09:53 AM
apahal kira2 jumlah perkataan neh?
teringat dulu2 kene buat essay panjang tak lebih 5000 pa ...
aku copy ayt nicki then paste kat software. ada fungsi kiraan kata. TAKDE MAKNANYA NAK KIRA SATU2..kihkihkih..hi momod. |
|
|
|
|
|
|
|
Ipo posted on 12-11-2014 11:39 PM
bukan adam je..geng kampung pinang patah sekali
uishhhhh... nanti antu kebaya merah pon join sekali kat amariya
|
|
|
|
|
|
|
|
Esmiria posted on 12-11-2014 03:28 PM
hakak . lebih 1k perkataan..berapa page ni?
saja nk kaji jumlah. perkataan2..hihihi..bab saya n ...
Hadek.
Akak tak pernah kesah jumlah perkataan. Jadahnya nak kaji?
Akak selalu set limit - Satu Bab, minimum 5 pages, maksimum 10. Bergantung pada jalan cerita.
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 13-11-2014 09:30 AM
Camni, apa kata ko buat Adam curang - tapi dengan Arania? Alang2 Arania bakal frust tak lama lagi. ...
amboih ko punya idea..
aku tak kira..aku nak merusuh di bumi Amariya nanti..bawa hulubalang Dayah pulak
|
|
|
|
|
|
|
|
BAB 21
Setelah mengetuk pintu tiga kali, Syakilla menunggu. Dalam masa yang sama, cuba membuang rasa tak keruan yang menyelubungi hatinya kala ini. Berhampiran dengan Qusyairi telah membuatkan satu perasaan asing hadir dalam jiwa. Dan ini bukan pertama kali dia merasa begini. Sebenarnya, hati Syakilla telah terusik sejak bertentangan mata di taman di raja dahulu. Dalam diam, Qusyairi dijeling dengan ekor mata. Tidaklah sekacak mana namun ada manisnya.
Ah, apa yang aku fikirkan ini? Syakilla memejamkan mata seketika. Perasaan yang hadir tanpa diundang itu cuba dibuang jauh-jauh.
Tidak berapa lama kemudian, pintu kamar terbuka. Arania muncul di muka pintu. Satu senyuman terukir dibibirnya tatkala memandang Syakilla. Saat pandangan matanya beralih pada Qusyairi, senyumannya kian berseri.
“Puteri.” Sapa Syakilla.
“Puteri Arania.” Qusyairi pula menyapa lalu tunduk hormat. Arania juga menundukkan sedikit kepalanya membalas tunduk hormat yang dilakukan oleh Qusyairi.
Sejurus, Qusyairi mengangkat kepala. Wajah Arania dipandang dengan senyuman.. Busana indah warna merah hati yang dikenakan terletak elok pada tubuhnya yang tinggi lampai. Rambutnya yang lurus keperangan di sanggul rapi, berhias dengan cekak bertatah berlian. Kejelitaan Arania memang tidak dapat disangkal lagi. Keanggunan seorang puteri terserlah nyata.
“Arania, sempena hari lahirmu….” Gelang emas pemberian Syakilla sebentar tadi, dipersembahkan pada Arania. “Aku harap, kau sudi menerima hadiah ini. Ianya dari orang yang mengasihimu.” Qusyairi berkias menyambung bicara. Sempat menjeling sekilas kepada Syakilla di sebelah. Protes dalam hati dikekalkan dalam hati. Sudah terlajak janji, permintaan Syakilla tetap ditunaikan walaupun berat.
“Oh.” Mata bundar Arania bersinar-sinar. “Terima kasih.” Tangan kanannya dihulur kehadapan. Qusyairi sedikit serba-salah dan terfikir-fikir. Haruskah dia memakaikan gelang itu ke tangan Arania?
“Mari aku pakaikan gelang ini.” Syakilla segera menjadi penyelamat keadaan. Gelang emas itu dicapai dari tangan Qusyairi lalu dipakaikan ke pergelangan tangan Arania.
“Cantik sekali. Sangat sesuai denganmu.” Tutur Syakilla.
“Terima kasih, Qi.” Pandangan Arania jatuh ke mata Qusyairi. Qusyairi mengangguk dan senyum, sempat menjeling sekilas ke wajah Syakilla sekali lagi.
“Marilah. Kita ke dewan.” Syakilla berkata. “Para tetamu sedang menunggu.”
Mereka menurut tanpa banyak bicara. Langkah di atur meninggalkan tempat itu.
Qusyairi berjalan senyap dibelakang Syakilla dan Arania. Sepanjang menyusuri laluan itu, kerapkali dia memerhatikan kawasan sekeliling. Ulahnya bagai rusa masuk kampung. Ini kali pertama dia masuk ke Istana, peluang yang hanya diperoleh hanya dalam mimpi.
Apa benar ini mimpi?
Dari anjung laluan kamar, mereka kini menuruni tangga berpusing, menuju ke bawah. Beberapa kali, dia terlihat para pengawal Istana yang tegap berdiri menjalankan tugas. Berwajah garang dan berbadan sasa. Qusyairi akui, dia terasa gerun melihat para pengawal itu. Setiap kali bertembung, Qusyairi tidak berani mengangkat muka. Tidak mahu mencari pasal walaupun para pengawal itu seperti tidak memperdulikan kehadirannya. Apa yang para pengawal itu lakukan adalah hanya memberi tunduk hormat kepada dua gadis dihadapannya.
