|
khurafat - guna garam untuk halau hantu dalam bangunan .
[Copy link]
|
|
Ni hadis Abu Dawood (hasan) yang menerangkan mengenai CARA yang Nabi guna untuk mengatasi gangguan syaitan dalam memana tempat yang diduduki jin . Jelas sekali Nabi guna CARA BERDOA TERUS PADA ALLAH . Nabi tak guna garam, lada , air jampi etc.
(Abu Dawood) Book 14, Number 2597:
Narrated Abdullah ibn Amr:When the Apostle of Allah (peace_be_upon_him) was travelling and night came on, he said: O earth, my Lord and your Lord is Allah; I seek refuge in Allah from your evil, the evil of what you contain, the evil of what has been created in you, and the evil of what creeps upon you; I seek refuge in Allah from lions, from large black snakes, from other snakes, from scorpions, from the evil of jinn which inhabit a settlement, and from a parent and his offspring.
blastoff Post at 29-9-2010 16:33
Setuju berkenaan doa adalah yang paling utama. Selain itu sebagai ikhtiar Nabi juga pernah perintah bunuh Ular jelmaan Jin. Pernah Nabi perintah bunuh Anjing yang mempunyai sifat tertentu sebab ia adalah Syaitan.
Nabi Ibramim AS pernah merejam Syaitan tatkala baginda diganggu. Ada riwayat yang menyatakan Surah Al-Baqarah mengusir Jin/Syaitan dari rumah.
Ada riwayat yang menyatakan orang yang diganggu sejenis penyakit gila (penyakit rohani) dibacakan ayat-ayat Manzil/Ruqyah. Juga ada riwayat yang menyatakan Nabi memukul (secara fizikal tidak terlalu kuat) terhadap orang yang dirasuk (pukul supaya Jin keluar).
Juga ada riwayat Nabi menghembus dan mengusap badan. Ada riwayat berkaitan Abu Hurairah tangkap Syaitan maka ilmu berkenaan ayat Kursi disampaikan dari Syaitan.
WAllahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mnm77 at 30-9-2010 08:50
Dan kau masih tak nak menyesatkan manusia yang guna garam untuk halau jin syaitan ??!! Still nak tunggu fatwa ulama M'sia , arab saudi etc baru kau nak menyesatkan walau dah jelas dalam Quran Sunnah kesesatan tersebut ?
Well, esok-esok ni di akhirat kau mengharapkan ulama mana pulak nak selamatkan kau dari azab Tuhan ?
blastoff Post at 30-9-2010 03:22
Jikalau kaedah kau mengeluarkan hukum itu tidak betul, tidakkah kau takut yang kau telah menyesatkan orang yang ALLAH tidak sesatkan? Kalau kau yakin yang kau tu betul, tidak mengapa teruskan perjuangan itu. Itu adalah kefahaman dan kepercayaan kau atas kapasiti keilmuan kau yang kau rasa sudah cukup untuk bertindak mengeluarkan hukum.
Orang yang mengeluarkan hukum semestinya orang yang layak digelar Ulama dan Ahlazzikri. Mereka semestinya berpengetahuan dan takut akan Allah. Mereka adalah Ulama sebagai pewaris Nabi.
Berdasarkan pembacaan dari terjemahan Al-Quran dan Hadith belum cukup untuk membuatkan seseorang itu layak mengeluarkan hukum, apatah lagi hukum yang besar seperti menyesatkan dan mensyirikkan perbuatan tertentu yang masih dibahaskan atau yang didiamkan Ulama.
WAllahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by blastoff at 3-10-2010 07:24
Satu hadith belum cukup untuk membuat usul dalam ilmu berkaitan hukum Tidak semestinya apa yang ditinggalkan Nabi itu haram/berdosa. mnm77 Post at 30-9-2010 08:13
Ish ish heran saya kerana begitu berlambak maksud ayat - ayat Quran yang jelas melarang ikut amalan karut marut nenek moyang serta perintah Allah untuk hanya ikut apa yang dalam Quran Sunnah saja hinggakan Allah menghukumkan kafir manusia yang engkar untuk memutuskan sesatu perkara menurut Quran Sunnah ......
tup tup tup hanya hadis satu tu yang kau nampak ? Kuang kuang kuang .
