CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mbhcsf

Sirah Islam : Perihal Badar dan Uhud

[Copy link]
 Author| Post time 1-5-2016 05:50 AM | Show all posts
Menurut penulis , ini sudah pasti satu kesalahan yang besar yang dilakukan oleh kaum Yahudi , walaupun mereka tidak menerima kebenaran Islam - mereka telah  sedia maklum  bahawa islam adalah agama yg menyembah Allah ygesa  dan mereka masih berdusta  mereka menyatakan ayat ayat di atas  untuk memenuhi agenda mereka. Ini terbukti apabila pihak quraisy berasa  puas dengan pengakuan mereka itu  dan bersetuju untuk menyerang Madinah.

penduduk ghatfaan ini pula adalah satu kelompok yg terdapat di arabia yg dikenali dengan askar upahan ( mercenaries) - mereka hanya memerlukan upah sahaja untuk menyertai komplot perang ini.  Dan Bani nadeer telah pun menyatakan jumlah yang diingini apabila mereka bersetuju menjadi sekutu Perang terhadap  pihak Madinah.

Menurut penulis, pihak ghatfaan , dalam perjanjian antara  nadeer, quraisy itu , diminta menyediakan   6 000 bala tentera untuk perang ini dan sebagai  balasan sekutu perang tersebut, puak ghatfaan diberikan sumbangan  kurma sebanyak 12 bulan - 1 tahun menuai  hasil kurma , ini adalah kerana Khaibar memang terkenal dengan hasil kurma pun.

daripada keadaan tidak bertentera , Pihak nadeer  ini dengan bijaknya mengumpulkan 10 000 bala tenteera yang mana pecahan  4 000 daripada pihak quraisy dan 6 000 daripada Ghatfaan.


NOTA personal :

heheh slick kan nadeer ni ...yups  see depa ni  Allah bagi satu upaya untuk berstrategi
i tatau kenapa bila i baca ni i senyum...reminded me of  a makhluk  heheh slick betul, bijak ( makhluk tak ada kena mengena dengan dunia forum )
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-5-2016 05:56 AM | Show all posts
Perang Khandak : Reaksi pihak Rasulullah SAW

Oleh kerana sering dimusuhi oleh banyak pihak sebelum ini, tentera muslim di Madinah memagpun sentiasa bersiap siaga  dan ini menyebabkan merek asenstiasa mengawai pergerakan pihak musuh.  
Pihak Muslim telahpun dimaklumkan dengan komplot di Khaibar.

How ?

okay , menurut penulis, Al Abbas - seorang  quraisy yg memeluk Islam , telah memeluk Islam ketika perang uhud berlangsung tetapi terus di Mekah atas arahan rasulullah saw dan merahsiakan keIslamannya daripada pihak Quraisy dan Al Abbas ini sememangnya adalah seorang  yg mempunyai access kepada hal hal sensitif dan sulit pihak Quraisy dan Al Abbas  sentiasa menghantar perkhabaran kepada Rasulullah SAW  sekiranya terdapat sesuatu anomali. Pihak lain juga berbuat demikian kepada rasulullah saw.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2016 06:21 AM | Show all posts
Reaksi Rasulullah SAW

Apabila baginda saw telah mengetahui perkara ini, maka baginda saw telah melakukan beberapa perkara.

Baginda telah mengadakan mesyuarat  tergempar dan  ini dihadiri oleh pihak Ansar dan Muhajirin . Mesyuarat ini bertujuan untuk sesi lampas minda dan rasullullah saw ingin mengetahui dan mempelajari pengalaman kedua dua pihak dan pengetahuan mereka untuk diaplikasikan  dalam perang ini.

ini adalah kerana bala tentera 10 000 orang adalah sangat besar dan sememagnya ini bertujuan untuk menyerang Madinah.


Apabila Salmaan RA  mendapati tiada eorang pun yang dapat memberikan pendapat yang konkrit,  and practical untuk mempertahankan Madinah, maka beliau pun bangun untuk menyatakan pendapatnya.  Dengan  berkongsi pengalamannya sebagai salah seorang rakyat di bawah empayar Parsi , Salmaan telah mencadangkan agar  parit digali  untuk menghalang musuh daripada memasuki madinah.

