CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ninoZ

[kompilasi] MASAKAN BARAT dan ANTARABANGSA

 Close [Copy link]
Post time 16-4-2005 11:10 PM | Show all posts
MURTABAK - STYLE S'PORE [cranko21]



Kulit Murtabak

1 kg tepung gandum
80 gm minyak sapi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2005 12:54 AM | Show all posts
Nam Prik Pau [ninoZ]

This is a roasted chili paste that can usually be purchased commercially. It is extremely pungent when fried. It will make your eyes water and cause you to choke if your kitchen is not well ventilated. Because it is easy to buy ready made in Thailand, I have not had to resort to making it myself for many years, but in case you are not so lucky, here is a recipe for it:-

To make approx half a kilo:-

150gm Dried Red Chili,
50gm dry shrimp
50gm kapi [belacan]
50gm tamarind (we refer to this as makham peuak or makham heng, but 'heng' suggests 'dry', when in reality this is the dark brown sticky type of tamarind - not the fresh fruit)
50gm garlic
50gm shallots
50gm sugar
25gm salt
25ml lime juice
100ml cooking oil.

Pound together the dry ingredients (inc. salt and sugar) in a pestel and mortar. Chop the garlic and shallots finely and pound them and the kapi, in as well.

In a bowl mix the pounded ingredients together with the tamarind, the lime juice and the cooking oil.

Fry the resulting paste very gently in a wok for about 30 minutes, frequently turn and press the paste with a large wooden spoon. The oil already blended into the paste should be sufficient for this gentle frying process, but if it dries out because of too much heat add a little more oil to keep it moist, but do not swamp it.

When cool empty into a half liter sized storage jar. Since there are no artificial preservatives, I recommend you store it in a refrigerator.

[my version..cili kering, udang kering, belacan, shallot n garlic tu akan di goreng kejappp je before ditumbuk/blend]

[ Last edited by  NoorMasri at 6-12-2006 11:05 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2005 11:21 PM | Show all posts
Gulai Ayam Mussamman
(Mussaman Gai)[cantique]



Bahan-bahan;

2 cawan isi ayam
3 cawan santan
2 sudu besar kacang tanah (panggang)
5 biji bawabg besar - dihiris
4 biji kentang sederhana besar - dipotong dadu (3 x 3 cm)
3 sudu besar pes kari mussaman
2 sudu besar sos ikan
3 sudu besaar gula melaka
3 sudu besar air asam jawa
3 helai daun bay
1 cm kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
1 sudu besar minyak sawit (Vesawit)


Cara-caranya;
Potong isi ayam kepada ketulan sebesar lebih kurang 2 inci.
Panaskan minyak di dalam kuali, masukkan pes kari dan 1 cawan santan. Kacau di atas api yang rendah hingga wangi.
Masukkan ayam dan kacau perlahan-lahan.
Masukkan santan yang selebihnya dan renihkan selama 5 minit.
Masukkan kentang, kacang, bawang, sos ikan, gula melaka, air asam jawa, daun bay, buah pelaga dan kayu manis. Renihkan sehingga lembut.
Angkat dan hidangkan.



Ketam Sumbat (POOJA) [cantique]
  
Bahan Bahan:

200 gm isi ketam
3 cawan Minyak Sawit Seri Murni
200 gm isi ayam - dikisar halus
5 sudu besar pati santan
2 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
15 helai daun ketumbar - dihiris
  

Bahan-Bahan Rempah (Dikisar Halus)

2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm halia
3 cm akar ketumbar
1 sudu kecil biji lada sulah
  

Bahan-Bahan Perasa

? sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
2 sudu  kecil sos ikan
  
Bahan-Bahan Sos Cili (Digaul Bersama Hingga Sebati)
  

7 tangkai cili merah - dikisar halus
4 tangkai bawang putih - dikisar halus
3? sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil sos ikan
2-3 sudu besar cuka
1 sudu besar daun ketumbar - dihiris
  

Cara Memasak
  
Kacau isi ayam dengan rempah sehingga melekit dan menganjal.
Masukkan tepung jagung dan telur, kacau hingga sebati sebelum masukkan isi ketam dan pati santan. Masukkan daun ketumbar dan bahan bahan perasa.
Keringkan kulit ketam dan masukkan campuran isi ketam tadi ke dalamnya (8 bahagian).

