Kesian sangat dgn mangsa african scam ni tambahan pulak kalau terkena pd orang yg kita kenal . Rasa rugi sangat sangat. Ada jiran sekampung aku ada suami anak dan cucu pun terkena jugak . Dia dalam proses nak minta cerai dgn suami setelah berkenal dgn pegawai tinggi tentera bersara bangsa kacukan arab pakistan. Tapi kenal dr face book aje tak pernah pun berjumpa. Janji nak kawin dan hantar cincin diamond harga 600k usd .
Tapi malang nya cincin di tahan pihak kastam malaysia dan kena tebus utk dapat semula. So dia pun hantar wang tebusan 30 k. Tapi tungu dan tungu cincin tak sampai so dia call kastam utk pengesahan . Baru la tau yg pegawai kastam yg dia mula mula berurusan tentang parcel itu ada lah pihak yg menyamar. Sah dia telah tertipu.
Aku rasa mcm susah nak percaya tapi memang benar terjadi. Kesah ini terdedah di mahkamah shariah semasa
kes perbicaraan perceraian nya. Sungguh tak sangka warga emas pun boleh terpedaya dgn awang hitam haram jadah ni. Tak tau nak kata apa lagi