Rasulullah SAw menerima cadangan Salmaan walaupun idea ini belumpun teruji di tanah arab. Al Waaqidee menyatakan bahawa Salman telah menyatakan : Wahai Rasulullah ,  ketika aku berada di Parsi dan ketika kami ketakutan akan serangan musuh ( yg menunggang kuda ) , kami akan menggali parit  di sekeliling kami . Wahai rasulullah, adakah kamu menimbangkan untuk melakukan perkara yg sama?  ( Al Maghazee  by Al Waqidee  ( 2/444) to At Tabaqaat Al Kubra ( 2 / 66 ); and Muhammad SAW by Muhammadar Ridaa - the digging of the trench


setelah berunding dan apabila menimbangkan penggalian parit adalah satu langkah terbaik, Rasulullah SAW kemudiaannya keluar bersama sahabatnya  untuk meninjau  kawasan mana yang terbaik untuk penggalian parit.


Al Waaqidee meriwayatkan bahawa rasulullah SAW telah menunggang kuda  dan bersama para sahabatnya yg terdiri daripada kaum andar dan muhajirun mencari kawsan yang terbaik untuk menggali parit.

Setelah menimbangkan dengan teliti,  Rasulullah saw telah memilih Mount Sal  yang berada di belakang tentera Muslim  dan memilih untuk menggali parit yang panjang  daripada Midhaad  ke  Duhbaab - terdapat sebuah bukit yang  terpisah daripada Mount Sal oleh Thaniyyatul - widaa  ke Raatij - satu kota  yang dimiliki oleh sekumpulan Jews.

Pemilihan kawsan penggalian ini adalah bijak kerana , pihak tentera Muslim dapat dilindungi daripada serangan arah belakang  oleh Mount Sal, - salah satu mountains yg terkenal di Madinah.

tambahan pula, penggalian parit yang dalam di sepanjang utara Madinah ini adalah berkesan kerana kawasan inilah yang ternya ' vulnerable'  kepada serangan luar.

Menurut penulis , pada bahagian barat dan timur madinah, kawasan ini dipenuhi dengan batu batu  tajam kerikil  yang kasar . Pada bahagian selatan pula , bahagian ini dipenuhi oleh kediaman yang dibina atas paras tinggi bukit , jadi ini juga benteng pertahan secara tidak langsung. Oleh itu , tentera yang berkekuatan 10 000 hanya dapat menembusi Madinah hanya dari bahagian utara.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2016 06:29 AM | Show all posts
Kota Bani Quraizah

Pada bahagian south west / barat daya , kota bani quraizah telah dijadikan perisai untuk mempertahankan Madinah  dan puak ini MENJAMIN keselematan kaum Muslimin  daripada serangan tentera musuh.

sebagaimana yang diketahui, pihak quraizah adalah kelompok tunggal  yg masih menetap di madinah dan mengikut perjanjian yg termerai antara pihak pihak ini, pihak bani quraizah berikrar dan berjanji tidak akan bersekutu dengan mana mana pihak yang menyerang Muslims atau menyokong mana mana pihak penceroboh.

So, secara atas kertas , teorinya pihak Muslim tidak ada apa apa yang patut dibimbangi  kan? namun begitu setelah dikhianati oleh dua puak sebelum ini, rasulullah SAW was a bit vcautious atau berhati hati dan dengan ini baginda saw telah mengawasi tindak tanduk bani quraizah ketika madinah diserang oleh pihak musuh.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2016 06:32 AM | Show all posts
Penggalian parit ini merupakan satu inovasi padatentera muslim dan ini juga menunjukkan baginda SAW amat welcome atau meraikan idea idea  atau strategi yang baik  untuk mempertahankan Madinah. Pihak musuh sebenarnay terkejut apabila  melihat parit inikerana  tujuan mereka adalah untuk berperang terus   dan bukannya untuk membuat serangan yg berbentuk kecil kecilan  dan dalam jangka masa yg lama. Ini memberikan kesan kepada tentera musuh.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2016 06:45 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 8-5-2016 12:51 AM