Kukuskan selama 5 minit atau sehingga ianya masak.Biarkan seketika agar ia sejuk. Panaskan minyak sawit.Gorengkan Pooja sehingga berwarna kuning keemasan dan keluarkan.
  
Hidangkan Pooja panas bersama sos cili

[ Last edited by  NoorMasri at 6-12-2006 11:15 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2005 11:22 PM | Show all posts
UDANG JHINGA [cantique]

Bahan-bahan;

15 ekor udang kasar - dibuang kulit dan tinggalkan ekor
1 camca besar daun ketumbar - dicincang halus
1 camca besar daun pudina - dicincang halus
2 biji buah tomato dibelah 4
Garam secukup rasa
Minyak sawit (Vesawit) untuk memasak


Bahan-bahan yang dimesin:

1 biji bawang besar
1 cm halia
2 ulas bawang putih
? camca kecil serbuk jintan manis
? camca kecil serbuk jintan kasar
? camca kecil serbuk ketumbar
1 camca besar serbuk cili
? camca kecil serbuk kunyit
? cawan tairu masam
Jus dari ? biji lemon


Cara-caranya;
Mesinkan semua bahan-bahan di atas dan perapkan bersama udang selama ? jam.
Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dimesin sampai wangi. Masukkan udang dan masak sampai pekat dan kering sedikit.
Masukkan buah tomato dan garam.
Angkat dan hiaskan dengan daun ketumbar dan daun pudina sebelum dihidangkan.

[ Last edited by  NoorMasri at 6-12-2006 11:21 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2005 10:36 PM | Show all posts
CORDON BLEU [Jonah]



BAHAN2 :

kepingan dada ayam tanpa tulang

PERAPKAN KEPINGAN DADA AYAM DENGAN BAHAN INI SELAMA 3 - 6 JAM DAN SIMPAN DALAM PETI AIS:
bawang putih
serbuk lada sulah atau black pepper
fresh cream
garam



KEMUDIAN KELUARKAN DAN BUATKAN BELAHAN PADA DADA AYAM UNTUK MEMBENTUK POKET DAN SUMBATKAN BAHAN2 INI

parutan cheese mozarella
cendawan butang - cincang
daun basil - cincang



KEMUDIAN, TUTUPKAN BELAHAN TERSEBUT RAPAT2 DAN TUTUPKAN DENGAN MENGGUNAKAN BENANG ATAU LIDI



GORENGKAN DADA AYAM YANG TELAH DI SUMBAT INI DI DALAM MINYAK ATAU BUTTER YG SEDIKIT SAHAJA - SEBENTAR SAHAJA - 1/2 MASAK

KEMUDIAN SUSUNKAN DI DALAM LOYANG

CURAHKAN SEDIKIT SOS DI ATAS KEPINGAN DADA AYAM

BAKAR DI DALAM OVEN DENGAN SUHU SEDERHANA SEHINGGA AYAM EMPUK

SESEKALI TERBALIK2 KAN AYAM DAN CURAH LAGI BAHAN SOS DI ATASNYA

ULANG BEBERAPA KALI SEHINGGA AYAM BENAR2 MASAK


BAHAN2 SOS:

Bawang besar - cincang - optional
daun basil - cincang - optional
Fresh cream
1 tin soup cendawan Campbell
cendawan butang - optional
garam
serbuk lada sulah or black pepper

CARA MEMASAK SOS:

Campurkan semua bahan di atas api yg perlahan sehingga mendidih.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2005 08:17 PM | Show all posts
Poutine.[morningdew]

5 medium sized potatoes, peel them and slice in thick fries.
Then drop into pre-heated oil. ketepikan bila dah masak kekuningan.

Sliced n diced Mozarella Cheese.

For gravy or sauce, pick a pouch of 'french fries sauce or hot chincken sauce or any sauce u like, avoid cream base, stir often while thickening the gravy.

Last, put the cheese over the fries in equal portions, and pour generously the gravy/saouce over the cheese/fries mix.

