CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

[Tempatan] Muhammad Firdaus Dulla (adik OKU, Nilai) Meninggal Dunia

[Copy link]
Post time 14-10-2015 04:11 PM | Show all posts
Inalillah.........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2015 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Sawan berdarah2 ye...
Baru tau
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2015 04:22 PM | Show all posts
alinone78 replied at 14-10-2015 04:16 PM
Sawan berdarah2 ye...
Baru tau

ada kena mengena ngan otak kot.
tak sure.

tunggu post mortem nanti
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2015 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Menangis aku baca berita ini..

Puas hati nko kan Lola..mereput la ngkau dlm neraka selamanya:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2015 04:45 PM | Show all posts
Remaja OKU, Muhammad Firdaus Dullah meninggal dunia

Seremban : Remaja orang kurang upaya (OKU), Muhammad Firdaus Dullah, 16, yang kisahnya pernah menggemparkan negara apabila ditemui dalam keadaan menyedihkan, selain kurus kering akibat kekurangan zat di rumahnya di Nilai, tahun lalu, meninggal dunia Hospital Tuanku Jaafar Seremban(HTJS), petang tadi selepas diserang sawan.

Pengarah HTJS Dr Ariffin Mohamad berkata, Firdaus diserang sawan ketika makan tengah hari di rumah kebajikan Taman Sinar Harapan Tunku Ampuan Najihah, di sini, sebelum pihak terbabit menghubungi HTJS untuk memberi rawatan pada jam 12.22 tengah hari tadi.

Katanya, remaja terbabit dibawa ambulans ke HTJS dan dimasukkan ke zon merah namun disahkankan meninggal dunia pada 1.15 petang.

“Jenazah Muhammad Firdaus dibawa ke Jabatan Forensik untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian,” katanya

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kebajikan, Pembangunan Wanita, dan Keluarga negeri Datuk Norhayati Omar yang ditemui ketika menziarahi jenazah Muhammad Firdaus memberitahu, proses bedah siasat itu akan dilakukan esok dan kos pengurusan jenazah serta pengebumian akan ditanggung kerajaan negeri.

Kisah Muhammad Firdaus sebelum ini mendapat simpati masyarakat apabila dia ditemui dalam keadaan kurus kering dan memakai baju lusuh yang sudah reput.

Terdapat najis pada kepala, baju serta anggota badannya yang ditinggalkan di dalam bilik yang kotor dan busuk.

Dia ditemui anggota Jabatan Imigresen negeri yang membuat pemeriksaan di rumah berkenaan pada 2.30 pagi, 21 Jun tahun lalu.

Ibunya, Lolanopita Sadi, 40, pada 5 November tahun lalu mengaku bersalah terhadap dua tuduhan iaitu mengikut Seksyen 33(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana mengabaikan Muhammad Firdaus dan Seksyen 33(c) akta sama kerana meninggalkan anaknya itu tanpa pengawasan sewajarnya.

Pada 17 November tahun lalu, Lola dihukum masing-masing penjara empat bulan dan denda RM6,000 serta penjara tiga bulan dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Sesyen Seremban, bagi dua pertuduhan itu.

Kedua-dua hukuman itu diperintahkan dilaksanakan serentak, bermakna tertuduh hanya perlu menjalani hukuman penjara selama empat bulan.

Muhammad Firdaus ditempatkan di Taman Sinar Harapan Tengku Ampuan Najihah, Seremban dan semakin pulih, terurus serta ceria.

Lola diberi kebenaran datang menjenguk anaknya itu dua kali sebulan.
Sumber : Harian Metro * myMetro
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2015 04:49 PM | Show all posts
Madel replied at 14-10-2015 04:45 PM
Menangis aku baca berita ini..

Puas hati nko kan Lola..mereput la ngkau dlm neraka selamanya:huff ...

kisah yang lalu jadik teladan pada kita semua.

Adik Firdaus tinggalkan kita semua dalam keadaan dia terbela nasib.

Ibu dia pung dah dijatuhkan hukuman.

Sedangkan ramai lagi mak ayah yang aman2 kat luar sana, hidup bersama anak2, abaikan anak2 mereka.

yang mati terjatuh laa dari tingkap, sedangkan dorang ada jah kat umah, yang pegi keje tinggalkan anak, pastu anak melompat ke bawah sbb lapar / takut etc.


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-10-2015 04:57 PM | Show all posts
Allah tak ambil nyawa dia semasa dia terkurung dulu. sekurang-kurangnya bila dia meninggal sekarang, jenazahnya dapat diuruskan dengan sempurna. Bayangkan kalau dia meninggal dalam kurungan dulu?
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2015 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirojiunn.. Moga dirimu ditmptkn di syurga firdaus dik aminnn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2015 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Al fatihah..xberbaloi penjara 4bln je si Lola tu...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2015 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Happy la mak dia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2015 05:12 PM | Show all posts

mak dia pun umpama dapat anak balik tak dapat je pung

hak lawatan 2x sebulan
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2015 05:17 PM | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirojiuun... Semoga Allah tempatkan anak ini di syurga-Nya
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2015 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah...
Syurgalah temptmu dik...
Kita yg normal ni blom tentu nasib ke mana
Penah dgr tazkirah...org2 oku ni Allah cipta adalah sbg ujian utk org2 normal mcm kita...Allah bg peluang free je utk kita berbakti kpd mereka..so atas kita nak lihat mrk mcmn..sbg beban atau sebagai salah satu cara nak dpt pahala mudah...rugilah siapa yg berbuat jahat kpd insan2 mcm ni...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2015 05:25 PM | Show all posts
Sedihnya kisah hidup dia ni..
Parents tak guna.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2015 05:37 PM | Show all posts
peachRose replied at 14-10-2015 09:22 AM
Innalillah...
Syurgalah temptmu dik...
Kita yg normal ni blom tentu nasib ke mana

Alang kah indah nya jika semua kita sedar hakikat ini.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2015 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah wainnailaihirajiun. Semoga mendapat keampunan dan rahmat Allah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2015 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Al fatihah..

Di dunia seolah dia x bertuah (dpt mak yg sebegitu) tapi di akhirat...nasibnya jauhhh lebih untung dari kita2 yg dilahirkan sempurna ni...yang belum tentu arah penghujungnya..
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2015 05:48 PM | Show all posts
Takziah.  
Pengakhiran utk kehidupan yg penuh penderitaan dan kesedihan... Semoga adik Firdaus menemui kebahagiaan dan kegembiraan di sana.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2015 05:49 PM | Show all posts
dunia bukan tempatmu...damaila kamu di syurga yg hakiki...takziah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2015 05:52 PM | Show all posts
Doa yang cool... (dari Sukan Star)

'Ya Allah jadikanlah dia sebagai penolong kepada kedua ibubapanya, dan sebagai harta pertaruhan bagi keduannya. Dan jadikanlah dia sebagai peringatan dan iktibar dan pemohon syafaat bagi kedua ibubapanya. dan beratkanlah timbangan amal keduanya dan penuhilah kesabaran di dada kedua ibubapanya. Dan janganlah dia menjadi fitnah (ujian) selepas kematiannya dan janganlah hampakan keduanya dari mendapat pahala di atas kematiannya'.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 06:53 AM GMT+8 , Processed in 0.222002 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list