CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bawangkecik

[Tempatan] Polis masih siasat kehilangan Acap

 Close [Copy link]
Post time 11-4-2019 01:30 AM | Show all posts
gebugebas replied at 10-4-2019 11:14 PM
Aah..lagi2 part yg die membygkn mknan yg indah2 wktu die mnm air sngai..uwaa..sdih weh..pastu die  ...

siang ok lagi tapi aku membayangkan waktu malam...  aduhai la hai...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2019 01:31 AM | Show all posts
cikpuanviolet replied at 10-4-2019 11:42 PM
Panglima fahrin sado macam fahrin ahmad lah kot kalau gitu. Hahaha

begitulah kalau mengikut kata2 dia...  hahaha...
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2019 01:32 AM | Show all posts
ossasuke dah mula share pengalaman dari hari pertama dia...

Assalamualaikum dan selamat malam.. Seperti sedia maklum, saya sudah berjanji akan berkongsi pengalaman2 ketika didalam hutan dalam misi pencarian acap.. Alhandulillah sedikit sebanyak saya sudah cuba kongsikan.. Jadi pada malam ini, saya akan ceritakan kisah misteri/seram yg saya hadapi ketika disana pada hari yang pertama..

Yang mana follow saya sejak kisah Felda Aring mungkin sudah terbiasa dengan kisah seram yang saya kongsikan dan saya berhenti mengarang selepas part yang ke 20..

Ok.. Berbalik pada kisah ini, saya tertarik selepas melihat gambar mangsa ketika melakukan larian ketika didalam hutan.. Sehingga gambar tu menjadi viral.. Ada sesetengah faham apa yg saya cuba sampaikan, tapi biasalah ramai menghentam dari yg faham..

Kami tiba di Gua Tempurung pada waktu pagi dan terus bersiap2 untuk melakukan operasi mencari memandangkan dah ade team yg menunggu kedatangan kami.. Dengan xsempat nak mandi dan sarapan kami terus terjah ke lokasi..

Perjalanan ke belakang Gua Tempurung ambil masa dlm 20 mnit atau 30 mnit sebab jalan berbatu dan dipenuhi dgn paya bakau dan hutan.. Lalu situ pagi2 pown dah lain macam..

Sampai satu tempat, kita berkumpul dan ada kawan sorg nie dri Kelantan bagitau kita cuba jejak lokasi terakhir orang nampak mangsa dgn berbekalkan peta larian.. Masa dye tengah sibuk jelaskan beberapa perkara, aku cuba lihat disekeliling.. Persekitaran kat situ mmg hutan kiri dan kanan..

Maaf.. Ada beberapa perkara aku xboleh nytakan disini sebab takot orang keliru dan salah tafsir.. Kan jadi isu pulak..

Lepas tu kite orang masuk ke lokasi gigi air dengan meredah hutan yang korang boleh tengok kat gambar pertama tu.. Dengan membaca surah/ayat Al-Quran kami meredah masuk.. Sehinggalah sampai ditengah2 tu, berdiri bulu roma aku.. Tengok kiri dan kanan, memang menguji keimanan aku..

Tengok macam pokok, tapi bila buat2 xtau nampak macam orang berdiri.. Ohh.. Mungkin perasaan aku.. Jadi aku abaikan walaupown bulu roma aku berdiri tegak.. Belom sampai kat gigi air tu, sekali lagi aku nampak macam orang berjalan tapi sepintas lalu.. Aku tengok semua kawan2 aku masih ada didepan dan belakang..

Aku perhati jer kawan2 aku yang lain tapi semua xperasan.. Masa nie aku dah tau, aku sorang jer nampak.. Lepas tu, kami buat keputusan utk meredah disepanjang sungai utk mencari mangsa kot2 ada di tepi gigi air.. Perjalanan yg sangat memeritkan sebab ada baju tajam2 kat dlm sungai tu.. Ada kawan pompuan sorang dengan lelaki akan berpatah balik semula utk alihkan kenderaan ke hujung sungai utk tunggu kedatangan kami.. Masa nie aku berdoa, mintak2 laa dyeorang keluar dengan selamat..

