CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: changa=famri7

"Stacy Semakin Hampir Kearah Dekati Islam" - Akim (#54 update)

[Copy link]
Post time 26-5-2015 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Dua org ni ade anak angkt sama2 kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2015 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
bukan ayh akim x suka ke...btw akim pernah tggalkn ex girl dia yg steady kt jb nun lepas jd retiss...n prenah baca gosip dia main pil jugak/high..betul ke?
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2015 10:13 PM | Show all posts
alhamdulillah lah kan
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2015 10:13 PM | Show all posts
hadap sgt kat stacy tu napa... muda lagik kan... bnyk masa lagik
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2015 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
jargon replied at 26-5-2015 09:54 PM
bukan ayh akim x suka ke...btw akim pernah tggalkn ex girl dia yg steady kt jb nun lepas jd retiss.. ...

Tgk muka and badan pun dah tau heols jenis amik
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2015 11:35 PM | Show all posts
tak sabar nak tengok stacy berhijab ala2 heliza helmi..jangan akim syok sendiri dah la..

Ada melayu ramai ni tak nak..nak jugak kat stacy..tapi kan,ikut pengalaman I kenal orang sabah, diaorang ni susah tau nak convert..halangan dari keluarga sangat kuat.harap2 dalam kes Akim dan stacy ni semuanya dipermudahkan.Bimbing la dia dengan baik.U dah sentuh2 pegang tangan cuit pipi kena la bertanggung jawab,.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-5-2015 11:40 PM | Show all posts
jargon replied at 26-5-2015 09:54 PM
bukan ayh akim x suka ke...btw akim pernah tggalkn ex girl dia yg steady kt jb nun lepas jd retiss.. ...

Akim mmg ada gf kat jb tu. Tapi dia x la break dgn gf dia lepas AF. Dia break sekitar 2011 mcm tu. 2 tahun lepas AF. Lepas tu baru bertebaran gosip dia dgn Stacy. Tapi tu la kan, Stacy nampak rilek2 je malas nak mengulas hubungan dorg. Malas agaknya nak cakap 2-3 kali.

Tapi yg pasti, hubungan diorang mungkin takkan ke mana. Akim je yg lebih2.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2015 12:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Aaaku bosan..dengan bla..bla..bla...myb ni lagu stacy tgh prektis kut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2015 01:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Hati2 stacy. Tengah mendalami ilmu islam ke ilmu melayu? Jangan tersilap pilih udah. Ada bezanya di situ...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2015 01:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Kakak doakan Stacy dump Akim membusuk itu.

Kakak tak mahu Stacy masuk Melayu.

Sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2015 02:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Selain dari agama melayu, agama arob juga nampak gayanya tengah membiak dengan jayanya di malaysia nan terchinta ini. Hati2 sikit ya stacy.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2015 10:00 AM | Show all posts
Haisshh....simpan2 la sikit cerita tu Akim...kang kot tak jadik...merana pulak. Ambik la kes SA & SA sbg panduan. Terlebih pukul canang...last2...both merana...pasal family yg pompuan tak restu...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2015 10:09 AM | Show all posts
hurm... harap akim mampu la bimbing stacy tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2015 02:24 PM | Show all posts
Akim sasar beli rumah sebelum kahwin Stacy

PENAT bermain teka-teki dengan persoalan hubungan antara pasangan penyanyi popular, Akim Ahmad dan Stacy Angie, kedua-dua bintang Akademi Fantasia itu akhirnya mengakui menjalin hubungan cinta sekitar tahun lalu.

Sebaik pengakuan tersebut dibuat, pasangan itu terus diserang bertubi-tubi dengan soalan panas terutama berkaitan isu berumah tangga berikutan perbezaan agama di antara mereka.



Meskipun meletakkan harapan tinggi terhadap hubungan bersama Stacy, Akim mengakui masih belum bersedia untuk melangkah ke gerbang perkahwinan. Berusaha untuk menyediakan persiapan, penyanyi lagu Inilah Cinta itu berazam untuk memiliki kediaman sendiri sebelum berkahwin.

Malah, penyanyi yang baru berusia 24 tahun itu sempat berseloroh dengan mengatakan hanya menanti seru berkahwin jika Stacy memeluk Islam.

“Secara jujurnya, saya masih tidak bersedia untuk berumah tangga namun perancangan ke arah itu tetap ada. Tunggu Stacy peluk Islam dulu. Lagipun perkara seumpama ini biarlah ditentukan oleh Allah kerana kita hanya mampu merancang.



“Sebetulnya saya masih perlu melakukan beberapa persiapan sebelum berkahwin terutamanya memiliki kediaman sendiri demi memastikan keselesaan keluarga kelak.

“Tanggungjawab menyediakan kelengkapan itu penting kerana saya bakal menjadi ketua keluarga nanti,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Yeo’s Beramal Bersama Bintang dan Menang Duit Raya yang berlangsung di ibu kota baru-baru ini.

Biarpun gigih berusaha melengkapkan persiapan sebelum berumah tangga, Akim turut meluahkan isi hatinya tentang persediaan diri dalam menggalas tanggungjawab menjadi suami isteri.

