CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mnm77

Semua masuk Syurga kecuali mereka yang Enggan

[Copy link]
Post time 8-5-2015 06:54 PM | Show all posts
mnm77 replied at 8-5-2015 05:59 PM
Saya dah agak akan keluar kenyataan seperti ini.... setakat ini saya hanya beri hujjah Al-Quran sa ...
Saya dah agak akan keluar kenyataan seperti ini.... setakat ini saya hanya beri hujjah Al-Quran sahaja. Tafsir yang dirujuk pun sebenarnya berdasarkan dari ayat Al-Quran itu sendiri, bukannya pendapat Ulama tanpa sandara Al-Quran.
tafsir ulama pon pasti ada dalilnya (bukti) kan?
bro kata, kebun x kekal, syurga kekal , mana dalil ulamanya, x kan percaya saja apa ulama kata?

sedangkan jannah (syurga) tu cuma ada satu je tempatnya dan bagi saya penghuni jannah (syurga) tu x kekal sebagaimana adam...

Yang dimaksudkan kekal adalah kekal selagi ada langit dan bumi...

sila jawab

Ini hujjah Anti Hadith. Mereka memang suka memburuk-burukkan Ulama, sedangkan dalam Al-Quran sendiri ada ayat yang menyebut tentang antara hamba-hamba Allah yang paling takut kepada Allah ialah ULAMA.

Yang menimbulkan percanggahan ialah kefahaman dari persangkaan tanpa bertanya kepada yang ahli dalam bidang ilmu Al-Quran (Ulama Al-Quran). Dalam Al-Quran ada perintah supaya bertanya kepada Ahlazzikri (mereka yang berpengetahuan) jika tak mengetahui.
Ulama = orang yang berilmu.. (al quran /injil / taurat kitabullah) bukan orang yang mencampur adukkan kebenaran dan kebathilan (sebahagian besar hadith)
Ahli zikir = orang yang mengingati akan berita besar (mesej yang dibawa rasul). bukan orang yang hanya pandai sebut lailahaillallah dan sbgnya...

saya bukanlah anti hadith..tapi sy memang anti kepada kebanyakan hadith..kebanyakannya antara 600000 hadith adalah berita bohong (kepalsuan antara hak dan bathil)

pentingnya kita jadikan al quran sebagai batu ujian (yang mengawas dan memelihara) kitab kitab yang lain termasuklah kitab kitab karangan atau  kumpulan manusia (antaranya hadith)

Ayat tu anda ambil separuh sebab tu faham separuh. Ada KECUALI... (makna bukan setakat tu) dan ada penjelasan TAK PUTUS-PUTUS

Anda tak boleh jelaskan bahagian TAK PUTUS-PUTUS tu sebab anda buat takwilan tak kekal!!
Bila bro telah dijelaskan tentang konsep syurga dan neraka serta langit dan bumi bro akan faham dengan sejelas jelasnya..

Bincang dalam bahasa Al-Quran, beri terjemahannya. Itu lebih baik.

Jannah = taman
Jannaat = taman-taman
Narr = api

Sama = langit
Samawat = jamak bagi langit
Ardh = Bumi

Sekarang jelaskan apa yang anda faham pula.
Jannah  = taman/kebun (syurga) (tempat yang sama) bukan tempat berlainan satu kekal dan satu tidak kekal seperti pemahaman bro..
nar = api (neraka)

sama  =  langit (kedudukan yang mulia)
ardh = bumi (tanah/ kedudukan yang hina)

isra = memperjalankan..

SEMUA RASUL DIPERJALANKAN DARI KONDISI BUMI (kedudukan hina) KE KEDUDUKAN MULIA (langit)

ingat kisah isra mikraj? kaji...

INI SEMUA BAHASA TUHAN, KAMU TIDAK AKAN DAPAT MEMAHAMI KECUALI DENGAN ADANYA PENYAMPAI BERITA (BERITA BESAR)...



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2015 07:27 PM | Show all posts
r1122 replied at 8-5-2015 12:29 PM
Ok bukan salah semua tapi tak tepat..apa tujuan nabi di utuskan? Sila jawab yg ni..nak tengok ap ...