Quran 2:171 Dan perumpamaan (orang yang menyeru) orang-orang kafir adalah seperti penggembala yang memanggil binatang yang tidak mendengar selain panggilan dan seruan saja. Mereka tuli, bisu dan buta, maka (oleh sebab itu) mereka tidak mengerti.
Quran 6:104 "Sesungguhnya telah datang dari Tuhanmu bukti-bukti yang terang; maka Barang siapa melihat (kebenaran itu), maka (manfaatnya) bagi dirinya sendiri; dan barang siapa buta (tidak melihat kebenaran itu), maka kemudaratannya kembali kepadanya. Dan aku sekali-kali bukanlah pemelihara (mu)."
Mari lihat hadith ni pula:
Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya: Nabi s.a.w pernah ditanya mengenai dhab. Baginda menjawab dengan bersabda: Aku tidak memakannya tetapi aku tidak mengharamkannya
[Sahih Muslim]
Hadis Khalid bin al-Walid r.a: Beliau bersama Rasulullah s.a.w masuk ke rumah Maimunah isteri Nabi s.a.w yang juga emak saudaranya (khalid) dan Ibnu Abbas. Di rumah Maimunah terdapat daging dhab yang dipanggang telah disediakan oleh saudaranya bernama Hufaidah binti al-Haris dari Najd. Daging itu kemudian dihulurkan kepada Rasulullah s.a.w dan jarang sekali dihulurkan makanan kepada baginda tanpa memberitahu terlebih dahulu tentangnya. Rasulullah s.a.w lalu menghulurkan tangan pada dhab tersebut. Seorang wanita yang juga bertamu di situ berkata: Beritahulah Kepada Rasulullah s.a.w apa yang kamu berikan kepada baginda itu. Mereka lalu mengatakan: Itu adalah daging dhab wahai Rasulullah. Rasulullah s.a.w menarik kembali tangannya. Kemudian Khalid bin al-Walid bertanya: Haramkah dhab itu wahai Rasulullah؟ Baginda menjawab: Tidak. Tetapi ia tidak terdapat di bumi kaumku lalu aku merasa jijik. Khalid berkata: Aku mengambil lalu memakannya, Rasulullah s.a.w melihatnya tetapi tidak melarang kami
[Bukhari Muslim]
Begitu juga dengan zikir, diriwayatkan Abu Hurairah RA berzikir dengan mengira zikirnya menggunakan simpulan benang. Tiada riwayat yang menyatakan Nabi berbuat demikian, tetapi Nabi tidak mengharamkan Abu Hurairah berbuat demikian. Abu Hurairah ialah seorang periwayat hadith yang terkemuka di zaman Nabi dan sahabat.
Juga dengan Jampi-jampi yang tidak mengandungi syirik, walaupun Nabi tidak buat ia tidak berdosa:
Di dalam sahih Muslim juga, daripada 'Auf bin Malik al-Asyja'i (عوف بن مالك الأشجعي ) katanya :
كنا نرقي في الجاهلية، فقلنا: يا رسول الله، كيف ترى في ذلك؟ فقال: "اعرضوا عليّ رقاكم، لا بأس بالرقى ما لم يكن فيه شرك
Maksudnya : "Kami dahulu berjampi ketika Jahiliyah, maka kami bertanya : Wahai Rasulullah, bagaimana engkau lihat perkara itu ? Sabda Baginda : Tunjukkan kepadaku jampi kamu semua, tidak mengapa dengan jampi yang tidak ada padanya unsur syirik."
mnm77 Post at 30-9-2010 08:13
Ada para sahabat Nabi yang amalkan guna garam untuk halau jin syaitan ? TAK ADA !
