|
[Negeri Sembilan]
Rumah Borak Negeri Sembilan #65
[Copy link]
|
|
lagi 4 post |
|
|
|
|
|
|
|
eh eh page baru la
takajuit lak |
|
|
|
|
|
|
|
tercapai misi kita @tari
ok next target apa ya? |
|
|
|
|
|
|
|
hari target page 60
semoga berjaya |
|
|
|
|
|
|
|
tolak lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Losers make promises they often break. Winners make commitments they always keep. |
|
|
|
|
|
|
|
Nan Cheese Mudah
Setengah paket tepung gandum ( setengah paket lebih sikit )
2 sb majerin
2 sb gula
2 sb susu pekat
1 sb yis kering
1 sk garam
1 cawan Air
Cheddar chess / mozarela secukupnya
Yis + gula + air bancuh .. Biar sampai kembang .. Satukan semua bahan , masukkan air yis sikit2 , uli doh sampai xmelekat di tangan .. Mcm biasa , kembangkan doh .. Dah kembang bahagikan doh dan bulat2kan .. Canai doh bg leper letakkan cheese , bulatkan semula canai lg bg nipis .. Biar doh rehat lebih kurang 5-10 minit dah boleh goreng .. Goreng dalam pan api perlahan sambil tutup kan pan .. * kalau suka yg gebu mcm ni canai doh jangan nipis2 , biarkan tebal .. *kalau xde pan leper tu , pakai kuali biasa pun boleh .. Letak minyak sikit
|
|
|
|
|
|
|
|
Kek pandan cheese meleleh
Bahan A...
Tepung gandum 2 cawan,
1sdk baking powder
1sdk soda
Ayak semua bahan, ketepikan.. Bahan B.. Blendkan, 3 biji telur
3/4 cwn gula, kalau nak manis boleh letak satu cawan.
1/2 cwn minyak
1/2 cwn santan yg telah di blend dengan 5 helai daun pandan
Sesudu overlate
Garam sikit
Pewarna hijau..
Sebelum tu panaskan periuk kukusan terlebih dahulu.. Blen bahan² B sampai nampak gebu, tuang dalam tepung gaul rata,kemudian... Sapu acuan dengan butter atau minyak untuk elakkan kek melekat bila nak keluarkan nanti... Tuang adunan kedalam acuan, kukus selama 45 mnit api sederhana.
Pastikan penutup pengukus di balut dengan tuala untuk elakkan air menitik atas kek.
Untuk chese... 250 gm cream cheese tatura
1/2 cwn susu pekat
2 sdb susu cair,
Putar ja bagi sebati.. Siappp...
|
|
|
|
|
|
|
|
Carbonara Tomyam. Creamy + masam masam pedas
Bahan-bahan (untuk 3 orang makan) :
- 2 sudu besar buttercup
- 5 ulas bawang putih (cincang halus)
- Cendawan butang
- Cili padi (kalau nak pedas)
- 2 kotak kecil cooking cream brand Emborg/susu cair 400ml
- 2 sudu besar pes tomyam
- Udang
- Daun limau purut
- Spaghetti (rebus dulu selama 10 minit)
Cara penyediaan :
1. Cairkan buttercup. Tumis bawang putih sampai naik bau.
2. Masukkan cendawan butang.
3. Masukkan cooking cream. Guna susu cair pun boleh kalau tak ada cooking cream. Dan kalau nak lebih kuah, boleh lebihkan ya cooking cream/susu cair.
4. Masukkan 2 sudu besar pes tomyam.
5. Masukkan 1 sudu besar susu pekat. Ini untuk buatkan kuah lebih creamy. Kalau tak nak letak pun tak apa. Kacau sebati.
6. Masukkan udang/sotong/ayam. Kemudian masukkan cili padi.
7. Masukkan spaghetti dan daun limau purut. Gaul sebati dan siap!
P/s : Saya tak letak garam/gula sebab pes tomyam dan susu pekat tadi dah cukupkan rasa. Tapi korang boleh season to taste ikut selera ya.
Untuk ayam grilled pula :
Perap isi ayam dengan 5 ulas bawang putih yang telah ditumbuk + 2 sudu besar sos tiram + serbuk lada hitam + mixed herbs. Lagi lama perap, lagi sedap. Boleh grill guna magic pan/air fryer.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ayam ketumbar
20 tangkai cili kering
2 labu bawang besar
1. sudu besar rempah kari daging
Sebesar tapak tangan halia yg betul² muda
Seekor ayam
3 ketul kentang
Daun ketumbar
Blend cili kering + serbuk kari dan tumis spai garing
Masukan bawang dan halia yg di blend..masak lg spai pecah minyak
Masukan ayam...kacau sekejap kemudian masukan air...agak² x pekat dan x cair...sedang² je..masukan kentang
Bila kentang dah empuk masukan hirisan daun ketumbar dan garam
|
|
|
|
|
|
|
|
BUKAN BENCI TAPI DAH KECIL HATI
Kalau kita dah tersinggung dengan kata-kata orang, tengok muka pun tak tegur, malas rasanya.
Ia bukan benci tetapi ia sudah menyentuh hati.
.
Orang yang pernah merendahkan kita, biarkan mereka.....
Tidak perlu kita tersinggung, apatah lagi bersedih.
Yang penting kita kekal yakin dan jangan rasa rendah diri.
Jika kita dinilai dengan baik, bersyukurlah..
Dinilai tidak baik, terpulang kepada mereka.
