|
we share the same opinion. setitikpun airmata aku tak tumpah masa tengok muvi ni. masa part m ...
bungaros Post at 21-5-2011 18:04
Adakah part2 penting tu dah digunting keluar dari filem? kalau benar memang sah la kekurangan filem ni adalah kerana editing yg teruk, takda Quality Control masa post production ke? Kenapa tak delay je tayangan at least buatla tayangan khas raw cut kat pengkritik filem dulu untk cari kelemahan filem yg boleh dibaiki dgn suntingan, then baru boleh dapat better output kan.
(posted by mobile) |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun semalam panas hati tgk normiang ( watak ilyas masa besar). nasib baik nk habis dah |
|
|
|
|
|
|
|
aku dh tgok 1st show utk hr ni...
hampir full house panggung.
aku gi dgn my mom in law.
sekali je aku hampir nangis, masa scene mak jah bg album kt adam.
adam plak mintak maaf kt mak jah dlm keadaan dh nyawa2 ikan.
lain2 langsung x nangis..
my mom in law nye komen, sbb cincin sebentuk pon sampai nk gi cari kt tpt tren xciden.
beli aje la baru....ni cari sampai diri sendiri pon missing in action.
aku pon kureng faham sbb jamal marah sgt dgn julia & mamat.
thnk k bungaros for the explaination.
cinematography mmg cantik![](static/image/smiley/default/icon8.gif)
cgi tren xciden tu mmg mcm ala kadar je.
walaupun agak hampe dgn filem khabir yg ni (coz x mcm cinta & sepi), tapi kita layanz je. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
baru pas tengok pagi tadi
![](static/image/smiley/default/1.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
NKTM mmg best sgt! 3 kali tgk kat cinema.... ![](static/image/smiley/default/1.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
yang aku tak faham bila nur boleh lukis gambar hassan............bila dia nampak hassan |
|
|
|
|
|
|
|
yang aku tak faham bila nur boleh lukis gambar hassan............bila dia nampak hassan
sundreyati Post at 23-5-2011 09:47 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
nur nampak dua org budak masa tersedar lepas kemalangan keretapi, ketika adam memeluknya pandangan nur tertumpu kepada mereka berdua...tentunya masa tu nur tak tahu itu hassan tapi bila di sebut kemalangan keretapi nur terus melakar lalu minta aidil bertanya sama itu budaknya. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by hijau88 at 23-5-2011 10:07
lepas accident keretapi tu kan, tym adam peluk Nur, ada kan 2 org budak lari2 ke arah kmlgn tu. perasan tak? tu psl Nur leh cam and lukis. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 590# suri21
yes. ![](http://images/smilies/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
erm da tgk... kurang mengesankan la.. macam terlalu byk benda nak di ceritakan.. cerita kurang berkembang... kesimpulannya boleh di katakan filem nurkasih adalah sebuah filem fotografi terbaik... itu sahaja.. bagi sy CINTA masih lagi filem terbaik Kabir bathia. |
|
|
|
|
|
|
|
nape la.. watak aidil n nur x di makeup je tiz n fizz jadi tua.. bila tukar org feeling dah lari la.. lagi2 watak nur.. sungguh x sesuai afida es bawak.. nmpk tua dari aidil... bukan patut nur muda sikit dari aidil ke? ending dia blur sikit.. means adam tu mati masa dah tua la kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
errr... x tgk drama. apakah muvi ni mcm muvi AYAY2 CINTA? |
|
|
|
|
|
|
|
nape la.. watak aidil n nur x di makeup je tiz n fizz jadi tua.. bila tukar org feeling dah lari la. ...
lina_lim79 Post at 23-5-2011 02:32
Kalau mekup dah tak jadi twist sbb Penonton2 akan tahu awal2 lagi sapa org tua tu.