Ada Nabi melihat para sahabat guna garam untuk halau jin syaitan lalu Nabi kata Nabi tak buat tapi Nabi benarkan para sahabat buat ? TAK ADA
Ada para sahabat yang jampi garam untuk halau jinsyaitan ? TAK ADA
Semua tak ada langsung so qiasan kau ni batil dan cuma menurut anganan kau semata-mata , kau nak menghalalkan apa yang Allah dah jelas haramkan so kau menukar hukum Allah sesuka hati ! Dan kau guna hadis-hadis yang tiada kaitan langsung dengan halau jinsyaitan guna garam dan lada untuk menghukumkan halal perbuatan tersebut !
Agama Islam bukan di dasarkan pada angan-angan dan persangkaan manusia ! Jelas sekali kau tak takut pulak ye untuk berbuat gitu kemudian kau persoalkan saya yang memahami maksud ayat-ayat Quran dan hadis-hadis menurut apa yang terpampang secara literal tapi kau meletakkan qiasan pada apa yang tiada langsung pada hadis-hadis tu !
Namun demikian, melakukan apa yang Nabi lakukan adalah yang paling utama. Apa yang Nabi tidak lakukan (atau tiada dalam riwayat), kita serahkan kepada Ulama yang arif untuk merungkaikan hukum tersebut jika ada kemaslahatan tentang perkara tersebut. Jika menyembah batu atau berhala tu, jelas orang awam pun tahu tak perlu tanya Ulama.
mnm77 Post at 30-9-2010 08:13
Orang awam payah nak faham kah maksud ayat Quran bawah ni yang apabila mereka langgari nya maka kekafiran akan menimpa mereka ? Nak kena tunggu ulama untuk faham maksud ayat Quran yang semudah dan seterang ini ? Ayoyo sampai macam tu sekalikah bengapnya orang awam di mata kau ? Sampai macam tu sekali kah mereka tak faham bahasa ? Yang macam kau aje kot yang gitu so tak semua orang awam laa .
Quran 5 :44 Karena itu janganlah kamu takut kepada manusia, (tetapi) takutlah kepada-Ku. Dan janganlah kamu menukar ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit. Barang siapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir.
Kau nak serah otak kau kat ulama , kau nak persekutukan Allah dengan ulama dengan menyangka ulama punya kuasa untuk menentukan hukum Allah sedangkan dah jelas hukum Allah dalam Quran dan Sunnah telah lengkap selengkapnya serta segala hukum-hakamNya dah di perjelaskan sendiri oleh Allah... tak payah lah dok suruh saya pulak ikut kau , kau nak terjun lubang biawak maka kau terjun seorang diri , saya sesekali tidak akan mengikut kau, to you your belief and to me mine . |
|
|
|
|
|
|
|
Kau nak serah otak kau kat ulama, kau nak persekutukan Allah dengan ulama dengan menyangka ulama punya kuasa untuk menentukan hukum Allah sedangkan dah jelas hukum Allah dalam Quran dan Sunnah telah lengkap selengkapNya serta segala hukum-hakamNya dah di perjelaskan sendiri oleh Allah... tak payah lah dok suruh saya pulak ikut kau , kau nak terjun lubang biawak maka kau terjun seorang diri , saya sesekali tidak akan mengikut kau .
blastoff Post at 30-9-2010 09:42
Kau fitnah aku pulak ke? Bila masa saya paksa kau? Kau ada hujjah-hujjah kau, terpulang kat kau nak sesatkan orang ka nak syirikkan orang ka!
Saya quote balik:
Jikalau kaedah kau mengeluarkan hukum itu tidak betul, tidakkah kau takut yang kau telah menyesatkan orang yang ALLAH tidak sesatkan? Kalau kau yakin yang kau tu betul, tidak mengapa teruskan perjuangan itu. Itu adalah kefahaman dan kepercayaan kau atas kapasiti keilmuan kau yang kau rasa sudah cukup untuk bertindak mengeluarkan hukum.
Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk. (An-Nahl, 125) |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by blastoff at 30-9-2010 10:01
Kau fitnah aku pulak ke? Bila masa saya paksa kau? Kau ada hujjah-hujjah kau, terpulang kat kau ...
mnm77 Post at 30-9-2010 09:47 Ni kata-kata kau kat bawah ni bukankah kau mengajak saya untuk turut sama ikut fahaman kau ? Kenapa nak ajak saya pulak ? Kau tak mau terjun sorang kah lalu kau nak terjun berkumpulan dalam "lubang biawak" ittew ?
Namun demikian, melakukan apa yang Nabi lakukan adalah yang paling utama. Apa yang Nabi tidak lakukan (atau tiada dalam riwayat), kita serahkan kepada Ulama yang arif untuk merungkaikan hukum tersebut jika ada kemaslahatan tentang perkara tersebut. Jika menyembah batu atau berhala tu, jelas orang awam pun tahu tak perlu tanya Ulama.
|
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by blastoff at 30-9-2010 10:11
Berdasarkan pembacaan dari terjemahan Al-Quran dan Hadith belum cukup untuk membuatkan seseorang itu layak mengeluarkan hukum, apatah lagi hukum yang besar seperti menyesatkan dan mensyirikkan perbuatan tertentu yang masih dibahaskan atau yang didiamkan Ulama.
mnm77 Post at 30-9-2010 08:37
Tapi kau layak pulak untuk qiyas kan hadis-hadis yang tiada kaitan langsung dengan halau jin syaitan kepada amalan guna garam menghalau jin syaitan !
Kau menukar hukum Allah dari haram kepada halal secara batil dengan kau qiyas kan hadis itu ini sambil kau abaikan isi kandungan Al Quran tak pa pulak ?
Quran 3:187 "Dan (ingatlah), ketika Allah mengambil janji dari orang-orang yang telah diberi kitab (yaitu): ""Hendaklah kamu menerangkan isi kitab itu kepada manusia, dan jangan kamu menyembunyikannya."" Lalu mereka melemparkan janji itu ke belakang punggung mereka dan mereka menukarnya dengan harga yang sedikit. Amatlah buruk tukaran yang mereka terima." |
|
|
|
|
|
|
|
Reply fathan
Rileks bro..... biaq pi kat depa lah nak menyesatkan orang lain. Itu cara kerja da ...
mnm77 Post at 29-9-2010 15:46
ha..ha..memang teman tengah rilex le nii...saje je warmup tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Garam ada di zaman Nabi dan ada hadis sahih yang menyebut penggunaan garam oleh keluarga Nabi dalam makanan tapi Nabi tak guna garam langsung untuk halau jin syaitan ! Itu kerana amalan tu mengandungi dosa lah tu sebab itu Nabi tak pernah buat !
blastoff Post at 30-9-2010 03:22
wah2...senang giler jatuh hukum berdosa...so..sila bagi ayat Quran or Hadis yang mengatakan setiap amalan yang tidak nabi lakukan adalah berdosa.
p/s : Nabi mkn guna tangan...so kalo guna sudu berdosa la ek...dah xikot amalan nabi....
penggunaan garam dan lada hitam tuh, wlaupon nabi xpernah guna tak semestinya berdosa...ko nak kata tuh perbuatan mengarut? sbb pa nak ngarut lak, tuh salah satu usaha untuk menghalau jin. Para ustaz tuh pon bukannya mengharapkan benda mcm garam tuh untuk halau jin...mereka mengharapkan bantuan dan keizinan Allah..bukannya mereka percaya yang garam tuh yang buatkan jin lari, kalo depa percaya mcm nih barulah penggunaan garam tuh haram sbb dah jadi mensyirikkan Allah..
mereka buat perawatan nih bukan sehari dua, dah lama...msti mereka dah buat mcm2 cara dah dan dari pengalaman mereka, mereka dapati garam dan lada hitam nih boleh menghalau sesetengah jin syaitan nih...so, mengarutkah? kalo nak kata ada jugak stil kena gangguan wlaupon dah guna garam adn lada hitam nih..memang la, kekuatan jin tuh bukannya sepesen ja smua...ada kuat, ada lemah... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mnm77 at 30-9-2010 12:50
Tapi kau layak pulak untuk qiyas kan hadis-hadis yang tiada kaitan langsung dengan halau jin syaitan kepada amalan guna garam menghalau jin syaitan !