Kentang Bakar Mayo Magic [ninoZ]

bahan-bahan

kentang - direbus 3/4 masak dgn kulit..taruk la garam sket
daun sup n daun bawang - dimayang halus
bwg besar - didadu kecil2
mayonis [kalau nak guna mayonis yg bukan brand mayo magic pun bleh gak ]
sedikit lada hitam kisar
aluminium foil

gaulkan daun sup n daun bwg bersama dgn mayonis, bwg besar dan lada hitam
kentang dibelah dua
isikan sedikit bahan gaul tadi di atas bhg kentang yg telah dibelah n tangkupkan [mcm sandwich kentang la]
bungkuskan kentang tadi dgn kertas aluminium [kalau nak rub kentang dgn butter sket pun boleh gak]
bakar kentang tersebut di atas bbq grill atau dgn menggunakan oven hingga masak..
hidangkan panas2..

variasi
kalau nak tambahkan isi ikan tuna atau isi ayam cincang pun boleh gak..tapi make sure rebus/kukus dulu ayam tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-4-2005 08:59 PM | Show all posts
Banana & Ricotta pizza with ham [RasaCinta]

Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2005 09:06 PM | Show all posts


Balsamic Chicken With Garlic Couscous [dindazZz]

Bahan2:

Ayam Balsamic:
4 keping dada ayam
1/3 cuka balsamic
1/2 stok ayam
2 sb gula
1 ulas bawang putih, dihancurkan

Kuskus:
1 1/2 c. kuskus
2 1/4 c. stok ayam, mendidih
2 ozs. butter
4 ulas bawang putih
1 st thyme

Cara2:
Perapkan dada ayam dgn cuka balsamic, stok ayam, gula dan bawang putih selama 10 minit.

Utk kuskus, tuangkan stok ayam yg mendidih keatasnya. Tutupkan dgn pembalut plastik dan biar 10 minit

Sementara itu, panaskan butter dan tumis bawang putih dan herba thyme hingga naik bau. Tambahkan kuskus tadi dan kacau 2-3 minit

Gorengkan pula dada ayam. Masukkan jus perapan ayam dan masak hingga pekat.

Hidangkan bersama kuskus tadi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2005 12:58 AM | Show all posts


CUCUR AYAM ALA PAKISTAN (PAKORA AYAM) [NoorMasri]

Bahan-bahan:

2 cawan isi ayam dicincang halus
1 labu bawang besar dicincang
2 biji cili hijau dicincang
1/2 inci halia ditumbuk
1 ulas bawang putih ditumbuk
1 sudu besar perahan lemon
garam secukup rasa
1 cawan tepung gram (besan)
1 sudu besar tepung beras
1/2 sudu kecil minyak masak
1 sudu besar daun ketumbar yg dicincang halus
air secukupnya
Minyak utk mengoreng

Cara membuatnya:

Masukkan isi ayam di dlm bekas disertai dgn bawang besar, cili hijau, garam ,air lemon dan halia serta bawang putih. Perap seketika lebih kurang 30 minit.
Didalam bekas lain masukkan tepung gram, tepung beras, minyak masak, daun ketumbar, garam serta air secukupnya agak2 macam buat cekodok.
Campurkan ayam tadi kedlm adunan tepung, goreng didlm minyak yg banyak hingga kekuningan.
Hidangkan panas-panas bersama sos
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2005 06:16 AM | Show all posts


Lo Mai Kai [cranko21] (originally by Gina @ KC
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2005 11:27 AM | Show all posts
pie ayam cream cracker [eonis_balqis]

Bahan utk kulit:
1/3 tin besar susu cair
5 biji telur ayam
20-30 keping biskut cream cracker

Bahan utk intinya:
1 biji bwg besar   ]
2 ulas bwg putih  ]  tumbuk
sedikit serbuk lada sulah
1s/b kicap pekat manis
1 tin kecil kacang peas
1 cwn mixed vegetables
sedikit cendawan butang (jika suka)
isi ayam (dicincang/ potong kecil) @ daging (dikisar) lg byk aym lg best.
1 kiub pati ayam knorr
garam, gula
minyak jagung mazola

Cara membuatnya:
1. Atur sebahagian dari biskut ke dlm loyang.(loyang kena sapu sedikit minyak/margerin)
2. susu dan telur dipukul sebati.
3. tuang adunan susu dan telur ke atas biskut yang dsusun.ketepikan,biarkan kembang..
4. lebihan adunan susu dituang keatas baki biskut utk dijadikan lapisan atas.simpan sedikit adunan utk dtuang ke atas adunan tadi masa hendak d bakar.
5. tumis bwg putih dan bwg besar hingga garing.masukkan serbuk lada sulah,garam,gula dan serbuk perasa.
6. masukkan isi ayam dan air kacang peas.apabila ayam masak masukkan kacang peas, cendawan butang dan mixed vegetables.
7. apabila masak curahkan inti di atas lapisan biskut tadi.tutup inti dgn biskut yg telah drendam dgn bancuhan susu dan telur.
8. bakar dan apabila hampir masak curahkan baki bancuhan yg disimpan tadi ke atas pie ini utk kelihatan berkilat.kemudian bakar lagi hingga masak.