Strategi Rasulullah SAW untuk melindungi penduduk dalam Madinah dan kelancaran Perang.
  • Wanita dan Kanak - Kanak


Kaum wanita dan kekanak diperintahkan berada di dalam kota bani haritah, dalam konteks ini, mereka akan dijamin keselamatan dan secara lokasi dan jarak daripada pihak Musuh. Moral kaum muslim dan pejuang lain akan tinggi sekiranya mereka berasa puas hati terhadap aspek keselamatan kaum kerabat mereka terjamin dan boleh menumpukan perhatian kepada perang di hadapan.

  • sendiri mengambl bahagian dalam kerja kerja penggalian parit

Baginda SAW sendir juga turut turun padang untuk bersama sam amenggali parit  , memungut batu  dan melakukan sendiri kerja tersebut berbanding hanya dengan memberi arahan sahaja.  Hal ini sebenarnya menaikkan semangat tentera muslim. penulis memetik tulisan Al - Baraa yang emnyatakan bahawa dia telah melihat baginda SAW membawa hasil debu galian daripada parit yg digali  dan kulit bagidna hamoit tidak dapat dilihat kerana diselaputi pasiran debu parit itu ( saheeh Bukharee ( 4106))

  • berkongsi kesusahan bersama sama

    Menurut penulis, rasulullah saw pun tidak menerima layanan  yg berbeza dalam operasi penggalian parit ini , sampaikan baginda saw pun tidak menerima lebihan makanan pun bersama sama para muslimin yang terlibat dalam  operasi penggalian parit. Baginda SAW juga  sampai suatu ketika terpaksa mengikat batu pada perutnya.


  • Rasulullah SAW juga memotivasikan para pejuang

    Sebenarnya, menurit penulis, kerja kerja penggalian parit ini amatlah sukar kerana keadaan cuaca di Madinah ketika itu begitu sejukdan berangin dan mereka terpaksa menggali parit dengan menggunakan tangan. Tanah galian itu diubah dengan munggunakan galas belakang kerana dan kereta sorong tidak digunakan.  Ini ditambah pula dengan perkhabaran  ketumbukan tentera musuh yg ramai , jadi ini cukup memeritkan emosi dan psychology kaum Muslimin.
    Rasulullah saw menyedari hakikat ini dengan mengajak atau memotivasikan mereka dan menghiburkan mereka dengan  bait bait syair oleh Ibn rawahah  ketika baginda sendiri sibuk membawa habuk debu tanah sendiri. Selain itu baginda juga menyampaikan ayat auay  quran yang membaw aperkhabaran akhirat  dan mengharapkan semoga Allah mengampuni dosa  kaum Ansar dan Muhajirun. Para sahabat rasulullah SAW juga menyampaikan bait bait syair / puisi  di mana  ayat bait puisi itu  merujuk kepada ikrar mereka untuk mengikuti rasulullah saw sehingga titisan darah terakhir.
    Hasilnya , galian parit tersebut berjaya dilaksanakan.
  • mengambil peduli keperluan para pejuang  ( Quran 24 : 62 )

    Menurut penulis, apabila para sahabat ingin meningngalkan tapak operasi galian parit untuk menguruskan hal hal peribadi di rumah kediaman mereka, mereka akan meminta izin Rasulullah SAW terlebih dahulu dan setelah kebenaran diberikan , merekakan pulang sebentar dan datang kembali  untuk meneruskan tugas


Allah SWT telah menurunkan Al Quran 24 : 62
The true believers are only those, who believe in (the Oneness of) Allah and His Messenger (Muhammad SAW), and when they are with him on some common matter, they go not away until they have asked his permission. Verily! Those who ask your permission, those are they who (really) believe in Allah and His Messenger. So if they ask your permission for some affairs of theirs, give permission to whom you will of them, and ask Allah for their forgiveness. Truly, Allah is Oft-Forgiving, Most Merciful.
                        