Xjauh dari permulaan kami meredah tu, sekali lagi aku nampak lambaian tangan dari atas darat berhampiran dengan semak.. Aku mengucap dan terus naik ke atas dgn zikir semoga itulah mangsa yg dicari.. Kawan aku ikut sekali, tapi apa yang nampak xder pape kecuali hanya semak.. Korang rasa apa yg aku fikir masa tu..?? Fuhhh..

Xper.. Aku kuatkan semangat lagi yang aku datang utk tolong orang.. Aku fikir xapa, ini perkampungan mereka kita kena hormat dan jangan celupar atau angkuhkan diri.. Aku teruskan lagi sampai laa kat tengah2 sungai tu, aku nampak ada satu pokok buluh rendang, kiri kanan seperti ada laluan dan baeah dia tu memang bersih gila..

Duppp.. Aku pown teringat, kalau ada nampak pokok atau pape jer yg bawah tu bersih macam ada orang jaga, jangan sesekali pergi atau ganggu tempat tu.. Berdiri lagi bulu roma aku.. Mmg aku ade bawak fon, tapi aku xambil sebab xmahu ambil risiko..

Bila hampir saja ke lokasi penamat sungai, aku ada dengar suara orang dalam semak yang berhampiran dengan aku dan kawan.. Mungkin kawan aku perasan sbb aku dgn dia tengok ke arah tempat yg sama.. kami cuba intai tapi masih sama tiada apa2 melainkan semak yg tebal..

Nasib baik kwn aku nie mulut xcelupar.. Dia buat xtahu jer.. Kental betul jiwa dia nie.. Tapi bila semua dah berkumpul kembali, ada rakan diantara kami ada bertanya korang xrasa pape ker mase lalu kat tengah hutan td sebelom sampai sungai..?? Ada kawan tu dia cakap mmg ada rasa sesuatu.. Aku pown cakap perkara yg sama tapi aku xcerita laa ape yg aku nampak.. bimbang jadi hal lain..

Pada sebelah petang pulak sebelom ke Gua Kandu, saya dgn dua orang kawan cuba sekali lagi masuk ke hutan yg sama tapi arah yg berlainan.. Mencari dicelah2 semak dan kami bertiga berhenti selepas terjumpa pokok yg seakan berbentuk rumah..Tiga2 berdiri xbergerak sebab masa tu aura mmg lain macam seperti diperhatikan dgn mata tajam.. Maaf laa aku dah padam gambar tu sbb seram sgt nak simpan dlm fon..

Tengah2 cari terjumpa sebuah rumah kat gambar nombor dua tu.. Aishhhhh.. Seram lain macam dah nie, tapi kami tetap cari disekeliling manalah tahu mangsa ada kat situ kan.. Kami xjumpa apa2 melainkan tingkap disebelah atas tu confirm aku nampak mcm ada org perhatikan.. Tapi kawan aku selamber jer intai kst tingkap bawah tu.. Hairan aku kenapa dia xrasa dan nampak pape.. Untung laaa..

Waktu dah nak senja.. Kami putuskan untuk ke Gua Kandu dimana ada beberapa team nak buat pencarian didalam gua.. Kami pergi untuk menghulurkan sedikit bantuan sekiranya perlu.. Sampai jer, team tu dah masuk dlm..

Jadi aku dan 2 team lagi menunggu diluar utk bersiap sedia jika ada apa2 pertolongan.. Masa waktu maghrib, keadaan dah rasa lain macam skit.. Gambar ketiga tu, belom waktu maghrib lgi.. Ada satu team tuh dah nak pulsng berehat.. Tinggalah 2 team.. Team aku 7 orang, satu lagi dalam 4 orang..

Masih setia menunggu walaupown ketika dah gelap gelita.. Korang boleh tengok gambar keempat tu..Gelap mmg xnampak apa2 pown walhal kereta aku kat depan tu jer.. Perasaan mase nie memang menguji keimanan aku.. Dengar orang menjerit, orang meraung, orang menangis n bla bla bla (tengah taip pown meremang)..

Team satu lagi dah buat keputusan utk pulang brehat jugak tinggallah kami bertujuh di Gua Kandu memandangkan team satu lagi masih didalam gua.. Setia kami menantikan info drpd mereka..