Setiap perkara dalam hidup kita mempunyai peranannya yang tersendiri.
|
|
|
|
|
|
|
|
The sky telling earth a secret
|
|
|
|
|
|
|
|
Ustazah pernah tanya saya "Na, selama ayah awk meninggal berapa kali awak mimpi arwah ayah?"sy jawab dengan nada sedih.."Ermm baru 2 kali ustazah..seminggu selepas ayah meninggal dan masa sy sibuk dgn kerja seharian ..kenapa ustazah?"
Ustazah sy kata.."maknanya awak anak yg baik yg sentiasa bagi dia pahala dan amal dalam kubur.. Kalau awak kerap sangat mimpi tu tandanya dia tak senang kat alam sana dan dia nak amalan dan doa daripada awak.."
Owh baru saya faham..ingat selalu mimpi arwah tanda kita rindukan dia,rupanya bukan.. Ya Allah..
Saya terus bergenang air mata teringat balik..mungkin kali pertama seminggu lepas ayah sy meninggal sebab rindu..Yelaa masa ayah saya sakit kat hospital,masa tu saya baru 8 tahun..masa tu ayah saya masih suapkan makan..manje sangat dgn arwah ayah..tapi kali kedua saya mimpi saya ingat masa tu saya sibuk sangat dgn urusan harian..
Baru saya faham bila ustazah cakap macam tu.. YaAllah..sebenarnya ayah kita yg dah meninggal dunia mereka sangat dahagakan amalan dan doa daripada anak2 yang soleh..saya pernah dapat nasihat daripada ustazah.. Dia kata "niatkan puasa kita solat kita sedekah kita semua untuk mak ayah kita..sebab mungkin dalam hidup mereka, mereka pernah tinggalkan puasa tinggalkan solat.."
Ya Allah tenangkan mak ayah kami di alam barzakh..letakan mereka di kalangan orang2 beriman.. Jangan lah kau azab mak ayah kami.. Amiiin².. |
|
|
|
|
|
|
|
mee kari kerang
ini resepi untuk 5 paket mee
tumis
6 biji bawang merah (dimayang) + daun kari
blander 2 biji bawang besar+setengah labu bawang putih+halia besar ibu jari+udang kering
bancuh rempah kari ikan paket besar+rempah kari daging paket besar
masak sehingga pecah minyak
masukkan ayam
masukkan air dalam separuh periuk,
masukkan garam kasar, gula melaka separuh+maggi cukup rase
biarkan mendidih.
barulah masukkan santan 1kg 1/2 perlahankan api
masukkan kerang, fish ball, tauhu kering.
celur mee, taugeh, kacang panjang. hiris daun sup n daun bawang taburkan nanti. siap
|
|
|
|
|
|
|
|
KERABU KAKI AYAM
Bahan-bahannya:
12 ketul kaki ayam - dibersihkan dan dipotong dua dan rebus
kaknoor buang tulang kaki ayam ni supaya senang nak makan.
1 biji bawang besar - dihiris nipis
11 biji cili api - dihiris bulat nipis kaknoor lebihkan cili dan tumbuk
2 biji tomato - dihiris
2 batang serai - dihiris nipis
1 biji limau nipis - diambil jusnya
3 sudu makan sos ikan (nampla)
1 1/2 sudu makan gula
1 pokok daun sup - dihiris halus
1 pokok daun bawang - dihiris halus
kaknoor tambah soon, bunga kantan, garam dan gula sikit.
Cara-caranya:
Masukkan air, kaki ayam dan sedikit garam ke dalam periuk. Rebus hingga kaki ayam empuk.
Sejatkan kaki ayam.
Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk. Gaul rata.
Hidangkan.
Kalau baru-baru kita gaulkan memang sedap sangat di ratah ni, tak sedar habis semangkok kerabu, pertama kali kaknoor buat ni memang sedappp sangat, esuk lusa pasti nak cari kaki ayam lagi dan buat macam ni..
|
|
|
|
|
|
|
|
teringin kuih nie
|
|
|
|
|
|
|
|
KEK KUKUS TUTTY FRUITY
Bahan Bahan :
Bahan A :
400ml putih telur suhu bilik
180gr gula pasir
Secubit garam
1 sdt cake emulsifier
1 sdt esen vanila
Bahan B ( camput dan ayak)
200gr tepung kek
1/2 sdt baking powder
Bahan C :
50gr marjerin ( dicairkan)
1 sdt esen tutty frutty
Bahan D :
Pewarna hijauU seckukupnya
Pewarna coklat seukupnya.
CARA PENYEDIAAN :
1. Pukul putih telur hingga mengembang kemudian masukkan gula pasir sedikit demi sedikit sambil terus di pukul dengan mixer kelajuan tinggi. Tambahkan garam, cake emulsifier, esen vanila, pukul semula hingga kembang dan memekat.
2. Masukkan bahan B sedikit demi sedikit, kacau hingga rata. Masukkan bahan C gaul perlahan2 hingga rata.
3. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama banyak. 2 bahagian adunan letakkan pewarna coklat dan hijau masing2.
4. Siapkan loyang kukus saiz 18 x 18 x 7 cm yang sudah di sapu minyak dan kertas baking.
5. Tuang 1 bahagian adunan ke dalam loyanh dan kukus selama 15 minit. Tuang lagi adunan seterusnya di atas adunan yg pertama tadi dan kukus lagi 15 minit. Tuangkan adunan yang terakhir dan kujus lagi 15 minit.
6. Angkat dan sejukkan. Potongkan dan sedia untuk di nikmati.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|