CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ferr_Remy

FILEM "DOCUFILM" BANGUNAN 2015 [UPDATED: LOKASI DIKENAL PASTI]

[Copy link]
Post time 23-2-2015 01:17 PM | Show all posts
Yang cerita 1 & 2 best..
Cerita 3 tak best langsung!
Nak tengok sebagai hiburan ok la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-2-2015 01:00 AM | Show all posts
myakayina replied at 23-2-2015 12:09 PM
ohh.. so filem bangunan tu refer ke tempat ni ke?

ye la kot.. i da siasat.. sorg forumer cakap kat puchong.. sorg lagi ckp driving school.. i combined kan dua2 kat google.. dpt pic ni.. and sama plak tu mcm dlm filem.. i da msej kat fb fanpage driving school ni.. diorg x mo jawab hahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2015 01:01 AM | Show all posts
kekure replied at 23-2-2015 01:17 PM
Yang cerita 1 & 2 best..
Cerita 3 tak best langsung!
Nak tengok sebagai hiburan ok la

Citer 1 best? Biasa je.. I suka citer number 2 n part krew kena rasuk.. citer yg last tu sgt boring
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2015 10:02 AM | Show all posts
haha..highland tower aku tengok sekali je.. haram tak best. villa nabila tengok pun sebab ada orang belanje.. tu pun lelama mengantuk.. kelakar scene pekin cakap dgn en.polis. muka polis tu tak dak feel. haha..sound efek aje pulun berdentam dentum sampaikan botol kaca jatuh pun nak berdentum padahal tak da apa..

kalau citer omputih grave encounter pasal hospital mental yang lama ditinggalkan. orang hilang n tak jumpa jalan keluar. aku rasa boleh gagah. berjaya buat aku stres dengan saspen dia tapi still follow sampai habis. grave encounter 2 tak brape best. awal2 cerita banyak kelucahan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2015 11:25 AM | Show all posts
awat banyk yg maki kat utube dari memuji ini pilem?
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2015 12:32 PM | Show all posts
Ferr_Remy replied at 24-2-2015 01:01 AM
Citer 1 best? Biasa je.. I suka citer number 2 n part krew kena rasuk.. citer yg last tu sgt borin ...

Ok la cerita no 1 tu berbanding no 3 uols
Lagipun cerita no 1 tu menjadi basis kepada cerita no 2
Bagi ai ok la kedua cerita tu

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-2-2015 01:10 PM | Show all posts
metro puchong ni aku takto la berhantu ke tak.
tapi kawasan sekitar tu memang keras pun.
slalu je nampak.
Malam2 memang sunyi gile.
siang pn mcm suram je.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2015 02:54 AM | Show all posts
mamaezah replied at 24-2-2015 11:25 AM
awat banyk yg maki kat utube dari memuji ini pilem?

org malaysia kan slalu kutuk dlu walaupun x tgk? uols ni mcm la x phm budaya kat sini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-2-2015 02:55 AM | Show all posts
kekure replied at 24-2-2015 12:32 PM
Ok la cerita no 1 tu berbanding no 3 uols
Lagipun cerita no 1 tu menjadi basis kepada cerita n ...

npae u x suka part krew kena rasuk tu? seram wooo

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2015 10:56 AM | Show all posts
Ferr_Remy replied at 25-2-2015 02:55 AM
npae u x suka part krew kena rasuk tu? seram wooo

Part 2 tu ok..
Cuma cam over pulak dorang time tu especially Khir
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2015 08:47 PM | Show all posts
Bagi aku citer nie rekaan.
Tengok gaya CCTV pon dah tau la lakonan.
Sorry to say.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2015 07:52 AM | Show all posts
memang pun cerita rekaan.....tapi respek kat director sebab masih ada orang percaya benda ni real.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2015 10:22 AM | Show all posts
Menurut pengarah part CCTV mmg real. Dorg jumpa footages tu masa buat research utk filem lain tajuk 'Garang' kalau tak silap. Part CCTV aku rasa mmg real pun cuma lain2 tu rekaan je.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2015 04:55 PM | Show all posts
yg part org2 dorg kne rasuk n panjat dinding tu pun rekaan ke??cam real kan...seram gak part tu...yg yusran tu cm betol je...
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2015 10:36 AM | Show all posts
KISAH BENAR!!!!
bel amik ni dari satu blog...at first ingat mmg citer fooatage yg lain tp bila dh tgk rupanya mmg tiada skrip n lakonan dlm filem ni...cer baca...