Sampai satu saat tuh, aku nampak 'ada' benda hitam yang lebih besar dari Gua Kandu.. Xper, aku kuatkan semangat sebab tu tempat dia.. 'Bende' tuh  xder laa ganggu kami pown kecuali dengar orang menjerit dan menangis.. Kawan2 aku lain steady jer.. Adusss..

Angin masa tu pown lain macam.. Seram sejuk dibuatnya.. Xpernah lupa utk berdoa dan berzikir supaya kami dilindungi dri perkara2 yg xdiingin berlaku.. Last aku buat keputusan utk beredar kat situ lepas kawan kami dah dpt info dri team yg masuk gua.. Sebab apa..?? Sebab aku kira kami ada berlapan sedangkan kami bertujuh.. Aku tahu sebab kawan aku sorang lagi tidur dalam kereta sebab demam..

Masa nie iman aku dah nipis laaa.. Allahu.. Xsanggup rasanya utk aku toleh ker kiri sekali lagi.. Mmg aku xder tegur pape sebab aku tau kwn aku yg sorg lagi tidur dalam kereta sebab demam.. Siap aku double cek lagi.. Mmg confirm kwn aku ader dlm kereta.. Bermakne yg berdiri sebelah aku tu orang lain laa.... Lepas jer aku tutup pintu kereta aku try buka api telefon dan mmg xder sesape pown kat situ..

Aku dah bagi hint kat kawan2 aku masa tu tapi maybe susah nak fahamkan.. Sebab sebelom aku double cek kawan tu, aku adalah cakap 'ehh kawan aku nie ade xdalam kereta nanti hilang susah pulak nak mencari'.. Gelapnya kat sana sampai muka kawan kat tepi pown mmg xnampak kecuali dibantu oleh cahaya telefon..

Perjalanan keluar dari tu xkurang hebat seramnya.. Kami lalu waktu pagi pown dah seram, inikan pula pada waktu malam.. Laluan mmg muat satu kereta jer.. Kiri kanan hutan dan sgt2 gelap.. Hanya lampu kereta jer menerangi jalan tu.. Masa masuk tu xderlah rasa lama sangat tapi bila time keluar Ya Allah mmg lama nak sampai ke basecamp.. Bimbang tersesat jer..

Kami berkumpul dekat kedai makan sekali dgn team lain.. Abang acap pown ada sekali.. Masa kat kedai nie laa kiteorg kongsi apa yg dirasai di gua kandu tapi aku xcakap apa2 pown pasal kejadian kat sana.. Aku tutup mulut.. Xmahu celupar lagi..

5 orang dari team kami dah putuskan utk pulang sebab komitmen kerja.. Jadi tinggallah aku dua orang dengan Mat Yo.. Masa tu dah gelebah xtau nak pergi mana.. Nak masuk balik mmg xlaa sebab korang tengoklah gambar yg kelima tu.. Jalan mmg gelap gila.. Tu pown kereta abang acap yg pelawa kami berdua utk masuk balik ke basecamp..

Last gambar dekat basecamp.. Masee ambil tu orang masih ramai, xlama lepastu tinggal berapa orang jer sbb yg lain maybr tidur homestay sbb ada bawak.keluarga atau ada komitmen kerja yg lain..

Korang boleh bayangkan xkat situ dah laa gelap.. Perkampungan jauh dibelakang sana.. Tapi masih dengar orang menjerit, meraung, menangis dan berborak serta riuh macam ada kampung.. Aku xtau laa orang kat basecamp tu perasan atau x.. Tapi yg pastinya aku dengar.. Aku cakap apa yg aku alami.. Nie kire basic, yg lagi hardcore ade tapi tu cerita dyeorang aku xnak masuk campur..

Xpercaya..? Try laa duk kat situ pada waktu malam.. Aku xpandai nak reka cerita.. Tapi inilah yg yang aku alami.. Opsss.. Nie baru hari pertama.. Hari kedua esok laaa yer..

Alhamdulillah.. Iman masih kuat.. Kadang2 ada masanya nipis jugak namun ingatlah ia juga makhluk Allah.. Perbanyakkan zikir dan selawat ke atas Nabi Muhammad saw.. Hanya Allah yang layak kita takuti..

