CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: suwiiittt

Pegawai Kawalan Trafik Udara (ATC)

  [Copy link]
Post time 30-9-2009 03:51 PM | Show all posts
lagi satu
'Bermain dengan nyawa'

Tugas mereka 'bermain' dengan nyawa. Sekiranya berlaku kecuaian di pihak pegawai kawalan trafik udara maka beratus-ratus nyawa akan melayang begitu sahaja.

Walaupun ramai yang menjangkakan tugasnya seperti polis trafik yang menjaga lalu lintas di jalan raya namun di udara tiada lampu trafik yang boleh membenarkan sesuatu pesawat berhenti sekiranya terdapat pesawat yang menuju ke arahnya.

Oleh kerana tanggungjawab besar yang harus digalas, hanya individu yang komited, berani, teliti dan membuat keputusan cepat sahaja yang boleh mengharungi kerjaya ini.

Pengarah Pusat Kawalan Trafik Udara FIR Kuala Lumpur, Balasubramaniam Muttaya berkata, seseorang yang ingin menjadi pegawai kawalan trafik udara harus menjalani tiga kali ujian yang dijalankan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Jabatan Penerbangan Awam.

Ujian tersebut ialah IQ dan matematik, ujian suara dan temuduga di mana jika lulus barulah boleh memasuki Kolej Penerbangan Awam, Subang untuk menjalani kursus hampir tiga tahun.

Semasa di kolej, pelatih harus menamatkan pengajian dengan jayanya dalam bidang aerodrome control dan memperoleh Aerodrome Control Rating, Approach Control (Approach Control Rating) dan Area Control (Area Control Rating).

Setelah tamat pengajian, pelatih perlu menjalani latihan amali di beberapa lapangan terbang selama tiga bulan, kemudian barulah ditempatkan di sektor penerbangan bagi mengendalikan tugas-tugas sebenar di menara kawalan atau bilik radar.

"Cabarannya cukup banyak kerana setiap sektor mempunyai tanggungjawab yang berlainan kerana perjalanan pesawat bukan mengikut paten yang sama begitu juga jenis pesawat yang sama tidak mendarat setiap hari.

"Satu lagi kewajipan bagi seorang pegawai kawalan trafik udara ialah mempunyai lesen yang membolehkannya bekerja di sesuatu posisi.

"Setiap seorang petugas perlu mempunyai lima lesen dalam tempoh yang ditetapkan. Lesen yang perlu dimiliki ialah dalam sektor aerodrome, approach control, area procedural, area radar dan approach radar.

"Bagi mendapat sesuatu lesen, seseorang pegawai itu juga harus lulus pemeriksaan perubatan. Bagi yang berumur 40 tahun ke bawah harus menjalani pemeriksaan dua tahun sekali manakala 40 tahun ke atas, setahun sekali. Jika berlaku kehilangan lesen itu, maka petugas tidak boleh bertugas,'' katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Tambah Balasubramaniam, kefasihan berbahasa Inggeris adalah diwajibkan kepada semua petugas kerana pegawai berinteraksi dengan juruterbang dan pusat kawalan asing.

Sekiranya keputusan peperiksaan mereka berada di tahap enam, maka tidak perlu mengambil peperiksaan itu seumur hidup, jika tahap lima, maka petugas perlu mengambil enam tahun sekali dan tahap empat, tiga tahun sekali manakala jika mendapat tahap 1, 2 dan 3 iaitu tidak lulus maka pegawai itu tidak dibenarkan mengendali tugas, tidak diberi lesen, tidak menunjukkan prestasi dan tidak akan ada elaun insentif.

"Justeru itu, mereka perlu menjalani peperiksaan semula bagi mendapatkan hak yang telah digantung atau ditarik balik

"Jadual kerja juga unik iaitu dua hari bekerja dengan dua hari cuti. Syifnya dari 1 petang hingga 7 malam, kemudian 7 pagi hingga 1 petang dan disambung ke 7 petang hingga 7 pagi. Inilah cabarannya yang bekerja 24 jam.

"Mereka turut dibenarkan berehat selama 30 minit hingga 45 minit. Penggunaan telefon bimbit tidak digalakkan dan harus dalam mood senyap kerana bakal mengganggu frekuensi,'' jelasnya yang telah berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang kawalan trafik udara ini.