Alif laam raa. (Ini adalah) kitab yang Kami turunkan kepadamu supaya kamu mengeluarkan manusia dari gelap gulita kepada cahaya terang benderang dengan izin Tuhan mereka, (yaitu) menuju jalan Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji.  

(  سورة إبراهيم  , Ibrahim, Chapter #14, Verse #1)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2015 08:54 PM | Show all posts
zek007 replied at 8-5-2015 06:54 PM
tafsir ulama pon pasti ada dalilnya (bukti) kan?
bro kata, kebun x kekal, syurga kekal , mana da ...

Memanglah ada dalilnya... dah dijelaskan di atas.

bro kata, kebun x kekal, syurga kekal , mana dalil ulamanya, x kan percaya saja apa ulama kata?

Bro salah faham. Jangan cepat salahkan Ulama. Saya tak sebut pun Ulama mana, saya hanya guna dalil Al-Quran dari tafsir Al-Quran.

JANNAH = taman. Ini secara literal. Dalam bahasa Malaysia, syurga biasanya digunakan untuk akhirat. Tapi dalam sesetengah terjemahan Indon yang bro guna, surga = taman, yang tidak semestinya taman akhirat.

sedangkan jannah (syurga) tu cuma ada satu je tempatnya dan bagi saya penghuni jannah (syurga) tu x kekal sebagaimana adam...

Sebab tu saya jelaskan, istilah JANNAH dalam Al-Quran, jika dirujuk kepada kehidupan dunia, ia adalah taman di dunia, dan ini TIDAK KEKAL.

Memandangkan bro kata JANNAH itu merujuk kepada hanya SATU tempat saja, saya nak tanya ada tak Jannah di dunia?

Apa yang dimaksudkan dengan Jannaat (syurga-syurga ikut terjemahan Indon)? Dan adakah terletak di satu tempat?

Yang dimaksudkan kekal adalah kekal selagi ada langit dan bumi...

sila jawab

DAH JAWAB BANYAK KALI. Bro ambil SEKERAT ayat tu lalu bro ABAIKAN penjelasan tentang NIKMAT TAK PUTUS-PUTUS.

saya bukanlah anti hadith..tapi sy memang anti kepada kebanyakan hadith..kebanyakannya antara 600000 hadith adalah berita bohong (kepalsuan antara hak dan bathil)

Memang anti hadith selalu kata macam tu, dan tanpa selidik selalunya mereka terus tolak hadith. Bila saya berhujjah dengan golongan anti hadith, saya hanya guna hujjah Al-Quran. Oleh kerana anti hadith selalu burukkan Ulama, walaupun hujjah Al-Quran dibawa terus ereka tuduh kononnya pendapat Ulama semata-mata. Saya dah biasa. Tapi dengan saudara, saya lihat ada sedikit kelembutan (mungkin boleh berlapang) dalam hujjah saudara, jadi saya layan sikit lah.

Bila bro telah dijelaskan tentang konsep syurga dan neraka serta langit dan bumi bro akan faham dengan sejelas jelasnya..

Sila lah

Jannah  = taman/kebun (syurga) (tempat yang sama) bukan tempat berlainan satu kekal dan satu tidak kekal seperti pemahaman bro..
nar = api (neraka)

Buktikan JANNAH itu tempat yang sama dengan dalil Al-Quran.

sama  =  langit (kedudukan yang mulia)
ardh = bumi (tanah/ kedudukan yang hina)

isra = memperjalankan..

SEMUA RASUL DIPERJALANKAN DARI KONDISI BUMI (kedudukan hina) KE KEDUDUKAN MULIA (langit)

ingat kisah isra mikraj? kaji...

INI SEMUA BAHASA TUHAN, KAMU TIDAK AKAN DAPAT MEMAHAMI KECUALI DENGAN ADANYA PENYAMPAI BERITA (BERITA BESAR)...

Saya nak bukti pasal istilah JANNAH (yang semuanya bro terjemah Syurga), yang disebut dalam Al-Quran, yang bro kata merujuk pada hanya pada satu tempat.

Buktikan ini dahulu, baru kita akan nilai betul atau tidak dakwaan 'BAHASA TUHAN' dari terjemahan yang bro cuba sampaikan.








Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2015 09:35 PM | Show all posts
Edited by zek007 at 8-5-2015 09:38 PM
mnm77 replied at 8-5-2015 08:54 PM
Memanglah ada dalilnya... dah dijelaskan di atas.

bro lah yang kena buktikan...bahawa jannah itu mempunyai dua maksud /tempat (Satu adalah kebun - tempat tinggal adam) dan satu lagi syurga (yang diwarisi selepas mati)

Memang anti hadith selalu kata macam tu, dan tanpa selidik selalunya mereka terus tolak hadith. Bila saya berhujjah dengan golongan anti hadith, saya hanya guna hujjah Al-Quran. Oleh kerana anti hadith selalu burukkan Ulama, walaupun hujjah Al-Quran dibawa terus ereka tuduh kononnya pendapat Ulama semata-mata. Saya dah biasa. Tapi dengan saudara, saya lihat ada sedikit kelembutan (mungkin boleh berlapang) dalam hujjah saudara, jadi saya layan sikit lah.

ni antara hadith yang saya selidiki adalah benar..bro ada kefahaman tentang hadith2 ni? cuba try huraikan maksud hadith hadith ni..

Rasulullah SAW bersabda, “Hampir datang suatu masa bahawa Islam hanya tinggal namanya, dan Al-Quran hanya tinggal tulisannya, masjid-masjid mereka indah tetapi kosong daripada hidayah petunjuk yang benar, para ulama mereka pula adalah seburuk-buruk makhluk yang berada di bawah naungan langit kerana daripada mereka itu keluarnya fitnah dan kepada merekalah fitnah itu akan kembali.”
(HR Imam Al-Baihaqi dari Ali RA).

Dari Abu Sa‘id Al Khudri, ia berkata: “Rasululah bersabda: ‘Sungguh kalian akan mengikuti jejak umat-umat sebelum kalian, sejengkal demi sejengkal, sehingga kalau mereka masuk ke dalam lubang biawak, niscaya kalianpun akan masuk ke dalamnya.’ Mereka (para sahabat) bertanya: ‘Wahai Rasulullah, apakah kaum Yahudi dan Nasrani?’ Sabda beliau: “Siapa lagi.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2015 09:43 PM | Show all posts
Edited by mnm77 at 8-5-2015 09:55 PM
zek007 replied at 8-5-2015 09:35 PM
bro lah yang kena buktikan...bahawa jannah itu mempunyai dua maksud /tempat (Satu adalah kebun - t ...

Takkan mengelak bila diminta bukti? Patutnya orang yang benar akan menyampaikan BUKTI bila diminta.

Ni saya bawa BUKTI tentang penjelasan istilah JANNAH/JANNAAT

وَسَارِعُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ
Dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan Syurga yang luasnya seluas langit (samawaat: banyak/jamak bagi langit) dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa
(Aali 'Imran, 133)

Sila jelaskan adakah Jannah yang dimaksudkan dalam ayat di atas terletak di Bumi atau bukan di Bumi?

Kalau di Bumi, bagaimana ia boleh seluas lapisan-lapisan langit dan bumi? Mustahil Jannah dalam ayat di atas merujuk kepada tempat di bumi.

Lihat ayat ini untuk plural kepada Jannah... Jannaat:
وَالسَّابِقُونَ الْأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالْأَنصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُم بِإِحْسَانٍ رَّضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ۚ ذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) dari golongan muhajirin dan ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan merekapun redha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka JANNAAT (syurga-syurga) yang mengalir sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar.
(At-Taubah, 100)

Bagaimana dengan kehidupan mereka? Mereka KEKAL di dalamnya..... disediakan JANNAAT (Taman-Taman Syurga) untuk mereka.

Adakah mereka hidup di dunia sekarang ni? Muhajirin dan Ansar itu?