(posted by mobile) |
|
|
|
|
|
|
|
aku mau tau kutipan terkini muvi ini... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 597# AyieBoyZ
kt rumah sebelah katanya baru capai RM1.7 jota |
|
|
|
|
|
|
|
mmm. dr bharian: ini confirm; setelah 4 hari tayangan; RM 2.3 juta. Alhamdulillah. |
|
|
|
|
|
|
|
dengar tadi kutipan dah 7 juta...waaaa..mengalahkan Merong... |
|
|
|
|
|
|
|
alamak. tak la. itu rumours la. mmm. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by cikieda at 24-5-2011 13:47
RM2.3 juta selepas 4 hari
NUR Kasih The Movie (NKTM) nyata memberi impak apabila dalam tempoh empat hari tayangan, filem sentuhan Kabir Bhatia itu mampu mencecah kutipan kasar RM2.3 juta, malah angka berkenaan dijangka terus meningkat bersandarkan reaksi positif khalayak terutama menerusi laman sosial.
Ditayangkan di 62 pawagam seluruh negara termasuk satu di Brunei bermula 19 Mei lalu, kisah cinta tiga segi yang mencipta fenomena dua tahun lalu tatkala disiarkan di televisyen diyakini mempunyai pengikut tegar yang tetap turun ke panggung memberikan sokongan.
Pertembungan dengan filem blockbuster Hollywood termasuk Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides juga sedikit sebanyak memberi impak, namun tidak menggoyahkan keinginan penonton mengikuti perjalanan kisah antara Nur Amina, Aidil dan Adam.
Begitupun, Pengurus Besar Perhubungan Korporat Primeworks Studio Sdn Bhd, Tengku Iesta Tengku Alaudin, berkata pihaknya tidak mahu meletakkan sebarang sasaran dari segi pungutan biarpun mengharapkan pawagam mega masih memberikan slot selepas seminggu wajib tayang.
“Promosi jelajah NKTM akan diteruskan ke beberapa destinasi luar Kuala Lumpur kerana peminat menantikan kehadiran Tiz Zaqyah, Fizz Fairuz dan Remy Ishak, begitu juga hebahan di radio dan TV. Jika melihat kutipan, NKTM mampu memperoleh kutipan yang baik selepas Khurafat.
“Biarpun lega dengan kutipan awal sebanyak RM2.3 juta dalam tempoh empat hari, kami tidak akan berpeluk tubuh dan pada masa sama masih meneruskan misi perbincangan meminta pihak pawagam melanjutkan tayangan filem ini supaya lebih ramai penonton berpeluang mengikutinya,” katanya mengenai filem tulisan Mira Mustaffa itu.
Akuinya lagi, hasil maklum balas peminat yang mengikuti drama bersiri yang diangkat ke layak perak itu termasuk dari Singapura, usaha kini giat dijalankan untuk merealisasikan harapan masyarakat di sana untuk membawa NKTH ke Kota Singa. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tamatlah kisah Nur Kasih
SAYA perlu mengaku dengan jujur bahawa saya memang penggemar drama bersiri Nur Kasih yang pernah ditayangkan di TV3 sekitar dua tahun lalu.
Kekuatan Nur Kasih terletak kepada jalan ceritanya yang begitu menyentuh jiwa dan meruntun kalbu membabitkan tiga watak utamanya iaitu Aidil, Adam dan Nur Amina.
Ternyata, gandingan Kabir Bhatia dan isterinya, Mira Mustaffa masih lagi berbisa. Mereka juga telah membuktikan sekali lagi gabungan kreativiti pengarah dan penulis skrip telah meletakkan Nur Kasih di tahap paling tinggi.
Tiada siapa juga yang menyangka Nur Kasih telah mencetus fenomena luar biasa sehingga meletakkan satu tanda aras baru dalam penerbitan drama tempatan.
Malah, tidak pernah juga berlaku dalam sejarah apabila sebuah drama bersiri sebanyak 26 episod telah mencatatkan penontonan seramai 19 juta orang.