  • Ayat ini bermakna : Wahai Muhammad , mereka tidak boleh meninggalkan tanpa kebenaranmu . Dan jikalau mereka meminta kebenaran untuk pergi menguruskan perkara peribadi  tertentu , tunaikanlah permohonan mereka yang memohon dan mohonlah keampunan bagi pihak mereka.


    saya petikan ayat langsung dari buku penulis :


      O Muhammad , they should not leave without your permission. And if they ask your permission to leave in order to take care of some personal needs, grant permission to whomsoever among them you desire, and ask forgiveness for them ( Safwatut - Tafaseer - by As Saaboonee 2 / 351)




Jadi, menurut penulis :
rasullullah SAW telah diberi pilihan : Jika baginda  SAW berasa tentera muslimin tidak mengalami apa apa kesan negatif  dari aspek tertentu keselamatan secara keseluruhan, baginda saw boleh memberikan keizinan untuk individu yang memohon untuk meninggalkan  kawasan 'perang' . Oleh hal yang demikian, bagind aboleh menolak atau membenarkan bergantung pada keadaan dan berdasarkan kepada apa yang terbaik untuk semua orang ( Ahkaam Al Quran Ibn Al - 'arabee( 3/1410)









Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-5-2016 06:51 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 8-5-2016 12:48 AM

Suasana perang Khandak


menurut penulis :
ketika peperangan berlaku dalam saat yang genting,  baginda saw telah memebahagikan tentera muslimin kepada kumpulan kumpulan  yang di mana setiap ahli kumpulan akan bersilih ganti memantau atau mejadi pengawal kepada keselamatan madinah.
Melaui cara ini, keselamatan madinah terjamin daripada pihak musuh dan sekiranya ad usaha untuk menceroboh Madinah , kumpulan musuh akan ditentang pasa setiap  kali cubaan.

Walau bagaimanapun suana peperangan berlaku dengan begitu sengit dan kritikal hinggakan pada hari kedua , serangan berlanjutan dari pagi hingga tengah malam.

Oleh kerana para sahabat terlau sibuk berperang, merek atelah meninggalkan 4 solat utama  dan menggantikannya pada waktu yang lain. pernah ali bin abi talib  dan beberapa sahabat lain menghalang ikrimah ibn Abu Jahal daripada menyebrang parit untuk memerangi tentera Muslim. Satu ' duel' telah berlaku dalam perang ini di mana  Ali bin Abi Talib berperang mewakili tenter amuslim  dan pihak musuh diwakili oleh tentera perang quraish yg mahir - Amr bin Abd Wudd ( Fiqhus seerah Muneer Al Ghadbaan pp : 504 )

sekumpulan individu Ansar mengambil tugas mengawal keselamatan rasulullha saw  setiap masa  dan ketua mereka ialah Abbaad ibn Bishr.
Dalam konteks perang dan memana perang pun, rasulullah saw telah menunjukkan teladan yg baik sebagai seorang pemimpin yang tegas, dan juga sifat bertimbang rasa yang  yg baik untuk dicontohi.

kegusaran tentera muslim dalam konteks perang khandak ialah kebarangkalian  yg tinggi tentera bani quraizah berpaling tadah ketika perang khandak. Ini akan menyebabkan :

tentera muslimin berhadapan dengan dua musuh di bahagian  Utara  - kaum quraish dan sekutunya dan Selatan - dari Bani Quraizah.


DENGAN bersenjatakan janji manis yg palsu, kutua Bani Nadeer  telah berjaya meyakinkan ketua Bani Quraizah  Ka'ab ibn Asad  untuk menyertai tentera Aghzab / bersekutu/ confederats  dalam memerangi tentera Muslimin.

see - siapa yg mungkir janji?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2016 06:53 AM | Show all posts
- quran 33 : 10 - 11
- quran 33 : 22
- quran  33 : 13 - 20

- ghatfaan and rasulullah saw  - huyai  etc wtc
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-5-2016 06:54 AM | Show all posts
insya Allah kalau ada rezeki masa kita perincikan satu persatu hal ini ...

happy reading
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2016 12:15 AM | Show all posts
mbhcsf replied at 23-4-2016 05:55 AM
Menurut penulis :

Dalam bulan Rabiul awwal 4 Hijrah,  ketika malam konfrontasi pasukan rasulullah ...

