CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: atira

[Jenayah] Edisi awal2 lobai dah konpius: sex luar tabii tidak termasuk dlm hukum hudud

[Copy link]
Post time 22-3-2015 11:22 AM | Show all posts
atira replied at 22-3-2015 11:04 AM
aku rasa liwat kene hukum hudud

Liwat Dan Hukumnya

Imam al-Zahabi menukilkan dalam al-Kaba’ir, riwayat Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud:-

“Ada empat golongan manusia, mereka pada waktu pagi dan petang sentiasa berada dalam kemurkaan Allah dan kebencian-Nya.”

Para sahabat bertanya:-

“Siapakah mereka itu ya Rasulullah?”

Jawab Baginda:-

“Mereka itu ialah lelaki yang menyerupai wanita seperti pondan, wanita yang menyerupai lelaki, mereka yang mendatangi binatang dan lelaki yang melakukan liwat atau homoseks.” (HR at-Tabrani dan al-Baihaqi)

Berdasarkan hadith di atas jelaslah betapa durjana dan ruginya mereka yang melakukan larangan Allah SWT sehingga mendapat kutukan dan kemurkaan-Nya. Pada kali ini kita bincangkan lagi secara khusus berkenaan dengan hukum liwat.

Hukum Liwat

Hukum liwat secara ijmak dan sepakat ulama’ bahawa ia termasuk dalam dosa besar.

Menurut pendapat fuqaha’ mazhab as-Syafi’e, dalam kitab Fiqh al-Manhaj menyebut:-

“Liwat adalah persetubuhan pada dubur baik yang disetubuhi itu lelaki mahupun perempuan. Menurut pendapat yang sahih, hukum perbuatan ini ialah hukum zina bagi pelaku sekiranya wujud bukti dan pengakuan.

Sekiranya pelaku seorang muhsan (lelaki atau perempuan yang pernah berkahwin dengan nikah yang sah dan terpelihara daripada zina), dia akan direjam hingga mati.

Sekiranya pelaku bukan muhsan, dia akan disebat sebanyak 100 kali sebatan dan dibuang negeri selama setahun.”

Ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud:-

“Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu ialah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” (surah al-Isra’ 17:32)

Firman Allah SWT yang menceritakan kisah kaum Lut dalam al-Quran yang bermaksud:-

“Patutkah kamu melakukan perbuatan keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun daripada penduduk alam ini sebelum kamu?” (surah al-A'raf 7:80)

Daripada Abu Musa, bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud:-

“Apabila seorang lelaki mendatangi seorang lelaki, mereka berdua adalah penzina.” (HR al-Baihaqi, jilid 8, halaman 233)

Sementara orang yang diperlakukan pula, jika bukan isterinya sendiri, akan dibuang negeri sama seperti hukuman zina bukan muhsan, walaupun dia seorang lelaki atau perempuan muhsan. Ini kerena tempat sasaran perlakuan ini (dubur) tidak melibatkan masalah muhsan atau tidak. Menurut satu pendapat, perempuan yang muhsan akan direjam.

Menurut pendapat Imam as-Syafi’e RH, pelaku liwat dihukum bunuh berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh para penulis Sunan (Asbab al-Sunan) daripada Ibn Abbas RA bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud:-

“Sesiapa yang kamu temui mengamalkan amalan kaum Nabi Lut, hendaklah bunuh pelaku dan yang diperlakukan.” (HR at-Tirmidzi no. 1456, Abu Daud no. 4462 dan Ibn Majah no. 2561)

Terdapat pendapat mazhab lain selain mazhab Syafi’e yang menyebut pelaku liwat dibakar. Pendapat ini berpandukan hadith riwayat al-Baihaqi yang bermaksud:-

“Para sahabat Rasulullah SAW sependapat membakar pelaku dan yang diperlakukan.” (Riwayat al-Baihaqi, jilid 8, halaman 233)

Menurut al-Hafiz al-Munziri, pendapat bahawa hukuman para peliwat dibakar ialah pendapat empat khalifah iaitu Abu Bakar as-Siddiq, Ali bin Abu Talib, Abdullah bin Zubair dan Hisyam bin Abdul Malik.

Pendapat Fuqaha’ dan Mazhab Yang Lain

Dinyatakan di sini pelbagai pendapat ulama’ berkenaan dengan hukuman yang melakukan liwat:-

Pertama:

Jika peliwat itu  muhsan, hukumannya sama seperti had zina iaitu hendaklah direjam. Jika bukan muhsan hendaklah disebat. Inilah pendapat jumhur ulama’, di mana sebahagian mereka menganggap ia menepati takrif zina seperti yang dinukilkan oleh Ibn Qudamah dalam al-Mughni, jilid 8, halaman 181.