Moga penceritaan ini boleh diambil iktibar supaya bila berada didalam Hutan jangan sesekali celupar, angkuh, bercakap besar dan sebagainya.. Kerana disitu adalah tempat dia berkampung.. Xperlu mintak izin dgn mereka, mintak laa izin dari Allah kerana ini semua Milik Allah..

Cerita utk hari kedua besok yer.. Kalau orang gopeng mesti ada banyak cerita hal kat sana.. Jom laa share kat ruangan komen..

Orang kampung pown banyak bercerita tentang hal kat sana dengan aku.. Tapi xper lah, buat masa nie aku xnak cerita lagi.. Biarlah orang gopeng cerita sendiri..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2019 01:37 AM | Show all posts

ko dah share rupanya...  aku baru je tepek...  tapi serious nak tenyok gambar pokok yang membentuk macam rumah tu since dia kata sangat skeri...
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2019 02:05 AM | Show all posts
pearl.silver replied at 10-4-2019 12:27 PM
Memang ada tred org hilang.. Sapa tah buka masa awal2 acap hilang haritu
X igt dah kat bod mana
...

Ni link thread Misteri Orang Hilang kat bod Sejarah
https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1153964
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2019 02:12 AM | Show all posts
mamat bugis tu pun dah hilang ke?
xde nampak merempan dah dlm tred ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-4-2019 02:58 AM From the mobile phone | Show all posts
budakpink replied at 9-4-2019 11:38 PM
Come on la ajak la mereka semua ke sini. Tinggalkn v3 tu. Biaqkan die sensorang

Sebenar nye knp..x faham..pasal budak yg suke merapu meracau sorang2 tu ke..?
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2019 05:13 AM From the mobile phone | Show all posts
milo_888 replied at 10-4-2019 10:43 PM
Hutan kita mmg hutan dara tertua di dunia.. sampai kulit siput pun org jumpa kat puncak gunung or da ...

Org tua tua kata kulit siput dlm gua kt hutan jaga jaga..gua tu jd rumah langsuir..wallahualam kebenarannya...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2019 06:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Acikgomen replied at 10-4-2019 09:05 AM
Jgn la marah sayam
Ni acik tgh dengar komen abang acap kat tibi3. Kesian pulak kat abang dia tu.  ...

Pencarian masih diteruskan tak?
As a family member, x cukup tidur sepanjang kehilangan adik dia ni memang mencabar jiwa & raga. Dlm kes ni, fizikal pun sangat tercabar. Sedih akak tengok Maknya & ayah dia pun kuatkan diri pergi masuk sana demi mencari anak diaorg.. Isterinya yg x berapa dapat liputan media atas beberapa sebab pun menghadapi keadaan yg sama..
Moga ada pengakhiran yg baik buat mereka sekeluarga.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2019 06:35 AM From the mobile phone | Show all posts
orkedkecik replied at 10-4-2019 09:10 AM
Pdrm dah check kan fon dan bank,tak payah la duk marah2 acap game 1 malaysia la apa,apa la ek mental ...

Org postkan konon dia kat Johor.. Lepas tu bertan2 orang kecam dia menyusahkan team SAR & volunteers. Siap kecaman yg akak rasa melampau sangat . Kalau akak jadi isteri dia, akak akan tutup semua alatan elektronik dan just tunggu berita sambil usaha dgn cara yg tersendiri. Stress tau bila baca komen2 yg x sensitif ni. Blh jd mental oooo... Let’s put ourselves in her place... Apa2 pun kita doakan yg baik2. Kalau x boleh membantu dgn perkara yg baik, lebih elok diam aje.

Emo pulak akak bila baca org kecam Acap  gitu gaya..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2019 06:38 AM From the mobile phone | Show all posts
dealova04 replied at 10-4-2019 09:12 AM
uols, mak minat follow kes2 gini ,
mak nak tanya ni, ada ke hikers negara luar yg pernah hilang ti ...