Assallamualaikum warahmatullah


Nice...




Cuma..uncle lebih suka guna utk yg diharamkan ini..."ARAK " ..bukan Alkohol atau ethanol..

sebabnya..'Arak" adalah suatu yg "Khas"..dalam arak munkin ada pelbagai sebatian ...ada gula, ada minerals, ada asid, ada dissolve gas dan bermacam macam lagi termasuklah Alkohol. jadinya..arak bukan alkohol dan alkohol bukan arak.

sebabnya Uncle kata gini...penggunaan ethanol /alkohol dalam industri ,perubatan ada banyak..

nanti ada yg konfus



tapi..tak ada apalah
saja ja nak komen hihi..

bagus tulisan ni!


(nampak forum ni dah semak dgn banyak tulisan merapu...
mujur ada tulisan mbhcsf..)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2016 11:39 PM | Show all posts
burungantu replied at 5-5-2016 12:15 AM
Assallamualaikum warahmatullah

waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh

heyya ...how are you Uncle?

hahahaa saja to kill time share some sirah - thank for reading anyway

u know i like dr muhammad as sallabi nyer narration panjang habis..


oh i see....yups arak diharamkan ...as in the whole arak

i see uncle takut terconfuse ye  okay i accept explanation tu , okay no problem ...

hoccay .



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2016 07:36 AM | Show all posts
Pihak Bani Quraizah berpaling tadah dan merancang  untuk melakukan serangan  dari bahagian belakang tentera  Muslimin

seperti yang telah dinayatakan sebelum ini, kegusaran tentera Muslimin adalah  tentang  integriti Bani Quraizah dan kesannya sekiranya  bani Quraizah memungkiri janji.

Apakah kesannya?

sekiranya ini berlaku, pihak bersekutu ( musuh ) / confederates  daripada Utara dan Bnai Quraizah daripada arah selatan akan turut sama menyerang  tentera Muslims dari kedua  - dua arah ini!

Dan seperti mana kegusaran pihak  Muslim, pemimpin Bani Nadeer telah berjaya pun meyakinkan pihak Bani Quraizah yakni ketuanya Ka'ab ibn Asad untuk bergabung dengan tentera bersekutu/ confederates / musuh  untuk menyerang  Muslim Madinah.
Tika kaum Muslimin memperkatakan perjanjian Bani Quraizah dengan kaum muslim Madinah , sebenarnya Rasulullah SAW sebenarnya berasa  bimbang kebarangkalian pengkhianatan berlaku pada perang ini dan untuk menyiasat hal ini, baginda saw telah menghantar  Az - Zubair ibn Al Awwam menemui Bani Quraizah dan membawa perkhabaran  tentang apakah tindakan yg bakal bani quraizah lakukan.  setalah pulang dari meninjau Bani quraizah, zubair terus menemui baginda  dan telah diriwayatkan sebagai berkata :  Ya rasulullah , say atelah melihat mereka  telah bersiap siaga dengan kota  dan membersihkan jalan ( untuk memudahkanmereka bergerak ke arah tentera muslim)  dan telah mengumpulkan sumber ternakan / livestock ( Al Maghazee Al waaqidee 2/457)

Kesemua petanda menunjukkan bahawa Bani Quraizah seakan akan ingin mengkhianati pihak muslimin madinah, walaupun begitu  Baginda ingin menyiasat secara  konkrit apakah ini benar dan baginda tidak silap sangka, jadi baginda menghantar Saad ibn Muaadh , Saad ibn Ubaadah,  Abdullah ibn Rawaahah dan Khawwaat ibn Jubair seraya berkata : pergilah menyiasat sama ada perkhabaran yg kita dengar selama ini memounyai kebenaran  atau sebaliknya? sekiranya benar , khabarkanlah padaku  dengan cara akusahaja memahaminya dan tidak melemahkan kalangan yg lain ( jgn rendahkan moral tentera muslimin dengan  paling tadah tentera ban quraizah ) . sekiranya mereka tetap berpegang pada janji  yg termakhtub, maka sebarkanlah berita ini kepada semua dan harapnya ini akan memberiakn harapan kepada mereka  ( As seerah An Nabawiiyah Ibn Kathir ( 3/199) ; Al Qurtubi  to the tafseer  verse no.9  - chapter Al Ahzaab; At tabaree; al bidaayah wan nihaayah ibn katheer and seerah an nabawiyyah ibn Hishaam)


keempat  empat mereka melaksanakan apa yg disarankan oleh rasulullah saw  dan mendapati khabar angin itu adalah konkrit. pengkhianatan bani quraizah telah berlaku.

