Kadar inflasi naik 2.5% akibat GST, ringgit jatuhMenurut Kementerian Kewangan, peningkatan itu konsisten dengan kesan-kesan inflasi awal, susulan pelaksanaan GST, iaitu kira-kira 1.08 peratus.
[size=100%]KUALA LUMPUR, 20 Oktober:
Purata kadar inflasi meningkat 2.5 peratus untuk April hingga Ogos tahun ini, kata Kementerian Kewangan. Ini berpunca daripada beberapa faktor, termasuk pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) serta kejatuhan nilai ringgit. Indeks harga pengguna untuk Mac tahun ini berada pada 0.8 peratus, manakala April pula ialah 1.8 peratus. “Peningkatan itu konsisten dengan kesan-kesan inflasi awal, susulan pelaksanaan GST, iaitu kira-kira 1.08 peratus,” kata kementerian itu dalam jawapan bertulis di Parlimen. Kementerian itu menjawab soalan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mengenai kadar inflasi disebabkan pelaksanaan GST mulai 1 April hingga 30 September lalu, bagi sektor perkhidmatan, barangan, pengangkutan dan kos sara hidup.
Beliau turut bertanyakan jumlah kutipan GST dari 1 April hingga 30 September lalu, berbanding kutipan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) untuk tempoh sama tahun lalu. Tanpa mendedahkan jumlah kutipan GST, kementerian itu berkongsi kutipan SST untuk tempoh sama tahun lalu berjumlah RM8.749 bilion. “Kutipan untuk GST akan diumumkan pada pembentangan Bajet 2016 (Jumaat ini),” kata kementerian itu.
TRP
|