|
Pelik Tapi Nyata : Pantai Di Kuantan Bertukar Menjadi Merah!
[Copy link]
|
|
7 bijik lori dah kena bakar, 2 nyawa dah melayang gara-gara lombong boksit dan tayar lori boksit tercabut tercampak atas myvi. Kesian orang Kuantan.
Kereta dah merah...hari panas..hati pun panas..
Elok Lori boksit tu lalu jalan VVIP terkemuka di Kuantan..biar satu Bandar merah...jangan sempadan Terengganu pun merah jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
xde kena mengena dgn lynas. ni bauksit.
|
|
|
|
|
|
|
|
bauksit ke atau red tides
apa puncanya? |
|
|
|
|
|
|
|
Pelik aku dgn kes bauksit ni..xkan sultan, mb, wakil rakyat n lain2 yg berkuasa buat bodoh je? dah makin teruk ni |
|
|
|
|
|
|
|
rsnye kak poziah dah bape kali turun padang .... ingat dorang nk dgr ke ckp mp pkr?
|
|
|
|
|
|
|
|
akak sindir je. bala lynas tak keluar kena bala bauksit
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau ganti MB pun bukan selesai masalah. Macam tu jugaklah. Sekadar buat apa yang termampu. Tgk ni, apa kata MB Trg pulak. Dah nak berjangkit kat Terengganu dah. Bertabahlah rakyat Terengganu.
|
|
|
|
|
|
|
|
KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu sedia mempertimbangkan permohonan pengusaha bauksit yang berhasrat memperoleh lesen melombong di negeri ini, dengan syarat ia tidak mendatangkan mudarat kepada penduduk setempat.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman, bagaimanapun berkata pengusaha bauksit perlu memberi penerangan kepada penduduk tentang kaedah pengeluaran bauksit agar ia tidak mencemarkan alam sekitar dan menimbulkan masalah kepada mereka.
"Sekarang, memang ada yang memohon lesen melombong bauksit di tanah persendirian dan milik Sime Darby Sdn Bhd, namun kita belum memberi kata putus berhubung perkara itu.
"Masalah timbul bila berlaku kecurian bauksit dan pencuri ini mengeluarkan bauksit tanpa mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang sepatutnya dan di sinilah punca kemarahan orang ramai berhubung isu bauksit," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas majlis menandatangani ikrar integriti korporat Terengganu Incorporated Sdn Bhd (TISB) dan 16 anak syarikat, bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini hari ini.
Turut hadir, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Seri Mustafar Ali dan Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Datuk Osman Muda.
Mengulas lanjut, Ahmad Razif berkata kerajaan negeri terpaksa mengeluarkan belanja besar menanggung kos gaji lebihan masa anggota penguatkuasa yang bertugas 24 jam untuk mencegah kecurian bauksit pada masa ini.
"Selama mana kita dapat menghalang perkara ini (kecurian) daripada terjadi dan adalah lebih baik kita memberi kebenaran bagi penjualan bauksit ketika harganya masih tinggi.
"Ia boleh menjadi sumber pendapatan kepada negeri yang juga akan dinikmati rakyat. Harga bauksit pada masa ini amat tinggi dan negeri jiran, Pahang mampu menjana pendapatan sebanyak RM2 juta sebulan hasil eksport mineral ini.
"Justeru, kita bercadang mengeluarkan lesen kepada mana-mana pihak berminat dan mereka mestilah mematuhi syarat ketat yang ditetapkan bagi mengelak pencemaran dan isu berbangkit di kemudian hari," katanya.
Beliau berkata jika pengusaha bauksit didapati melanggar peraturan ditetapkan, lesen mereka akan ditarik balik serta-merta kerana kerajaan negeri tidak akan berkompromi berhubung soal keselamatan penduduk. - Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
Fenomena ‘laut merah’ di Kuantan disiasat kerajaan negeri
KUANTAN 30 Dis. - Kejadian ‘laut merah’ di sekitar perairan Balok di sini sejak semalam, akan disiasat oleh kerajaan negeri dengan mengambil sampel airnya untuk dianalisis bagi mengenal pasti punca fenomena tersebut.
Perkara itu dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Alam Sekitar negeri, Datuk Seri Ir. Mohd. Soffi Abd. Razak kepada pemberita selepas beliau meninjau kejadian itu di jeti nelayan Sungai Balok di sini hari ini.
“Lebih baik dipastikan puncanya supaya tindakan dapat diambil. Hasil siasatan akan dibentangkan pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) nanti agar penambahbaikan dapat dilakukan,’’ katanya.
Fenomena air laut berwarna merah di Balok dan Pelabuhan Kuantan itu yang mengejutkan orang ramai, dikaitkan dengan pencemaran akibat bauksit.
|
|
|
|
|
|
|
|
missus_meow replied at 30-12-2015 07:20 PM
rsnye kak poziah dah bape kali turun padang .... ingat dorang nk dgr ke ckp mp pkr?
Cousin akak pensyarah bahagian alam sekitar mmg related ngan fuziah yg sentiasa nak kajian update tahap bausite kuantan ni... mmg hari2 dia presure pasal kes ni... tapu dah suara pembangkang walaupun dia mp dah jalankan kerja... yg sedih ada jugak penduduk yg beku umno maki hamun dia...sian.. |
|
|
|
|
|
|
|
nicuya replied at 30-12-2015 08:33 AM
sakit hatiiiiii...sakit sekali.....
bru 2 mgu lepas balik kg..xjd lg..la ni sedihnye hati....mmg dh ...
Mama bawak anak bercuti ke Kuantan. Jln2x tepi laut berdekatan Swiss Garden tu ada uncle cina ckp pakai mask. Angin bertiup pun bawak debu bauksit. Besoknya terus blk KL. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Org yg berkuasa kalau drp pahang mmg macam celaka eh.. sorg daripada pekan tu mmg da terbukti.. |
|
|
|
|
|
|
|
harus di ingat projek sapa tuh??hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
pantai berdarah....sesuai nama baru |
|
|
|
|
|
|
|
yang pelik sebab sebelum ni belum pernah berlaku dan terserlah sangat polution tu..kalau dari dulu memang berlaku, tak jadi pelik lah...ke gwane
|
|
|
|
|
|
|
|
Mahal la ikan kat pahang lepas ni.. padan muka hangpa. hari tu MP Kuantan nak bahas usul "bauksit" tapi speaker kata tak perlu.. sekali lagi padan muka oghang pahang |
|
|
|
|
|
|
|
bagus juga laut merah ..kalau dulu kita ingat kat Mesir saja sekarang kat Kuantan pun ada |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm2 isu yg x dilayan ... ade org kata org kuantan dianaktirikan sbb pilih pembangkang ... dah 2 penggal rsnye ....
|
|
|
|
|
|
|
| |
|