Lihat ayat ini pula:
وَفِي الْأَرْضِ قِطَعٌ مُّتَجَاوِرَاتٌ وَجَنَّاتٌ مِّنْ أَعْنَابٍ وَزَرْعٌ وَنَخِيلٌ صِنْوَانٌ وَغَيْرُ صِنْوَانٍ يُسْقَىٰ بِمَاءٍ وَاحِدٍ وَنُفَضِّلُ بَعْضَهَا عَلَىٰ بَعْضٍ فِي الْأُكُلِ ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَعْقِلُونَ
Dan di bumi ini terdapat bahagian-bahagian (tanah) yang berdampingan (berdekatan), dan jannaat (taman-taman) anggur, tanaman-tanaman dan pohon korma yang bercabang dan yang tidak bercabang, disirami dengan air yang sama. Kami melebihkan sebahagian tanam-tanaman itu atas sebahagian yang lain tentang rasanya. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir.
(Ar-Ra'd, 4)

Ayat di atas pula menjelaskan perihal taman-taman di BUMI. Juga digunakan istilah JANNAAT. Inilah bukti istilah JANNAAT itu umum, bila merujuk kepada Bumi, ia merupakan taman-taman di bumi (yang tak kekal). Jika JANNAAT merujuk sebagai konteks balasan kepada orang yang bertaqwa, maka JANNAAT merujuk kepada Taman-Taman Syurga yang kekal.

Sekarang sila bro jelaskan 3 ayat di atas bagaimana semua istilah JANNAAT boleh membawa maksud berada di satu tempat?

Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2015 09:53 PM | Show all posts
mnm77 replied at 8-5-2015 09:29 PM
وَسَارِعُوا إِل& ...
Dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan Syurga yang luasnya seluas langit (samawaat: banyak/jamak bagi langit) dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa
(Aali 'Imran, 133)

x faham lagi konsep langit dan bumi ni...
Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) dari golongan muhajirin dan ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan merekapun redha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka JANNAAT (syurga-syurga) yang mengalir sungai-sungai di dalamnya selama-lamanya. Mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar.
(At-Taubah, 100)

mereka dah merasa...kita?

Dan di bumi ini terdapat bagian-bagian yang berdampingan, dan jannaat (taman-taman) anggur, tanaman-tanaman dan pohon korma yang bercabang dan yang tidak bercabang, disirami dengan air yang sama. Kami melebihkan sebahagian tanam-tanaman itu atas sebahagian yang lain tentang rasanya. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir.
(Ar-Ra'd, 4)


bicara soal bumi  = syurga (dalam sistem kerajaan tuhan)
bicara soal bumi =  neraka (dalam sistem kerajaan syaitan/dajjal)

lambat laun bro akan faham...



Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-5-2015 10:02 PM | Show all posts
Edited by mnm77 at 8-5-2015 10:07 PM
zek007 replied at 8-5-2015 09:53 PM
x faham lagi konsep langit dan bumi ni...

mereka dah merasa...kita?

Baca 3 ayat tu dan fahamkan, kemudian jawab soalan saya. Saya dah beri bukti, tapi bro mengelat pula....

Sila bro jelaskan 3 ayat di atas bagaimana semua istilah JANNAAT boleh membawa maksud berada di satu tempat?

mereka dah merasa...kita?

Di manakah balasan JANNAAT pada mereka? Sila jelaskan... di mana?

bicara soal bumi  = syurga (dalam sistem kerajaan tuhan)
bicara soal bumi =  neraka (dalam sistem kerajaan syaitan/dajjal)

lambat laun bro akan faham...

BUKTI mana? Takkan bro pun buat ANDAIAN tanpa bukti? Pastu kata lambat laun akan faham.... ni macam ahli makripat jadian juga kaedahnya.

Saya tak berminat berhujjah dengan orang yang tak ikut disiplin ilmu. Mula-mula saya lihat bro ada sumber hujjah. Tapi sekarang dah nampak mula melalut.... buktikan yang bro ada hujjah yang kukuh, saya akan sambung InsyaAllah...


Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2015 10:13 PM | Show all posts
Edited by zek007 at 8-5-2015 10:14 PM
mnm77 replied at 8-5-2015 09:43 PM
Takkan mengelak bila diminta bukti? Patutnya orang yang benar akan menyampaikan BUKTI bila diminta ...

Neraka
bahan bakar manusia dan batu (bumi)..kenapa tidak jin?

Maka jika kamu tidak dapat membuat (nya) dan pasti kamu tidak akan dapat membuat (nya), peliharalah dirimu dari neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu, yang disediakan bagi orang-orang kafir.  