Begitu juga pendapat al-Kharsyi daripada kalangan ulama’ Maliki yang menganggap hukuman zina pada syarak. (Lihat Mukhtasar Khalil, jilid 8, halaman 86)

Imam Ibn al-Qayyim menisbahkan pendapat ini kepada ramai ulama’ salaf seperti Ata’ bin Abi Rabiah, al-Hassan al-Basri, Sa’id bin al-Musayyab, Ibrahim al-Nakha’i, Qatadah, al-Auza’i, Imam as-Syafi’e pada zahir mazhabnya, Imam Ahmad dalam satu riwayat, Abu Yusuf dan Muhammad daripada kalangan mazhab Hanafi.

Kedua:

Hukumannya hendaklah dibunuh sama ada yang muhsan atau tidak. Ini merupakan satu riwayat daripada mazhab Hambali bahkan yang paling sahih antara dua riwayat mereka, seperti kata Ibn al-Qayyim. Ia merupakan satu pendapat dalam kalangan ulama’ Syafi’e dan paling rajih dalam kalangan ulama’ Maliki. (Dr. al-Ghamidi, Uqbah al-I’dam, halaman 550)

Ketiga:

Tiada hukuman had yang ditetapkan dalam jenayah liwat sebaliknya hukuman tersebut berdasarkan takzir yang diserahkan kepada pendapat pemerintah. Inilah pendapat Abu Hanifah, Zahiriah dan satu pendapat dalam kalangan ulama’ Syafi’e.

Ibn al-Humam berkata:-

“Sesiapa yang melakukan amalan kaum Lut, maka tiada had ke atasnya di sisi mazhab Abu Hanifah tetapi hendaklah ditakzir dan dipenjara sehingga mati atau bertaubat. Jika dia mengulangi perbuatan tersebut, pemerintah bolehlah membunuh sama ada muhsan atau tidak berdasarkan siasah syar’iyyah.” (Fath al-Qadir, jilid 5, halaman 262)

Keempat:

Pelaku liwat hendaklah direjam jika muhsan dan disebat jika bukan muhsan. Kepada yang dikenakan liwat direjam, sama ada muhsan atau tidak. Hal ini dinukilkan daripada Ibn Hazm kepada Abi Ja’far Muhammad bin Ali bin Yusuf, seorang ahli fiqh dalam mazhab Syafi’e. (Al-Muhalla, jilid 13, halaman 448)

Tarjih

Melihat pendapat para ulama’ dan dalilnya, ada yang mentarjihkan pendapat bahawa pelaku jenayah liwat hendaklah dibunuh sama ada muhsan atau tidak, kerana beberapa sebab:-

Kuat dan jelasnya dalil yang menunjukkan hendaklah dibunuh secara mutlak.

Antara riwayat Ibn Abbas RA:-

“Sesiapa yang melakukan amalan kaum Lut, maka hendaklah dibunuh pelaku dan yang dilakukan ke atasnya.” (HR Abu Daud, at-Tirmidzi, Ibn Majah, Ibn al-Jarud, al-Hakim dan lain-lain. Al-Hakim berkata dalam al-Mustradak: Hadith ini sahih pada sanadnya.)

Ijmak yang telah dinukilkan daripada ramai sahabat. Sekiranya tiada dalil kecuali dengan ijmak ini nescaya memadai. Apatah lagi dengan banyaknya dalil.

Cara Pelaksanaan Hukuman

Para ulama’ telah khilaf cara pelaksanaan hukuman bagi kesalahan liwat. Oleh kerana ditarjihkan hukuman mati, maka persoalan di sini, bagaimana cara perlaksanaannya?