nota:
cuba jgn tak cuba.... pastikan biskut menutupi pie..kalau yg berlubang tu pandai2 le tampal.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2006 05:47 PM | Show all posts


nachos ni... with the toppings [medangtamang]

Ingredients
  • Nachos (keropok jagung... must be imported one with natural flavor or salted aje...)
  • Sos Salsa (yang ni tak kisah la... yang imported pun ada  local pun ada... yang local jenama Maggi... beli yang HOT punyer... mmg best...)
  • Sour Cream (cuba cari yang jenama 'Pura'... kalu tak der... 'Bulla' or any sour cream will do...)
  • Melted Cheese (yang ni susah sket nak dapat... kat spore ada jual kat NTUC... in a jar called as 'Cheese Whizz'... kalu takde... bole pakai normal cheese spread or cream cheese... *note* dun use philadelphia... tp kalu nak cuba... test jer laa... kalu tak sedap jgn marah aku lak... :bgrin:
  • Spring onion or daun bawang...


Method
Senang sgt... Kopok nachos tu serve dalam mangkuk or pinggan... then tuangkan melted cheese, salsa and sour cream... taburkan daun bawang sebagai hiasan....


Nachos [dory-ann]

aku aturkan :

-keropok nanchos (susun di atas pinggan leper penuh)
-yugurt
-jeruk cili
-grated cheddar cheese ( cheddar cheese sedap kalau bakar-melted)
and then bakar kejap utk cheddar cheese tu cair
-bubuh mayonaise dan sos cili..

itu jer bahan yg aku ada...sedap jugak!

kalau bubuh daging hancur + bawang besar dihiris dah masak pon sedap!

variasi: [fairyjasmine]

tortilla -atur lam pinggan, tuang kuah salsa atas dia, tabur ngn grated cheese, then masuk microwave..siappp..

[ Last edited by  NoorMasri at 29-5-2006 05:50 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2006 05:56 PM | Show all posts



CHICKEN PIE [s3Nor!t@]

Bahan-bahan utk inti:

250g isi ayam; dadu kecil
1 biji bawang besar; dadu kecil
2 ulas bawang putih; cincang halus
1 tin chicken / mushroom soup
1 tin button mushroom; dihiris
2-3 biji ubi kentang; potong dadu
1 batang carrot; potong dadu
1 tin kecil green peas
Beberapa helai daun bawang: dihiris
Serbuk lada sulah
Garam secukup rasa
1 ketul chicken cube
1/2 cawan susu UHT
Sedikit dry mixed herbs
Beberapa titis kicap pekat

Cara membuat inti:

Panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga layu kemudian baru masukkan bawang putih. Kacau hingga wangi.

Masukkan isi ayam dan kacau hingga masak (bertukar warna putih).

Masukkan kentang & carrot. Kacau hingga rata dan tutup kuali hingga sayur 1/2 masak. Masukkan sedikit air jika perlu.

Kemudian masukkan pula kicap pekat,chicken/mushroom soup, chicken cube, serbuk lada sulah, kacang peas, dry mixed herbs dan button mushroom. Kacau lagi hingga sebati. Biarkan mendidih sebentar.

Sesuaikan rasa. Apabila kuah agak pekat, masukkan pula susu dan daun bawang. Kacau rata.

Padamkan api dan sejukkan hingga sedia utk diguna.

Bahan-bahan untuk pastry:

10 oz tepung gandum; diayak
4 oz butter; dipotong cube (jgn lembutkan butter)
4 oz air sejuk; masukkan beberapa ketul ais

Cara membuat pastry:

Masukkan tepung gandum ke dalam mangkuk besar.

Masukkan butter dan gaul hingga menjadi breadcrumbs.

Masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli tepung.

Uli hingga doh lembut. Bulatkan dan masukkan ke dalam beg plastik.

Rehatkan di dalam fridge kira-kira 30 minit hingga 1 jam.

Apabila sedia utk digunakan, keluarkan dan bahagi pada 2 bahagian (1 bahagian masukkan kembali ke dalam beg plastik utk mengelakkan doh menjadi kering).