Kau menukar hukum Allah dari haram kepada halal secara batil dengan kau qiyas kan hadis itu ini sambil kau abaikan isi kandungan Al Quran tak pa pulak ?
blastoff Post at 30-9-2010 10:09
Bila masa saya keluarkan hukum atau menukar hukum pasal hadith-hadith dan Al-Quran? Bukankah kau yang keluarkan hukum am nenek moyang tu?
Tiada pengharaman khusus untuk garam, dan saya bukannya percaya 100% Jin takut garam sebab tiada amalan khusus dari Sunnah. Ini tak juga bermakna saya meyakini guna garam itu macam syirik, seolah-olah anda tahu yang memang Jin tiada kesan dengan garam dan Jin tipu perawat-perawat tu. Mana kau tahu? Berdasarkan usul hukum am nenek moyang tu?
Ada pengalaman orang, bau serigala dikatakan ditakuti Jin. Bila ditanya Ulama lihatlah betapa telitinya Ulama dalam mengeluarkan hukum!
Berdasarkan i'tiqad yang salah baru boleh jatuh hukum syirik. Kau dah selidik i'tiqad pengamal perubatan tu pasal garam kah?
Pertanyaan:
Banyak orang meyakini bahwa jin tidak mampu merubah wujud menjadi srigala dan mereka takut dengan baunya, dan bahwa srigala menguasai mereka lalu memburu mereka ketika menghadapi mereka. Karena itu, banyak orang sengaja mencari sesuatu dari fosil srigala seperti kulit, taring atau bulunya dan memeliharanya, untuk menjauhkan jin. Apakah keyakinan ini benar, dan apakah hukum kalangan yang melakukan demikian?
Jawaban:
Demikianlah yang kita dengar dari banyak orang, dan itu mungkin. Seseorang yang saya percaya bercerita kepadaku bahwa seorang wanita mendapat gangguan jin. Jin yang mengganggunya ini kadangkala keluar dan berbicara kepadanya, tapi dia tidak melihatnya. Jin ini duduk di pangkuannya, dan wanita ini mera-sakan kehadirannya. Suatu kali ia berada di padang yang luas di dekat kambing-kambingnya, tiba-tiba keluarlah seekor srigala yang melintas, maka jin ini melompat dari pangkuannya. Ia meli-hat srigala mengejarnya dan melihatnya berdiri di suatu tempat.
Setelah srigala pergi, ia pergi ke tempat srigala tadi dan melihat setetes darah. Setelah itu, ia kehilangan jin tersebut, dan terbukti bahwa jin tersebut telah dimakan srigala. Dan, terdapat kisah-kisah lainnya. Jadi, tidak ada halangan bila Allah memberikan kepada srigala penciuman yang kuat untuk jenis jin atau peng-lihatan yang tajam untuk melihatnya, meskipun manusia tidak melihatnya. Mungkin karena itulah mereka tidak merubah wujud menjadi srigala dan takut dengan baunya. Itu bukan mustahil.........
Adapun menjaga diri dengan kulit srigala, taringnya atau ram-butnya, dan meyakini bahwa itu dapat mengusir jin dari tempat itu, maka saya tidak mengetahui hal itu dan saya tidak menduganya sebagai kebenaran. Bahkan saya takut hal itu mem-buat orang-orang yang bodoh meyakini taring itu dan sejenisnya serta benda tersebut dapat memelihara dirinya. Sebagaimana mereka meyakini tentang tamimah dan jimat. Wallahu a'lam.
Fatwa Syaikh Abdullah al-Jibrin yang ditandatanganinya |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mnm77 at 30-9-2010 13:02
Ni kata-kata kau kat bawah ni bukankah kau mengajak saya untuk turut sama ikut fahaman kau ? Kenapa nak ajak saya pulak ? Kau tak mau terjun sorang kah lalu kau nak terjun berkumpulan dalam "lubang biawak" ittew ?