Menurutnya, risiko semasa menjalankan tugasan ini cukup banyak, jika berlaku kecuaian, maka kemalangan boleh berlaku. Namun begitu bukan semua kemalangan disebabkan oleh arahan pegawai kawalan trafik udara, ada juga disebabkan oleh kecuaian juruterbang, peralatan dan prosedur tidak diikuti.

"Oleh itu, bagi pegawai kawalan trafik udara sama ada wanita atau lelaki, ketelitian, kecekapan dan kepantasan dalam membuat keputusan amat dititikberatkan demi memastikan pesawat berada dalam keadaan selamat sama ada mendarat atau berlepas,'' katanya yang mengalu-alukan lebih ramai wanita menceburi bidang ini. - SADATUL MAHIRAN ROSLI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2009 05:42 PM | Show all posts
good info ekod79... thanks.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2009 07:51 PM | Show all posts
kalo pakai spek sbb rabun jauh camne wes?? risau lak aku.. huhuhu..

"Begitu juga dengan kewajipan untuk mendapatkan lesen yang membolehkan seseorang pegawai itu dibenarkan bekerja di posisi tertentu, kefasihan berbahasa Inggeris dan sihat fizikal dan mental tanpa obesiti, rabun atau gayat."
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2009 07:57 PM | Show all posts
owh.. jaja84, stador, maryln..
saya aloq staq.. hehe..
nanti kita plan camna nk p sana.. saya bawa ikan je sekoq..
insyaAllah jap g abih keja.. mlm ni on ym.. add [email protected]

surat resign x antaq lagi.. insyaAllah last kat company ni before krismas.. leh rehat2 dulu seminggu.. 1 bulan notice ja.. lom kompem lagi.. selamat.. hehehe..
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2009 08:18 PM | Show all posts
kwn ko da berenti ATC ke?..
Dimind Post at 29-9-2009 13:37

dia bukan benti ATC.. dia da pencen da pun.. skrg jadi trainer kat situ la kalo dipanggil..
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2009 08:23 PM | Show all posts
err ninja, ape maksud ex-ATC tu??
beliau dah tak keje ATC ke??
taru Post at 22-9-2009 15:09

beliau da pencen daa..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-9-2009 10:04 PM | Show all posts
kalo pakai spek sbb rabun jauh camne wes?? risau lak aku.. huhuhu..

"Begitu juga dengan kewajipan untuk mendapatkan lesen yang membolehkan seseorang pegawai itu dibenarkan bekerja di posisi tertent ...
white_ninja Post at 30-9-2009 19:51
dear white_ninja

u can refer to this link http://aip.dca.gov.my/aip%20pdf%20new/A ... 200409.pdf

for your concern: ATC is requires to pass the Medical Class 3
for visual acuity at least 6/9 on each eye separately, & 6/6 with or without eye correction for both eye....


from flylah.com
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2009 11:19 PM | Show all posts
for visual acuity at least 6/9 on each eye separately, & 6/6 with or without eye correction for both eye....


maksudnya if rabun but boleh lihat jelas dgn cermin mata(correction) should be ok, betul x?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2009 02:15 AM | Show all posts
Post Last Edit by taru at 1-10-2009 03:22
"Jadual kerja juga unik iaitu dua hari bekerja dengan dua hari cuti.Syifnya dari 1 petang hingga 7 malam, kemudian 7 pagi hingga 1 petangdan disambung ke 7 petang hingga 7 pagi. Inilah cabarannya yang bekerja24 jam."


wow, mencabar tul shif keje nih...
7pg to 1ptg pastu smbg balik 7ptg to 7 pg...
keje 6 jam, pastu rehat 5 jam je before msk keje balik 12 jam!! pergh...
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2009 02:46 AM | Show all posts
http://www.nst.com.my/articles/12at-2/Article/index_html

It's work as usual for  air traffic control staff      
   2009/09/22
   
     SUBANGJAYA: Sunday may have been Hari Raya Aidilfitri, but for a group ofabout 40 staff members at the air traffic control centre in Subang, itwas just another day at work.
Air traffic controller Nor Rohani Mohamad, 42, said the arrival of Syawal nevertheless brought joy to the staff there.

"We organised a small celebration where we exchanged meals and cookies," she said at the centre on Sunday.

Usually, she said, she would go back to her village in Kuantan, but not this year.
Air traffic controller Md Nastain Mahazur (right),Richard Tan and Syanaria Huda Mohd Sarif at work during Hari RayaAidilfitri at the Air Traffic Control Centre Complex at the SultanAbdul Aziz Shah Airport on Sunday.