Kat Kluang ni ada. Colleague suami naik Gunung berlumut hilang 2 hari masa hiking. Sorang Malaysian Chinese & lagi sorang org UK. Bila dijumpai, diaorg x nak cakap apa2 tp they did said, there are others than us in there...  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2019 06:43 AM From the mobile phone | Show all posts
scorpionkiki replied at 10-4-2019 09:17 AM
Abang yg baik ni...pandai parents depa didik anak anak

Kan.. From day 1 dia dah pergi sana & keluar masuk meredah semua kawasan yg berkemungkinan Acap ada.. Dia ambil tanggungjawab demi keluarga dia. Moga Allah lindungi Abang dia & mereka sekeluarga..  
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2019 07:11 AM From the mobile phone | Show all posts
e.gurl replied at 10-4-2019 10:48 PM
Hmm.. I xpernah pun join trail run. Camner sebenarnya jam sunto yg ada GPS tu berfungsi? Letak coo ...

Nanti geng2 ultra masuk diorg jawab kan ek , nick ni ramai user, kira wakaf haha
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2019 07:12 AM From the mobile phone | Show all posts
eyansss replied at 11-4-2019 01:30 AM
acik jual naSIK leMAK...  bebudak sekarang kan suka cantum2 lerkataan ni...

Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2019 07:12 AM From the mobile phone | Show all posts
milo_888 replied at 10-4-2019 09:29 AM
Good morning uolss..  akak kena gi town ada urusan.. lajunya uols pepagi ni.. uols tak warm up dah s ...

Akak dah sesat dlm V1 lagi! X jumpa jalan dah. Cari2 jalan, sampai kat laluan ni. Huhuhu Tp x rasa apa sebab eyansss & beau cakap sana banyak drama. Huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2019 07:15 AM From the mobile phone | Show all posts
sufi^_^ replied at 10-4-2019 10:08 AM
Kisah umai tu hati kering betul. Imejin dekat 3 minggu sensorang dalam hutan banat, malam2 tido at ...

Rugi akak terlepas semalam.. Semalam masuk bodgos je..huhuhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2019 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
eyansss replied at 11-4-2019 01:32 AM
ossasuke dah mula share pengalaman dari hari pertama dia...

Assalamualaikum dan selamat malam.. S ...

Kadang2 aku pikir kan camni ah, diorg ni jumpa macam2 benda sbb diorg p masuk selongkar atas bawah kiri kanan ko paham kan? So far la kalau tanya aku or geng2 yg biasa area tu kitorang takde rasa pape pun. Nampak pape ke. let say la p tour gua kandu skali dgn white water rafting. Besher jek takde la mengalami apa2. Gua tempurung tu pun yg tour paling extreme tah aku tak ingat tier berapa. Yang masuk lubang then crawl bawah lantai gua tu. Tu pun dah makan puluh tahun since diorang introduce route tu so takde apa apa isu lah. Lps tu 1 lg cakap2 org tua benda2 yg ada tu menunjuk sbb kita sungguh mencarik  dah kes acab jadi masing redah paya redah sepelusuk kawasan lps tu blm lagi masinh2 punya cara mencarik cara apa tu masing2 punya cara lah kan. Tu aku cakap kalau hari2 biasa yg kalau kita visit area situ takde apa pun yg pelik2. Ada OA pun ckp diorg kalau masuk bukan tak jumpa benda2 camni, tp dia kata sana dunia dia lah, kita dunia kita. Tak kacau masing2 punya part.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2019 07:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg aku blh recall byk accident kat area gua tempurung tu kat highway. Tak tau kalau ada dah mentioned even karpal singh dulu pun keta accident kat situ, dekat2 gua tempurung. Then kes landslide dulu pun area situ. Highway tu dulu pun lain jalan dia sebelum reno jln skrg.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2019 07:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Remyda replied at 10-4-2019 11:12 AM
Ni pandangan salah seorang di FB. Tapi toksah la pecaya sepenuhnya. Mungkin boleh baca sekadar untuk ...

Ada kemungkinan juga ni.. Kalau Acap ada di salah satu bekas lombong ni, moga dijumpai..
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2019 07:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Red_gem replied at 10-4-2019 11:36 PM
Famili i citer, atuk kpd arwah nenek i dlu ulang alik trengganu-kedah jalan kaki. Jauh tu, confirm l ...

Biasanya kalau sesat akan jumpa...
Kalau hilang terus tak boleh dikesan dia dah di alam sana...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 01:50 PM GMT+8 , Processed in 0.577413 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list