Canaikan hingga dapat menutupi bahagian bawah acuan pai. Gulung doh pada rolling-pin supaya senang utk meletakkan doh ke dalam acuan pai. Tekankan doh merapati acuan. Cucuk dengan garfu di sekitar doh.

Masukkan inti dan ratakan.Ketepikan sebentar.

Kemudian canai pula sebahagian lagi doh utk dijadikan 'cover' pai. Sapukan air di sekeliling bibir 'base' pai tadi sebelum meletakkan 'cover'. Tekan perlahan-lahan supaya kedua2 doh melekat. Potong lebihan doh (digunakan utk hiasan pai nanti).

Tekan disekeliling pai dengan garfu dan buatkan lubang kecil ditengah2 pai dgn chopstick supaya apabila dibakar nanti pai tidak menggelembung. Hiaskan pai.

Sapukan telor diatas pai sebelum membakarnya.

Bakar pada suhu 180C selama 30-35 minit atau hingga golden brown.

Note: Lebihan doh tadi boleh juga diterap dgn cookie cutter utk dijadikan hiasan atas pai. Setelah diterap, sapukan sedikit air di belakang doh dan tekapkan pada kulit pai.

[ Last edited by  NoorMasri at 29-5-2006 05:57 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2006 06:17 PM | Show all posts


Cream Soup Of Chiken [shidaaziz]

1 liter susu segar
2 camb tepung gandum
2 camb mentega
1 ulas bawang putih, ditumbuk halus dengan sedikit garam
1 camb gula
2 cawan isi ayam (sudah dimasak)
sedikit garam, serbuk lada hitam
100 ml krim putar, jika suka

Cairkan mentega, masukkan bawang putih. Kacau hingga wangi. Bubuh
tepung dan kacau atas api perlahan hingga berbuih halus (jangan biar sampai keperangan). Masukkan susu, kacau dengan pemutar belon hingga sebati. Bubuh ayam, gula, garam dan serbuk lada hitam. Bila mendidih, perlahankan api dan renihkan selama 20 min. Bila sup sudah masak, biarkan suam kemudian proses atau kisar hingga halus sebelum dihidangkan. Anda boleh tambah krim putar dan panaskan semula hingga hampir mendidih supaya sup lebih terasa lemaknya.

TIP: Jika inginkan sup yg lebih pekat, larutkan 2 camt tepung jagung dengan sedikit air kemudian tuangkan ke dalam sup dan kacau rata. Renihkan 8-10 min.

Cream Soup Of Chiken [izwanani ]

chicken stok
ayam potong kiub
tepung gandum
butter
garam & lada putih
hiasan-daun pasley

masukkan ayam dlm stok ayam. biar ayam tu empuk then masukkan garam & lada putih.
bancuh butter & tepung sampai sebati dan kalau nak senang campur dgn sikit stok ayam. pas
tu masukkan dlm sup tadi dan kacau dgn cepat supaya tak berketul. bila dah agak mendidih
matikan api & bolehlah dihidang.

[ Last edited by  NoorMasri at 29-5-2006 06:18 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2006 09:28 PM | Show all posts
MIENG KUM [1mas2ra]



A/
daun kadok

B/FILLINGS
5Tb kelapa parut dan toastkan
3Tb bawang merah dice kecik2
3Tb limau nipis dice kecik2
3Tb halia muda dice kecik2
3Tb udang kering/ udang geragau toastkan
3Tb kacang tanah/badam toastkan
2Tb cili padi merah/hijau, hiris

C/SOS
1Tb belacan       )
1/2Tb lengkuas, hiris  )   toast dulu
1/2Tb bawang merah hiris  )
1Tb halia muda hiris  )
2Tb kelapa parut )
3Tb kacang tanah)  toast dulu
2Tb udang kering)
1 cawan palm sugar/ brown candy
2 1/2 cawan air suam
2Tb plum sos
1Tb dark soya

1. Sos.. toast belacan, lengkuas, bwg merah, halia, kelapa, kacang dan udang kering. Sejukkkan dan blend hancur.
2. Masukkan bhn blend tadi dalam periuk dgn gula (palm sugar/ brown candy) dan air, kacau dan masak air perlahan sampai pekat. (tinggal dalam 1 cawan aje sos). Sejukkan.
3. Sediakan filling dalam bekas.
4. Untuk makan, ambil satu daun kadok, pilihlah apa2 fillings atau buh semua, then ambil sos dan tuang atas, lipat  skit kiri kanan daun dan ngap masuk mulut....