Kenyataan Khir Rahman pada awal pembukan filem dokumentari (dinyatakan, para pembikin tidak membuat-buat rakaman yang dilakukan, tiada lakonan, mereka mengaku, semuanya dirakam dan diselidik ala gerila dan rasmi, tanpa skrip, kecuali monolog awal Khir itu dan beberapa tulisan atas layar) ini merumuskan segala-galanya. Mungkin secara tidak sedar, ini suatu lagi hentakan kepada Dr. M yang amat melecehkan filem seram, walaupun memang, dalam keadaan Khir dan Sein menyusun fotaj yang diambil, sudah tentu Khir dan Sein juga mempunyai keinginan untuk filem ini "untung" (kerana itu subjek ini diambil), dan sebagai seorang peminat filem seram, bagi aku projek kecil mereka ini berbaloi.

Dokumentari ini mengambil tradisi siasatan dan rakaman tempat yang dimaksudkan, yang sudah menjalar lama pada era rancangan dokumentari TV pemburu hantu (ghost hunter) sedari 1970-an, dan kemudian amat popular di Britain kini dengan rancangan sofistikated (dan mengada-ngada), Most Haunted, yang mana dalam beberapa rakaman Malaysia, kita ada beberapa rakan penerbit Cina (anak gadis dipakaikan baju seksi ya amat dan dicampak di tengah rumah hantu dalam gelap), Uncle Seekers dan beberapa pemburu hantu bebas melakukannya. Dalam dunia filem tempatan, hal ini bermula dengan Penunggu Istana (2011) dan kemudian beberapa lagi.

Filem ini "berbeza" kerana pembikinannya tidak disengajakan. Para produksi sebenarnya hendak membikin sebuah filem genre berbeza, "Garang", yang entah bagaimana, dalam penyelidikan tentang lokasi penggambaran, mereka mendapat kelulusan untuk menjenguk misteri terhadap sebuah bangunan ini di pinggir(?) ibu kota (bentuk rekaannya Islamis, aku syak bangunan ini berkenaan pejabat agama atau pusat latihan).

Bagusnya Khir dan Sein dalam perjalanan penggambaran ini, mereka melakukan kerja ini sehadapan mungkin (secara literal, Sein melakukan ini dalam suatu perbincangan di pejabat), sejujur mungkin, sampai tidak terasa hal ini dibuat-buat atau dilakonkan (amat berbeza jika kita bandingkan dengan filem sebegini dengan Paranormal Activity, contohnya). Mereka menemui "pakar" yang juga kawan, Yusran yang tinggal di Bukit Damansara (rasanya Jalan Setiajasa? Haha, alah rumah teman dekat Damansara gak). Berlaku satu dialog antara Khir dengan Yusran, "Nak bawak pulut ke?" Yusran selamba jawab, "Bawak pulut aku makanlah." Keadaan ini amat "normal" malah terdapat kelucuan.

Tetapi subjek yang hendak diteliti dan dirakam memang tidak melucukan. Aku susah hendak menyampaikan dalam kata-kata (aku percaya, mereka mungkin telah menemui lintasan, persimpangan, atau jalan masuk kota makhluk ghaib). Memang, apa yang diambil itu hanya "merakamkan" dan manusia yang merakam hanya bertindak balas. Jika inilah pembikinan "filem" permburu hantu yang sebenar, filem ini melangkaui beberapa filem dengan tujuan yang sama. Hal ini diiuji lagi dengan satu keputusan Sein bahawa "rakaman tidak boleh diteruskan" atas nasihat Yusran. Jika "karya" ini jatuh dalam tangan orang Barat, aku gerenti, atas nama "seni" dan "mencari kebenaran", sang pembikin akan meneruskan, walaupun membahayakan nyawa mereka, seperti yang ditunjukkan oleh adik-beradik Vicious secara fiksyen dalam Grave Encounters. Hal ini menambahkan lagi sikap bahaya dan tres dangereux pembikinan ini.

Peliknya, filem ini terpecah kepada dua bahagian, segmen keduanya pula, seperti Villa Nabila, suatu lakonan semula sebuah kes yang mereka dapat (daripada beberapa wawancara yang mereka buat) tentang seorang wanita bisu di dalam rumah seorang diri. Walaupun ya, filpen itu agak seram, dengan penggayaan menarik dalam penggunaan bunyi, suntingan, dan bayang-bayang untuk menaikkan keseraman, segmen ini langsung tidak ada kena mengena dengan segmen dokumentari awal. Walaupun ya, segmen ini menghiburkan (kalaulah Khir dan Sein menggunakan lagi imaginasi susunan bunyi dalam kefahaman subjek yang bisu dan hanya dapat mendengar) tetapi semacam melonggarkan keseluruhan filem, menyebabkan 80 minit awal yang kita tonton itu mula kita persoalkan "kebenaran"nya.