Mereka menemui rasulullah saw  dan mengungkapkan frasa ini : 'Adal and Qaarah' - misi rahsia mereka yg hanya diketahui rasulullah sahaja ini berjaya mengorek rahsia bani quraizah dan ungkapan mereka itu hanya difahami oleh rasulullah saw .

how?

Ungkapan Aadal dan Qaarah  - mempunyai implikasi yang difahami oleh mereka yg mengetahui  sejarah dua puak  hudhail yang telah mengkhianati pihak muslim dalam tragedi Al Rajee . jadi apabila perutusan misikhas rasulullah saw tersebut mengungkapkan frasa tersebut , maka fahamlah rasulullah saw akan  pengkhianatan bani quraizah dalam konteks ini.( Al bidaayah wal nihayah ( 4/95); seerah an nabawiyyah ibn hisham - the battle of al khandaaq'


waalupun hal ini begitu serious, namun ia tidak melemahkan rasulullah saw , baginda saw terus komited dan menetapkan fokusnya  dan sentiasa positif. selain menggunakan pendekatan yang berorientasikan sikap positif  , baginda saw juga menghantar salamah ibn aslam bersama dengan 200 pasukanberkuda , zaid bin harisah  dengan pasukan 300 orang berkuda untuk mengawasi keselamatan Madinah. Kedua dua pasukan ini melaungkan Allahu Akbar dengan kuat   sebagai perang psikologi terhadap bani quraizah.(

Tika  dan saat ini bani quraizah telah bersiap sedia bergabung  dengan tentera musuh untuk menyerang Madinah.
untuk menyatakan sokongan mereka secara terang terangan , bani quraizah  telah menghantar 200 ekor unta  siap dengan barang makanan sepertikurma, barli dan buah tin ( figs)  kepada  tentera musuh di kem mereka. Ini adakah kerana  tentera musuh sebenarnya berada di padang pasir dan mereka tidak mempunyai bekalan yg cukup dalam tempoh peperangan ini.  Dan tindakan bani quraizah ini disifatkan sebagai sokongan moral kepada puak musuh.
tentera muslim mengetahui hakikat ini dan memintas caravan yang membawa bekalan makanan dan merampas bekakan tersebut lalu diserahkan kepaad tindakan rasulullah saw ( as seerah al halabiyyah 2/323)




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2016 07:41 AM | Show all posts
setelah bani quraizah berpaling tadah, moral tentera musuh semakin meluap luap dan mula melancarkan serangan yg lebih keras ke atas muslimin Madinah.

Allah telah berfirman dalam Quran 33 : 10 - 11
When they came upon you from above you and from below you, and when the eyes grew wild and the hearts reached to the throats, and you were harbouring doubts about Allah.







There, the believers were tried and shaken with a mighty shaking.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2016 07:43 AM | Show all posts
dan quran 33 : 22





And when the believers saw Al-Ahzab (the Confederates), they said: "This is what Allah and His Messenger (Muhammad SAW) had promised us, and Allah and His Messenger (Muhammad SAW) had spoken the truth, and it only added to their faith and to their submissiveness (to Allah).