(  سورة البقرة  , Al-Baqara, Chapter #2, Verse #24)

Allah Pelindung orang-orang yang beriman; Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, pelindung-pelindungnya ialah syaitan, yang mengeluarkan mereka dari cahaya kepada kegelapan (kekafiran). Mereka itu adalah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.  

(  سورة البقرة  , Al-Baqara, Chapter #2, Verse #257)





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-5-2015 10:21 PM | Show all posts
zek007 replied at 8-5-2015 10:13 PM
Neraka
bahan bakar manusia dan batu (bumi)..kenapa tidak jin?

Sila jawab soalan saya pasal JANNAAT dulu.... satu-satu... nanti kita masuk isu NARR pula

Bro sendiri yang kata JANNAH tu hanya pada satu tempat...BUKTIKAN dari Al-Quran. Saya dah sanggah dengan 3 ayat Al-Quran, sebenarnya ada berpuluh ayat lagi...

Kalau cuba konar isu lain buka persoalan baru, nampak sangat dah tak boleh teruskan hujjah...

Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2015 10:35 PM | Show all posts
mnm77 replied at 8-5-2015 10:02 PM
Baca 3 ayat tu dan fahamkan, kemudian jawab soalan saya. Saya dah beri bukti, tapi bro mengelat pu ...
Baca 3 ayat tu dan fahamkan, kemudian jawab soalan saya. Saya dah beri bukti, tapi bro mengelat pula....

Sila bro jelaskan 3 ayat di atas bagaimana semua istilah JANNAAT boleh membawa maksud berada di satu tempat?
BUMI itu adalah syurga - bilamana sistem / aturan / dien /     tuhan yang menang..
BUMI itu adalah neraka - bilamana sistem / aturan / dien /    syaitan / dajjal yang menang..

Memang sukar hendak diperjelaskan satu persatu..tapi ada dterangkan jika kita memahami ayat ayat mutasyabhihat dalam al quran..tuhan suka membuat perumpamaan /misalan / bandingan dalam ayat ayatnya...selain dari ayat ayat yang jelas ada lagi yang x dapat difahami secara literal..tujuannya agar musuh tuhan dan musuh para rasul tidak memahami maksud kandungan alquran..

Bila sistem tuhan yang menang bermaksud (siang /cahaya terang benderang / langit / mulia / syurga = iaitu kondisi beriman(petunjuk) kondisi madinah..
BIla sistem syaitan / dajjal yang menang bermaksud (malam / gelap gulita / bumi / hina / neraka = iaitu kondisi jahiliyah kondisi mekah..

KEDUA DUA SISTEM INI SALING BERSILIH GANTI MENANG DAN KALAH (ADA GARIS EDARNYA)

Tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan MALAMpun tidak dapat MENDAHULUI SIANG. Dan masing-masing beredar pada garis edarnya.  

BILA MALAM  (JAHIL) hati manusia akan jadi gelap (mati)

(  سورة يس  , Ya Seen, Chapter #36, Verse #40)
Engkau masukkan MALAM ke dalam SIANG DAN Engkau masukkan SIANG ke dalam MALAM. Engkau keluarkan yang hidup dari yang mati, DAN Engkau keluarkan yang mati dari yang hidup . DAN Engkau beri rezki siapa yang Engkau kehendaki tanpa hisab (batas)."  

(  سورة آل عمران  , Aal-e-Imran, Chapter #3, Verse #27)

dalam menegakkan sistem tuhan ini ada satu proses yang dinamakan hijrah / isra..

Alif laam raa. (Ini adalah) Kitab yang Kami turunkan kepadamu supaya kamu mengeluarkan manusia dari gelap gulita kepada cahaya terang benderang dengan izin Tuhan mereka, (yaitu) menuju jalan Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji.  

(  سورة إبراهيم  , Ibrahim, Chapter #14, Verse #1)

Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.  

(  سورة الإسراء  , Al-Isra, Chapter #17, Verse #1)

tuhan memperjalankan (isra) para rasul dalam proses ini untuk memenangkan sistemnya..

inilah secara ringkas konsepnya..lihat kepada ayat ayat al quran dan buat perbandingan  /dan furqon.

ayat al quran juga terdapat 2 jenis satu yang diturunkan di mekah dan satu lagi di madinah..pasti ada sebabnya al quran diturunkan secara beransur ansur...










Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2015 10:48 PM | Show all posts
Edited by mnm77 at 8-5-2015 10:51 PM
zek007 replied at 8-5-2015 10:35 PM
BUMI itu adalah syurga - bilamana sistem / aturan / dien /     tuhan yang menang..
BUMI itu adala ...

Masih konar tak jawab pasal JANNAAT...

Satu-satu la.... pastu masuk NARR, ARDH...

Bro sendiri yang kata JANNAH tu hanya pada satu tempat...BUKTIKAN dari Al-Quran. Saya dah sanggah dengan 3 ayat Al-Quran, sebenarnya ada banyak ayat lagi...

Kalau cuba konar isu sampingan yang lain tanpa dapat mempertahan hujjah sendiri, nampak sangat dah tak boleh teruskan hujjah secara ilmiah... takat nak tunjuk kononnya masih boleh berhujjah, biasanya yang ego nak menang akan buat macam tu.

Kita boleh nilai sendiri siapa yang berhujjah menegakkan kebenaran, siapa yang berhujjah nak menang semata-mata...

Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2015 10:50 PM | Show all posts
mnm77 replied at 8-5-2015 10:48 PM
Masih konar tak jawab pasal JANNAAT...

Satu-satu la.... pastu masuk NARR, ARDH...

kan dah jawab tu, ayat yang mula mula sekali...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2015 10:55 PM | Show all posts
zek007 replied at 8-5-2015 10:50 PM
kan dah jawab tu, ayat yang mula mula sekali...

Mana dia jawapan untuk 3 ayat yang saya berikan tu? Satu jawapan untuk satu ayat.

Bro hanya menambahkan percanggahan dengan ayat Al-Quran tersebut.... bukannya memberi jawapan.

Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2015 11:42 PM | Show all posts
mnm77 replied at 8-5-2015 10:55 PM
Mana dia jawapan untuk 3 ayat yang saya berikan tu? Satu jawapan untuk satu ayat.

Bro hanya me ...

BUMI itu adalah syurga - bilamana sistem / aturan / dien /     tuhan yang menang..
BUMI itu adalah neraka - bilamana sistem / aturan / dien /    syaitan / dajjal yang menang..

itulah jawapannya...bila dah faham barulah x timbul soal jannah tu dimana? kekal atau tidak kekal jannah tu dan sbgnya..

Dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan Syurga yang luasnya seluas langit (samawaat: banyak/jamak bagi langit) dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa
(Aali 'Imran, 133)
luas keampunan dan syurga adalah seperti langit dan bumi...ada luas yang ditentukan / ada batas keampunan (seperti mana ayat selagi ada langit dan bumi...) ada waktu yang ditentukan..

x menafikan bahawa syurga itu adalah dibumi... (diwujudkan dibumi)

Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) dari golongan muhajirin dan ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan merekapun redha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka JANNAAT (syurga-syurga) yang mengalir sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar.
(At-Taubah, 100)
mereka dulu pon telah merasai kewujudan syurga setelah sistem tuhan itu menang..kekal selagi sistem tuhan tertegak dan selagi nyawa dikandung badan...

Dan di bumi ini terdapat bahagian-bahagian (tanah) yang berdampingan (berdekatan), dan jannaat (taman-taman) anggur, tanaman-tanaman dan pohon korma yang bercabang dan yang tidak bercabang, disirami dengan air yang sama. Kami melebihkan sebahagian tanam-tanaman itu atas sebahagian yang lain tentang rasanya. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir.
(Ar-Ra'd, 4)
Dan sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang beriman dan berbuat baik, bahwa bagi mereka disediakan surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Setiap mereka diberi rezki buah-buahan dalam surga-surga itu, mereka mengatakan: "Inilah yang pernah diberikan kepada kami dahulu." Mereka diberi buah-buahan yang serupa dan untuk mereka di dalamnya ada isteri-isteri yang suci dan mereka kekal di dalamnya  

(  سورة البقرة  , Al-Baqara, Chapter #2, Verse #25)
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2015 08:35 AM | Show all posts
Salam.......

Dulu masa dengar ceramah, ada satu ustaz tu cerita pasal syurga/ neraka.
Sama la konsep dia ..yang kekal hanya Allah.
Dia bercerita lepas hisab sebahagian masuk syurga dan sebahagian
Masuk neraka..sampai satu mada yang hanya allah mengetahui.