Nota: Kelapa parut tu bukan macam kat kedai siap parut, ini kena buat sendiri, beli kelapa muda, korek isi lepastu kena parut panjang2, ni contoh lebih haritu


dan ni palm sugar thai atau cari brown candy kat giant ada jual bahagian gula warna brown rectangle shape pjg2 dalam pack
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2006 09:32 PM | Show all posts


baked stuffed POTATOES [mrsjack]


5-6 biji kentang comey2 (cuci kulit bersih2, rebus smpai empuk)
minced chicken @ beef
selabu bawang besar
3-4 ulas bawang putih
skit garam
skit cili boh (kalu nk pedas)
sos cili
skit daun ketumbar

cara sediakan:
rebus kentang smpai empuk...nk tau empuk ke x cucuk je guna garpu...
agak2  laju je tersoodok isinya...empuklaaa tu.
belah dua kentang tu, pas tu amik sudu @ scoop ice-cream tu...then buangkan isi kentang tu...
buang dlm pinggan jgn buang kt tong smpah plaak
make sure masa keluarkan isi kentang tu tggalkan thin layer kat kulitnya...
dlm 5mm ke.. maksudnya jgn korek abih isi kentang tu...

tumis bawang besar and garlic yg dipotong dadu smpai layu..
masuk cili boh skit...(agak2 je)masa gathering tu my sis x boh pon cili boh ni sbb anak2 dia x mkn pedas...masuk garam...
dah masak cili tu...masuk minced meat...
masak kan smpai daging masak...pas tu masuk kan isi kentang and sos cili..
gaul2 sblum angkat boh daun ketumbar..

isikan kentang yg dah berkorek tadi dgn isi yg dimasak (daging + kentang)
susunkan Kraft's cheese, baked laa plakk
kalu guna microwave dlm 40 to 50 seconds je
done...

sesuai gak untuk bfast, tea, supper...
gmbar ada kot kat thread gathering...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2006 09:33 PM | Show all posts
POMELO SALAD-Thai Appetiser[1mas2ra]



1 pomelo/limau bali-buang kulit, ambik isi simpan dalam peti
taburan
kacang tumbuk ) sangai/toast
udang kering/udang geragau )sangai/toast
sotong yang jual dalam paket, potong pendek2
2 bunga kantan -hiris halus

SOS
100gm palm sugar/brown candy
100ml fish sos
5-6 biji limau nipis, perah ambil air


1. Masak palm sugar dgn fish sos sampai didih, test samaada cukup manis masin, kalau tak tambah apa yang patut.
2. Bila didih, tutup api dan bubuh air limau nipis, kalau tak cukup masam, perah lagi limau nipis. sejukkan dan simpan.
3. Sos ni pekat bila sejuk, boleh tahan lama simpan dalam freezer.
4. Before makan keluarkan pomelo, bubuh tabur2an dan sos dan gaul.

Nota:
Sedap makan sejuk/Mesti makan sejuk.
Resepi atas hanya sebagai basis, boleh tambah ikut suka, contoh haritu buat guna fish sos knife, tengok2 masin so tambah lebih palm sugar lagi biar balance rasa.
Ikut sukalah apa nak campak kat atas asal halal
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2006 07:24 PM | Show all posts
Chicken Rissoles [NoorMasri]

Ingredients

150 g cooked chicken
1/4 cup (30 g) button mushrooms
3 tbsp (25 g) flour
2 tbsp ( 25 g) butter
2/3 cup (150 ml)  chicken stock
1 tbsp double cream (heavy cream)
salt and pepper
shortcrust or rough puff pastry (using 1 3/4 cup (200 g) flour
flour for rolling out
oil for deep frying
1 egg
fine dry white breadcrumbs for coating

Method

1. Chop the chicken finely.

2. Chop the mushrooms.

3. Melt the butter gently in a fairly large pan, add the mushrooms and cook for 1-2 minutes.

4. Stir in the flour, add the stock gradually, and bring to the boil, stirring all the time. Cook for 1-2 minutes.

5. Add the meat, cream, and seasoning.

6. Leave to cool completely between 2 plates.

7. Roll out the pastry very thinly on a lightly floured surface, and cut into eight 12cm rounds.

8. Divide the filling between the rounds, dampen the edges, and fold over to form half circles.

9. Press the edges together and seal firmly.

10. Heat the oil

11. Beat the egg until liquid.

12. Coat the rissoles with the beaten egg and breadcrumbs.

13. Fry in the fat until golden-brown on both sides. Drain well.


Resepi ni akak copy dr internet....

kulitnya guna shortcrust or rough puff pastry kalau malas nak buat sendiri boleh beli dikedai pastry tu..