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2016 07:50 AM | Show all posts

Berkenaan quran 33 : 10 - 11 dan Quran 33 : 22

Edited by mbhcsf at 11-5-2016 03:20 AM

ayat Quran 33: 10 - 11 di atas , menurut penulis , menceritakan apa yg berlegar dan dirasi oleh  para sahabat  rasulullah SAw ketika menyertai perang Khandak, manakala ayat Quran 33 : 22 menceritakan bahawa Allah berfirman  bahawa orang orang yg beriman yang telah melepasi ujian tersebut apabila mereka terus tetap kukuh  dalam memegang panji islam di bawah pimpinan rasulullah saw ketika waktu perang tersebut.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2016 03:29 AM | Show all posts
Dengan memetik jenis pemikiran yang tertanam dalam benak para munafik perang ini, Mu'attib ibn Qushair dipetik sebagai berkata :
Muhammad  sering berjanji kepada kita  yang kita akan mendapati  / kita akan makan  daripada  harta Kisra dan Caesar, tetapi seperti selalunya, tiada seorang pun daripada kalangan kita yg selamat walaupun untuk ( meqa hajat - / relieve himself) .

Wujud juga dalam kalangan mereka ini  memohon kebenaran untuk pulang ke rumah  dengan memberikan alasan bahawa kediaman mereka terbuak luas  ( untuk dimasuki penceroboh / musuh ) .



Munafik ini sebenarnya mempunyai ciri ciri berikut : mereka adalah lemah , pengecut dan suka mengkhianati orang.

Terdapat beberapa riwayat yang  begitu menghinakan yang dikelaurkan  oleh golongan ini  semasa peperangan berlaku  tetapi periwayatan ini adalah lemah.

[ Al mo'jim Al Kabeer by At Tabaraanee ( 11/ 376 )  and to Majma' Az Zawaaid ( 6 / 131).

Walaupun begitu Al Quran telah pun tersedia dengan memberikan gambaran yang jelas terhadap pendirian, perlakuan dan perangai mereka.

Ini adalah dalam  surah 33 :  13 - 20
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-5-2016 03:40 AM | Show all posts

Quran 33 : 13 - 20 surah Al Ahzab - the combined forces

Edited by mbhcsf at 11-5-2016 03:42 AM



And when a party of them said: "O people of Yathrib (Al-Madinah)! There is no stand (possible) for you (against the enemy attack!) Therefore go back!" And a band of them ask for permission of the Prophet ( SAW) saying: "Truly, our homes lie open (to the enemy)." And they lay not open. They but wished to flee.




And if the enemy had entered from all sides (of the city), and they had been exhorted to Al-Fitnah (i.e. to renegade from Islam to polytheism) they would surely have committed it and would have hesitated thereupon but little.



And indeed they had already made a covenant with Allah not to turn their backs, and a covenant with Allah must be answered for.



Say (O Muhammad SAW to these hypocrites who ask your permission to run away from you): "Flight will not avail you if you flee from death or killing, and then you will enjoy no more than a little while!"




Say: "Who is he who can protect you from Allah if He intends to harm you, or intends mercy on you?" And they will not find, besides Allah, for themselves any Wali (protector, supporter, etc.) or any helper.






Allah already knows those among you who keep back (men) from fighting in Allah's Cause, and those who say to their brethren "Come here towards us," while they (themselves) come not to the battle except a little.





Being miserly towards you (as regards help and aid in Allah's Cause). Then when fear comes, you will see them looking to you, their eyes revolving like (those of) one over whom hovers death, but when the fear departs, they will smite you with sharp tongues, miserly towards (spending anything in any) good (and only covetous of booty and wealth). Such have not believed. Therefore Allah makes their deeds fruitless, and that is ever easy for Allah.




They think that Al-Ahzab (the Confederates) have not yet withdrawn, and if Al-Ahzab (the Confederates) should come (again), they would wish they were in the deserts (wandering) among the bedouins, seeking news about you (from a far place); and if they (happen) to be among you, they would not fight but little.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2016 03:50 AM | Show all posts
ayat ayat di atas menerangkan bahawa:

a) kesan- kesan sifat Munafik terhadap jiwa, ruh dan  peribadi seseorang. apabila seseorang munafik itu menghadapi suatu keadaan terdesak, dia tidak mempunyaikeyakina terhadap Allah SWT pun dan ketika berada dalam keadaan genting yang menuntutnya agar dikuatkan kepercayaan  kepada Allah SWT , dia melakukan sebaliknya  dengan berkata  kata yang kurang patut terhadap Allah SWT. Jadi , manifestasi perbuatannya boleh dilihat seperti bertentangan dengan perbuatan seorang bebetul beriman kepada Allah SWT.