Namun demikian, melakukan apa yang Nabi lakukan adalah yang paling utama. Apa yang Nabi tidak lakukan (atau tiada dalam riwayat), kita serahkan kepada Ulama yang arif untuk merungkaikan hukum tersebut jika ada kemaslahatan tentang perkara tersebut. Jika menyembah batu atau berhala tu, jelas orang awam pun tahu tak perlu tanya Ulama.
blastoff Post at 30-9-2010 09:59
Saya bukan ajak kau ikut kefahaman saya. Saya ajak ikut panduan Ulama. Oppsss... kalau berbeza ....maaflah....
Ohh yyaaa... anda tak perlu ikut Ulama? Silakan... jika anda tak perlu panduan Ulama maka maksud 'kita' kat situ ialah untuk mereka yang menjadikan Ulama sebagai pewaris Nabi, bukan untuk anda yang baca terus terjemahan Al-Quran dan Hadith lalu terus menghukum....(hehe kau terjun lubang biawak ke lubang ular ke aku pun taknak ikut!)
Maafkan saya atas kenyataan itu kerana menganggap kau seorang Ahlussunnah yang berpegang kepada panduan Ulama. Jika ada mana-mana kesalahan lagi boleh tegur supaya mudah difahami. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by blastoff at 3-10-2010 07:37
wah2...senang giler jatuh hukum berdosa...so..sila bagi ayat Quran or Hadis yang mengatakan setiap amalan yang tidak nabi lakukan adalah berdosa.
p/s : Nabi mkn guna tangan...so kalo guna sudu berdosa la ek...dah xikot amalan nabi....
FMKiller Post at 30-9-2010 12:03
Kau perlu buktikan dulu sudu dan garpu ada di zaman Nabi di kawasan tempat Nabi menetap tapi Nabi tak guna ! Iphone ada di zaman Nabi ka? Apabila tak ada maka jatuh dalam hukum ciptaan benda baru oleh itu selagi benda baru tu tak di guna buat perkara yang bercanggah dengan agama maka tak ada salahnya menggunakan ciptaan baru itu .
Ciptaan benda baru dengan ciptaan amalan baru adalah dua perkara berbeza totally ! Amalan merupakan perbuatan sebaliknya benda ciptaan baru merupakan benda statik semata-mata ! So benda statik tidak berdosa tapi amalan manusia yang boleh merupakan dosa !
Tapi garam bukan merupakan benda ciptaan baru kerana garam ada di sebut dalam hadis sahih, so garam sah wujud zaman Nabi!
Nabi dan para sahabatnya tak halau jinsyaitan guna benda apa pun malah Nabi sendiri bersabda terdapat jinsyaitan yang melekat pada setiap badan semua manusia termasuk Nabi sendiri , so nak halau sehingga tak mengganggu macamana kalau lagu tu !
Nabi menegaskan semua manusia tak selamat dari tipudaya jinsyaitan yang melekat kat badan depa tu , hanya Nabi sorang saja yang Allah selamatkan lalu jinsyaitan tersebut tak mengilhamkan pada Nabi melainkan kebaikan semata-mata !
(Sahih Muslim) Book 039, Number 6757: Abdullah b. Mas'ud reported that Allah's Messenger (may peace be upon him) said: There is none amongst you with whom is not an attache from amongst the jinn (devil). They (the Companions) said: Allah's Messenger, with you too? Thereupon he said: Yes, but Allah helps me against him and so I am safe from his hand and he does not command me but for good.
penggunaan garam dan lada hitam tuh, wlaupon nabi xpernah guna tak semestinya berdosa...ko nak kata tuh perbuatan mengarut? sbb pa nak ngarut lak, tuh salah satu usaha untuk menghalau jin.FMKiller Post at 30-9-2010 12:03
Kalau betul lah manusia boleh halau jinsyaitan sehingga tak mengganggu maka jinsyaitan yang melekat kat badan manusia tu lah yang paling utama untuk di halau , yang dalam bangunan dengan yang melekat kat badan semua mampu memperdaya manusia sehingga menjadi SESAT !
