CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: El_virarose

Masalah klise~suami tak kerja5

[Copy link]
Post time 13-11-2015 09:58 AM | Show all posts
Lelaki ni bila kita diamkan dia naik mua.
Bukan dia tak tau sebagai suami apa tanggungjawab dia
Nak ckp lelebih dia kata kita membebel. Tak bersuara , kita pulak yg pendam rasa
Serba tak kena kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2015 09:59 AM | Show all posts
tu la suami jgn lama2 sngt tak kerja nanti dah sedap...jadi malas pulak. kalau kaya raya tak kerja xpa la jgk
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2015 10:07 AM | Show all posts
masalah klise, maka, solution pun klise jugak- bersabar aje la..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2015 10:08 AM | Show all posts
dahlah tak kerja then tak membantu pun urusan2 lain even tlg hantar ko ke tmpt keje pun.. memang spesis jantan tak guna.. tolong jangan bantu dia lagi lama kelamaan dia akan selesa dan ko pulak yang akan merana.. sebelum ada anak tu, bertindaklah apa2 yang patut.. ceritakan pada mak ayah dia dan pada family ko.. mende ni masalah besar ko tahu sebab mende ni basic yang suami perlu buat bukan ko yang menanggung dia..

kalau ko tak bertindak, sampai bila bila la ko hadap biawak hidup ni.. dan jangan meroyan lagi dah kat sini sebab ko sendiri yang rela.. huhu..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2015 10:12 AM | Show all posts
errrrrr aku tak boleh la
dedulu penah ajer org ckp susah senang bersama
beri support kalau suami berdikit2 dari bawah

tapi dah banyak kali baca pun kat FD ni pun ada ajer yg menulis
bila susah... bini telan sama2
tapi bila laki berduit sikit... mulalah laki tu lupa diri

kalau spesis bewak pastu pemalas pastu beralasan malas carik keje...... for me gud bye lah
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2015 10:32 AM | Show all posts
susahnyer dapat lelaki yg tak bertanggungjawab, tak faham agama nih. sepatutnya dia rasa rimas duk rumah tak buat apa2 dan ditanggung pulak oleh isteri. kalau usaha mencari tapi tak dapat2 tu lain cerita, ini, benda remeh pun nak jadik isu tak mau keje. dia yakin sangat awak kerja tetap dan mampu maintainkan rumahtangga, so dia rasa takder keperluan pun nak keje susah2. kalau dia tak suka keje tu dia boleh berhenti, awak boleh support punyer kind of attitude. selagi awak cover perangai dia, selagi tu dia susah nak berubah.

1. inform mak mertua suami tak bekerja berapa lama. mintak pdangan dan nasihat. kot2 in laws boleh sound dia and dia nak dgr cakap.
2. push dia utk kerje, tolong siapkan resume, antar application, push dia utk attend interview dll.
3. sementara nak tunggu kerja, u ckp apa expectation you kat dia. takder masalah kalau nak menganggur sementara, tapi tolong gerak tulang 4 kerat tu bantu hal2 rumahtangga. at least tolong masukkan baju dlm washing machine, kemas katil pas tidur, dan sapu2 rumah cikit.
4. mintak dia berubah sikap. cakap awak dah tak tahan dengan sikap dia 'pemalas' dan tak bertanggungjawab tu. awak tau ini masalah besar dia tapi tak berani nak cakap terus terang takut sentap. tapi kalau betul, sentap tak sentap dia kena dgr. takkan nak ckp indah2 jer? dah berlapik pun tak faham2, sound direct jer. beri masa utk berubah.

kalau dia masih jugak dgn perangai lama, sy rasa fikirlah, sblm ada anak nih, nanti ada anak lari parah perangai macam ni.

p/s: masa bercinta nampak tak perangai tak senonoh dia ni dulu? ker dah tahu tapi buat2 tak nampak and fikir dia akan berubah?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-11-2015 10:34 AM | Show all posts
laki mmg cepat sentap kalu kena tegur dgn bini sbb xkeje..
tp mls keje..
klu xnak bgtau keluarga dia.. bawak pegi kaunseling dulu dkt pejabat agama..
kadang2 dia tak mo dengar ckp kita.. tp klu org lain yg ckp dia ok..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2015 10:48 AM | Show all posts
missus_meow replied at 12-11-2015 10:45 PM
penting tu ... asalkan ade laki ... biarlah spesi biawak idop pon ...