Gambar ehsan Linn



Gambar ehsan long




RISSOLES [long]


Bahan Utk Inti :-
1 mangkuk kecil isi ayam di potong kecil2
1/2 biji bawang besar - potong dadu
1 1/2 batang celery - potong dadu
1 biji carrot - potong dadu
kacang peas
selain di gunakan bhn2 diatas boleh digantikan dgn frozen mix vege - toskan airnya)
1/2 tin (150 gm) cream of mushroom
3 ulas bawang putih - cincang
tyme - opt

microwave ayam bersama garam dan peper selama 3 mini (boleh juga di panaskan dlm kuali terus) sehingga ayam masak
cairkan butter, masukkan bawang putih, carrot, celery..kacau supaya hampir lembut masukkan ayam dan cream of mushroom tyme.  tutup api masukkan  kacang peas (di masukkan kemudian kerana ia mudah hancur)

BAHAN UNTUK KULIT

1 cawan tepung gandum
11/2  cawan air
1 biji telur
1 sdb oil
sedikit garam

putih telor
bread crumb
minyak utk menggoreng

campurkan kesemua bhn di atas kecuali putih telor dan breadcrumb - tapis supaya tidak bergentel
panas kan kuali - lengserkan dgn sedikit minyak, ambil 1 senduk batter dadarkan - spt membuat lempeng/crepe atau dadar.
angkat dan isikan dgn inti balutkan spt popia atau kueh dadar
celupkan dengan putih telor dan salutkan dgn breadcrumb
goreng dlm minyak tenggelam.

* untuk habiskan inti di atas...gandakan  adunan  batter utk kulit
* sedap di makan bersama cili padi

sedikit butter
garam dan pepper

INTI:



KULIT:



SIAP DIBUNGKUS:



SIAP DISADUR BREADCRUMBS:



DIGORENG:



SIAP DIGORENG:


INDONESIAN RISOLLES [mrs_livingstone]

kawan mrs ckp buat inti dulu so that inti buleh sejuk sementara kita buat kulit dia

Bahan utk inti:
*ayam(atau daging)
*potato potong dadu kecil2
*carrot potong sama size dgn potato
*bawang besar,merah,putih dimayang
*sedikit susu cair
*sedikit susu segar
*garam gula to taste
*minyak utk menumis

Cara buat inti
*panaskan minyak dan tumis bawang2
*tggu sehingga naik bau masukkan ayam dan sayur2
*gaul sebati dan masukkan susu2 apabila bhn dlm kuali dah keluarkan air sendiri
*setelah pekat masukkan garam gula
*tggu segingga kering,angkat san sejukkan



Bahan utk kulit
*Gandum
*telur
*susu cair
*susu segar
*sedikit air
*garam gula

Cara buat kulit
*telur dipukul sedikit dan masukkan ke dlm gandum dan masukkan secubit garam gula
*masukkan susu cair,susu segar dan air sedikit demi sedikit...
*tambah sehingga kepekatan adunan mcm kepekatan susu cair(cam nk buat lempeng)
*tapis supaya tidak berketul
*oleskan minyak dgn tisu pada non stick frying pan dan panaskan
*masukkan sedikit sedikit cam nak buat lempeng tu
*bila bhg tepi dah terangkat,buleh la angkat(tonggeng jer pan tu ke pinggan,biat dia jatuh sendiri)
*ulangi hingga habih


setelah inti sejuk,tiba masa utk membungkus rissoles
Bahan:
*telur secukupnya,dipukul
*breadcrumbs
*minyak utk menumis

Cara:
*bungkus mcm bungkus popia
*celup dlm telur dan gaul dlm breadcrumbs
*goreng
*ulangi hingga habis
*sedia dimakan

penggunaan susu adalah mengikut selera kita,kalau nk letak susu cair sahaja tanpa susu segar atau susu segar sahaja tanpa susu cair pun boleh

Resipi Rissoles ini adalah dari Mama Zieza (RN) dan telah dicuba oleh Puteri Dee (RN).  Gambar sumbangan Puteri Dee.