Jinsyaitan dalam bangunan atau jinsyaitan melekat kat badan atau jinsyaitan kat tepi jalan semua sama saja boleh mengharubirukan aqidah manusia dengan hebat sekali , dan tujuan segala bentuk gangguan jinsyaitan dari memana jenis jin syaitan pun adalah untuk menyesatkan manusia semata-mata !
Menurut hadis sahih muslim iblis menghantar rombongan jinsyaitan ke setiap pelusuk kawasan di seluruh dunia untuk menipu dan memperdaya semua manusia agar sesat se sesatnya, Nabi sorang saja yang selamat , yang lain semua terdedah pada tipudaya iblis dan angkatannya !
(Sahih Muslim) Book 039, Number 6754: Jabir reported: I heard Allah's Messenger (way peace be upon him) as saying: The throne of Iblis is upon the ocean and he sends detachments (to different parts) inorder to put people to trial and the most important figure in his eyes is one who is most notorious in sowing the seed of dissension.
Tak ada manusia mana pun yang guna kaedah sendiri boleh halau rombongan iblis dari mengganggu kerana Allah sendiri menyebut dalam Quran iblis termasuk seluruh angkatan jinsyaitan di beri oleh Allah sendiri keupayaan untuk menghasung manusia mana pun yang mereka sanggupi dengan guna apa saja cara yang mereka mampu !
Quran 17:64 Dan hasunglah siapa yang kamu sanggupi di antara mereka dengan ajakanmu, dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukanmu yang berjalan kaki dan berserikatlah dengan mereka pada harta dan anak-anak dan beri janjilah mereka. Dan tidak ada yang dijanjikan oleh setan kepada mereka melainkan tipuan belaka.
Kafirlah amalan harun din ni dan sesiapa saja yang mengikuti dan menyetujui amalan harun din ni pun turut kafir sama kerana berani menolak ketetapan Allah dalam Al Quran !
mereka buat perawatan nih bukan sehari dua, dah lama...msti mereka dah buat mcm2 cara dah dan dari pengalaman mereka, mereka dapati garam dan lada hitam nih boleh menghalau sesetengah jin syaitan nih...so, mengarutkah? kalo nak kata ada jugak stil kena gangguan wlaupon dah guna garam adn lada hitam nih..memang la, kekuatan jin tuh bukannya sepesen ja smua...ada kuat, ada lemah...FMKiller Post at 30-9-2010 12:03
Firaun pun boleh buat dosa cukup lama ! Malah para paderi yang mengamalkan kepercayaan kafir lagi lama berkurun serta berabad ! Lama atau sekejap tak boleh di jadikan sandaran untuk menyatakan benar sesuatu amalan !
Apabila Nabi menegaskan jinsyaitan yang ada di badan harun din tu anytime boleh memperdaya dia maka apa saja yang harun din sendiri simpulkan berdasarkan pengalaman , pendapat dan amalan karut marut nenekmoyang dia untuk menghalau jinsyaitan dari mengganggu yang jelas bertentangan dengan ketetapan Allah memang sah datangnya dari tipudaya iblis !
Malah apabila harun din mengaku boleh berkomunikasi dengan jinsyaitan malah dia mempercayai apa yang di katakan jinsyaitan pada dia maka sah lah dia bersahabat dan menjadi pak turut kepada jinsyaitan ! Bukti dah jelas nyata ! |
|
|
|
|
|
|
|
erm... ada sesape dah rujuk pengamal perubatan yang guna garam kah? apsal mereka guna garam?
atau perdebatan ini berdasarkan sangkaan semata... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by blastoff at 30-9-2010 16:48
Tengok maksud ayat Quran bawah ni , Allah suruh Nabi kata dia tidak mengetahui yang ghaib apa pun melainkan apa yang Allah wahyukan pada dia saja ! So manusia lain tok sah dok perasan laaa kata boleh tahu mengenai jin itu ini dengan pasti , BOHONG aje laa ! Apa saja yang mereka tahu mengenai jin selain dari apa yang Allah wahyukan pada NabiNya hanya merupakan ilham dari IBLIS dan angkatanNya yang dok melekat elok kat badan depa tu haa !