uii...sbb tu ada sanggup bergaduh tarik rambut segala,bertumbuk berebut jantan..sebab nk berlaki kekdahnya..hehe.

sorry..tt..bukan kata kat ko..ot kejap..

apa pon ko pk baik2..mn lagi bagus untuk masa depan ko.mintak petunjuk Allah bg jalan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2015 10:49 AM | Show all posts
Hana replied at 13-11-2015 10:07 AM
masalah klise, maka, solution pun klise jugak- bersabar aje la..

redhaaaaa...........
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2015 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Knp suami berenti punca sbb stress?apa mslh tmpt kje tu?
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2015 12:26 PM | Show all posts
El_virarose replied at 12-11-2015 09:52 PM
Memang le senang cakap cerai kan, tapi tu la karang orang ingat time susah tinggalkan laki tu pulak. ...

Perlu, nafkah tu wajib, kalau dia sebagai suami tak mampu nak kasi, maka bapa dia perlu cover kos sara hidup menantu. Aku yakin mak bapa dia dah masak sgt dgn perangai anak dia, saja ja buat-buat tak nampak. Dlm hal ni isteri kena lebih tegas. Tegas tak semestinya berkasar. Bagi dia waktu (lagi sebulan atau dua). Meaning kalau dia tak mampu nak cari kerja you kena suruh dia lepaskan you. Berlambak kat forum ni yg suami tak kerja, asyik makan hasil bini, sampai dah beranak pinak. Gaji kecil dari isteri tu dah kira biasa dah tapi effort langsung tak ada. Jual burger malam-malam pun boleh dapat beribu sebulan. Ni pemalas namanya
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2015 01:06 PM | Show all posts
mak bapak dia tau ke tak yang anak dia tu tak bekerja?
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2015 01:14 PM | Show all posts
i nak bg nasihat SATU je tt.. sbb i nampak dr penceritaan u ni.. laki u ni mmg berniat nak mengangkang kat umah, keje skit2 tapi duit x putus..lauk x sedap, die makan kat luar.. sentap die je nak pikir.. leaki mcm ni, u tak payah acah2 solehah nak menanggung.. ni je solutionnye:


1)STOPkan segala bekalan duit dr u untuk die.. utk ape u sara die? u suami ka? yg keje mcm nak mamps, balik nak masak utk lagi mengangkang, main game? ur money is UR MONEY! jgn bagi se sen pun.


u akan nampak nanti bezanya lepas sekat duit mcm ni.. sama ada die sygkan u & rumahtangga, die akan serious cari keje utk jalankan tanggungjawab sbg ketua keluarga ATAU die akan angkat kaki then cari org yg boleh sara while die mengangkang kat umah..


tak payah bodohkan diri u sndiri ye tt.. good luck!
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2015 01:20 PM | Show all posts
jangan mengandung k. pastikan kau tak mengandung.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2015 01:26 PM | Show all posts
Edited by Lavender_Violet at 13-11-2015 01:36 PM
El_virarose replied at 12-11-2015 11:05 PM
Laki aku ni anak orang senang le jugak, sebab tu dia memang xkisah nak sara family dia. Memang kalau ...
memang dia cakap mak dia boleh jaga dia lagi baik.

Ini penyakit baru jantan akhir zaman. Balik rumah mak bapak bila bini tak suka atau bila susah, ada masalah
Abang Ipar aku pun mcm ni, bercerai dgn bini, dump bini, x de kerja balik dok rumah mak bapak. Bukan muda pulak tu, dah 4 series
Dlm FB bila ada posting2 pasal Ibu, dia mesti komen.
Last komen dia aku baca " bila kena buang, ibu la yg akan kutip kita"
Kalau yg komen tu ppuan, ok gak lah bagi aku, ini jantan
Adoiyyaiii.....
Aku rasa nak reply komen dia 'Phuiiii......"

Baideway, kenapa lah semakin ramai spesis jantan Melayu mcm husband TT ni. Terlalu banyak aku dengar2 masalah2 mcm TT ni
Apa puncanya?
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2015 01:35 PM | Show all posts
aku stuju...ko better make sure ko tak pregnant...TERPREGNANT pon tak boleh...
bertambah masalah ko kalau ko pregnant dgn keadaan laki tak bertanggungjawab mcm laki ko skrg ni...
better ko sit down n fikir masak2 apa yg ko nak dalam hubungan korang suami isteri..
ko listkan ketidak puasan hati ko one by one...pstu cari masa yg sesuai..ko luah everything kt dia..
dia nak sentap ke terasa hati ke, lantak la...yg penting ko dah luahkan apa yg ko pendam n rasa...
jgn la bagi muka sgt kt laki ko tu..nanti bertambah lemak dia...