1. Dibunuh dengan pedang seperti orang murtad

Pendapat ini dikemukakan oleh al-Syarbini daripada kalangan fuqaha as-Syafi’e dalam kitabnya, Mughni al-Muhtaj (jilid 4, halaman 144)

Imam al-Syawkani menisbahkan pendapat ini kepada Abu Bakar as-Siddiq RA dan Ali bin Abi Talib RA. (Nail al-Autar, jilid 7, halaman 132)

2. Direjam dengan batu hingga mati

Berdasarkan kepada beberapa dalil:-

a. Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:-

“Pelaku amalan kaum Lut hendaklah direjam sama ada  yang di atas atau di bawah (peliwat dan yang diliwat).” (HR Ibn Abi Syaibah)

b. Athar Ibn Abbas RA:-

“Bahawa hendaklah direjam.” (Al-Muhala, jilid 13, halaman 447 dan Nail al-Autar, jilid 7, halaman 131)

3. Dibakar dengan api

Berdasarkan riwayat al-Baihaqi dengan sanadnya daripada Muhammad Ibn al-Munkadir, bahawa Khalid bin al-Walid RA mengutuskan surat kepada Khalifah Abu Bakar as-Siddiq RA yang mendapati wujud amalan kaum Lut di perkampungan Arab yakni berkahwin seperti perkahwinan dengan wanita (melakukan liwat).

Lantas Khalifah Abu Bakar as-Siddiq RA mengumpulkan para sahabat untuk bermesyuarat. Kenyataan paling tegas dikemukakan oleh Saidina Ali bin Abi Talib RA, antara lainnya:-

“Ini merupakan dosa yang tidak pernah dilakukan kecuali satu umat, di mana Allah SWT azabkan mereka seperti yang kamu tahu. Kami berpendapat hendaklah dibakar dengan api dan para sahabat bersetuju atas pendapat tersebut.” (Al-Sunan al-Kubra, jilid 8, halaman 232)

Al-Hafiz Ibn al-Hajar, selepas menyebut athar ini berkata:-

“Ia amat dhaif dan jika ia sahih sudah pasti menjadi pemutus dalam berhujah.”

Mengikut riwayat al-Waqidi dengan sanadnya daripada Abdullah bin Abi Bakar bin Hazm katanya:-

“Antara lain Umar RA dan Ali RA berpendapat hendaklah dibakar dan selain mereka berpendapat hendaklah disebat. Kemudian Khalifah Abu Bakar as-Siddiq RA mengutuskan surat kepada Khalid bin al-Walid RA supaya dibakar dengan api dan Khalid RA melaksanakannya.”

4. Dilontarkan atau dicampakkan dari tempat tinggi

Ini berdasarkan riwayat daripada Abu Bakar as-Siddiq RA. Begitu juga diriwayatkan daripada Ibn Abbas RA ketika ditanya berkenaan hukuman had peliwat. Jawabnya:-

“Hendaklah dilihat pada tempat paling tinggi di sebuah tempat dan dicampak kepala dahulu dan direjam dengan batu.” (Nail al-Autar, jilid 7, halaman 132 dan al-Muhalla, jilid 13, halaman 446)

5. Dihumbankan ke dinding atau pagar besar ke atasnya

Pendapat ini dinisbahkan oleh al-Syawkani kepada Umar RA dan Uthman RA. Ibn Qayyim juga menisbahkan kepada Ali RA.

Tarjih

Melihat kepada perbuatan para sahabat dalam melaksanakan hukuman berkaitan liwat ini, pengarang kitab Uqubah al-I’dam cenderung menyerahkan hal ini atas pertimbangan pemerintah dan boleh dilaksanakan berdasarkan salah satu cara di atas. Ini tidak lain semata-mata bagi menggerunkan orang ramai daripada terbabit dengan maksiat tersebut.

Golongan Yang Dilaknat

Penulis ingin mengemukakan sebuah hadith yang dinyatakan oleh Imam al-Zahabi dalam kitabnya al-Kaba’ir, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:-

“Tujuh golongan manusia dilaknat Allah SWT dan tidak melihat kepada mereka dengan pandangan ihsan dan rahmat pada hari kiamat, malah Allah SWT berfirman kepada mereka:-

‘Masuklah kamu ke dalam neraka bersama dengan mereka itu para peliwat, yang diliwat, yang berkahwin dengan binatang, yang berkahwin dengan ibu dan anak perempuannya dan yang melakukan onani. Semua mereka melakukan dosa mereka kecuali bertaubat.” (HR al-Dailami)

Semoga Allah SWT  memelihara kita daripada perbuatan songsang dan tempang yang menyalahi agama dan arahan Allah SWT sehingga akhirnya melayakkan kita menghuni syurganya. Aamiiiin.

Wallahua'lam.

http://raudhahjiwa.blogspot.com/2013/12/liwat-dan-hukumnya.html







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2015 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Wowww..
Panjangnya hukum liwat.... patotlah pkr tak ske hudud pas nih... 5 tahun kena penjara digigit nyamuk pon dah meroyan... hahahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2015 11:33 AM | Show all posts
nagapompuan replied at 22-3-2015 11:18 AM
Liwat dihudud, yang lenlain luar tabii ta'azir, kan sis?