Kemudian allah berfirman pada penduduk syurga/ neraka...
Amacam dah puas??? Maka mereka berkata dah PUAS..maka
Allah akan menghancur kan segala gala nya demi menunjukkan
Bahawasa nya hanya Allah yang KEKAL......

Saya ada bertanya..kalau penduduk neraka mesti depa cakap PUAS
Tapi penduduk syurga ...tak kan mereka kata dah PUAS.... Maklum la
Syurga...nikmat yang tak PUTUS PUTUS.... Tak terjawab pak ustaz.

Lagi satu pasal Adam di JANNAH....ada tak manusia atau jin yang sudah
Berada di JANNAH Akhirat sebelum kiamat???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2015 03:43 PM | Show all posts
zek007 replied at 8-5-2015 11:42 PM
BUMI itu adalah syurga - bilamana sistem / aturan / dien /     tuhan yang menang..
BU ...

Bumi itu Syurga?

BUMI itu adalah neraka - bilamana sistem / aturan / dien /    syaitan / dajjal yang menang..
Bumi itu Neraka?

itulah jawapannya...bila dah faham barulah x timbul soal jannah tu dimana? kekal atau tidak kekal jannah tu dan sbgnya..


Mana BUKTINYA? Yang atas tu semua ANDAIAN KOSONG tanpa bukti!

Kamu nak kata Syurga Neraka semuanya di BUMI?

luas keampunan dan syurga adalah seperti langit dan bumi...ada luas yang ditentukan / ada batas keampunan (seperti mana ayat selagi ada langit dan bumi...) ada waktu yang ditentukan..

x menafikan bahawa syurga itu adalah dibumi... (diwujudkan dibumi)



Dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan Syurga yang luasnya seluas langit (samawaat: banyak/jamak bagi langit) dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa
(Aali 'Imran, 133)


Ayat tu jelas sebut perbandingan LUAS SYURGA, bukan luas keampunan. Bersegera kepada KEAMPUNAN, dan bersegera kepada Syurga.

Keampunan Allah itu Sifat Allah, dan Sifat Allah TIDAK BOLEH DIBANDINGKAN dengan tempat ciptaan Allah. Sedangkan Langit dan Bumi, merupakan tempat, ada keluasannya. Syurga juga tempat (TEMPAT TINGGAL orang yang beriman kelak). TEMPAT ADA KELUASAN. Maka perbandingan keluasannya dijelaskan dalam ayat tersebut.

Dan sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang beriman dan berbuat baik, bahwa bagi mereka disediakan surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Setiap mereka diberi rezki buah-buahan dalam surga-surga itu, mereka mengatakan: "Inilah yang pernah diberikan kepada kami dahulu." Mereka diberi buah-buahan yang serupa dan untuk mereka di dalamnya ada isteri-isteri yang suci dan mereka kekal di dalamnya  

(  سورة البقرة  , Al-Baqara, Chapter #2, Verse #25)


Inilah masalah kamu ambil pemahanan dari terjemahan literal INDON, lalu buat kesimpulan yang salah lalu menimbulkan percanggahan demi percanggahan.

Sebab itu kamu elok lihat kalimah asal yang ARABNYA 'jannaat', dalam terjemahan INDON diterjemahkan sebagai surga-surga, yang bermakna taman-taman dalam bahasa Melayu. Taman-taman (Jannat) itu ikut konteks ayat, ada kalimah jannaat digunakan merujuk kepada taman-taman di dunia, ada juga istilah jannaat digunakan merujuk kepada Taman-Taman Syurga (yang kekal). Banyak kali saya jelaskan bersama contoh-contoh ayat dari Al-Quran, tapi masih nak guna terjemahan INDON ikut lenggok bahasa Melayu. Itu lah masalahnya!


Yang terbaik berbalik kepada Bahasa Arab, bila ada masalah terjemahan dari bahasa lain.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-5-2015 04:03 PM | Show all posts
Edited by mnm77 at 9-5-2015 04:09 PM
zulkifleerahman replied at 9-5-2015 08:35 AM
Salam.......