Namun dalam senarai filem seram tempatan, filem ini menarik untuk ditonton kerana memberikan suatu pengalaman yang mungkin tidak akan kita rasai lagi selepas ini.

Klasifikasi Bangunan: P13, terdapat babak ganas, tahyul dan seram yang tidak sesuai disampaikan kepada kanak-kanak.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2015 10:41 AM | Show all posts
KUALA LUMPUR: Matlamat untuk membuat sedikit kajian bagi sebuah filem berjudul Garang akhirnya mengheret tiga selebriti iaitu Khir Rahman, Sein (Ruffedge) dan Aqasha ke sebuah aktiviti paranormal di sebuah bangunan berhantu.

Khir atau nama sebenarnya Khairulizam Abdul Rahman berkata, keputusan meneruskan aktiviti paranormal itu dibuat selepas mendengar cerita yang sama daripada rakan mangsa yang pernah mengalami peristiwa seram di sebuah bangunan yang sama.

"Projek ini pada asalnya untuk kami buat kajian filem pertama kerjasama syarikat kami iaitu Camwerk Studio dan Suar Channel bagi menerbitkan filem berjudul Garang.

"Namun dalam proses membuat kajian itu kami mendapat perkara lain iaitu tentang kisah misteri kehilangan dua individu di sebuah bangunan yang sehingga kini masih menjadi kes polis. Hasilnya terjadi pula filem Bangunan," ujarnya kepada mStar Online.

Khir berkata demikian pada sidang media selepas tayangan media filem Bangunan yang diadakan di GSC Nu Sentral, di sini, malam Khamis lalu.

Tambah Khir, apa yang dipaparkan dalam filem tersebut adalah kisah benar yang ditemui sepanjang penyelidikan mereka terhadap sebuah bangunan yang masih beroperasi.

Maklumat tersebut diceritakan sendiri oleh rakan-rakan mangsa dan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebenar yang diperolehi di bangunan tersebut.

"Kita terima pelbagai kisah dan cerita hantu daripada orang ramai dan ada dua individu yang saling tidak mengenali tetapi menceritakan perkara yang hampir sama tentang kehilangan di bangunan yang sama.

"Jadi kami teruja untuk tahu lebih lanjut dan buat penyiasatan buka fail semula dan cuba sendiri ke bangunan tersebut dengan bantuan seorang kawan yang pakar dalam aktiviti paranormal," ujarnya.

Tambahnya, filem tersebut tidak mempunyai skrip, jalan cerita dan pengarah seperti cerita paranormal yang sedang ditayangkan iaitu Villa Nabila atau Puaka Balai Gombak.

Katanya, segala yang dipaparkan dalam rakaman tersebut adalah apa yang berlaku sepanjang kajian yang dilakukan mereka.

"Kalau ditanya tentang kelainan Bangunan dengan cerita paranormal lain ialah kami bukan cerita yang dirancang, tiada skrip, jalan cerita dan pengarah.

"Apa yang berlaku semuanya dirakam ketika proses penyelidikan kami terhadap bangunan tersebut," katanya.

Filem tersebut mengisahkan kajian yang dibuat oleh Khir, Akasha dan Sein serta beberapa rakan mereka di sebuah bangunan yang dikatakan mempunyai kes polis terhadap dua kehilangan misteri.

Mereka turut dibantu seorang pakar agama iaitu Yusran ketika mereka cuba memasuki bangunan yang dianggap keras itu.

Akibatnya, seorang krew mereka dirasuk oleh makhluk halus yang meminta mereka untuk menghentikan rakaman dan keluar daripada bangunan itu.

Filem Bangunan akan ditayangkan di seluruh pawagam bermula 5 Februari ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2015 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm pjbt kerajaan, diorg x reveal kat mana. Da tgk, seram gak. Patutnya crew pgl ustat korek kat jin tu mana sorok diorg.
Dunia lain - wlupun ada kena rasuk, ustat tetap terus soal n crew tetap teruskan rakaman.
Good job to aqasha, sein n semua crew. Nicely done! X mcm citer antu msia yg lain. Seekers pun sengal
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 12:57 AM | Show all posts
Bangunan sekolah memandu Metro Driving Acedemy ... dkt Puchong ....dkt Jln Meranti 2
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm best je ..nk tonton jgk la .
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2015 05:27 PM | Show all posts
alah...penipu...saje nak kasi org ke panggung lariskan film ni...docu film penipu penonton...

bodoh bertingkek2 sape yg percaya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:48 AM GMT+8 , Processed in 0.135874 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list