|
|
Cara mudah nak dapatkan revenue kerajaan adalah dari hasil tembakau dan minuman alkohol . Orang gomen tak payah pecah kepala nak memikirkan bagaimana nak menambah pendapatan kerajaan samada mencari sumber pendapatan baru atau menarik pelabur asing melabur dalam bidang-bidang lain.
Mengenakan cukai yang tinggi keatas tembakau/rokok dan arak senang nak justify bagi kerajaan. Rokok dan arak itu haram bagi ummah muslim,Memudaratkan kesihatan, membazir,tak hisap rokok pun tak akan mati dsb. dan yang pasti perokok tetap beli rokok.
Tetapi kesannya, rokok seludup masuk dengan banyaknya, kastam dan agensi pencegahan penyeludupan banyak kerja nak di buat, rokok tiruan muncul dipasaran, kilang rokok di tutup, rakyat hilang pekerjaan, last sekali hasil apa pun tak dapat.yang kaya tokeh rokok seludup. |
|