CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: CARI-IIN

[Tempatan] Tutup Jalan, Benarkan Mat Rempit Lumba Secara Sah - Ku Nan

[Copy link]
Post time 24-2-2016 03:08 PM | Show all posts

Ekspedisi terjun Kutub Utara usaha ubah mat rempit
KUALA LUMPUR 4 April 2007 - – Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyifatkan ekspedisi terjun bebas Kutub Utara oleh 12 anggota Putera UMNO sebagai satu usaha untuk mengubah nasib mat rempit di negara ini.
Beliau berkata, walaupun tidak semua mereka dapat dipulihkan tetapi sekurang- kurangnya penyertaan sebahagian besar mat rempit dalam projek itu merupakan bukti bahawa kumpulan terbabit boleh dibentuk menjadi wira negara.
Beliau berkata, kejayaan menganjurkan ekspedisi tersebut itu sebenarnya adalah hasil daripada pendekatan berani Pemuda serta Putera UMNO yang selama ini bersungguh-sungguh mendekati kumpulan berkenaan.
‘‘Sejak Putera UMNO ditubuhkan, kita telah berusaha bersungguh-sungguh mendekati kumpulan ini (mat rempit) dengan pelbagai cara. Kita terpaksa menggunakan cara yang luar biasa dan di luar kotak pemikiran. Akhirnya tercetus idea untuk menganjurkan ekspedisi itu.
‘‘Bagi kami ekspedisi ini adalah simbolik kejayaan kepada Pemuda dan Putera UMNO dalam usaha menjadikan golongan mat rempit  rakyat yang berjasa kepada agama, bangsa dan negara,’’ ujarnya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis Menandatangani Surat Kebenaran oleh Ibu Bapa dan Penyerahan Insurans kepada penerjun Ekspedisi Kutub Utara Putera UMNO di Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Turut hadir, Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Paduka Husainay Hashim dan Pengerusi Putera UMNO, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.
Secara keseluruhannya, jumlah penerjun di dalam ekspedisi itu sebanyak 13 orang dengan diketuai oleh Abdul Azeez sendiri. Beliau akan menjadi penerjun pertama sebelum diikuti oleh 12 penerjun lain.
Sejarah
Lingkungan umur mereka pula adalah antara 19 hingga 24 tahun. Antara penerjun terlibat ialah Mohd. Irwan Shaari, 19; Norafandi Noordin, 24; Mohd. Khasiain Omar Khan, 20 dan Musa Abu Bakar, 22.
Mereka dijadual melakukan penerjunan pada 15 April ini.
Sekiranya ekspedisi itu berjaya, anggota Putera UMNO itu bakal mencatat sejarah tersendiri iaitu sebagai kumpulan termuda membuat terjunan di Kutub Utara.
Khairy berkata, pada ekspedisi tersebut, kumpulan berkenaan turut membawa bersama bendera Malaysia dan UMNO yang juga dikenali dengan Sang Saka Bangsa berukuran 30.4 meter lebar dan 15.2 meter tinggi.
‘‘Saya berharap semua pihak mendoakan kejayaan mereka untuk membuktikan rakyat Malaysia mampu melakukan sesuatu yang mencabar dan sekali gus memahat satu lagi sejarah,’’ katanya lagi.
Dalam pada itu, beliau menasihatkan semua peserta ekspedisi supaya berhati-hati ketika menjayakan ekspedisi tersebut kerana apa yang mereka lakukan itu berisiko tinggi.
Sementara itu, bapa kepada Mohd. Irwan, Shaari Ismail, 54, dari Baling Kedah ketika ditemui berbangga dengan pemilihan anaknya sebagai salah seorang peserta ekspedisi.
‘‘Diharap selepas ini dia menjadi anak yang berguna. Sebelum ini memang anak saya terkenal sebagai seorang mat rempit tetapi akhirnya Putera UMNO berjaya mengubahnya,’’ ujarnya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2016 02:52 PM | Show all posts
lil_honey replied at 24-2-2016 09:27 AM
adakah ini idea konon nye "makin di larang makin di buat..jadi biarkan sahaja mereka?"

samalah mcam budak2 main mercun sampai putus jari. larang tak mau dengar la ni kita beli mercun banyak2 bagi dorang main. cedera atau mati nanti padan muka.

apsal lah menteri umno ni bangang2 belaka.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2016 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 23-2-2016 09:31 PM
korang ni

tau la tak sokong kerajaan

Cara pemikiran pegawai aka boss mcm kemaruk pulak cemana
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2016 02:33 PM | Show all posts
hari tanpa kenderaan.... habis motor tu bukan sejenis kenderaan ke??
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2016 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Bangla dibagi kerja...
Bangsa sendiri dibagi lalai...

Bagus ler...

Pahtu anak menteri ckp rakyat malaysia pemalas
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2016 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Klau kata umno bodoh...tau ngamuk pula...
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:35 PM GMT+8 , Processed in 0.058518 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list