"We take turns to go on Hari Raya leave. Maybe next year I willget the chance to take leave during Aidilfitri," said Rohani, who hasbeen working at the centre for the past 13 years.

ColleagueAmir Zulhairi Mohd Yusof, 33, said he had yet to celebrate Aidilfitriin his hometown in Jempol, Negri Sembilan, since his transfer fromTioman, Pahang, in 2005.

"We work in  shifts and in the last five years, I always work on the morning shift during Aidilfitri, which starts at 7am.

"At times I feel a bit sad but I have accepted the nature of my job and the heavy responsibility that comes with it," he said.

Departmentof Civil Aviation director-general Datuk Azharuddin Abdul Rahman saidthe department appreciated the sacrifice of its staff.

"It's ahuge responsibility. We coordinate the movement of aircraft includingthose using the airports in Subang and Sungai Besi, as well as theKuala Lumpur International Airport.

"We need to know the exactmovement of aircraft going in and out of our airspace 24 hours a day.There is no room for error," said Azharuddin, who visited the staff atthe air traffic control centre on Sunday. -- Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2009 11:20 AM | Show all posts
600# taru

lepas ni kena be ready lah untuk bekerja di musim2 perayaan, esp raya puasa & raya haji... apatah pulak utk bakal2 ATC yg baru joint macam kita ni... huhuh...
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2009 12:33 PM | Show all posts
alahai.. takkan masing2 tak study langsung jd, working environment  ngan responsibilities sebelum interview tuh.. ke men hantam je interview hari tuh? hurmm.. sedey jugak tengok.. sebab ada member aku nih.. memang minat ngan job nih.. bley kata mostly everything yang berkaitan dengan ATC dia tau.. dah 2-3 kali dah dia cuba.. tapi bukan rezeki dia lagik.. aku harap kita bersyukur la dengan peluang yang kita dapat.. kesian kat mana yang betul2 minat tapi tak berpeluang..
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2009 01:10 PM | Show all posts
suh kawan ko tuh cuba lain kali... blom rezki tuh... usaha tangga kejayaan
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2009 01:41 PM | Show all posts
untuk pihak dia just bley support jangan give-up la.. tapi untuk kita yang ada peluang nih.. jangan la sia2 peluang yang ada.. peluang yang kita ada nih bila2 bley di tarik balik..
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2009 02:49 PM | Show all posts
580# taru
tak sempat pun..aku buat jamak jer..jauh tu dr johor ke seremban...hehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2009 03:03 PM | Show all posts
salam...shika bru nk g interview dgn SPA (A29) nie..ade saper2 leh bg info??
nk tanyer..interview fully in english @ 50 english-50 melayu??
ade die tanyer ttg  isu semasa?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2009 07:20 PM | Show all posts
Shika nk tau 3rd interview dgn SPA nie mcm ane?da kol spa maybe end of month nie..so,ade saper2 leh bg info??
n interview fully in english @ 50 english-50 melayu??
ade die tanyer ttg  isu semasa?
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2009 08:09 PM | Show all posts
Shika nk tau 3rd interview dgn SPA nie mcm ane?da kol spa maybe end of month nie..so,ade saper2 leh bg info??
n interview fully in english @ 50 english-50 melayu??
ade die tanyer ttg  isu semasa?
Vo


My interview was 90% in English.
Cuma part tu dia ckp, " Ok, let's talk in Bahasa."

then baru ckp BM.
harap ni dpt membantu.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2009 02:16 AM | Show all posts
602# stador

hmm, you're ruining the mood ler taiko...
you should be a bit more supportive to your future colleague...

people was just sharing what they know bout the job...
it is a positive attitude...
they say sharing is caring... and it's true... we share because we care...

spa & dca are the one who did the (3 stages) selection...
they have their own benchmark... they follow their own criterion...
so it is improper to point at us on your friend's hard luck...

send my regards to him anyway...
keep trying... dont lose heart... dont lose hope...

no hard feelings ya...
salam...
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2009 02:25 AM | Show all posts
580# taru
tak sempat pun..aku buat jamak jer..jauh tu dr johor ke seremban...hehehe...
poie Post at 1-10-2009 14:49


haha... btul2...
berapa lame hang kene interview marin...
ape soklan diorg tembak...
citer le pengalaman skit... huhu...
kwn2 A29 br nak gi interview tu...

anyway, good luck to all...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 03:32 PM GMT+8 , Processed in 0.198977 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list