Baginya tanggungjawab selaku ketua keluarga tidak hanya khusus terhadap menyediakan keselesaan tetapi sikap bertolak-ansur dalam membuat keputusan dan mengawal keinginan amat penting.

“Buat masa sekarang saya mengakui bahawa masih tidak bersedia untuk berkahwin kerana gagal mengawal keinginan sendiri. Pada saya perkara itu penting kerana apabila berumah tangga, semua keputusan perlu diambil kira.

“Sebagai orang muda, saya masih mempunyai keinginan sendiri dan tidak ada sesiapa boleh menghalangnya. Oleh itu, saya fikir lebih baik segalanya diserahkan kepada Tuhan dan biarlah Dia yang menentukannya,” tutur anak kelahiran Johor itu.

Biar mengaku masih belum bersedia untuk berkahwin, hakikatnya kata Akim baik keluarganya atau Stacy, sentiasa menyokong hubungan mereka. Perbezaan agama pula tidak pernah menjadi penghalang yang menyebabkan mereka perlu memutuskan hubungan.

Ditanya mengenai kerjayanya pula, Akim memberitahu, buat masa sekarang dia meletakkan jenama Akim & The Magistrate sebagai keutamaan berbanding kerjaya solonya.

Bakal melancarkan buah tangan sulung bersama The Magistrate pada bulan Ogos depan, album bertajuk Patriot itu memiliki lapan buah lagu.



Selepas menempa nama menerusi lagu Mewangi dan Potret, Akim & The Magistrate akan mengetengahkan single seterusnya berjudul Patriot.

“Kami memilih untuk meletakkan nama Patriot untuk album pertama ini kerana ia membawa maksud pejuang yang sinonim dengan tujuan The Magistrate memperjuangkan muzik dalam industri.

“Selain nama album berjudul Patriot, lagu dengan judul yang sama digunakan bagi menimbulkan semula rasa cinta kepada negara tambahan karya seperti ini kurang mendapat perhatian peminat.

“Perkara yang sama menimpa lagu-lagu bersifat patriotisme apabila kurang diputarkan di corong radio dan hanya mendapat perhatian pada sambutan tertentu,” jelas Akim panjang lebar.



Dalam perkembangan lain, Akim bersama lima selebriti iaitu Nad Zainal, AG, Heliza Helmi, Ajak Shiro dan Atikah Suhaime telah ‘dirantai’ sebagai wajah baharu untuk menjayakan program amal bersama jenama minuman Yeo’s.

“Dalam program tersebut saya akan bergandingan bersama Atikah Suhaime sebagai usaha mengumpul dana bagi membantu rumah anak yatim yang kami wakili.

“Program ini benar-benar telah menginsafkan saya dan mengajar tentang erti bersyukur dengan nikmat dalam menjalani kehidupan yang lebih sempurna berbanding golongan kurang bernasib baik,” jelasnya tersentuh dengan kehidupan anak yatim yang serba kekurangan.






Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2015 02:33 PM | Show all posts
housequeen replied at 27-5-2015 10:00 AM
Haisshh....simpan2 la sikit cerita tu Akim...kang kot tak jadik...merana pulak. Ambik la kes SA & SA ...

SA & SA tu sape?

saari amri ke?
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2015 02:41 PM | Show all posts
doubleA replied at 27-5-2015 02:33 PM
SA & SA tu sape?

saari amri ke?

Sharnaaz & Shila la uols.
Cinta hati yang akhirnya bercakar macam tiada hari esok...


Tetiba pulak rasa nak tengok balik bideo ombak rindu dik shila

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2015 02:43 PM | Show all posts
NazilaSK replied at 27-5-2015 02:41 PM
Sharnaaz & Shila la uols.
Cinta hati yang akhirnya bercakar macam tiada hari esok...

ya ampun, tak terpikior den lalat dgn nanas rupanya

tq kaka, nah munge
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2015 03:05 PM | Show all posts
Stacy, ade yang sanggup ngadap tu harap toksah le banyak beno tarik tali. Pompuan bersepah macam kekabu ditiup angin dekkk...yang sukarela humban diri ke jantan pun banyak. Kira baguih le tu ada Akim sanggup hadap ngan awak. Semoga cepat sampai jodoh yeee... Ade jugak Beyya father figure. Three of you pun looks good together
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2015 03:07 PM | Show all posts
edee_91 replied at 27-5-2015 02:22 AM
Selain dari agama melayu, agama arob juga nampak gayanya tengah membiak dengan jayanya di malaysia n ...

asal ada unsur arob kire dah islam abis dah.
teringat bos lama ber anta ente masa meeting. aku nak balas ber anta ente rasa tersekat kat tekak.
ate orang beranok kat kuale kangsor disuruh anta ente....tak daye le temaaannn...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2015 03:29 PM | Show all posts
rasanya x masalah convert sbb nak kahwin tp jgnlah pula salahkan Stacy klu x mjadi muslimah yg sebenar,akim yg bertanggunjawab utk bimbing dia.klu akim pun hidup tak serupa bikin islamnya,jgn haraplah Stacy tu nak kenal Islam sbenar.Mudahan dipermudahkan klu betul Stacy nak masuk Islam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 08:53 PM GMT+8 , Processed in 0.647252 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list