ko bagi kata putus kt dia...kalo dia syg kt ko dia kena buck up...buat something psl keje dia..
cari keje yg lbh proper...
kalau dia culas lagi..ko bagi je kata putus...takkan ko nak tanggun dia sampai 5 6 tahun lagi???

ntah2 kalau ko berpisah dgn dia...hidup ko lagi aman n tenteram...duit pon bole saving utk diri sendiri...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2015 01:46 PM | Show all posts
cmf_blingblings replied at 13-11-2015 12:26 PM
Perlu, nafkah tu wajib, kalau dia sebagai suami tak mampu nak kasi, maka bapa dia perlu cover kos  ...

Kaka bling2, iols banyak baca dlm FB luahan2 para somi yg dgn marah nya mencerca isteri & ppuan2
zaman sekrg yg menurut theyols materialistik dan tak sanggup bersusah dgn suami. Bila diuji dgn
kesusahan sikit aje, dah mintak cerai
Namun jejantz2 ni semua mmg tak cerita lah apa penyebab minik theyols mintak cerai
Iols terpk mungkin sbb theyols spt biawak hidup sbb tu minik mintak cerai
Setahu iols kita isteri2 ni jarang sesuka ati nak mintak cerai melainkan kalau dah kronik sgt
Point iols disini somi2 ni rasa mcm bini theyols bini durhaka, tak patut diredhai sbb mintak cerai walhal cerai tu sbb theyols pemalas
Theyols jadikan hidup susah tu sbg senjata nak hencap bini, walhal hidup jadi susah sbb theyols yg malas kerja
Iols macam faham perasaan TT bila TT kata bukan senang nak cerai
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2015 01:55 PM | Show all posts
Edited by mdmy at 13-11-2015 02:01 PM

terpulang kepada niat adik
kalau adik terniat nak mintak cerai, adik kena bersedia dengan pelan tindakan yang mantap kalau tak adik akan berdepan masalah kerana semua perlu ada bukti.
Mulai sekarang adik perlu;
  • simpan semua resit bil, barangan makan minum dan sebagainya yang adik tanggung. buat catatan
  • mengadu kepada saudara  LELAKI atau wali tentang masalah adik .. WAJIB citer kat keluarga suami terutama BAPA mertua dan mintak mereka bantu adik mereka tu. Semasa bercerita jangan emosi. fokus kepada masalah syarie. Kalau boleh rakamkan. pakai henfon pun boleh.  catat tarikh.
  • lantik wakil lelaki bagi pihak adik untuk berbincang dengan wakil lelaki dari pihak suami adik untuk mencari jalan keluar kepada masalah
  • buat aduan ke mahkamah syariah untuk memanggil beliau untuk kaunseling
  • buat aduan ke mahkamah untuk permohonan nafkah. sila tetapkan berapakah nafkah yang adik fikirkan munasabah . Kalau tak diberi maka segala yang adik tanggung dikira hutang
  • kalau dia bagi duit by hand, buat catatan dan soh dia sign. better if dia transfer dlm account, senang print statement
nafkah tidak dikira tertunggak jika adik tak buat laporan, so laporkan segera kalau ada niat nak mintak refund walaupun tak bercerai.
sekian saja, untuk nasihat lanjut sila berjumpa peguam syarie yang baik.


p.s. marriage is a contract, no love is required
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2015 02:45 PM | Show all posts
Makcik jual nasi lemak pagi-pagi pun masyuk.
Abang jual burger malam pun masyuk juga.
Doing nothing, pemalas.
Kerja apa weekend itu? Baik TT check juga, entah halal ke, haram ke sumbernya? Kena ambil tahu.

Bukan jangan sampai termengandung TAPI jangan mengandung. Bila kata jangan mengandung, maknanya jangan buat hubungan seks. Alasannya, tiada nafkah zahir kenapa TT perlu penuhi tuntutan batin suami?

Satu lagi, tak payah beli beras, gula, milo, itu ini untuk kegunaan di rumah. Buat sahaja macam rumah orang bujang pemalas masak, minum air sejuk sahaja. Semua makan minum TT beli di luar.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2015 02:54 PM | Show all posts
ape punye suami kau dapat ni?mana kau jumpe tu?
unta padang pasir pun xde malas macam tu tau.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 07:27 AM GMT+8 , Processed in 0.233513 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list