Kalau incest masuk hukum mana?

rasanye incest pon termasuk hudud.. kira berzina
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2015 11:44 AM | Show all posts
atira replied at 22-3-2015 11:33 AM
rasanye incest pon termasuk hudud.. kira berzina

Hukum liwat dalam perundangan Islam
Liwat adalah jenayah yang diperangi oleh Islam. Kaum Nabi Lut adalah kaum yg pertama melakukan jenayah ini. Firman Allah swt:
( وَلُوطًا إِذْ قَالَ لِقَوْمِهِ أَتَأْتُونَ الْفَاحِشَةَ مَا سَبَقَكُمْ بِهَا مِنْ أَحَدٍ مِنَ الْعَالَمِينَ . إِنَّكُمْ لَتَأْتُونَ الرِّجَالَ شَهْوَةً مِنْ دُونِ النِّسَاءِ بَلْ أَنْتُمْ قَوْمٌ مُسْرِفُونَ وَمَا كَانَ جَوَابَ قَوْمِهِ إِلا أَنْ قَالُوا أَخْرِجُوهُمْ مِنْ قَرْيَتِكُمْ إِنَّهُمْ أُنَاسٌ يَتَطَهَّرُونَ . فَأَنْجَيْنَاهُ وَأَهْلَهُ إِلا امْرَأَتَهُ كَانَتْ مِنَ الْغَابِرِينَ . وَأَمْطَرْنَا عَلَيْهِمْ مَطَرًا فَانْظُرْ كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُجْرِمِينَ ) الأعراف/80- 84

Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: “Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? “Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas”.Dan tidak ada jawab dari kaumnya selain daripada berkata: “Usirlah mereka (Nabi Lut dan pengikut-pengikutnya yang taat) dari bandar kamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang (mendakwa) mensucikan diri”.Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya (serta pengikut-pengikutnya) melainkan isterinya, adalah ia dari orang-orang yang dibinasakan. Dan Kami telah menghujani mereka dengan hujan (batu yang membinasakan). Oleh itu, lihatlah, bagaimana akibat orang-orang yang melakukan kesalahan.

LIWAT DALAM HADIS SAHIH ATAU HASAN

وروى الترمذي (1456) وأبو داود (4462) وابن ماجه (2561) عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رضي الله عنهما قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ( مَنْ وَجَدْتُمُوهُ يَعْمَلُ عَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ فَاقْتُلُوا الْفَاعِلَ وَالْمَفْعُولَ بِهِ )
Nabi saw bersabda: “ Sesiapa yang kamu dapati melakukan jenayah kaum Nabi lut hendaklah kamu bunuh orang yang meliwat dan orang yang diliwat.” Hadis sahih riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan tirmizi.
وروى أحمد (2915) عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رضي الله عنهما أَنَّ نَبِيَّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : ( لَعَنَ اللَّهُ مَنْ عَمِلَ عَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ ، لَعَنَ اللَّهُ مَنْ عَمِلَ عَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ ، ثَلاثًا ) وحسنه شعيب الأرنؤوط في تحقيق المسند
Nabi saw bersabda “Allah melaknat orang yg melakukan jenayah kaum nabi lut” diulang ayat ini sebanyak 3kali.

HUKUM PERUNDANGAN JENAYAH ISLAM TERHADAP PELIWAT

Ulama berselisih pendapat tentang hukum ini kepada tiga pendapat:

PENDAPAT PERTAMA:
Hukuman bunuh untuk pesalah liwat. Ini adalah pendapat Mazhab Hambali, Mazhab Maliki, Abu Bakar as-siddiq, Ali bin Abu Talib, Khalid bin Al-walid, Abdullah bin Zubair, Abdullah ibnu Abbas dan Ishak bin Rahawiyah.

HUJJAH MEREKA ADALAH HADIS DIATAS
وذهب سعيد بن المسيب، وعطاء بن أبي رباح، والحسن، وقتادة، والنخعي، والثوري، والاوزاعي، وأبو طالب، والإمام يحيى، والشافعي في قول إلى أن حده حد الزاني، فيجلد البكر ويغرب، ويرجم المحصن.