b) Pengkhianatan seorang munafik ini tidak hanya terbatas kepada bentuk kepercayaan dan  ujaran kata sahaja, malah boleh dilihat dalam semangat gotong royong, ketika mana kesemua Muslim sedang bergantung  antara satu sama lain untuk melindngi diri ketika perang, para munafik akan meminta kebenaran untuk meinggalkan medan perang dan sampai tahap memberikan alasan yg lemah - yakni rumah mereka terdedah kepada unsur bahaya.  Sebenarnya , niat mereka adalah untuk lari daripada maut perang kerana lemah iman dan ketakutan yg paling extreme menyelubungi hati mereka.

c) Apa yang lebih teruk lagi adalah apabila merek aturut menyuruh orang lain mengikut jejak mereka dan ini bertentangan dengan apa yg mereka janjikan dan lafzakan terhadap Allah swt dan rasulullah saw. ( As seerah An Nabawiyyah as Saheehah ( 2 / 425 ))

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2016 04:33 AM | Show all posts
Tindak - Tanduk Musuh Ketika Perang Khandak

Menurut penulis, kaum musyrikin terus melakukan  percubaan untuk menyeberangi parit yang digali itu saban malam hingga ke pagi. Mereka menunggang kuda dan sentiasa meninjau  setiap kawasan tentera Muslimin  yang berada di sepanjang parit dari satu hujung ke hujung yang lain untuk mencari kawsan yang lemah pertahanannya. Perlakuan ini dilakukan saban malam hingga ke pagi, perbuatan mereka ini telah sedikit sebanyak membuang tenaga  tentara Muslimin yang semestinya akan sentiasa berada dalam keadaan bersiap siaga sepanjang masa.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2016 05:17 AM | Show all posts
Perihal Khalid ibn Al Waleed, At Tufail ibn An No'maan ( syahid ) Sa'd ibn Mu'aadh
Khaalid Ibn Al Waleed  dan beberapa orang penunggang kuda Quraisy mula menangkap muslims yang menyeberangi parit secara mengejut dan cuba menyeberangi parit untuk menuju kepada pihak Muslims tetapi pasuka sahabat rasulullah saw  yang diketuai oleh Usaid bin Hudair telah bersedia untuk menyerang mereka  dan dalam konflik tersebut - At Tufail ibn An No'maan telah syahid apabila lembing Wahshee - pembunuh Hamzah dari seberang pihak musuh  - telah tertusuk pada badannya  dan mengenai tufail.

Selain itu, Anak panah yg dibusurkan oleh Habban ibn Al Ariqah ( musuh ) telah terkena pada Sa'd Ibn Muaadh. Ketika Habban memanah ke arah Saad, Habban telah berkata : Ambillah ini ( anak panah ini ) dan aku adalah anak al Ariqah.

Apabila panahan Habban mengena Sa'd ibn Muaadh  RA, Sa'd telah berdoa :  Ya Allah, sekiranya Engkau memanjangkan tempoh peperangan dengan pihak Quraisy ini , maka  panjangkanlah nyawaku  untuk ini. Kerana sesungguhnya , mereka yang aku ingin berjuang menentang adalah merek ayang menetang Rasul-Mu , tidak beriman dengannya dan mengusirnya dari tanah tumpah darahanya ( mekah ) . wahai Allah , sekiranya  dan jika engkau  menghentikan perang ini di antara kamu dan mereka ( quraisy) maka  syahidkanlah aku  tetapi ku mohon agar  tidak diakhiri hayatku  sehingga aku dapat berasa puas ( menentang Bani Quraizah ) ( At tirmidzi , Mujmaa Az Zawaaid; Musnad Imam Ahmad and Serrah An Nabawiyyah  by Ibn Hisham.


Allah SWT telah mengabulkan doa  hamba-Nya ini dan Sa'dlah yang kemudiannya  memberian penilaian atau cadangan akan bagaiamana Bani quraizah  patut dihukum .






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 06:44 PM GMT+8 , Processed in 0.172684 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list