Quran 6:50 "Katakanlah: ""Aku tidak mengatakan kepadamu, bahwa perbendaharaan Allah ada padaku, dan tidak (pula) aku mengetahui yang gaib dan tidak (pula) aku mengatakan kepadamu bahwa aku seorang malaikat. Aku tidak mengikuti kecuali apa yang diwahyukan kepadaku. Katakanlah: ""Apakah sama orang yang buta dengan orang yang melihat?"" Maka apakah kamu tidak memikirkan (nya)?" |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by blastoff at 3-10-2010 07:19
erm... ada sesape dah rujuk pengamal perubatan yang guna garam kah? apsal mereka guna garam?
atau ...
mejik Post at 30-9-2010 16:39
Allah sendiri tetapkan tak ada manusia yang boleh halau jinsyaitan dalam konteks menghilangkan gangguannya dengan kaedah sendiri seperti guna garam dan lada tapi Allah sendiri yang berkuasa meneutralkan gangguan jin syaitan dengan cara yang Allah sendiri tetapkan so kena guna cara yang Allah sendiri tentukan lah . |
|
|
|
|
|
|
|
Allah sendiri tetapkan tak ada manusia yang boleh halau jinsyaitan,
mmg manusia tak ble halau... kan semua dengan izin Allah.
bagaimana dengan peristiwa abu hurairah di ajar oleh iblis ttg ayatul kursi ek... atau kisah nabi di sihir... apa ikhtiar baginda? |
|
|
|
|
|
|
|
so guna apa pun untuk halau jinsyaitan pastinya tak boleh
anda pasti? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by blastoff at 30-9-2010 17:00
Cara yang nabi tunjuk bawah ni dah jelas merupakan cara agar Allah lindungi diri kita dari kejahatan jin-jin yang menetap didalam sesuatu tempat tak kiralah tempat mana pun ,bangunan ka, rumah ka , pokok ka etc .
Tak perlukan satu sen pun untuk beli garam ! Tak perlu panggil rombongan harun din ke hulu ke hilir pun ! Tak menjejaskan aqidah langsung pulak tu !
Mohon terus pada Allah ! Apa yang susahnya nak bermohon pada Allah ???? Susah ka nak bermohon pada Allah hingga nak kena pi cari cara lain pulak yang keluar duit untuk beli berguni garam dan lada hitam sana sini ?
(Abu Dawood) Book 14, Number 2597: Narrated Abdullah ibn Amr:When the Apostle of Allah (peace_be_upon_him) was travelling and night came on, he said: O earth, my Lord and your Lord is Allah; I seek refuge in Allah from your evil, the evil of what you contain, the evil of what has been created in you, and the evil of what creeps upon you; I seek refuge in Allah from lions, from large black snakes, from other snakes, from scorpions, from the evil of jinn which inhabit a settlement, and from a parent and his offspring.
|
|
|
|
|
|
|
|
hasung tu ape? maaf saya tak tahu....
berserikat tu = bersyarikat atau bersekutu ke?
saya tak tau apa yg dikehendaki oleh ayat di atas |
|
|
|
|
|
|
|
maka adakah kau masih boleh menjadi orang beriman ?
kenapa dalam perbincangan perlu ada kata2 yang nak menjatuhkan orang lain?
bincang elok2 sudeh... |
|
|
|
|
|
|
|
Tak perlu panggil rombongan harun din ke hulu ke hilir pun
tak perlu mention individu yang tidak disebut namanya dalam Quran...
kalau sebut firaun, haman ke atau nama yang ternukil dalam quran je boleh tak? |
|
|
|
|
|
|
| |
|