Hhmmm. Bukankah dia saudara Syakilla dari Keramat? Mungkin sebab itu tiada yang mempersoalkan kehadirannya bersama mereka.
Tidak berapa lama kemudian, mereka keluar dari bangunan Istana. Tidak jauh, kelihatan sebuah dewan yang terang benderang. Kelihatan sudah agak ramai tetamu yang hadir.
“Kita perlu segera.” Arania mempercepatkan langkah. Ayahanda dan bondanya pasti sudah menunggu.
Gugup dan debar dalam hati Qusyairi makin bertambah. Macam mana nak mengadap Raja?
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 13-11-2014 09:42 AM
Sila...sila.
Kalau umur cerita ni panjang, kau akan berpeluang untuk muncul jua di Amariya. Be ...
2 cadangan..
1. Wujudksn cik es yg minat kat syakilla. Berebut lah nak qi.
2. Puteri Arania lesbo yg cintakan syakilla dlm diam
|
|
|
|
|
|
|
|
tron tak ikut gi function ke
terbayang tron dengan busana pahlawan
ber catwalk sambil ekor terbuai ke kiri dan kanan |
|
|
|
|
|
|
|
Dewan yang terletak di selatan Istana Suriyan itu tidaklah terlalu besar. Letaknya bersebelahan dengan Taman Diraja. Ianya merupakan dewan terbuka. Selalunya, kawasan itu dibiarkan kosong. Kadangkala, ianya menjadi tempat bermain bagi anak-anak para perkerja di Istana Suriyan.
Malam ini, dewan ini berubah wajah. Dewan itu kini terhias cantik dengan pelbagai bunga-bungaan segar. Cahaya germelapan yang menerangi dewan itu adalah dari lilin dan pelita. Terdapat sebuah meja panjang yang merentangi dewan, khas untuk para tetamu majlis makan malam ini.
Semakin hampir ke dewan, semakin gelisah Qusyairi jadinya. Yang menjadi kerisauannya kini ialah, bagaimana mahu menghadap pemerintah Amariya itu. Apa yang perlu dibuat? Bagaimana mahu berbicara? Perlukah dia berbahasa Istana?
Arania sudah jauh ke hadapan. Lalu, Qusyairi mengambil kesempatan ini untuk berbicara dengan Syakilla.
“Syakilla.” Qusyairi menyamakan langkah dengan gadis itu. Syakilla menoleh sedikit.
“Aku risaulah.” Akui Qusyairi.
“Apa yang kau risaukan?”
“Seumur hidup aku, ini pertama kali aku berjumpa dengan…errr…Raja.”
“Di tempatmu, tiada Raja?” Soal Syakilla.
“Err…ada.”
“Jadi, kau tidak pernah berjumpa dengan Rajamu?”
Ingin saja Qusyairi menjawab ‘Pernah tengok dalam TV’, tapi dia apa yang dia buat hanyalah menggeleng. Syakilla turut menggeleng dan kemudian, mengangkat bahu.
“Kau boleh memilih. Pergi dari sini dengan segera dan jangan muncul lagi…” Syakilla memandang tepat ke mata Qusyairi seketika. “Ataupun meneruskan saja rencana ini. Keputusan kini di tanganmu.” Sambungnya. Qusyairi membuka mulut, mahu menjawab tetapi tiada apa yang keluar. Akhirnya, dia hanya melepaskan nafas berat.
“Bagus, kau sudah membuat pilihan.” Suara Syakilla dingin, bagai tiada perasaan. “Arania serta ayahanda dan bonda sedang menunggu. Mari.” Syakilla meneruskan langkah. Mahu tak mahu, Qusyairi menurut juga. Itu saja pilihan yang dia ada. Sekiranya dia memilih untuk pergi dan tidak muncul lagi di Amariya, maknanya dia tidak akan dapat berjumpa dengan Syakilla. |
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 13-11-2014 01:24 AM
Hadek.
Akak tak pernah kesah jumlah perkataan. Jadahnya nak kaji?
So. 5 pages?
asal 10 page dlm fon saya ialah 1k?
tu nak kaji. reply please. |
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 13-11-2014 09:42 AM
Sila...sila.
Kalau umur cerita ni panjang, kau akan berpeluang untuk muncul jua di Amariya. Be ...
Seriously @Nicki_Meow ... kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan... suka sangat... kudoakan semoga panjang umur... |
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 13-11-2014 09:42 AM
Sila...sila.
Kalau umur cerita ni panjang, kau akan berpeluang untuk muncul jua di Amariya. Be ...
iyo la tuuu...
nak jadi kaum kerabat Tron yg kian pupus kat amariya boleh??
dapat gak gesel2 ngan Qi
|
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 13-11-2014 10:06 AM
2 cadangan..
1. Wujudksn cik es yg minat kat syakilla. Berebut lah nak qi.
2. Puteri Arania les ...
awal2 pon ku ingatkan arania ngan syakilla neh lesbo
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|