Bubuh Inti dan Gulung
  

Celup Telur dan Salut Breadcrumb
  

Rissoles yang telah digoreng... siap untuk dimakan
  

RISSOLLES [DianaA/Mama Zieza]

Bahan Kulit
250 gm gandum
1/2 cwn tepung susu
1 sudu teh garam
4  biji telor
650 ml air

Masuk semua dan kacau sebati.

Inti
rempah kari daging
4 biji bawang putih  - tumbuk halus
1 1/2 sudu teh lada putih - serbuk
100 gm carrot dadu (atau pun just guna mixed vegies)
250 gm isi ayam - dicincang
250 gm kentang - didadu
2 biji bawang besar didadu
1 kiub chicken stock
1/2 sudu teh garam
2 sudu teh susu tepung
3 sudu makan tepung gandum
serbok roti (breadcrumb)
telur

cara membuat

untuk kulitnya
buat mcm kita buat kulit kuih dadar...jangan nipis sangat
jangan tebal sangat

Untuk isinya....
Tumis mcm kita tumis bahan inti karipap.....
tapi make sure kentang dia empok...
pastu gulung satu-satu ngan kulit tadi mcm kita gulung popiah goreng.
Celup dengan telor yang telah dipukul sikit... Pastu golek kan kat atas
breadcrumb.... Buat sampai habis... Goreng ... deep fry... tutup masa
menggoreng.... api jgn kuat sangat...

Kalau nak bekukan... tak payah goreng... pegi simpan dalam freezer
selepas digolek-golek ngan breadcrumb.

[ Last edited by  NoorMasri at 1-6-2006 07:27 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2006 07:44 PM | Show all posts
Kombinasi warna dlm kimpap...Hitam (seaweed), Putih (nasi), Merah (lobak merah), Hijau (spinach, timun), Coklat (daging/tuna), kuning (pickled radish, telur).

Kimpap (kim=seaweed, bap=cooked rice)[amida]


Daun sesame
seaweed (empat segi) kalau beli dekat kedai Korean...cakap "kimbap yong kim"
tikar buluh utk mengulung
sesame oil
kicap korea (kalau takda gantikan garam biasa)
sardin tuna
mayonis
Timun - potong memanjang
Radish - potong memanjang
Lobak merah - potong memanjang (tak perlu rebus ya gunakan yg mentah) nanti rasa ranggup
telur - digoreng dululah
1 1/2 pot beras korea/atau beras jepun pun boleh (beras bila dimasak akan melekat/sticky)
*tidak boleh guna basmati atau beras malaysia

CARANYA
1.  Masak nasi menggunakan rice cooker
2.  Apabila nasi sudah masak, ambil sedikit kacau dgn garam, sesame oil  
    (gaulkan sewaktu nasi tengah panas)
3.  Letak tikar kecil utk menggulung kimpap di bawah, kemudian letak
    seaweed diatasnya.
4. Letak nasi tadi atas seaweed, leperkan nasi tersebut jgn terlalu byk
    sedikit jer, pastu atasnya daun sesame (kalau tak da pun takpa), letak
    sedikit mayonis, susun timun, lobak merah, daging/ikan tuna, radish
    secara memanjang/melintang
5  Gulung seperti gulung lemang mengunakkan tikar khasnya utk
    menggulung kimpap (ikut seperti dlm gambar)
6. Potong dan hidangkan

*utk yg baru mencuba kekadang tu utk gulung kimpap akan menjadi messy sketlah tapi lama2 buat tu okay
* Dalam gambar tak letak mayonis...(gambar asal sumbangan dari cikgu korea) tapi amida suka letak mayonis so nanti dia lebih melekat dan sekata
























Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2006 12:57 PM | Show all posts
SOSEJ dan BAKE BEANS SWEET-SOUR [hanieliza]

Bahan:-
10 biji sosej/hotdog [potong 2]
1 tin bake beans yg lembut
1 labu bawang besar [mayang kasar]
3 sdb sos tomato
3 biji lada merah [mayang]
garam
gula
minyak untuk tumis

Cara:-
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan cili merah sehingga wangi.
2. Masukkan sosej dan gorengkan sehingga garing.
3. Masukkan bake beans,sos tomato,gula dan garam.Kacau rata.
4. Bila dah masak boleh dihidangkan dengan roti.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Makanan & Resipi


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 05:27 AM GMT+8 , Processed in 0.064275 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list