PENDAPAT KEDUA:
Hukuman mereka seperti penzina iaitu sebat 100 rotan dan buang negeri bagi yg tidak muhsan (tidak pernah merasa persetebuhan yang sah) dan direjam bagi yang muhsan. Ini pendapat mazhab Syafie, Sai’d bin Musayyab, ata bin Rabah, hasan, qatadah, Nakhaie, thauri,auzaie, Abu Thalib dan Imam Yahya.
Hujjah mereka adalah menyamakan hukum liwat dengan zina dan berdasarkan hadis yg lemah sanadnya:
روي { أنه صلى الله عليه وسلم قال : إذا أتى الرجل الرجل فهما زانيان }. البيهقي من حديث أبي موسى
Nabi saw bersabda “ Apabila lelaki itu meliwat lelaki lain keduanya adalah penzina.” Hr Baihaqi

PENDAPAT KETIGA: Peliwat hendaklah dita’zir bukan hukuman hudud. Ini adalah pendapat mazhab Hanafi.

KESIMPULAN
Imam Syaukani pengarang kitab Nailur atar mentarjih pendapat pertama yang bersandarkan hadis yg sahih. Apapun pendapat kedua masih dianggap kuat dan ketiga adalah lemah menurut ulama kerana jenayah liwat tidak kurang dari jenayah zina. Zaman Nabi saw tidak pernah berlaku kes liwat.

http://darulilmi.org/2013/03/03/495/

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2015 11:47 AM | Show all posts
ib-instaforex replied at 22-3-2015 11:44 AM
Hukum liwat dalam perundangan Islam
Liwat adalah jenayah yang diperangi oleh Islam. Kaum Nabi Lut ...

yeapp.. liwat hukum nye hudud.. ada mazhab anggapnye takzir
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2015 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
ib-instaforex replied at 22-3-2015 11:22 AM
Liwat Dan Hukumnya

Imam al-Zahabi menukilkan dalam al-Kaba’ir, riwayat Abu Hurairah RA bahawa  ...

Kalau dah dari hadis obviously ianya hukum manusia macam hukum sivil, bukan nya hukum dari elohim.
So tak oayah menggelupor setiap benda konon hukum elohim, itu dah mendusta elohim
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-3-2015 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_WonBin replied at 21-3-2015 11:09 PM
Belajar tak habis kah?

Ngok...even the most brilliant people pun tersilap...unless if ur god...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2015 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
atira replied at 22-3-2015 11:47 AM
yeapp.. liwat hukum nye hudud.. ada mazhab anggapnye takzir

Kira ketum bersyukur lah kena takzir penjara 5 tahun je..kalau tak dia dah kena rajam ka sula ka sampai mati..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2015 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Changa replied at 22-3-2015 12:49 PM
Kalau dah dari hadis obviously ianya hukum manusia macam hukum sivil, bukan nya hukum dari elohim. ...

Kenapa sis..ngeri kah dgn hukuman tu?

Kembalilah ke jalan Allah....binatang pun x buat mcm manusia...keji sgt homo ni kan sis
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2015 01:16 PM | Show all posts
ib-instaforex replied at 22-3-2015 11:44 AM
Hukum liwat dalam perundangan Islam
Liwat adalah jenayah yang diperangi oleh Islam. Kaum Nabi Lut ...

terlalu banayk pendapat.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2015 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
ib-instaforex replied at 22-3-2015 11:44 AM
Hukum liwat dalam perundangan Islam
Liwat adalah jenayah yang diperangi oleh Islam. Kaum Nabi Lut ...

Sebelum ni hudud pas menghalalkan liwat isteri..tapi pindaan yg dibuat ini liwat isteri diharamkan jugak..

Letih wooo..hukum Allah selalu dipinda..rupanya tak sempurna juga..
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2015 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak_Nogori replied at 22-3-2015 01:17 PM
Sebelum ni hudud pas menghalalkan liwat isteri..tapi pindaan yg dibuat ini liwat isteri diharamkan ...

Letih anya baca nya Uncle AN... anya fikir utk ketum kita beri jer semua...sebat rejam bakar pastuh bunuh...hukum Allah kannn... barulah macai2 dia ada sebab kukuh nak bermogok lapar gantung gambar mahatma gandhi bagai.... hahahaha...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2015 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
~anya~ replied at 22-3-2015 01:51 PM
Letih anya baca nya Uncle AN... anya fikir utk ketum kita beri jer semua...sebat rejam bakar pastu ...

Memang letih anya..pada hal..liwat isteri yg pas halalkan dulu tu telah diluluskan oleh pas lebih kurang 20 tahun lepas..masa tu cerdik pandai islam termasuk sister in islam membantahnya.