Benar, Nur Kasih telah membawa gelombang baru dalam industri hiburan sekali gus melonjakkan populariti tiga pelakon utamanya iaitu Fizz Fairuz, Remy Ishak dan Tiz Zaqyah sehingga sebaris dengan pelakon ternama sedia ada.
Berbekalkan trek rekod yang cukup cemerlang itu, Kabir dan Mira tidak mahu membiarkan penonton dan pengikut setia Nur Kasih tertanya-tanya apakah kesudahan kisah Aidil, Adam dan Nur Amina.
Menyedari populariti Nur Kasih masih belum kebah dan permintaan yang cukup tinggi daripada peminat yang mahukan siri itu disambung, ia telah mendorong Kabir dan Mira untuk menamatkan segala-galanya dalam versi filem.
Saya akui begitu teruja untuk melihat hasil karya mereka kali ini sama ada ia mampu mencengkam jiwa dan naluri saya seperti mana impak daripada drama bersiri Nur Kasih.
Barangkali semua peminat Nur Kasih juga mempunyai perasaan dan keinginan yang sama seperti saya.
Kesilapan saya mungkin kerana telah meletakkan harapan yang cukup tinggi untuk melihat filem Nur Kasih the Movie (NKTM) menjadi sebuah filem terbaik tahun ini.
Semuanya kerana saya percaya dan yakin bahawa Kabir dan Mira mampu memberikan magis kerana mereka tidak pernah gagal membuat saya kecewa dengan karya mereka.
Namun, selepas menonton NKTM, perasaan saya bercampur-baur. Sukar untuk menetapkan keputusan sama ada saya suka atau tidak dengan karya Kabir dan Mira kali ini.
Saya mengharapkan sesuatu yang dramatik dalam filem ini, namun saya tidak merasainya seperti mana sewaktu menonton drama bersiri Nur Kasih setiap minggu.
Jalan ceritanya telah 'disumbat' dengan pelbagai plot sehingga ia menjadi kelam-kabut dan keliru. Mungkin ada yang tidak sependapat dengan saya, tetapi bagi mereka yang tidak menonton drama bersirinya, barangkali akan berasa sedikit ketinggalan.
Seperti mana yang saya katakan tadi, kesilapan saya mungkin terletak kepada pengharapan yang begitu tinggi terhadap hasil karya Kabir dan Mira kali ini.
Secara keseluruhannya, NKTM tidak berupaya merobek dan meruntun jiwa saya sepanjang satu setengah jam menontonnya kecuali untuk beberapa babak.
Salah satu yang memberikan impak kepada saya sehingga membuatkan air mata saya bergenang sewaktu Khadijah (lakonan Liza Othman) menziarahi Adam (Remy Ishak) di hospital dengan kata-kata azimat seorang ibu yang cukup luhur.
Namun, saya puji idea Mira yang mengambil pendekatan di luar kotak bagi menamatkan kisah Nur Kasih dengan begitu metaforikal.
Dari segi lakonan, setiap pelakon berjaya menghidupkan watak masing-masing termasuk dua pelakon cilik, Mohd. Ilyas Suhaimi dan Mia Sara Nasuha.
Begitu juga dengan aspek sinematografi yang masih mengekalkan identiti Kabir walaupun kali ini, NKTM tidak menggunakan khidmat Mohd. Nor Kassim yang sudah sinonim dengan karya Kabir.
Saya pasti tulisan ini akan mengguris hati beberapa pihak dan mungkin ada peminat fanatik Nur Kasih yang tidak akan sependapat saya.
Tetapi, ingin saya tegaskan ini adalah dari pandangan saya sebagai seorang penonton dan penggemar siri Nur Kasih.
Usah sesekali terpengaruh dengan tulisan ini kerana adalah menjadi tugas anda untuk menontonnya sendiri dan membuat penilaian sendiri.
Pendapat saya dan orang lain memang tidak sama kerana setiap daripada kita mempunyai persepsi serta pandangan yang berbeza-beza. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|