Dulu masa dengar ceramah, ada satu ustaz tu cerita pasal syurga/ neraka.

Salam...

Sama la konsep dia ..yang kekal hanya Allah.

Setuju.

Dia bercerita lepas hisab sebahagian masuk syurga dan sebahagian
Masuk neraka..sampai satu mada yang hanya allah mengetahui.

Ok

Kemudian allah berfirman pada penduduk syurga/ neraka...
Amacam dah puas??? Maka mereka berkata dah PUAS..maka
Allah akan menghancur kan segala gala nya demi menunjukkan
Bahawasa nya hanya Allah yang KEKAL......

Saya rasa yang di atas ni salah faham. Kalau penjelasan di atas itu benar, wajar diberikan dalil samada dari Al-Quran atau Hadith.
Apa pun, Allah tetap KEKAL, yang ni betul. Cumanya Allah hancurkan segala-galanya masa Kiamat.

Saya ada bertanya..kalau penduduk neraka mesti depa cakap PUAS
Tapi penduduk syurga ...tak kan mereka kata dah PUAS.... Maklum la
Syurga...nikmat yang tak PUTUS PUTUS.... Tak terjawab pak ustaz.

Ada salah faham di situ. Ada banyak ayat Al-Quran menjelaskan kehidupan yang kekal di akhirat (Syurga). Semunya BINASA masa Kiamat, kecuali Allah yang Maha Kekal.

Setelah Kiamat, atas KEKUASAAN ALLAH JUA untuk melakukan apa yang dikehendaki-Nya.

Lagi satu pasal Adam di JANNAH....ada tak manusia atau jin yang sudah
Berada di JANNAH Akhirat sebelum kiamat???

Jannah = Taman (dari segi bahasa)

Kalau akhirat, kita rujuk Jannah sebagai Syurga (Taman yang kekal). Tiada ujian di Syurga, hanya balasan dengan nikmat-nikmat.

Kalau sebelum akhirat: jannah = taman (yang tidak kekal), dan ada ujian.

Setelah Allah cipta Adam AS, Allah tempatkan Adam AS dalam 'Taman', ada pendapat menyatakan ia merupakan satu tempat di langit dan Adam AS diuji di situ. Iblis, yang merupakan dari golongan Jin, pernah berada dalam alam malakut (sebagai penghuni langit). Iblis sebelum dilaknat, dia bebas masuk ke 'Taman'.

Setelah Iblis dilaknat, dia tidak layak lagi untuk berada di alam malakut sebagai makhluk yang dimuliakan (kerana ia sombong), akan tetapi dia masih boleh menyusup masuk ke 'Taman' sebagai makhluk yang hina. Dengan itu, dia menghasut Adam AS untuk melakukan kemaksiatan kepada Allah.

WAllahu a'lam




Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2015 09:51 PM | Show all posts
Ini la yang nak hamba ketengah kan........

Syurga / neraka belum ada penghuni nya  walaupun Adam dan Hawa di
Cipta di Jannah ( taman ...setuju ,bukan jannah akhirat )
Kenapa belum ada penghuni nya? Kerana belum masa nya jatuh rahmat
Dan hukuman Allah.
Syurga / neraka ada tak sekarang? ADA. Akan di hancur kan segala
Gala nya apabila tiba kiamat. Benar firman Allah sesuai dengan keadaan
Nya yang KEKAL.
Kemudian selepas Di adili di mahkamah allah...maka syurga / neraka
Mesti la di pulih kan kembali untuk menerima penghuni penghuni nya.
DAN MEREKA. KEKAL DI  DALAM  NYA.

Wallahualam
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 12:36 PM | Show all posts

alhamdulillah, cantek kupasan....
uncle setuju sama mu mnm77....
kipidap!!!
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 04:56 PM | Show all posts
Salam, nak tanya:


"Dan janganlah engkau menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah. Tiada Tuhan melainkan Dia. Tiap-tiap sesuatu akan binasa melainkan  Allah. BagiNyalah kuasa memutuskan segala hukum dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan (untuk dihitung amal masing-masing dan menerima balasan)."Al Qashash 88


Bilakah kebinasaan ini terjadi, semasa kiamat??? atau?????akhirat????
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 11:44 AM GMT+8 , Processed in 0.106629 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list