Masa tu juga..macai2 lobai2 pas bukan main lagi tunjuk pandai..dlm islam katanya..bila isteri dah sah..tak haram taruk belakangnya..yg haram taruk belakang org lain.

Kini tuhan byr cash lagi..selepas 20 tahun pas pinda plak liwat isteri haram plak..sat halal sat haram..tak tahu lah lepas ni apa lagi yg pas nak pinda hukum Allah ni anya...alasannya silap.

Pada uncle lah anya..kalau ketum dibakar, dibunuh dirajam..macai2nya disula je..lepas tu gantung kat tiang letrik..supaya dijafikan tauladan buat semua...byk2 org..peliwat tegar ko pi sokong..
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2015 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak_Nogori replied at 22-3-2015 02:11 PM
Memang letih anya..pada hal..liwat isteri yg pas halalkan dulu tu telah diluluskan oleh pas lebih  ...

Itulah...
Sekejap halal sekejap tak halal... sekejap hudud sekejap takzir... kalau sentiasa dok sebut hukum Allah tapi sentiasa pula manusia pinda dan ubah... sah sah itu hukum dari manusia... bak kata sis changa pon... tak perlu lah menggelupor sangat kengkohnon mempersendakan hukum Allah jikalau orang  tak setuju dengan hudud nih...

Macai ketum bodo giler uncle AN.. derang nak buat mogok lapar demi ketum... harap2 cepat2lah mampos. .
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2015 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
~anya~ replied at 22-3-2015 03:12 PM
Itulah...
Sekejap halal sekejap tak halal... sekejap hudud sekejap takzir... kalau sentiasa dok s ...

Itulah..bila kita bincangkan..kita ada asas utk kritik..bukan sembarangan kritik..jgn lah asik dok kapirkan kununnya kita lawan hukum Allah swt..baca dan fahami apa yg diperkatakan.

Kalau ada hujah..sanggah lah..tak puas hati .PA..tu yg jd ugut nak bunuh, rogol dan sebagainya tu..dan akhirnya islam dilihat hodoh..bukan hudud.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2015 04:36 PM | Show all posts
Anak_Nogori replied at 22-3-2015 02:11 PM
Memang letih anya..pada hal..liwat isteri yg pas halalkan dulu tu telah diluluskan oleh pas lebih  ...

bleh bagi link statement tokoh pas yg kata hala meliwat isteri, yg salah liwat org lain.............aku nak tgk btol ker idak atau pun cam biasa ko pusing ayat jer

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2015 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 22-3-2015 04:36 PM
bleh bagi link statement tokoh pas yg kata hala meliwat isteri, yg salah liwat org lain........... ...

Tu bukan tokoh pas..tapi ada dlm enekment hudud..sbb tu skrg enekment liwat isteri tu dipinda..termasuk lah sex luar tabii dgn binatang dan mayat ini.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2015 05:15 PM | Show all posts
Anak_Nogori replied at 22-3-2015 05:11 PM
Tu bukan tokoh pas..tapi ada dlm enekment hudud..sbb tu skrg enekment liwat isteri tu dipinda..ter ...

so xder laa statement cam yg ko dakwa iaitu PAS HALALKAN LIWAT BINI SENDIRI kan........tu laa aku kata, masalah draf sblom nih  adalah loose legal term jer, n yg tu mmg bleh dibaiki lagi.........padahal dah diterangkan lepas tu oleh tokoh PAS dan aku pun dah selalu sgt dok ulang mendalah tu ko masih dok jaja pemahaman ko sendiri then cakap PAS yg kata halal liwat bini sendiri.............

Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2015 07:10 PM | Show all posts
axl_bach replied at 22-3-2015 05:15 PM
so xder laa statement cam yg ko dakwa iaitu PAS HALALKAN LIWAT BINI SENDIRI kan........tu laa aku  ...

so takde la hukum elohim mana kan kalau dah berubah2 draf pelbagai?
tak payah la nak calit nama elohim supaya orang tak boleh nak persoalkan.
itu mendusta elohim nama nya.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2015 07:18 PM | Show all posts
Changa replied at 22-3-2015 07:10 PM
so takde la hukum elohim mana kan kalau dah berubah2 draf pelbagai?
tak payah la nak calit nama e ...

Kau punya pro Israel..........itu aku anti.
Tapi kau punya point kat sini tentang hukum manusia dikatakan hukum Allah SWT.................aku 100% bersetuju.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 06:55 PM GMT+8 , Processed in 0.275836 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list